PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN KEMAHIRAN MERAMAL DALAM MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR TAHUN LIMA DAERAH JOHOR BAHRU

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

NOORHASNI BINTI HASAN

"66O "8 '

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

Faculty Of Information and Communication Technology

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Transcription:

PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN KEMAHIRAN MERAMAL DALAM MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR TAHUN LIMA DAERAH JOHOR BAHRU ROHIZA BINTI HUSAIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik). Tandatangan :.. Nama Penyelia : EN. MOHD ALI BIN IBRAHIM Tarikh : 24 APRIL 2008

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya. Tandatangan :.. Nama Penulis : ROHIZA BINTI HUSAIN Tarikh : 24 APRIL 2008

DEDIKASI Buat ayah dan mama khasnya, Terima kasih di atas kasih sayang dan doa restu darimu, Untuk abang-abang, kakak kakak dan adik, Terima kasih di atas nasihat dan dorongan serta jasa dan pengorbananmu Yang dicurahkan untuk kejayaan ini, Segala pengorbananmu akan kukenang dan kubalas Sehingga akhir hayatku... Dan untuk rakan-rakan, khasnya Siti Hajar Harun, Segala sokongan, tunjuk ajar, dorongan dan kerjasamamu Akan kukenang selamanya...

PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah dipanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya akhirnya dapat juga saya menyempurnakan laporan penulisan Projek Sarjana Muda ini hingga ke noktah ini. Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dengan tulus ikhlas kepada penyelia Projek Sarjana Muda ini iaitu En. Mohd Ali bin Ibrahim di atas segala bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar yang dicurahkan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Kerjasama daripada pihak sekolah khasnya guru besar, guru-guru dan pelajarpelajar di Daerah Johor Bahru dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan diucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih. Buat kakak dan abang yang tidak pernah mengeluh dalam kepayahan mendidikku, keluarga, sahabat handai dan semua rakan seperjuangan yang sama-sama memberi sokongan dan dorongan sepanjang perlaksanaan penyelidikan ini, semoga Allah S.W.T akan membalas jasa-jasa kalian semua kebaikan yang berkekalan di dunia dan di akhirat.

ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengetahui penguasaan kemahiran memerhati dan kemahiran meramal dalam mata pelajaran Sains dikalangan pelajar Tahun Lima merentas bahasa, sikap dan pencapaian dalam peperiksaan setara. Dalam kajian ini, penguasaan yang dimaksudkan meliputi faktor pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam kemahiran kemahiran tersebut. Responden kajian terdiri daripada 148 orang pelajar tahun lima di daerah Johor Bahru. Dua jenis alat kajian yang digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik yang mengandungi 25 item soalan dan Ujian Penguasaan Kemahiran Memerhati dan Meramal yang mengandungi 10 soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan bagi alat kajian ini adalah α = 0.84. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan bertujuan untuk mengenalpasti taburan frekuensi responden yang terlibat manakala statistik inferensi pula adalah untuk mengenalpasti perbezaan antara faktor pengetahuan dan kefahaman terhadap bahasa, sikap dan pencapaian responden. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor pengetahuan dan kefahaman terhadap bahasa, sikap dan pencapaian responden dalam peperiksaan setara. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya kajian ini dapat diteruskan dengan meluaskan skopnya agar keputusannya dapat dilihat dengan lebih menyeluruh.

ABSTRACT The purpose of this research was to know the mastering in observing and predicting skills in Science subject among standard five students against language, attitude, and their achievement in district summative test. In this research, the level of mastering are covering between two factors that are knowledge and understanding for the both skills. The research subject consists of 148 standard five students around Johor Bahru. Two instruments used in this research are the questionnaires, which are, consist of 25 items and 10 items test. The reliability for the items are α = 0.84. Data was analyze with descriptively and inferentially. Descriptive statistic were used to identify the distribution of students involved in this researh while the inferential statistic to identify the comparison between knowledge and understanding against language, attitude and achievement. Results show that there were significant differences between knowledge and understanding of the both skills against language, attitude and achievement. Thus it is suggested that this research will be continued with a wider scope to obtain more whole result.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN PENYELIA JUDUL KAJIAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN i ii iii iv v vi vii xiii xv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Penyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Skop Kajian 1.8 Definisi Istilah 1.9 Rumusan 1 4 5 6 6 8 9 10 13

viii 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 2.2 Pembelajaran Sains Sekolah Rendah 2.2.1 Hubungan Antara Sikap Dengan Pembelajaran Sains. 2.2.2 Kaedah Pembelajaran Dan Pengajaran Sains. 2.2.2.1 Inkuiri Penemuan 2.2.2.2 Konstruktivisme 2.2.3 Hubungan Antara Pengajaran Dan Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Sains 2.3 Kemahiran Proses Sains 2.3.1 Kemahiran Memerhati 2.3.2 Kemahiran Meramal 2.4 Kemahiran Proses Sains Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran. 2.4.1 Hubungan Antara Membaca Dengan Kemahiran Proses Sains 2.4.2 Tahap Kesediaan Membaca 2.4.3 Kemahiran Menulis Dan Berkomunikasi 2.4.4 Hubungan Antara Kemahiran Proses Sains Dengan Matematik 2.4.5 Meningkatkan Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Matematik 2.4.6 Kemahiran Penyelesaian Masalah Dalam Mata Pelajaran Matematik 2.5 Rumusan 14 15 16 18 20 21 22 24 25 27 28 28 29 30 31 31 32 33

ix 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Batasan Kajian 3.4 Responden Kajian 3.5 Alat Kajian 3.6 Tatacara Kajian 3.6.1 Kajian Rintis 3.6.2 Kajian Sebenar 3.7 Andaian Kajian 3.8 Analisis Data 3.9 Rumusan 34 35 35 36 37 39 40 41 42 43 44 4 ANALISIS DATA 4.1 Pendahuluan 4.2 Analisis Maklumat Diri Responden 4.2.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 4.2.2 Bilangan Responden Mengikut Bangsa 4.2.3 Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sains 4.3 Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains 45 45 46 46 47 48

x 4.4 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam Kemahiran Proses Sains 4.4.1 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam Kemahiran Memerhati 4.4.2 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam Kemahiran Meramal 4.5 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Sikap Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam Kemahiran Proses Sains 4.5.1 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Sikap Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam Kemahiran Memerhati 4.5.2 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Sikap Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam Kemahiran Meramal 4.6 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Pencapaian Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam Kemahiran Proses Sains 4.6.1 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Pencapaian Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam Kemahiran Memerhati 49 50 51 52 53 54 56 57

xi 4.6.2 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Pencapaian Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam Kemahiran Meramal 4.7 Rumusan 58 59 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 5.2 Perbincangan Analisis Maklumat Diri Responden 5.2.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 5.2.2 Bilangan Responden Mengikut Bangsa 5.2.3 Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains 5.3 Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains 5.4 Perbezaan Antara Pengetahuan dan Kefahaman Dalam Kemahiran Proses Sains Terhadap Bahasa 5.4.1 Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa Terhadap Pengetahuan dan Kefahaman Dalam Kemahiran Memerhati 5.4.2 Perbezaan Antara Kumpulan BahasaTerhadap Pengetahuan dan Kefahaman Dalam Kemahiran Meramal 5.5 Perbezaan Antara Kumpulan Sikap Terhadap Pengetahuan dan Kefahaman Dalam Kemahiran Proses Sains 60 60 61 61 61 62 63 64 65 66

xii 5.5.1 Perbezaan Antara Kumpulan Sikap Terhadap Pengetahuan dan Kefahaman Dalam Kemahiran Memerhati 5.5.2 Perbezaan Antara Kumpulan Sikap Terhadap Pengetahuan dan Kefahaman Dalam Kemahiran Meramal 5.6 Perbezaan Antara Kumpulan Pencapaian Terhadap Pengetahuan dan Kefahaman Dalam Kemahiran Proses Sains 5.6.1 Perbezaan Antara Kumpulan Pencapaian Terhadap Pengetahuan dan Kefahaman Dalam Kemahiran Memerhati 5.6.2 Perbezaan Antara Kumpulan Pencapaian Terhadap Pengetahuan dan Kefahaman Dalam Kemahiran Meramal 5.7 Cadangan 5.8 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 5.9 Rumusan 67 69 70 71 71 72 73 74 RUJUKAN LAMPIRAN 75 78 79-99

xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 3.2 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 Taburan Item Soalan Ujian Penguasaan Kemahiran Memerhati dan Meramal Min Markah Bagi Sikap Relajar Terhadap Mata Pelajaran Sains Analisis Bilangan Responden Mengikut Jantina Analisis Bilangan Responden Mengikut Bangsa Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam KPS Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam KM Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam KR Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Sikap Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam KPS 38 43 46 47 48 48 49 50 51 52

xiv 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Sikap Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam KM Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Sikap Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam KR Analisis Perbezaan Antara KumpulanPencapaian Pelajar Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam KPS Analisis Perbezaan Antara KumpulanPencapaian Pelajar Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam KM Analisis Perbezaan Antara KumpulanPencapaian Pelajar Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam KR 53 54 56 57 58

xv SENARAI SINGKATAN KPM KPS KM KS KM KR KPSA UPSR PMR SPM STPM IPTA TIMSS PIPP SISS Kementerian Pelajaran Malaysia Kemahiran Proses Sains Kemahiran Manipulatif Kemahiran Saintifik Kemahiran Memerhati Kemahiran Meramal Kemahiran Proses Sains Asas Ujian Penilaian Sekolah Rendah Penilaian Menengah Rendah Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Institut Pengajian Tinggi Awam Trends In International Mathematics and Science Study Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Second International Science Study

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Kini dalam kehidupan sehari - harian, kita tidak dapat lari dari sains. Ini menunjukkan betapa pentingnya sains dan teknologi dalam kehidupan kita dalam mengorak langkah ke hadapan bagi mencapai Wawasan 2020 dan menjadi sebuah negara yang maju. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memberi penekanan yang lebih terhadap mata pelajaran Sains yang diajar di sekolah sekolah. Jika dahulu para pelajar mula mengenali mata pelajaran Sains ketika berada di Tahun 4 tetapi kini ianya telah mula diajar sejak Tahun 1 lagi. Selain itu KPM juga telah mengubahsuai semua kurikulum Sains yang diajar di sekolah dan salah satu daripadanya adalah penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, guru guru memainkan peranan penting dalam menyampaikan isi isi pelajaran kepada para pelajar agar mereka mudah memahami dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

2 Maka, penerapan kemahiran proses sains (KPS) memainkan peranan penting agar pembelajaran tersebut lebih bermakna dan efektif. Tambahan lagi, mata pelajaran Sains kini diajar menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000). Daripada maksud Sains itu sendiri, kita dapat mengetahui bahawa kemahiran saintifik (KS) adalah yang paling sesuai digunakan untuk mengajar mata pelajaran tersebut. Di mana dalam kemahiran tersebut terdapat dua lagi pecahan iaitu KPS dan kemahiran manipulatif (KM). Di dalam KPS terdapat 12 kemahiran manakala bagi KM pula terdapat 5 kemahiran. Antara kemahiran kemahiran tersebut adalah seperti di dalam jadual 1 di bawah. Kemahiran saintifik sering kali kita dengari dalam mata pelajaran sains. Penerapan KS adalah amat penting untuk memastikan para pelajar dapat mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara bersistem selain daripada dapat menjalankan aktiviti penyiasatan dalam Sains dengan berkesan dan bermakna ( Abu Hassan, 2004 ). Kemahiran proses sains sering kali digunakan oleh guru guru sewaktu di dalam kelas tanpa mereka sedari. Ini kerana di dalam pengajaran sains, KPS adalah amat penting selain daripada dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari Sains ianya juga dapat membuat pelajar berfikir secara kreatif dan kritis.

3 Jadual 1; Kemahiran Saintifik dan pecahannya Kemahiran Saintifik - memerhati - mengelas - mengukur dan menggunakan nombor - membuat inferens - meramal - berkomunikasi - menggunakan perhubungan ruang dan masa - mentafsir maklumat - mendefinisi secara operasi - mengawal pembolehubah - membuat hipotesis - mengeksperimen - mengguna dan mengendali peralatan sains dan bahan dengan betul - menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat - membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul - mengendali specimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat - melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1995)

4 1.2 Latar belakang masalah Kini kebanyakkan guru-guru di sekolah menggunakan pendekatan peperiksaan berpusat (exam - oriented) ketika mengajar Sains. Mereka lebih menekankan teori sesuatu topik dalam sukatan pelajaran yang sering kali keluar dalam peperiksaan umum seperti UPSR, PMR, SPM, STPM dan sebagainya. Bagi mereka tiada masa untuk melakukan aktiviti eksperimen kerana membuat latihan dari buku buku soalan adalah lebih penting bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang dan menaikkan nama sekolah berbanding kefahaman pelajar terhadap Sains. Bagi mata pelajaran Sains, ianya merupakan subjek yang praktikal (Miller, 1991). Ini bermaksud para guru haruslah menggunakan pendekatan pengajaran ke arah yang lebih praktikal berbanding teoritikal. Praktikal yang di maksudkan adalah aktiviti hands on di mana para pelajar diberi kebebasan melakukan eksperimen untuk menguji sesuatu teori yang telah mereka pelajari di dalam kelas. Guru guru seharusnya menerapkan KPS yang berkenaan ketika sesi pengajaran Sains di dalam kelas. Menurut Ismail Jusoh, (1998) menyatakan bahawa dalam pengajaran sains hendaklah diterapkan KPS bersama sama dengan isi kandungan yang disampaikan. Kelemahan pelajar dalam menguasai konsep Sains bukanlah masalah baru. Salah satu punca kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains ialah kurangnya penguasaan terhadap konsep Sains. Ianya akan menjadi lebih rumit jika pelajar tidak dapat memahami konsep Sains itu sendiri. Ini kerana setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran yang berbeza beza. Maka guru guru di sekolah haruslah bijak memilih pendekatan yang bersesuaian agar para pelajar dapat memahami sesuatu konsep sains itu dengan mudah. Dalam melangkah menjadi sebuah negara yang maju, negara kita masih kekurangan golongan golongan saintis yang sepatutnya dapat membantu membangunkan negara selain daripada golongan pekerjaan lain. Ini kerana

5 kebanyakkan siswazah siswazah dalam negara kita hanya mengetahui sesuatu bidang yang dipelajari secara teorinya sahaja. Apabila diberikan peralatan atau radas mereka tidak tahu mengaplikasikan apa yang dipelajari sejak dari sekolah rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Oleh itu seharusnya sejak dari sekolah rendah lagi, para pelajar didedahkan dengan kemahiran proses sains supaya masalah masalah seperti ini tidak berlaku di masa hadapan agar kita dapat melahirkan lebih ramai para saintis dari negara kita. 1.3 Pernyataan masalah Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penguasaan kemahiran memerhati dan meramal dalam mata pelajaran Sains dikalangan pelajar tahun lima. Ini adalah kerana kebanyakkan guru sekarang lebih menggunakan pendekatan peperiksaan berpusat (exam oriented) berbanding pemahaman konsep sains dalam diri pelajar. Selain itu, hasil kajian yang dijalankan oleh KPM (2000) jelas menunjukkan guru sains masih cenderung dan terikat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Antara masalah yang timbul ialah pelajar tidak dapat menghubungkaitkan sains dengan kehidupan malah mereka juga tidak tahu apa gunanya mereka mempelajari mata pelajaran tersebut. Selain daripada itu, menurut Rohana,(2003) penguasaan para pelajar dalam KPS masih di tahap sederhana.

6 1.4 Objektif Kajian Kajian ini mengandungi beberapa objektif utama seperti berikut : i. Mengenal pasti perbezaan antara pelajar yang menjawab dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam kemahiran memerhati dan kemahiran meramal. ii. Mengenal pasti perbezaan antara pelajar yang mempunyai minat dan tidak minat dalam mempelajari Sains terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam kemahiran memerhati dan kemahiran meramal iii. Mengenal pasti perbezaan antara pelajar yang lemah dan cemerlang dalam mata pelajaran Sains terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam kemahiran memerhati dan kemahiran meramal. 1.5 Persoalan Kajian Antara persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini adalah seperti di bawah: i. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang menjawab dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam kemahiran proses sains?

7 ii. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang menjawab dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam kemahiran memerhati? iii. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang menjawab dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam kemahiran meramal? iv. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang mempunyai minat dan tidak minat dalam mempelajari Sains terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam kemahiran proses sains? v. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang mempunyai minat dan tidak minat dalam mempelajari Sains terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam kemahiran memerhati? vi. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang mempunyai minat dan tidak minat dalam mempelajari Sains terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam kemahiran meramal? vii. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang lemah dan cemerlang dalam mata pelajaran Sains terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam kemahiran proses sains? viii. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang lemah dan cemerlang dalam mata pelajaran Sains terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam kemahiran memerhati?