KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

"66O "8 '

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Transcription:

1 ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran bagi modaliti yang diamalkan oleh pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan 4SPT(PKPG)), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dan mengenalpasti sama ada pencapaian mata pelajaran Matematik bagi pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan 4SPT(PKPG)) dipengaruhi oleh gaya pembelajaran mereka. Instrumen yang digunakan dalam kajian ialah borang soal selidik yang diambil daripada Learning Style Questionaire daripada Johnson (2004) dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Instrumen ini mengandungi 30 item yang dikategorikan kepada tiga modaliti iaitu modaliti visual, modaliti auditori dan modaliti kinestetik. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α= 0.8586. Kajian ini dijalankan dengan kaedah tinjauan dan melibatkan 50 orang responden (pelajar 4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan 4SPT(PKPG)) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Hasil kajian ini menunjukkan sebanyak 32% pelajar 4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan 4SPT(PKPG) mengamalkan gaya pembelajaran mengikut satu modaliti. Manakala terdapat sebanyak 36% pelajar berkecenderungan tinggi mengamalkan gaya pembelajaran mengikut dua modaliti dan 32% pelajar pula berkecenderungan tinggi mengamalkan gaya pembelajaran mengikut ketiga-tiga modaliti. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tiada hubungan yang signifikan di antara pencapaian mata pelajaran Matematik dengan pelajar yang mengamalkan ketiga-tiga modaliti. Di samping itu, dikemukakan juga cadangan kajian untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2 ABSTRACT The purpose of this study is to examine the learning styles based on three modalities among final year students (4SPM1, 4SPM2, 4SPT and 4SPT(PKPG)) of Faculty Education, University Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. This study was also conducted to identify the Mathematics achievement of final year students (4SPM1, 4SPM2, 4SPT and 4SPT(PKPG)) based on their learning style. The instrument in this study was taken from Learning Style Questionnaire by Johnson (2004) and which had been translated in Bahasa Melayu. The instrument consists of 30 items and had been categorized into three modalities which are visual, auditory and kinesthetic. The value of reliability for this instrument was α = 0.8586. This study involved 50 respondents from Faculty of Education. The outcomes of this study showed that 32% of the students practised the learning style based on a single modality. Besides, 36% of the students practised learning style based on two modalities and 32% of the students practised learning style based on three modalities. However the research findings showed that there were no significant correlation between Mathematics achievement and the students who were practising learning style based on three modalities. Finally, several recommendations were given to enhance students teaching and learning effectiveness.

3 KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL x SENARAI SIMBOL xii SENARAI LAMPIRAN xiii SENARAI SINGKATAN xiv BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar belakang 3 1.3 Pernyataan masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Hipotesis Kajian 6 1.6 Persoalan Kajian 7 1.7 Kepentingan Kajian 7 1.8 Skop dan Batasan Kajian 8

4 1.9 Definisi Istilah 9 1.10 Kesimpulan dan Organisasi Bab 10 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 11 2.2 Maksud pencapaian 11 2.3 Konsep gaya pembelajaran 12 2.4 Model gaya pembelajaran 14 2.4.1 Model modaliti VAK 14 2.4.2 Model pelbagai kecerdasan Gardner 17 2.3.3 Model Dunn & Dunn 19 2.3.4 Model Kolb 20 2.3.5 Model sistem 4MAT 22 2.5 Kajian lepas 24 BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 27 3.2 Reka bentuk kajian 27 3.3 Populasi dan sampel kajian 28 3.4 Instrumen kajian 29 3.5 Kesahan dan kebolehpercayaan 30 3.6 Prosedur kajian 31 3.7 Analisis data 32 3.7.1 Analisis deskriptif 32 3.7.2 Analisis inferens 33 3.8 Kesimpulan 36

ix BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 37 4.2 Bahagian A : Latar Belakang Respoden 38 4.3 Analisis dapatan kajian bahagian B 38 4.3.1 Gaya pembelajaran pelajar bagi modaliti 39 4.3.2 Hubungan di antara pencapaian Matematik 40 dengan gaya pembelajaran. 4.3.2.1 Satu modaliti 41 4.3.2.2 Gabungan dua modaliti 42 4.3.2.3 Gabungan tiga modaliti 44 BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 45 5.2 Rumusan 45 5.3 Perbincangan 47 5.3.1 Gaya pembelajaran pelajar tahun akhir 47 bagi modaliti VAK 5.3.2 Hubungan di antara pencapaian Matematik 48 dengan gaya pembelajaran 5.3.2.1 Satu modaliti 49 5.3.2.2 Gabungan dua modaliti 49 5.3.2.3 Gabungan tiga modaliti 50 5.4 Cadangan kajian 51 5.5 Cadangan lanjutan 52 5.6 Kesimpulan 53 RUJUKAN 54 LAMPIRAN 59

x SENARAI JADUAL NO.JADUAL MUKA SURAT 2.1 Ciri-ciri umum pelajar dan strategi pembelajaran mengikut gaya 16 pembelajaran modaliti VAK 2.2 Model pelbagai kecerdasan Gardner 18 2.3 Gaya pembelajaran model Dunn & Dunn 19 2.4 Gaya pembelajaran mengikut sistem 4MAT 23 3.1 Taburan bilangan dan peratusan respoden mengikut program 29 pengajian. 3.2 Taburan gaya pembelajaran pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 33 4SPT, 4SPT(PKPG)) bagi modaliti VAK 3.3 Taburan gaya pembelajaran pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 33 4SPT, 4SPT(PKPG)) bagi bilangan modaliti 3.4 Sifat hubungan antara pembolehubah-pembolehubah mengikut 34 nilai pekali hasil darab Momen Person 4.1 Taburan bilangan dan peratusan respoden mengikut keputusan 38 peperiksaan SPM 4.2 Taburan gaya pembelajaran pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 39 4SPT, 4SPT(PKPG)) bagi modaliti VAK 4.3 Taburan gaya pembelajaran pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 40 4SPT, 4SPT(PKPG)) bagi bilangan modaliti 4.4 Hubungan antara pencapaian mata pelajaran Matematik dengan 40 gaya pembelajaran

xi 4.5 Kolerasi di antara pencapaian mata pelajaran Matematik dengan 41 gaya pembelajaran satu modaliti. 4.6 Kolerasi di antara pencapaian mata pelajaran Matematik dengan 42 gaya pembelajaran gabungan dua modaliti. 4.7 Kolerasi di antara pencapaian mata pelajaran Matematik dengan 44 gaya pembelajaran gabungan tiga modaliti.

xii SENARAI SIMBOL α - Alpha n - bilangan sampel r - pekali korelasi p - pearson Korelation Ho - hipotesis nol H1 - hipotesis alternatif

xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN MUKA SURAT A Soal selidik kajian 59 B Learning Styles Questionnaire 64 C Korelasi Pearson antara gaya pembelajaran pelajar 66 dengan gred Matematik D Kesahan dan kebolehpercayaan 69 E Surat pengesahan untuk menjalankan kajian 70 daripada Universiti Teknologi Malaysia.

xiv SENARAI SINGKATAN VA - Visual dan Auditori VK - Visual dan Kinestetik AK - Auditori dan Kinestetik VAK - Visual, Auditori dan Kinestetik UTM - Universiti Teknologi Malaysia IPT - Institut Pengajian Tinggi SPM - Sijil Pelajaran Malaysia SPM1 - Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Matematik/kimia)1 SPM2 - Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Matematik/kimia)2 SPT - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Selaras dengan wawasan 2020, peranan pendidikan untuk merealisasikan perubahan dan pencapaian Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya merupakan agenda yang begitu mencabar dan kritikal. Lataran itu, pencapaian pelajar dalam akademik menjadi kayu pengukur yang utama dalam menentukan kejayaan sesuatu sistem pendidikan tersebut. Secara umumnya, mata pelajaran Matematik adalah tunggak segala ilmu sama ada dalam bidang sains, kejuruteraan, ekonomi mahupun dalam bidang teknologi (Juliah, 1992). Sehubungan dengan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang digariskan oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) telah menyediakan pendidikan Matematik yang umum, menyeronokkan, mencabar serta menfokuskan kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penyelesaian masalah serta cara pemikiran yang logik, kritis dan bersistematik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di institut pengajian tinggi, pensyarah merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi cara pembelajaran pelajar. Pembelajaran yang berkesan akan membawa ingatan jangka panjang pelajar terhadap

12 sesuatu kemahiran atau ilmu. Oleh kerana bukan semua pelajar mengamalkan gaya pembelajaran yang sama, justeru kajian ini adalah penting bagi pensyarah mengenali dan memahami perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Setelah mendapat maklumat berkenaan, pensyarah dapat menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dan berkesan agar objektif pembelajaran di dalam bilik darjah tercapai. Kenyataan ini amat disokong oleh Dunn (1989) yang menyatakan bahawa apabila pelajar tidak dapat belajar mengikut pengajaran guru, guru mesti mengajar mereka mengikut cara mereka belajar. Ini bermakna guru haruslah mengajar mengikut gaya pembelajaran pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat tercapai. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dan berpadanan dengan gaya pembelajaran pelajar boleh meningkatkan keyakinan pelajar. Malahan ia akan membolehkan pelajar memperkembangkan kebolehan diri dan pembelajaran bermakna dapat dilaksanakan. Dengan itu, seseorang pensyarah perlu mengetahui gaya pembelajaran pelajar dan mempelbagaikan aktiviti atau teknik pengajaran supaya bersesuaian dengan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajarnya. Pelajar mungkin berhadapan dengan masalah belajar jika tidak memiliki gaya pembelajaran yang sesuai. Masalah akan berlaku apabila aktiviti dan gaya pengajaran pensyarah tidak sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar akibatnya pelajar rasa bosan dan tidak menumpukan perhatian. Seterusnya mereka akan menghilangkan minat, berputus asa serta tidak dapat mencapai keputusan yang baik (Baharin Abu, 2000; Felder & Silverman, 1988; Godleski, 1984; Oxford et al., 1991; Smith & Renzulli, 1984). Sehubungan dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran di universiti adalah untuk melengkapkan diri individu dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat membantu individu untuk menghadapi dunia pekerjaan dan berjaya dalam kehidupan. Bagi mendapat peluang pekerjaan, pencapaian akademik akan menjadi aset utama. Dalam usaha untuk mendapat kejayaan akademik, kajian lalu telah menegaskan bahawa seseorang

pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran supaya dapat mengurangkan masalah belajar. 3 Oleh itu, kajian mengenai gaya pembelajaran bagi modaliti visual, auditori dan kinestik (VAK), perlu dibuat supaya boleh membantu pihak universiti dan pensyarah menyediakan persekitaran dan kaedah mengajar yang lebih sesuai dengan kecenderungan belajar pelajar. 1.2 Latar Belakang Pada zaman kemajuan sains dan teknologi ini, mata pelajaran Matematik telah menjadi satu jentera atau penggerak yang penting kepada pembangunan dan perkembangan negara. Dengan itu, tindakan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan mata pelajaran ini melalui pengubahsuaian bahasa pengantar daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris untuk semua peringkat mulai 2003 adalah bersesuaian. Lebih-lebih lagi, usaha ini adalah sejajar dengan perkembangan media telekomunikasi di mana bahasa penghubung dalam internet adalah Bahasa Inggeris. Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang kompleks dan memerlukan strategi atau kaedah yang khas untuk mempelajarinya. Matematik sering dikaitkan sebagai suatu mata pelajaran yang mempunyai taraf pembelajaran yang tinggi. Isi kandungannya adalah berturutan dan berhieraki iaitu melibatkan proses mental yang tinggi. Bagi menguasainya pelajar perlu berfikir secara analitis, rasional, logik serta berupaya membuat penaakulan dan mahir dalam menyelesaikan sebarang masalah. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2004), huraian sukatan pelajaran Matematik telah direka bentuk dengan bertujuan memberi peluang kepada pelajar

memperoleh pengetahuan dan kemahiran Matematik yang boleh digunakan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. 4 Pada masa dahulu, kebanyakan pensyarah di institut pengajian tinggi mengajar Matematik dengan kaedah menyebarkan ilmu pengetahuan Matematik sahaja. Mereka jarang mengamalkan teori-teori pembelajaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Akibatnya, Matematik menjadi suatu mata pelajaran yang bukan sahaja sukar untuk dipelajari tetapi juga membosankan. Di samping itu, pelajar juga kehilangan minatnya dalam pembelajaran Matematik. Menurut Rohaty (2006), kemerosotan pencapaian pelajar dalam subjek Matematik sama ada di sekolah atau institut pengajian tinggi adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Menurut beliau lagi, kajian menunjukkan wujud beberapa faktor yang menjadi punca kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan masalah tersebut adalah berkait rapat dengan faktor budaya, ibu bapa, kawan, persekitaran dan tekanan peperiksaan. Didapati kesukaran dalam proses pembelajaran wujud apabila seseorang itu cuba belajar dengan cara belajar yang tidak sepadan dengan gaya mengajar yang diamalkan oleh guru mereka (Wong, 2000). Selain daripada itu, terdapat juga pelajar yang belajar dengan cara tersendiri tanpa menyedari bahawa dia mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dengan rakan mereka. Menurut Dunn (1989) juga, kegagalan pelajar menguasai kemahiran Matematik adalah dipengaruhi oleh gaya pembelajaran pelajar dan pengajaran guru. Maka gaya pembelajaran pelajar yang dapat disesuaikan dengan gaya pengajaran guru akan meningkatkan prestasi pelajar dan penguasaan kemahiran Matematik. Kajian yang dijalankan oleh Johnson (2004) menunjukkan bahawa 29% daripada kita lebih gemar menggunakan gaya pembelajaran visual untuk belajar, 34% pula lebih

gemar menggunakan gaya pembelajaran auditori manakala 37% pula lebih gemarkan gaya pembelajaran kinestetik. 5 Gaya pembelajaran berkaitan dengan tahap ingatan seseorang. Ini sejajar dengan dapatan Reif (1993), iaitu peratusan maklumat yang dapat disimpan atau diingati oleh individu mengikut gaya pembelajaran yang berbeza. Didapati pembelajaran melalui cara menyebut dan membuat, tahap ingatan terhadap pembelajaran baru adalah paling tinggi iaitu sebanyak 90%. Ini diikuti cara menyebut semula yang mencatat tahap ingatan sebanyak 70%. Cara melihat dan mendengar mencatat peratusan tahap ingatan sebanyak 50% manakala cara melihat hanya mencapai tahap ingatan sebanyak 30%. Cara mendengar dan membaca mencatat tahap ingatan yang rendah iaitu masing-masing sebanyak 20% dan 10% sahaja. Dengan itu, boleh dirumuskan bahawa kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar adalah penting supaya pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan. Seseorang pensyarah perlu mengetahui gaya pembelajaran yang diamalkan oleh majoriti pelajarnya. Pensyarah juga harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. Menurut Mamchur (1984), guru harus membantu pelajar mengenalpasti gaya pembelajaran mereka dengan menyediakan tugasan atau menggunakan kaedah mengajar yang melibatkan pelbagai gaya pembelajaran. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar akan dapat meningkatkan pencapaian mereka dan juga keyakinan terhadap kebolehan mereka sendiri. Oleh itu, pensyarah harus menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran berbeza-beza itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai objektif hasil pembelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah 6 Pada amnya, pencapaian pelajar di institut pengajian tinggi dalam mata pelajaran Matematik dewasa ini majoritinya adalah cemerlang. Namun, masih terdapat sekumpulan kecil pelajar yang lemah dalam Matematik. Adakah keadaan ini disebabkan oleh gaya pembelajaran mereka? Dengan itu, kajian ini dijalankan memperihalkan pencapaian Matematik di kalangan pelajar bidang Matematik (SPM1, SPM2, SPT, SPT(PKPG)) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dengan gaya pembelajaran bagi modaliti visual, auditori dan kinestetik (VAK) pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 1.4 Objektif Kajian Terdapat dua objektif disediakan dalam kajian ini, iaitu: 1.4.1 Mengenalpasti gaya pembelajaran bagi modaliti VAK yang diamalkan oleh pelajar (4SPM1, 4SPM2, 4SPT, 4SPT(PKPG)) dalam mata pelajaran Matematik. 1.4.2 Mengenalpasti hubungan pencapaian mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar (4SPM1, 4SPM2, 4SPT, 4SPT(PKPG)) di Fakulti Pendidikan ini dengan gaya pembelajaran. 1.4.2.1 Satu modaliti. 1.4.2.2 Gabungan dua modaliti. 1.4.2.3 Gabungan tiga modaliti.

1.5 Hipotesis Kajian Hipotesis telah dibentuk bagi soalan kajian yang kedua di mana H 0 mewakili hipotesis nol dan H 1 mewakili hipotesis alternatif. 7 H 0 : Tidak terdapat hubungan pencapaian Matematik di kalangan pelajar (4SPM1, 4SPM2, 4SPT, 4SPT(PKPG)) dengan gaya pembelajaran. H 1 : Terdapat hubungan pencapaian Matematik di kalangan pelajar (4SPM1, 4SPM2, 4SPT, 4SPT(PKPG)) dengan gaya pembelajaran. 1.6 Persoalan Kajian Berikut adalah persoalan-persoalan yang telah dipertimbangkan dalam kajian. 1.6.1 Apakah gaya pembelajaran bagi modaliti VAK yang diamalkan oleh pelajar (4SPM1, 4SPM2, 4SPT, 4SPT(PKPG)) dalam mata pelajaran Matematik? 1.6.2 Apakah hubungan pencapaian mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar (4SPM1, 4SPM2, 4SPT, 4SPT(PKPG)) di Fakulti Pendidikan ini dengan gaya pembelajaran. 1.6.2.1 Satu modaliti. 1.6.2.2 Gabungan dua modaliti. 1.6.2.3 Gabungan tiga modaliti.