FATIN FARAHIYAH BINTI SHAARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

"66O "8 '

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU ASERTIF DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DALAM KALANGAN STAF SOKONGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) HAWA OMAR

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

Faculty Of Information and Communication Technology

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Oktober 2014, Bil. 2 Isu 4

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

Transcription:

TANGGAPAN TENAGA PENGAJAR DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM), JOHOR BAHRU TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FATIN FARAHIYAH BINTI SHAARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TANGGAPAN TENAGA PENGAJAR DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM), JOHOR BAHRU TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FATIN FARAHIYAH BINTI SHAARI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006

DEDIKASI Buat ayahanda, Shaari Bin Ibrahim Buat bonda, Kamariah Binti Ismail Terima kasih kerana memahami diri Kak Long, Kasih sayang abah dan ma memberi kekuatan untuk Kak Long terus berada di sini... Buat adinda-adindaku, Fatin Hamizah, Fatin Farhana, Fatin Rabihah, Fatin Syahirah, Semoga kejayaan Kak Long membakar semangat kalian untuk terus berjaya. Buat Ina, Netty, Cik Pah, Na, Yati dan Ju, Terima kasih kerana menemani diriku di bumi UTM, Gelak tawa dan suka duka yang dikongsi bersama menjadi memori bagi diriku... Buat rakan-rakan 5SPH, Kalianlah rakan yang amat kusayangi, Jalinan kasih yang diikat akan kusimpan selamanya... Buat semua yang pernah hadir mewarnai hidupku di bumi UTM, Terima kasih untuk segalanya

ii PENGHARGAAN Pengkaji ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada beberapa pihak yang telah membantu pengkaji untuk menyiap dan menyempurnakan projek sarjana muda ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada penyelia PSM iaitu Dr. Yahya bin Buntat kerana sudi memberikan bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar kepada pengkaji sepanjang proses menyiapkan projek ini. Tidak ketinggalan juga penyelidik mengucapkan terima kasih kepada pihak Institut Kemahiran MARA, Johor Bahru, terutama kepada Pengetua, En. Wan Sabri Wan Ismail kerana sudi membenarkan pengkaji menjalan kajian di sana. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Penolong Pegawai Pentadbir Kanan, En. Arifin B Jabad Ali kerana sudi meluangkan masa membantu pengkaji mendapatkan maklumat untuk menyiapkan PSM ini. Terima kasih di atas pertolongan pihak tuan. Akhir sekali penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan di Universiti Teknologi Malaysia di atas sokongan dan teguran yang bernas dalam usaha untuk membantu memperbaiki dan menyempurnakan projek sarjana muda ini dengan jayanya. Semoga apa yang dihasilkan akan memberi manfaat kepada semua. Kerana Tuhan Untuk Manusia. Sekian, terima kasih.

iii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti elemen kemahiran employabiltiy yang kerap diterapkan dan mengenal pasti elemen kemahiran employability yang dianggap penting oleh tenaga pengajar di Insititut Kemahiran MARA, Johor Bahru. Ia juga dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi semasa menerapkan kemahiran employability dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini hanya mengkaji 22 elemen kemahiran employability di bawah kemahiran akademik, kemahiran berpasukan dan kemahiran mengurus diri. Seramai 103 responden terlibat dalam kajian ini. Soal selidik dan skala Likert 5 peringkat digunakan untuk mengukur jawapan responden. Kajian rintis telah dijalankan ke atas tenaga pengajar di Pusat Giat MARA, Kota Bharu, Kelantan untuk mendapatkan kebolehpercayaan soal selidik. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Sosial Science (SPSS) Versi 13 untuk mendapatkan frekuensi, peratusan dan nilai min. Hasil kajian mendapati elemen mengikuti arahan yang diberikan dan berpelakuan secara jujur, ikhlas dan beretika merupakan elemen yang paling kerap diterapkan sementara elemen yang dianggap penting oleh tenaga pengajar adalah mengikuti arahan yang diberikan dan fleksibel. Hasil kajian menunjukkan tenaga pengajar menghadapi beberapa masalah semasa menerapkan kemahiran employability dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti pelajar kurang mempunyai pengetahuan tentang kepentingan kemahiran employability dalam dunia pekerjaan.

iv ABSTRACT This research was conducted in order to identify the elements of employability skills that are frequent practiced and to identify the elements that are perceived as important by the lecturers at Institut Kemahiran MARA, Johor Bahru. It was also conducted to investigate the problems faced by the lecturers while implementing employability skills in teaching and learning process. This research only studies twenty two elements of academic skills, teamwork skills and personel management skills. There were 103 respondents involved in this research. Questionnaire and 5 stages of Likert Scale were used to measure the respondent s answer. A pilot survey has been conducted on lecturers at Giat MARA Centre, Kota Bahru, Kelantan to gain the survey s reliability of questionnaire. The datas were analyzed by using Statistical Package for Sosial Science (SPSS) Version 13 to obtain the frequency, percentage and mean values. The results of the research showed that following the order and behave with honesty, integrity and ethics were the most frequent implemented elements by the lecturers while be flexible and following the order are the elements that are perceived as important by the lecturer. The result also showed that the lecturers have to face a few problems while implementing employability skills in teaching and learning process such as students lack of knowledge about the importance of employability skill in workplace.

v KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SIMBOL/SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xii xiii I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Skop Kajian 8

vi 1.8 Batasan Kajian 8 1.9 Definisi Kajian 8 1.9.1 Kemahiran Employability 9 1.9.2 Kemahiran Akademik 9 1.9.3 Kemahiran Berpasukan 9 1.9.4 Kemahiran Mengurus Diri 10 1.9.5 Penerapan 10 1.9.6 Institut Kemahiran MARA 10 1.9.7 Tenaga Pengajar 10 1.10 Penutup 11 II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 12 2.2 Institut Kemahiran MARA (IKM), Johor Bahru 12 2.3 Kemahiran Employability 13 2.4 Kemahiran Akademik 14 2.4.1 Kemahiran Komunikasi 15 2.4.1.1 Ciri-ciri Kemahiran Komunikasi 16 2.4.2 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 18 2.4.2.1 Ciri-ciri Kemahiran Menyelesaikan Masalah 19 2.4.3 Kemahiran Berfikir Secara Kritikal/Kritis 19 2.4.3.1 Ciri-ciri Kemahiran Berfikir Secara Kritikal/Kritis 21 2.5 Kemahiran Berpasukan 21 2.5.1 Ciri-ciri Kemahiran Kerja Berpasukan 22 2.5.1.1 Bekerja Dengan Orang Lain 22 2.5.1.2 Keterlibatan Dalam Projek Atau Tugas 23 2.6 Kemahiran Mengurus Diri 24 2.6.1 Kebolehan Bersikap Positif 26

vii 2.6.1.1 Tunjukkan Minat Dan Usaha 26 2.6.1.2 Berkeyakinan Dan Rasa Bahawa Diri Itu Bagus 27 2.6.1.3 Berhadapan Dengan Orang Lain, Masalah Dan Situasi Dengan Jujur, Keikhlasan Dan Penuh Etika 27 2.6.1.4 Menerima Dan Belajar Dari Kesilapan 28 2.6.2 Kebolehan Bertanggungjawab 28 2.6.2.1 Menetapkan Matlamat 28 2.6.2.2 Bertanggungjawab Terhadap Tindakan Yang Diambil 29 2.6.2.3 Merancang Dan Mengurus Masa, Kewangan Dan Sumber Lain 29 2.6.2.4 Mendisiplinkan Diri Sendiri 30 2.6.3 Kebolehan Membuat Penyesuaian 30 2.6.3.1 Berfikiran Terbuka Dan Membuat Perubahan yang Membina 31 2.6.3.2 Menjadi Lebih Fleksibel 31 2.6.3.3 Mengiktiraf Dan Menghormati Perbezaan Pendapat Orang Lain 32 2.7 Masalah Penerapan Kemahiran Employability 32 2.8 Penutup 34 III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 35 3.2 Reka Bentuk Kajian 35 3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 36 3.4 Instrumen Kajian 36 3.4.1 Kajian Rintis 40 3.5 Prosedur Kajian 41

viii 3.6 Analisis Data 42 3.7 Penutup 43 IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 44 4.2 Analisis Demografi Responden (Bahagian A) 45 4.3 Analisis Dapatan Persoalan Kajian Satu (Bahagian B) 47 4.4 Analisis Dapatan Persoalan Kajian Dua (Bahagian C) 51 4.5 Analisis Dapatan Persoalan Kajian Tiga (Bahagian D) 54 4.6 Rumusan Analisis Persoalan Kajian 58 V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 59 5.2 Rumusan 59 5.3 Perbincangan 60 5.3.1 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian Satu 61 5.3.2 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian Dua 64 5.3.3 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian Tiga 66 5.4 Cadangan 68 5.4.1 Tenaga Pengajar 69 5.4.2 Pihak Pentadbiran 69 5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 70 5.6 Penutup 71 BIBLIOGRAFI 72 LAMPIRAN Lampiran A-D 79-88

ix SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Elemen Kemahiran 37 3.2 Skala Likert 5 Peringkat (Bahagian B) 38 3.3 Elemen Kemahiran Akademik Yang Dianggap Penting Mengikut Tahap Keutamaan 38 3.4 Skala Likert 5 Peringkat (Bahagian C) 39 3.5 Skala Likert 5 Peringkat (Bahagian D) 40 3.6 Kaedah Analisis Data Menggunakan Min 42 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 45 4.2 Taburan Responden Mengikut Bidang Yang Diajar 46 4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 47 4.4 Elemen Kemahiran Employability Yang Paling Kerap Diterapkan Oleh Tenaga Pengajar Institut Kemahiran MARA, Johor Bahru Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 48 4.5 Elemen Kemahiran Employability Yang Dianggap Penting Mengikut Keutamaan Oleh Tenaga Pengajar Institut Kemahiran MARA, Johor Bahru. 52 4.6 Masalah Yang Dihadapi Oleh Tenaga Pengajar Di Institut Kemahiran MARA, Johor Bahru Semasa Menerapkan Kemahiran Employability Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. 55 4.7 Analisis bagi Setiap Persoalan Kajian 58

x SENARAI SIMBOL/SINGKATAN P&P - Pengajaran dan Pembelajaran IKM - Institut Kemahiran MARA SPSS - Statistical Package for Sosial Science UTM - Universiti Teknologi Malaysia TK - Tiap Kali SK - Sering Kali TP - Tidak Pasti A - Adakala TPH - Tidak Pernah PP - Paling Penting P - Penting S - Sederhana KP - Kurang Penting SS - Sangat Setuju S - Setuju TS - Tidak Setuju STS - Sangat Tidak Setuju % - Peratus f - Frekuensi

xi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 79 B Surat Kebenaran UTM 85 C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 86 D Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 88

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Semenjak dua dekad yang lalu, kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia pekerjaan telah mengalami perubahan. Ia memerlukan pekerja yang bukan sahaja mempunyai kemahiran teknikal tetapi juga kemahiran bukan teknikal (nontechnical skill) (Murnane dan Levy, 1996). Kemahiran bukan teknikal juga disebut sebagai kemahiran employability. Kemahiran employability perlu dikuasai oleh setiap pekerja kerana pekerja yang tidak memiliki kemahiran employability dianggap tidak berkualiti oleh majikan walaupun mereka mempunyai kemahiran teknikal yang baik (Rashid dan Yahya, 2003). Persekitaran kerja pada masa kini memerlukan tingkah laku dan penyesuaian terhadap kerja yang menjangkaui tugas secara step by step. Ia mengharapkan pekerja dapat menyelesaikan masalah, menjana idea untuk meningkatkan kaedah yang telah digunakan dan dapat berhubung dengan orang di sekitarnya (Bailey, 1997). Terdapat beberapa takrifan yang dapat mendefinisikan kemahiran employability. Kebanyakannya hanya memfokuskan kepada aspek personaliti, sikap, tabiat dan kelakuan, teknik berkomunikasi, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan proses menguruskan sesebuah organisasi (Lankard, 1990). Menurut Model

2 Kerangka Teori Kajian Kemahiran Employability yang dihasilkan oleh Rashid dan Yahya (2003), kemahiran employability mempunyai tiga kemahiran utama iaitu kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan kemahiran berpasukan. Gainer (1988) dalam Lankard (1990) merumuskan kemahiran employability sebagai ketrampilan individu, kemahiran kebolehpercayaan individu, kemahiran pengubahsuaian ekonomi dan kemahiran berorganisasi secara efektif. Ketrampilan individu meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran berkomputer dan kemahiran berbudaya manakala kemahiran kebolehpercayaan individu merangkumi pengurusan individu, etika dan kemahiran bervokasional. Kemahiran pengubahsuaian ekonomi meliputi kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan dan pembangunan kerjaya. Kemahiran berorganisasi secara efektif pula meliputi kemahiran interpersonal, kemahiran perundingan, kreativiti dan kepimpinan. Robinson (2000) menyatakan kemahiran employability dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu a) kemahiran akademik asas yang merangkumi aspek membaca, menulis, mengira dan mendengar; b) kemahiran berfikir tahap tinggi (higherorder thinking) yang merangkumi aspek berfikir, menaakul, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan c) kualiti peribadi yang merangkumi aspek kemahiran sosial, sikap kerja yang baik, kerjasama, keyakinan diri dan bertanggungjawab. Kemahiran employability amat diperlukan oleh seseorang pelajar untuk memasuki dunia pekerjaan. Kemahiran ini perlu diterapkan dalam sistem pendidikan di institusi kemahiran dan teknikal bagi melahirkan pekerja yang memiliki kedua-dua kemahiran; teknikal dan bukan teknikal yang diperlukan dalam dunia pekerjaan masa kini. Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Yusoff Mohd et al. (1995) dalam Rashid dan Yahya (2003), mendapati terdapat beberapa elemen kualiti yang mesti ada pada graduan-graduan teknikal dan vokasional seperti berkeupayaan untuk berkomunikasi, berinisiatif, fleksibel dan lain-lain bagi menghadapi cabaran-cabaran masa depan yang dinamik dan mencabar.

3 Oleh itu, pihak institusi pendidikan harus menekankan kemahiran employability di samping kemahiran teknikal. Ini supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja pada masa akan datang. 1.2 Latar Belakang Masalah Dunia pekerjaan yang semakin rumit menyebabkan para majikan memerlukan pekerja yang berkemahiran. Pekerjaan pada masa kini memerlukan pekerja yang mempunyai pelbagai kemahiran (multi skilling), mahir dengan teknologi maklumat dan yang paling penting mempunyai kemahiran employability seperti kemahiran sosial, kemahiran komunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah (Nabi, 2003). Gabungan kemahiran teknikal dan kemahiran employability menjadikan pekerja itu bernilai kepada syarikat. Menurut Buck dan Barrick (1987), kemahiran employability merupakan atribut atau ciri seseorang pekerja yang menjadikan mereka sebagai aset kepada majikan selain daripada kemahiran teknikal. Namun begitu, ciri-ciri ini kurang dimiliki oleh pelajar lepasan institusi teknikal dan vokasional kerana hanya kemahiran teknikal sahaja yang diterapkan dalam sistem pembelajaran. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa para majikan tidak berpuas hati dengan kualiti graduan yang memasuki pasaran kerja. Kegagalan paling kritikal dalam pendidikan dan latihan yang diberi kepada graduan adalah melibatkan aspek personal, sosial dan kemahiran komunikasi (Clarke, 1997). Menurut Clarke lagi, kegagalan menguasai kemahiran menulis, membaca (literasi) dan kemahiran matematik juga semakin meningkat di kalangan para pekerja. Menurut sebuah kajian, lapan puluh satu peratus daripada ketua pegawai pendidikan negeri mengenal pasti persediaan pelajar untuk bekerja sebagai isu paling kritikal dalam dunia pendidikan untuk dua puluh tahun yang akan datang (Zinser, 2003). Fallow dan Steven (2000) dalam Zinser (2003), menerangkan penerapan kemahiran

4 employability dalam kurikulum akademik merentasi segala disiplin adalah perlu supaya pelajar dibekalkan dengan pelbagai kemahiran seperti komunikasi, merancang dan penyelesaian masalah, pembangunan sosial dan interaksi. Kajian oleh Chi-Kim dan Lewis (1998) menyatakan pelajar memerlukan kemahiran umum yang kukuh untuk menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan pada masa depan. Antara kemahiran yang diperlukan ialah komunikasi, keberkesanan berorganisasi (organizational effectiveness) dan pengurusan diri. Oleh itu, penerapan kemahiran employability di institusi pendidikan amat penting. Ramlee (1999) dalam Noraini et al.(2003), menyatakan bahawa pihak majikan berasa kesal kerana pelajar lepasan institut teknikal dan vokasional tidak mempunyai kemahiran employability dan kemahiran kritikal yang mencukupi. Pihak majikan juga tidak berpuas hati terhadap kemahiran berkomunikasi, interpersonal, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kemahiran keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar. Hasil daripada kajian yang dijalankan oleh Ramlee (1999) mencadangkan agar kemahiran employability diterapkan di dalam kurikulum pendidikan teknik dan vokasional. Menurut Robinson (2000), majikan memerlukan pekerja yang bertanggungjawab, dapat menyelesaikan masalah, mempunyai kemahiran sosial yang baik dan dapat bekerja dengan orang lain. Menurutnya lagi, pekerja yang mempunyai kemahiran ini amat diperlukan oleh majikan dan mereka dianggap sebagai aset kepada syarikat. Oleh itu, kemahiran employability perlu diterapkan kepada pelajar supaya memperoleh pekerjaan kelak. Menurut Interview with Business and Industry (1997) dalam Brown (2002), enam panel majikan telah mengenal pasti bahawa kemahiran utama yang diperlukan daripada seseorang pekerja ialah kemahiran berkomunikasi. Mereka menyatakan majikan memerlukan pekerja yang mempunyai kebolehan membaca untuk mendapatkan maklumat, berinteraksi dengan pelanggan, bercakap dengan pelanggan, mendengar, berunding, menulis dan bekerja dengan orang lain.

5 Menurut Smith, Presiden dan Pegawai Ketua Eksekutif General Motor (Brown, 2002), program pendidikan harus memfokuskan kepada contextual learning. Ilmu pengetahuan yang diberikan haruslah seiring dengan keperluan pekerjaan pada masa kini. Selain itu, program pendidikan haruslah memberikan kemahiran asas yang kukuh yang diperlukan oleh semua pekerjaan. Zinser (2003) menyatakan tenaga pengajar kursus-kursus vokasional berada dalam kedudukan yang terbaik untuk menerapkan kemahiran employability kepada pelajar. Mereka merupakan pakar kerjaya (career expert) dalam bidang masingmasing dan dengan ini mereka dapat membantu pelajar untuk menerokai dunia kerjaya serta membuat perancangan. Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, jelas menampakkan kemahiran employability sangat penting dalam dunia pekerjaan. Institusi latihan dan pendidikan merupakan tempat yang sesuai untuk menerapkan kemahiran ini. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk mengkaji penerapan kemahiran employability di kalangan tenaga pengajar Institut Kemahiran MARA (IKM), Johor Bahru. 1.3 Pernyataan Masalah Berdasarkan sorotan kajian, para majikan hari ini memerlukan para pekerja yang bukan sahaja berkemahiran teknikal tetapi juga memiliki pelbagai kemahiran pekerjaan termasuklah kemahiran employability (Murnane dan Levy, 1996; Robinson, 2000). Kajian terdahulu mendapati majikan memerlukan pekerja yang mempunyai elemen kemahiran employability seperti sikap positif, kemahiran efektif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran berkumpulan, daya

6 usaha, interpersonal dan juga kemahiran memimpin (Lankard, 1994; Robinson, 2000; Nabi, 2003). Oleh itu, kajian ini dibuat untuk melihat tanggapan tenaga pengajar di Institut Kemahiran MARA, Johor Bahru terhadap penerapan kemahiran employability dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang meliputi elemen kemahiran employability yang paling kerap diterapkan, elemen kemahiran employability yang dianggap penting oleh tenaga pengajar dan masalah yang dihadapi oleh tenaga pengajar semasa menerapkan kemahiran employability dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.4 Objektif Kajian Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau kemahiran employability yang diterapkan oleh tenaga pengajar Institut Kemahiran MARA dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah: i. Mengenal pasti elemen kemahiran employability yang paling kerap diterapkan oleh tenaga pengajar Institut Kemahiran MARA, Johor Bahru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). ii. Mengenal pasti elemen kemahiran employability yang dianggap penting mengikut keutamaan oleh tenaga pengajar Institut Kemahiran MARA, Johor Bahru. iii. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh tenaga pengajar Institut Kemahiran MARA, Johor Bahru semasa menerapkan kemahiran employability dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

7 1.5 Persoalan Kajian berikut: Persoalan kajian yang berkaitan dengan pernyataan masalah adalah seperti i. Apakah elemen kemahiran employability yang paling kerap diterapkan oleh tenaga pengajar Institut Kemahiran MARA, Johor Bahru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)? ii. Apakah elemen kemahiran employability yang dianggap penting mengikut keutamaan oleh tenaga pengajar Institut Kemahiran MARA, Johor Bahru? iii. Apakah masalah yang dihadapi oleh tenaga pengajar Institut Kemahiran MARA, Johor Bahru semasa menerapkan kemahiran employability dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P)?