KEMAHIRAN ICT DAN BUDAYA PERKONGSIAN PENGETAHUAN DI SEKOLAH MENENGAH HAIZA BINTI MAHMUD

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

Faculty Of Information and Communication Technology

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU ASERTIF DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DALAM KALANGAN STAF SOKONGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) HAWA OMAR

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

"66O "8 '

Transcription:

KEMAHIRAN ICT DAN BUDAYA PERKONGSIAN PENGETAHUAN DI SEKOLAH MENENGAH HAIZA BINTI MAHMUD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia JUN 2013

ABSTRAK Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini dijalankan bagi melihat hubungan kemahiran ICT guru dan budaya perkongsian pengetahuan di sekolah menengah di Melaka. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada pengkaji terdahulu mengikut kesesuaian kajian dan tajuk yang dijalankan. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Alpha bagi kemahiran ICT adalah 0.915 dan nilai Alpha bagi budaya perkongsian pengetahuan adalah 0.921. Seramai 145 guru dipilih secara rawak sistematik dari lima buah sekolah menegah di Kawasan Tanjung, Melaka. Data-data dianalisis menggunakan aplikasi SPSS 20.0 bagi mendapatkan nilai min, sisihan piawai, ujian-t, ANOVA dan Kolerasi Spearmen. Hasil kajian menunjukkan kemahiran ICT dan budaya perkongsian pengetahuan guru-guru sekolah menengah berada pada tahap sederhana. Kajian ini turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam elemen-elemen kemahiran ICT dan juga dalam dimensi perkongsian pengetahuan berdasarkan jantina guru. Hubungan positif yang sederhana wujud di antara kemahiran ICT dan perkongsian pengetahuan guru di sekolah. Akhirnya, dicadangkan beberapa jenis latihan yang berkaitan dengan ICT bagi pemupukan budaya perkongsian pengetahuan di sekolah.

ABSTRACT Descriptive survey was conducted to examine the relationship between teachers' ICT skills and knowledge sharing culture in secondary schools in Malacca. This study uses a questionnaire adapted from previous researchers as appropriate study and research. The pilot study results indicate the value of Alpha for ICT skills is 0.915 and the value of Alpha for knowledge sharing culture is 0.921. A total of 145 randomly selected teachers systematically from five secondary schools in the Kawasan Tanjung, Malacca. The data were analyzed using SPSS 20.0 application for the mean, standard deviation, t-test, ANOVA, Correlation Spearmen. Results showed that ICT skills and knowledge sharing culture secondary school teachers is moderate. This study also showed no significant differences in the elements of ICT skills and also the gender dimensions of teacher knowledge sharing. Moderate positive relationship exists between ICT skills and knowledge sharing in schools. Finally, it was suggested that some kind of training related to ICT for fostering knowledge sharing culture in schools.

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL KAJIAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiv xv xvi 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar belakang masalah 3 1.3 Pernyataan masalah 5 1.4 Objektif kajian 7 1.5 Persoalan kajian 8 1.6 Hipotesis kajian 8 1.7 Rasional kajian 9 1.8 Kepentingan kajian 10 1.9 Skop dan Batasan kajian 11 1.10 Kerangka Konseptual kajian 12 1.11 Definisi kajian 13 1.11.1 Kemahiran ICT 13 1.11.2 Budaya Perkongsian Pengetahuan 13

1.12 Rumusan 14 2 KAJIAN LITERATUR 15 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran ICT 15 2.2.1 Kemahiran Asas Komputer 17 2.2.2 Penggunaan Sofware dan Hardware 18 2.2.3 Pengintegrasian ICT dalam pendidikan 18 2.3 Pengetahuan 19 2.3.1 Perkongsian Pengetahuan 22 2.3.2 Menerima dan menyampaikan maklumat 23 2.3.3.1 Mesyuarat 23 2.3.3.2 Latihan Dalam Perkhidmatan 24 2.3.3.3 Mentoring 24 2.3.3.4 Laman Sosial 24 2.3.3.5 Emel 25 2.4 Rumusan 26 3 METODOLOGI KAJIAN 27 3.l Pengenalan 27 3.2 Reka bentuk kajian 27 3.3 Persampelan 28 3.4 Instrumen kajian 29 3.5 Kajian rintis 30 3.6 Prosedur kajian 31 3.7 Kaedah Penganalisaan Data 32 3.8 Rumusan 35 4 ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Data Bahagian A: Latar belakang 36 responden 4.3 Analisis Data Bahagian B: Berdasarkan 39 persoalan kajian

4.3.1 Tahap kemahiran ICT guru-guru 40 di Sekolah Menengah 4.3.2 Tahap Budaya Perkongsian 44 Pengetahuan di Sekolah Menengah 4.4 Analisis Berdasarkan hipotesis kajian 49 4.4.1 Perbezaan tahap kemahiran ICT guru 50 dan budaya perkongsian pengetahuan berdasarkan jantina guru. 4.4.2 Perbezaan tahap kemahiran ICT guru 51 dan budaya perkongsian pengetahuan berdasarkan pengalaman mengajar guru 4.4.3 Hubungan tahap kemahiran ICT guru 52 dengan budaya perkongsian pengetahuan guru 4.5 Penutup 53 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 54 5.1 Pengenalan 54 5.2 Rumusan kajian 54 5.3 Perbincangan 56 5.3.1 Kemahiran ICT 56 5.3.2 Budaya Perkongsian Pengetahuan 57 5.3.3 Perbezaan Tahap Kemahiran ICT 58 dengan Budaya Perkongsian Pengetahuan berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar guru 5.3.4 Hubungan antara tahap kemahiran ICT 59 dengan budaya perkongsian pengetahuan 5.4 Implikasi dan Cadangan 59 5.4.1 Jabatan Pendidikan Negeri 59 5.4.2 Sekolah 60 5.5 Cadangan Tindakan 61 5.5.1 Cadangan Kajian Lanjutan 62

5.6 Penutup 63 RUJUKAN 64 LAMPIRAN A-C

SENARAI JADUAL NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT 3.1 Bilangan guru-guru di Sekolah Menengah Kawasan 28 Tanjung, Melaka. 3.2 Jadual Pembahagian Item-item Dalam Soalselidik 29 3.3 Nilai Alpha Reliability Dan Hasil Kajian Rintis 31 3.4 Jadual Penggunaan Statistik Dalam Menganalisis Data 32 Mengikut Persoalan Kajian. 3.5 Pembahagian Tahap Min 33 3.6 Tafsiran Keputusan Hipotesis 34 3.7 Nilai korelasi dan interprestasi daripada Rowntree 34 4.1 Bilangan dan Peratus responden mengikut jantina 37 4.2 Bilangan dan peratus responden mengikut umur 37 4.3 Bilangan dan peratus responden mengikut bangsa 38 4.4 Bilangan dan peratus responden mengikut pengkhususan 38 matapelajaran. 4.5 Bilangan dan peratus responden mengikut pengalaman 39 mengajar. 4.6 Purata Skor Min Elemen-elemen Kemahiran ICT 40 4.7 Aspek Kemahiran Komputer Asas 40 4.8 Aspek Penggunaan Software dan Hardware 41 4.9 Aspek Pengintegrasian ICT dalam pengajaran 42 4.10 Purata skor min dan sisihan piawai dimensi budaya 44 perkongsian pengetahuan 4.11 Dimensi Budaya Perkongsian Pengetahuan melalui 44 mesyuarat.

SENARAI JADUAL NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT 4.12 Dimensi Budaya perkongsian pengetahuan melalui 45 latihan dalam perkhidmatan 4.13 Dimensi Budaya perkongsian pengetahuan melalui 46 program Mentoring. 4.14 Dimensi Budaya perkongsian pengetahuan melalui 47 perbincangan tak formal 4.15 Dimensi Budaya perkongsian pengetahuan melalui 48 laman sosial. 4.16 Dimensi Budaya perkongsian pengetahuan melalui 49 Emel. 4.17 Analisis Ujian-t kemahiran ICT guru berdasarkan 50 faktor jantina guru 4.18 Analisis ujian-t budaya perkongsian pengetahuan 50 berdasarkan jantina guru. 4.19 Analisis ANOVA kemahiran ICT guru 51 berdasarkan pengalaman mengajar guru 4.20 Analisis ANOVA perbezaan budaya perkongsian 52 pengetahuan berdasarkan pengalaman mengajar guru 4.21 Kolerasi Spearmen antara tahap kemahiran ICT dengan 52 budaya perkongsian pengetahuan

SENARAI RAJAH NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT 1.1 Kerangka Konseptual Kajian 12 2.1 Fungsi Asas Komputer 16 2.2 Model Pengurusan Pengetahuan Nonaka Dan Takeuchi 20

SENARAI SINGKATAN ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia LCD - Projektor Paparan Cecair Kristal Bil - Bilangan No - Nombor JPN - Jabatan Pelajaran Negeri SPSS - Statistical Package for Social Sciences P&P - Pengajaran dan Pembelajaran f - Frekuensi

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN PERKARA A B C D Soalan Soal Selidik Kajian Rintis Analisis Data Soal Selidik Surat Kebenaran Membuat Kajian Daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam seperti pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Setiap manusia di muka bumi ini akan melalui proses pendidikan walaubagaimana cara sekali pun. Dalam melalui proses pendidikan ini, seseorang akan menerima atau belajar sesuatu yang baru yang dapat mengubah diri mereka daripada tidak tahu kepada tahu terhadap sesuatu perkara. Proses penerimaan ilmu pengetahuan ini sangat penting untuk menjadikan seseorang itu berbeza dan mengalami perubahan tingkah laku lain daripada sebelumnya. Untuk mendapatkan pengetahuan, budaya perkongsian ilmu atau pengetahuan dalam dunia pendidikan sangat penting dimana ianya merupakan salah satu faktor menjadikan sesuatu organisasi tersebut lebih berdaya saing. Teknologi maklumat dan komunikasi atau information and communication technology (ICT) merupakan salah satu bidang yang sangat penting dalam arena pendidikan di Malaysia ini. Walaupun ICT telah lama bertapak di Malaysia, namun ianya dianggap baru di dalam bidang pendidikan. Kemahiran ICT merupakan sesuatu yang sangat penting dalam dunia pendidikan pada masa kini. Menurut Ab.Rahim, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999:15), pendidikan hari ini berkait rapat dengan bidang sains, teknologi, industri dan perdagangan sebab kita sedang berada dalam suasana yang penuh dengan penemuan-penemuan dan ciptaan-ciptaan baru dalam hampir ke semua bidang kehidupan. Sehubungan dengan itu setiap manusia di muka

bumi ini perlu di dedahkan dengan pendidikan teknologi supaya ianya dapat diaplikasikan dalam pelbagai bidang dan kerjaya. Perkembangan teknologi membawa kepada satu perubahan yang sangat pesat dalam bidang pendidikan. Pelbagai rancangan telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan semua golongan rakyat mendapat manfaat dan kemahiran yang berkaitan dengan teknologi. Menurut kajian yang dibuat oleh Sandholtz (1997) dalam Noraein Mansor (1999), penggunaan teknologi di sekolah boleh mendorong memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu semua guru perlu diterapkan dengan kemahiran dalam bidang teknologi ini supaya ianya dapat meningkatkan mutu pendidikan. Komputer juga dapat mempelbagaikan teknik persembahan pengajaran dan menjadikan pengajaran lebih menarik dan tidak membosankan. Leonard-Barton (1995) menyatakan bahawa maklumat dan teknologi yang digunakan telah menjadi aset yang strategik dan kritikal untuk mengoptimumkan pengaliran maklumat dan pengetahuan dalam sesebuah organisasi, dan juga membantu pengurus memaksimumkan sumber pengetahuan organisasi. Oleh kerana produktiviti dan pencapaian pelajar bergantung kepada kualiti sistem yang digunakan, maka keputusan pihak pengurusan dalam memilih sistem dan teknologi maklumat adalah sangat penting untuk memajukan dan meningkatkan pencapaian sekolah. Perkongsian pengetahuan adalah satu aktiviti dimana ilmu pengetahuan seperti maklumat, kemahiran atau kepakaran ditukar diantara orang, rakan, ahli dalam keluarga atau dalam komuniti serta dalam sesebuah organisasi. Aktiviti perkongsian ilmu umumnya disokong oleh sistem pengurusan pengetahuan. Bhatt (2001) mendefinisikan pengurusan pengetahuan sebagai proses penghasilan, pemanfaatan, penghantaran dan penggunaan pengetahuan. Menurut beliau tiga komponen penting dalam pengurusan pengetahuan ialah membangunkan pengetahuan, menyimpan pengetahuan dan berkongsi pengetahuan. Pengurusan pengetahuan ini amat penting dalam bidang pendidikan kerana ianya merupakan komponen utama yang memastikan perkembangan dalam pendidikan berjalan dengan lancar serta melahirkan pendidik berkualiti yang dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. Pengurusan pengetahuan merupakan salah satu isu yang sangat penting dalam pengurusan hari ini (Beijerse, 1999). Pengetahuan dalam bidang pendidikan dapat

membantu ahli-ahli akademik untuk meningkatkan daya saing dalam sesebuah organisasi terutamanya sekolah dan institusi pendidikan. Pengetahuan yang dikongsi, diaplikasi dan diperbaharui dapat menjana idea yang lebih kreatif (Wang at el. 2000). Apabila seseorang mempunyai idea yang kreatif, satu kelainan dalam dunia pendidikan dapat dihasilkan dan melahirkan generasi yang dapat meningkatkan daya saing sesebuah institusi pendidikan. Dalkir (2005) mengenalpasti risiko dalam pengurusan pengetahuan adalah individu kebiasaannya dianugerahkan untuk apa yang mereka tahu bukannya untuk apa yang mereka kongsi. Sekiranya pengetahuan tidak dikongsi, kesan negatif seperti keterasingan dan halangan sesuatu idea itu akan berlaku. Pengetahuan yang dikongsi akan memberikan sesuatu kelainan dan masalah yang mustahil pun boleh diselesaikan. Untuk mempromosikan aktiviti perkongsian pengetahuan dan menyingkirkan halangan perkongsian pengetahuan ini, sesuatu organisasi perlu menggalakkan penemuan dan inovasi. Perkongsian pengetahuan atau perkongsian maklumat dapat dilaksana dan ditingkatkan dengan menggunakan pengurusan pengetahuan sebagai alat untuk menyokong matlamat memberikan perkhidmatan produk yang cemerlang (Donald, et al, 2003). Bagi mewujudkan perkongsian pengetahuan yang berjaya, organisasi tersebut perlulah memahami siapa yang akan menerima pengetahuan yang ingin dikongsi iaitu pengetahuan (Dixon, 2002). Proses pengurusan pengetahuan ini merupakan satu proses yang memfokuskan kepada output atau matlamat yang hendak dicapai. Pembangunan staf merupakan salah satu komponen dalam pengurusan pengetahuan dimana ianya merupakan satu aktiviti yang dirancang secara sistematik oleh organisasi untuk memberi peluang kepada kakitanganny memperoleh pengetahuan, kemahiran dan kompetensi bagi memenuhi tuntutan kerja masa kini dan juga masa hadapan. Dalam pembangunan staf perlu ada perkongsian pengetahuan dimana ilmu yang ada dikongsi diantara staf supaya dapat dimanfaatkan oleh staf yang lain dalam membangunkan sesebuah organisasi.

1.2 Latar Belakang Masalah Masalah utama yang dihadapi dalam sesebuah organisasi dalam pengurusan pengetahuan adalah budaya perkongsian ilmu dimana ianya kurang diamalkan. Perkongsian ilmu atau pengetahuan antara aspek yang sangat perlu diadakan dan diamalkan dalam sesebuah organisasi terutamanya sekolah-sekolah dan institusi pendidikan supaya pengetahuan yang ada dalam diri seseorang dapat dikongsi bersama serta dimanfaatkan dikalangan pekerja. Proses pengurusan pengetahuan ini melibatkan pertukaran informasi, perolehan kemahiran serta perubahan tingkah laku dan amalan. Dalam meningkatkan tahap kemahiran teknologi dalam diri seseorang guru, budaya perkongsian pengetahuan adalah antara aspek yang sangat penting dimana tidak semua guru mahir dalam bidang teknologi. Oleh itu guru-guru yang mahir dalam bidang teknologi maklumat perlu berkongsi pengetahuan yang mereka ada dengan guru-guru lain yang kurang mahir supaya kemahiran itu dapat dikembangkan dan dapat diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam sesuatu organisasi pendidikan juga perlu mengamalkan serta mengadakan pembangunan staf dimana ianya termasuk dalam pengurusan pengetahuan yang membantu melahirkan pekerja yang berilmu dan mempunyai kompetensi yang tinggi. Menurut Partington & Brown (1997) menganggap pembangunan staf sebagai satu usaha memberi sokongan kepada individu, kumpulan dan organisasi untuk memahami, membina, dan memperbaiki pendekatan kerja. Kenyataan ini memberi maksud dalam pembangunan staf perlu ada budaya perkongsian ilmu supaya setiap individu dalam kumpulan dapat memperoleh pengetahuan, kemahiran serta dapat memanfaatkan apa yang diperolehi dalam meningkatkan prestasi sesuatu organisasi. Dalam perkongsian tentang kemahiran teknologi ini, masalah yang sering dihadapi adalah tahap kesedaran dalam kalangan guru tentang pentingnya kemahiran teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun program pembangunan staf telah dibuat untuk menyampaikan kemahiran teknologi ini, masih terdapat guru yang memandang remeh dan tidak mengambil tindakan untuk memajukan diri serta tidak bersungguh-sungguh.

Segelintir pekerja atau guru kurang memahami tujuan, visi, misi, matlamat serta objektif kerja yang mereka lakukan. Mereka ini kurang diberi pendedahan serta penerangan yang jelas semasa mereka masuk ke alam pekerjaan. Sebagai seorang pendidik sepatutnya perlu mempunyai sikap keterbukaan, boleh menerima teguran, menerima pendapat orang lain, berkongsi ilmu pengetahuan, sikap suka bertanya, sikap ingin tahu dan belajar untuk mempelajari sesuatu yang lain daripada rakan sekerja atau orang lain. Dalam pengurusan pengetahuan, pentadbir dan guru perlu diberi pendedahan dan taklimat tentang budaya perkongsian ilmu pengetahuan ini supaya ianya dapat diamalkan dalam organisasi. Faedah yang diperolehi oleh organisasi mengenai perkongsian pengetahuan bergantung kepada bagaimana pekerja menerap, berkongsi dan menggunakan pengetahuan yang ada (Wang et al.2000). Pengetahuan tidak akan bernilai sehingga ianya dipindahkan melalui perkongsian pengetahuan dan akan bernilai apabila ianya diguna dan dimanfaatkan oleh orang yang menerima pengetahuan tersebut. Masalah yang biasa dihadapi dalam sesebuah organisasi adalah sikap kedekut ilmu yang tidak sepatutnya berlaku dimana individu yang mempunyai pengetahuan hanya mendiamkan diri dan tidak mahu berkongsi ilmu yang ada dengan orang lain. Sikap negatif begini perlu diatasi supaya pengetahuan yang ada boleh dicambah dan dikembangkan untuk meningkatkan prestasi sesebuah organisasi. Proses perkongsian pengetahuan ini boleh dilakukan semasa Program Latihan Dalam Perkhidmatan. Latihan Dalam Perkhidmatan bertujuan mempertingkatkan kompetensi Pegawai Perkhidmatan (PPP) sejajar dengan Dasar Sumber Manusia Sektor Awam 2005 yang di nyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005. Segelintir sekolah menjalankan program Latihan Dalam Perkhidmatan ini hanya kerana mengikut pekeliling yang dibuat oleh pihak kementerian. Menurut pendapat beberapa orang guru, sesetengah sekolah yang mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan menjemput pihak bank, pihak insurans serta pihak-pihak yang tiada kaitan dengan kompetensi keguruan untuk memberi taklimat. Oleh itu, budaya perkongsian pengetahuan berkaitan dengan kekompetensi guru tidak dapat dilakukan dan peranan pihak pentadbir amat penting untuk memastikan ianya tidak berlaku lagi.

1.3 Pernyataan Masalah Berdasarkan kenyataan dalam latar belakang masalah, guru seharusnya mempunyai cukup kemahiran ICT bagi memenuhi keperluan pelajar. Guru juga seharusnya perlu mengamalkan budaya perkongsian pengetahuan untuk meningkatkan daya saing serta menambah ilmu pengetahuan dalam diri seorang guru. Sekolah menjadi tempat memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang boleh diaplikasikan di luar sekolah serta di alam pekerjaan. Penggunaan teknologi bukan sahaja menjimatkan masa, malah ia juga memudahkan serta melancarkan segala pekerjaan. Pelajar lebih berminat jika proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT kerana ianya lebih menarik dan mencabar (Tappscott, 2003). Guru sepatutnya perlu tahu dan mahir dalam penggunaan ICT bukan sahaja dalam pengajaran malah perlu juga membimbing pelajar menggunakan ICT dengan bijak serta boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Untuk menjadi seorang guru yang bijak dan kreatif, guru perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan dan masalah yang dihadapi adalah kurangnya budaya perkongsian pengetahuan dalam kalangan guru. Menurut Abd.Rahman (2000) guru kurang menggunakan teknologi di dalam bilik darjah disebabkan kurang pengetahuan tentang kemahiran tersebut. Guru perlu mengatasi masalah ini supaya proses pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan dengan lancar dan lebih menarik. Sehubungan dengan itu kerajaan perlu mengambil tindakan bagi memastikan semua guru sedar tentang pentingnya kemahiran ICT di sekolah. Menjelang tahun 1990-an, kebanyakan organisasi dan institusi pendidikan memfokuskan pengurusan kearah pembentukan ilmu pengetahuan dan pengajaran. Oleh itu, setiap organisasi perlu berkerja keras untuk memastikan setiap stafnya mempunyai tahap kompetensi pengetahuan yang tinggi supaya tidak ketinggalan dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing melalui perkongsian pengetahuan yang perlu ada dalam semua organisasi terutamanya dalam kemahiran ICT. Matlamat sesebuah institusi pendidikan adalah untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak, kreatif, inovatif dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk memimpin negara kearah membentuk negara yang maju seiring dengan dengan negara-negara maju yang lain.

Perkongsian pengetahuan merupakan satu komponen pengurusan pengetahuan yang sangat penting dalam meningkatkan prestasi sesebuah organisasi kerana ianya berperanan sebagai medium untuk memastikan maklumat dan pengetahuan dapat diketahui oleh semua pekerja. Khalil dan Zuliana (2008) mengatakan perkongsian pengetahuan membenarkan pekerja berkongsi cara kerja terbaik, meningkatkan percambahan idea yang lebih kreatif, dan meningkatkan produktiviti dengan memendekkan proses penyelesaian masalah terutama apabila jalan penyelesaian yang berjaya boleh diguna pakai oleh pekerja lain. Perkongsian pengetahuan dalam bidang ICT ini juga merupakan antara aspek yang penting yang perlu diamalkan di sekolah kerana arena pendidikan masa kini banyak menggunakan peralatan ICT untuk pelbagai tujuan terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Roslina Abu Bakar (2009), kebanyakan institusi pendidikan dan institusi pengajian tinggi kini mendedahkan kepada bakal guru tentang kemudahan dan peralatan teknologi dalam bidang pendidikan. Guru-guru biasanya hanya akan menggunakan komputer dalam bilik darjah apabila sudah biasa, selesa serta yakin dengan penggunaan komputer dan hasilnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi tidak semua guru yang akan menggunakan peralatan ICT kerana ada yang masih tidak mahir dan rasa ianya menyusahkan. Ini disebabkan mereka kurang diberi pendedahan dan tiada amalan perkongsian pengetahuan dalam kalangan guru tentang cara menggunakan peralatan ICT. Kajian ini juga melihat terdapat kekangan yang menghalang para guru untuk membudayakan perkongsian pengetahuan tentang penggunaan peralatan ICT dalam pengajaran. Guru memerlukan pendidikan iaitu ilmu dan kemahiran dalam menggunakan teknologi sebagai satu alat instruksional secara professional (Woodrow, 1992). Keperluan ini sejajar dengan tuntutan Kementerian Pelajaran Malaysia yang berusaha untuk melahirkan lebih ramai guru pengguna komputer mahir di sekolahsekolah. Komputer dapat mengurangkan beban guru dan kekangan yang wujud dalam pembelajaran konvensional yang menggunakan buku teks, kapur dan papan tulis (Hong,1998).

1.4 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kemahiran ICT dan budaya perkongsian pengetahuan dalam kalangan guru di sekolah. Objektif kajian yang hendak dicapai adalah seperti berikut: a) Mengenalpasti tahap kemahiran ICT dan perkongsian pengetahuan dalam kalangan guru di Sekolah Menengah Kawasan Tanjung, Melaka. b) Mengenalpasti perbezaan kemahiran ICT dan perkongsian pengetahuan berdasarkan faktor jantina dan pengalaman mengajar guru di Sekolah Menengah Kawasan Tanjung, Melaka. c) Mengenalpasti hubungan di antara tahap kemahiran ICT dan perkongsian pengetahuan di Sekolah Menengah Kawasan Tanjung, Melaka. 1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian yang dikenalpasti penyelesaiannya ialah: a) Apakah tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru? b) Apakah tahap perkongsian pengetahuan dalam kalangan guru? c) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran ICT berdasarkan jantina guru? d) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran ICT berdasarkan pengalaman mengajar guru? e) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam perkongsian pengetahuan berdasarkan jantina guru? f) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam perkongsian pengetahuan berdasarkan pengalaman mengajar guru? g) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran ICT dengan perkongsian pengetahuan dalam kalangan guru?

1.6 Hipotesis Kajian kajian di atas. Hipotesis kajian dibuat sebagai andaian terhadap setiap persoalan H 01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran ICT guru berdasarkan jantina guru. H 02 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran ICT guru berdasarkan pengalaman mengajar guru. H 03 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam perkongsian pengetahuan berdasarkan jantina guru. H04 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam perkongsian pengetahuan berdasarkan pengalaman mengajar guru. H05 : Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap kemahiran ICT guru dengan perkongsian pengetahuan di sekolah. 1.7 Rasional Kajian Matlamat sesebuah sekolah dan institusi pendidikan adalah melahirkan generasi yang bijak, berakhlak mulia, berilmu, kreatif, inovatif dan berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Oleh itu, para pendidik perlu berganding bahu dalam merealisasikan matlamat tersebut agar ianya dapat dicapai dengan jayanya. Walaubagaimanapun, kerjasama dan sikap saling bantu membantu dalam usaha untuk mendidik anak bangsa amat diperlukan. Budaya perkongsian ilmu pengetahuan amat memberi kesan yang positif dan diharap dapat dipraktikkan dikalangan guru-guru

dengan kesedaran dan komitmen yang tinggi. Guru-guru perlu mengamalkan budaya perkongsian ilmu ini supaya hasil kerja yang akan diperolehi mencapai tahap yang optimum seiring dengan matlamat yang hendak dicapai.oleh itu, guru seharusnya memahami konsep perkongsian ilmu pengetahuan ini untuk memperoleh hasil kerja yang memuaskan. Kemahiran ICT dalam kalangan guru kurang dipandang serius dan menjadi punca tahap penguasaan ICT guru amat lemah. Dengan adanya budaya perkongsian pengetahuan ini, guru yang mahir dalam bidang ICT boleh berkongsi pengetahuan yang mereka ada dengan rakan-rakan guru yang lain supaya ianya dapat diaplikasi dalam proses pengajaran di sekolah.oleh itu kajian tentang perkongsian pengetahuan ini sangat penting supaya ianya dapat dijadikan rujukan semua pihak untuk meningkatkan kesedaran tentang kemahiran menguasai ICT dalam kalangan guru serta pentingnya budaya perkongsian pengetahuan ini. 1.8 Kepentingan Kajian Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada semua pihak seperti jabatan-jabatan pendidikan, pihak pentadbir sekolah terutamanya pengetua dan guru besar serta guru-guru untuk berkongsi ilmu, memahami konsep pengurusan pengetahuan serta kepentingan mempunyai kemahiran ICT. Kajian ini juga boleh memberikan gambaran yang jelas kepada pihak jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran daerah tentang keperluan latihan, bengkel, kursus serta seminar yang boleh meningkatkan tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru sekolah. Hasil kajian ini juga diharap dapat dijadikan panduan untuk guru-guru supaya memahami tujuan budaya perkongsian pengetahuan dalam bidang teknologi untuk meningkatkan prestasi dan mutu kerja serta meningkatkan pencapaian pelajar. Selain itu kajian ini juga dapat memberikan manfaat kepada pihak-pihak tertentu yan berminat dalam bidang pengurusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan kemahiran ICT dan budaya perkongsian pengetahuan ini.

Daripada dapatan kajian ini, diharap semua pihak yang terlibat dapat menjadikan amalan perkongsian pengetahuan ini sebagai tunggak dalam membina modal insan yang berjaya demi mencapai matlamat organisasi. Oleh yang demikian, ianya dapat memberi panduan dan gambaran kepada pihak kementerian, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pendidikan Daerah tentang kepentingan penerapan kemahiran ICT dalam kalangan guru serta kepentingan budaya perkongsian pengetahuan supaya dapat dilaksanakan di sekolah lain. Memberi panduan kepada pengetua supaya menjadikan budaya perkongsian pengetahuan samada dalam penerapan kemahiran ICT atau ilmu-ilmu lain di sekolah serta membimbing semua guru supaya mengamalkannya. Pihak pentadbir sekolah juga boleh mengambil dan merancang tindakan susulan yang sesuai dalam membantu guru-guru melaksanakan budaya perkongsian pengetahuan dan meningkatkan lagi kemahiran ICT untuk kepentingan bersama. 1.9 Skop dan Batasan Kajian Kajian ini dilakukan terhadap guru-guru sekolah menengah gred B dalam Kawasan Tanjung, Melaka. Kajian ini hanya melibatkan 5 buah sekolah daripada 13 buah sekolah menengah dalam Kawasan Tanjung. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak digeneralisasikan kepada seluruh warga pendidik dan semua guru di Malaysia. Ini disebabkan tahap kemahiran ICT dan budaya perkongsian pengetahuan adalah berbeza dalam kalangan individu, sekolah dan kawasan. Kajian ini hanya tertumpu kepada 3 elemen kemahiran ICT. Ia terdiri daripada kemahiran komputer asas, penggunaan Software dan Hardware dan pengintegrasian ICT dalam pengajaran. Manakala medium yang digunakan dalam menerangkan cara perkongsian pengetahuan adalah hanya melalui mesyuarat, latihan dalam perkhidmatan, mentoring, perbincangan tak formal, laman sosial dan emel. Oleh itu, segala dapatan kajian hanya terikat dengan andaian daripada medium tersebut sahaja.

Hasil kajian ini tidak dapat menggambarkan keseluruhan warga pendidik di Malaysia. Ini disebabkan tidak semua sekolah mengamalkan budaya perkongsian pengetahuan. Kajian ini hanya menggunakan soal selidik sahaja. Oleh itu, hasil kajian adalah berdasarkan kepada data-data yang terdapat dalam soal selidik. Hasil dapatan kajian bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan responden semasa menjawab soal selidik. Oleh itu, pengkaji mengandaikan jawapan yang diberikan adalah tepat dan kesahan dan kebolehpercayaan bergantung kepada andaian ini. 1.10 Kerangka Konsep Kajian GURU Latar belakang Jantina Pengalaman mengajar Kemahiran ICT Kemahiran komputer Asas Penggunaan Software dan Hardware Pengintegrasian ICT dalam pengajaran Perkongsian Pengetahuan Menerima dan menyampaikan maklumat melalui: Mesyuarat Latihan dalam perkhidmatan Mentoring Perbincangan tak formal. Laman Sosial Email Rajah 1.1 : Kerangka konsep kajian tahap kemahiran ICT dan budaya perkongsian pengetahuan di kalangan guru.

Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konseptual kajian yang dilakukan. Maklumat latarbelakang responden seperti jantina dan pengalaman mengajar diambilkira dalam melihat perbezaan yag signifikan dalam ketiga-tiga elemen kemahiran ICT guru terdiri daripada kemahiran komputer asas, penggunaan Software dan Hardware dan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pentadbiran. Faktor latar belakang turut diambilkira dalam melihat perbezaan yang signifikan dalam 6 dimensi perkongsian pengetahuan. Keenam-enam dimensi perkongsian pengetahuan tersebut terdiri daripada menerima dan menyampaikan maklumat dalam mesyuaratt, latihan dalam perkhidmatan, mentoring, perbincangan tak formal, laman sosial dan email. 1.11 Definisi Kajian Bahagian ini akan menerangkan tentang konsep dan istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini. Definisi konsep adalah definisi teori yang harus bersandarkan pada sesuatu teori atau telah dikukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Definisi operasional pula ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menerangkan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kaijan. Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini ialah: 1.11.1 Kemahiran ICT Kemahiran ICT merupakan kebolehan yang ada dalam diri seseorang yang berkaitan dengan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data dari segala aspek pengurusan dan pemprosesan maklumat. Selain itu ia juga boleh didefinisikan sebagai kebolehan dalam penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Menurut Juriah Long (1998), ICT dalam konteks pendidikan, merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik dan computer yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat.

Dalam kajian ini, kemahiran ICT terdiri daripada kemahiran komputer asas, penggunaan Software dan Hardware serta pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pentadbiran. 1.11.2 Budaya Perkongsian Pengetahuan Perkongsian pengetahuan merujuk kepada proses perpindahan maklumat dan pertukaran idea secara terbuka dalam sesebuah organisasi diantara individu dalam organisasi tersebut. Menurut Grey (1996), perkongsian pengetahuan adalah komitmen untuk memberitahu dan menterjemahkan, serta mendidik rakan sekerja yang lain. Sesuatu yang dikongsi tidak tertumpu kepada hal-hal kerja sahaja tetapi juga termasuk matlamat dan objektif sesuatu organisasi. Kualiti sesuatu maklumat yang dikongsi bergantung kepada bagaimana cara ia disampaikan, diterap dan diterima serta bagaimana pengetahuan yang ada digunakan. Perkongsian pengetahuan merupakan proses penerimaan dan penyampaian maklumat semasa mesyuarat, latihan dalam perkhidmatan, program mentoring, perbincangan tak formal, melalui laman sosial dan email. 1.12 Rumusan Dalam bab ini membincangkan tentang pengenalan kajian yang dibuat oleh pengkaji. Perkara-perkara yang dibincangkan adalah seperti latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, rasional kajian, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian, kerangka konseptual kajian dan definisi kajian.

65 RUJUKAN Abd.Rahman Daud. (2000). Kefahaman terhadap konsep penggunaan ICT di dalam bilik darjah. Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning,609-623. Beijerse, R. P. (1999). Question in knowledge management: defining and conceptualizing a phenomenon. Journal of Knwledge Management, 3(2): 94-110. Bhatt, G. D. (2001). Knowledge management in organizations: examining the interaction between technologies, techniques and people. Journal of Knowledge Management,5(1): 68-75 Boyd, D.M., & Ellison, N.B (2007). Social network sites: Definition, history, and scholarship. Journal of Computer-Mediated Communication, 13(1), Muat turun 1 Oktober 2010, dari http://jcmc.indiana.edu/vol13/issue1/boyd.ellison.html Dalkir, K. (2005). Knowledge Management in Theory and Practice.Butterworth- Heinemann. Davenport, T., Prusak, L. (1998). Working Knowledge. Harvard Business School Press:Boston, MA. Dixon, N. (2002). The neglated receiver of knowledge sharing. Ivey Business Journal. Donald, M. N. Jon, M. Robby, R. Paul, L. And Geoff, C. (2003). A Revolution Knowledge Sharing. EDUCAUSE review. September/October 2003. Franz Rosenthal (2007). Knowledge Triumphant. The Concept of Knowledge in Medival Islam. Leiden.Boston. Gagne, R. (1985). The conditions of learning and theory of instruction. Ed ke 4. New York: Holt Pub. Grey, D. 1996. What is knowledge management? The Knowledge Management Forum. March 1996, http://www.km-forum.org/t000008.htm.

66 Juriah Long. 1998. Inovasi dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial Dan Teknologi Maklumat. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Edisi Pelancaran. Kuala Lumpur Khalil Md Nor & Zuliana Zookefli (2008), Hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan. Jurnal Kemanusiaan bil. 11, Jun 2008. Leonard-Barton, Dorothy (1995). Wellsprings of Knowledge: Building and Sustaining the Sources of Innovation, Boston, MA, Harvard Business School Press Liebowitz, J. and Chen, Y. (2001). Developing Knowledge Sharing Proficiencies: Knowledge Management Review, January/February Low H.H., Omain, S.Z dan Md.Som,H.(2000), Perkongsian Pengetahuan di kalangan industri kecil dan sederhana. Laporan Penyelidikan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia McCampbell, A.S. Clare, L.M, and Gritters, S.H (1999). Knowledge management: the new challenge for the 21 st century. Journal of Knowledge Management, 3(3):172-179 Mohd Hasril Amiruddin (2009). Kemudahan, sikap dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan guru-guru program pendidikan khas sekolah menengah. Sarjana Teknologi Pendidikan. UPM. Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai, Johor: UTM. Nonaka, I., Takeuchi, H. (1995). The Knowledge Creating Company. New York: Oxford University Press. Noraien Mansor (1999), Tahap Pengetahuan dan Penggunaan Internet Dalam Mencari Maklumat di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Sekolah-sekolah Menengah di Kuantan, Tesis Sarjana Sains Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Partington, P. and Brown, G. (1997), Quality assessment, staff development and cultural change, Quality Assurance an Education, Vol. 5. Pelan Induk Pendidikan 2006-2010, Online: http://www.moe.gov.my/ Rosenberg, M.J., 2000, E-Learning, New York: McGraw Hill.

67 Rosenberg, J.M., 2001. E-learning: Strategies For Delevering Knowledge In The Digital Age. U.S.A: McGraw-Hill. Sagunah A/P Supermane. (2010). Hubungan kemahiran ICT guru dan pengurusan pengetahuan di sekolah rendah. Sarjana Pendidikan ( Pengurusan dan pentadbiran).utm, Skudai. Sunoo,B.P.(1999). How HR support knowledge sharing. Workforce, 78(3): 30-33. Tapscott, D. (2003). Educating the net generation. Dlm. Ornstein, A. C., Behar- Horenstein, L. & Pajak, E. F. (pnyt.). Contemporary issues in curriculum. Edisi ke-3, 268-272. Tiwi Kamidin. (2004). Pendekatan Sistem Mentor Dalam Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah. Wang, D. H., Yang, D., and Chai, J. K. (2000). Knowledge management. 1 st. ed. Beijing: Xue Yuan Publisher. Woodrow, J. E. (1992). The influence of programming training on the computer literacy and attitudes of preservice teachers. Journal of Research on Computing in Education.