TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS) RUGAYAH BINTI AZIZ Universiti Teknologi Malaysia
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS) SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya: RUGAYAH BINTI AZIZ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat tetap: NO 4, JLN KMP 1/7, KOTA MALIM PRIMA, TG MALIM, PERAK. Tarikh : 24.8.2008 (TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penyelia: PM. DR. SETH BIN SULAIMAN Tarikh: 24.8.2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains). Tandatangan :... Nama Penyelia :PM. DR. SETH BIN SULAIMAN Tarikh :...28.4.2008...
i TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS, MEMBUAT HIPOTESIS DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS) RUGAYAH BINTI AZIZ Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia April, 2008
ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya. Tandatangan :...... Nama Penulis :RUGAYAH BINTI AZIZ Tarikh :...28.4.2008...
iii DEDIKASI Buat suami, anak-anak, mak dan abah Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan...
iv PENGHARGAAN Assalamualaikum, Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu PM. Dr. Seth Sulaiman atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Terima kasih juga diucapkan buat Fakulti Pendidikan dan pihak perpustakaan kerana telah menyediakan sumber-sumber yang dapat membantu saya mendapatkan bahanbahan berkaitan untuk menyelesaikan Projek Sarjana Muda ini. Tidak dilupakan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelajar-pelajar 4 SPN Ijazah Sarjana Muda sains serta Pendidikan (Sains) kerana telah menjadi responden dalam kajian saya ini. Juga yang terakhir buat pihak yang terlibat membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung.
v ABSTRAK Kemahiran Proses Sains (KPS) merupakan satu kemahiran penting dalam mempelajari Sains. KPS membantu pelajar menguasai ilmu Sains dengan lebih baik. Jadi kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) (SPN) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam kemahiran membuat inferens, membuat hipotesis dan mentafsir data. Responden kajian terdiri daripada 55 orang pelajar Perdana dan pelajar PKPG Tahun Empat SPN UTM. Instrumen kajian dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains (UPTPKPS) yang mengandungi 35 item berbentuk soalan objektif. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Perisian statistical Packages For social science for Windows (SPSS) versi 11.5. Hasil analisis dipersembahkan dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum, minimum dan peratusan. Kebolehpercayaan instrumen kajian dengan nilai Alpha Cronbach (α) adalah memuaskan iaitu bernilai.83. Tahap kemahiran proses sains yang dipilih pada keseluruhannya adalah baik dengan min ialah 24.7 dari markah maksimum 35 dan peratusan min sebanyak 70.66%. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penguasaan pelajar merentasi program pengajian.
vi ABSTRACT Science Process Skills are important skills required in the learning of science. The skills help students understand science better. The study was carried out to determine the level of science process skills of undergraduate science education students at UTM. Only three SPS were selected namely making inference, making hypothesis and interpreting data. The population consists of 55 final year science education students (4 SPN) both for mainstream and for PKPG. The instrument consist of 35 objective questions and is named UPTPKPS which tested three aspect of SPS namely Making inference, Making Hypothesis and Interpreting Data. The data was analyzed using SPSS PC version 11.5. The reliability coefficient was find to be α =.83. The level of SPS was find to be good with the mean score is 24.7 out of maximum mark 35 and the percentage of mean is 70.66%. There was no significant difference in the level of SPS between the mainstreem students and PKPG students.
vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN MUKA SURAT i ii iii iv v vi vii SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN x xii xiii 1 PENGENALAN 1 1.0 Pendahuluan 1 1.1 Latar Belakang Masalah 2 1.2 Penyataan Masalah 3 1.3 Objektif Kajian 4 1.4 Persoalan Kajian 4 1.5 Kepentingan Kajian 5
viii 1.6 Skop Kajian 5 1.7 Batasan Kajian 6 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 Tahap Penguasaan 7 1.8.2 Kemahiran Membuat Inferens 7 1.8.3 Kemahiran Mentafsir Data 8 1.8.4 Kemahiran Membuat Hipotesis 8 1.8.5 Kemahiran Proses Sains 8 1.9 Rumusan 9 2 SOROTAN PENULISAN 10 2.0 Pendahuluan 10 2.1 Teori-Teori Berkaitan dengan Kemahiran Proses Sains 10 2.1.1 Kemahiran Membina Hipotesis 11 2.1.2 Kemahiran Membuat Inferens 11 2.1.3 Kemahiran Mentafsir Data 12 2.2 Kajian-Kajian Yang Berkaitan Kemahiran Proses Sains 13 2.3 Rumusan 22 3 METODOLOGI KAJIAN 24 3.0 Pendahuluan 24 3.1 Rekabentuk Kajian 24 3.2 Sampel Kajian 25
ix 3.3 Alat Kajian 25 34 Tatacara Kajian 26 3.4.1 Kajian Rintis 27 3.4.2 Kajian Sebenar 27 3.5 Analisis Data 28 3.6 Rumusan 30 4 DAPATAN KAJIAN 32 4.0 Pendahuluan 32 4.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat inferens, Membuat Hipotesis dan Mentafsir Data 32 4.2 Tahap penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis, Membuat Inferens dan Kemahiran Mentafsir Data Merentas program pengajian 33 4.3 Perbezaan min dalam kemahiran proses sains antara Pelajar Perdana dengan Pelajar PKPG 35 4.4 Rumusan 36 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 37 5.0 Pendahuluan 37 5.1 Ringkasan dan Perbincangan 37 5.1.1 Tahap Penguasaan Kemahiran membuat Inferens, Membuat Hipotesis dan mentafsir Data 38 5.1.2 Tahap Penguasaan kemahiran Membuat Hipotesis, Membuat inferens dan mentafsir Data Merentas Program Pengajian 41
x 5.1.3 Perbezaan yang Signifikan dalam Kemahiran proses sains antara pelajar Perdana dengan pelajar PKPG 43 5.2 Kesimpulan 43 5.3 Implikasi 44 5.3.1 Fakulti Pendidkan 45 5.3.2 UTM 46 5.3.3 Institusi Perguruan 46 5.3.4 Negara 47 5.4 Cadangan 47 5.5 Cadangan kajian Masa Depan 49 5.6 Rumusan 50 RUJUKAN 51 SENARAI JADUAL NO TAJUK MUKA JADUAL SURAT 3.1 Item kemahiran membuat inferens, kemahiran membuat hipotesis dan kemahiran mentafsirkan data 26 3.2 Jadual Pemeringkatan Bagi Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat Inferens, Membuat Hipotesis 29 dan Mentafsir Data
xi 3.3 Jadual pemeringkatan Bagi Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat Inferens 29 3.4 Jadual pemeringkatan Bagi Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis 30 3.5 Jadual pemeringkatan Bagi Tahap Penguasaan Kemahiran Mentafsir Data 30 4.1 Analisis Statistik Deskriftif Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat inferens, Membuat Hipotesis dan Mentafsir Data 33 4.2 Analisis statistic Deskriftif Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis, membuat Inferens dan Mentafsir Data merentas Program Pengajian 34
xii SENARAI SINGKATAN DBP KBSR KBSM KPS KPSS MPTI PKPG SPN SPSS UPSR UTM Dewan Bahasa Pustaka Kurikulum Baru Sekolah Rendah Kurikulum Baru Sekolah Menengah Kemahiran Proses Sains Kemahiran Proses Sains Bersepadu Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Program Khas Pengsiswazahan Guru Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) Statistical Package for Social Science Ujian Penilaian Sekolah Rendah Universiti Teknologi Malaysia
xiii SENARAI LAMPIRAN Lampiran A 53 Lampiran B 70 Lampiran C 72
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi di masa hadapan. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk menguruskan alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketrampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Dalam konteks pengajaran-pembelajaran sains, pengetahuan mengenai isi pelajaran mata pelajaran merujuk kepada pengetahuan tentang konsep sains dan kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif) yang terkandung dalam sukatan pelajaran sains sekolah rendah manakala pengetahuan isi pelajaran pedagogi pula merujuk kepada pengetahuan dan penghayatan tentang strategi
2 pengajaran-pembelajaran sains yang berasaskan Model Konstruktivisme (Constructivism). Di samping itu, proses pengajaran-pembelajaran merujuk kepada jenis aktiviti pengajaran-pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan, pendekatan dan strategi pengajaran-pembelajaran sains yang digunakan semasa menyampaikan pengetahuan konsep sains dan memupuk kemahiran saintifik, penggunaan bahan bantu mengajar, teknik penyoalan, ketepatan isi pelajaran yang disampaikan, tahap keyakinan guru semasa menyampaikan pengetahuan konsep sains dan aspek-aspek lain yang berkaitan. 1.1 Latarbelakang Masalah Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Kurikulum ini digubal berdasarkan penguasaan kemahiran dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran. Antara objektif kurikulum sains sekolah rendah adalah menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri penemuan. (Pusat Perkembangan Kurikulum Sains, 2003) Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut. Jadi di sini sangat penting dan perlunya bagi seorang guru sains tersebut memahami dengan sejelasnya sesuatu konsep sains sebelum mengajar kepada murid. Inilah perkara yang cuba dikaji oleh penyelidik. Masalah guru-guru yang akan mengajar mata pelajaran sains ini. Responden yang akan dikaji oleh penyelidik merupakan bekas guru yang pernah mengajar di sekolah rendah dan menyambung pengajian dalam bidang sains di UTM dan juga pelajar perdana yang tidak mempunyai pengalaman mengajar. Sebahagian daripada responden ini tidak pernah mengajar mata
3 pelajaran sains sebelum ini. Terdapat juga responden yang tidak pernah mengambil mata pelajaran sains tulen semasa mereka belajar dahulu. Ada juga sebahagiannya yang bukan dari opsyen sains semasa di mereka belajar di maktab. Pengalaman guru ini mungkin memberikan mereka keyakinan untuk menangani persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh murid secara umum tetapi bukan soalan spesifik yang berkaitan dengan konsep-konsep sains.. Adalah agak sukar bagi mereka memikirkan alternatif untuk mengajar konsep-konsep sains jika mereka tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bidang sains. Begitu juga dengan pelajar perdana yang tiada pengalaman mengajar langsung, hanya berasas pengalaman ketika mereka belajar. Dalam kemhiran proses sains, murid dibolehkan mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahirannya merupakan kemahiran yang mudah kepada yang kompleks. Jadi sangat jelaslah bahawa guru sangat berperanan untuk membimbing dan menunjuk ajar pelajar dalam menguasai kemahiran proses sains tersebut. 1.2 Pernyataan Masalah Berhubung dengan masalah yang dinyatakan di atas, penyelidik memfokuskan kajian ini kepada tahap penguasaan kemahiran membuat inferens, kemahiran membuat hipotesis dan kemahiran mentafsirkan data dalam kalangan pelajar tahun empat program pendidikan sains UTM. Ini adalah kerana pelajar biasanya menghadapi masalah untuk membezakan antara kemahiran membuat inferens dan membuat hipotesis. Begitu juga soalan yang melibatkan data sukar untuk ditafsirkan oleh pelajar. Manakala pelajar tahun empat dipilih kerana pelajar-pelajar SPN tahun empat sahaja yang mempunyai dua kategori pelajar iaitu pelajar Perdana dan Pelajar PKPG.
4 1.3 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut: a. Untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membuat inferens, membuat hipotesis dan mentafsir data dalam kalangan pelajar tahun empat program pendidikan sains UTM b. Untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membuat inferens, membuat hipotesis dan mentafsir data dalam kalangan pelajar tahun empat program pendidikan sains UTM merentas program pengajian c. Untuk menentukan sama ada wujud perbezaan yang signifikan dalam kemahiran proses sains di antara pelajar Perdana dengan pelajar PKPG 1.4 Persoalan Kajian Persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut: a. Apakah tahap penguasaan kemahiran membuat inferens,membuat hipotesis dan mentafsir data dalam kalangan pelajar tahun empat program pendidikan sains UTM? b. Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis, membuat inferens dan kemahiran mentafsir data pelajar tahun empat program pendidikan sains UTM merentas program pengajian? c. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran proses sains di antara pelajar Perdana dengan pelajar PKPG?