BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

"66O "8 '

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Faculty Of Information and Communication Technology

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

Il\rm\rm~ \ \~r1\

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Transcription:

PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KEBERKESANAN LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KEMAHIRAN MOTOR TERHADAP ATLET HOKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya: MAS MURNI @ ZAITON BINTI ABDULLAH (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) Alamat tetap: NO 7, KAMPUNG LUBUK AYER, AYER HITAM, 06150 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN. (TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penyelia: PM. DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN Tarikh : MEI 2011 Tarikh: MEI 2011 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

i Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan ) Tandatangan : Nama Penyelia : PM. DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN Tarikh : MEI 2011

ii KEBERKESANAN LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KEMAHIRAN MOTOR TERHADAP ATLET HOKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) MAS MURNI @ ZAITON BINTI ABDULLAH Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI 2011

iii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya Tandatangan : Nama Pelajar : MAS MURNI @ ZAITON BINTI ABDULLAH Tarikh : MEI 2011

iv DEDIKASI Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi. Bersyukur saya ke hadrat-nya kerana telah memberi saya kesihatan yang baik dan semangat kental untuk saya menyempurnakan kajian ini. Istimewa buat Ayahanda yang dikasihi Abdullah bin Said serta Bonda Romlah binti Kassim. Terima kasih di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan dorongan selama ini. Buat abang dan adik, Mohd Muslim, Mohd Mustakim, Mohd Muadzam dan Muhamad Muqri. Terima kasih atas dorongan dan kerjasama yang kalian hulurkan. Serta tidak lupa buat teman-teman seperjuangan 4SPS dan seluruh warga SPS. Terima kasih di atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat.

v PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pembimbing saya iaitu Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Bin Zainuddin di atas kerjasama yang sepenuhnya. Segala bimbingan dan bantuan beliau dalam proses saya menyiapkan PSM ini amat saya hargai. Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang membantu dan memberikan dorongan dalam bersama-sama menyelesaikan projek ini khususnya buat teman karib saya Arafat, Rahimah, Noor Haniza, Adjah Naqkiah, Salimah, Aruna, Syiling, Siti, Mar, Zurin, Gadap, Naz, pensyarah-pensyarah Sains Sukan, Fakulti Pendidikan dan rakanrakan SPS semua. Terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan. Sekian, terima kasih semua.

vi ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan latihan kecergasan fizikal yang dijalankan ke atas atlet Hoki UTM. Seramai 22 orang subjek yang terdiri daripada 11 lelaki dan 11 wanita diukur tahap kecergasan mereka melalui enam ujian berasaskan lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois, Ujian Reaksi Kaki Nelson dan Ujian Lompat Jauh Berdiri. Kajian ini melibatkan ujian pra dan ujian pos. Sebelum menjalani ujian pos, subjek akan melalui fasa latihan yang telah ditetapkan dalam tempoh masa enam minggu. Prestasi yang diperolehi akan dinilai berdasarkan norma asal dan akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 16.0. Data dari ujian pos bagi prestasi atlet lelaki dan wanita menunjukkan peningkatan menerusi semua komponen yang diuji. Bagi atlet lelaki komponen koordinasi, ketangkasan dan imbangan menunjukkan peningkatan tetapi berada di tahap sederhana. Komponen kelajuan, masa reaksi dan kuasa menunjukkan peningkatan pada tahap yang baik. Bagi prestasi bagi atlet wanita pula, kelajuan menunjukkan peningkatan tetapi ianya berada pada tahap lemah menerusi norma asal dan komponen kuasa masih di tahap di bawah sederhana. Bagi komponen koordinasi, imbangan dan ketangkasan di tahap sederhana dan masa reaksi menunjukkan peningkatan ke tahap yang baik. Bagi atlet lelaki, dapatan ujian pra dan ujian pos bagi komponen koordinasi (p<0.001), kelajuan (p<0.001), imbangan (p<0.003), ketangkasan (p<0.001), masa reaksi (p<0.009), dan kuasa (p<0.001) pada nilai keertian (p< 0.05). Dapatan bagi wanita juga menunjukkan nilai signifikan (p< 0.05) bagi komponen koordinasi (p<0.001), kelajuan (p<0.001), imbangan (p<0.001), ketangkasan (p<0.001), masa reaksi (p<0.001), dan kuasa (p<0.022). Kajian juga merekodkan perbezaan perubahan prestasi diantara jantina. Tiada perbezaan signifikan antara jantina bagi semua komponen kecuali koordinasi dan imbangan. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa latihan yang diikuti oleh atlet hoki UTM memberikan peningkatan positif terhadap prestasi. Walaubagaimanapun, ianya boleh di tingkatkan lagi dengan penambahbaikan jadual latihan yang sedia ada. Latihan yang biasa dilakukan oleh atlet hoki UTM adalah latihan seperti taktikal, bebanan, dan kecergasan fizikal.

vii ABSTRACT The aim of this research is to identify the effectiveness level of physical fitness training on UTM hockey athletes. Subjects were 22 athletes consist of 11 males and 11 females. In this study, their physical fitness levels were measured through six tests based on motor behavior which are hands and eye coordination test, 30 meters running test, stock stand test, Illinois agility test, Nelson leg reaction test and standing long jump test. This study involved both pre and post- test. Before conducting the post-test, subjects will undergo training phase that has been set up within 6 weeks. The obtained performance will be evaluated based on the actual norm and will be analyzed by using SPSS 16.0 software. The data from pre and post test for both male and female athletes has increase in all components tested. Hence, for coordination component of male athletes, agility and balance has shown increasing result but at moderate levels. There are also good increase levels shown by other components such as speed component, reaction time and power. In addition to the female athletes performance, the speed component has shown an increase but at low level of actual norm while the power component was still at the moderate level.other components such as coordination, balance and agility were at moderate level whereas the reaction time showed enhancement towards better level. Furthermore, for male athletes, findings on pre test and post test for each components such as coordination(p<0.001), speed (p<0.001), balance (p<0.003), agility(p<0.001),reaction time (p<0.009), and power (p<0.001) have shown significant value which was set at p< 0.05. Findings on female athletes have also shown signification value of at p< 0.05 for coordination component (p<0.001), speed (p<0.001), balance (p<0.001), agility (p<0.001), reaction time (p<0.001), and power (p<0.022). This study also has recorded the different changes of achievement between genders. There are no significant differences between gender for all components except for coordination and balance component. In conclusion, the practices followed by UTM hockey athletes show an increasing positive value toward the performance. However, it can be up-graded with improvement on the existing training time table. The common exercises done by UTM hockey athlete are tactical, strength training and physical fitness.

viii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PERAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SIMBOL i ii iii iv v vi vii viii xii xiii xiv xv 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Hipotesis Kajian 7 1.7 Kepentingan Kajian 8 1.8 Skop Kajian 8 1.9 Batasan Kajian 9

ix 1.10 Definisi Operasional 9 1.10.1 Kecergasan Fizikal 9 1.10.2 Kecergasan Fizikal Berasaskan Motor 10 1.10.3 Tahap 10 1.10.4 Imbangan 10 1.10.5 Koordinasi 10 1.10.6 Masa Reaksi 11 1.10.7 Kelajuan 11 1.10.8 Kuasa 11 1.10.9 Ketangkasan 12 1.10.10 Subjek 12 2 SOROTAN KAJIAN 13 2.1 Pengenalan 13 2.2 Kelajuan 14 2.3 Ketangkasan 16 2.4 Kuasa 18 2.5 Koordinasi 19 2.6 Masa reaksi 20 2.7 Keseimbangan 21 2.8 Penutup 22

x 3 METODOLOGI KAJIAN 23 3.1 Pengenalan 23 3.2 Reka Bentuk Kajian 23 3.3 Populasi dan Persampelan 24 3.4 Tempat Kajian 24 3.5 Instrumen Kajian 24 3.5.1 Borang Rekod Kecergasan Diri 25 3.5.2 Borang Skor 25 3.5.3 Pita Penanda 25 3.5.4 Pita Pengukur 25 3.5.5 Sistem Komputer 26 3.5.6 Stopwatch 26 3.5.7 Bola Tenis 26 3.6 Pentadbiran Ujian 26 3.7 Prosedur kajian 27 3.7.1 Borang Indentiti 28 3.7.2 Taklimat Kajian 28 3.7.3 Jadual Latihan 29 3.7.4 Prosedur Pengujian 35 3.8 Proses pengumpulan data 41 3.9 Analisis data 41 3.10 Penutup 41 4 ANALISIS DATA 42 4.1 Pengenalan 42 4.2 Analisis Diskriptif 42 4.3 Penutup 50

xi 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 51 5.1 Pengenalan 51 5.2 Perbincangan 51 5.2.1 Persoalan 1 51 5.2.2 Persoalan 2 53 5.2.3 Persoalan 3 54 5.3 Kesimpulan 56 5.4 Cadangan 56 5.4.1 Pemilihan Tempat Kajian 57 5.4.2 Jangka Masa Ujian 57 5.4.3 Penglibatan Seminar Luar 57 5.4.4 Penyediaan Program Latihan 58 5.5 Penutup 58 RUJUKAN 59-63 LAMPIRAN 64-70

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Skor Ujian Ketangkasan Illinois 35 3.2 Skor Ujian Pecutan 30 Meter 36 3.3 Skor Ujian Lompat Jauh Berdiri 37 4.1 Skor Ujian Dirian Bangau 38 4.2 Skor Koordinasi Tangan Dan Mata 39 4.3 Skor Reaksi Kaki Nelson 40 4.4 Taburan purata (min ± SP) ujian pra dan pos bagi atlet hoki lelaki UTM 43 4.5 Taburan purata (min ± SP) ujian pra dan pos bagi atlet hoki wanita UTM 45 4.6 Hasil ujian t berpasangan untuk enam komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor atlet hoki UTM lelaki 47 4.7 Hasil ujian t berpasangan untuk enam komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor atlet hoki UTM wanita 48 4.8 Perbandingan antara atlet hoki lelaki dan wanita UTM mengikut komponen kecergasan fizikal berasaskan motor 48

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Skor min markah ujian pra dan ujian pos bagi atlet hoki lelaki UTM 43 4.2 Skor min markah ujian pra dan ujian pos bagi atlet hoki wanita UTM 45

xiv SENARAI LAMPIRAN NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat Perlantikan Subjek 64 B Surat Pelepasan Tanggungjawab 65 C Rekod Kesihatan dan Kecergasan Diri 66 D Borang Skor Ujian Kecergasan Fizikal 68 E Gambar Subjek 69

xv SENARAI SIMBOL p = nilai signifikan < = lebih kecil > = lebih besar UTM = Universiti Teknologi Malaysia SP = sisihan piawai M = purata min SD = standard deviations MBJB = Majlis Bandaraya Johor Bahru SPSS = Statistical Package For Social Science 16.0.

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Di Malaysia, sukan hoki menjadi antara sukan yang popular dan digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira keturunan, jantina, peringkat umur dan merupakan salah satu sukan yang diminati di seluruh negara. Para jurulatih dan ahli-ahli sukan di peringkat sekolah, universiti dan kebangsaan meletakkan harapan yang tinggi terhadap program-program latihan yang dirangka untuk pembangunan sukan masingmasing. Kemudahan dan keperluan dalam sukan hoki telah membawa kepada pembangunan serta peningkatan. Oleh itu, setiap pemain hoki seharusnya mempunyai tahap kecergasan yang tinggi supaya membolehkannya bermain dengan cemerlang tanpa sebarang gangguan seperti kelesuan atau kejang otot semasa bermain. Maka, wujudlah program-program latihan yang saintifik dan sistematik serta terancang untuk meningkatkan kecergasan dan keupayaan fizikal kepada pemain. Bagi kecergasan fizikal, ia berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental, berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan efisen tanpa berasa letih atau kelesuan, dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti riadah, masih memiliki tenaga untuk menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan (Shaharudin Abd. Aziz, 2006; Zainun Ishak, 2006). Selain itu, Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa

2 lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Kecergasan fizikal juga dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Menurut Greenberg et al. 2004, Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan. Kecergasan fizikal juga boleh didefinasikan sebagai masih mempunyai keupayaan untuk melakukan aktiviti atau tuntutan kehidupan tanpa merasa cepat letih serta lesu dan masih mempunyai tenaga untuk memberi rangsangan semasa saat mencemaskan atau diperlukan (Heyward, 2002; Gapor Ahmad, 2007). Bersukan adalah satu amalan hidup yang baik untuk diri kita. Ianya haruslah dijadikan salah satu daripada aktiviti hidup yang berterusan. Kecergasan berasaskan fizikal dan kemahiran motor melalui sukan dengan pengurusan yang sistematik dan teratur sangat penting kepada kedua-dua aspek kesihatan fizikal dan mental. Kecergasan seseorang itu boleh mempengaruhi kebolehan seseorang terhadap sesuatu kemahiran motor yang dilakukan sama ada di dalam aktiviti sukan atau permainan. Tubuh badan yang sihat juga menjadi salah satu faktor penentu kepada kesempurnaan dan kesejahteraan hidup, terutamanya bagi pencapaian matlamat yang memerlukan aktiviti fizikal sahaja. Untuk mencapai tujuan tersebut pergerakan memainkan peranan penting di dalam kehidupan dan juga aktiviti sukan. Lakuan motor adalah amat penting dalam setiap permainan yang ingin diceburi supaya setiap aktiviti yang dilakukan tidak mendatangkan masalah kepada pergerakan dan kecederaan terutama dalam permainan hoki bagi kajian ini. Kecergasan fizikal menurut De Vries dan Housh (1994), ialah keupayaan seluruh organ manusia berfungsi secara efisyen dan berkesan di mana ia bergantung kepada satu program senaman, corak kehidupan yang aktif dan pemakanan yang seimbang. Menurut Siedentop (2003), kecergasan fizikal terbahagi kepada dua komponen iaitu berasaskan kesihatan dan berasaskan motor dimana setiap komponen dibangunkan

3 secara spesifik. Bagi komponen kecergasan berasaskan kesihatan ia berkaitan dengan kesihatan manakala berasaskan motor pula ia berkaitan dengan perlakuan motor untuk melakukan sesuatu tugasan. Tahap kecergasan seseorang itu dapat dinilai berdasarkan kepada prestasi ketika menjalani sesuatu aktiviti atau tugasan di mana pengukuran dan penilaian dapat dilakukan ketika tubuh badan berfungsi di bawah tekanan dan keupayaan fizikal. Keadaan ini dapat menggambarkan tahap keupayaan seseorang individu itu sama ada dapat berfungsi dengan cekap atau pun tidak (Maud dan Foster, 2004). Menurut Fahey et al. (2004), kecergasan fizikal mempunyai dua komponen dimana melibatkan kesihatan dan kemahiran motor. Lima komponen kecergasan yang berkaitan dengan kesihatan adalah daya tahan kardiovaskular, ketahanan otot, kekuatan otot, fleksibiliti dan komposisi badan manakala kecergasan berkaitan kemahiran motor pula adalah seperti kelajuan, kuasa, ketangkasan, keseimbangan, koordinasi dan reaksi masa. Kecergasan fizikal sangat penting pada setiap atlet. Oleh itu, setiap jurulatih perlulah memberikan perhatian dan penekanan terhadap kecergasan atlet mereka. Terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal atlet. Antaranya ialah seperti memantau tahap kecergasan atlet dari semasa ke semasa. Menurut Fox dan Mathew (1981), sesuatu latihan akan menunjukkan kesan jika ia dilakukan selama enam hingga lapan minggu pada kekerapan latihan tiga kali seminggu dan juga menyatakan latihan bebanan boleh meningkatkan kekuatan otot dan daya tahan dengan melakukan latihan yang sedikit melebihi intensiti yang biasa.

4 1.2 Latar Belakang Masalah Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Namun bagi tujuan pertandingan, salah satu elemen yang dapat membantu atlet beraksi pada prestasi yang baik ialah tahap kecergasan fizikal ketika menyertai sesuatu pertandingan tersebut. Bagi atlet yang mewakili UTM, pemantauan tahap kecergasan fizikal atlet selama ini tidak dijalankan secara teratur dan tiada rekod pemantauan tahap kecergasan dari semasa ke semasa. Situasi ini sekurang-kurangnya menyebabkan pihak Unit Sukan dan jurulatih sukar memantau serta mengetahui perkembangan tahap kecergasan fizikal atlet menerusi latihan-latihan yang dilaksanakan dari suatu tempoh ke tempoh tertentu. Justeru itu, penyelidik menggunakan peluang tersebut bagi membantu khususnya jurulatih dalam mengkaji perkembangan semasa tahap kecergasan fizikal atlet hoki UTM bagi beberapa latihan yang telah dilaksanakan. Melalui kajian ini, penyelidik akan melihat keberkesanan prestasi kecergasan fizikal atlet hoki UTM lelaki dan wanita sebelum dan selepas latihan menerusi norma asal. Kajian ini juga dilakukan adalah untuk mengetahui tahap prestasi subjek mengikut tahap kecergasan fizikal yang telah ditentukan. Selain itu, Mengukur tahap komponen kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor bagi atlet hoki UTM lelaki dan wanita sebelum dan selepas latihan. Seterusnya, membandingkan perubahan prestasi kecergasan fizikal antara atlet lelaki dan wanita bagi setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor. Kajian ini dapat dijadikan panduan kepada jurulatih, unit sukan dan sebagainya. Seterusnya keputusan ujian ini akan menentukan kelemahan atau kekurangan atlet dalam sesuatu ujian kemahiran motor.

5 1.3 Pernyataan Masalah Kecergasan fizikal merupakan salah satu elemen yang penting bagi membolehkan seseorang atlet itu dapat mencapai prestasi yang cemerlang di dalam sukan yang diceburi tanpa mengambil kira peringkat umur dan pertandingan. Dengan itu, kecergasan fizikal perlulah dipantau dari semasa ke semasa supaya prestasi setiap atlet dapat meningkat. Dengan itu, sukan ini berusaha untuk menjadi lebih baik dari pencapaian yang lepas. Bagi memantapkan lagi prestasi pasukan itu, jurulatih telah merangka programprogram yang bersesuaian. Oleh yang demikian, pasukan Hoki UTM memberi kepercayaan kepada jurulatih untuk memberikan latihan yang sepatutnya bagi meningkatkan tahap prestasi yang lebih tinggi dan kecergasan fizikal yang mantap latihan dan menitiberatkan ujian kecergasan fizikal. kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan latihan fizikal terhadap tahap kecergasan fizikal sebelum dan selepas latihan. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah bertujuan : 1.4.1 Mengenalpasti prestasi kecergasan fizikal atlet hoki UTM lelaki dan wanita sebelum dan selepas latihan menerusi norma asal. 1.4.2 Mengukur pencapaian tahap komponen kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor bagi atlet hoki UTM lelaki dan wanita sebelum dan selepas latihan.

6 1.4.3 Membandingkan perubahan prestasi kecergasan fizikal antara atlet hoki UTM lelaki dan wanita bagi setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor. 1.5 Persoalan Kajian Beberapa persoalan kajian yang menjadi ke utamaan dalam kajian ini antaranya ialah: 1.5.1 Adakah terdapat perubahan terhadap prestasi kecergasan fizikal atlet hoki UTM lelaki dan wanita sebelum dan selepas latihan menerusi norma asal? 1.5.2 Adakah pencapaian tahap komponen kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor bagi atlet hoki UTM lelaki dan wanita? 1.5.3 Adakah terdapat perbezaan prestasi kecergasan fizikal antara atlet hoki UTM lelaki dan wanita untuk setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor?

7 1.6 Hipotesis Kajian Hipotesis 1: Ho1 : Tidak terdapat perubahan prestasi atlet hoki UTM lelaki dan wanita sebelum dan selepas latihan. Ha1 : Terdapat perubahan prestasi atlet hoki UTM lelaki dan wanita sebelum dan selepas latihan. Hipotesis 2 Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi keberkesanan latihan atlet lelaki dan wanita bagi setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor sebelum dan selepas latihan. Ha2 : Terdapat perbezaan yang signifikan bagi keberkesanan latihan atlet lelaki dan wanita bagi setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor sebelum dan selepas latihan. Hipotesis 3 Ho3 : Tidak terdapat perubahan prestasi kecergasan fizikal antara atlet hoki UTM lelaki dan wanita bagi setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor. Ha3 : Terdapat perubahan prestasi kecergasan fizikal antara atlet hoki UTM lelaki dan wanita bagi setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor.

8 1.7 Kepentingan Kajian Beberapa persoalan kajian yang menjadi ke utamaan dalam kajian ini antaranya ialah: 1.7.1 Dapat melihat prestasi atau pencapaian bagi pasukan Hoki UTM 1.7.2 Dapat memberi kesedaran kepada atlet Hoki UTM supaya mereka dapat meningkat tahap kecergasan motor supaya mereka boleh mengekalkan kejayaan yang inginkan. 1.7.3 Memberikan maklumat kepada pihak Unit Sukan UTM mengenai tahap kecergasan fizikal atlet UTM. 1.7.4 Dapat memberi pengetahuan dan kemahiran kepada individu tentang ujian-ujian yang boleh digunakan untuk menguji tahap kecergasan seseorang atlet berasaskan kemahiran motor. 1.7.5 Dijadikan panduan kepada jurulatih-jurulatih dan atlet untuk merancang program latihan yang sesuai mengikut tahap kecergasan atlet. 1.8 Skop kajian Kajian ini hanya melibatkan pengujian tahap kecergasan atlet UTM dari aspek kelajuan, kuasa, ketangkasan, keseimbangan, koordinasi dan reaksi masa

9 1.9 Batasan Kajian 1.9.1 Kajian ini hanya terbatas kepada atlet yang mewakili UTM dalam sukan hoki lelaki dan wanita. 1.9.2 Kajian ini hanya tertumpu kepada ujian kecergasan fizikal dari aspek kelajuan, kuasa, ketangkasan, keseimbangan, koordinasi dan reaksi masa. 1.10 Definisi Operasional Terdapat beberapa istilah penting yang perlu didefinisikan agar dapat memberi kefahaman yang lebih jelas lagi di sini. 1.10.1 Kecergasan fizikal Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efiktif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak dicapai tanpa senaman yang berterusan. (Buku sumber sains sukan, 2002).

10 1.10.2 Kecergasan fizikal berasaskan motor Bagi membolehkan seseorang individu melakukan sesuatu aktiviti fizikal dengan lebih cekap dan berkesan dan menguasai komponen-komponen kecergasan fizikal berasaskan motor. Penguasaan dalam keenam-enam aspek kecergasan fizikal berasaskan motor ini membolehkan atlet menguasai kemahiran dalam sukan yang diceburi seperti mana yang ditunjuk oleh jurulatih. Keenam-enam kemahiran tersebut ialah ketangkasan, keseimbangan, koordinasi, kuasa,masa tindak balas dan kelajuan(mohad anizu, 2011). 1.10.3 Tahap Kemampuan yang dapat dilakukan oleh seseorang atlet dalam sesuatu bidang atau dengan cara pengujian. 1.10.4 Imbangan Imbangan ialah kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokongnya diubahkan. Kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam. 1.10.5 Koordinasi Koordinasi adalah kebolehan subjek untuk menyelaraskan atau menyeragamkan deria dan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu pergerakan yang licin. Selain dari keupayaan mengkoordinasikan pergerakan tubuh badan secara keseluruhan, koordinasi pergerakan juga dikaitkan dengan keupayaan mengkoordinasikan sebahagian tubuh badan. Koordinasi ini dikenali sebagai koordinasikan tangan-mta (hanf-eyes

11 coordination) dan koordinasi kaki-mata ( foot-eyes coordination). Selain itu, komponen koordinasi tangan-mata dan koordinasi kaki-mata berkaitan dengan keupayaan individu melaksanakan pergerakan sambil memanipulasikan alatan bagai mencapai matlamat pergerakan tersebut. Menimang bola sepak takraw merupakan contoh koordinasi kakimata di mana ia memerlukan keupayaan untuk mengimbang badan, deria mata, menyentuh bola dan sebagainya (Asha Hasnimy et al., 2009). 1.10.6 Masa reaksi Merupakan jangkamasa yang diambil untuk bergerak atau bertindak dalam suatu gerakan bagi menghasilkan perbuatan (kerja) yang menguntungkan. Masa reaksi merupakan jangka masa seseorang individu bertindak balas setelah menerima rangsangan dari luar. Sebagai contoh, tindak balas badan pelari pecut untuk berlari selepas mendengar bunyi tembakan dari blok permulaan (Asha Hasnimy et al., 2009). 1.10.7 Kelajuan Adalah kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut arah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak. Kelajuan ditentukan dari hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah. 1.10.8 Kuasa Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengecut / explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi. Ia adalah hasil kucupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat ianya merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kucupan otot.

12 1.10.9 Ketangkasan Ketangkasan adalah merupakan kemahiran, kebolehan dan keupayaan untuk memulakan, menghentikan dan mengubah pergerakan posisi tubuh badan dengan pantas dan cepat tanpa hilang keseimbangan tubuh badan (Brown dan Ferrigno, 2005). 1.10.10 Subjek Ia dimaksudkan kepada pemain Pasukan Hoki UTM