TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

"66O "8 '

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

Transcription:

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2009

iii DEDIKASI Buat ma dan abah yang dikasihi dan dihormati: En Awang bin Saman Pn Siti Noriah binti Derahaman Juga kepada insan yang banyak membantu, menyokong dan prihatin pada diri ini: Keluarga tercinta: (Asiah & Azman, Azimah & Amran, Zaleha & Zool Fadli, Ismail, Ibrahim, Mohd Zamri serta keluarga) Junainah binti Othman Hidayah binti Subakir Suhailah binti Samson Nur Faizah binti Zainal Abidin Rakan-rakan dan teman yang dikasihi Terima kasih di atas sokongan kalian selama ini.

iv PENGHARGAAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya, dapat juga saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Dikesempatan ini, pertama sekali saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pembimbing yang saya kasihi dan hormati Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin di atas segala ilmu, bimbingan, nasihat, tunjuk ajar yang diberikan dengan penuh semangat sepanjang saya menyiapkan projek ini. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada rakan seperjuangan, peserta kajian yang memberikan kerjasama dengan baik dalam menjalankan kajian ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat, segala jasa yang diberi amat dihargai.

v ABSTRAK Kefahaman kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar telah menarik perhatian penyelidik. Kajian tahap kefahaman proses sains iaitu kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains telah dijalankan. Seramai 39 orang peserta kajian daripada Program Pendidikan Sains terlibat dalam kajian ini. Terdapat tiga pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu tahun pengajian, latar belakang akademik dan PNGK. Kajian ini berbentuk tinjauan dan alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi dan Berkomunikasi (USAINS) dengan nilai kebolehpercayaan iaitu α=.707. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi secara keseluruhannya adalah baik. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi merentas tahun pengajian iaitu pelajar 3SPN dan pelajar 4SPN berada pada tahap kefahaman baik tetapi terdapat perbezaan dalam merentas latar belakang akademik dan PNGK. Pelajar berlatar belakang akademik STPM dan Diploma berada pada tahap kefahaman cemerlang manakala pelajar berlatar belakang akademik Matrikulasi berada pada tahap kefahaman baik. Di samping itu, pelajar yang mempunyai PNGK lebih besar atau sama dengan 3.67 (PNGK 3.67) berada pada tahap kefahaman cemerlang manakala pelajar yang mempunyai PNGK lebih kecil atau sama dengan 3.66 tetapi lebih besar atau sama dengan 3.00 (3.00 PNGK 3.66) berada pada tahap kefahaman baik.

vi ABSTRACT The level of understanding towards scientific skills has become an interest among researchers. A study was conducted among future science teacher to determine the level of understanding in the science process which involved the skill of the students in operational definition skill and communication skill. Thirty nine respondents from the science education program were involved in this study. The three independent variables for this survey are year of study, academic background and CGPA. This is a survey research and the research instrument used is the Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi dan Berkomunikasi (USAINS) with the reliability test is α=.707. The descriptive statistical analysis used is in the form of mean and standard deviation. The results indicate that the understanding level in operational definition skill and communication skill are good. In addition, this study also shows that there is no difference in the level of understanding in operational definition skill and communication skill across the year of study regarding 3SPN and 4SPN students are at the good level but exist a difference across academic background and CGPA. Results for students with STPM and Diploma background are at the excellent level whereas the Matriculation academic background students are at a good level. In addition, the students who obtained CGPA greater than or equal to 3.67 (CGPA 3.67) are at the excellent level whereas the students who obtained CGPA lower than or equal to 3.66 but greater than or equal to 3.00 (3.00 CGPA 3.66) are at the good level.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xii SENARAI SINGKATAN TATANAMA xiii SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN xv xvi 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan 1 1.1 Latar Belakang Masalah 2 1.1.1 Kurang Penguasaan Mata Pelajaran Sains 2 Dalam Kalangan Guru 1.1.2 Kaedah Pengajaran Guru Yang Kurang 5 Berkesan 1.2 Pernyataan Masalah 6 1.3 Objektif Kajian 6 1.4 Persoalan Kajian 7 1.5 Rangka Kerja Konsep 8 1.6 Kepentingan Kajian 9 1.6.1 Pelajar Pendidikan / Bakal Guru 10

viii 1.6.2 Pensyarah 10 1.6.3 Fakulti Pendidikan 11 1.7 Skop Kajian 11 1.8 Andaian Kajian 12 1.9 Batasan Kajian 12 1.10 Takrifan 13 1.10.1 Tahap Kefahaman 13 1.10.2 Kemahiran Mentakrif Secara Operasi 14 1.10.3 Kemahiran Berkomunikasi 14 1.10.4 Tahun Pengajian 15 1.11 Rumusan 15 2 SOROTAN PENULISAN 2.0 Pendahuluan 17 2.1 Teori Berkaitan Kemahiran Mentakrif Secara 17 Operasi 2.1.1 Kemahiran Mentakrif Secara Operasi 17 2.1.2 Kepentingan Kemahiran Mentakrif Secara 19 Operasi 2.1.3 Langkah-langkah Menguasai Kemahiran 20 Mentakrif Secara Operasi 2.1.4 Contoh Soalan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi 21 2.2 Teori Berkaitan Kemahiran Berkomunikasi 21 2.2.1 Kemahiran Berkomunikasi 21 2.2.2 Kepentingan Kemahiran Berkomunikasi 23 2.2.3 Pendekatan Menguasai Kemahiran Berkomunikasi 24 2.2.4 Contoh Soalan Kemahiran Berkomunikasi 25 2.3 Kajian-Kajian Berkaitan Kemahiran Proses Sains 26 (KPS) Dalam Negara 2.4 Kajian-Kajian Berkaitan Kemahiran Mentakrif Secara 27 Operasi dan Berkomunikasi Dalam Negara

ix 2.5 Kajian-Kajian Berkaitan Kemahiran Mentakrif Secara 28 Operasi dan Berkomunikasi Luar Negara 2.6 Rumusan 30 3 PENGKAEDAHAN 3.0 Pendahuluan 31 3.1 Reka bentuk kajian 31 3.2 Peserta kajian 32 3.3 Alat kajian 33 3.4 Tatacara kajian 36 3.4.1 Kajian Rintis 36 3.4.2 Kajian Sebenar 36 3.5 Analisis data 37 3.6 Rumusan 40 4 DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan 42 4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara 42 Operasi dan Berkomunikasi 4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara 44 Operasi dan Berkomunikasi Merentas Tahun Pengajian 4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara 45 Operasi dan Berkomunikasi Merentas Latar Belakang Akademik 4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara 48 Operasi dan Berkomunikasi Merentas PNGK 4.5 Rumusan 50 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan 51 5.1 Ringkasan 51 5.2 Kesimpulan 53 5.3 Perbincangan 55

x 5.3.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara 55 Operasi dan Berkomunikasi 5.3.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif 58 Secara Operasi dan Berkomunikasi Merentas Tahun Pengajian 5.3.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara 61 Operasi dan Berkomunikasi Merentas Latar Belakang Akademik 5.3.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi dan Berkomunikasi Merentas PNGK 64 5.4 Implikasi 66 5.1.1 Pelajar 66 5.4.2 Fakulti Pendidikan 67 5.4.3 Pensyarah 67 5.4.4 Kurikulum 68 5.5 Cadangan 69 5.6 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 72 5.7 Rumusan 73 RUJUKAN 74 LAMPIRAN 78

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 Keputusan eksperimen untuk mengkaji hubungan 24 antara panjang bandul dengan tempoh bagi 10 ayunan bandul 3.1 Bilangan peserta kajian mengikut tahun 32 pengajian 3.2 Item-item kemahiran mentakrif secara operasi 35 3.3 Item-item kemahiran berkomunikasi 35 3.4 Jadual sistem gred dan nilai Universiti Teknologi 38 Malaysia 3.5 Pemeringkatan tahap kefahaman bagi setiap 38 kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi 3.6 Pemeringkatan tahap kefahaman bagi kedua-dua 39 kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi 4.1 Analisis statistik deskriptif tahap kefahaman 43 kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi 4.2 Analisis statistik deskriptif tahap kefahaman 44 kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi merentas tahun pengajian 4.3 Analisis statistik deskriptif tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi merentas latar belakang akademik 46

xii 4.4 Analisis statistik deskriptif tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi merentas PNGK 48

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.0 Rangka kerja konsep 9 2.1 Graf masa graf masa bagi sepuluh ayunan 24 lengkap melawan panjang tali bandul 3.1 Aspek-aspek yang dinilai dalam kemahiran 34 mentakrif secara operasi 3.2 Aspek-aspek yang dinilai dalam kemahiran berkomunikasi 34

xiv SENARAI SINGKATAN NAMA CGPA - Cumulative Grade Point Average FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPSN - Falsafah Pendidikan Sains Negara IPT - Institusi Pendidikan Tinggi KBSM - Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah KPS - Kemahiran Proses Sains KS - Kemahiran Saintifik LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia M - Min PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan P&P - Pengajaran dan Pembelajaran R&D - Penyelidikan dan Pembangunan SL - Sisihan Lazim SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik/ Matematik) SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik) SPSS Statistical Package For Social Science STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia USAINS - Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi dan Berkomunikasi UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.0 Rangka kerja konsep 9 2.1 Graf masa graf masa bagi sepuluh ayunan 24 lengkap melawan panjang tali bandul 3.1 Aspek-aspek yang dinilai dalam kemahiran 34 mentakrif secara operasi 3.2 Aspek-aspek yang dinilai dalam kemahiran berkomunikasi 34

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman 79 Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi dan Berkomunikasi (USAINS) B Jawapan bagi soalan USAINS 96 C Surat Pengesahan Alat Kajian Projek Sarjana 97 Muda D Pengesahan pakar bidang bagi soalan USAINS 98

BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Perdana menteri Malaysia pada 28.1.1991 telah menyatakan hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Antara initipati ucapan belia ialah untuk mewujudkan masyarakat yang saintifik yang progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah sebagai penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan (Mohd Najib, 1999:87). Oleh itu, Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang ke arah status negara maju perlu melahirkan masyarakat yang saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh kehadapan serta menyumbang kepada perkembangan tamadun sains dan teknologi untuk mengambil bahagian dalam abad ke-21 ini. Dalam objektif mata pelajaran sains yang dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tingkatan Empat 2001, ada dinyatakan dengan jelas objektif mata pelajaran sains iaitu menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Di samping mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan. Hal ini berketepatan dengan Kurikulum Sains

2 Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia yang memberi penekanan kepada penguasaan Kemahiran Saintifik (KS). Penguasaan KS ini amat penting kerana ia merupakan salah satu keperluan dalam Kurikulum Sains. Sebagaimana dalam Kurikulum Sains KBSR, beberapa aspek penting turut terlibat dalam Kurikulum Sains KBSM. Aspek penting ini merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang sesuai. Hal ini adalah bertujuan memperkembangkan lagi potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah. Di samping memenuhi Falsafah Pendidikan Sains Negara yang bertujuan memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan berketerampilan teknologi. 1.1 Latar Belakang Masalah Terdapat dua faktor yang akan dibincangkan oleh penyelidik iaitu masalah kurangnya penguasaan mata pelajaran sains dalam kalangan guru dan kaedah pengajaran guru yang kurang berkesan. 1.1.1 Kurangnya Penguasaan Mata Pelajaran Sains dalam Kalangan Guru Guru adalah pendidik yang berilmu pengetahuan. Mereka dilatih untuk menguasai kemahiran yang diajar dan diberi tugas untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar. Namun timbul persoalan tentang tahap kefahaman yang ada pada bakal guru dalam memahami dan menguasai kemahiran saintifik.

3 Institusi pendidikan tinggi adalah tempat pelajar dianggap telah mencapai tahap kematangan fizikal dan emosi. Keluaran daripada IPT juga akan menjadi pelaksana program negara. Sekiranya mereka kekurangan idea, tidak kreatif dan inovatif, maka hasrat kerajaan menuju wawasan 2020 mungkin terbantut. (Mohd Najib, 1999:88) Berdasarkan pernyataan di atas, seseorang bakal guru atau guru itu sendiri harus menguasai dan mempersiapkan diri dengan ilmu yang lebih daripada pelajar supaya pelajar dapat menerima dan memanfaatkan ilmu yang disampaikan. Hal ini adalah berketepatan dengan masalah yang timbul dalam kalangan guru-guru iaitu kurangnya penguasaan dalam mata pelajaran yang diajar disamping kelemahan dalam pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Jadi, jika guru kurang menguasai mata pelajaran sains, maka ia akan mengganggu penyampaian guru untuk menerangkan sesuatu fakta semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Langkah KPM memberi inisiatif dan kemudahan kepada guru sains dan matematik adalah supaya guru-guru dapat mengajar dengan baik dalam Bahasa Inggeris seperti memberikan komputer riba dan mengikuti kursus pengusaan Bahasa Inggeris adalah wajar. Ini kerana, jika guru kurang menguasai mata pelajaran sains secara tidak langsung ia akan menyebabkan ilmu KS guru juga adalah kurang seterusnya pelajar tidak dapat menguasai ilmu dengan sempurna. Guru perlu menerapkan konsep KS yang berasaskan sains dan teknologi dalam pengajaran mereka (Mohd Najib, 1999:88). Kebolehan guru dalam menerapkan konsep KS yang berasaskan sains dan teknologi dalam pengajaran sains dengan berkesan adalah sangat penting bagi membolehkan pelajar mengetahui dan memahami tentang sains dan teknologi. Oleh sebab itu, penguasaan yang baik dalam Bahasa Inggeris penting bagi memudahkan guru memberi penerangan dan seterusnya dapat menerapkan konsep KS yang berasaskan sains dan teknologi dalam pengajaran sains dalam Bahasa Inggeris.

4 Objektif ketiga mata pelajaran sains adalah menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Kegagalan pelajar dan guru menguasai KS akan mengakibatkan kegagalan penerapannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (Tan et al, 2001:2) Berdasarkan kenyataan di atas, penguasaan kemahiran saintifik penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan guru dalam menguasai kemahiran saintifik akan menyebabkan kegagalan dalam mata pelajaran sains. Ini kerana pembelajaran sains memerlukan penguasaan kemahiran saintifik dalam menyelesaikan sesuatu masalah sains. Sekiranya guru dan pelajar kurang menguasai kemahiran saintifik, maka objektif mata pelajaran sains turut terjejas. Seterusnya akan timbul masalah kurangnya penguasaan mata pelajaran sains dalam kalangan guru di sekolah. Kemahiran proses sains penting bagi perlaksanaan aktiviti saintifik. Kaedah terbaik mengajar kemahiran proses ialah secara membiarkan pelajar melaksanakan penyiasatan saintifik sambil pengajar menunjuk dan menerangkan kepada mereka kemahiran proses yang mereka gunakan semasa melaksanakan penyiasatan saintifik. Keupayaan berkomunikasi dalam apa jua bentuk samada secara lisan, penulisan, gerak tubuh atau secara simbol merupakan satu kemahiran proses yang penting dalam pembelajaran sains. Tanpanya tidak mungkin pembelajaran sains boleh berlaku dengan berkesan. (Zol Azlan, 2000:2) Berdasarkan pernyataan di atas, kemahiran proses sains seseorang guru adalah penting bagi membantu pelajar menjalankan sebarang aktiviti penyelidikan dengan berkesan. Kemahiran berkomunikasi yang baik perlu ada pada guru supaya pembelajaran sains boleh berlaku dengan baik serta dapat menyelesaikan masalah yang timbul dalam pembelajaran sains.

5 1.1.2 Kaedah Pengajaran Guru Yang Kurang Berkesan Konsep pengajaran dan pembelajaran yang efektif adalah penting bagi menjamin keberkesanan penyampaian dan penerimaan ilmu pengetahuan. Pengajaran adalah proses penyampaian kemahiran atau ilmu pengetahuan manakala pembelajaran adalah proses perolehan kemahiran atau ilmu pengetahuan yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran guru yang berkesan menjamin penerimaan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Keberkesanan pengajaran guru di sekolah dipersoalkan sama ada kaedah yang digunakan adalah sesuai atau sebaliknya. Ramai dalam kalangan guru masih menggunakan kaedah tradisi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains (Zurida, 1998:109). Kaedah tradisi ini adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru dimana guru tidak melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini bermaksud tiada penekanan terhadap kesepaduan domain afektif, kognitif dan psikomotor pelajar. Oleh itu, penekanan kepada prinsip-prinsip pembelajaran perlu diambil kira supaya pembelajaran boleh berlaku secara berkesan. Salah satu prinsip pembelajaran adalah penglibatan semua aspek. Bagi menjamin pembelajaran yang berkesan, semua aspek seseorang individu perlu terlibat. Sekiranya murid itu meminati topik (aspek afektif), dia akan memperoleh fahaman yang lebih cepat (kognitif). Aspek psikomotor juga terlibat apabila murid itu mencatat nota atau menaip laporan. (Ee, 2000:12) Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aspek afektif, kognitif dan psikomotor akan menyebabkan perkara yang dipelajari diingati dengan lebih lama tetapi jika pengajaran yang hanya berdasarkan syarahan atau penerangan tanpa melibatkan pelajar melakukan aktiviti, proses pembelajaran sebegini akan menimbulkan rasa bosan dalam diri pelajar dan seterusnya tidak menggalakkan pembelajaran. Kesannya, pelajar akan menjadi malas dan seterusnya proses

6 penerimaan pengetahuan tidak akan tercapai jika kaedah pengajaran yang kurang berkesan masih lagi digunakan. Jadi, guru perlu melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran sains supaya kemahiran proses sains dapat diterapkan pada tahap yang maksimum supaya mencapai objektif kurikulum sains iaitu membolehkan pelajar menguasai kemahiran saintifik (KS), memperkukuhkan teori dan konsep sains serta memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003:5). Oleh itu, guru perlu mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar secara aktif. 1.2 Pernyataan Masalah Kurangnya penguasaan mata pelajaran sains dalam kalangan guru dan kaedah pengajaran guru yang kurang berkesan akan menjejaskan objektif mata pelajaran sains. Dalam kajian ini, penyelidik berminat untuk mengkaji masalah kurangnya pemahaman tentang KPS dalam kalangan bakal guru sains khususnya dalam kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi. 1.3 Objektif Kajian Objektif bagi kajian ini ialah: 1. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. 2. Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan kalangan bakal

7 guru sains di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas tahun pengajian. 3. Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas latar belakang akademik. 4. Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas PNGK. 1.4 Persoalan Kajian Kajian ini diharap dapat membantu memberikan maklumat yang berguna terhadap beberapa persoalan. Antaranya: 1. Apakah tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai? 2. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas tahun pengajian? 3. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas latar belakang akademik?

8 4. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas PNGK? 1.5 Rangka Kerja Konsep Rangka kerja konsep dalam Rajah 1.0 ialah susunan idea yang ingin dilakukan oleh penyelidik dalam mengkaji tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains UTM. Tahap kefahaman peserta kajian ini akan diukur menggunakan alat kajian yang dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi dan Berkomunikasi (USAINS). Tahap kefahaman akan dikelaskan kepada Cemerlang, Baik, Sederhana, Lemah, dan Sangat Lemah. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini adalah tahap kefahaman pelajar manakala pembolehubah bebas adalah tahun pengajian, latar belakang akademik dan PNGK.