MENGENALPASTI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KEMAHIRAN MEMERHATI, KEMAHIRAN MENGUKUR DAN KEMAHIRAN MEREKOD NORDIANA BINTI NORDIN

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

"66O "8 '

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

Faculty Of Information and Communication Technology

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Hakcipta tesis ini adalah milik pengarang dan/atau pemilik hakcipta lain. Salinan boleh dimuat turun untuk kegunaan penyelidikan bukan komersil

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

NOORHASNI BINTI HASAN

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

Transcription:

MENGENALPASTI TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KEMAHIRAN MEMERHATI, KEMAHIRAN MENGUKUR DAN KEMAHIRAN MEREKOD NORDIANA BINTI NORDIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia FEBRUARI, 2004

iv DEDIKASI Teristimewa untuk abah dan ibu tersayang, Nordin Che Li dan Ramlah Yaacob segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan akan ku kenang selamanya Kepada kekanda-kekanda ku yang dikasihi, Norashikin dan Fadzil Asri Norinsan dan Muhamad Norsyamsulshifa Nurul Sharmin Anak-anak saudara yang dirindui Farid Nazmi Farah Nur Ayuni Ikhwan Harris Kau ku pilih lalu ku kasih Nua Ahmad agar sentiasa berada dalam kesejahteraan dan dikekalkan taufik dan hidayah oleh Allah Subhanahu Wata la.

v PENGHARGAAN Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Professor Madya Dr. Abu Hassan Bin Kassim selaku pensyarah projek ini di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, dorongan serta teguran yang membina telah diberikan dari awal kajian sehinggalah ianya disempurnakan. Sesungguhnya saya amat menghargai segala ilmu yang dicurahkan oleh beliau. Penghargaan juga diberikan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah memberi kelulusan dalam menjayakan kajian ini. Di samping itu, jutaan terima kasih juga kepada semua pengetua, penolong kanan serta pelajar-pelajar di atas kerjasama yang telah diberikan. Akhir kata, terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak sepanjang kajian ini dijalankan.

vi ABSTRAK Salah satu daripada objektif Kurikulum kimia dalam KBSM adalah untuk melahirkan murid yang menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Oleh itu, bagi merealisasikannya pelajar perlulah menguasai kemahiran saintifik terutamanya kemahiran proses sains asas. Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman pelajar tingkatan empat dalam kemahiran memerhati, kemahiran mengukur dan kemahiran merekod data. Kajian ini melibatkan 150 orang pelajar tingkatan empat aliran sains daripada tiga buah sekolah di daerah Kota Setar. Instrumen yang digunakan untuk menilai pemahaman kemahiran ini adalah soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian; Bahagian A adalah latar belakang responden dan Bahagian B adalah 20 item berbentuk soalan objektif. Data mentah yang diperolehi dianalisis dan direkodkan dalam bentuk frekuensi, peratus, min serta sisihan lazim. Hasil kajian menunjukkan pemahaman pelajar dalam kemahiran memerhati, kemahiran mengukur dan kemahiran merekod adalah pada tahap yang baik masing-masing (76%, 68%, dan 73%). Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam ketiga-tiga kemahiran berada pada tahap yang baik (72%). Beberapa kekangan, implikasi kajian dinyatakan dan cadangan-cadangan kajian lanjutan dikemukakan di bahagian akhir.

vii ABSTRACT One of the objectives of chemistry curriculum is to produce a student who mastering in thinking skills and scientific skills. Therefore, science process skills are very important to implement this objective. The objective of this research was to analysis the status of understanding in observing skills, measurement skills and recording skills among Form Four students. 150 boys and girls student from three schools at Kota Setar, Kedah were involved in this study. Instrument that are using in this study is investigation form consist of two part; respondent background and 20 multiple choice question. Data was analyzed in the form of frequency, percentages, mean and standard deviation. The study showed that the understanding level of observing skills, measurement skills and recording skills was good (76%, 68%, and 73%). As a whole, the result of this study showed the level of understanding of observing skills, measurement skills and recording skills was good (72% ). Some constraint and implication of the findings and some suggestions for future research are put forward.

viii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI LAMPIRAN iv v vi viii xi xii BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan 1 1.1 Latar Belakang Masalah 3 1.2 Pernyataan Masalah 5 1.3 Objektif Kajian 6 1.4 Kepentingan Kajian 6 1.5 Skop Kajian 6 1.6 Batasan Kajian 7

ix 1.7 Definisi Istilah 7 1.7.1 Tahap Kefahaman 7 1.7.2 Pelajar 8 1.7.3 Kemahiran Memerhati 8 1.7.4 Kemahiran Mengukur 9 BAB 11 SOROTAN KAJIAN 2.0 Pengenalan 10 2.1 Kemahiran Memerhati 10 2.2 Kemahiran Mengukur 12 2.3 Kemahiran Merekod 13 BAB 111 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 15 3.1 Reka Bentuk Kajian 15 3.2 Sampel Kajian 16 3.3 Instrumen Kajian 16 3.4 Prosedur Kajian 18 3.5 Analisis Data 19

x BAB 1V ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL 4.0 Pengenalan 22 4.1 Analisis Data 22 4.2 Latar Belakang Responden 23 4.3 Penguasaan Kemahiran Proses Sains 24 4.4 Perbincangan Hasil 24 4.4.1 Latar Belakang Responden 24 4.4.2 Perbincangan Umum Mengenai tahap Kefahaman Pelajar 25 4.4.2.1 Kemahiran Memerhati 27 4.4.2.2 Kemahiran Mengukur 29 4.4.2.3 Kemahiran Merekod 31 BAB 1V KESIMPULAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN KAJIAN LANJUTAN 5.0 Pengenalan 33 5.1 Kesimpulan 33 5.2 Implikasi Kajian 34 5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 36 RUJUKAN 37

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan item mengikut aspek kajian 17 3.2 Min skor dan tahap kefahaman dalam kemahiran proses sains 21 4.1 Kekerapan dan peratusan latar belakang responden 23 4.2 Peratus pelajar yang menjawab dengan betul mengikut item 25 4.3 Tahap kefahaman pelajar secara keseluruhan 26

xii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Contoh borang soal selidik 40 B Surat pengesahan penyelidikan UTM 51 C Surat kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM 52

1 BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Dalam era globalisasi yang makin mencabar, Malaysia tidak terlepas daripada tuntutan persaingan yang mencakupi pelbagai bidang terutamanya dalam sains dan teknologi. Menyedari hakikat bahawa kemajuan negara adalah bertunjangkan kepada sains dan teknologi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah bagi memastikan rakyat Malaysia tidak ketinggalan daripada arus teknologi. Antara aspek yang menjadi fokus utama negara bagi melahirkan generasi dan sumber tenaga menusia yang berkualiti serta kental menghadapi cabaran teknologi ini adalah melalui pendidikan. Selain daripada melahirkan generasi dan sumber tenaga manusia yang berkualiti, sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi, diharapkan bidang pendidikan mampu meningkatkan tahap kesediaan dan keupayaan negara dalam bidang industri teknologi maklumat.

2 Di Malaysia, kaedah pembelajaran sains melalui pendekatan inkuiri terpimpin, di mana sains dianggap sebagai proses, bermula dengan perlaksanaan Kurikulum Sains Moden (Sukatan Pelajaran Malaysia, yang diadaptasikan daripada Sains Nuffield Britain) pada tahun 1972. Kaedah yang digunakan adalah selaras dengan pendekatan pengajaran sains yang berlaku secara global pada era 1960-an; di mana sains perlu diajar dengan memberi peluang kepada pelajar melakukan penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, bukannya secara mendemonstrasi atau mengesahkan sesuatu konsep, prinsip atau makumat (Abu Hassan, 1999). Dalam merealisasikan pembinaan insane seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) (Sukatan Pelajaran Kimia KBSM, 2000). Bagi menyumbang ke arah pembinaan masyarakat seperti yang dihasrat, penekanan perlu ditumpukan kepada penguasaan kemahiran asas yang meliputi kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan penerapan nilai murni. Menyedari hakikat itu, rancangan pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) digubal untuk mengembangkan intelek para pelajar supaya memiliki daya fikir yang membolehkan para pelajar menyumbang idea dan mengaplikasi pelbagai pengetahuan secara konkrit serta kemahiran yang diperoleh dalam kehidupan seharian (Abu Hassan, 2001).

3 1.1 Latar Belakang Masalah Kemahiran saintifik terbahagi kepada dua iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.. Kemahiran proses sains pula terbahagi kepada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. Kemahian proses sains asas adalah merujuk kepada kemahiran asas yang perlu dikuasai pelajar bagi membolehkan mereka menjalankan eksperimen di makmal atau melakukan aktiviti penyiasatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah (Abu Hassan, 2001). Manakala, kemahiran proses sains bersepadu ialah kemahiran yang melibatkan gabungan dua atau lebih kemahiran proses asas, di mana memerlukan pemikiran yang lebih tinggi. Penguasaan kemahiran proses sains sangat penting untuk membolehkan para pelajar lebih memahami isi kandungan sesuatu mata pelajaran yang diajar; terutamanya mata pelajaran sains (Shaharom, 1989). Kefahaman tentang kemahiran saintifik membolehkan para pelajar memperkembangkan sikap positif dan membentuk pemikiran yang sistematik (Habibah dan Shaharom, 2000). Salah satu kemahiran proses sains yang diberikan tumpuan adalah membuat pemerhatian, membuat pengukuran secara sistematik dan merekod data daripada pemerhatian dan pengukuran yang melibatkan bacaan, membina graf daripada maklumat dan sebagainya (Meor Ibrahim, 2001). Aktiviti yang paling penting dalam kemahiran proses sains asas ialah kemahiran memerhati, kemahiran mengukur dan kemahiran merekod. Pemerhatian merupakan asas untuk semua kemahiran proses sains yang lain (Khamidah, 2000). Kemahiran memerhati juga turut terlibat dalam semua kemahiran proses sains seperti membuat inferens, meramal, mengeksperimen dan lain-lain.

4 Kemahiran mengukur juga penting kerana ia membolehkan seseorang menggunakan alatalat ukuran dengan tepat, menganggarkan jarak, luas, dan isipadu. Selain itu, kemahiran mengukur dapat digunakan dalam kemahiran proses yang lain. Melalui kemahiran mengukur, ramalan dan inferens dapat dibuat dengan tepat (Habibah, 2000). Setelah melakukan pemerhatian dan pengukuran, bagaimanakah para pelajar mencatat dan menyimpan data yang diperolehi? Data-data yang telah dikumpul boleh direkodkan dalam bentuk jadual, graf dan lukisan. Dalam kemahiran merekod, data daripada pemerhatian direkod tanpa melakukan ramalan awal dan selalunya direkod dalam bentuk jadual, graf atau rajah (Swain, 1988). Dalam objektif mata pelajaran Sains, aspek psikomotor diberi penekanan kepada pelajar iaitu pemahaman tentang prinsip kerja serta teknik penggunaan dan pengendalian peralatan sains (Abu Hassan, 2001). Aspek ini perlu diberi perhatian utama apabila pelajar menjalankan kerja amali di dalam makmal. Aktiviti amali adalah sangat penting dalam pendidikan sains sejak sekian lama dan amat berkesan dalam meningkatkan intelektual, penyiasatan serta kemahiran menyelesaikan masalah (Tobin, 1990). Oleh itu pelajar perlulah dilengkapi dengan pengetahuan asas yang mencukupi dalam teknik memerhati, pengumpulan data dan penggunaan alat yang betul sebelum menjalankan aktiviti amali.

5 1.2 Pernyataan Masalah Permasalahan yang timbul, adakah para pelajar telah memahami proses sains asas semasa menjalankan eksperimen? Adakah matlamat Kurikulum Kimia dalam KBSM untuk menguasai kemahiran saintifik telah tercapai? Justeru itu, satu kajian adalah sangat perlu dilakukan untuk mengenal pasti tahap kefahaman para pelajar tingkatan empat dalam kemahiran memerhati, kemahiran mengukur dan kemahiran merekod. 1.3 Objektif Kajian Secara umum, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam kemahiran proses sains asas iaitu kemahiran memerhati, kemahiran mengukur dan kemahiran merekod. Secara khusus, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap: i. Kemahiran memerhati para pelajar berdasarkan deria (pancaindera), bantuan alat serta memerhati persamaan dan perbezaan objek. ii. Kemahiran mengukur para pelajar yang melibatkan teknik penggunaan alat radas dan penukaran unit asas piawai. iii. Kemahiran merekod data oleh para pelajar.

6 1.4 Kepentingan Kajian Melalui maklumat dan maklum balas yang diperolehi daripada kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pelajar supaya mereka dapat memperbaiki kelemahan dalam kemahiran proses sains. Pihak pengurusan makmal sekolah dan pentadbir sekolah juga dapat memberi perhatian kepada para pelajar dan guru supaya mereka tidak menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti makmal. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan bagi pihak kementerian pendidikan, institusi pendidikan dan guru-guru dalam mengkaji dan memperbaiki program pendidikan yang dijalankan. 1.5 Skop Kajian Skop kajian yang dipilih adalah berdasarkan kepada kefahaman pelajar dalam kemahiran proses sains asas iaitu : i. Kemahiran memerhati. ii. iii. Kemahiran mengukur. Kemahiran merekod.