TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Faculty Of Information and Communication Technology

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

Transcription:

TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG Seth Bin Sulaiman & Ezan Haizurah Binti Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK: Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar sekolah menengah terhadap Kemahiran Membuat Inferens, Kemahiran Memproses Data dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi. Seramai 120 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan mengandungi 30 soalan objektif berkaitan dengan konsep Fizik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 17.0 for windows. Di samping itu, item-item kajian telah ditentusahkan oleh pakar dan diuji rintis. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ialah α =.81. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian bagi keseluruhan kemahiran yang dikaji adalah sederhana (58.86%). Berdasarkan kajian ini juga, tahap pencapaian bagi setiap kemahiran yang dikaji adalah sederhana, Kemahiran Membuat Inferens (60.98%), Kemahiran Memproses Data (56.97%) dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi (58.75%). Analisis Ujian-t menunjukkan wujud perbezaan beerti antara responden jantina lelaki dan perempuan dengan nilai signifikan.001. Oleh yang demikian, berdasarkan daripada kajian boleh disimpulkan tahap pencapaian adalah sederhana bagi keseluruhan kemahiran dan perbezaan jantina mempengaruhi pencapaian pelajar terhadap kemahiran proses sains yang dikaji. ABSTRACT: The purpose of this study is to determine the level of achievement on Science Process Skills in Physics subject among secondary school students in three skills, which are making inference, interpreting data and operational definition. The sample consists of 120 form five students selected from six schools in the district of Kluang, Johor. The instrument used consists of 30 objective questions related to Physics concept. The data was analyzed using SPSS 17.0 for windows software. The data was validated and the results of pilot study were analyzed. The reliability coefficient of instrument was found to be α =.81. Findings from the study indicated that the level of the overall achievement for all Science Process Skills was found to be at moderate (58.86%). While the other three skills were also found to be at moderate levels with 60.98% for making inference, 56.97% for interpreting data and 58.75% for operational definition. T-test analysis showed that there was a significant difference between male and female students in favour of male students with significant value of.001. Therefore from the research, it can be concluded that the overall level of achievement for all skills are at moderate level and there is a significant difference across gender on the students achievement of science process skills. Kata Kunci: Fizik, SPSS PENGENALAN Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting terdiri daripada kemahiran proses sains (KPS) dan kemahiran manipulatif (KM). Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakan pemikiran secara kritis, kreatif, analitik dan sistematik. Di samping itu, KPS merupakan kemahiran yang membolehkan pelajar mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks (Pusat Perkembangan Kurikulum. 2002). KPS adalah sangat penting ke arah membentuk pembelajaran bermakna kerana pembelajaran adalah berlaku sepanjang hidup dan setiap individu harus berusaha untuk mencari, menjelaskan dan mengadili

keterangan di bawah penemuan situasi yang berbeza. Jadi, ianya sangat penting bagi masa hadapan pelajar untuk memperlengkapkan diri dengan KPS di institusi pendidikan. Pernyataan Masalah Sebagaimana yang sedia maklum, kaedah pembelajaran sains adalah melalui pendekatan inkuiri penemuan di mana sains dianggap sebagai proses. Oleh sebab itu, penguasaan KS terutamanya KPS amat penting kepada pelajar bagi memudahkan proses pembelajaran pelajar itu sendiri. Melalui penguasaan KPS, sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah berkaitan mata pelajaran Fizik dengan menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan iaitu dengan aktiviti penyelidikan. Jika dilihat daripada huraian di atas, sekiranya seseorang pelajar dapat menguasai KPS dengan baik di mana dapat menyelesaikan masalah Fizik yang dihadapinya, maka pelajar ini boleh dikatakan telah mengalami pembelajaran yang bermakna. Malah jika dilihat daripada Objektif Kurikulum Sains (2002) yang di semak semula dan Objektif Kurikulum Fizik melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (2002), salah satu objektifnya adalah membolehkan pelajar menguasai KPS dan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Maka kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh manakah objektif tersebut dapat dicapai dengan meninjau tahap penguasaan KPS bagi Kemahiran Membuat Inferens, Kemahiran Memproses Data dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi. Kajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar aliran Sains Tulen yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dan mengambil mata pelajaran Fizik. Di samping itu, penyelidik turut ingin melihat perbezaan tahap bagi kedua-dua jantina berdasarkan aras pemikiran yang berbeza sama ada mampu mempengaruhi tahap pencapaian dalam Kemahiran Proses Sains yang dikaji. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah: 1 Mengenal pasti tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains di kalangan pelajar dalam mata pelajaran Fizik. 2 Mengenal pasti tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains bagi setiap kemahiran yang dikaji di kalangan pelajar. 3 Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang beerti mengenai tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains pelajar dalam mata pelajaran Fizik merentas jantina. Kepentingan Kajian Sebagaimana yang diketahui, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh manakah tahap penguasaan KPS bagi Kemahiran Membuat Inferens, Kemahiran Memproses Data dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi tercapai. Maka sedikit sebanyak kajian ini dapat membantu pelbagai pihak dalam merealisasikan salah satu objektif di dalam Kurikulum Fizik dan Kurikulum Sains ini dapat dicapai dengan jayanya. Kajian ini boleh dimanfaatkan oleh mereka yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains. Mereka adalah terdiri daripada penggubal kurikulum, tenaga pengajar di institusi pendidikan dan pelajar pendidikan sebagai persediaan untuk menghadapi keadaan yang sebenar di sekolah. Berdasarkan kepada kajian yang dibuat ini, pihak kementerian khususnya Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dapat merancang pelbagai latihan dan modul untuk membantu guru-guru Sains dalam memperolehi pengetahuan berkaitan KPS dengan lebih baik. Latihan atau modul yang dibina mestilah bertepatan dengan objektif pembinaannya dalam membantu keberkesanan proses P&P serta penguasaan KPS. Aktiviti minds-on dan hands-on perlu ditekankan untuk membantu guru-guru memahami dengan jelas teknik pengajaran dalam mengendalikan eksperimen, projek atau perbincangan.

Selain itu, kajian ini turut dapat membantu guru-guru Fizik mendapat maklum balas terhadap kefahaman serta kelemahan pelajar di antara ketiga-tiga KPS yang dikaji dalam menyelesaikan sesuatu masalah Fizik. Jadi, keadaan ini dapat menentukan KPS yang manakah perlu dititikberatkan atau ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan pelajar menguasai KPS dengan baik untuk masa depan. Guru-guru juga dapat memilih kaedah rawatan yang bersesuaian bagi membantu pelajar dalam menguasai KPS dalam proses pembelajaran mereka. Menurut Hanafi Jasman dan Shaharom Noordin (2004), antara kaedah yang boleh dilakukan oleh guru ialah penggunaan peta konsep, modul pembelajaran kendiri dan aktiviti hands on. Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran oleh guru turut memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tahap KPS seseorang pelajar dalam pelajaran. Diketahui bahawa sains adalah sebagai proses inkuiri yang secara amnya membawa maksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Jadi pembelajaran secara penemuan berlaku apabila pelajar menyiasat sendiri dengan melakukan eksperimen dan mencapai kesimpulan sendiri dan guru memainkan peranan dalam memberikan pelajar memahami konsep Fizik yang dipelajarinya. Seterusnya, tahap KPS pelajar dapat ditingkatkan apabila pemilihan strategi P&P oleh guru berkesan dan oleh sebab itu sedikit demi sedikit hasrat kerajaan untuk mendapatkan nisbah 60:40 pelajar sains dan pelajar sastera di peringkat Universiti akan tercapai. Skop Kajian Antara skop kajian ini ialah: i. Responden terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima aliran Sains di sekolah harian biasa sahaja. Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik tidak termasuk dalam populasi kajian. ii. Responden mestilah mengambil mata pelajaran Fizik dan telah mempelajari ke semua sukatan mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat. iii. Kajian dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan dalam kawasan bandar daerah Kluang sahaja. iv. Kajian ini hanya mengkaji tiga KPS iaitu Kemahiran Membuat Inferens, Kemahiran Memproses Data dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi v. Item-item yang digunakan dalam ujian adalah berkaitan dengan sukatan mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat. METADOLOGI Populasi dan Sampel Kajian Menurut Ahmad (1993), populasi ialah sekumpulan entiti, unsur, benda atau objek (sama ada bernyawa atau tidak bernyawa) menjadi subjek atau perkara yang dikaji bagi seseorang penyelidik. Populasi memainkan peranan penting dalam sesuatu kajian kerana dengan populasi ia akan menentukan bidang masalah yang perlu dikaji (Majid, 1990). Justeru, penyelidik menggunakan kaedah persampelan secara berkelompok di mana populasi yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima yang telah mengambil mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat hanya di sekolah sekitar bandar Daerah Kluang, Johor. Sebanyak enam buah sekolah telah dipilih daripada sembilan buah sekolah di kawasan bandar Kluang. Setiap sekolah harian biasa sekurang-kurangnya mempunyai 200 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Fizik.

Manakala bagi setiap enam buah sekolah yang terpilih, penyelidik akan memberikan soalan kepada setiap sekolah dengan purata bilangan responden sebanyak 20 orang pelajar sahaja. Bilangan purata responden atau sampel yang dipilih adalah mewakili pelajar-pelajar di setiap sekolah yang dikaji dimana ia dipilih secara rawak mudah. Penyelidik akan memilih responden-responden dengan nombor genap berdasarkan senarai nama yang diberi dan responden yang terpilih akan tersenarai sebagai sampel kajian. Keadaan ini selaras menurut Ahmad (1993) yang menyatakan bahawa sampel ialah sekumpulan kecil unsur yang telah dicabut (seperti melakukan dalam cabutan bertuah) daripada rangka persampelan yang mana sampel merupakan subset sesuatu populasi. Oleh itu, memandangkan item-item yang dibina adalah terdiri daripada tajuk-tajuk mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat, maka pelajar-pelajar Tingkatan Lima akan dipilih sebagai responden kajian. Walau bagaimanapun bilangan responden yang dipilih tidak memenuhi kriteria daripada jadual Krejcie dan Morgan. Keadaan ini adalah disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti kekangan dari segi masa yang diperlukan untuk menjalankan kajian, kos dan mobiliti. Instrumen Kajian Instrumen bagi kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah tinjauan yang mengandungi 30 soalan objektif Fizik berkaitan dengan tiga KPS yang hendak dikaji. Tiga KPS yang dikaji ialah Kemahiran Membuat Inferens, Kemahiran Memproses Data dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi. Setiap soalan yang dipilih adalah daripada sukatan mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat yang telah dipelajari oleh pelajar. Sukatan mata pelajaran Fizik ini merangkumi semua bab yang dipelajari iaitu Pengenalan Kepada Fizik, Daya dan Gerakan, Daya dan Tekanan, Haba dan Cahaya. Setiap set soalan yang dibina terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah mengenai maklumat latar belakang pelajar. Instrumen yang akan dibina adalah sebanyak lima item iaitu antara maklumat yang diperolehi adalah jantina, nombor kad pengenalan, bangsa, pencapaian gred mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat dan nama sekolah. Manakala di Bahagian B pula, terdapat 30 soalan objektif berkaitan soalan-soalan KPS yang perlu dikaji oleh penyelidik. Setiap soalan berkaitan dengan tiga KPS yang dikaji iaitu Kemahiran Membuat Inferens, Kemahiran Memproses Data dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi. Rajah 1 di bawah mempamerkan carta aliran bagi Kemahiran Membuat Inferens, diikuti dengan Rajah 2 iaitu carta aliran bagi Kemahiran Memproses Data dan Rajah 3 pula ialah carta aliran bagi Kemahiran Mentakrif Secara Operasi. Ketiga-tiga rajah ini menunjukkan asas kepada pembinaan 30 item soalan objektif untuk Ujian Pencapaian Kemahiran Proses Sains (UPKPS) dalam mengukur tahap pencapaian pelajar dalam ketiga-tiga KPS yang dikaji.

Rajah 1 Carta aliran Kemahiran Membuat Inferens Rajah 2 Carta aliran Kemahiran Memproses Data

Rajah 3 Carta aliran Kemahiran Mentakrif Secara Operasi Ke semua 30 soalan objektif yang memenuhi kriteria ketiga-tiga KPS disusun secara rawak untuk mendapatkan kejituan kepada jawapan yang diberikan oleh responden. Pecahan-pecahan soalan bagi tiga KPS yang dikaji adalah mengikut aspekaspek berikut: Jadual 1 Pecahan 30 soalan objektif Bahagian B megikut aspek KPS yang dikaji

Kajian Rintis Item-item kajian terlebih dahulu ditentusahkan oleh pakar bidang Fizik sebelum kajian rintis dijalankan. Keadaan ini bertujuan untuk memastikan bahawa item-item yang dipilih adalah bersesuaian serta penggunaan bahasa dan ayat adalah betul. Item-item ini telah ditentusahkan oleh pakar bidang Fizik iaitu Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Nordin. Dalam penyelidikan ini kajian rintis telah dijalankan di sebuah sekolah harian biasa di bandar Kluang yang tidak terpilih di dalam pensampelan kajian. Sebanyak 15 orang responden dipilih secara rawak untuk menjawab soalan-soalan KPS yang diberikan. Tujuan dijalankan kajian rintis ini adalah untuk menguji kefahaman responden terhadap item-item yang dikemukakan dan menentukan kebolehpercayaan alat atau instrumen kajian. Maka daripada kajian rintis, penyelidik dapat mengenal pasti kelemahan dalam instrumen kajian dan dapat memperbaiki serta melakukan perubahan bagi meningkatkan lagi mutu instrumen kajian tersebut. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah α = 0.81. Data yang diperolehi daripada kajian rintis dianalisis menggunakan perisian, Statistical Package for Social Science (SPSS) version 17.0 PERBINCANGAN Dalam bab 4, penyelidik telah menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 17.0 for windows untuk menganalisis data yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan. Hasil daripada analisis yang telah dibuat, secara keseluruhannya tahap pencapaian bagi KPS yang dikaji berada pada tahap sederhana. Keadaan yang sama turut berlaku kepada ketiga-tiga KPS yang diuji iaitu Kemahiran Membuat Inferens, Kemahiran Memproses Data dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi kerana tahap pencapaian setiap KPS yang dikaji berada pada tahap sederhana. Manakala ujian-t turut digunakan untuk menganalisis tahap pencapaian KPS merentas jantina yang mana terdapat perbezaan tahap pencapaian KPS merentas jantina antara pelajar. Oleh itu, dalam bab yang seterusnya, penyelidik akan membincangkan lebih terperinci mengenai kajian, rumusan serta cadangancadangan yang boleh digunakan untuk kajian yang akan datang. RUMUSAN Berdasarkan kepada ketiga-tiga persoalan kajian dan hasil analisis daripada kajian yang dijalankan, berikut merupakan beberapa kesimpulan iaitu: 1. Tahap pencapaian bagi ketiga-tiga KPS yang dikaji dalam kalangan pelajar sekolah menengah di kawasan bandar Kluang adalah sederhana (58.86%). 2. Tahap pencapaian pelajar bagi setiap kemahiran yang dikaji iaitu Kemahiran Membuat Inferens adalah sederhana (60.98%), Kemahiran Memproses Data adalah sederhana (56.97%) dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi juga adalah sederhana (58.75%). 3. Terdapat perbezaan yang beerti dalam pencapaian KPS merentas jantina. Bagi Kemahiran Membuat Inferens bagi pelajar lelaki adalah sederhana (63.91%) dan pelajar perempuan adalah sederhana (57.91%). Tahap pencapaian bagi Kemahiran Memproses Data bagi lelaki adalah sederhana dengan min peratusnya 62.45% dan sederhana (51.27%) bagi pelajar perempuan. Manakala bagi Kemahiran Mentakrif Secara Operasi pula, tahap pencapaian bagi kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan adalah sederhana (63.75%) bagi pelajar lelaki dan 53.63% bagi pelajar perempuan.

RUJUKAN Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science: A Discovery Approach (5 th Edition).United State of America: Ally and Bacon. Abu Ani Shawal (1999). Status Penguasaan Kemahiran Sains Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Dalam Mata Pelajaran Fizik Di Daerah Batu Pahat. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Abu Hassan Kassim (2003). Siri Program Perguruan: Kurikulum Sains Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Fakulti Pendidikan. Ahmad Atory Hussain (1993). Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd. Baker, L., & Brown, A. (1984). The Reading Teacher, 36(4). Metacognitive Skills and Reading. Dim P.D. Pearson. Downing, J.E. (1997). Science Process Skills And Attitudes of Presersive Elementary Teachers. Journal of Elementary Science Education. 11(2):6-12. Esah Sulaiman (2003). Modul Pengajaran Asas Pedagogi. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor: Fakulti Pendidikan. Funk, H.J, Okey, Fiel, R.C, Jaus, H.H, Sprague, C.S (1979). Learning Science Skills. Kendall, Hunt Publishing. Ismail Jusoh (2001). Sedutan Dapatan Projek Penyelidikan Pendidikan di Simunjan: Pengajaran dan Penaakulan Saintifik. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Jones, L. (1991). Using Cooperative Learning To Teach Statistics. Research Report Number 91-2. the L.L Thurstone Psychometric Laboratory, University of North Carolina. Junaidah Md. Subahi (2003). Tahap Penguasaan Kemahiran Menginferens Tingkatan Empat Dan Lima Luar Bandar Di Daerah Batu Pahat, Johor. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Kementerian Pelajaran Malaysia (1994). Modul 5: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran: Pusat Perkembangan Kurikulum. Tidak Diterbitkan. Khamidah Amin (2000). Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati Dan Membina Hipotesis Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.