PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS CEMERLANG DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT HASLINA BINTI HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS CEMERLANG DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT HASLINA BINTI HASSAN Laporan kajian penyelidikan ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia JUN 2012
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) Tandatangan :... Nama Penyelia : Tarikh :
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya Tandatangan :... Nama Penyelidik : HASLINA BINTI HASSAN Tarikh : 12 JUN 2012
Buat Insan Tersayang, Haji Hassan bin Mos Hajjah Fatimah binti Latib Buat Keluarga Tercinta, Wahid bin Abdul Manan Muhd Syawal bin Wahid Muhd Hazim bin Wahid Afiqah binti Wahid Terima kasih atas pengertian dan sokongan kalian, Hanya Allah dapat membalasnya
i PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah SWT, dengan rahmat dan kurniaannya, laporan kajian penyelidikan dengan tajuk Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Cemerlang di Sekolah Menengah Daerah Segamat, telah dapat diselesaikan dengan jayanya. Ucapan penghargaan yang setinggi-tingginya, disampaikan kepada penyelia utama Tuan Haji Hassan bin Hushin, yang telah memberikan motivasi dan bimbingan sehingga kajian ini dapat diselesaikan. Idea-idea bernas yang beliau sampaikan sepanjang penyelidikan dan penulisan kajian ini telah mampu menghasilkan kajian ini. Segala kritikan dan saranan yang telah diberikan itu diucapkan penghargaan yang penuh tulus ikhlas. Penghargaan juga kepada pengetua SMK Chaah kerana telah memberi kebenaran untuk saya menjalankan kajian di sekolah tersebut. Segala sokongan, kerjasama dan saranan daripada pengetua, bekas guru penyelaras SPBT, Puan Surina bte Yaakof, serta guru-guru SMK Chaah, amat saya kenang dan hargai. Kepada rakan-rakan sepengajian yang banyak membantu dalam mencari bahan kajian, memberi cadangan dan pendapat yang bernas juga setinggi terima kasih diucapkan. Tidak ketinggalan, penghargaan juga kepada pensyarah-pensyarah di Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) Universiti Teknologi Malaysia yang sentiasa memberi semangat dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu bapa dan keluarga tercinta atas segala pengorbanan, pengertian, sokongan dan dorongan yang diberikan terutama di sepanjang penyelidikan dan program ini. Semoga apa yang telah di usahakan bermanfaat kepada kita semua. Amin.
ii KANDUNGAN Halaman PENGHARGAAN SUSUNAN KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ABSTRAK ABSTRACT i ii vii ix x xi xii xiii BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 4 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Hipotesis 9 1.7 Kepentingan Kajian 9 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Definisi, Konsep dan Istilah 10
iii BAB 2 : SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 14 2.2 Konsep Gaya Kepimpinan 15 2.2.1 Teori Laluan-Matlamat 16 2.2.2 Kepimpinan Transformasional 17 2.2.3 Kajian oleh Ohio State Universiti 19 2.2.4 Kajian oleh Michigan Universiti 19 2.2.5 Kajian-Kajian Lepas 19 2.3 Strategi Pengurusan 2.3.1 Pengenalan 22 2.3.2 Model Pengurusan Strategik 25 2.3.3 Analisis SWOT 27 2.3.4 Kajian-Kajian Lepas 29 2.4 Kerja Berpasukan 2.4.1 Konsep Kerja Berpasukan 32 2.4.2 Faedah Semangat Kerja Berpasukan 33 2.4.3 Thomas Sistem Analisis Pasukan (TAS) 35 2.4.4 Kajian-Kajian Lepas 36 2.5 Anugerah Buku Teks 2.5.1 Tujuan Anugerah Buku Teks 38 2.5.2 Tatacara Penilaian Anugerah Buku Teks 39 2.5.3 Skema Pemarkahan Penilaian SPBT Cemerlang 39
iv BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 43 3.2 Reka Bentuk Metodologi 45 3.3 Kerangka Kajian 47 3.4 Lokasi Kajian 48 3.5 Persampelan 48 3.6 Instrumen Kajian 48 3.6.1 Instrumen Kajian Kuantitatif 48 3.6.2 Instrumen Kajian Kualitatif 50 3.7 Analisis Data Kuantitatif 52 3.8 Kajian Rintis 54 3.9 Analisis Data Kualitatif 56 3.10 Kaedah Penganalisaan Data 56 3.11 Penutup 57 BAB 4 : ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 59 4.2 Analisa Dapatan dari Soal Selidik 60 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur 60 4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 61 4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 61 4.2.4 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan Tertinggi 62 4.2.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh Kerjaya dalam Perguruan 63
v 4.2.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman dengan Pengurusan SPBT Sekolah 64 4.2.7 Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai bagi Melihat Gaya Kepimpinan Pengetua 65 4.2.8 Hasil Dapatan Ujian Korelasi Gaya Kepimpinan dan Strategi Pengurusan 66 4.2.9 Hasil Dapatan Ujian Korelasi Kerja Berpasukan dan Strategi Pengurusan 67 4.3 Analisa Dapatan Dari Temubual 68 4.3.1 Transkrip Temubual 68 4.3.2 Penkoding Transkripsi 68 4.3.3 Gaya Kepimpinan Pengetua 93 4.3.4 Empat Jenis Gaya Kepimpinan Pengetua 94 4.3.5 Strategi Pengurusan 96 4.3.6 Hubungan Gaya Kepimpinan Pengetua dengan Strategi Pengurusan 98 4.3.7 Kerja Berpasukan 99 4.3.8 Hubungan Semangat Kerja Berpasukan dengan Strategi Pengurusan 100 4.3.9 Halangan Pencapaian Pengurusan SPBT Cemerlang 101 4.3.10 Harapan Pencapaian Pengurusan SPBT Cemerlang 105 4.3.11 Cadangan Pencapaian Pengurusan SPBT Cemerlang 106 4.4 Penutup 109
vi BAB 5 : PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 112 5.2 Perbincangan Hasil Kajian 113 5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden Metod Kuantitatif dan Metod Kualitatif 113 5.2.2 Perbincangan Gaya Kepimpinan Pengetua dalam Pencapaian Kecemerlangan Pengurusan SPBT Sekolah 114 5.2.3 Perbincangan Hubungan Gaya Kepimpinan Pengetua dengan Strategi Pengurusan 116 5.2.4 Perbincangan Hubungan Semangat Kerja Berpasukan Terhadap Strategi Pengurusan 117 5.2.5 Perbincangan Halangan, Harapan dan Cadangan Pencapaian Pengurusan SPBT Cemerlang 119 5.3 Rumusan 121 5.4 Cadangan Kajian 122 5.5 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 124 5.6 Kesimpulan 124 RUJUKAN 126 LAMPIRAN 134
vii SENARAI JADUAL Halaman Jadual 3.6.1 Kaedah Skala Likert 50 Jadual 3.6.2 Profil Temubual Responden 51 Jadual 3.7.1 Analisa Tahap Mengikut Min 52 Jadual 3.7.2 Analisis Hipotesis Kajian Menggunakan Korelasi Pearson 53 Jadual 3.7.3 Penentuan Hipotesis Nol Berdasarkan Nilai Signifikan 54 Jadual 3.8 Analisis Kebolehpercayaan Ujian Konsistensi Dalaman 55 Jadual 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur 60 Jadual 4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 61 Jadual 4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 61 Jadual 4.2.4 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan Tertinggi 62 Jadual 4.2.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh Kerjaya dalam Perguruan 63 Jadual 4.2.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman dengan Pengurusan SPBT Sekolah 64 Jadual 4.2.7 Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai Bagi Melihat Gaya Kepimpinan Pengetua 65 Jadual 4.2.8 Keputusan Ujian Korelasi Antara Gaya Kepimpinan Pengetua dan Strategi Pengurusan 66 Jadual 4.2.9 Keputusan Ujian Korelasi Antara Kerja Berpasukan dan Strategi Pengurusan 67
viii Jadual 4.3.3 Analisa Gaya Kepimpinan Transformasional 93 Jadual 4.3.4 Analisa Tentang Empat jenis Gaya Kepimpinan 94 Jadual 4.3.5 Strategi Pengurusan SPBT Cemerlang 97 Jadual 4.3.6 Hubungan antara Gaya Kepimpinan Pengetua dengan Strategi Pengurusan 98 Jadual 4.3.7 Kerja Berpasukan dalam Pencapaian Pengurusan SPBT Cemerlang 99 Jadual 4.3.8 Hubungan Antara Kerja Berpasukan dengan Strategi Pengurusan 100 Jadual 4.3.9 Halangan Semasa Melaksanakan Pengurusan SPBT Cemerlang 101 Jadual 4.3.10 Harapan Guru-Guru Pencapaian Pengurusan SPBT Cemerlang 105 Jadual 4.3.11 Cadangan Ke Arah Menjadikan Pengurusan SPBT Cemerlang 107
ix SENARAI RAJAH Halaman Rajah 2.3 Hubungkait Strategi Terhadap Sumber dan Persekitaran Organisasi 23 Rajah 2.3.1 Tahap dan Aktiviti Dalam Proses Pengurusan Strategik 24 Rajah 2.3.1.1 Penggubalan Strategi 25 Rajah 2.3.2 Model Pengurusan Strategik 25 Rajah 2.3.2.1 Model Perancangan Enam Gelung 26 Rajah 2.3.3 Bentuk Kuadran Analisis SWOT 28 Rajah 2.3.4 Elemen Utama Strategi Pengurusan Berasaskan Sekolah 30 Rajah 2.4.1 Suasana Kerja Berpasukan Yang Baik dan Berkesan 32 Dalam Organisasi Rajah 3.2 Reka bentuk Metodologi Kajian 46
x SENARAI SINGKATAN FB Facebook GPK Guru Penolong Kanan GPK HEM Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Int. Interview JPN Jabatan Pelajaran Negeri PPD Pejabat Pelajaran Daerah SPSS Statistical Package for Social Sciences SMK Sekolah Menengah Kebangsaan SMKC Sekolah Menengah Kebangsaan Chaah SPBT Skim Pinjaman Buku Teks
xi SENARAI LAMPIRAN Halaman Lampiran 1 Borang Soal Selidik Guru-Guru 134 Lampiran 2 Borang Soalan Temubual Guru-Guru 142 Lampiran 3 Transkrip Temubual 144 Lampiran 4 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Kementerian pelajaran Malaysia 187 Lampiran 5 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor 188 Lampiran 6 Akuan Pengesahan Instrumen Soal Selidik dan Temubual 189
xii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan pengetua, hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan strategi pengurusan dan hubungan antara kerja berpasukan dengan strategi pengurusan bagi pencapaian pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) cemerlang di sebuah sekolah menengah kebangsaan di daerah Segamat. Kajian ini berbentuk sampel bertujuan kerana sekolah ini adalah penerima anugerah cemerlang pengurusan SPBT sekolah di peringkat kebangsaan. Metod kaedah kajian adalah secara kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik dan kaedah kualitatif iaitu secara temubual dengan responden. Kajian rintis telah dijalankan dalam kalangan guru SPBT di SMK Dato Bentara Dalam, Segamat, di mana nilai Alpha Cronbach bernilai 0.942. Analisa secara kuantitatif menggunakan analisis deskriptif seperti min, frekuensi dan peratus digunakan untuk mengenalpasti faktor demografi jantina, umur, bangsa, pendidikan tertinggi, pengalaman mengajar, pengalaman guru dalam pengurusan SPBT serta gaya kepimpinan pengetua. Manakala ujian korelasi Pearson, r, adalah untuk menguji hipotesis-hipotesis dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan, pengetua mengamalkan semua gaya kepimpinan kerana mempunyai semuanya mempunyai min yang tinggi. Gaya kepimpinan yang paling tinggi adalah gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan diikuti oleh gaya kepimpinan penyertaan, gaya kepimpinan mengarah dan paling sedikit adalah gaya kepimpinan timbangrasa. Analisis menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara gaya kepimpinan dengan strategi pengurusan SPBT dan hubungan yang ketara di antara kerja berpasukan dengan strategi pengurusan SPBT. Melalui penganalisaan kaedah temubual pula, ia melibatkan pengetua dan guru-guru SPBT sekolah kajian. Dapatan menunjukkan semua responden menyatakan pengetua mengamalkan gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan dan timbangrasa. Terdapat hubungan antara antara gaya kepimpinan pengetua dengan strategi pengurusan iaitu kepimpinan pengetua yang berkesan akan menjayakan strategi pengurusan SPBT sekolah. Terdapat juga hubungan antara kerja berpasukan dengan strategi pengurusan iaitu kerja berpasukan yang komited akan menjayakan strategi pengurusan SPBT sekolah. (Kata Kunci : gaya kepimpinan pengetua, strategi pengurusan, kerja berpasukan )
xiii ABSTRACT The purpose of this study is to identify the leadership style, the relationship between the leadership style of management strategies and the relationship between teamwork with management strategies for the excellent management performance of the Textbook Loan Scheme (SPBT) in a secondary school in Segamat. This sample study is intended for this school regarding the recipient of awards Textbook Loan Scheme management school at the national level. This method is based on quantitative methods using questionnaires and qualitative method, namely through interviews with respondents. A pilot study was carried out among teachers in SMK Dato Bentara Dalam. The value of Cronbach Alpha is 0.942. Quantitative analysis using descriptive analysis such as means, frequencies and percentages were used to identify demografic factors such as gender, age, race, educational attainment and teaching experience. While the Pearson correlation, r, is to test hypotheses in this study. The findings showed, the principal using all the leadership styles. The most dominant style of leadership is the success-oriented leadership style, followed by participant, direct leadership style and the least is concern leadership style. The analysis shows that there is a strong relationship between leadership style and management strategies. A strong and positive relationship also between teamwork and management strategies. Through analysis of interview method, it involves principals and teachers that connented to the committee of school Textbook Loan Scheme. The findings showed that all respondents said the school principal practices success-oriented leadership style and concern leadership style. There is a relationship between the leadership style of management strategies that effective leadership will ensure the success of school management strategies Textbook Loan Scheme. There is also a relationship between a team working with the management strategy. The committed teamwork will ensure the success of school management strategies of Textbook Loan Scheme. (Keywords : leadership style, management strategies, teamwork )