PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

"66O "8 '

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

Faculty Of Information and Communication Technology

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

NOORHASNI BINTI HASAN

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Transcription:

i PEMBELAJARAN KIMIA KBSM MELALUI AKTIVITI AMALI KALAIVALLI KALIAPPAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan ( Kimia ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia March, 2004

ii "Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan ( Kimia ). Tandatangan :. Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ABU HASSAN BIN KASSIM Tarikh :.

iii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :. Nama Penulis : KALAIVALLI KALIAPPAN Tarikh :.

iv Specially dedicated to: my beloved parents, Mr.Kaliappan and Mrs.Muniamah my dear Ganesh Subramaniam my loving sisters Sagthi Subramaniam, Usha Kathiresan, Parameswari Murugan my loving brother Sivakumaran and the sweets little flowers Thivyashini, Saarwin, Mayshni, Ghowin Henesh, my loving friends Navanitha, Yogarajen, Muthukumaran, Arasi for all the love, support and continuous prayer to complete this work. All of you are such a blessing for me"

v PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Tuhan yang maha esa dan di atas limpah kurnianya, saya dapat menyiapkan projek sarjana muda ini Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tujukan buat PM Dr. Abu Hassan Bin Kassim, selaku penyelia projek sarjana muda yang telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat, motivasi dan komen-komen membina yang banyak membantu saya dalam menulis projek ini. Jutaan terima kasih ditujukan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor atas kesudian memberi kebenaran untuk menjalankan kajian. Tidak lupa kepada pihak sekolah, pengetua, guru-guru kimia dan pelajar-pelajar tingkatan empat yang telah banyak membantu untuk dapatkan data kajian. Penghargaan ini turut ditujukan kepada rakan-rakan yang telah memberi idea dan sokongan yang tidak terhingga semasa saya menghadapi masalah. Akhir sekali kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih di atas segala budi baik yang kalian berikan.

vi ABSTRAK Pembelajaran kimia melalui aktiviti amali sangat ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun timbul beberapa persoalan terhadap pelaksanaan aktiviti amali kimia. Antaranya, apakah persepsi pelajar terhadap aktiviti amali kimia? Adakah guru memainkan peranan mereka dalam mengendalikan aktiviti amali selaras dengan keperluan kimia KBSM dan sejauh manakah keadaan makmal selamat dan kondusif untuk menjalankan aktiviti amali. Maka, satu kajian bertujuan meninjau pembelajaran kimia melalui aktiviti amali telah dijalankan. Aspek yang dikaji berkaiatan dengan persepsi pelajar terhadap aktiviti amali kimia, menganalisis peranan yang dimainkan oleh guru dalam mengendalikan aktiviti amali serta meninjau kemudahan yang disediakan untuk menjalankan aktiviti amali. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian, Bahagian A merangkumi latar belakang responden dan Bahagian B melibatkan aspek kajian. Seramai 108 orang responden telah dipilih secara rawak kelompok di tiga buah di daerah Kota Tinggi, Johor. Data dianalisis secara manual untuk mendapat kekerapan, peratusan kekerapan dan mod.. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga aspek utama yang dikaji berada pada tahap baik. Batasan kajian, implikasi kajian dan cadangan kajian lanjutan untuk mempertingkatkan aktiviti amali turut disertakan.

vii ABSTRACT This study is carried out to observe the learning of chemistry via laboratory practices. The focal point that is being highlighted in this research paper is student s perception about laboratory practices, analyze the role of teacher in conducting laboratory practices, and to observe whether the related facilities are safe and conducive. The instrument used for this research is a questionnaire that contains two parts. The first part A, regarding the respondents back ground, while the second part B, to examine on the student s perception. About 108 respondents were randomly selected from three schools in Kota Tinggi district, Johor. Data was analyzed manually and the frequency, frequency percentage and were calculated. The results indicates that the three important aspects being studied in this research are at good level. The limitations of the study, implications and suggestions for further research work to enhance laboratory practices were discussed.

viii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL i ii iv v vi vii viii xii BAHAGIAN SATU BAB I BAB I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Kepentingan Kajian 6 1.6 Skop Kajian 7 1.7 Batasan Kajian 7 1.8 Definisi Istilah 8

ix BAHAGIAN DUA BAB II BAB II SOROTAN PENULISAN 9 2.1 Pengenalan 9 2.2 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 10 2.3 Amali Kimia KBSM 12 2.4 Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran Amali Kimia 13 2.5 Taksonomi Proses Kerja Amali 15 2.6 Peranan Guru Dalam Mata Pelajaran Kimia 15 2.7 Teknik Pengendalian Aktiviti Amali 18 2.7.1 Peringkat Perancangan 18 2.7.2 Peringkat Pelaksanaan 19 2.8 Peranan Makmal Dalam Pembelajaran Kimia 20 2.8.1 Keselamatan Makmal 21 2.8.2 Peraturan Am Makmal 22 2.8.3 Tanda-Tanda Amaran 22 2.8.4 Alat Pemadam Api 22 2.8.5 Peti Pertolongan Cemas 23 2.9 Alat Radas Dan Peralatan Kimia 23 BAHAGIAN TIGA BAB III BAB III METODOLOGI KAJIAN 25 3.1 Pengenalan 25 3.2 Reka Bentuk Kajian 25 3.3 Instrumen Kajian 26

x 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 27 3.5 Prosedur Kajian 27 3.6 Kajian Rintis 28 3.7 Analisis Data 29 BAHAGIAN EMPAT BAB IV BAB IV ANALISIS DATA & PERBINCANGAN 30 4.1 Pengenalan 30 4.2 Analisis Data 30 4.2.1 Latar Belakang Responden 31 4.2.2 Aspek Kajian 31 4.3 Perbincangan Hasil 34 4.3.2.1 Aspek Pelajar 34 4.3.2.2 Aspek Guru 37 4.3.2.3 Aspek Kemudahan 39 BAHAGIAN LIMA BAB V BAB V KESIMPULAN, IMPLIKASI KAJIAN & 42 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN 5.1 Pengenalan 42 5.2 Kesimpulan 42 5.2.1 Aspek Pelajar 43 5.2.2 Aspek Guru 43 5.2.3 Aspek Kemudahan 43 5.3 Implikasi Kajian 44

xi 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 45 BAHAGIAN ENAM RUJUKAN RUJUKAN 46 LAMPIRAN BAHAGIAN TUJUH

xii SENARAI JADUAL JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran KBSM 13 2.2 Objektif kerja amali 12 3.1 Taburan item mengikut aspek 11 3.2 Skala penilaian 16 4.1 Latar belakang responden 90 4.2 Kekerapan dan peratus kekerapan respon pelajar terhadap aspek kajian

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan dan pencapaian dalam bidang sains berlaku dengan sangat pesat, terutama di negara-negara maju. Perkembangan dalam bidang sains secara global telah mempengaruhi bidang pendidikan di negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Di Malaysia pendidikan sains di sekolah telah diperkenalkan sejak dari enam dekad yang lalu. Pada peringkat awal, pengajaran sains di sekolah hanya menitikberatkan perkembangan aspek kognitif sahaja. Segala maklumat berkaitan dengan sains disalurkan kepada pelajar oleh guru. Pelajar hanya menerima maklumat yang disampaikan tanpa banyak persoalan (Carin, 1975). Kerja amali dilaksanakan hanya untuk mengesahkan fakta dan menguji kebenaran teori yang dipelajari dalam bilik darjah (Abu Hassan, 1999a). Aktiviti amali hanya memberi peluang kepada pelajar mengembangkan kemahiran manipulatif mereka. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat Malaysia juga perlu berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara yang berfikiran kritis, kreatif dan berketrampilan di mana mengamalkan budaya sains dan teknologi.

2 Sains adalah satu bidang ilmu pengetahuan, di mana membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan pelajar memahami alam di sekeliling mereka. Sains sebagai proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah, di samping memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar, melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Menyedari kepentingan sains dari segi sosial dan ekonomi, pendidikan sains telah mengalami perubahan dan perkembangan yang pesat. Di Malaysia, kurikulum sains telah mengalami reformasi pendidikan pada akhir tahun 1960-an. Hasil reformasi melaksanakan Kurikulum Sains Paduan pada tahun 1969, untuk peringkat sekolah menengah rendah, Kurikulum Sains Tulen (Biologi, Fizik, Kimia) pada tahun 1972 untuk peringkat sekolah menengah atas dan Kurikulum Rampaian Sains Moden pada tahun 1974 untuk pelajar aliran sastera. Bagi mempertingkatkan lagi tahap pendidikan sains, KBSM mula digubal pada tahun 1980 selaras dengan cadangan yang dibuat dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dan dilaksanakan pada tahun 1989 (Abu Hassan, 1999b). Pada tahun 1999 KBSM bagi mata pelajaran kimia tingkatan empat telah disemak semula menjadi Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dan telah dilaksanakan pada tahun 2002. Perubahan dalam kurikulum sains bertujuan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan sains dengan cara: i ii iii Mengemaskini kandungan sains dan menggunakan bahan tempatan di mana sesuai Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan inkuiri dan penemuan dengan pelajar. Kefahaman konseptual dan penggunaan kepada situasi kehidupan sebenar ( Tamby Subahan, 1987)

3 1.2 Latar Belakang Masalah Perkembangan awal amali sains bermula di England dengan tertubuhnya Jabatan Sains Dan Sastera (Gee dan Clackson, 1992). Makmal sains telah dibina dan dilengkapi dengan segala kemudahan walaupun demonstrasi sahaja dijalankan untuk mengesahkan sesuatu teori atau fakta. Kaedah saintifik tidak boleh diajar secara kuliah atau melalui teknik demonstrasi. Pelajar perlu melakukan eksperimen dengan sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sains atau penyelidik Pelajar yang didedahkan dengan kerja amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dapat mencapai keputusan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang jarang didedahkan kepada kerja amali (Patricia,1996). Kerja amali memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan sains tetapi cara pelaksanaan yang dilakukan tidak menggambarkan kepentingannya. Konsep asas sains yang dimiliki oleh pelajar adalah terlalu kabur dan samar. Di Malaysia, Kurikulum Kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini. Kurikulum yang sedia ada telah disemak semula untuk memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Dengan adanya satu kurikulum yang boleh dijadikan panduan dapat mendidik pelajar untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, bijaksana serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Matlamat pendidikan sains di seluruh Malaysia adalah untuk melahirkan rakyat yang berpengetahuan sains serta memahami keperluan sains dalam kehidupan harian. Pada dasar, Kimia KBSM bertujuan untuk melatih pelajar menyelesaikan masalah melalui aktiviti penyiasatan; dengan ini mereka dapat mengembangkan kemahiran berfikir serta kemahiran saintifik. Melalui pendidikan kimia diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni. Kimia KBSM juga memberi penekanan untuk melatih pelajar supaya boleh membuat keputusan yang bijaksana dan mengenal diri sebagai insan yang diamanahkan untuk mengurus alam dengan penuh tanggungjawab, demi kesejahteraan hidup manusia sejagat.

4 Selaras dengan hasrat KBSM, strategi pengajaran dan pembelajaran sains memberi penekanan kepada kesepaduan antara pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupukkan nilai-nilai murni. Strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran kimia berteraskan kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang mengutamakan pendekatan inkuiri dan penemuan. Bermakna segala aktiviti pembelajaran yang dirancang perlu melibatkan pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukkan pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif. Pembentukkan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan inkuiri dan penemuan bertujuan untuk membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran dengan berkesan. Mata pelajaran kimia yang berorientasikan aktiviti penyelidikan dan kerja amali sesuai dengan sifat displin kimia. Banyak kemahiran dapat diperolehi apabila pelajar melakukan aktiviti amali. Aktiviti amali melibatkan pelajar secara aktif untuk merancang, menjalan dan menilai aktiviti yang dilakukan serta menyelesaikan masalah melalui penyiasatan secara sistematik. Aktiviti dalam makmal merupakan aktiviti manipulasi yang amat penting untuk pemahaman konsep-konsep sains oleh pelajar. Keberkesanan sesuatu pengajaran sangat bergantung pada cara penyampaian guru. Cara pengajaran tradisional dalam bilik darjah memberikan sesuatu yang tidak tepat daripada apa yang sebenarnya terkandung dalam sains dan pengetahuan saintifik (Burbules dan Linn, 1992). Ramai di kalangan guru menganggap bahawa melakukan aktiviti amali secara kerap merupakan satu perkara yang berfaedah tanpa memikirkan tujuan atau hasil yang ingin dicapai daripada aktiviti tersebut. Walaubagaimanapun, hasil kajian menunjukkan banyak perkara dalam aktiviti amali hanya mengelirukan dan tidak mempunyai nilai yang sebenar (Hudson,1992). Guru memainkan peranan penting dalam memupuk minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Guru kimia, misalnya, boleh mendorong pelajar supaya berusaha dalam aktiviti amali dan latihan di dalam makmal. Dengan bantuan dan kaedah pengajaran yang menarik dan berkesan sudah pasti akan memupuk lebih ramai pelajar berminat terhadap mata pelajaran sains, khususnya kimia. Dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, para guru harus

5 meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti projek, lawatan, kajian kes, perbincangan dan simulasi untuk meluaskan pengalaman pembelajaran serta memperkukuhkan pemahaman pelajar. Guru harus dapat menghubungkaitkan aktiviti makmal dengan pengalaman hidup pelajar. Guru sebagai fasilitator atau pembimbing dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru merupakan sumber dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan bukan penyuap ilmu. Penggunaan laras bahasa yang bermutu dan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu diberi perhatian yang serius. Guru perlu memberi arahan yang jelas agar apa yang dilakukan oleh pelajar dapat dilaksanakan secara teratur dan memberikan hasil yang diharapkan dan berkesan (Abu Hassan & Meor Ibrahim, 2000). Tempat yang sesuai perlu ada bagi menjalankan aktiviti amali. Makmal sebagai tempat pelajar melakukan sebahagian aktiviti pembelajaran perlu lengkap, selamat dan kondusif (Hudson, op cit.). bagi memastikan pelajar dapat melakukan aktiviti pembelajaran dengan berkesan dan selamat di dalam makmal pelajar perlu mengetahui peraturan dan panduan keselamatan sebelum dan semasa berada di dalam makmal. Kecuaian pelajar boleh mengakibatkan kemalangan. Sehubungan dengan ini, suasana makmal perlu sentiasa berkeadaan bersih, selesa dan selamat. Semua peralatan perlu dapat berfungsi dengan baik dan selamat untuk digunakan. 1.3 Penyataan Masalah Bagi menjayakan pembelajaran kimia melalui aktiviti amali, pelajar perlu mempunyai sikap positif terhadap kerja amali. Guru juga hendaklah memainkan peranannya sebagai seorang pembimbing atau fasilitator dan memdorong pelajar mencari ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pengetahuan kimia akan diperolehi apabila pelajar menjalankan aktiviti amali. Makmal tersebut hendaklah dalam

6 keadaan yang selamat dan kondusif untuk digunakan. Walaubagaimanapun, persoalan yang timbul adalah seperti berikut: i. Apakah persepsi pelajar terhadap amali kimia? ii. iii. Adakah guru memainkan peranan mereka dalam mengendalikan aktiviti amali selaras dengan keperluan kimia KBSM? Sejauh manakah keadaan makmal untuk menjalankan aktiviti amali selamat dan kondusif 1.4 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk meninjau aktiviti pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kimia KBSM dengan memberi tumpuan kepada aktiviti amali. Secara khusus objektif kajian adalah untuk : i. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap aktiviti amali kimia di dalam makmal ii. Mengenal pasti peranan guru dalam mengendalikan aktiviti kimia dalam mata pelajaran kimia. iii. Meninjau kesesuaian makmal kimia untuk menjalankan aktiviti amali dari segi keselamatan dan kemudahan 1.5 Kepentingan Kajian Kajian ini diharap dapat membantu dan memberi manfaat kepada pihak tertentu seperti pelajar, guru, pihak sekolah dan pihak kementerian. Pelajar dapat menyedari kepentingan kerja amali. Di samping itu, hasil kajian ini diharap dapat

7 membantu para guru untuk merancang dan mengurus aktiviti amali dengan berkesan. Mereka dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah-masalah yang selalu timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran.perancangan yang teliti dapat memberi kesan positif kepada pelajar dan guru dan membantu mempertingkatkan penampilan guru kimia. Pihak sekolah dan pihak kementerian serta agensi-agensi kerajaan yang mempunyai kaitan secara langsung dalam pendidikan dapat memahami masalah yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia. Pihak atasan perlu berusaha mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia; khususnya aktiviti amali dari segi kemudahan bahan bantu mengajar, bahan kimia, alat radas yang sempurna dan alat keselamatan. Pihak atasan juga perlu berganding bahu dengan guru bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia. 1.6 Skop kajian Skop kajian ini melibatkan aspek pelajar, guru dan kemudahan dalam pelaksanaan aktiviti amali bagi mata pelajaran kimia. Kajian ini hanya tertumpu kepada persepsi pelajar, pandangan mereka terhadap peranan guru dalam mengendalikan aktiviti amali dan kesesuaian makmal dari segi keselamatan dan kemudahan untuk aktiviti tersebut. 1.7 Batasan Kajian Kajian ini hanya melibatkan 120 orang tingkatan empat aliran sains di tiga buah sekolah di bandar Kota Tinggi. Responden yang dipilih mengambil mata pelajaran kimia sebagai mata pelajaran elektif. Responden terbatas kepada pelajar tingkatan empat sahaja kerana mereka mempunyai pengalaman yang berbeza semasa berada dalam tingkatan menengah rendah.

8 1.8 Definisi Istilah Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini dibincang dalam bahagian berikut. 1.8.1 Persepsi Persepsi merujuk kepada tanggapan atau fahaman seseorang terhadap sesuatu perkara atau fenomena berdasarkan pengalaman dan kepercayaan serta nilai yang dipegang (Noraini,1996). Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza terhadap sesuatu perkara atau fenomena daripada individu lain. Dalam kajian ini, persepsi bermaksud tanggapan para pelajar terhadap kerja-kerja amali kimia yang mereka lakukan di dalam makmal. 1.8.2 Amali kimia Amali bermaksud pelaksanaan prinsip atau teori berasaskan pengalaman sebenar suatu ilmu pengetahuan (Noresah,1994). Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kimia KBSM, aktiviti amali adalah untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik bagi menyelesaikan masalah.