PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4

Similar documents
PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

"66O "8 '

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

Faculty Of Information and Communication Technology

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

NOORHASNI BINTI HASAN

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Transcription:

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI 2011

iv DEDIKASI Teristimewa buat Ayahanda dan Bonda tersayang Romli Bin Hassan dan Zaiton Binti Hussin Rakan-rakan seperjuangan Terima kasih atas semangat, nasihat, dorongan yang anda semua berikan

v PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersukur kehadrat Illahi atas limpah dan kurnianya. Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan taufik dan hidayahnya, saya diberikan kekuatan, kesihatan dan kesempatan untuk menyiapkan projek sarjana muda ini. Saya merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga khas buat pensyarah pembimbing projek sarjana muda saya iaitu En Megat Aman Zahiri Bin Megat Zakaria di atas bimbingan, tunjuk ajar, perbincangan, pandangan dan masa yang diluangkan sepanjang proses saya melaksanakan projek sarjana muda ini. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kepada semua pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains di atas semua bimbingan dan kata-kata nasihat di sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia. Penghargaan yang tidak terhingga kepada kedua ibu dan ayah Romli Bin Hassan dan Zaiton Binti Hussin yang sentiasa menyokong saya sepanjang saya melaksanakan projek sarjana muda ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan, terima kasih atas bantuan dan motivasi di sepanjang proses perlaksanaan projek ini dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik kalian. Sekian, Terima Kasih.

vi ABSTRAK Pembangunan laman web bagi subjek kimia tingkatan 4 ini adalah bertujuan menggalakkan penggunaan internet sebagai salah satu bahan bantu mengajar di sekolah. Laman web yang di bina ini adalah dalam versi bahasa inggeris kerana bahasa ini telah digunakan di sekolah sebagai bahasa pengantar untuk subjek kimia. Kumpulan sasaran bagi pembangunan laman web ini adalah pelajar-pelajar yang mengambil subjek kimia, guru-guru yang mengajar subjek kimia dan penyelidik-penyelidik dalam bidang pendidikan. Teori pembelajaran yang digunakan dalam pembangunan laman web ini adalah Teori Konstruktivis, di mana elemen pembelajaran secara inkuiri telah diaplikasikan ke dalam laman web ini. Pembangunan laman web ini adalah menggunakan Moodle 1.9.11+ dan XAMPP 1.7 yang mengandungi Apache dan MySQL sebagai platform. Selain itu laman web ini juga disokong oleh perisian lain seperti Adobe Photoshop CS4 dan Macromedia Flash 5. Adalah diharapkan laman web ini dapat membantu pelajar dalam mempelajari tajuk berkaitan garam.

vii ABSTRACT The purpose of this website development is to encourage the usage of internet as one of the teaching aids in school. This website has been developed by using English language because of it is a medium for teaching chemistry in school. The target user for this website is the students who learned chemistry, chemistry teacher and educational researcher. The theory of learning that has been applied in this website is a Constructivist Theory of learning, where the element of inquiry has been used in this website. This website was developed by using Moodle version 1.9.11+ and XAMPP 1.7 consists of Apache and MySQL as platform. This website also use others software like Adobe Photoshop CS4 and Macromedia Flash 5. Hopefully, this website will help students to learn the topic of salt.

ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN TESIS i JUDUL ii PENGESAHAN PENYELIA iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xiii BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 0bjektif Pembangunan 5 1.5 Kepentingan Pembangunan 5 1.6 Rasional Pemilihan Pembangunan 8 1.7 Skop Pembangunan 8 1.8 Batasan Pembangunan 9 1.9 Terminologi 10 1.10 Penutup 11

x BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 12 2.2 Pengenalan Teori Konstruktivis 13 2.3 Pengenalan Pembelajaran Berasaskan Laman Web 14 2.4 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri 16 2.4.1 Bentuk-bentuk Elemen Inkuiri 18 2.4.2 Model Inkuiri 20 2.5 Aplikasi Teori Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 21 2.6 Implikasi Penggunaan Laman Web Dalam Bidang Pendidikan 22 2.7 Penutup 25 BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pendahuluan 26 3.2 Model Rekabentuk Pengajaran Dalam Pembangunan Laman Web 27 3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 27 3.2.1.1 Analisis Terhadap Kumpulan Sasaran 27 3.2.1.2 Analisis Terhadap Kandungan Pembelajaran 28 3.2.1.3 Analisis Terhadap Strategi Pembelajaran 29 3.2.1.4 Analisis Terhadap Keperluan Teknikal 29

xi 3.2.2 Fasa Rekabentuk Laman Web 32 3.2.2.1 Rekabentuk Informasi 32 3.2.2.2 Rekabentuk Interaksi 33 3.2.3 Fasa Pembangunan Laman Web 37 3.2.4 Fasa Perlaksanaan 40 3.2.5 Fasa Penilaian 40 3.3 Penutup 41 BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN LAMAN WEB 4.1 Pendahuluan 42 4.2 Penggunaan Moodle dalam Pembangunan 43 Laman Web 4.3 Paparan Hasil Pembangunan Laman Web 44 4.3.1 Database Pengguna 44 4.3.2 Paparan Tajuk Pembelajaran sebelum Pengguna Mendaftar Masuk 45 4.3.3 Paparan Daftar Masuk 46 4.3.4 Paparan Setelah Mendaftar Masuk 47 4.3.5 Paparan Objektif Pengajaran 47 4.3.6 Paparan Isi Pelajaran 48 4.3.7 Paparan Lain-lain Menu dalam Laman Web 49 4.3.7.1 Paparan Menu sebelah kanan Laman Web 49 4.3.7.2 Paparan Menu sebelah kiri Laman Web 50 4.4 Paparan Isi Pelajaran 51 4.5 Carta Alir Pembelajaran 57 4.6 Penutup 58

xii BAB 5 PERBINCANGAN, MASALAH DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 59 5.2 Perbincangan Hasil Pembangunan Laman Web 60 5.3 Masalah Dalam Proses Pembangunan Laman Web 63 5.4 Kelebihan dan Kelemahan Pembangunan Laman Web Menggunakan Moodle 65 5.4.1 Kelebihan Pembangunan Laman Web Menggunakan Moodle 65 5.4.2 Kelemahan Pembangunan Laman Web Menggunakan Moodle 67 5.5 Implikasi Pembangunan Laman Web 68 5.6 Cadangan 70 5.6.1 Cadangan Kepada Penyelidikpenyelidik lain 70 5.6.2 Cadangan terhadap Pembangunan Sistem 71 5.7 Penutup 72 RUJUKAN Rujukan A-Y 73

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1 Inkuiri Model 20 2 Struktur Akses Informasi 34 3 Struktur Tutorial 39 4 Database Pengguna 45 5 Paparan Tajuk Utama Laman Web 46 6 Paparan Daftar Masuk Pertama 46 7 Paparan Daftar Masuk Kedua 47 8 Paparan setelah Pengguna Mendaftar 47 Masuk 9 Paparan Objektif Pembelajaran 48 10 Paparan Isi Pelajaran 49 11 Paparan Menu Sebelah Kanan Laman 50 Web 12 Paparan Menu Sebelah Kiri Laman Web 51 13 Paparan Definisi Garam 52 14 Paparan Forum 53 15 Paparan Sifat Fizikal Garam 54 16 Paparan Prosedur Aktiviti Makmal 1 54 17 Paparan Prosedur Aktiviti Makmal 2 55 18 Paparan Soalan Aneka Pilihan Jawapan 56 19 Paparan Soalan Jenis Betul/Salah 56 20 Carta Alir Pembelajaran 57

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bidang pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai evolusi hasil inovasi manusia. Jika dahulu hanya menggunakan kapur, OHP dan sebagainya, kini elemen-elemen multimedia serta penggunaan komputer dan internet di Malaysia telah berkembang dengan pesatnya. Menurut Weiss (2001) dalam Nor Hazidah (2005), penggunaan internet dan komputer mampu mengubah banyak aspek dalam pendidikan di mana guru-guru akan menjadi golongan penting yang akan membantu pelajar dalam usaha pengajaran secara berbantukan komputer. Ini menunjukkan bahawa penggunaan internet dalam bidang pendidikan amat bertepatan selaras dengan Malaysia yang bakal menuju ke arah negara maju pada tahun 2020. Sesebuah Negara maju haruslah mempunyai sistem pendidikan yang mantap serta menggunakan elemen-elemen teknologi sebagai salah satu bahan bantu mengajar. Aktiviti-aktiviti pencarian maklumat secara menyeluruh oleh pelajar haruslah diterapkan supaya pelajar-pelajar menjadi individu yang aktif dalam pembelajaran.

2 Pembinaan laman-laman web berasaskan pembelajaran banyak dibangunkan bertujuan sebagai alat bantu mengajar di sekolah. Jadi pembinaan laman-laman web ini mampu membantu guru-guru mahupun pelajar mencari sesuatu maklumat berkaitan pembelajaran serta digunakan sebagai medium penyampaian maklumat yang interaktif hasil penggabungan pelbagai media. Untuk itu, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran telah mengorak langkah memenuhi hasrat pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dan internet melalui pembinaan makmalmakmal komputer di sekolah-sekolah serta menaiktaraf subjek komputer di sekolah. Bukan itu sahaja, sejak diperkenalkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris pada tahun 2003, penggunaan komputer semakin meningkat. Guru-guru sains dan matematik serta bahasa inggeris diwajibkan mengikuti kursus-kursus penggunaan komputer dalam pembelajaran. Justeru itu, penggunaan internet dalam kalangan guru khususnya guru-guru sains, matematik dan bahasa inggeris bukanlah perkara asing lagi. Pengajaran yang menarik adalah pengajaran yang melibatkan interaksi antara guru dan pelajar. Pengajaran seperti ini adalah melibatkan pelajar dalam berkongsi idea dan pendapat tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan subjek yang di ajar. Pengajaran yang hanya melibatkan guru memberi maklumat sahaja menjadikan bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut bosan serta isi pelajaran tidak dapat disampaikan dengan baik. Menurut Sajap Maswan, guru-guru boleh menggunakan internet-internet ataupun laman-laman web sebagai bahan bantu mengajar ataupun guru-guru boleh membina laman web sendiri untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini akan mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan bukan lagi pengajaran yang berpusatkan guru. Dalam hal ini guru akan menjadi fasilitator untuk membantu pelajar-pelajar memahami sesuatu konsep pengajaran dan pembelajaran.

3 1.2 Latar Belakang Masalah Pembelajaran adalah satu proses penyampaian maklumat. Penyampaian sesuatu maklumat dalam pelbagai bentuk serta tidak tertumpu kepada satu bentuk atau kaedah pengajaran adalah amat digalakkan bagi mengelakkan pelajar merasa cepat bosan dengan sesuatu pembelajaran terutama pembelajaran subjek yang kompleks seperti subjek kimia yang memerlukan guru-guru kreatif dalam menyampaikan subjek ini. Subjek kimia merupakan salah satu subjek aliran sains selain fizik dan biologi. Merupakan subjek yang melibatkan konsep, pengiraan dan kefahaman sesuatu perkara dengan mendalam. Menurut (Garnett et al., 1995; Nakhlek & Krajkik, 1993) dalam Tan Kheng Theng (2007) pelajar-pelajar mempunyai masalah dari segi Keseimbangan kimia, tindak balas stoikiometri, konsep mol serta pengoksidaan dan penurunan serta acid dan bes. Jika mereka tidak memahami konsep ini maka bagi konsep garam juga mereka akan mempunyai masalah untuk memahaminya. Masalah yang berlaku kepada pelajar pada masa kini adalah untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran dan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Kebanyakan guru-guru yang mengajar hanya menumpukan perhatian kepada fakta-fakta kimia tanpa menghubungkan apa yang dipelajari dengan kehidupan sebenar menyebabkan pelajar belajar hanya untuk peperiksaan sematamata sedangkan kimia adalah melibatkan kehidupan kita seharian. Menurut kurikulum bersepadu kimia tingkatan 4 (2005), penggunaaan teknologi seperti komputer, laman web, simulasi berkomputer dan sebagainya adalah bahan bantu mengajar yang terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan terutamnya pengajaran subjek kimia. Kebanyakan guru-guru di sekolah masih lagi menggunakan cara mengajar secara tradisional iaitu dengan menggunakan kapur dan menerangkan sesuatu perkara secara lisan tanpa menerangkan bagaimana sesuatu proses itu berlaku. Menurut Johari, Nor Hasniza dan Mohamad Yusof (2006) pengajaran kimia haruslah pada aras mikroskopik, makroskopik dan simbol sesuatu bahan kimia dan pembinaan bahan bantu mengajar haruslah mempunyai aras-aras ini tetapi ia sukar dihasilkan. Begitu juga dengan pembangunan laman web sebagai bahan bantu mengajar memerlukan masa yang lama untuk dibangunkan serta memerlukan tenaga pakar yang mahir. Perkara ini akan menyebabkan guru-guru

4 sukar membangunkannya dan hanya tertumpu kepada satu kaedah pengajaran iaitu secara konvensional. Pengajaran topik kimia dengan menggunakan laman web amat bertepatan kerana ia akan membantu guru-guru dan pelajar-pelajar untuk memahami beberapa konsep pengajaran dan pembelajaran kimia yang sukar seperti yang melibatkan stoikiometri kimia, persamaan kimia dan sebagainya yang merupakan asas kepada sesuatu kimia. Bagi mengatasi masalah ini juga, teori konstruktivisme akan disepadukan dalam pembangunan laman web ini. Menurut Johari, Nor Hasniza dan Mohamad Yusof (2006) lagi pembelajaran secara konstrutivis menekankan dua aktiviti yang berkait iaitu yang melibatkan tingkahlaku pelajar serta yang melibatkan aktiviti mental secara aktif. Ini akan membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara melalui pengalaman mereka sendiri. 1.3 Pernyataan Masalah Penguasaan konsep garam adalah amat penting oleh pelajar supaya pelajar dapat menganalisis sesuatu garam. Menurut Hanafi(2004) dalam Tan Kheng Theng(2007) sesuatu konsep pengajaran adalah tidak bermakna dan menjadi hafalan jika sesuatu konsep itu tidak difahami. Ini jelas menunjukkan bahawa sesuatu pengajaran itu perlu dikuasai bukannya dihafal. Jika ia difahami maka pelajar akan mudah untuk mempelajari sesuatu topic terutamanya topik garam pada aras yang lebih tinggi, tetapi jika pelajar mengamalkan konsep hafalan, sukar untuk mereka menjawab pelbagai soalan yang ditanyakan sama ada oleh guru mahupun dalam peperiksaan. Walaupun pelajar dapat menguasai sesuatu konsep kimia, tetapi tidak semua dapat mengekalkan konsep tersebut pada aras soalan yang berbeza Tan Kheng Theng(2007). Keadaan ini menimbulkan beberapa persoalan dalam usaha mengatasi masalah ini secara pembangunan laman web iaitu : adakah rekabentuk laman web boleh membantu pelajar memahami konsep garam dan seterusnya digunakan untuk

5 menjawab soalan dalam pelbagai aras yang berbeza. Sejauh manakah pembangunan laman web ini mampu membentuk pelajar menjadi pelajar yang aktif untuk mencari maklumat berkaitan garam dan seterusnya mengaplikasikan konsep garam dalam kehidupan seharian. Justeru itu satu pembangunan laman web berasaskan pembelajaran harus dibangunkan bertujuan membantu pelajar-pelajar untuk menguasai konsep pembelajaran garam dan seterusnya mampu mengaplikasikan konsep tersebut dalam pelbagai situasi. 1.4 Objektif Pembangunan Secara khususnya pembangunan laman web ini adalah untuk: i. Merekabentuk satu laman web yang lengkap berkaitan tajuk garam bagi subjek kimia tingkatan 4 menggabungkan elemen-elemen multimedia serta interaktif untuk menarik perhatian pelajar. ii. Membangunkan sebuah laman web yang mudah digunakan oleh guruguru dan pelajar-pelajar mengikut silibus kimia tingkatan 4, kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM). 1.5 Kepentingan Pembangunan Setiap pembangunan laman web mempunyai tujuan serta kepentingan yang tersendiri. Bagi pembinaan laman web untuk topik garam bagi subjek kimia tingkatan 4, ia mempunyai kepentingan-kepentingan kepada individu-individu mahupun kepada organisasi termasuklah kepada guru-guru yang mengajar subjek kimia, pelajar yang mempelajari subjek kimia, penyelidik-peyelidik lain, pihak

6 kementerian pelajaran, golongan-golongan lain yang bertujuan untuk menerbitkan bahan-bahan rujukan berasaskan subjek kimia. Tujuan pembangunan laman web ini kepada golongan guru-guru di sekolah adalah untuk membantu mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di sekolah. Mengikut satu kajian yang dijalankan ke atas guru-guru di sekolah menengah di seluruh Pulau Pinang mendapati bahawa, penggunaan komputer dan internet di dalam beberapa subjek untuk proses pengajaran dan pembelajaran mencatatkan keputusan bahawa, subjek sains mempunyai peratusan tinggi iaitu sebanyak 68% berbanding subjek sejarah iaitu sebanyak 47%. Peratusan ini jelas menunjukkan bahawa guru-guru sains lebih mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer dan internet berbanding guru-guru sejarah atau guru-guru sains sosial. Dapatan ini membuktikan bahawa pengajaran secara berbantukan komputer adalah amat sesuai terutamanya bagi subjek sains. Jadi jika dilihat kembali pembinaan laman web berasaskan pembelajaran ini mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran kimia lebih menarik serta mudah difahami. Menurut Sajap Maswan lagi, dalam penggunaan laman web, bagi menggalakkan pembelajaran secara aktif, guru-guru haruslah menggunakan ciri-ciri hypermedia, hiperteks dan hiperlinks supaya pelajar dapat menerokai maklumat tentang subjek yang ingin dipelajari untuk dikongsikan di dalam kelas. Ini menunjukkan bahawa kepentingan laman web ini kepada guru-guru amat banyak sekali dalam memberikan sesuatu yang menarik serta membantu pelajar memahami konsep kimia iaitu konsep garam yang akan dipelajari. Laman web ini juga boleh membantu para guru untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas. Penggunaan ini seterusnya memberikan kepelbagaian kepada guru-guru dan pelajar itu sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan laman web ini amat penting sekali kepada golongan pelajar kerana ia sangat membantu pelajar dari segi memperkukuhkan konsep sesuatu topik. Pembelajaran berasaskan web menjadikan pelajar lebih berdikari serta ia membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dalam sesuatu topik yang dipelajari. Menurut Baharudin(2001) dalam Sajap Marwan menyatakan bahawa pelajar mempunyai

7 initiatif belajar secara kendiri dalam membentuk kemahiran mereka terhadap sesuatu topik yang dipelajari supaya mereka memperlihatkan ciri-ciri sebagai seorang pelajar yang aktif. Justeru itu, penggunaan laman web ini melalui penerapan pelbagai aktiviti yang mencabar minda serta penerokaan pelbagai sumber-sumber pembelajaran lain dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran berfikir tahap tinggi. Selain itu juga pembangunan laman web ini mampu menarik minat pelajarpelajar dalam usaha mereka mempelajari dan memahami sesuatu konsep kimia itu sendiri dengan mudah melalui pengalaman mereka mencari sendiri sesuatu maklumat dan dikongsikan bersama pelajar-pelajar yang lain di dalam kelas. Jika dilihat dalam huraian sukatan pelajaran kimia tingkatan 4, pusat perkembangan kokuriulum menekankan teori konstruktivis dalam pembelajaran kimia di mana pengetahuan sedia ada pelajar dititik berat, pembelajaran berlaku apabila pelajar berusaha mendapatkannaya, pembelajaran juga berlaku dimana proses asimilasi berlaku antara pengetahuan sedia ada mereka dengan pengetahuan baru yang mereka dapat, dan pengalaman pelajar membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Semua elemen-elemen tersebut amat diperlukan oleh pelajar-pelajar supaya wujudnya pembelajaran secara aktif di dalam kelas. Pembangunan laman web juga memberi manfaat yang besar kepada penyelidik-penyelidik lain. Pembangunan laman web mampu memberikan motivasi kepada penyelidik-penyelidik lain untuk membangunkan lebih banyak laman-laman web berasaskan pembelajaran untuk kegunaan dan kemudahan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah. Pembinaan laman-laman web ini juga mampu memberikan maklumat yang berguna kepada penyelidik-penyelidik lain tentang apa yang perlu dihasilkan dan apa yang perlu dielakkan semasa membangunkan sesebuah laman web yang melibatkan pembelajaran di sekolah. Selain itu huraian sukatan pelajaran juga menekankan penggunaan teknologi dalam pembelajaran kerana teknologi adalah alat bantu mengajar yang mampu menarik perhatian pelajar. Adalah diharapkan pelajar-pelajar dan guru-guru dapat menggunakan laman web ini secara maksimum supaya sesuatu objektif pengajaran dapat dicapai.