AMALAN STRATEGI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA RINI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK.

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

"66O "8 '

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

NOORHASNI BINTI HASAN

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

Transcription:

AMALAN STRATEGI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA RINI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK. GAN SHIAU LI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL 2006

iii DEDIKASI Ditujukan Khas Untuk : emak dan ayah yang dikasihi di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kakak dan adik-adik yang memberi inspirasi secara langsung dan tidak langsung dalam perjuangan sepanjang program sarjana ini Tidak Ketinggalan : rakan-rakanku yang mendoakan kejayaanku Ee hoe, Sot Chen, Kim Mau, Siew Ling, Yean Fah, Wei Han, Agnes, Nik Diana Setiinggi-Tinggi Penghargaan Kepada : Dr. Azlina binti Mohd Kosnin

iv PENGHARGAAN Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Azlina binti Mohd Kosnin, selaku penyelia projek yang telah bersama-sama bertungkuslumus membantu, membimbing, menunjuk-ajar dan memberi motivasi demi motivasi sepanjang tempoh menyiapkan projek penyelidikan ini. Penulis juga ingin merakamkan terima kasih kepada guru-guru yang telah memberi kerjasama dan bantuan sepanjang tempoh pengedaran soal selidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor. Akhirnya, kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Sesungguhnya budi baik kalian amatlah bermakna buat diri ini. Terima kasih.

v ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan strategi pembelajaran di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Strategi pembelajaran yang dikaji ialah kaedah belajar dalam kumpulan, kaedah mencatat nota, pengurusan masa, kaedah membaca dan kemahiran di dalam kelas. Kajian ini melibatkan 95 orang pelajar tingkatan 4 yang mewakili keseluruhan populasi. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data-data yang dikumpul diproses dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Sciences Version 11.0 (SPSS 11.0) dan dinyatakan di dalam bentuk min, sisihan piawai dan kolerasi Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan kaedah belajar dalam kumpulan bagi pelajar-pelajar adalah pada tahap yang tinggi. Sementara dari segi kaedah mencatat nota, pengurusan masa, kaedah membaca dan kemahiran di dalam kelas pelajarpelajar adalah berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara strategi pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar (r = 0.10). Beberapa cadangan untuk mengatasi kelemahan dan cadangan kajian lanjutan telah dicadangkan.

vi ABSTRACT The purpose of this research was to identify the learning strategy and its relationship with academic achievement among the students from Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor. Learning strategy include group learning method, note taking method, time management, reading method and classroom skills. A set of questionnaire was given to 95 form 4 students. The data were collected, processed and analyzed using Statistical Package For Social Sciences Version 11.0 (SPSS 11.0) and the findings were presented in mean, standard deviation and Pearson Correlation. The results of the research show that the students have a high level of group learning. However, the students have moderate level of strategies related to note taking, time management, reading and classroom skills. The result also show that not significant relationship between learning strategies with academic achievement (r = 0.10). Several suggestions and ideas for further research were suggested in order to overcome the problems.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Batasan Kajian 7 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 Strategi Pembelajaran 8 1.8.2 Pencapaian Akademik 8 1.9 Penutup 8

viii BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 10 2.2 Teori Pembelajaran 10 2.3 Strategi-strategi Pembelajaran yang Dibincangkan Dalam Kajian 12 2.3.1 Kaedah belajar dalam kumpulan 12 2.3.2 Kaedah mencatat nota 13 2.3.3 Pengurusan masa 16 2.3.4 Kaedah membaca 17 2.3.5 Kemahiran di dalam kelas 19 2.4 Kajian-kajian Terdahulu 20 2.4.1 Kajian Strategi Pembelajaran Pelajar-Pelajar 21 2.4.2 Kajian Perkaitan Strategi Pembelajaran dan Pencapaian Akademik Pelajar-pelajar 24 2.5 Penutup 25 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 26 3.2 Rekabentuk Kajian 26 3.3 Populasi Kajian 27 3.4 Tempat Kajian 27 3.5 Instrumen Kajian 27 3.6 Kajian Rintis 29 3.7 Prosedur Kajian 30 3.8 Analisis Data 31 3.9 Penutup 33

ix BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 34 4.2 Analisis Bahagian A 35 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35 4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 35 4.2.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan PMR 36 4.3 Analisis Persoalan Kajian (Bahagian B) 38 4.3.1 Bagaimanakah Tahap Strategi Pembelajaran Pelajar-Pelajar Di Sekolah Menengah? 38 4.3.1.1 Kaedah Belajar Dalam Kumpulan 39 4.3.1.2 Kaedah Mencatat Nota 41 4.3.1.3 Pengurusan Masa 42 4.3.1.4 Kaedah Membaca 44 4.3.1.5 Kemahiran Di Dalam Kelas 46 4.3.2 Adakah Terdapat Perkaitan Antara Strategi Pembelajaran Pelajar-Pelajar Dengan Pencapaian Akademik? 48 4.4 Analisis Tambahan 48 4.4.1 Adakah Pelajar Berpendapat Bahawa Mereka Mempunyai Strategi Pembelajaran Yang Berkesan? 49 4.4.2 Adakah Pendapat Pelajar Mempunyai Perkaitan Dengan Strategi Pembelajaran Mereka? 49 4.5 Penutup 50 BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN 5.1 Pengenalan 51 5.2 Perbincangan Dan Rumusan 51

x 5.2.1 Tahap Strategi Pembelajaran Pelajar-Pelajar Di Sekolah Menengah 52 5.2.1.1 Kaedab Belajar Dalam Kumpulan 52 5.2.1.2 Kaedah Mencatat Nota 53 5.2.1.3 Pengurusan Masa 54 5.2.1.4 Kaedah Membaca 55 5.2.1.5 Kemahiran Di Dalam Kelas 56 5.2.2 Perkaitan Antara Strategi Pembelajaran Dan Pencapaian Akademik Pelajar 57 5.3 Implikasi Dan Cadangan Kajian 59 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 60 5.5 Penutup 60 RUJUKAN 61 LAMPIRAN Lampiran A-E 65-86

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Perbezaan amalan belajar antara pelajar yang berjaya dengan yang gagal 19 3.1 Skala Likert dengan markah skor 29 3.2 Taburan item mengikut strategi pembelajaran 29 3.3 Pengelasan min 32 3.4 Pengelasan semula skala 32 4.1 Taburan responden mengikut jantina 35 4.2 Taburan responden mengikut bangsa 36 4.3 Taburan responden mengikut keputusan PMR bagi tujuh mata pelajaran 38 4.4 Pengelasan min 39 4.5 Analisis kaedah belajar dalam kumpulan 40 4.6 Analisis kaedah mencatat nota 41 4.7 Analisis pengurusan masa 43

xii 4.8 Analisis kaedah membaca 45 4.9 Analisis kemahiran di dalam kelas 47 4.10 Perkaitan antara strategi pembelajaran dengan pencapaian akademik 48 4.11 Taburan responden berkenaan pendapat sama ada mereka mengetahui strategi pembelajaran yang berkesan atau tidak 49

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Model pemprosesan maklumat 11

xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set soal selidik 65-72 B Jadual peratusan dan frekuensi 73-82 C Pengesahan soalan soal selidik 83 D Surat kebenaran daripada BPPDP 84-85 E Surat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Johor 86

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Dalam masyarakat moden ini, pendidikan adalah penting untuk menyediakan masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan dan pembaharuan serta membuat pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk pembangunan masyarakat. Negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia amat menitikberatkan pembangunan dan perkembangan bidang pendidikan bagi memastikan rakyat mereka dilengkapi ilmu serta kemahiran terkini, sekali gus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi. Dalam usaha mencapai hasrat pembangunan serta menjadi sebuah negara maju melalui perindustrian pada tahun 2020, Malaysia mengalami perubahan dalam dimensi ekonomi dan sosial. Pendidikan telah memainkan peranan sebagai perantaraan bagi menangani impak pembangunan dan teknologi maklumat di Malaysia di samping mempertahankan tamadunnya dalam acuan yang tersendiri.

2 Sehubungan itu, pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perkembangan bermula dengan perubahan dari segi falsafah dan kurikulum sehinggalah kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran. Perubahan demi perubahan yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk memperbaiki pencapaian akademik pelajar-pelajar serta melahirkan masyarakat yang bersatu padu, jati diri dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Proses pembelajaran merupakan proses yang penting dalam kehidupan kita, khasnya dalam bidang pendidikan. Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Menurut pandangan ahli kognitif, Robert M. Gagne dalam bukunya The Condition of Learning mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan (Mok, 2000). Manakala aliran behaviouris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku, iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Kejayaan dalam pembelajaran bukan sahaja hasil daripada keupayaan dan kerajinan semata-mata tetapi juga hasil daripada keberkesanan kaedah belajar. Suatu kajian telah dilakukan di sebuah universiti di Kanada mendapati bahawa antara faktor yang menyebabkan pelajar berjaya ialah: menghadiri kuliah, membaca semua bahan rujukan, menyiapkan kerja rumah, meluangkan masa untuk belajar, kesihatan mental yang baik, bilangan kawan yang kecil untuk mengurangkan aktiviti sosial, mencatat nota, mendengar syarahan pensyarah dengan teliti, tidak suka berkhayal dan membuat persiapan bersungguh-sungguh apabila menghadapi peperiksaan (Sabri, 2003). Daripada kajian tersebut, didapati bahawa untuk mencapai kejayaan, strategi pembelajaran seseorang pelajar adalah penting.

3 Menurut Weinstein & Mayer (1986), perbezaan dalam strategi pembelajaran adalah berkaitan dengan perbezaan dalam pencapaian seseorang pelajar. Kulik dan rakan-rakannya menyatakan strategi pembelajaran yang berkesan boleh menghasilkan pembelajaran yang lebih baik. Ini boleh ditunjukkan melalui beberapa kajian di mana pelajar diajar menggunakan strategi pembelajaran yang lebih berkesan telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian (Weinstein, Alexander, Goetz, 1988). 1.2 Latar Belakang Masalah Proses pembelajaran merupakan proses yang penting dalam kehidupan kita, khasnya dalam bidang pendidikan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, memang tidak dapat dinafikan bahawa model pengajaran yang digunakan oleh guru adalah penting. Namun, strategi pembelajaran setiap pelajar juga memainkan peranan yang penting dalam pencapaian akademik. Menurut Sabri (2003) dalam bukunya Kemahiran Belajar Berkesan, sekumpulan pakar psikologi pembelajaran mendapati bahawa perbezaan antara individu dalam kapasiti kerja dan belajar dinilai dengan: 1. Kebijaksanaan dan kebolehan istimewa 50-60% 2. Rajin, usaha dan kaedah belajar yang efektif 30-40% 3. Peluang dan faktor-faktor persekitaran 10-15% Kebolehan adalah penting untuk berjaya dalam pendidikan di peringkat tinggi tetapi kebolehan semata-mata adalah tidak mencukupi. Ramai pelajar yang cerdik tetapi gagal terutamanya dalam mata pelajaran sains kerana mereka membuat kerja-kerja yang tidak sesuai ataupun tidak mengetahui bagaimana untuk belajar secara berkesan.

4 Kebolehan seseorang itu bukan diukur di kalangan mereka yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi sahaja. Pelajar yang bukan genius dan yang mempunyai darjah kecerdasan biasa seperti kebanyakan menikmati kejayaan yang dikehendaki dengan menggunakan teknik belajar yang berkesan. Perkara-perkara penting dalam kemahiran belajar adalah seperti teknik mengambil nota, teknik mengulang kaji, teknik mengingat, teknik membaca dan pengurusan masa harus dipelajari dan diamalkan tetapi hanya sedikit pelajar sahaja yang mendapat tunjuk ajar yang sistematik dalam perkara ini. Terdapat beberapa kajian lepas telah menyatakan bahawa kebanyakan pelajar-pelajar masih tidak mendapat bimbingan yang baik tentang teknik belajar yang berkesan. Sebagai contoh dalam kajian yang dijalankan oleh Chiam (1983) terhadap sekolah-sekolah luar bandar, mendapati bahawa 60.9% daripada pelajarpelajar menyedari bahawa kebiasaan belajar mereka tidak berkesan. Mereka biasanya menambah masa belajar untuk memperbaiki pencapaian masing-masing tetapi sering gagal dalam peperiksaan kerana kaedah yang digunakan tidak cekap dan tidak berkesan. Ini berbeza daripada remaja bandar yang berpendapat mereka tidak cukup belajar tetapi sebenarnya mereka telah menggunakan masa dengan aktiviti yang ada kaitannya dengan pelajaran mereka seperti menghadiri kelas bimbingan, menyiapkan kerja sekolah atau mengulangkaji (Siti Hawa Munji, 1987). Seterusnya kajian oleh Kamaruddin Kachar (1984) juga melaporkan bahawa sebanyak 76% pelajar luar bandar tidak mendapat bimbingan tentang teknik belajar yang berkesan seperti memahami pelajaran, mengingat fakta-fakta, menjawab soalan-soalan, meghuraikan konsep dan memberi pendapat tentang isu-isu penting. Sementara itu, terdapat 70% pelajar belajar selama purata 4 jam sehari semasa mereka di tingkatan VI dan usaha ini sia-sia sahaja kerana yang sebenarnya diperlukan ialah panduan teknik belajar yang berkesan (Siti Hawa, 1987).

5 Di sekolah menengah, peperiksaan SPM merupakan peristiwa penting bagi pelajar tingkatan 5 di alam sekolah. Oleh itu, pelajar memerlukan satu strategi pembelajaran yang bersistematik. Kecemerlangan pelajar adalah menjadi harapan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa, pihak sekolah dan ahli masyarakat. Pelajar yang memperolehi pencapaian yang rendah atau gagal tidak semestinya menunjukkan ia malas atau lembab, mungkin mereka tidak pernah diberi panduan, tunjuk ajar serta pendedahan tentang strategi dan kaedah belajar yang berkesan. Maka, pengetahuan tentang strategi pembelajaran yang berkesan adalah penting untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. 1.3 Pernyataan Masalah Menurut Sabri (2003), kejayaan dalam proses pembelajaran bukan sahaja hasil daripada keupayaan dan kerajinan semata-mata tetapi juga hasil daripada keberkesanan kaedah belajar. Namun mengikut kajian lepas yang telah dibincangkan dalam latar belakang masalah, masih terdapat ramai pelajar yang tidak mengetahui strategi pembelajaran yang berkesan. Kebanyakan pelajar bergantung kepada teknik-teknik belajar yang dipelajari di sekolah atau yang mereka peroleh daripada pemerhatian dan pengalaman. Sehubungan dengan itu, penyelidik membuat kajian ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tahap strategi pembelajaran yang ada pada pelajar-pelajar di sekolah menengah serta hubungannya dengan pencapaian akademik pelajarpelajar.

6 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan antara strategi pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor. Secara khususnya, objektif kajian adalah seperti berikut: (i) (ii) mengenalpasti strategi pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah menengah. mengenalpasti perkaitan antara strategi pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik. 1.5 Persoalan Kajian Berhubung dengan pernyataan masalah dan objektif kajian, berikut adalah beberapa persoalan kajian: (i) (ii) Bagaimanakah tahap strategi pembelajaran pelajar di sekolah menengah? Adakah terdapat perkaitan antara strategi pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik? 1.6 Kepentingan Kajian Melalui kajian yang dijalankan, penyelidik dapat mengkaji strategi pembelajaran pelajar-pelajar dari segi kaedah belajar dalam kumpulan, kaedah mencatat nota, pengurusan masa, kemahiran di dalam kelas dan kaedah membaca