BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Similar documents
Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

MODEL GURU BERKUALITI DARI PERSPEKTIF TOKOH PENDIDIKAN ISLAM DAN BARAT

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

Assessing School-based Learning: A Developmental Framework for Student Teachers

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

ABSTRAK Pendekatan Pengajaran Guru dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor. Nor Hisham Bin Muhamad Nor (4 SPH) Dr. Zainudin Bin Abu Bakar Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan mengkaji pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH). Terdapat dua pendekatan pengajaran yang telah ditinjau iaitu pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah dan pendekatan pengajaran secara induktif. Instrumen yang telah digunakan ialah soal selidik. Ia bertujuan untuk melihat hubungan antara pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar. Seramai 201 responden terdiri daripada 97 orang pelajar lelaki dan 104 orang pelajar perempuan telah terlibat dalam kajian ini. Data-data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences for Windows (SPSS) Version 13.5. Statistik deskriptif telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan guru KH lebih gemar menggunakan pendekatan pengajaran secara induktif berbanding pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah. Didapati juga tiada hubungan yang signifikan wujud di antara pendekatan pengajaran dengan tahap pencapaian pelajar. Justeru itu para pendidik tidak hanya terfokus kepada pendekatan pengajaran yang digunakan tetapi juga lain-lain aspek berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. This is a survey research that investigating the teacher s teaching approach and it relation to student achievement. There are two teaching strategies that are being investigated such as problem solving and the inductive approaches. Questionnaire is used to find out the relation between teachers teaching approaches and its effect to the student achievement. The total of 201 respondents consists of 97 male and 104 female students are involved in the study. Data is collected and analysed by using Statistical Package for Social Sciences for Windows (SPSS) Version 13.5. Descriptive statistical analysis is used. The result shows that most of the KH teachers are more often to use inductive teaching than the problem solving strategies. It also found that there are no significant relations between teaching strategies and students learning achievement. This indicates that the teachers not require just being creative but should also consider other aspect of teaching and learning in their practices.

2 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan. Ia selaras dengan perkembangan ekonomi negara yang terus meningkat dari masa ke semasa. Kerajaan terus membiayai institusi pendidikan dengan kepercayaan bahawa pendidikan itu ialah alat ataupun mekanisme untuk membawa ke arah kemajuan, sejajar dengan kehendak dan aspirasi negara mengikut perkembangan semasa. Guru merupakan profesion yang bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Sehingga hari ini, guru telah banyak menyumbang khidmat bakti di dalam pembangunan agama, bangsa dan negara lebih-lebih lagi dalam membentuk kemajuan dan pencapaian pelajar. Guru juga merupakan insan yang penting dalam pembentukan generasi yang akan datang. Yusuf Al-Qardawi dalam Razali Mat Zin (1996), menyatakan jika masyarakat hendak melihat generasi yang bakal terbentuk pada masa hadapan, lihatlah generasi pada masa sekarang. Kenyataan ini menjelaskan bahawa guru memikul tanggungjawab untuk mendidik dan menyampaikan ilmu agar dapat melahirkan generasi pewaris yang mempunyai pencapaian akademik yang baik serta disokong oleh nilai dan akhlak yang terpuji.

3 Secara sepintas tugas guru nampak mudah namun setiap guru harus menyedari bahawa sistem pengajaran pada masa kini memerlukan mereka melangkaui pelbagai kemahiran dan kepakaran semasa mengajar sesuatu mata pelajaran agar pendekatan yang digunakan tidak ketinggalan zaman atau kurang sesuai digunakan lagi pada masa kini. 1.2 Latar Belakang Masalah Proses pendidikan adalah untuk mendedahkan serta menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dengan cara yang cekap lagi berkesan. Ia adalah selaras dengan kenyataan Walker dalam Ambrose (2002), segala yang hendak dibentuk oleh seseorang di dalam bidang pendidikan adalah bertujuan memberi peluang untuk belajar sesuatu. Brophy (1998), mengatakan bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar. Sekira ini terjadi guru dapat mencetus pencapaian murid kepada yang cemerlang dan membanggakan. Pencapaian seorang pelajar adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang kompleks. Antaranya adalah pendekatan pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya seorang pelajar berminat untuk belajar, dia pasti akan mempunyai kesungguhan yang tinggi terhadap pelajaran dan begitulah juga sebaliknya. Guru merupakan salah satu daripada ejen dalam penentuan tahap pencapaian pelajar. Ini dapat dikukuhkan lagi dengan kenyataan Atan Long (1978), bahawa untuk menghasilkan pengajaran yang baik keupayaan guru penting untuk merangsangkan murid supaya menimbulkan minat mereka melibatkan diri di dalam proses pembelajaran. Pendekatan pengajaran guru pasti akan memberi kesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam mencorak pencapaian pelajar.

4 Menurut Brophy dan Good dalam Shahril (2001), keberkesanan sesuatu pengajaran bergantung kepada kepelbagaian cara memperkenalkan sesuatu isi pelajaran. Di samping itu ianya harus meliputi penyampaian guru, perbincangan dan soal jawab. Ini jelas menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran sememangnya memainkan peranan dalam pembentukan tahap pencapaian pelajar. Pendidikan masa kini mengalami pelbagai gelombang perubahan yang semakin ketara dan mencabar. Pelbagai pendekatan pengajaran perlu dilaksanakan oleh guru agar dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran guru sebenarnya turut memainkan peranan di dalam faktor pencapaian pelajar. Ee Ah Meng (1989), menyatakan kefahaman dalam bidang pedagogi adalah penting bagi guru untuk memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya. Malah ia dapat membantu guru dalam penyediaan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik serta mampu mengembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Menurut Musa Mohammad dalam Shahril (2001), guru perlu membuat perubahan dan inovasi dalam amalan bilik darjah untuk memungkinkan mereka mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan cabaran pendidikan masa kini. Pendekatan pengajaran guru mungkin dapat mempengaruhi sikap dan minat seseorang pelajar semasa proses pembelajaran. Sekiranya berlaku ia mungkin dapat mempengaruhi pencapaian. Kenyataan tersebut dikuatkan lagi dengan pandangan Brookfield dalam Ambrose (2002), bahawa guru yang berkarisma biasanya mampu memberi dorongan dan memberi sumber ilham kepada para pelajarnya. Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan berubah seiring dengan kemajuan pelajar di dalam sesuatu mata pelajaran. Pembelajaran pada mulanya adalah untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar terhadap apa yang akan disampaikan oleh guru. Abd. Rahman dalam Sayuti (2000), menyatakan adalah penting untuk kita menyedari bahawa manusia berbeza dari beberapa segi, begitu juga dengan pelajar. Perbezaan

5 di antara setiap pelajar menjelaskan kepada kita bahawa gaya atau stail pembelajaran individu atau pelajar pastinya berbeza begitu juga dengan cara pendekatan pengajaran guru. Atan Long (1978), menyatakan bahawa pendekatan pengajaran yang baik berkeupayaan untuk merangsang murid supaya menimbulkan minat mereka untuk melibatkan diri di dalam proses pembelajaran, mengadakan suasana yang boleh mendatangkan proses pemikiran serta mengekalkan konsep itu. Pendekatan pengajaran yang baik dan sesuai dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar. Ini pasti dapat meningkatkan tahap pencapaian murid pada akhirnya. 1.3 Pernyataan Masalah Kejayaan setiap pelajar haruslah dititik beratkan oleh guru. Pelajar seharusnya tidak dibiarkan datang ke sekolah dengan tidak mendapat sebarang ilmu pengetahuan dan hanya sekadar hadir ke kelas sahaja. Persoalan harus ditimbulkan kepada diri guru sendiri apakah pendekatan pengajaran yang digunakan dapat menaikkan tahap pencapaian pelajar atau sebaliknya. Justeru itu, pengkaji ingin mengenal pasti adakah terdapat hubungan di antara pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini memfokuskan kepada jenis pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Dua.

6 1.4 Persoalan Kajian Persoalan kajian ini adalah seperti berikut: 1.4.1 Apakah jenis pendekatan pengajaran yang diamalkan oleh guru di sekolah dalam mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup? 1.4.2 Apakah jenis pendekatan pengajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh guru dalam mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup? 1.4.3 Adakah terdapat hubungan antara pendekatan pengajaran guru dengan pencapaian pelajar? 1.5 Objektif Kajian Tujuan utama kajian ini adalah untuk: 1.5.1 Mengetahui apakah jenis pendekatan pengajaran yang diamalkan oleh guru di sekolah dalam mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. 1.5.2 Mengetahui apakah jenis pendekatan pengajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh guru dalam mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. 1.5.3 Mengetahui adakah terdapat hubungan antara pendekatan pengajaran guru dengan pencapaian pelajar.