Laporan Ringkas: Bengkel Pengajaran & Pembelajaran Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer Dan Perhubungan (PPKKP), Sesi 1, 2015 1. Pengenalan Bengkel Pengajaran & Pembelajaran Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP) Sesi 1, 2015, telah diadakan pada 27 Januari 2015 (Selasa) jam 9.00 pagi 5.10 petang bertempat di Bilik Seminar Siantan, PPK Pembuatan. Bengkel ini difokuskan kepada semua pensyarah dan Pegawai Latihan Vokasional (PLV) PPKKP. Bengkel ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran PPKKP dan bertujuan untuk memberi maklumat serta panduan kepada tenaga pengajar PPKKP (yang baru khususnya) tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di pusat pengajian pada ketika ini. Di samping itu, bengkel ini juga merupakan platform untuk pensyarah dan PLV untuk mendapatkan penjelasan mengenai proses-proses pentadbiran yang diamalkan di PPKKP. Bengkel ini telah dihadiri oleh 56 orang tenaga pengajar pusat pengajian. 2. Taklimat Outcome Based Education (OBE) oleh Prof. Madya Ir. Dr. Anuar Mat Safar Bengkel bermula dengan taklimat berkenaan Outcome Based Education (OBE) yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Anuar Mat Safar, Pengarah Unit Kelayakan dan Akreditasi UniMAP. Taklimat adalah berkisar mengenai pendekatan OBE yang digunapakai di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada ketika ini. Taklimat ini juga menyentuh tentang Program Outcomes (PO) dan juga Program Educational Objective (PEO) yang telah ditetapkan oleh PPKKP pada awal tahun 2012.
3. Taklimat Aktiviti-aktiviti Berkaitan Akademik Sepanjang Satu Semester oleh Dr. Shahrul Nizam Yaakob Untuk sesi kedua, taklimat berkenaan aktiviti-aktiviti berkaitan akademik yang dilaksanakan di PPKKP pada setiap semester telah disampaikan oleh Dr. Shahrul Nizam Yaakob, Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidikan, PPKKP. Di dalam taklimat ini, perkara-perkara yang disentuh adalah mengenai beban kerja mengajar, POST-CER, penyampaian kursus, exam vetting, tarikh-tarikh penting di dalam kalendar akademik, mesyuarat majlis peperiksaan PPKKP dan juga penyediaan CER. 4. Taklimat Tanggungjawab RPS oleh En. Che Muhammad Nor Che Isa Seterusnya, bengkel diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh En. Che Muhammad Nor Che Isa, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, berkenaan Tanggungjawab RPS di UniMAP. Taklimat ini menyentuh perkara-perkara berkaitan hal ehwal pelajar yang patut diambil tahu oleh pensyarah seperti proses pengesahan pendaftaran pelajar, program 7 pillars UniMAP, pengurusan pelajar-pelajar yang berstatus percubaan (probation) dan juga pengurusan pelajar-pelajar asing.
5. Taklimat Group Design Project (GDP) oleh Dr. Mohd. Shahrazel Razalli Bengkel diteruskan dengan taklimat berkenaan kursus Group Design Project (GDP) oleh koordinator kursus Group Design Project (GDP) Dr. Mohd. Shahrazel Razalli. Perlaksanaan GDP di peringkat pusat pengajian, pemilihan tajuk, rubrik permarkahan dan juga Course Outcome (CO) untuk kursus ini diterangkan secara mendalam oleh Dr. Mohd. Shahrazel. Setelah selesai taklimat ini, bengkel berhenti rehat dan bersambung semula pada jam 2.30 petang.
6. Taklimat Penyediaan Fail Kursus oleh Cik Noor Syazana Arshad Bagi sesi petang, bengkel bermula semula dengan taklimat berkenaan penyediaan fail kursus oleh Cik Noor Syazana Arshad, Pengerusi Rancangan Kejuruteraan Perhubungan. Taklimat ini berkaitan dengan kandungan sesebuah fail kursus dan juga prosedur penghantaran dan peminjaman fail kursus dari bilik fail kursus. Peserta bengkel juga dibekalkan dengan contoh fail kursus yang lengkap dan boleh dijadikan contoh. 7. Taklimat Penyediaan Soalan Peperiksaan dan E-Learning in UniMAP oleh Prof. Dr. R. Badlishah Ahmad Seterusnya, bengkel diteruskan dengan taklimat bekenaan penyediaan soalan peperiksaan dan juga penggunaan e-learning dalam pengajaran. Taklimat disampaikan oleh Prof. Dr. R. Badlishah Ahmad, Dekan PPKKP. Dalam taklimat penyediaan kertas soalan peperiksaan, Prof. Dr. R. Badlishah Ahmad menyentuh secara mendalam berkenaan bloom taxanomy dan juga complex engineering problem. Di akhir taklimat, Prof. Dr. R. Badlishah Ahmad memberi contoh tentang kepelbagaian platform e-learning yang dapat digunapakai oleh pensyarah-pensyarah dalam mentranformasikan teknik pengajaran masing-masing. 8. Penutup Bengkel tamat pada jam 5.10 petang. Kehadiran tenaga pengajar pusat pengajian diambil kira sebagai 1 hari berkursus. Disediakan oleh, ROZMIE RAZIF OTHMAN Pengerusi Rancangan Kejuruteraan Komputer Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer Dan Perhubungan Lampiran 1: Tentatif Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran PPKKP, Sesi 1, 2015 Lampiran 2: Senarai Kedatangan Peserta Bengkel
Lampiran 1 Tentative for PnP Workshop 2015 (27 January 2015) Time Program 9.00 10.00 am OBE Talk by Assoc. Prof. Ir. Dr. Anuar Mat Safar 10.00 10.15 am Tea break 10.15 11.00 am Semestral Academic Activity by Dr. Shahrul Nizam Yaakob Workload (Meeting Workload) Post CER (Meeting Post CER) Course Delivery Exam Vetting Tests/Assignments/Quizzes Final Examination School Board Meeting CER 11.00 12.15 pm RPS Responsibility by Mr. Che Muhammad Nor Che Isa Course Verification 7 pillars etc. 12.15 pm 12.45 pm Group Design Project by Dr. Mohd. Shahrazel Razalli 12.45 2.30 pm Lunch Break 2.30 3.00 pm Course File by Miss Noor Syazana Arshad Explanation on each course file content 3.00 4.30 pm Preparation of Examination Questions & Answer Scheme by Prof. Dr. R. Badlishah Ahmad Bloom taxonomy Marks Distribution Complex Engineering Problem 4.30 5.10 pm e-learning in Teaching by Prof. Dr. R. Badlishah Ahmad