TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN MEMBUAT PERABOT DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK TERPILIH BAGI NEGERI JOHOR, MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

"66O "8 '

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Faculty Of Information and Communication Technology

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOORHASNI BINTI HASAN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PERSEPSI TERHADAP KOMPETENSI GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENGAJARAN SATU KAJLAN DI SEKOLAH RENDAH

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Hakcipta tesis ini adalah milik pengarang dan/atau pemilik hakcipta lain. Salinan boleh dimuat turun untuk kegunaan penyelidikan bukan komersil

Transcription:

TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN MEMBUAT PERABOT DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK TERPILIH BAGI NEGERI JOHOR, MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN ZAINUDIN BIN OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN MEMBUAT PERABOT DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK TERPILIH BAGI NEGERI JOHOR, MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN ZAINUDIN BIN OTHMAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknoloogi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC 2004

iii DEDIKASI DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI Kahidupan Ini Satu Perjuangan Dan Pengorbanan. Ada Ketika Kita Perlu Berkorban Untuk Mendapatkan Sesuatu. Ada Ketika Berjuang Untuk Mendapatkan Dan Melepaskan Sesuatu. Keindahan Dunia Ini Cuma Sementara, Akhirat Kelak Destinasi Abadi. Ku hulurkan salam penuh kasih sayang kepada ibunda tercinta Pn Amenah Bte Pakeh. Ku sematkan kasih dihati kepada ayahanda yang disayangi Hj Othman Bin Sihab. Ku sanjungi jasa dan pengorbanan Semua ahli keluarga Ku hargai sokongan insan teristimewa Noor Mariati Bte Othman Buat sahabat seperjuangan, sesungguhnya kamu adalah insan yang banyak lalui bersama suka duka sepanjang tempoh pengajian ini. Semoga Dirahmati Allah SWT Diatas Segala Pengorbanan Yang Ikhlas Penuh Pengertian Yang Kalian Berikan. Sokongan Restu Dan Jasa Kalian Tidak Dipersiakan Demi Mencapai Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat. Amin

iv PENGHARGAAN Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada pensyarah pembimbing En Yusri Bin Kamin dan Pn Nor Fadila Amin di atas bimbingan, nasihat, dorongan dan perbincangan serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang semtiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang kajian ini berjaya disiapkan. Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Johor, Jabatan Pendidikan Melaka dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang telah memberi kebenaran menjalankan kajian ini. Begitu juga kepada semua pengetua dan guru-guru mata pelajaran Membuat Perabot yang terlibat. Tanpa sokongan dan bantuan mereka kajian ini tidak mungkin akan dapat dijalankan. Akhir sekali penulis turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan yang telah membantu dalam menjayakan proses penyelidikan ini. Semoga Allah SWT akan membalas segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan kepada penulis. Terima kasih, wassalam.

v ABSTRAK Kajian ini berbentuk deskriptif dengan melihat masalah guru-guru MPV Membuat Perabot di sekolah menengah akademik. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti masalah kewangan, sukatan mata pelajaran, kemudahan kelengkapan bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. Populasi kajian terdiri daripada sembilan orang yang sedang mengajar MPV Membuat Perabot dan semua populasi ini terlibat dengan kajian yang telah dijalankan. Data mentah dikumpulkan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS for Window 10.0 (Statistic Package For Sosial Science) serta dilaporkan mengikut min dan peratus. Hasil kajian mendapati bahawa para responden mempunyai masalah dari kekurangan peruntukan kewangan, sukatan mata pelajaran yang tidak selari dengan keperluan masa kini, masalah kemudahan kelengkapan bengkel dan juga msalah pengurusan jadual waktu dalam perlaksanaan MPV Membuat Perabot ini. Guru-guru MPV Membuat Perabot haruslah kuat semangat dan kental dalam mengharungi program ini, sementara itu pihak pengurusan sekolah haruslah memberi alternatif penyelesaian dalam menangani masalah ini. Pihak Kementeria Pendidikan Malaysia pula haruslah mengkaji dari segi jumlah peruntukan kewangan, sukatan mata pelajaran, peralatan dan mesin yang digunakan dan juga peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ini.

vi ABSTRACT This descriptive study is to survey the problems among teachers that teaching MPV Carpentry subject in the academic school. The objective of study is to identify financial problem, syllabus subject, workshop facilities, and timetable management. The population of this study consists of nine teachers that are teaching MPV Carpentry subject and all population take part in this study. Data of the study is gathering by using questionnaire. The processes of analysis are using SPSS for Window 10.0 (Statistic Package For Sosial Science) and the report are shown by mean and percentage. The result of this study shows that respondent have problem with a small amount budget, not relevant subject contains, equipment and facilities in workshop and timetable management in this subject. MPV teachers are required to have a tough characteristic quality to implement this subject. Mean while, school management lineup should present alternative solution to settle all problem faced because the implementation of this subject. The ministry of education also should skim over a small budget, subject syllabus, machine and equipment that been used in workshop and time period appropriations for teaching and learning processed in this MPV subject.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK/ ABSTACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vii xi xiii xiv BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latarbelakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 8

viii 1.7 Batasan kajian 9 1.8 Definisi / Istilah 10 BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 12 2.2 Sejarah Perkembangan Pendidikan Teknik Dan 13 Vokasional 2.3 Strategi Perlaksanaan Pembangunan Pendidikan 18 Vokasional 2.4 Program Sekolah Ke Kerjaya (SKK) 20 2.5 Sepintas Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 23 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot 26 2.7 Peruntukan Kewangan MPV 27 2.8 Hubungan Sukatan Mata Pelajaran Dalam 28 Pembelajaran 2.9 Hubungan Kemudahan dan kelengkapan Bengkel 29 Dalam Pembelajaran 2.10 Hubungan Pengurusan Waktu Dalam 30 Pembelajaran 2.11 Penutup 32 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 33 3.2 Rekabentuk Kajian 33 3.3 Populasi dan Sampel 34

ix 3.4 Instrumen Kajian 35 3.5 Kajian Rintis 37 3.6 Prosedur Kajian 39 3.7 Analisis Data 39 3.8 Penutup 41 BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 42 4.2 Analisis Demografi Respondan 43 4.3 Analisis Bahagian B 48 4.4 Analisis Keseluruhan 60 BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 62 5.2 Rumusan 63 5.3 Perbincangan 65 5.4 Cadangan 72 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73 BIBLIOGRAFI 75 LAMPIRAN Lampiran A-F 80-102

x SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Strategi Perlaksanaan Dan Pembangunan Pendidikan Vokasional 19 2.2 Cadangan Mata Pelajaran Dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Dan Cadangan Tahun Perlaksanaannya. 25 3.1 Jumlah Populasi Guru Dan Sekolah Yang Terlibat Dengan Kajian Yang Telah Dijalankan. 34 3.2 Pengkelasan Skala Likert Berserta Dengan Markah Skor 36 3.3 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian Dan Jenis Skala Yang Digunakan Bagi Setiap Persoalan Kajian 37 3.4 Pemeringkatan Skala Likert 40

xi 3.5 Markat Skala Likert 3 Mata 41 4.1 Taburan Respondan Mengikut Jantina 43 4.2 Taburan Respondan Mengikut Bangsa 44 4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 45 4.4 Taburan Respondan Yang Mengajar Mata Pelajaran Lain Selain Membuat Perabot 46 4.5 Taburan Respondan Yang Mengajar Mata Pelajaran Lain Sebelum Membuat Perabot 47 4.6 Taburan Respondan Mengikut Tahap Pendidikan 47 4.7 Taburan Respondan mengikut kelayakan ikhtisas 48 4.8 Taburan Respondan Mengenai Masalah Kewangan Mengikut Min dan Peratus 50 4.9 Taburan Respondan Mengikut Min Dan Peratus Bagi Pelaksanan Mata Pelajaran Membuat Perabot 52

xii 4.10 Taburan Respondan Mengenai Kemudahan Kelengkapan Bengkel Mengikut Min dan Peratus 55 4.11 Taburan Respondan Mengenai Pengurusan Jadual Waktu Untuk Mengajar Mata Pelajaran Membuat Perabot Mengikur Min dan Peratus 58 4.12 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 60

xiii SENARAI SINGKATAN MPV KPM PPK SKK SMT/V SPSS EPRD -Mata Pelajaran Vokasional. -Kementerian Pendidikan Malaysia. -Pusat Perkembangan Kurikulum -Sekolah Ke Kerjaya. -Sekolah Menengah Teknik/Vokasional. - Statistic Package For Sosial Science - Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Pendidikan

xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set Soal Selidik 80 B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Bahagian 86 Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan 88 Pendidikan Johor D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan 89 Pendidikan Melaka E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan 90 Pendidikan Negeri Sembilan F Senarai Sekolah Menengah Akademik Yang Menawarkan MPV Pelaksanaan Tahun 2002 dan 2003 91

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pembangunan bermakna kemajuan tamadun dan budaya daripada keadaan daif dan jahil kepada keadaan hidup serba canggih dan berperadaban tinggi. Pembangunan masyarakat dan negara meliputi dimensi pentadbiran, pendidikan, teknologi, ekonomi, sikap, ilmu, pemikiran, seni budaya, moral dan kualiti hidup. Malaysia sebagai sebuah negara membangun telah mengalami perubahan-perubahan sosial, teknikal, politikal dan ekonomi yang pesat. Pembangunan ekonomi yang rancak di Malaysia telah memberikan fokus kepada kepentingan pembangunan sumber manusia. Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991 di persidangan pertama Maljis Perdagangan Malaysia. Beliau menggariskan satu hasrat yang jelas iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju menjelang 2020. Pencapaian matlamat ini banyak bergantung kepada kejayaan kerajaan melaksanakan pelbagai dasar dan strategi serta

2 keberkesanan program latihan terutamanya kearah penyediaan knowledge worker dalam alaf baru ini. Di sini peranan pendidikan amatlah penting untuk kemajuan negara kini dan masa hadapan. Oleh itu seharusnya pendidikan dapat menyediakan para pelajar yang mempunyai ilmu, kemahiran dan bersedia untuk bersaing dalam kerjaya pada masa hadapan. Sekolah merupakan agen yang dapat mengeluarkan produk iaitu para pelajar yang diperlukan oleh negara kita. Bagi menjadikan pelajar dapat memenuhi keperluan negara, kurikulum yang bersesuaian dengan peredaran masa perlulah digubal. Hirst (1970) mendefinisikan kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktivitiaktiviti pembelajaran yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid mencapai objektif yang dirancangkan. Menurut Shahril Marzuki (1999), kurikulum merupakan landasan dan arah pendidikan yang ingin dicapai. Sehubungan itu, langkah yang sesuai di ambil bagi meningkatkan produktiviti melalui pembangunan sumber manusia supaya kita mempunyai daya saing di pasaran dunia bebas. Cabaran utama sistem pendidikan negara kita ialah bagi menghasilkan tenaga kerja yang mencukupi bagi menampung permintaan pasaran tenaga buruh yang berorientasikan kemahiran dan teknologi tertentu dalam bidang-bidang ekonomi berkenaan. Di Jerman lebih 70 peratus pelajar lepasan sekolah menengah meneruskan pengajian malalui sistem pendidikan vokasional dan latihan yang dipanggil dual sistem di mana latihan vokasional mengandungi 75 peratus dan pendidikan umum adalah 25 peratus. Menurut Shahril Marzuki dan Habib Mat Som (1999), kelemahan sistem pendidikan di Malaysia adalah terlalu menekankan pendidikan akademik di peringkat pendidikan menengah dan pendidikan tinggi.

3 Menurut Sufean Hussin (2002) ada dua masalah yang menjadikan pendidikan vokasional di Malaysia tidak berkualiti iaitu masalah pengajaran dan masalah kerjasama perantis. Masalah pengajaran adalah seperti kekurangan guru, kekurangan alatan pengajaran, kekurangan bahan dan latihan amali dan juga pelajar kurang faham pelajaran. Para pelajar perlu diberi pengetahuan dan kemahiran untuk bersaing di masa hadapan. Menurut Musa (Jan, 2000), pendidikan kemahiran dan pendidikan teknikal akan diberi tumpuan khas pada masa akan datang memandangkan keupayaan tenaga kerja daripada jurusan ini menyumbang kepada keupayaan perindustrian negara dan untuk membolehkan negara memperolehi the competitive egde. Gabungan kemahiran dan keusahawanan akan menjadi tenaga penggerak ekonomi baru. Tenaga kerja yang berkemahiran, cekap dan berpengetahuan merupakan pra-syarat kearah mencapai matlamat utama negara untuk muncul sebagai salah sebuah negara maju di abad ini. Bagi tujuan ini, dalam belanjawan negara 2001, peruntukan sejumlah RM 1.2 billion disediakan untuk membina 14 buah Institusi latihan Perindustrian dan empat Pusat Latihan Kemahiran Teknologi Tinggi serta mengisi Tabung Pinjaman Latihan Kemahiran. 1.2 Latar Belakang Masalah. Dalam era ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan maklumat (k-ekonomi) ini, permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan vokasional terutamanya kumpulan mahir dan separa mahir semakin meningkat. Menyedari hakikat ini, MPV diperkenalkan

4 untuk melahirkan sekumpulan individu dalam masyarakat kita yang berpengetahuan, berkemahiran dan terlatih dalam perkara asas di dalam bidang pekerjaan yang telah dikenalpasti. Mereka yang berminat dan cenderung dalam bidang ini harus disediakan program yang sesuai dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Program MPV merupakan kumpulan mata pelajaran berteraskan kemahiran yang ditawarkan di sekolah menengah akademik pada peringkat tingkatan empat dan lima. MPV ini mula diperkenalkan di sekolah akademik pada tahun 2002. Program ini menawarkan 22 mata pelajaran yang dikelompokkan dalam lima bidang usaha iaitu binaan, pembuatan, teknotani, ekonomi rumah tangga dan komputer. Penawaran pelbagai mata pelajaran ini dirancang berperingkat-peringkat mulai tahun 2002 hingga tahun 2005. Bagi fasa 1, lapan mata pelajaran ditawarkan mulai tahun 2002 iaitu, Pembinaan Domestik, Membuat Perabot, Seni Reka Tanda, Menservis Peralatan Elektrik Domestik, Rekaan dan Jahitan Pakaian, Katering dan Penyajian, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kurikulum marupakan satu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsurunsur kebudayaan dan kepercayaan kepada masyarakat Malaysia. Peranan Kurikulum di Malaysia adalah untuk memperkembangkan potensi pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi secara seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Sistem pendidikan sekarang sedang melalui pelbagai cabaran bagi memenuhi kehendak masyarakat dan negara. Menurut Ahamad bin Sipon dalam ucap utama kertas kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional & Pendidikan Halatuju dan Cabaran Pendidikan Vokasional di Sekolah Menengah Akademik.

5 Pendidikan dan latihan adalah merupakan sebahagian pelaburan sosial penting yang boleh memberi faedah jangka panjang. Murid adalah aset negara yang amat berharga dalam menentukan corak masyarakat dan guna tenaga kelak. Justeru itu amatlah wajar murid sekolah yang akan mewarisi generasi masa hadapan perlu dibekalkan dengan kurikulum yang relevan dan bermakna agar pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi nanti dapat menangani pelbagai cabaran dalam menempuhi era globalisai dan k-ekonomi. (2001, m/s 2) Daripada petikan di atas ternyata pembangunan sumber manusia iaitu pelajar amatlah penting dan Kurikulum yang bersesuaian dengan keperluan semasa amatlah diperlukan supaya generasi masa hadapan bersedia menempuhi era dunia tanpa sempadan dan kemajuan teknologi yang pesat. Peranan pendidikan dalam menentukan kemajuan dan kamakmuran negara jelas amat besar. Di sini peranan pendidikan teknik dan vokasional mesti diambil perhatian kerana negara kita bukan sahaja mahukan rakyatnya yang tinggi ilmu pengetahuan akademiknya tetapi juga memerlukan kemahiran yang dapat membantu menuju ke arah negara maju. Peranan guru amatlah besar dalam menjayakan perlaksanaan kurikulum yang telah dirancang. Perlaksanaan MPV dengan berkesan amatlah penting untuk membolehkan para pelajar memenuhi kehendak negara dan bersaing di dalam kerjaya ataupun untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Guru-guru vokasional perlu memastikan semua pelajar mereka mencapai tahap kemahiran vokasional dan kemahiran usahawan yang tinggi. Pada tahun 2002 tenaga pengajar MPV mata pelajaran Membuat Perabot melibatkan guru-guru yang bukan opsyen iaitu guruguru Kemahiran Hidup yang menjadi tenaga pengajar. Guru-guru yang dipilih ini mempunyai pengalaman mengajar minimum lima tahun. Mulai tahun 2003, barulah ada guru opsyen Membuat Perabot yang mula mengajar. Guru-guru yang bukan opsyen

6 diberi latihan kemahiran intensif di politeknik, maktab ataupun pusat latihan kemahiran tempatan. Menurut Ahamad Sipon (2001) hasrat KPM dalam rancangan jangka panjang agar setiap sekolah akademik akan mewujudkan aliran vokasional. KPM mensasarkan sehingga tahun 2010 sekurang-kurangnya 35% pelajar di sekolah akademik dan teknikal/vokasional akan berpeluang mengikuti mata pelajaran bercorak kemahiran vokasional. Dengan mewujudkan aliran vokasional di sekolah menengah akademik, persaingan pelajar untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (SMT/V) dapat dikurangkan. Kos pembangunan dan operasi membina SMT/V juga dapat diminimumkan. 1.3 Pernyataan Masalah Mata Pelajaran Vokasional ini merupakan mata pelajaran yang baru diperkenalkan pada tahun 2002 di sekolah menengah akademik. Oleh itu, dijangkakan terdapat masalah dari segi kewangan, sukatan mata pelajaran, kemudahan kelengkapan bengkel dan pengurusan jadual waktu dan penyelidik ingin membuat tinjauan masalah ini yang dihadapi oleh guru MPV semasa pelaksanaanya dalam mata pelajaran Membuat Perabot.

7 1.4 Objektif Kajian. Objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengenalpasti masalah kewangan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan mata pelajaran Membuat Perabot. 2. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sukatan mata pelajaran Membuat Perabot. 3. Mengenalpasti masalah kemudahan kelengkapan bengkel yang dihadapi oleh guru untuk mengajar mata pelajaran Membuat Perabot. 4. Mengenalpasti masalah dalam pengurusan jadual waktu untuk mengajar mata pelajaran Membuat Perabot. 1.5 Persoalan Kajian. Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan objektif kajian tercapai, iaitu: 1. Adakah kewangan yang diperuntukkan mencukupi untuk melaksanakan projek? 2. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sukatan mata pelajaran Membuat Perabot? 3. Apakah masalah kemudahan kelengkapan bengkel yang dihadapi oleh guru untuk mengajar mata pelajaran Membuat Perabot? 4. Apakah masalah dalam pengurusan jadual waktu untuk mengajar mata pelajaran Membuat Perabot?