i HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KVKPM) SABARIAH BINTI SIDEK Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JANUARI 2013
v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis dimensi kecerdasan emosi pelajar serta hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 261 pelajar-pelajar yang mengambil pemeriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kolej Vokasional Zon Selatan iaitu di Kolej Vokasional Kluang, Kolej Vokasional Seremban dan Kolej Vokasional Melaka. Mereka dipilih secara rawak sistematik. Satu set soal selidik telah digunakan untuk kajian ini. Soal selidik merupakan instrumen utama yang akan digunakan untuk menentukan tahap kecerdasan emosi pelajar Kolej Vokasional Kluang. Soal selidik yang dibangunkan akan dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A, dan bahagian B. Bagi bahagian B, soalan-soalan soal selidik diadaptasikan daripada kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan kecerdasan emosi dan pencapaian akademik pelajar. Dalam soalan soal selidik, dimasukkan lima domain penting dalam kecerdasan emosi (kompetensi diri dan kompetensi sosial), iaitu motivasi, kawalan kendiri, kesedaran kendiri, kemahiran sosial dan kepentingan orang ramai (empati). Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.951. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai kepada jenis- jenis dimensi kecerdasan emosi. Manakala statistik inferensi iaitu analisis Kolerasi Spearman digunakan untuk menunjukkan hubungan antara pemboleh ubah iaitu hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik. Analisis menggunakan perisian SPSS menunjukkan terdapatnya hubungan dengan signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar iaitu pada nilai -0.007. Secara keseluruhannya, pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi berpotensi untuk memperolehi pencapaian akademik yang lebih baik.
vi ABSTRACT as well as its relationship to academic achievement. A total of 261 students who sat the examination of Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) in the South Zone of Vocational College which are Kolej Vokasional Kluang, Kolej Vokasional Seremban and Kolej Vokasional Melaka. They were selected by systematic random. A set of questionnaires were used for this research. Questionnaires were the main instrument that will be used Questionnaire will be categorized into two parts that are part A and part B. For part B, the survey questions were important domains of emotional intelligence (self-competence and social competence) which are the motivation, self-control, self-awareness, social skills and interests of the people (empathy). Questionnaires reliability were tested by using the "Cronbach alpha" reliability 0.951. Data was analyzed by using descriptive statistic by percentage, mean and standard deviation on the types of emotional intelligence dimension. While, Inferential Statistic that is Spearman Correlation Analysis is used to show the relationship between the variables which is the relationship between emotional intelligence and academic achievement academic achievement at the value of -0.007. In conclusion, students with high emotional intelligence have the potential to obtain better academic achievement.
vii KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS LAPORAN TAJUK PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vii xii xiv xv xvi BAB 1 PENDAHULUAN 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Pengenalan Latar belakang masalah Pernyataan masalah Objektif kajian Persoalan kajian Kerangka konsep Skop kajian Batasan kajian 1 2 7 8 8 9 11 11
1.9 1.10 Definisi istilah Rumusan viii 11 12 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 13 2.1 2.2 2.3 2.4 Pengenalan Kecerdasan Emosi Kecerdasan emosi 13 13 14 14 2.4.1 2.4.2 2.4.3 2.4.4 2.4.5 Perkaitan kecerdasan emosi dengan jantina Perkaitan kecerdasan emosi dengan umur Perkaitan kecerdasan emosi dengan pengalaman kerja Perkaitan kecerdasan emosi dengan kelayakan akademik Kecerdasan emosi guru dan kaitan secara langsung dengan pencapaian akademik pelajar 19 20 20 21 21 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 2.10 2.11 2.12 Motivasi Kesedaran kendiri Kawalan kendiri Kemahiran sosial Kebolehan untuk memahami orang lain (Empati) Sejarah penubuhan Teknik dan Vokasional di Malaysia Potensi aliran vokasional Rumusan 21 25 28 30 32 34 36 37
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 38 ix 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 Pengenalan Reka bentuk kajian Kerangka operasi Lokasi kajian Populasi dan sampel kajian Instrumen kajian 38 38 39 40 40 40 3.6.1 3.6.2 3.6.3 Pembangunan soal selidik Pengesahan kandungan soal selidik Skala Likert 41 42 42 3.7 Analisis data 43 3.7.1 Ujian korelasi 43 3.8 3.9 3.10 Kaedah pengumpulan data Kajian rintis Rumusan 44 45 46 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 47 4.1 4.2 Pengenalan Demografi responden 47 48 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 Jantina Bangsa Subjek mata pelajaran di Kolej Vokasional (bagi pelajar SPM) Pencapaian akademik semasa 48 48 49 49 4.3 Dapatan kajian 50 4.3.1 Persoalan kajian 1 50
x 4.3.2 4.3.3 4.3.4 4.3.5 4.3.6 Persoalan kajian 2 Persoalan kajian 3 Persoalan kajian 4 Normaliti Persoalan kajian 5 52 54 55 56 57 4.4 Rumusan 58 BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN & CADANGAN 59 5.1 5.2 Pengenalan Perbincangan 59 59 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 5.2.5 Tahap kompetensi diri bagi pelajar di KVKPM Tahap kompetensi sosial bagi pelajar di KVKPM Perbezaan kompetensi diri di antara pelajar lelaki dan perempuan Perbezaan kompeten sosial di antara pelajar lelaki dan perempuan Hubungan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik 60 62 63 64 64 5.3 5.4 Kesimpulan Cadangan 65 67 5.4.1 5.4.2 5.4.3 5.4.4 Ibu bapa Pengarah kolej vokasional dan pihak sekolah Pendidik Pelajar 67 68 69 70
5.5 5.6 Kajian lanjutan Penutup 71 72 xi RUJUKAN 74 LAMPIRAN 79
xii SENARAI JADUAL 2.1 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 Aspek penting dalam transformasi adalah pendidikan asas vokasional dan kolej vokasional Populasi pelajar KVKPM mengikut zon Penjelasan Skala Empat Mata Pekali korelasi positif Pekali korelasi negatif Taburan skor min Interpretasi skor min Skor Alpha Cronbach Skor Alpha Cronbach Taburan responden mengikut jantina Taburan responden mengikut bangsa Taburan responden mengikut subjek mata pelajaran Taburan responden mengikut pencapaian akademik semasa Analisa min terhadap tahap kompetensi diri bagi pelajar yang sedang mengikuti program di KVKPM Analisa min dan sisihan piawai terhadap tahap kompetensi diri bagi pelajar yang sedang mengikuti program di KVKPM Analisa min terhadap tahap kompetensi sosial bagi pelajar yang sedang mengikuti program di KVKPM Analisa min dan sisihan piawai terhadap tahap kompetensi sosial bagi pelajar yang sedang mengikuti program di KVKPM Pangkat min dan signifikan 35 40 42 43 44 44 45 45 46 48 49 49 49 50 52 52 54 55
4.10 4.11 4.12 Pangkat min dan signifikan Analisa ujian normaliti Analisa kolerasi Spearman xiii 55 56 57
xiv SENARAI RAJAH 1.1 1.2 3.1 Kerangka konsep kajian Emotional Intelligence Competency Kerangka operasi kajian 9 10 39
xv SENARAI SINGKATAN IQ EQ KVKPM CPA SPM SPSS TEVT PAV MPV Voctech SKM MHS RMK-10 - - - - - - - - - - - - - Intelligence Quotient Emotional Quotient Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia Cumulative Point Average Sijil Pelajaran Malaysia Statistical Package for Social Science Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional Pendidikan Asas Vokasional Mata pelajaran Vokasional Teknik dan Vokasional Sijil Kemahiran Malaysia Multi Health System Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh
xvi SENARAI LAMPIRAN A B C D E F Borang Soal Selidik Pengesahan Borang Soal Selidik Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Akademik Jadual Krejcie, R.W. & Morgan D.W Carta Gantt Projek Sarjana Keputusan Analisis Data 79 85 92 97 99 102
8 1.4 Objektif kajian i. Mengenal pasti tahap kompetensi diri bagi pelajar di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia. ii. Mengenal pasti tahap kompetensi sosial bagi pelajar di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia. iii. Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan yang signifikan terhadap tahap kompetensi diri antara pelajar lelaki dan perempuan di Kolej Vokasional. iv. Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan yang signifikan terhadap tahap kompetensi sosial antara pelajar lelaki dan perempuan di Kolej Vokasional. v. Mengenal pasti hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik bagi pelajar-pelajar di Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia. 1.5 Persoalan kajian i. Apakah tahap kompetensi diri bagi pelajar yang sedang mengikuti program di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia. ii. Apakah tahap kompetensi sosial bagi pelajar yang sedang mengikuti program di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia. iii. Adakah wujud perbezaan yang signifikan terhadap tahap kompetensi diri antara pelajar lelaki dan perempuan di Kolej Vokasional. iv. Adakah wujud perbezaan yang signifikan terhadap tahap kompetensi sosial antara pelajar lelaki dan perempuan di Kolej Vokasional. v. Adakah terdapat hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik bagi pelajar-pelajar di Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia.
9 1.6 Kerangka konsep Dalam menjalankan kajian ini, beberapa pembolehubah telah dikenal pasti berdasarkan kepada persoalan kajian yang ingin dicapai. Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian (adaptasi dari Goleman, 1998)
Rajah 1.2: Emotional Intelligence Competency (Goleman, 1995) 10
11 1.7 Skop kajian Kajian ini memfokuskan kepada tahap kecerdasan emosi di kalangan pelajar-pelajar di Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia (KVKPM). Mengikut domaindomain dalam kecerdasan emosi iaitu, motivasi (motivation), kesedaran kendiri (selfawareness), kawalan kendiri (self-regulation), kemahiran sosial (social skill), dan mementingkan kepentingan orang ramai (emphaty). 1.8 Batasan kajian Batasan kajian tertumpu kepada beberapa buah Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia (KVKPM), pemilihan dibuat untuk sebuah kolej vokasional bagi pantai timur, pantai barat, utara dan selatan. Ini kerana kekangan dari segi masa, kewangan dan jarak. 1.9 Definisi istilah Definisi istilah antara aspek penting dalam proses memahami kajian ini. Di sini menerangkan kaitan antara istilah dengan kajian. i. Kecerdasan emosi (EI) Kecerdasan emosi adalah melibatkan kecerdasan sosial yang mana ia merujuk kepada kebolehan individu meneliti emosi dan perasaan dirinya atau orang lain. Di samping itu juga, ia melibatkan kekuatan dan kelemahan individu dalam mengatasi masalah. ii. Pencapaian Akademik Dalam kajian ini, pencapaian akademik merujuk kepada keputusan peperiksaan pelajar-pelajar Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia (KVKPM) dan juga dari segi pencapaian akademik di dalam kelas. iii. Pelajar-pelajar Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia (KVKPM) Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran di Kolej Vokasional.
12 1.10 Rumusan Secara keseluruhannya Bab 1 merupakan ruangan untuk mengemukakan latar belakang masalah, penyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi konsep kajian. Pada bab seterusnya, penyelidik akan membincangkan tentang tahap kompetensi pelajar dan beberapa kajian lepas berkaitan dengan persoalan kajian.