KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

Similar documents
PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

"66O "8 '

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

Faculty Of Information and Communication Technology

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Transcription:

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan kemahiran generik di kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan awan di Sekolah Menengah Teknik (SMT) negeri Johor.Reka bentuk kajian ini adalah secara deskritif menggunakan instrument soal selidik yang diedarkan kepada 73 orang guru teknikal di sembilan buah SMT di negeri Johor. Sampel kajian di pilih secara rawak berstrata. Data dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS (Statistical package For Social Science) versi 11.0 untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai (SD). Hasil kajian menunjukan bahawa guruguru teknikal telah menerapkan kesemua aspek kemahiran generik dalam mata pelajaran kejuruteraan. Hasil kajian juga menunjukan tahap penerapan yang tinggi serta tiada perbezaan antara faktor jantina dan pengalaman mengajar dalam penerapan kemahiran generik oleh guru-guru teknikal di SMT negeri Johor.

vi ABSTRACT The purpose of this research is to identify the use of generic skill among technical teachers for the subject of electrical engineering, mechanical engineering and civil engineering at Technical Secondary School through out the Johor state. This research was done descriptively using the questionnaire instrument which was given to 73 technical teachers from nine Technical Secondary School in Johor. Research sample chosen was stratified sampling method. Data were then analyzed using the SPSS software version 11.0 in other to get the research value of frequency, percentage, mean and standard deviation. The research outcome showed that technical teachers have introduced each generic skill aspect into the engineering subject. The research also shows that the generic skill instill level was high and there were no differences between gender and the teaching experiences of these technical teachers from the Johor state Technical Secondary School.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xi xiii xiv BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan. 1 1.2 Latarbelakang Masalah. 3 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 5 1.6 Kepentingan Kajian. 6 1.7 Batasan Kajian. 7 1.8 Definisi Istilah. 7 1.9 Penutup 11

viii BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 12 2.2 Kemahiran-Kemahiran Generik 12 2.2.1 Kemahiran Komunikasi 12 2.2.2 Kemahiran Menggunakan Teknologi 13 2.2.3 Kemahiran Bekerja Dengan Orang Lain Dalam Kumpulan 14 2.2.4 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 15 2.2.5 Kemahiran Memahami Budaya 16 2.2.6 Kemahiran Merancang Dan Mengelola aktiviti 16 2.2.7 Kemahiran Mengurus, Memilih Dan Menganalisa Maklumat 17 2.2.8 Kemahiran Menggunakan Idea Dan Teknik Matematik 18 2.3 Kajian Dalam Negara 18 2.4 Kajian Luar Negara 20 BAB III METODOLOGI KAJIAN. 3.1 Pengenalan. 22 3.2 Rekabentuk Kajian 22 3.3 Persampelan 23 3.3.1 Tempat Kajian 23 3.3.2 Populasi Kajian 23 3.3.4 Sampel Kajian 24 3.4 Instrument Kajian 25 3.5 Prosedur Kajian 26 3.6 Kajian Rintis 27 3.7 Analisis Data 29 3.8 Penutup 31

ix BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 32 4.2 Persoalan Kajian 1 :Apakah jenis kemahiran generik yang sering diterapkan oleh guru teknikal di SMT negeri Johor kepada pelajar semasa proses P&P dalam mata pelajaran : 33 4.2.1 Jenis kemahiran generik yang sering diterapkan oleh guru teknikal di SMT Negeri Johor kepada pelajar semasa proses P&P dalam mata pelajaran PKE. 33 4.2.2 Jenis kemahiran generik yang sering diterapkan oleh guru teknikal di SMT negeri Johor kepada pelajar semasa proses P&P dalam mata pelajaran PKM. 39 4.2.3 Jenis kemahiran generik yang sering diterapkan oleh guru teknikal di SMT negeri Johor kepada pelajar semasa proses P&P dalam mata pelajaran PKA. 45 4.3 Persoalan Kajian 2 :Apakah tahap kemahiran generik yang diterapkan oleh guru teknikal kepada pelajar semasa proses P&P mata pelajaran 51 4.3.1 Tahap kemahiran generik yang diterapkan oleh guru teknikal kepada pelajar semasa proses P&P mata pelajaran PKE. 51 4.3.2 Tahap kemahiran generik yang diterapkan oleh guru teknikal kepada pelajar semasa proses P&P mata pelajaran PKM. 53 4.3.3 Tahap kemahiran generik yang diterapkan oleh guru teknikal kepada pelajar semasa proses P&P mata pelajaran PKA. 54 4.4 Persoalan Kajian 3:Apakah faktor demografi yang terpilih iaitu jantina dan pengalaman mengajar mempengaruhi tahap penerapan

x kemahiran generik guru-guru Mata Pelajaran Kejuruteraan di SMT negeri Johor? 55 4.4.1 Profil demografi responden 55 4.4.2 Faktor demografi yang mempengaruhi tahap kemahiran generik. 56 4.4.2.1 Faktor jantina 56 4.4.2.2 Faktor Pengalaman Mengajar 58 BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 59 5.2 Rumusan Kajian 59 5.3 Perbincangan Kajian 61 5.3.1 Jenis Kemahiran Generik Yang Di Terapkan Oleh Guru-Guru Teknikal Dalam Mata Pelajaran PKE, PKM dan PKA di SMT 61 5.3.2 Tahap Penerapan Kemahiran Generik Yang Di Terapkan Oleh Guru-guru Teknikal bagi mata pelajaran PKE,PKM dan PKA di SMT 64 5.3.3 Faktor Demografi Yang Mempengaruhi Penerapan Kemahiran Generik. 66 5.4 Cadangan Tindakan 67 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 69 5.6 Penutup 70 BIBLIOGRAFI 71 LAMPIRAN A -F 75-80

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Bilangan Populasi Guru Teknikal Mengikut SMT Dan Mata Pelajaran Pengajaran 24 3.2 Bilangan Responden Mengikut Mata Pelajaran Pengajaran. 25 3.3 Bilangan Item Mengikut Jenis Kemahiran Generik 26 3.4 Nilai Alpha Cronbach Mengikut Jenis Kemahiran Generik 28 3.5 Skala Pemeringkatan 5 Point Kepada 3 Point 30 3.6 Perkelasan Skor Peratusan 30 3.7 Perkelasan Tahap Min 30 4.1 Analisis Item Jenis Penerapan Kemahiran Generik Bagi Mata Pelajaran PKE 36 4.2 Analisis Item Jenis Penerapan Kemahiran Generik Bagi Mata Pelajaran PKM 42 4.3 Analisis Item Jenis Penerapan Kemahiran Generik Bagi Mata Pelajaran PKA 48 4.4 Skor Min Tahap Penerapan Kemahiran Generik Mengikut Pengkhususan Pengajaran Guru Mata Pelajaran PKE 52 4.5 Skor Min Tahap Penerapan Kemahiran Generik Mengikut Pengkhususan Pengajaran Guru Mata Pelajaran PKM 53 4.6 Skor Min Tahap Penerapan Kemahiran Generik Mengikut Pengkhususan Pengajaran Guru Mata Pelajaran PKA 54

xii 4.7 Profil Demografi Responden 56 4.8 Faktor Jantina Dalam mempengaruhi Tahap Penerapan Kemahiran Generik 57 4.9 Pengalaman Mengajar Dalam mempengaruhi Tahap Penerapan Kemahiran Generik 58

xiii SENARAI SINGKATAN SINGKATAN KETERANGAN PTV P&P KPM SMT PKA PKE PKM JPTek SMV PPK UTM PSM JPTK JPN SPSS Pendidikan Teknik dan Vokasional Pengajaran Dan Pembelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia Sekolah Menengah Teknik Pengajian Kejuruteraan Awan Pengajian Kejuruteraan Elektrik Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Jabatan Pendidikan Teknikal Sekolah Menengah Vokasional Pusat Perkembangan Kurikulum Universiti Teknologi Malaysia Projek Sarjana Muda Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan Jabatan Pendidikan Negeri Statistical Packages For Social Science

xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Contoh Soal Selidik 75 B Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 81 C Pengesahan Soal Selidik 82 D Surat Kebenaran Untuk Menjalani Kajian di Sekolah-Sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 83 E Surat Kebenaran untuk Menjalankan Kajian di Sekolah-Sekolah oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. 84 F Jadual Krejcie dan Morgen 85

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam menghadapi perubahan era globalisasi, negara perlu membuat pelbagai strategi bermula daripada peringkat yang paling bawah iaitu menghasilkan aset dalam bentuk sumber manusia yang dikenali sebagai aset tenaga pekerja ilmu. Menurut Azalya (2003), bagi menghadapi cabaran globalisasi rakyat Malaysia perlu dilengkapi dengan asas pendidikan dan latihan yang kukuh serta mempunyai pelbagai kemahiran umun termasuk kebolehan berkomunikasi dan menguasai bahasa. Penekanan dalam menguasai kemahiran - kemahiran generik haruslah bermula pada peringkat sekolah dengan menerapkan kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Oleh yang demikian kurikulum pendidikan haruslah sentiasa mengikut peredaran zaman bagi memastikan pelajar yang dikeluarkan bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan malah menguasai kemahiran generik bagi menghadapi era globalisasi pada masa kini. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan antara salah satu alternatif dalam sistem pendidikan negara kita. PTV juga memainkan peranan penting dalam membina masyarakat khususnya dalam konteks menjadikan Malaysia sebuah negara industri berasaskan maklumat dan dipertanggungjawabkan dalam memperkenalkan konsep pekerjaan kepada pelajar-pelajar (Robiah Sidin, 1998). Menurut Tajul Ariffin Nordin dan Nor Aini (2001), PTV bermaksud pendidikan untuk membentuk kemahiran, kebolehan, kefahaman, sikap, tabiat

2 kerja dan nilai dalam individu untuknya memasuki dan seterusnya memajukan diri dalam sesuatu bidang pekerjaan. Ini dapat menerangkan bahawa PTV bukan sahaja menerapkan kemahiran teknikal namun kemahiran lain yang perlu bagi membentuk pelajar yang lebih berkualiti. Sebagaimana menurut Yahya Emat (2005), asas kepada pelaksanaan sistem PTV ini adalah pendidikan sepanjang hayat, di mana sistem ini juga dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk mengeluarkan tenaga kerja separuh mahir bagi memenuhi rancangan pembangunan perindustrian negara. Untuk memenuhi matlamat mewujudkan pelajar yang berilmu dan berkemahiran, kurikulum PTV yang direncanakan mestilah dibantu dengan strategi pengajaran guru supaya mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Fokus pengisian kurikulum PTV dan strategi P&P guru semestinya lebih kepada penguasaan pelbagai kemahiran yang juga dikenali sebagai kemahiran generik seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni, kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan, kemahiran kepimpinan dan pengurusan dan sebagainya. Justeru itu, sudah pastinya peranan guru haruslah lebih kreatif dalam merangka strategi P&P supaya lebih terancang bersesuaian dengan kemahiran yang hendak diterapkan kepada pelajar. Menurut Tetty Henney Zulkifli dan Nik Zafri (2000), kualiti kurikulum dan tenaga pengajar mempengaruhi tahap keterampilan pelajar. Oleh itu guru berperanan menerapkan segala kemahiran generik yang bersesuaian dengan keperluan industri masa kini di samping memberi ilmu pengetahuan. Namun mengikut Mok Soon Sang (2003), penerapan kemahiran generik secara berkesan dalam P&P guru bergantung kepada penguasaan mengintegrasikan dengan kemahiran-kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir pengajaran dan tidak kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

3 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan merupakan institusi yang penting dalam melahirkan masyarakat berilmu dan berkemahiran. Bagi merealisasikan wawasan negara menuju negara maju pada tahun 2020, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mula menyediakan institusi untuk melatih pelajar dalam persediaan menjadi pekerja mahir dan separuh mahir terutama dalam bidang kejuruteraan. PTV merupakan salah satu bentuk pendidikan terpenting yang mendukung usaha kerajaan bagi melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, cekap serta berkebolehan dalam meningkatkan kemajuan negara. PTV yang komprehensif merangkumi pelbagai kemahiran, membolehkan individu bersikap versatil, berdikari dan mempunyai kemahiran bagi menyara hidupnya dengan lebih produktif (Sufean Hussin, 2005). Memang tidak dinafikan, pengajian PTV di Sekolah Menengah Teknik (SMT) adalah merupakan sumber negara melahirkan tenaga pekerja mahir terutama dalam bidang kejuruteraan seperti kejuruteraan awan, kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan mekanikal. Ketiga-tiga bidang pengajian kejuruteraan ini adalah merupakan antara pengajian terpenting dalam memenuhi keperluan industri negara menuju negara maju. Namun untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dan mampu untuk bersaing dalam era globalisasi semua aspek kemahiran perlu dikuasai termasuk penguasaan kemahiran generik. Dalam pengajian kejuruteraan awan (PKA), pengajian kejuruteraan elektrik (PKE) dan pengajian kejuruteraan mekanikal (PKM) di SMT, kemahirankemahiran generik yang dikenal pasti sebenarnya telah sedia ada dalam kurikulum pendidikan. Namun penggunaan pelbagai strategi P&P yang melibatkan pelajar secara aktif adalah perlu untuk memastikan kemahiran generik dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik. Pendidikan dan para pendidik teknikal seharusnya peka dan mempersiapkan diri untuk merancang dan bertindak demi menjamin masa depan pelajar yang lebih cemerlang dan berkualiti.

4 Menurut Hashweh (1995), guru yang berpengalaman tetapi kurang berpengetahuan tentang sesuatu topik tertentu lebih cenderung untuk berpandukan buku teks (text-given) semasa merancang sesuatu pengajaran. Ini akan menyebabkan guru lebih cenderung mengikut struktur yang dicadangkan dalam buku teks dan aktiviti-aktiviti yang dihasilkan di dalam kelas juga tidak menerapkan unsur-unsur seperti penerapan kemahiran generik. Ini mengambarkan walaupun dalam kurikulum pendidikan telah disediakan kemahiran generik namun penerapannya tidak menyeluruh dan meluas digunakan dalam proses P&P di sekolah. Dalam PKA, PKE dan PKM di SMT situasi guru teknikal dalam proses menerapkan kemahiran generik adalah berbeza berbanding dengan guru di sekolah kebangsaan. Masalah akan wujud jika guru teknikal lebih memusatkan kepada ilmu kemahiran dalam pengajian yang diikuti hingga mengabaikan penerapan kemahiran generik dalam P&P. Namun untuk mencapai tahap penguasaan yang baik dalam menerapkan kemahiran generik dalam pengajaran, seorang guru teknikal perlu membuat perubahan dalam pengajaran dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada secara berterusan. Dengan adanya teknologi maklumat masa kini maka tidaklah sukar bagi seorang guru untuk menambah ilmu pengetahuan atau mendapat maklumat terkini. Dengan kata lain, untuk melahirkan pelajar yang baik guru teknikal itu sendiri perlu meningkatkan kemahiran dalam diri terlebih dahulu. Pendekatan untuk kaedah P&P dalam PTV perlu diubah mengikut kesesuaian kemahiran generik yang hendak diintegrasikan dalam pengajaran (Yahya Emat, 1993). Terdapat juga halangan dan permasalahan yang telah menyebabkan guru teknikal itu sendiri tidak dapat menerapkan kemahiran generik dalam P&P. Masalah berbentuk fizikal seperti kekurangan kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekolah akan menyebabkan penerapan kemahiran generik yang boleh dilakukan dalam P&P tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Permasalahan lain yang mungkin wujud apabila guru itu sendiri tidak didedahkan dengan kemahiran generik secara terbuka dan meluas.

5 1.3 Pernyataan Masalah Dalam kurikulum pendidikan telah dinyatakan dengan jelas kemahirankemahiran generik yang perlu diterapkan oleh guru kepada pelajarnya. Persoalan di sini adalah untuk mengetahui sama ada guru yang mengajar PKA, PKE dan PKM menerapkan kemahiran generik tersebut dalam P&P serta adakah wujud perbezaan tahap penerapan antara mata pelajaran tersebut. Kajian ini akan mengenal pasti jenis kemahiran generik yang diterapkan dalam P&P dan tahap penerapan oleh guru-guru serta mengenal pasti adakah faktor demografi mempengaruhi tahap penerapan kemahiran generik di kalangan guru teknikal PKA, PKE dan PKM di SMT negeri Johor. Maka, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti sejauh mana penerapan kemahiran generik dilaksanakan dalam P&P mata pelajaran kejuruteraan di SMT. 1.4 Objektif Kajian (i) Mengenal pasti jenis kemahiran generik yang diterapkan dalam proses P&P oleh guru teknikal dalam mata pelajaran PKA, PKE dan PKM (ii) Mengenal pasti tahap penerapan kemahiran generik dalam proses P&P oleh guru teknikal dalam mata pelajaran PKA, PKE dan PKM (iii) Mengenal pasti perbezaan tahap penerapan kemahiran generik mengikut faktor demografi terpilih iaitu jantina dan pengalaman mengajar bagi guruguru mata pelajaran kejuruteraan di SMT negeri Johor. 1.5 Persoalan Kajian Persoalan yang ingin di utarakan dalam kajian ini adalah :- (i) Apakah jenis kemahiran generik yang diterapkan oleh guru teknikal di SMT kepada pelajar semasa proses P&P dalam mata pelajaran : a) Pengajian Kejuruteraan Elektrik

6 b) Pengajian Kejuruteraan Mekanikal c) Pengajian Kejuruteraan Awan (ii) Apakah tahap kemahiran generik yang diterapkan oleh guru teknikal kepada pelajar semasa proses P&P dalam mata pelajaran : a) Pengajian Kejuruteraan Elektrik b) Pengajian Kejuruteraan Mekanikal c) Pengajian Kejuruteraan Awan (iii) Apakah faktor demografi yang terpilih iaitu jantina dan pengalaman mengajar mempengaruhi tahap penerapan kemahiran generik guruguru teknikal di SMT negeri Johor. 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini mempunyai kepentingan seperti berikut : (i) Memberikan maklumat baru kepada para guru teknikal berkaitan penerapan kemahiran generik dalam proses P&P bagi mata pelajaran PKA, PKE dan PKM. Maklumat ini penting bagi mengenal pasti jenis-jenis kemahiran generik yang diterapkan oleh guru teknikal mengikut mata pelajaran kejuruteraan. Ini seterusnya dapat memberikan gambaran jika terdapat kemahiran generik yang tidak diterapkan sepenuhnya secara berkesan. (ii) Memberikan sumber maklumat kepada pihak KPM jika terdapat perbezaan penerapan kemahiran generik antara jantina dan pengalaman mengajar guru-guru teknikal. Ini dapat membantu pihak kementerian dalam merangka strategi bagi guru-guru yang terlibat dan seterusnya dapat meningkatkan tahap penerapan kemahiran generik dikalangan guru-guru tersebut.