HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN KEMAHIRAN BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

"66O "8 '

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

Transcription:

HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN KEMAHIRAN BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA HASIMAH BINTI BUANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN PENGUASAAN KONSEP FIZIK DENGAN MINAT DAN KEMAHIRAN BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA HASIMAH BINTI BUANG Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2008

iii DEDIKASI Sekalung penghargaan kutitipkan khas buat insan-insan yang kusayangi, Teristimewa buat bondaku tercinta, Siti Binti Apang Yang senantiasa memberi sokongan dan dorongan Dalam setiap bidang yang aku ceburi hingga akhirnya berjaya menyiapkan sebuah penulisan ini.. Buat abang-abangku, Yang senantiasa memberi inspirasi kepada diri bila diri ini memerlukan. Buat rakan-rakan seperjuangan, Yang tidak jemu memberi pandangan dan luahan ilmu selama ini. Jasa kalian tidak akan aku lupa sampai bila-bila

iv PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-nya dapatlah Projek Sarjana Muda ini disiapkan sebagaimana yang dikehendaki. Terlebih dahulu penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada En Mohd Ali Ibrahim selaku penyelia projek ini di atas segala bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Segala ilham dan inspirasi yang diberikan amat membantu dalam penyiapan penyelidikan ini. Kerjasama daripada pihak Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia amat-amat dihargai. Penyelidik juga turut merakamkan jutaan terima kasih kepada para pelajar yang terlibat dalam penyelidikan ini. Kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia juga diucapkan jutaan terima kasih khususnya yang memberi pandangan dan panduan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Jutaan Terima kasih

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan penguasaan konsep Fizik dengan minat dan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar Fizik Bahan dan Pendidikan Fizik. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 139 orang yang terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Malaysia program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) dan program Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan). Alat kajian yang digunakan ialah set borang soal selidik yang mengandungi 21 item soalan menggunakan Skala Likert dan 14 soalan ujian penguasaan konsep Fizik. Nilai pekali kebolehpercayaan soal selidik yang diperoleh ialah α =.86. Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara minat dengan amalan teknik belajar (r= 0.57,) dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan tahap penguasaan konsep fizik (r=0.14). Kajian juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan dalam tahap penguasaan konsep Fizik antara pelajar berdasarkan purata nilai gred keseluruhan,(pngk), (p=0.042) dan program pengajian,(p=0.008). Namun begitu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran belajar bagi kedua-dua jenis kumpulan sama ada berdasarkan PNGK (p=0.05) atau berdasarkan program pengajian (p=0.054).

vi ABSTRACT The aim of this research was to identify the relationship between an interest and study skill in Material Physic and Education Physics student. 139 respondent were involved in this research and they were consists of Universiti Teknologi Malaysia students from Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) and Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan). The instrument used was a set of questionnaire which had 21 items using the Likert scale and the set of 14 questions of physic. The alpha level was set to α=0.86. The result showed that there was significant difference between an interest and study skill (r= 0.57,) whereas there was no significant relationship between an interest and the mastery of Physic (r= 0.14). The result also showed that there was a significant differences in mastering Physic between students based on cumulative pointer average,(cpa) (p=0.042) and program of studies (p=0.008). However, there was no significant difference in skill of studies for both groups which is, CPA (p=0.05) or Programs of studies (p=0.054).

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv 1 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.2.1 Universiti Teknologi Malaysia 3 1.2.1.1 Fakulti Pendidikan 4 1.2.1.2 Fakulti Sains 5 1.2.2 Faktor-Faktor Penguasaan Konsep Fizik 6 1.2.2.1 Minat 7

viii 1.2.2.2 Kemahiran Belajar 8 1.3 Pernyataan Masalah 8 1.4 Objektif Kajian 9 1.5 Persoalan Kajian 9 1.5.1 Hipotesis 10 1.6 Kepentingan Kajian 11 1.6.1 Pelajar/Mahasiswa 12 1.6.2 Pihak Universiti 12 1.7 Batasan Kajian 12 1.8 Definisi Istilah 13 1.8.1 Penguasaan 13 1.8.2 Konsep 14 1.8.3 Minat 14 1.8.4 Kemahiran Belajar 14 1.8.5 Pelajar 14 1.9 Rumusan 15 2 SOROTAN KAJIAN 16 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Pembelajaran Konsep Sains 16 2.3 Pendekatan Pembelajaran Konsep Sains 18 2.3.1 Pendekatan Konstruktivisme 18 2.3.2 Pendekatan Kontekstual 19 2.4 Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Konsep 20 Fizik 2.4.1 Minat Terhadap Mata Pelajaran Fizik 20 2.4.2 Kemahiran Belajar 21 2.4.2.1 Kemahiran Mengurus Masa 21 2.4.2.2 Kemahiran Membuat Nota 22 2.4.2.3 Kemahiran Menghadapi Peperiksaan 23 2.5 Kajian dalam Negara 23

ix 2.6 Kajian luar Negara 26 2.7 Rumusan 27 3 METODOLOGI KAJIAN 28 3.1 Pendahuluan 28 3.2 Reka Bentuk Kajian 28 3.3 Responden Kajian 29 3.4 Instrumen Kajian 29 3.5 Tatacara Kajian 31 3.5.1 Kajian Rintis 32 3.5.2 Kajian Sebenar 32 3.6 Andaian Kajian 32 3.7 Analisis Data 33 3.8 Rumusan 35 4 ANALISIS DATA 36 4.1 Pendahuluan 36 4.2 Analisis Maklumat Diri Responden 36 4.2.1 Analisis Bilangan Responden Berdasarkan 37 PNGK 4.2.2 Analisis Bilangan Responden Berdasarkan 37 Tahun Pengajian 4.2.3 Analisis Bilangan Responden Berdasarkan Program Pengajian 38 4.3 Analisis Hubungan Antara Minat Terhadap Fizik 39 Dengan Amalan Kemahiran Belajar Fizik 4.4 Analisis Hubungan Antara Minat Terhadap Fizik 40 Dengan Tahap Penguasaan Konsep Fizik 4.5 Analisis Perbezaan Penguasaan Konsep Fizik Antara Pelajar Berdasarkan Program Pengajian 40

x 4.6 Analisis Perbezaan Penguasaan Konsep Fizik Antara 41 Pelajar Berdasarkan PNGK 4.7 Analisis Perbezaan Amalan Kemahiran Belajar Fizik 42 Antara Pelajar Berdasarkan Program Pengajian 4.8 Analisis Perbezaan Amalan Kemahiran Belajar Fizik 43 Antara Pelajar Berdasarkan PNGK 4.9 Rumusan 43 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 44 5.1 Pendahuluan 44 5.2 Hubungan Antara Minat Dengan KemahiranBelajar 44 5.3 Hubungan Antara Minat Dengan Penguasan Konsep Fizik 46 5.4 Perbezaan Penguasaan Konsep Fizik Antara 48 Berdasarkan Program Pengajian 5.5 Perbezaan Penguasaan Konsep Fizik Antara Pelajar 49 Berdasarkan PNGK 5.6 Perbezaan Amalan Kemahiran Belajar Fizik Antara 50 Pelajar Berdasarkan Program Pengajian 5.7 Perbezaan Amalan Kemahiran Belajar Fizik Antara 51 Pelajar Berdasarkan PNGK 5.8 Kesimpulan Kajian 53 5.9 Cadangan 54 5.10 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 55 5.11 Rumusan 56 6 RUJUKAN 57 LAMPIRAN

xi SENARAI JADUAL No. Jadual Tajuk Halaman 1.1 Ringkasan pecahan jumlah kredit mengikut komponen 5 bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) 1.2 Ringkasan pecahan jumlah kredit mengikut komponen 6 bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan) 3.1 Pecahan item bagi setiap aspek 31 3.2 Min skor kemahiran belajar Fizik 33 3.3 Min markah bagi tahap penguasaan konsep Fizik 34 3.4 Interpretasi kekuatan perkaitan Ujian Korelasi Pearson 34 4.1 Bilangan responden berdasarkan PNGK terkini 37 4.2 Bilangan responden berdasarkan tahun pengajian 38 4.3 Bilangan responden berdasarkan program pengajian 39 4.4 Nilai Pekali Korelasi Pearson antara minat terhadap 39 fizik dengan kemahiran belajar fizik 4.5 Nilai Pekali Korelasi Pearson antara minat terhadap 40 fizik dengan tahap penguasaan fizik 4.6 Nilai ujian t untuk perbezaan penguasaan konsep fizik 41 antara pelajar berdasarkan program pengajian 4.7 Nilai ujian t untuk perbezaan penguasaan konsep fizik 41 antara pelajar berdasarkan PNGK 4.8 Nilai Ujian t untuk perbezaan kemahiran belajar fizik antara pelajar berdasarkan program pengajian 42

xii 4.9 Nilai Ujian t untuk perbezaan kemahiran belajar fizik antara pelajar berdasarkan PNGK 43

xiii SENARAI SINGKATAN % - Peratus IPT PNGK SPSS SPF SSD UTM - Institusi Pengajian Tinggi - Purata Nilai Gred Keseluruhan - Statistical Package for the Social Sciences - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) - Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan) - Universiti Teknologi Malaysia

xiv SENARAI LAMPIRAN: LAMPIRAN TAJUK A. Surat Pengesahan Soal selidik B. Surat Memohon Bilangan Pelajar C. Borang Soal Selidik

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sains sememangnya tidak asing lagi dalam masyarakat dunia umumnya dan rakyat Malaysia khususnya. Ini ditambah lagi dengan pembangunan negara yang berkonsepkan sains dan teknologi. Namun begitu, adakah kita tahu apa itu sains? Menurut Abu Hassan, (2003) sains merangkumi bidang pengetahuan yang berkaitan dengan sebatian, kehidupan dan alam yang dikaji secara bersistem, dengan menggunakan kaedah saintifik. Dengan kata lain, sains melibatkan ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau boleh dibuktikan kebenarannya. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa sains adalah bertujuan untuk membolehkan manusia memahami semua perkara dan fenomena yang berada serta berlaku di sekeliling kita. Pada zaman sekarang kita boleh lihat bagaimana masyarakat mula menyanjung sains. Institusi pendidikan mula menerapkan sains dalam silibus sekolah rendah berbanding dahulu di mana sains hanya mula dipelajari di peringkat sekolah menengah. Kolej dan universiti yang menawarkan bidang pengajian sains juga tumbuh bak cendawan. Malah bidang ini terbahagi lagi kepada beberapa bahagian seperti sains tulen, sains sosial, sains kejuruteraan, sains geomatik dan

2 lain-lain. Ini ditambah lagi dengan sambutan daripada orang ramai yang lebih berminat mengikuti pengajian sains berbanding pengajian-pengajian yang lain. Peluang pekerjaan dalam bidang sains juga semakin hari semakin bertambah. Boleh dikatakan semua syarikat yang menjalankan perniagaan pengeluaran memerlukan ahli-ahli sains dalam bidang Kajian dan Pembangunan atau lebih dikenali sebagai R&D (Research and Development). Jurutera-jurutera juga semakin banyak diperlukan bagi membantu proses pengeluaran lebih berkualiti seterusnya membantu negara untuk membangun. Oleh yang demikian, pendidikan sains telah diperkenalkan sejak di sekolah rendah lagi bagi melahirkan masyarakat yang mahir dalam bidang sains. Pendidikan sains merupakan bidang yang meliputi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Pada dasarnya sains boleh dikategorikan kepada tiga bahagian utama iaitu Kimia, Biologi dan Fizik. Mata pelajaran Fizik adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kefahaman dan pemahaman tentang fizik dan kemahiran sainstifik. Pengetahuan asas fizik dan kemahiran asas sains telah diperkenalkan di tingkatan satu hingga tingkatan tiga dalam mata pelajaran Sains. Selain itu, pada masa sekarang pendidikan sains telah diterapkan sejak di sekolah rendah lagi. Manakala di Tingkatan 4 dan 5 pelajar akan mempelajari mata pelajaran Fizik secara khusus bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajarannya dalam bidang sains pada peringkat yang lebih tinggi. Kandungan mata pelajaran Fizik memberi tumpuan kepada pemahaman tentang fizik sebagai satu bidang keilmuan yang melibatkan kajian empirik tentang fenomena alam khususnya yang berkaitan dengan struktur,ciri-ciri dan sifat fizik jirim, kajian tentang tenaga serta perkaitan antara kuantiti fizik dengan kuantiti fizik yang lain. Di samping itu, penggunaan dan implikasi sains dan teknologi terhadap manusia dan alam sekitar juga diberi penekanan. (Lilia et. al 2002)

3 1.2 Latar Belakang Masalah Secara umumnya, masih ramai yang berpendapat bahawa mata pelajaran Sains seperti fizik merupakan mata pelajaran yang susah. Tanggapan yang menganggap fizik sebagai satu bidang yang susah sudah bertaut lama dalam pemikiran pelajar mahu pun masyarakat. Dalam mempelajari konsep ilmu yang berkaitan fizik, ia memerlukan daya pemikiran dan penerimaan yang bukan sahaja setakat minat yang tinggi, malah juga tahap kematangan yang tinggi, daya pemikiran yang kreatif, imaginatif, kritikal dan sebagainya. Masalah dalam penguasaan konsep fizik bukan sahaja berlaku di peringkat sekolah, namun ia juga turut berlaku di peringkat pengajian tinggi. Menurut Zol Azlan (2000), pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains secara purata tidak menonjol baik pengajian di peringkat persekolahan mahupun pengajian di peringkat institut pengajian tinggi. Satu kajian telah dijalankan oleh T. Subahan (1999), mengenai kesediaan dalam mata pelajaran dalam kalangan pelajar yang baru hendak mengikut kursus Fizik di universiti tahun satu. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa hasil pencapaian ujian pengetahuan asas (yang dianggap pelajar telah menguasai sebelum masuk universiti) adalah rendah. Selain itu, kajian yang telah dibuat oleh Hestenes, Wells dan Swackhamer (1992) menunjukkan walaupun majoriti pelajar mengambil kursus major dalam Fizik di peringkat pengajian tinggi, tetapi tidak semua pelajar memahami konsep asas Fizik. 1.2.1 Universiti Teknologi Malaysia Universiti Teknologi Malaysia, (UTM) merupakan institut pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai jurusan seperti bidang kejuruteraan, pendidikan, sains, pengurusan dan sebagainya. Terdapat 13 fakulti di UTM. Antara fakulti yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan fizik adalah Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains. Walaupun kedua-dua fakulti ini menawarkan kursus yang berkaitan fizik, namun begitu, syarat kemasukan, bilangan jam kredit yang diambil sepanjang

4 pengajian dan mata pelajaran yang di ambil adalah berbeza. Perbezaan beberapa faktor ini mungkin menyebabkan terdapat tanggapan yang menyatakan bahawa mungkin terdapat perbezaan penguasaan konsep fizik antara pelajar di kedua fakulti ini 1.2.1.1 Fakulti Pendidikan Fakulti Pendidikan menawarkan pelbagai kursus pendidikan seperti fizik, kimia, sains sukan, kejuruteraan dan sebagainya. Program Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik),(SPF) merupakan salah satu kursus yang ditawarkan di fakulti pendidikan. Untuk memasuki program ini, bagi pelajar lepasan STPM dan setaraf, pelajar mestilah lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Fizik, lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam satu daripada mata pelajaran (Matematik T, Matematik Lanjutan, Kimia, Biologi) dan lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM. Selain itu, pelajar mestilah lulus temuduga yang dikendalikan oleh universiti. Tempoh pengajian program ini adalah empat tahun di mana setiap pelajar yang mengambil program ini hendaklah mengambil 123 jam kredit sepanjang tempoh pengajiannya. Ringkasan pecahan jumlah kredit mengikut komponen bagi program ini adalah seperti berikut:

5 Jadual 1.1: Ringkasan pecahan jumlah jam kredit mengikut komponen bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) Komponen Jumlah Jam Kredit Umum Universiti 16 Asas Pendidikan 15 Pendidikan Pengkhususuan 12 Teknologi Maklumat Dan Multimedia 4 Teras Program/Pengkhususan 62 Praktikum/Latihan Industri 8 Projek Sarjana Muda 6 Jumlah 123 (Panduan Akademik Fakulti Pendidikan,2006/2007) 1.2.1.2 Fakulti Sains Fakulti Sains menawarkan sepuluh program yang berkaitan dengan sains. Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan), (SSD) merupakan salah satu program yang berkaitan dengan bidang fizik. Syarat minima kemasukan untuk program ini bagi pelajar lepasan STPM dan setaraf adalah pelajar mestilah lulus sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) dalam mata pelajaran Fizik, lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua mata pelajaran (Matematik T, Matematik Lanjutan, Kimia, Biologi) dan lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM. Tempoh pengajian bagi program ini adalah tiga tahun di mana setiap pelajar dalam program ini perlu mengambil 105 jam kredit sepanjang pengajiannya. Ringkasan pecahan jumlah jam kredit mengikut komponen bagi program ini adalah seperti berikut:

6 Jadual 1.2; Ringkasan pecahan jumlah jam kredit mengikut komponen bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan) Komponen Jumlah Jam Kredit Teras Fakulti 6 Teras Program 73 Teras Elektif 10 Umum Universiti 8 Bahasa Inggeris 6 Kokurikulum 2 Jumlah 105 (Panduan Akademik Fakulti Sains, 2006/2007) 1.2.2 Faktor-Faktor Tahap Penguasaan Konsep Fizik Selain daripada faktor yang dibincangkan di atas, terdapat faktor-faktor lain yang mungkin boleh mempengaruhi tahap penguasaan konsep fizik dalam kalangan pelajar. Seperti yang kita tahu, pembelajaran di peringkat IPT adalah berbeza dengan pembelajaran di sekolah menengah. Di sekolah menengah guru sentiasa memberi tunjuk ajar serta nota secukupnya kepada pelajarnya dengan harapan supaya pelajarnya dapat memahami apa yang diajar. Namun di peringkat IPT, pelajar tidak sepatutnya hanya menerima apa yang diajar pensyarah di kelas tanpa mencari nota tambahan. Apabila seseorang pelajar itu melangkah ke alam IPT, mereka bermula dari permulaan kosong, tanpa mengira apa jua pencapaian yang telah mereka capai sebelum ini. Ini adalah kerana dunia pembelajaran yang bakal mereka lalui amat berbeza dan memerlukan persediaan, kebijaksanaan dan sangat bergantung kepada individu pelajar itu sendiri untuk mencapai kecemerlangan seterusnya tergolong dalam pelajar institut pengajian tinggi yang terbilang. Menjadi pelajar di peringkat

7 yang lebih tinggi memerlukan kita untuk mengetahui dan mengamalkan kemahiran belajar yang lebih sesuai jika dibandingkan di sekolah. (Fadzilah,2006) Kecemerlangan pelajar sering dikaitkan dengan pelbagai faktor yang dikatakan mempengaruhinya. Antaranya termasuklah keluarga, rakan, guru, persekitaran, status sosio ekonomi keluarga, jantina, personaliti pelajar itu sendiri dan sebagainya. Dalam kajian ini, penyelidik menetapkan untuk mengkaji dua faktor yang dijangkakan atau mungkin boleh mempengaruhi penguasaan konsep fizik dalam kalangan pelajar. 1.2.2.1 Minat Minat terhadap sesuatu perkara boleh mempengaruhi apa yang dilakukan oleh seseorang individu. Sekiranya seseorang itu melakukan sesuatu yang diminatinya, maka hasilnya adalah mungkin lebih baik jika dibandingkan melakukan perkara yang tidak diminati atau tidak disukainya. Begitu juga dengan minat pelajar terhadap perkara yang dipelajari. Minat seseorang pelajar terhadap pembelajaran boleh mempengaruhi kesediaan belajar. Seseorang pelajar yang mempunyai minat yang positif terhadap perkara yang dipelajari akan menumpukan perhatiannya terhadap perkara tersebut. Pelajar mungkin akan mengambil masa yang lebih untuk mempelajari perkara tersebut dengan lebih mendalam. Menurut Zol Azlan (2000), hampir setiap pelajar yang pada dasarnya tidak mempunyai minat yang mendalam terhadap ilmu sains akan mengatakan bahawa sains itu susah. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat pelajar IPT mengambil jurusan yang berkaitan sains kerana tiada pilihan lain walaupun mereka tidak minat terhadap sains. Namun begitu sejauh manakah minat dapat membantu pelajar dalam mempelajari mata pelajaran fizik dalam kalangan pelajar IPT? Adakah minat merupakan satu faktor yang penting dalam mempelajari Fizik?

8 1.2.2.2 Kemahiran Belajar Pembelajaran merupakan proses dalaman yang dialami oleh seseorang melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diterima dan membawa kepada perubahan kognitif dan tingkah laku seseorang. Manakala kemahiran belajar merupakan suatu cara atau strategi seseorang individu dalam memperoleh sesuatu perkara yang baru. Kemahiran belajar mungkin mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar dalam mempelajari sesuatu perkara. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh pelajar. Tetapi tidak ada bukti yang nyata mengenai kaedah yang paling berkesan untuk belajar. Menurut Tamby (1999), terdapat dua pendapat umum mengenai cara belajar. Pertama, mengatakan bahawa pelajar yang menghabiskan banyak masa untuk belajar akan memperoleh kejayaan yang lebih baik. Kedua, amalan kaedah belajar yang betul oleh pelajar menghasilkan keputusan yang baik. 1.3 Pernyataan Masalah Jika dinilai dari sudut logik, pelajar yang mengambil program major Fizik mestilah mempunyai tahap penguasaan konsep fizik yang tinggi. Persoalannya, adakah ini benar?. Justeru itu, penyelidik ingin mengkaji sama ada pelajar dari program major fizik iaitu SSD atau pelajar pendidikan, SPF yang mempunyai tahap penguasaan konsep fizik yang lebih tinggi. Sehubungan dengan itu, penyelidik juga ingin mengetahui sama ada minat terhadap fizik dan kemahiran belajar yang diamalkan mempengaruhi tahap penguasaan fizik mereka.

9 1.4 Objektif Kajian Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau beberapa faktor yang mempengaruhi penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Fizik dalam kalangan pelajar SSD dan pelajar SPF. Di antara objektif yang ingin ditinjau dalam kajian ini ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Mengkaji hubungan antara minat dengan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar SSD dan pelajar SPF. Mengkaji hubungan antara minat dan tahap penguasaan konsep fizik dalam kalangan pelajar SSD dan pelajar SPF. Mengkaji perbezaan penguasaan konsep fizik antara pelajar berdasarkan program pengajian. Mengkaji perbezaan tahap penguasaan konsep fizik antara pelajar berdasarkan PNGK. Mengkaji perbezaan amalan kemahiran belajar antara pelajar berdasarkan program pengajian. Mengkaji perbezaan amalan kemahiran belajar antara pelajar berdasarkan PNGK. 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, penyelidik ingin mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang timbul. Antara persoalan kajian adalah: (i) Adakah terdapat hubungan antara minat dengan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar SSD dan pelajar SPF.