PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN VIDEO DALAM TOPIK WORK AND ENERGY BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL

Similar documents
A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

"66O "8 '

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Faculty Of Information and Communication Technology

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

Transcription:

PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN VIDEO DALAM TOPIK WORK AND ENERGY BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL AHMAD KHAIRI BIN MAT ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN VIDEO DALAM TOPIK WORK AND ENERGY BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya AHMAD KHAIRI BIN MAT ALI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: 378 KAMPUNG TEBAUK, 21200, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU D.I. (TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penyelia: ENCIK SHAHARUDDIN BIN MD. SALLEH Tarikh: 28 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGAKUAN Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik). Tandatangan :.. Nama Penyelia : ENCIK SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH Tarikh : 28 APRIL 2008

PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ELEMEN VIDEO DALAM TOPIK WORK AND ENERGY BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL AHMAD KHAIRI BIN MAT ALI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2008

ii PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :.. Nama Pelajar : AHMAD KHAIRI BIN MAT ALI. Tarikh : 28 APRIL 2008

iii DEDIKASI Teristimewa buat. Pemimpin-pemimpin dunia Pendidik-pendidik Pakar-pakar IT Rakyat jelata Teman dan rakan seperjuangan Keluarga tercinta Kalian semua adalah rantai-rantai yang saling terikat di antara satu sama lain untuk menyempurnakan sebuah kehidupan Seandainya kalian cuba meleraikannya dek lagak sombong, maka hilanglah kesempurnaan kehidupan kalian

iv PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah taufik dan inayahnya maka siaplah sudah Projek Sarjana Muda (PSM) saya ini. Berkat doa ibu-bapa, keluarga dan rakan-rakan seperjuangan mengiringi sebuah perjuangan keilmuan bagi mengecapi seribu impian. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada barisan pendidik UTM yang bertungkus lumus mengajar dan mendidik mahasiswa-mahasiswi UTM ke arah pembentukan masyarakat yang terbilang di suatu masa nanti. Semoga semua usaha kita ini jika diniatkan ikhlas kerana Allah, justeru bakal memberi manfaat yang besar di akhirat kelak. Sekian, terima kasih.

v ABSTRAK Keperluan mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada semua peringkat persekolahan kini semakin mendesak. E-Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar yang terarah kendiri, kadar kendiri dan akses kendiri. Walaubagaimanapun, perkembangan pesat dunia internet pada hari ini mewujudkan aliran baru dalam penyampaian informasi iaitu berbentuk Flash Video yang lebih mudah dan cepat diakses. Projek ini dibangunkan dengan memperkenalkan E-Pembelajaran berasaskan Video On Demand dengan mengekalkan konsep pembelajaran secara Sosial Konstruktivisme. Bahan E-Pembelajaran yang bertajuk Work and Energy bagi subjek Fizik Tingkatan Empat ini menyediakan aktiviti pembelajaran secara Tutorial, Video, Quiz, Forum dan Extra Notes di samping aktiviti tertentu yang membenarkan pengguna berinteraksi secara spontan terhadap bahan pembelajaran. Sistem E-Pembelajaran yang dibangunkan ini membenarkan pengguna untuk berkongsi bahan-bahan berbentuk video dan nota tambahan dengan kawalan pihak pentadbir. E- Pembelajaran ini diharapkan juga dapat dijadikan bahan bantu mengajar(bbm) yang efektif kepada guru-guru sebagai satu tarikan kepada pelajar untuk lebih meminati subjek fizik.

vi ABSTRACT The needs to integrate ICT into the process of teaching and learning at all levels in school is now very important. Web based E-Learning have been an effective alternative in the process of teaching and learning as this new method is capable to create students-centered learning for self-directed, self-paced and self-accessed learning. However, with the fast development of the internet world nowadays, there is a new trend in the information delivery; Flash video which is easier and faster to be accessed. This project is developed by introducing Video On Demand based E-Learning with still conserving the learning concept by Social Constructivism. E-Learning material entitled Work and Energy for Form Four physics also provided learning activities in Tutorial, Video, Quiz, Forum and Extra Notes as well as other activities that let the user to interact spontaneously with the learning materials. This E-Learning system also allow the users to share materials such as videos and notes with the administrator. This E-Learning is hoped to be an effective teaching aids for the teachers as it will attract the students to love physics more.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN HALAMAN i ii iii iv v vi vii xi xii 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan 1 3 1.2 Latar Belakang Masalah 4 5 1.3 Penyataan Masalah 6 7 1.4 Objektif Projek 8 1.5 Kepentingan Projek 9 11 1.5.1 Pelajar 9 1.5.2 Guru 10 1.5.3 Sekolah 11 1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat 11 1.6 Skop dan Batasan Projek 11-12

viii 1.7 Kerangka Teori Projek 13-14 1.8 Definisi Istilah 15 1.8.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 15 1.8.2 Pelajar 15 1.8.3 Web Portal Pendidikan 15 1.8.4 Pembelajaran 16 1.8.5 Video 16 1.9 Kesimpulan 17 2.0 SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 18 2.2 Kebaikan dan Kelemahan E-Pembelajaran 19 2.2.1 Kebaikan E-Pembelajaran 19-20 2.2.2 Kelemahan E-Pembelajaran 21 2.3 E-Pembelajaran berasaskan Kontruktivisme Sosial 22-24 2.4 Elemen Video dalam E-Pembelajaran 25-26 2.5 Teknologi dan Kelebihan Video Streaming 26-30 2.6 Penggunaan Elemen Video Dalam Pembelajaran Fizik 30 2.6.1 Sejarah Awal 30-31 2.6.2 Penggunaan video 31 2.6.3 Eksperimen Berasaskan Video 32 2.6.4 Pemerhatian Kualitatif 32 2.7 Pembangunan Web Dinamik Dan Interaktif 33 2.7.1 Active Server Pages Sepintas Lalu 33-34 2.8 Fenomena Dalam Kajian Berkaitan 34 Dengan Tajuk Work and Energy 2.8.1 Kesukaran Pelajar Terhadap 34 Topik Work and Energy 2.9 Penutup 36

ix 3.0 PROSEDUR PEMBANGUNAN 3.1 Pengenalan 37 3.2 Kaedah Pelaksanaan 37-38 3.2.1 Fasa analisa keperluan 38 3.2.1.1 Kumpulan sasaran 38 3.2.1.2 Pemilihan Perkakasan 38-39 3.2.1.3 Pemilihan Perisian 39-41 3.2.2 Fasa Rekabentuk 41-42 3.2.2.1 Reka bentuk informasi 42 3.2.2.2 Reka bentuk interaksi 42 3.2.2.3 Reka bentuk persembahan 43 3.2.3 Fasa pembangunan dan perlaksanaan 43-44 3.3 Penutup 44 4.0 PEMBANGUNAN WEB E-PEMBELAJARAN 4.1 Pengenalan 45 4.2 Penghasilan Bahan-bahan Pembelajaran 46 4.2.1 Objektif Pembelajaran 46 4.2.2 Bahan Pembelajaran 46 4.2.3 Proses Ubahsuai dan Pemampatan 47 4.3 Antaramuka Laman Web 47 4.3.1 Antaramuka Login 48-50 4.3.2 Antaramuka Tutorial 50-51 4.3.3 Antaramuka Video 52-55 4.3.4 Antaramuka Quiz 55-56 4.3.5 Antaramuka Forum 57-58 4.3.6 Antaramuka Extra Notes 58-59 4.3.7 Antaramuka Search 59-60 4.3.8 Pengurusan Pentadbir Administrator 60-64

x 4.4 Fungsi logout 64 4.5 Penyebaran Web E-Pembelajaran 65 4.5.1 Pelayan Web 65 4.5.2 Kaedah Pemindahan Data 66 4.6 Penutup 66 5.0 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 67 5.2 Perbincangan 67-68 5.2.1 Kelebihan Web E-Pembelajaran 68-70 5.2.2 Kelemahan Web E-Pembelajaran 70-71 5.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa 71 Penghasilan Projek 5.3.1 Kesilapan Memilih Pelayan Web (Webhosting) 71-72 5.3.2 Kesukaran Merekabentuk 72 5.3.3 Masalah Kepakaran 72-73 5.4 Cadangan Projek Lanjutan 73 5.5 Penutup 74 RUJUKAN 75-78 LAMPIRAN 79-80

xi SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Kerangka Teori Projek 13 2.1 Single Window Format 29 2.2 Double Window Format 30 4.1 Rekabentuk bertemakan Fokus 48 4.2 Antaramuka Sign up 49 4.3 Antaramuka Winner of this week 50 dan Vote in our poll 4.4 Antaramuka Tutorial 51 4.5 Antaramuka Chatroom Tutorial 51 4.6 Antaramuka Video 53 4.7 Embed Code daripada Web YouTube 54 4.8 Antaramuka Video mengikut subtopik 54 4.9 Antaramuka Video pilihan 55 4.10 Antaramuka Quiz 56 4.11 Antaramuka Forum 58 4.12 Antaramuka Extra Notes 59 4.13 Antaramuka Search 60 4.14 Antaramuka Pentadbir 61 4.15 Antaramuka tutorial dan video Pentadbir 64 4.16 Antaramuka chatroom dan quiz Pentadbir 64

xii SENARAI LAMPIRAN NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Carta Alir Utama Bagi Pembangunan 79 Laman Web E-Pembelajaran B Papan Cerita untuk Laman Utama 80

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan pembelajaran secara berterusan menjurus kepada bercambahnya golongan-golongan intelektual dan berkembangnya ilmu penaakulan secara saintifik, abstrak dan ilmiah (M. O Loughlin, 1992). Teknologi informasi pada hari ini telah berjaya mewujudkan sebuah dunia maya yang sarat dengan perpustakaan digital, dan membentuk paradigma baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping menimbulkan ide-ide baru dalam penerokaan ilmu. Pembelajaran yang dicetuskan oleh teknologi informasi pada masa kini telah berupaya meminimumkan masa untuk melangkau lebih ke hadapan. Di Malaysia, konsep sekolah bestari dilaksanakan sebagai satu daripada aplikasi perdana MSC, yang bertujuan bagi melahirkan generasi muda negara yang akan mewarisi negara kita dan memanfaatkan serta mengembangkan infrastruktur MSC. Sekolah bestari merujuk kepada sekolah yang memberikan peluang teknologi maklumat interaktif untuk memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran serta proses

2 pengurusan. Sekolah ini memfokuskan usaha melahirkan pelajar yang kreatif, dan berupaya menjana idea baru. Disamping itu, dapat melahirkan golongan pemikir dan bukan hanya individu yang hanya mengeluarkan semula pengetahuan. Sekolah bestari mengutamakan perkembangan individu secara menyeluruh dari segi intelektual dan afektif. Teknologi terkini akan digunakan untuk mengembangkan peranan pengajaran ke arah akses sendiri, terarah pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu. Oleh itu, prasarana elektronik adalah diperlukan bagi membolehkan berlakunya aliran maklumat dua hala, akses dan input sumber pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum di sekolah perlu disesuaikan dengan peranan guru dan pelajar yang lebih ditumpukan kepada proses pembelajaran kendiri. Laman web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya yang mengandungi sumber maklumat yang tidak terhingga kandungannya. Para pendidik boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran dan lain-lain bahan pengajaran pembelajaran melaluinya yang boleh diperolehi dengan mudah dan cepat. Ester Gnanamalar Sarojini Danial (1999) dan Ritchie, et al., (1996) berpendapat bahawa In other words, if web pages are designed carefully based on educational theory, web-based materials can be highly sucessful in delivering instructional activities effectively Sherry pada tahun 1996 menjelaskan bahawa pendidikan berasaskan web semakin berkembang dengan meluas dan mendapat perhatian disebabkan keupayaan interaktifnya dan multimedia yang membolehkan penyimpanan dan perkongsian maklumat dengan cepat, mesra pengguna dan boleh diakses di mana jua. Pencapaian kepada Internet melalui web memberikan penekanan kepada capaian ilmu dan maklumat melalui jaringan web yang tidak terbatas merangkumi pelbagai disiplin. Peluang pembelajaran ini melangkaui batasan waktu dan geografi dan lebih bersifat terbuka asalkan mempunyai keupayaan mengakses dan kemahiran menggunakan teknologi ICT.

3 E-Pembelajaran (pembelajaran elektronik) ataupun kadangkala disebut juga sebagai pengajaran berasaskan web (Web Based Instruction) adalah merupakan satu perkembangan dalam pendidikan hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (Ismail Zain, 2002). E-Pembelajaran adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN, atau Internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Ia termasuklah internet, intranet, satelit, tape audio/video, tv interaktif dan Cd-Rom. Justeru itu, tidak hairanlah banyak sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi yang menggunakan E-Pembelajaran sebagai medium perantaraan dan pengajaran di antara guru dan pelajar. Video sebenarnya adalah sebuah medium yang sangat berkuasa dan berkesan dalam mempengaruhi tingkahlaku pelajar sekaligus memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran dalam E-Pembelajaran. Video boleh mempersembahkan sesuatu maklumat dengan sangat menarik secara terkawal. Kajian daripada pakar-pakar menunjukkan perkembangan teknologi multimedia dan komunikasi telah menunjukkan sistem pembelajaran yang efektif dengan menggunakan video (C. Sorensen and D.M. Baylen, 1999). Kemunculan video digital interaktif membenarkan pelajar berinteraksi dengan video melalui maklumat atau arahan yang diberikan. Ini membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman dan memperbaiki mutu pembelajaran ke tahap maksimum. Kebaikan daripada pembelajaran berbantukan video interaktif adalah pelajar boleh mengakses kandungan video secara bebas (G. Salomon, D. Perkins and T. Globerson, 1991); pelajar berhak memilih maklumat mana yang diingini dan mengulang tayang maklumat yang tidak difahami. Para penyelidik teori kognitif beranggapan bahawa penambahan multimedia sebenarnya dapat memperbaiki proses pembelajaran jika beberapa kaedah yang sesuai digunakan. Dengan menggunakan kaedah auditori dan visual dalam mempersembahkan sesuatu maklumat, pelajar dapat memproses maklumat dengan lebih cepat, kekal lama, dan meningkatkan tahap pembelajaran (Campbell, Lum, & Singh, 2000).

4 1.2 Latar Belakang Masalah Dalam konteks psikologi pembelajaran, setiap individu mempunyai daya kognitif yang berbeza untuk memproses, menganalisis, menginterpretasi atau menaakul hasil persepsi mereka terhadap rangsangan yang diterima (Luodusamy,1994). Justeru itu, pelbagai inovasi untuk memenuhi tuntutan sistem pendidikan yang lebih koperatif dan berasaskan teknologi perlu dijanakan. Persediaan guru dalam mengharungi cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting dewasa ini. Ini adalah kerana selain dapat meringankan beban guru, ia juga dapat memberikan guru maklumat yang terkini dan membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan di sekolah. Dr. Kim Phaik Lah, Ms Yeow Chaik Choo dan Ym Tengku Datuk Dr Azzman Shariffadeen (1999) mengatakan bahawa The Mobile Internet Unit iniative falls under the E-learning umbrella and its objectives are to assist individuals and organizations, specially teachers and students, in their migration to the E-world Pelajar kerap kali sukar untuk memahami sesuatu konsep melalui fakta yang cuba disampaikan oleh guru dalam bentuk lisan atau teks. Situasi pengajaran tradisional ini masih wujud lagi sehingga hari ini walaupun pelbagai modul yang bewarna-warni diperkenalkan. Dalam pengajaran dan pembelajaran Fizik, guru membincangkan pergerakan objek, daya yang bertindak, cas elektrik, graviti, haba atau pelbagai fenomena yang berlaku di persekitaran, yang mana sangat berkait rapat dengan konsep fizik, tetapi seringkali sukar bagi pelajar membuat hubungkait yang jelas. Video interaktif membantu pelajar menjadikan Fizik lebih hidup dan nyata dalam kehidupan mereka dan bagaimana hukum-hukum Fizik dapat diterjemahkan dan dihubungkaitkan dengan persekitaran sekaligus meningkatkan motivasi dan minat pelajar terhadap

5 matapelajaran Fizik. Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa pengajaran secara tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-istilah saintifik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupai. Fenomena Fizik yang biasa berlaku, seperti pantulan cahaya, pergerakan objek sehinggalah fenomena Fizik berbentuk simulasi seperti patung manusia yang diletakkan di dalam kereta kemudian dilakukan perlanggaran, semua ini dapat divisualkan dan dipetakan konsep dalam minda pelajar. Bagi fizik, dalam lain perkataan a picture certainly is worth a thousand words. Bagaimana mungkin pelajar dapat memahami fenomena Fizik jika tidak ditunjukkan secara visual? Lazimnya, pengajaran tradisional dalam bilik darjah menggunakan overhead transparencies, chalk and talk, nota guru dan sebagainya tidak cukup untuk membawa pengajaran Fizik lebih menarik dan mudah untuk pelajar menguasai konsep. Oleh yang demikian, penggunaan E-Pembelajaran berbentuk video interaktif sebagai bahan bantu mengajar merupakan satu alternatif dalam meringankan beban guru bagi menangani pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai tahap pemikiran secara lebih berkesan. Menurut Wan Salihin Wong Abdullah, Hj Mat Jizat Abdul, Mohamad Bilal Ali, (1999) serta Kozma dan Johnston (1993) telah mencadangkan beberapa cara bagaimana teknologi ini dapat digunakan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran:- i. Membolehkan penglibatan aktif dalam pembinaan pengetahuan, ii. Menyediakan situasi pembelajaran sebenar (real-world situations), iii. Kepelbagaian bahan pengajaran (multimedia, internet), iv. Latih tubi dalam konsep asas untuk mencapai tahap masteri, v. Kemudahan aktiviti kerjasama, dan vi. Perkaitan konsep melalui hiperteks.

6 1.3 Penyataan Masalah Merangkumi masalah masa dan juga sikap pelajar itu sendiri. Kebiasaannya waktu yang diperuntukkan dalam pengajaran dan pembelajaran amat terhad dan ia digunakan oleh guru sepenuhnya untuk menghabiskan silibus yang dirancang pada hari tersebut. Oleh itu, pelajar mempunyai batasan waktu untuk bertanya tentang persoalan yang mereka ingin tanya. Pelajar yang aktif untuk mencari sebanyak mana sumber maklumat akan berusaha menemui guru tersebut untuk bertanya sesuatu hal yang mereka tidak faham. Tetapi bagaimana pula dengan pelajar yang lebih suka mengambil pendekatan mencari sendiri maklumat yang diingini? Adakah maklumat yang diperolehi sahih dan dapat membantu pelajar tersebut? Di samping itu, interaksi pelajar dengan mata pelajaran itu sendiri akan turut terbatas. Sesuai dengan penyataan Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), keadaan ini berlaku kerana adalah agak sukar untuk seseorang guru untuk mengajar mengikut keperluan pelajarnya serta memenuhi tahap keupayaan setiap pelajar di bawah bimbingannya. Pelajar juga sukar untuk menentukan sejauh mana mereka boleh memahami mata pelajaran tersebut. Seperti yang diketahui umum, waktu pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran fizik adalah lebih kurang satu jam empat puluh minit. Tempoh itu adalah tidak mencukupi untuk guru menghabiskan silibus mata pelajaran dan dalam masa yang sama memberi pemahaman yang menyeluruh kepada pelajar. Ini menyebabkan guru terpaksa membuat kelas tambahan bagi menghabiskan silibus. Pelajar pula terpaksa ke sekolah untuk belajar di luar waktu pengajaran dan pembelajaran, dan ini dilihat sebagai memaksa pelajar untuk belajar. Selain itu, ia juga mengganggu waktu rehat guru di rumah untuk menunaikan tanggungjawab pada keluarga.

7 Dalam sistem pendidikan yang sedia ada, proses pengajaran dan pembelajaran hanya melibatkan dua entiti utama sahaja iaitu di kalangan guru dan pelajar. Di samping itu ia lebih banyak menggunakan konsep hafalan terhadap fakta yang diberikan oleh guru. Menurut Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), cara sebegini sebenarnya menimbulkan banyak masalah terutama untuk mengingat fakta yang terlalu banyak dan tidak banyak dokumen bertulis yang boleh dirujuk mengenainya apabila diperlukan. Jumlah pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas juga adakalanya menyebabkan kurang interaksi di antara pelajar dan guru. Menurut Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), ini seterusnya menyebabkan pelajar kurang aktif akan menjadi seorang pelajar yang pasif. Akibatnya pelajar tersebut hanya memandam rasa dan lama kelamaan mata pelajaran tersebut di lihat terlalu sukar untuk di fahami. Dalam pengajaran kini, komunikasi sehala banyak berlaku di mana seseorang guru memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat manakala pelajar pula hanya duduk, mendengar dan mencatat isi penting yang diperlukan. Menurut Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), Situasi sebegini akan mengurangkan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut dan seterusnya mengkategorikan mata pelajaran tersebut sebagai sukar untuk difahami. Mengikut Keller (1983), motivasi merujuk kepada kecenderungan manusia untuk membuat pilihan tentang pengalaman, matlamat yang ingin diterokainya dan membuat pilihan tentang kuantiti usaha yang perlu dijanakan untuk mencapai pilihan tersebut. Apabila pelajar mula berdepan dengan masalah, dapat dilihat pelajar tersebut kurang bermotivasi dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dan seterusnya akan menyebabkan pelajar hilang tumpuan ketika dalam pengajaran dan pembelajaran.

8 1.4 Objektif Projek Objektif bagi projek pembangunan web E-Pembelajaran ialah :- i. Membangunkan web portal yang mengandugi elemen video dalam topik Work and Energy Tingkatan Empat berasaskan Teori Konstruktivisme Sosial. 1.5 Persoalan Projek Berikut adalah persoalan projek : 1. Adakah web E-Pembelajaran berasaskan elemen video ini berjaya dibangunkan? 2. Adakah tajuk Work and Energy dalam Fizik Tingkatan Empat berjaya dibangunkan dalam web E-Pembelajaran ini? 3. Adakah web E-Pembelajaran yang dibangunkan ini berjaya mengaplikasikan Teori Konstruktivisme Sosial?

9 1.5 Kepentingan Projek 1.5.1 Pelajar Para pelajar dapat menggunakan web portal yang disediakan bagi membantu menambahkan ilmu pengetahuan dan memanfaatkan sumber rujukan. Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi (KPM, 2001). Para pelajar dapat menjadikan bahan bantu mengajar ini untuk mengulangkaji pelajaran dalam situasi sebenar di mana mereka dapat melihat rakaman video pengajaran dalam kelas sekaligus merasai suasana pembelajaran dalam kelas walaupun sebenarnya mereka berada di rumah dan ia dapat dicapai bila-bila masa dan di mana jua. Menurut Tina Lim Swee Kim (2006), kelebihan web terletak pada penggunaan sistem hiperteks dan hipermedia serta alat komunikasi bersinkroni seperti Internet Relay Chat, dan alat komunikasi tak sinkroni seperti mel elektronik dan ruangan forum. Melalui web portal ini, para pelajar dapat berkomunikasi secara live dengan menggunakan chatroom yang disediakan di setiap item video yang ditayangkan. Pelajar boleh memberi refleksi kepada rakaman video pengajaran guru serta video tambahan lain yang berkaitan dengan topik. Ruangan forum pula disediakan untuk guru membimbing pelajar mendapatkan penjelasan yang sebenar berkaitan perkara yang tidak difahami. Di samping itu, para pelajar dapat mencari sendiri maklumat yang dikehendaki tanpa bantuan guru dengan melihat kepada nota elektronik yang dipaparkan bersamasama video pengajaran. Sesuai dengan pernyataan Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), dalam proses pembelajaran berbantukan komputer, penggunaan komputer adalah

10 menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Teks isi mata pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau dipersembahkan semula menggunakan media-media yang lebih menarik dan bersifat lebih dinamik. Para pelajar juga dapat membuat latihtubi mengulangkaji sehingga mahir tanpa rasa segan dan malu jika melakukan kesilapan semasa menjawab latihan-latihan yang terdapat di dalam perisian tersebut. Mereka juga dapat meneroka (eksploratori) tentang topik tersebut dengan lebih mendalam lagi di samping dapat berkomunikasi sesama mereka dan dengan guru. Segala latihan-latihan serta aktiviti-aktiviti yang disediakan akan dimberi maklum balas serta merta. Ini dapat membantu pelajar mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan mereka. 1.5.2 Guru Hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, guru seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan ICT agar tidak ketinggalan zaman. Dengan wujudnya web portal ini, dapat mengurangkan beban guru kerana rekod bagi setiap pelajar telah direkod. Bagi memudahkan pengurusan, guru dapat menyemak kelemahan pelajar mereka dan mengenalpasti masalah yang mereka hadapi. Selain itu, guru juga boleh mendapat sumber pengajaran di dalam web portal yang disediakan ini.

11 1.5.3 Sekolah Projek ini amat penting digunakan oleh pihak sekolah kerana ia boleh membawa dimensi baru dalam pendekatan sekolah untuk memaksimumkan tahap akademik pelajar. 1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat Dalam menuju era ICT, adalah amat wajar jika setiap masyarakat didedahkan dengan penggunaan web portal ini di sekolah sebagai langkah mewujudkan masyarakat Malaysia yang celik IT. Secara tidak lansung ibu bapa dapat memantau prestasi anakanak mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di sekolah. Ibu bapa juga dapat melihat gaya pembelajaran anak-anak mereka di samping masalahmasalah yang mereka hadapi dalam pembelajaran.