PEMBANGUNAN PROTOTAIP LAMAN WEB SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI TAJUK PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

"66O "8 '

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

Faculty Of Information and Communication Technology

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

Transcription:

PEMBANGUNAN PROTOTAIP LAMAN WEB SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI TAJUK PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NORAINI BINTI MOHD LAZIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN PROTOTAIP LAMAN WEB SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI TAJUK PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NORAINI BINTI MOHD LAZIM Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006

iii DEDIKASI Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan rahmat dan izinnya terhasillah laporan PSM ini. Khas buat, Ayahanda & Bondaku tercinta Mohd Lazim Bin Othman & Jamilah Binti Ahmad Subari Kesabaran dan ketabahanmu membesarkanku tanpa mengenal erti susah. Tiada kata-kata yang mampu mentafsir segala pengorbananmu... Hanya ucapan terima kasih yang mampu ku lafazkan. Kekanda yang disayangi, Umi Kalsum Binti Mohd Lazim Kata-katamu sumber inspirasiku Adinda yang dikasihi, Mohd Firdaus, Norazah, Abdul Rahman, Siti Sofiah, Siti Raziah, Mohd Radi Amin, Nurul Rashidah, Ahmad Rashidi dan Ahmad Sufian Apa yang ada di hadapanmu haruslah direntangi... Hidup mesti diteruskan...semoga berjaya Teman Istimewa, Mohd Nazri Bin Tasrip Engkaulah permata dan pendorong semangat, semoga dapat menuruti jejak langkah kejayaan dunia dan akhirat... Sahabat Seperjuangan, Sumbangan kalian, jasa kalian & pengorbanan kalian... Akan kuabadikan...

iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan taufik dan hidayahnya, maka saya telah diberi kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan projek ini dengan jayanya. Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing Puan Noor Azean Binti Atan di atas bimbingan, tunjuk ajar, perbincangan dan pandangan yang diberikan oleh beliau sepanjang menjayakan projek ini. Buat ibu dan ayah serta keluarga tersayang terima kasih di atas pengorbanan dan sokongan yang diberikan. Begitu juga buat teman istimewa yang sentiasa memberi pandangan dan dorongan yang berterusan. Terima kasih juga buat semua pensyarah dan staf UTM serta pihak-pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung menjayakan projek ini.

v ABSTRAK Perkembangan teknologi ICT pada masa kini telah menyumbang terhadap suatu revolusi maklumat terutamanya peranan web sebagai sumber mendapatkan maklumat dan mempertingkatkan ilmu untuk menjadi individu bermaklumat. Pembelajaran menerusi web merupakan wadah terbaru dalam dunia pendidikan. Ianya memberikan satu dimensi baru kepada pendidikan yang berteraskan Internet dan web. Justeru itu, kajian penyelidikan ini bertujuan untuk membina laman web interaktif sebagai bahan bantu mengajar menerusi web. Keperluan pengguna seperti reka bentuk antaramuka, strategi pembelajaran, pengetahuan sedia ada tentang seni grafik dan kesesuaian media pengajaran digunakan sebagai pertimbangan kepada proses pembangunan laman web. Proses reka bentuk dan pembangunan laman web secara keseluruhannya menggunakan model reka bentuk pembangunan ADDIE sebagai garis panduan. Tajuk laman web yang dipilih ialah Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran dengan menggunakan teori konstruktif dan pendekatan tutorial sebagai strategi pembelajaran dengan menjadikan para pelajar dan pendidik sebagai kumpulan sasaran. Bahasa penyampaian untuk laman web yang dibina adalah Bahasa Melayu. Beberapa perisian pengarangan laman web dan suntingan multimedia digunakan sebagai alatan dalam membangunkan laman web. Dengan pembangunan laman web interaktif elemen-elemen multimedia sebagai sokongan penyampaian dan teori konstruktif sebagai strategi pengajaran dapat membantu pengajar menggunakan bahan bantu mengajar ini dengan lebih menarik dan penyampaian lebih berkesan lagi.

vi ABSTRACT The development of information technology nowadays contributes a revolution of information especially the role of web as a medium to get information and increase the knowledge for being a knowledgeable person. Web-based learning is the latest learning style nowadays. It gives a new dimension in our education field such that Internet and webpage are using in teaching and learning. Thus, this educational study was conducted in order to develop an interactive website as a teaching aid through the webpage. Users requirements such as interface design, learning strategy, basic knowledge about graphical arts and appropriateness of instructional media were considered as guidelines to develop the webpage. Overall the design and developing process of the website was conducted using the ADDIE model. The subject of the website is Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran based on constructive theory and tutorial approach as the learning strategy with students, educators and lecturers as the target group. This website was developed in Malay version. Several website authoring and multimedia software were used as tool to develop the website. The development of an interactive website based on constructive theory as a teaching support will help teacher to use this teaching aid effectively and the teaching will be done well.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xi BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Batasan Kajian 1.7 Bahasa Penyampaian 1.8 Rasional Kajian 1.9 Rumusan 1 2 6 8 8 9 10 11 11

viii BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 2.2 Pembelajaran Menerusi Web 2.3 Pendekatan Teori Pengajaran dalam Pembelajaran Menerusi Web 2.3.1 Pendekatan Pembelajaran Kolaboratif 2.3.2 Pendekatan Pembelajaran Koperatif 2.3.3 Pendekatan Pembelajaran Konstruktif 2.3.4 Pendekatan Pembelajaran Sosio-Konstruktif 2.4 Kajian Mengenai Model-Model Reka Bentuk Pengajaran dan Pembelajaran 2.5 Model Pembangunan Prototaip Laman Web 2.6 Kajian Mengenai Penggunaan Model ADDIE dalam Pembangunan Multimedia 2.7 Penggunaan Web Sebagai Medium Pengajaran dan Pembelajaran 2.7.1 Ciri-ciri Web dalam Membantu Pengajaran dan Pembelajaran 2.7.2 Metodologi yang Digunakan dalam Pembelajaran Berbantukan Komputer 13 13 15 15 16 17 18 21 22 24 25 25 36

ix 2.8 Kajian Kelemahan Web Sedia Ada 2.9 Ciri-ciri Web yang Baik 2.10 Hipermedia atau Hiperteks 2.11 Isi Kandungan Pembangunan Web 37 41 42 43 BAB 3 REKA BENTUK LAMAN WEB 3.1 Pengenalan 3.2 Model Reka Bentuk Laman Web yang Digunakan 3.2.1 Fasa Analisis 3.2.2 Fasa Reka Bentuk 3.2.2.1 Carta Alir 3.2.2.2 Papan Cerita (Storyboard) 3.2.2.3 Perisian yang Digunakan 3.2.2.4 Perkakasan yang Digunakan 3.2.3 Fasa Pembangunan 3.2.4 Fasa Implementasi 3.2.5 Fasa Penilaian 48 49 49 50 50 51 51 51 52 52 53 BAB 4 HASIL LAMAN WEB 4.1 Pengenalan 4.2 Pempakejan, Pengurusan Fail dan Penyebaran Laman Web 4.3 Ciri-ciri Laman Web 4.4 Paparan Laman Web 4.4.1 Paparan Laman Utama 54 55 56 57 57

x 4.4.2 Paparan Isi Pelajaran 4.4.3 Paparan Latihan 4.4.4 Paparan Video 4.4.5 Paparan Peta Laman 4.4.6 Ruangan Maklum Balas Pengguna 4.5 Penutup 59 61 62 63 64 65 BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Kelebihan Laman Web yang Dibangunkan 5.3 Masalah yang Dihadapi Semasa Pembangunan Laman Web 5.3.1 Kekurangan Masa 5.3.2 Pengendalian Pembangunan Laman Web 5.4 Cadangan 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 5.6 Kesimpulan 66 66 67 68 69 70 71 72 RUJUKAN 73

xi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK A B Carta Alir Papan Cerita (storyboard)

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan teknologi tinggi kini memungkinkan informasi bergerak tanpa had dan sempadan. Segala-galanya boleh didapati dengan segera dan pantas melalui media elektronik. Kemajuan canggih yang mampu menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah memudahkan pemindahan transformasi maklumat ini, bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya yang tiada lokasinya, kini semakin menjadi realiti dalam dunia pendidikan di Malaysia (Azwan & Rozita, 2002). Penggunaan Internet dalam bidang pendidikan bukanlah perkara yang baru. Sejak ianya diperkenalkan lagi, Internet mula digunakan dalam pencarian sumber maklumat dengan menggunakan pelbagai jenis enjin pencarian. Dalam pendidikan, penggunaan Internet adalah sebagai medium penyampai sumber maklumat bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkesan. Lantaran daripada itu, terdapat beberapa contoh tapak web yang menyediakan kemudahan tersebut seperti WebCT (Goldberg, 1996), TopClass dan World Lecture Hall. Kemudahan yang disediakan adalah merangkumi penyediaan bahan pengajaran secara talian terus dan akses maklumat yang tidak terhad. Salah satu daripada aplikasi Internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pembelajaran Menerusi Web.

2 Menurut Crossman (1997), Internet mempunyai ciri yang pelbagai dan unik. Menurut beliau, sumber maklumat yang terdapat dalam Internet mempunyai kapasiti yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan sebuah perpustakaan yang besar. Dengan hanya menggunakan enjin pencarian, segala maklumat dapat dicapai dalam hanya beberapa minit sahaja. Peranan Internet bukan hanya sebagai penyampai maklumat tetapi juga merupakan alat pengajaran dan pembelajaran. Romiszowski (1997) menyenaraikan beberapa ciri istimewa yang terdapat dalam Internet sebagai alat pengajaran dan pembelajaran iaitu bersifat terarah kendiri dan pembelajaran boleh dijalankan pada bila-bila masa tanpa terikat pada faktor masa. Selain daripada itu, Internet juga bersifat terarah kendiri dalam mencapai ilmu pengetahuan dan hipermedia, mewujudkan kemahiran kognitif dalam memproses maklumat serta kemahiran penyelesaian masalah secara kreatif. Ini boleh dilakukan dengan penggunaan teknologi Internet seperti multimedia, hipermedia dan web serta penggunaan komputer sebagai pengantar komunikasi. Ciri web yang unik juga memberikan kelebihan berbanding dengan pengajaran di dalam kelas tradisional. Menurut Relan dan Gilani (1997), terdapat beberapa perbezaan yang ketara di antara kelas tradisional dan pembelajaran menerusi web iaitu faktor ruang dan sempadan yang tiada batasan serta menjadikan proses pembelajaran jarak jauh lebih berkesan dan efektif (Hill, 1997). Di samping itu, pembelajaran menerusi web juga memberikan kawalan pengguna yang tinggi melalui penggunaan hiperteks dan hipermedia, sumber maklumat yang tidak terhingga serta menghasilkan persekitaran pembelajaran yang bercirikan dunia sebenar. Ciri istimewa yang terdapat pada web juga dapat menjadikannya persekitaran pembelajaran yang mantap dan berkesan. Ini disebabkan kerana Internet dapat memberikan kemudahan mengakses maklumat dengan cepat, pada bila-bila masa dan mewujudkan proses penjelajahan melalui sistem hipermedia dan hiperteks (Hedberg, Brown & Arighi, 1997). Di samping itu, ia juga dapat menyumbangkan interaktiviti yang tinggi dan kawalan pengguna yang baik. Kepentingan utama pembelajaran melalui web adalah program pendidikan jarak jauh. Menurut Willis dan Dickinson (1997), Internet dapat memberikan kemudahan seperti mewujudkan aktiviti yang interaktif antara guru dan pelajar dan

3 pelajar dan pelajar dalam pendidikan jarak jauh. Ini merangkumi interaksi antara pelajar, penilaian prestasi melalui web, mewujudkan aktiviti kolaborasi dan pengurusan serta pemasaran program. Selain daripada itu, peranan web bukan hanya menyampaikan maklumat tetapi berperanan sebagai agen motivasi kepada pelajar (Cornell & Martin, 1997). Ini adalah kerana reka bentuk kursus yang ingin disampaikan melalui web boleh mempengaruhi motivasi pelajar. Reka bentuk kursus yang disampaikan seharusnya mempunyai kepelbagaian, berkaitan dengan matlamat, mencabar dan memberikan hasil yang positif kepada pelajar. Sherry dan Wilson (1997) berpendapat pembelajaran melalui web akan menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Komunikasi yang wujud mungkin tidak sama seperti di dalam kelas tradisional tetapi ianya berlaku dalam persekitaran web. Persekitaran pembelajaran menerusi web juga harus mengandungi sumber maklumat yang pelbagai, menyokong kerjasama antara pelajar dan menjalankan aktiviti web sebagai salah satu daripada proses pembelajaran. (Sherry & Wilson, 1997). Menurut Star (1997), sesi pembelajaran yang disampaikan secara talian terus (online) menghasilkan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan guru, mengawal maklumat yang diproses oleh guru, memberi dan menerima maklum balas tentang pengetahuan yang disampaikan. 1.2 Latar Belakang Masalah Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) adalah satu langkah kerajaan membawa Malaysia ke mercu kejayaan dengan Malaysia memiliki teknologi canggih dan setanding dengan negaranegara yang telah mendahului dalam bidang IT. Kerajaan menggalakkan rakyat mengambil berat perkara ini dan seterusnya mengambil bahagian dalam MSC, selaras dengan Wawasan 2020 di mana menjelang tahun tersebut negara kita akan menjadi sebuah negara maju dan bukan sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi sebagai penyumbang teknologi. Sehubungan itu, kerajaan telah berusaha untuk

4 menyerapkan ICT khususnya dalam bidang pendidikan dengan menubuhkan Sekolah Bestari yang dilengkapi dengan perkakasan IT dan multimedia. Ekoran kewujudan MSC, pelbagai teknologi dalam pendidikan telah diimplementasikan di sekolahsekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Ini dapat mendedahkan pelajar kepada cara belajar yang lebih bersikap kendiri. Selain itu, E-pembelajaran telah diperkenalkan sebagai strategi baru untuk menyokong kelemahan yang terdapat dalam sistem pendidikan yang lama. Namun, integrasi prinsip-prinsip E-pembelajaran ini tidak akan merubah sebarang fungsi utama sistem pendidikan yang sedia ada seperti proses pengajaran, perkhidmatan mahupun penyelidikan. Portal pendidikan adalah salah satu aplikasi pengajaran dan pembelajaran berasaskan web yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar sebagai salah satu langkah untuk menambah kefahaman atau persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi portal yang digabungkan dengan sistem data dan sistem maklumat lain dapat membentuk senjata yang berpotensi untuk menawarkan E-pembelajaran (Hartley, 2000). Manakala di institusi pengajian tinggi, penggunaan Internet dalam bidang pendidikan bukanlah merupakan perkara yang baru. Di Universiti Teknologi Malaysia, pembelajaran maya ( http://www.pmaya.utm.my ) telah lama diperkenalkan sejak tahun 1997. Segala bentuk bahan pengajaran pensyarah merangkumi kuiz, tugasan, pengumuman dan lain-lain disimpan di dalam komputer pelayan untuk diakses oleh pelajar mengikut fakulti masing-masing. Di Fakulti Pendidikan UTM, pihak fakulti mengambil inisiatif menyediakan komputer pelayan web untuk menyimpan bahan pengajaran pensyarah. Halaman ini dinamakan halaman CYBERDIDIK ( http://cyberdidik.fp.utm.my ). Melalui halaman ini, pelajar boleh mengakses bahan pengajaran mengikut subjek yang ditawarkan oleh Jabatan masing-masing. Selain daripada itu, wujud satu usaha membangunkan halaman web yang interaktif bagi pensyarah menyediakan bahan pengajaran melalui web. Ini bertujuan bagi memudahkan pengurusan dan penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran melalui web oleh pensyarah. Halaman-halaman seperti WebCT (Goldberg, 1997)

5 dan TopClass menunjukkan bahawa perkembangan pembinaan laman web pendidikan telah lama dijalankan di luar negara. Tujuan utama pembinaan laman web ini adalah bagi memudahkan pensyarah menyediakan bahan pengajaran di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Oleh sebab kreativiti dan daya usaha sendiri bukan tabiat yang digalakkan di sekolah-sekolah rendah dan menengah, maka masih terdapat pelajar yang sukar menggunakan teknologi dalam pembelajaran mereka di peringkat universiti. Apabila mereka terpaksa mengamalkan kaedah smart learning yang mementingkan kreativiti, daya usaha sendiri dan exploration, mereka mengalami kejutan budaya akademik (academic culture shock). Mereka masih tidak berani mencuba dan tidak yakin untuk menggunakan teknologi yang sedia ada bagi tujuan pembelajaran mereka sebaliknya mengharapkan arahan terperinci apabila menjalankan projek ilmiah yang mengkehendaki atau mementingkan unsur-unsur smart learning. Usaha Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan konsep pendidikan bestari memang satu langkah yang bijak. Menurut Schramm (1977), pembelajaran lebih dipengaruhi oleh sesuatu kandungan dan strategi pengajaran yang dirancang melalui sesuatu media dan bukannya dipengaruhi oleh media tertentu. Kegagalan atau kejayaan pendidikan era maklumat ini amat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh guru (Mohd Safarin, 2001). Walau bagaimanapun, kebijaksanaan, kesungguhan dan semangat yang kuat amat perlu bagi seorang guru untuk merancang dan mengaplikasikan penggunaan bahan dan ledakan sumber maklumat terkini untuk memastikan kejayaan pelajar dan pengajaran selari dengan era globalisasi sebagaimana yang dinyatakan oleh Seguin dan Seguin (1995) bahawa pendekatan dan penggunaan Internet dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada komitmen dan kreativiti guru. Justeru itu, penyelidik memikul cabaran ini bagi membangunkan satu bahan bantu mengajar menerusi web bagi tajuk Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran berasaskan pendekatan konstruktif dengan menggunakan Model ADDIE.

6 1.3 Pernyataan Masalah Pengajaran berasaskan web atau dikenali sebagai Web Based Instruction yang telah dihasilkan hingga hari ini adalah kurang memuaskan sebahagian besarnya dari segi reka bentuk. Anggapan ini tidak boleh dinafikan memandangkan kenyataan bahawa banyak program pendidikan jarak jauh yang sedia ada hari ini terdiri daripada reka bentuk yang mempunyai nilai pengajaran yang lemah. Kebanyakannya hanya menggunakan Internet sebagai media untuk paparan nota-nota syarahan (Duchastel, 1997; Weiss, 1998) serta mengandungi aktiviti yang berfokus pada pencarian dan pengelolahan maklumat sahaja (Sugrue & Kobus, 1997). Selain itu, kebanyakan halaman-halaman web pendidikan yang dibangunkan di Malaysia amnya adalah bersifat statik di mana capaian kepada isi kandungannya adalah terhad kepada faktor tempat dan masa. Ini adalah disebabkan komputer pelayan diselenggara oleh individu tertentu. Kekangan masa untuk menyediakan bahan pengajaran yang efektif beserta pemilihan pendekatan yang besesuaian juga menjadi penyumbang utama dalam pembangunan laman web ini. Ini sekaligus memberikan bebanan kepada pengajar dalam menyediakan bahan pengajaran menerusi web. Selain daripada itu, kekurangan kemahiran dalam membangunkan halaman web memberi masalah besar kepada pengajar dalam proses menerbitkan bahan bantu mengajar menerusi Internet. Walaupun galakan telah diberikan oleh pelbagai pihak tertentu seperti Universiti, tetapi halaman pembelajaran menerusi web masih berkurangan. Daripada perspektif pedagogi pula, penggunaan WWW (World Wide Web) dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat luas tetapi peranan WWW dalam membina persekitaran pembelajaran yang berkesan amatlah berkurangan. Ini disebabkan oleh masih kurangnya model-model yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran menerusi web yang berkesan di peringkat tinggi dan berlandaskan ciri-ciri tertentu yang berasaskan teori pengajaran dan pembelajaran (Reeves, 1997). Ini akan memberi kesan ke atas pelajar di mana pelajar hanya menerima maklumat yang disampaikan oleh guru yang lebih bersifat sehala tanpa ada pendekatan pengajaran yang sesuai. Justeru itu, penyelidik ingin

7 membangunkan laman web yang menggunakan strategi tutorial berkomuter bagi mengatasi masalah yang dinyatakan. Daripada perspektif kontekstual pula, kebanyakan laman web pendidikan yang terdapat di Malaysia tidak mengandungi isi kandungan yang lebih terperinci yang berfokus untuk suatu topik tertentu. Ekoran daripada fenomena ini, penyelidik berhasrat untuk membangunkan laman web sedemikian sebagai sumbangan kepada teknologi pendidikan era globalisasi ini. Kebanyakan pelajar sukar untuk menguasai tajuk Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran dengan baik. Ini adalah disebabkan oleh pelajar tidak dapat mengabstrak konsep yang diperkenalkan dalam tajuk ini tanpa pengalaman menerusi web. Selain itu, sesetengah guru hanya menyampaikan pengajarannya tanpa demonstrasi tertentu. Pelajar perlu mengalami proses penerokaan menerusi web bagi menguasai tajuk ini. Berdasarkan kajian literatur yang dijalankan, penyelidik mengenal pasti ciriciri persekitaran pembelajaran menerusi web yang sesuai dan seterusnya membina suatu prototaip laman web pendidikan sebagai bahan bantu mengajar menerusi web berasaskan pendekatan konstruktif. Laman web yang dibangunkan adalah berunsurkan multimedia interaktif. Selain itu, laman web yang dibangunkan ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Penilaian hanya akan dijalankan secara umum bersama pensyarah yang mengajar mata pelajaran ini tanpa penglibatan penilaian dari pelajar kerana kekangan masa yang diperuntukkan.

8 1.4 Objektif Kajian a) Membangunkan prototaip laman web pendidikan yang berunsurkan multimedia interaktif bagi tajuk Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. b) Menghasilkan sebuah laman web sebagai bahan bantu mengajar berdasarkan strategi tutorial yang menarik. 1.5 Kepentingan Kajian Perkembangan halaman web pendidikan adalah kurang dalam pendidikan di Malaysia berbanding di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Pembangunan web ini adalah perlu kerana dengan adanya halaman-halaman pendidikan seperti ini, proses penyediaan bahan pengajaran menerusi web menjadi semakin pantas dan berkesan. Kajian ini diharapkan dapat merubah situasi ini dengan sumbangannya ke arah perlaksanaan pembelajaran menerusi web dengan adanya halaman-halaman pendidikan yang lebih berkesan dan berasaskan pedagogi yang mantap. Kepentingan projek dijelaskan dari perspektif guru dan pelajar. Teknologi Internet memberikan pengaruh besar dalam penyampaian sumber maklumat dalam pendidikan. Kekurangan kemahiran dalam menyediakan bahan pengajaran menggunakan teknologi web menjadikan ianya suatu kekangan kepada para guru di samping kekangan masa dengan beban tugas yang tinggi. Hasil kajian ini diharap dapat membantu guru menyediakan bahan pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang berkesan dalam persekitaran pembelajaran menerusi web. Dengan adanya halaman ini, faktor-faktor kekangan seperti masa, tempat dan beban tugas dapat diatasi dalam menyediakan bahan pengajaran web yang berkualiti.

9 Laman web yang dibangunkan boleh digunakan oleh guru-guru sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi tajuk Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Laman web ini diharapkan boleh mencetuskan minat kepada guru-guru untuk membangunkan laman web pendidikan untuk kegunaan pengajaran mereka. Selain itu, laman web ini berguna kepada pelajar-pelajar sebagai bahan pembelajaran kendiri atau menggunakannya untuk mempertingkatkan kefahaman kepada konsep-konsep yang telah dipelajari di dalam kuliah. Ia dapat mewujudkan amalan belajar mengikut kadar kebolehan masingmasing. Laman web ini baik jika diakses secara kendiri oleh pelajar terutamanya sebagai pengukuhan atau pengayaan selepas selesai mempelajari topik Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran atau boleh juga dilakukan oleh pelajar sebagai persediaan sebelum guru mengajar topik tersebut. Laman web ini dapat memupuk perkembangan pelajar ke arah pemikiran analitik dan kreatif serta kebolehan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Menerusi laman web ini, guru boleh menggalakkan pelajar mencari, mengakses, menggunakan dan menilai maklumat menggunakan teknologi multimedia. Seterusnya, hasil kajian ini juga dapat menunjukkan sejauh mana kepentingan halaman web yang disediakan memainkan peranan penting dalam membantu pelajar memperolehi maklumat. 1.6 Batasan Kajian Kajian ini lebih tertumpu kepada mewujudkan bahan bantu mengajar untuk guru dalam persekitaran pembelajaran menerusi web. Ini adalah penting bagi menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam persekitaran pembelajaran menerusi web. Modul Pembelajaran yang disediakan sesuai dijadikan sebagai bahan bantu mengajar atau sebagai bahan rujukan pelajar yang mengambil subjek Kaedah Mengajar Sains Dan Komputer di Fakulti Pendidikan UTM semasa di luar waktu