REKA CIPTA: ALAT TEKAN TUBI DWI-SENSOR CHEE LEE MING

Similar documents
A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

"66O "8 '

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

Transcription:

REKA CIPTA: ALAT TEKAN TUBI DWI-SENSOR CHEE LEE MING UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/17) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** JUDUL : REKA CIPTA: ALAT TEKAN TUBI DWI-SENSOR SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya : CHEE LEE MING _ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganmalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : (TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penyelia: 56, LORONG MAHSURI 7, DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR BAYAN BARU 11950 PULAU PINANG. Tarikh : 5 APRIL 2006 Tarikh : 5 APRIL 2006 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan). Tandatangan :... Nama Penyelia : DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR Tarikh : APRIL 2006

REKA CIPTA: ALAT TEKAN TUBI DWI-SENSOR CHEE LEE MING Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006

ii Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

iii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama Penulis : CHEE LEE MING Tarikh : APRIL 2006

iv DEDIKASI Buat Papa dan Mama yang disayangi dan diingati selalu. Segala jasa, sokongan dan pengorbananmu selama ini tidak pernah dilupakan. Anakmu ini sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaanmu di dunia dan akhirat.

v PENGHARGAAN Bersyukur yang tidak terhingga kerana dengan limpah kurnia dan rahmat Tuhan, maka selesai jua saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini. Rakaman setinggi-tinggi penghargaan buat penyelia projek ini, iaitu Dr. Mohad Anizu Bin Mohd. Nor yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh saya menyiapkan laporan projek ini. Berkat sokongan dari beliau maka segala masalah dapat diatasi. Ucapan terima kasih buat Encik Arief Ruhullah b. A. Harris yang banyak membantu dalam penciptaan alat, kerjasama yang diberikan sungguh bermakna. Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah Sains Sukan, Fakulti Pendidikan di atas segala nasihat dan bimbingan yang diberikan sepanjang projek ini dilaksanakan. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segala budi dan jasa yang diberikan. Ribuan terima kasih juga dituju khas kepada keluarga yang disayangi di atas sokongan dan galakkan yang tidak berbelah bagi. Dengan adanya semangat yang diberikan, dapatlah saya menyempurnakan projek ini dengan jayanya. Buat rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian, terima kasih di atas sokongan dan tunjuk ajar anda semua. Ribuan terima kasih semua.

vi ABSTRAK Tekan tubi merupakan satu latihan yang digunakan untuk menguatkan otot bahagian atas badan. Kajian ini merupakan satu projek mereka cipta Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor untuk Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor untuk mengesan sama ada badan berada dalam keadaan lurus semasa melakukan tekan tubi serta mengenal pasti sama ada alat yang dicipta adalah lebih baik daripada alat tekan tubi yang sedia ada. Dua sensor ditempatkan di titik-titik penting, iaitu di leher dan pinggul untuk mengesan kesalahan semasa melakukan tekan tubi. Bilangan lakuan tekan tubi yang sah dan skor akan dipaparkan pada komputer. Seramai 10 pelajar tahun 5 Sains Sukan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor (5 subjek lelaki dan 5 subjek perempuan) dipilih untuk menjalani ujian tekan tubi dengan dan tanpa menggunakan alat tekan tubi yang telah direka cipta oleh penyelidik dalam masa satu minit. Perbezaan kekerapan lakuan tekan tubi dicatatkan di dalam borang skor untuk meninjau keberkesanan alat berbanding dengan tanpa menggunakan sebarang alat. Sebanyak 10 set soal selidik diedarkan kepada subjek tersebut untuk mengetahui pandangan mereka setelah menggunakan Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan dibincangkan secara deskriptif. Hasil daripada penganalisaan data didapati bahawa alat ini berkesan dalam menguji kekuatan otot bahagian atas badan dan telah mendapat sambutan positif daripada kebanyakan responden. Cadangan penyelidik agar menaikkan taraf tempat meletak sensor kepada tripod aluminium. Sebagai kesimpulannya, penggunaan sensor dalam alat tekan tubi adalah sangat berkesan untuk memastikan lakuan tekan tubi yang betul dilakukan dan Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor boleh diubahsuaikan lagi untuk memantapkan lagi mutu hasil penyelidikan pada masa yang akan datang.

vii ABSTRACT Push-up is an exercise to strengthen the upper body. This research was a project to invent the Dual-Sensor Push-up Equipment for the National Physical Fitness Test (UKJK). The main objective of this research was to find out the effectiveness of the equipment to detect the body position while doing push-up and also to find out whether the invented equipment was better than the present equipment. Two sensors were placed at the important points which were at the neck and the hip to trace the faults done during push-up. The amount of correct push-up done was shown on the computer screen. Ten fifth year undergraduates in Sports Science, University Technology Malaysia (5 male subjects and 5 female subjects) were chosen to perform push-up test with and without using the Dual-Sensor Push-up Equipment within one minute. Differences in the push-ups done were then written in the score sheet to reveal the effectiveness of the equipment compared to without using any equipment. Ten sets of questionnaires were given to find out the subject s perception towards the equipment. Data were collected and analysed using the Microsoft Excel and the results were discussed descriptively. The results from the analysed data showed that this equipment was able to test one s upper body strength effectively and received positive feedback from most of the respondents. Researcher had suggested upgrading the sensor stand to an aluminium tripod to enhance the quality of the future researches. As a conclusion, the uses of sensors in the push-up equipment are very useful to make sure the right push-up have done and the Dual-Sensor Push-up Equipment can be modified to improve the qualities of the research in the future.

viii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL PERNYATAAN TUJUAN TESIS PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii viii xi xii xiii 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 6 1.3 Pernyataan Masalah 8 1.4 Objektif Kajian 10 1.5 Persoalanan Kajian 10 1.6 Kepentingan Kajian 11

ix 1.7 Batasan Kajian 12 1.8 Definisi Istilah 12 1.9 Penutup 13 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 14 2.2 Teori Reka Cipta 14 2.3 Kaedah Reka Cipta 17 2.4 Kajian Mengenai Kekuatan Otot 19 2.5 Penutup 21 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 22 3.2 Reka Bentuk Kajian 22 3.3 Subjek Kajian 23 3.4 Tempat Kajian 24 3.5 Instrumen Kajian 24 3.6 Prosedur Kajian 30 3.7 Kaedah Pengumpulan Data 33 3.8 Kaedah Penganalisisan Data 33 3.9 Penutup 34

x 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 35 4.2 Analisis Data Ujian Tekan Tubi 36 4.3 Analisis Data Soal Selidik 38 4.4 Persepsi Responden Terhadap Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor 43 4.5 Penutup 58 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 59 5.2 Ringkasan Kajian 59 5.3 Perbincangan 60 5.4 Masalah Yang Dihadapi 63 5.5 Cadangan 64 5.6 Penutup 66 BIBLIOGRAFI 67 LAMPIRAN 68-73

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 4.1 Data Ujian Tekan Tubi bagi Subjek Lelaki 36 4.2 Data Ujian Tekan Tubi bagi Subjek Perempuan 37 4.3 Umur Responden 38 4.4 Kategori Saya Sukakan Alat Tekan Tubi Ini 43 4.5 Kategori Alat Ini Selamat Untuk Digunakan 44 4.6 Kategori Alat Ini Mudah Dialihkan 44 4.7 Kategori Alat Ini Menjimatkan Ruang Dan Mudah Disimpan 45 4.8 Kategori Alat Ini Boleh Membantu Saya Untuk Menguji Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan Saya 46 4.9 Kategori Alat Ini Boleh Membantu Saya Untuk Meningkatkan Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan Saya 47 4.10 Kategori Alat Ini Sesuai Untuk Kegunaan Saya 48 4.11 Kategori Alat Ini Sesuai Digunakan Di Makmal Kecergasan UTM, Gym, Sekolah 49 4.12 Kategori Alat Ini Akan Mendapat Sambutan yang Baik Daripada Pihak Sekolah 50 4.13 Kategori Alat Ini Sesuai Digunakan Di Sekolah Sebagai Alat Pengukuran Untuk Ujian Tekan Tubi Dalam UKJK 50 4.14 Kategori Ujian Tekan Tubi Dengan Menggunakan Alat Ini Adalah Lebih Baik Daripada Ujian Tanpa Menggunakan Alat 51

xii 4.15 Kategori Alat Ini Adalah Lebih Baik Daripada Alat Tekan Tubi yang lain 52 4.16 Kategori Alat Ini Memberikan Bacaan Yang Tepat 53 4.17 Kategori Penggunaan 2 Sensor Dalam Alat Ini Dapat Memberikan Bacaan Yang Lebih Tepat Berbanding Dengan Alat Tekan Tubi Lain Yang Menggunakan Hanya 1 Sensor 54 4.18 Kategori Penipuan Tidak Akan Berlaku Sekiranya Alat Ini Digunakan Untuk Membuat Kiraan Tekan Tubi 55 4.19 Kategori Perisian Komputer Di Dalam Alat Ini Adalah Menarik 56 4.20 Kategori Perisian Komputer Di Dalam Alat Ini Mudah Digunakan 56 4.21 Kategori Alat Ini Boleh Diperbaiki Lagi 57

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 3.1 Rajah menunjukkan (a) alat pemegang sensor, (b) kotak pengawal, (c) kotak transmitter dan (d) kotak penerima 29 3.2 Rajah menunjukkan litar komponen elektronik 30 4.1 Jantina responden 39 4.2 Bangsa responden 40 4.3 Bidang sukan yang diceburi 41 4.4 Kekerapan responden menggunakan peralatan gym dalam seminggu 42

xiv SENARAI GAMBAR NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 3.1 Gambar menunjukkan perkakasan Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor 28 4.1 Gambar menunjukkan subjek melakukan ujian tekan tubi dengan menggunakan Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor 38

xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Senarai Bahan Dan Kos Pembuatan 74 B Borang Skor Ujian Tekan Tubi 75 C Borang Soal Selidik 76

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan pesat dan kemajuan dalam bidang sukan pada era ini menjadikan sukan sebagai sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang besar kepada masyarakat dan negara seperti institusi-institusi sosial yang lain. Berikutan dengan kelahiran beberapa atlit bertaraf dunia dari Malaysia seperti ratu skuasy Nicol Ann David, pemain badminton Lee Chong Wei, perenang Lim Keng Liat dan pelumba basikal Josiah Ng telah membuktikan bahawa Malaysia boleh memberi persaingan dengan atlit-atlit handalan dan mendapat pengiktirafan dari luar negara. Tetapi pernahkah anda berfikir apakah yang mendorong kepada kejayaan mereka? Memang tidak dapat dinafikan bahawa sokongan daripada keluarga dan juga semangat yang tekal untuk menang menjadi faktor terpenting dalam kejayaan mereka. Namun begitu, kecergasan fizikal juga memainkan peranan penting kerana dengan adanya komponen tersebut, seseorang atlit dapat beraksi dengan cemerlang dari bermulanya sesuatu pertandingan dan mampu bertahan sehingga ke penghabisan. Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti harian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan.

2 Setiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam setiap komponen kecergasan. Menurut Wee Eng Hoe (1996), kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal yang berasaskan perlakuan motor. Terdapat lima aspek dalam komponen kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan iaitu daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, daya tahan otot, komposisi tubuh badan dan kelenturan manakala kecergasan fizikal yang berasaskan perlakuan motor pula merangkumi koordinasi, ketangkasan, kuasa, imbangan, masa tindak balas dan kelajuan. Menurut Falls (1980) pula, kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih bertenaga, daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya. Menyentuh mengenai komponen-komponen di atas, kekuatan otot merupakan salah satu daripada fungsi penting dalam sukan. Kekuatan otot ialah kebolehan atau kapasiti otot-otot atau kumpulan otot untuk menggunakan daya maksimum bagi mengatasi rintangan pada suatu masa tertentu melalui julat pergerakan maksimum (Prentice, 1994). Otot-otot yang paling kerap digunakan dalam setiap sukan ialah otot yang berada di bahagian tangan, kaki, perut dan belakang badan. Dalam pelbagai sukan, kobolehan dan kecekapan kekuatan otot tangan merupakan aset yang sangat penting yang perlu dikuasai oleh ahli-ahli sukan terutamanya dalam permainan raket seperti badminton, skuasy dan tenis. Sebagai contoh, dalam permainan badminton, seseorang pemain perlu melakukan smesy untuk mematikan bulu tangkis di gelanggang pihak lawan. Dalam sukan meninju pula,

3 seorang peninju perlu melepaskan tumbukan bertalu-talu dengan kuasa penuh ke atas pihak lawan untuk menang. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kekuatan otot. Antaranya ialah latihan beratan (weight training), tekan tubi (push-up), bangun duduk tubi (sit-up), melenturkan badan (back-arch) dan mencangkung (two-leg squat). Salah satu aktiviti yang boleh meningkatkan kekuatan otot tangan ialah dengan melakukan tekan tubi. Tekan tubi ialah kemahiran membengkokkan siku di atas lantai dengan badan berkedudukan lurus dan naik semula secara berterusan untuk menguatkan otot-otot di bahagian atas badan terutamanya otot pektoralis major dan minor, trisep dan deltoid. Latihan tekan tubi adalah salah satu latihan kekuatan otot yang asas dan telah lama dipraktikkan. Sering kali kita dapat melihat latihan tekan tubi dilakukan dalam latihan ketenteraan dan latihan sukan sebagai latihan untuk menguatkan otot tangan dan juga sebagai alat pengukuran kepada kekuatan tangan. Memandangkan negara kita sedang giat menuju ke arah melahirkan atlit yang bertaraf antarabangsa, satu ujian yang mantap dan sempurna telah diwujudkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan iaitu satu program untuk menguji tahap kecergasan individu - Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Antara ujianujian yang terkandung di dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan ialah tekan tubi, bangkit tubi, lari ulang-alik (4x10m), lompat jauh berdiri, duduk dan jangkau, dan lari 2.4km. Tujuan ujian ini adalah untuk mengekalkan sikap yang positif terhadap kecergasan fizikal di samping memberi cara-cara mengukur kecergasan sendiri. Semoga dengan adanya cara-cara mengukur komponen-komponen kecergasan, minat terhadap kecergasan untuk kesihatan diri yang optima akan dapat dikekalkan. Terdapat beberapa sebab untuk mengukur kekuatan otot dan latihan ketahanan. Kekuatan adalah sangat penting dalam kebanyakkan sukan berprestasi tinggi dan juga dapat menjamin kesihatan yang baik. Otot yang kuat membantu melindungi sendi-sendi, menjadikannya pengurangan kecenderungan kepada terseliuh, ketegangan otot dan

4 kecederaan lain. Kekuatan adalah perlu untuk postur yang baik. Masalah postur seperti kelendutan otot abdominal, bahu yang bulat, dan kesakitan di bahagian bawah belakang badan boleh dielakkan sekiranya kekuatan dikekalkan. Tambahan pula, kekuatan akan membolehkan anda untuk melakukan tugas harian dengan lebih efisyen dan untuk mengalami kepuasan daripada penglibatan diri dalam aktiviti kesenggangan. Bagi mencapai matlamat menguasai kemahiran untuk melakukan tekan tubi, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi sekolah menengah telah digubal dengan menyediakan butiran kemahiran tekan tubi. Pelajar diharap dapat menguasai kemahiran tekan tubi dalam jangka masa 5 tahun berada di sekolah. Menurut Wall (1990), pelajar peringkat umur 13-15 tahun sudah dikatakan mempunyai koordinasi mata dan tangan, mata dan kaki yang baik dan dapat melakukan aktiviti tekan tubi dengan baik. Oleh itu, guru memainkan peranan penting terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani kepada pelajar sekolah menengah dengan mengukuhkan kemahiran asas pelajar termasuk tekan tubi. Di peringkat ini, pelajar diberi penekanan kepada cara penguasaan kemahiran tekan tubi yang betul dan hubungannya dengan kemahiran sukan. Pelajar masa kini mempunyai perbezaan kebolehan dalam penguasaan kemahiran tekan tubi. Kadar pertumbuhan dan perkembangan saiz badan serta kekuatan otot dengan umur semakin meningkat dengan kadar yang cepat. Pelajar di peringkat ini dapat berlari, melompat, memukul bola, membaling dan menangkap bola dengan baik. Walau bagaimanapun, dalam aktiviti yang melibatkan aspek kelembutan, kumpulan pelajar perempuan mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding daripada pelajar lelaki (Corbin, 1980). Sebenarnya, pelajar di peringkat umur 10-12 tahun sudah boleh menguasai dan menggunakan kemahiran tekan tubi dengan baik di dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Di peringkat tersebut pelajar sudah bersedia untuk memilih jenis permainan yang diminati dan dapat menguasai kemahiran tekan tubi yang spesifik (Grineski, 1992).

5 Pelajar di peringkat ini sudah boleh menguasai kemahiran tekan tubi yang telah dipelajari melalui proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Mereka telah bersedia untuk melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani yang lebih kompleks dan bersifat pertandingan (Graham, 1987). Kebolehan menguasai kemahiran kemahiran tekan tubi yang baik memberi kelebihan kepada pelajar untuk memilih jenis sukan yang digemari. Pemilihan seumpama ini dapat memberi kepuasan dan keseronokan bermain dalam semua jenis sukan dan permainan. Untuk menguasai kemahiran tersebut, maka mata pelajaran Pendidikan Jasmani haruslah diajar dengan mengambil kira aspek domain kognitif, afektif dan psikomotor. Kejayaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Pihak sekolah harus memastikan semua guru mendapat pendedahan dalam teknik pengajaran Pendidikan Jasmani. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Oleh itu, pemilihan guru yang benar-benar berpengetahuan tentang kemahiran tekan tubi bagi mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani amat diperlukan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991). Sekiranya guru tidak berkelayakan, maka ini akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Kesan daripada fenomena ini, pelajar tidak akan dapat menguasai kemahiran tekan tubi dengan baik. Sumbangan mata pelajaran ini bertindak secara menyeluruh terhadap pendidikan yang meliputi domain psikomotor, kognitif dan efektif. Untuk menentukan pencapaian objektif pengajaran, maka mata pelajaran Pendidikan Jasmani memerlukan suatu alat pengukuran dan pengujian yang sistematik, mantap dan sesuai digunakan untuk tujuan menilai prestasi kemahiran tekan tubi pelajar sekolah menengah.

6 1.2 Latar Belakang Masalah Melalui pelbagai penyelidikan dan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik, didapati bahawa prestasi sukan kebanyakkan atlit sekarang adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan prestasi sebelum ini. Sebenarnya, apakah punca-punca yang mendorong kepada tahap peningkatan yang begitu baik? Pelbagai faktor peningkatan prestasi sukan telah pun dikenal pasti oleh para saintis sukan dan antaranya adalah keturunan seseorang atlit, cara program latihan yang lebih moden dan sistematik serta latihan yang berasaskan prinsip serta pengetahuan sains sukan. Di samping itu, cara pemakanan yang terancang dan terkawal, serta peralatan sukan yang semakin canggih dan direka cipta khas untuk membolehkan seseorang atlit melakukan latihan mereka tanpa mengira waktu dan cuaca. Pelbagai mesin dan kemudahan yang semakin canggih dan moden seperti alat motion analysis, electromyography, whole body reaction measuring equipment, time measurement device, dynamometer, three-dimentional movement analysis system dan sprirometer yang berasaskan teknologi biomekanik telah berjaya memberi banyak pengetahuan penting tentang sistem lokomotor manusia bagi tujuan memudahkan perjalanan latihan-latihan dengan pendekatan yang bersistematik dan meningkatkan prestasi atlit ke tahap yang maksima pada masa yang sama. Seperti yang sedia maklum, alat senaman di pasaran sekarang telah melimpahi bidang sukan dengan pelbagai jenama dan keluaran. Kesemua peralatan ini sememangnya mahal dan sudah tentunya sesebuah sekolah tidak mampu untuk membelinya. Dengan itu, penyelidik telah cuba untuk mencari pendekatan baru dengan menerokai bidang reka bentuk peralatan sukan dan mereka cipta satu alat yang berupaya untuk menguji serta meningkatkan prestasi atlit dari segi kekuatan otot.

7 Telah menjadi lumrah kehidupan, pelajar ingin mengetahui tentang pertumbuhan fizikal dan tahap pencapaian kekuatan mereka berkaitan dengan aspek prestasi (Siedentop, 1986). Setakat ini, mata pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah menengah di Malaysia tidak mempunyai alat pengukuran dan penilaian yang tekal dan sesuai digunakan untuk semua sekolah menengah. Kemahiran tekan tubi tidak boleh dinilai berdasarkan pemerhatian sahaja dan memberi markah mengikut skala abjad yang berlandaskan kepada penilaian subjektif secara global semata-mata. Pada hakikatnya, penilaian prestasi kemahiran tekan tubi boleh dinilai dengan objektif dan berkesan melalui proses pengukuran dan penilaian perubahan tingkah laku yang mantap (Wuest, 1991). Mengikut Petray, Blazer dan Leads (1989), penilaian adalah sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran serta tujuan untuk mendapatkan data yang boleh digunakan oleh guru bagi menilai status pencapaian kemahiran tekan tubi pelajar. Konsep pendidikan sekolah menengah menjelaskan bahawa aktiviti penilaian hendaklah disepadukan dengan aktiviti di dalam bilik darjah. Penilaian itu sendiri mempunyai peranan untuk membantu pelajar dan guru untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Prestasi kemahiran tekan tubi dapat dinilai setelah objektif tersebut dinyatakan dengan jelas. Tanpa alat pengukuran dan penilaian yang mantap adalah sukar bagi guru Pendidikan Jasmani untuk menentukan kejayaan dan peningkatan sesuatu mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah. Rekod pencapaian pelajar yang diperolehi sangat berguna sebagai panduan kepada guru dalam menilai prestasi kemahiran tekan tubi. Di samping itu, dijadikan maklumbalas kepada guru, pelajar dan ibu bapa untuk memperbaiki, mengekalkan dan meningkatkan prestasi pelajar dalam kemahiran tekan tubi mereka (Cooper, 1984). Namun begitu, masih terdapat ramai pelajar yang tidak sedar bahawa kedudukan badan haruslah lurus apabila melakukan aktiviti tekan tubi. Ramai pelajar yang kerap

8 melakukan kesalahan semasa melakukan tekan tubi, akan tetapi mereka masih mengira kekerapan melakukan tekan tubi tanpa mengambil kira sama ada perlakuan tekan tubi itu adalah betul atau tidak. Antara kesalahan yang sering pelajar lakukan semasa melakukan tekan tubi ialah kedudukan badan yang tidak lurus sepanjang melakukan tekan tubi, badan tidak cukup direndahkan, belakang badan dilenturkan menyebabkan perut berada di kedudukan yang lebih rendah daripada dada, tidak berhenti apabila siku telah dibengkokkan sehingga sudut 90 o dan kepala tidak selari dengan badan. Kecederaan boleh berlaku sekiranya seseorang melakukan tekan tubi dengan salah. Menurut Walter (2000), adalah penting untuk tidak melenturkan badan ke belakang dan juga tidak menegangkan atau memberi stress kepada leher semasa melakukan tekan tubi. Sekiranya seseorang terlalu menegangkan lehernya, besar kemungkinan stress pada ligamen di vertebrata servikal dan cakeranya (cervical vertebrae and disks) berlaku. Jika seseorang melenturkan badannya pula, vertebrata lumbar atau cakeranya (lumbar vertebrae or disks) akan mendapat stress. Mana-mana kesalahan di atas boleh menyebabkan masalah leher atau belakang badan yang kronik. Oleh yang demikian, satu jalan penyelesaian harus dicari untuk menyelesaikan masalah ini supaya tidak berlaku kecederaan, penipuan atau ketidakadilan. Satu alat pengukuran harus dicipta untuk mengira jumlah kekerapan seseorang pelajar dapat melakukan tekan tubi dalam masa satu minit. 1.3 Penyataan Masalah Kekurangan peralatan sukan yang canggih untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk menjalankan ujian kecergasan fizikal amat menyusahkan guru yang mengajar mata pelajaran ini. Ini kerana guru tidak dapat menumpukan perhatian ke atas kesemua pelajarnya dengan sempurna semasa melakukan pengujian. Pelajar-pelajar terpaksa menunggu giliran mereka untuk menjalani latihan dengan menggunakan peralatan tersebut. Oleh kerana para pelajar perlu menunggu giliran

9 mereka maka secara tidak langsung wujudnya pelajar-pelajar menjadi kurang berminat untuk mengikuti kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan menyebabkan para guru tidak dapat menguji tahap kecergasan pelajar dengan sempurna. Sebagai langkah penyelesaian, guru hanya menyuruh pelajarnya melakukan ujian kecergasan secara beramai-ramai secara sekaligus. Ini menyebabkan ramai pelajar yang menipu atau melakukan ujian ini tanpa menyedari kesalahan yang dilakukannya. Untuk mengatasi masalah di atas, satu alat pengukur yang menggunakan sensor harus dicipta. Penggunaan sensor dalam alat tekan tubi dapat membantu guru, jurulatih ataupun pelajar itu sendiri untuk mengesan sama ada badan berada dalam keadaan lurus semasa melakukan tekan tubi. Cara yang betul semasa melakukan tekan tubi ialah titiktitik penting iaitu leher dan pinggul haruslah bergerak dalam keadaan lurus semasa turun dan naik. Sehingga kini, hanya terdapat beberapa alat tekan tubi yang menggunakan hanya satu sensor yang mengarah ke arah kepala untuk mengira kekerapan tekan tubi. Kelemahannya ialah ia tidak dapat mengesan sama ada pengguna melakukan kesalahan semasa melakukan tekan tubi. Oleh itu, sebanyak 2 sensor akan ditempatkan di titiktitik penting itu untuk mengesan kesalahan semasa melakukan tekan tubi. Apabila tubuh pelajar menyentuh atau memotong garisan sensor, perkataan ON akan bertukar menjadi OFF akan dipaparkan di skrin komputer untuk menunjukkan kedudukan pelajar semasa melakukan tekan tubi. Dengan cara ini, apabila badan bergerak secara lurus semasa melakukan tekan tubi, kedua-dua sensor akan memaparkan perkataan OFF secara serentak dan seterusnya satu lakuan tekan tubi yang sah akan dipaparkan pada komputer. Secara tidak langsung, alat tekan tubi yang diberi nama Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor yang berbantukan sensor infrared ini dapat dijadikan sebagai alat pembetulan tekan tubi (push-up corrector).

10 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk: 1.4.1 Mengkaji keberkesanan Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor yang telah direka cipta oleh penyelidik. 1.4.2 Mendapatkan maklum balas mengenai Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor daripada pengguna yang telah mengetahui, melihat, meneliti serta menggunakan alat tekan tubi yang telah direka cipta. 1.4.3 Mengenal pasti sama ada alat ini dapat membantu guru-guru, jurulatih serta pelajar itu sendiri atau tidak. 1.4.4 Mengenal pasti sama ada alat yang dicipta adalah lebih baik daripada alat tekan tubi yang sedia ada. 1.5 Persoalan Kajian 1.5.1 Adakah Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor yang telah direka cipta oleh penyelidik ini mempunyai keberkesanan yang tinggi? 1.5.2 Bolehkah alat tekan tubi ini mendapat maklum balas daripada pengguna yang mengetahui, meneliti serta cuba untuk menggunakan alat ini? 1.5.3 Adakah Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor yang telah direka bentuk ini dapat membantu guru-guru, jurulatih serta pelajar itu sendiri dalam latihan menguatkan tangan pelajar dan atlit? 1.5.4 Adakah alat yang dicipta oleh penyelidik adalah lebih baik daripada alat tekan tubi yang sedia ada?

11 1.6 Kepentingan Kajian Secara umumnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membetulkan kedudukan badan, membeza dan mengukur tahap kekuatan otot tangan dalam melakukan tekan tubi bagi seseorang tidak kira pelajar sekolah ataupun pelajar-pelajar Sains Sukan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengenal pasti perlakuan perbezaan kekuatan tangan di kalangan pelajar-pelajar Sains Sukan. Kajian ini juga dapat mempamerkan bahawa kejituan alat kecergasan yang ada alat pengesan dan ia sesuai dijadikan satu rujukan kepada guru, jurulatih serta pelajar sendiri. Secara langsung, guru, jurulatih serta pelajar dapat mengesan punca-punca masalah yang menyebabkan terdapatnya perbezaan. Selain itu, hasil kajian diharapkan dapat digunakan oleh guru-guru atau jurulatih mengenai kepentingan aspek kekuatan otot terhadap bidang sukan yang diceburi oleh atlit-atlit di bawah kawalannya. Dengan menggunakan pendekatan program latihan yang tersusun, kemungkinan besar guru atau jurulatih tersebut dapat membantu atlitatlitnya dalam meningkatkan kekuatan otot mereka sekaligus meningkatkan prestasi mereka bagi menghadapi pertandingan yang bakal disertai. Semoga alat yang direka cipta ini boleh membetulkan kesalahan dalam tekan tubi serta meningkatkan kekuatan otot tangan dan yakni meningkatkan prestasi pelajar sekolah, universiti mahupun atlit negara.

12 1.7 Batasan Kajian Kajian ini adalah terbatas kepada 10 orang pelajar Sains Sukan dari tahun 5 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor untuk melakukan ujian tekan tubi dalam satu minit dengan dan tanpa menggunakan alat tekan tubi yang direka cipta oleh penyelidik. Selain daripada itu, subjek yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan itu dikehendaki menjawab soal selidik yang disediakan oleh penyelidik. Pengumpulan data akan diambil untuk mengkaji keberkesanan alat tekan tubi yang direka cipta oleh penyelidik. Maka, kajian dan pengumpulan data hanya terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor yang telah melihat, mengetahui, meneliti dan juga menggunakan Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor. 1.8 Definisi Istilah Definisi bagi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut: 1.8.1 Reka Cipta Barang atau produk yang pertama kali dicipta. 1.8.2 Reka Bentuk Menurut Hosking dan Harris (1981), reka bentuk adalah proses yang menggunakan unsur-unsur dalam sains, kejuruteraan, matematik, lukisan teknologi dan prinsip saintifik dalam usaha menghasilkan pelan di mana kemudian membawa kepada penyelesaian dan seterusnya kepada keperluan praktikal.

13 1.8.3 Tekan Tubi Sesuatu senaman di mana seseorang membengkokkan siku di atas lantai dengan badan berkedudukan lurus dan naik semula secara berterusan untuk menguatkan otototot di bahagian atas badan. 1.8.4 Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor Satu alat yang berbantukan dua sensor infrared yang dibina khas untuk mengesan sama ada badan berada dalam keadaan lurus serta mengurangkan risiko kecederaan semasa melakukan tekan tubi. 1.9 Penutup Bab 1 telah membincangkan tentang latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalanan kajian dan kepentingan serta batasan kajian. Bab 2 akan melihat kepada sorotan kajian. Sorotan kajian adalah mengenai reka bentuk kajian dan juga kajian berkaitan kekuatan otot-otot tangan.