KEYAKINAN GURU-GURU SAINS (ETeMS) DI KAWASAN SKUDAI MENGAJAR SUBJEK SAINS DALAM BAHASA INGGERIS BERPANDUKAN KOMPUTER GAN MIAW YONG

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

"66O "8 '

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di Tanah Melayu

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

Transcription:

KEYAKINAN GURU-GURU SAINS (ETeMS) DI KAWASAN SKUDAI MENGAJAR SUBJEK SAINS DALAM BAHASA INGGERIS BERPANDUKAN KOMPUTER GAN MIAW YONG Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Pendidikan (Sains) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006

Untuk ayah dan ibu yang tersayang

PENGHARGAAN Penyelidik ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia tesis ini, Dr. Azlina Binti Md. Kosnin kerana telah memberi bimbingan dan dorongan sepanjang tempoh tesis ini dijalankan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr.Azlina Binti Md. Kosnin kerana sedia menolong penyelidik untuk menjayakan tesis ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia kerana membenarkan penyelidik menjalankan tesis ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana membenarkan penyelidik menjalankan kajian di sekolah-sekolah menengah kawasan Skudai. Kerjasama daripada pihak sekolah amat dihargai dan telah menjayakan penyelidikan ini. Kerjasama daripada guru-guru Sains (ETeMS) amat dihargai juga. Di samping itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung yang membantu menjayakan penyelidikan ini.

ABSTRAK Kajian ini telah mengkaji keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) di kawasan Skudai mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris berpandukan komputer. Aspek-aspek yang dikaji adalah keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) terhadap pembelajaran dan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris berpandukan komputer, masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains (ETeMS) dan perkaitan antara masalah dengan tahap kayakinan guru. Sampel kajian adalah terdiri daripada 51 orang guruguru Sains (ETeMS) di tujuh buah sekolah menengah kawasan Skudai. Instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah soal selidik. Data mentah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS 10.0 for windows. Kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai dikira untuk setiap item. Dapatan kajian menunjukkan tahap keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) terhadap pembelajaran dan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris adalah sederhana. Selain itu, tahap keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) terhadap pembelajaran dan pengajaran Sains dengan menggunakan komputer adalah sederhana juga. Guru-guru Sains (ETeMS) tidak menghadapi masalah yang amat membebankan dengan hanya menunjukkan aras masalah yang sederhana sahaja. Dapatan telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara masalah dengan tahap keyakinan.

ABSTRACT This research is a study about ETeMS Science teacher s confidence in teaching Science subject in English by using computer at the Skudai area. The aspects of study include the level of teacher s confidence, the problems that were faced by Science teachers and also the relation between the level of confidence and problems. The participants were 51 Science teachers from 7 secondary schools at Skudai area. A set of questionnaire was used as the instrument of this research and data were analyzed using SPSS 10.0 for windows. Descriptive analyses in the form of frequency, percentage, min and standard deviation were used in data analyzes. The results of the research show that the level of teacher s confidence to teach Science subject in English was at a moderate level. Besides, the level of teacher s confidence to teach Science subject by using computer was also at a moderate level. Results also show that Science teachers were not facing a big problem to teach Science subject in English by using computer as the level of problems were found to be at a moderate level. The relation between the level of confidence and the problems was found to be significant.

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN vii xi xiii xiv xv 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latarbelakang masalah kajian 3 1.2 Penyataan masalah 7 1.3 Objektif kajian 7 1.4 Persoalan kajian 8 1.5 Hipotesis kajian 8 1.6 Rasional kajian 9 1.7 Kepentingan kajian 10 1.8 Batasan kajian 10 1.9 Definisi kajian 11 1.9.1 Keyakinan 11 1.9.2 Sains 12 1.9.3 Bahasa Inggeris 12

1.9.4 ETeMS 13 1.10 Kesimpulan 13 2 TINJAUAN PENULISAN 2.0 Pengenalan 14 2.1 Teori effikasi diri (self-efficacy) 15 2.2 ETeMS / PPSMI 18 2.3 Kajian-kajian lalu yang berkaitan dengan keyakinan guru dan masalah yang dihadapi oleh guru dalam perlaksanaan projek ETeMS 22 2.3.1 Keyakinan guru 23 2.3.2 Masalah yang dihadapi oleh guru 26 2.4 Kajian-kajian lain yang berkaitan dengan ETeMS 28 2.5 Kesimpulan 32 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 34 3.1 Reka Bentuk Kajian 34 3.2 Populasi dan Sampel 35 3.3 Instrumen Kajian 35 3.3.1 Pembahagian Soalan 36 3.4 Prosedur Kajian 39 3.5 Analisis Data 40 3.6 Jangka masa Kajian 42 3.7 Kajian Rintis 43 3.8 Kesimpulan 44

4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan 45 4.1 Kebolehpercayaan kajian 46 4.2 Dapatan kajian 47 4.2.1 Maklumat latar belakang 47 4.2.2 Persoalan 1: Masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains (ETeMS) terhadap perlaksanaan ETeMS 55 4.2.3 Persoalan 2: Keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris 62 4.2.4 Persoalan 3: Keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains dengan menggunakan komputer 66 4.2.5 Persoalan 4: Perkaitan antara masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains (ETeMS) dengan tahap keyakinannya terhadap pembelajaran dan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris berpandukan komputer 70 4.2.6 Persoalan 5: Perbezaan tahap keyakinan yang signifikan antara guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris berpandukan komputer berdasarkan pengalaman mengajar yang berbeza 72 4.2.7 Persoalan 6: Perbezaan tahap keyakinan yang signifikan antara guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris berpandukan komputer berdasarkan umur yang berbeza 74 4.3 Kesimpulan 77

5 CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.0 Pengenalan 78 5.1 Perbincangan terhadap dapatan kajian mengikut pecahan persoalan 78 5.1.1 Perbincangan terhadap persoalan 1 79 5.1.2 Perbincangan terhadap persoalan 2 82 5.1.3 Perbincangan terhadap persoalan 3 84 5.1.4 Perbincangan terhadap persoalan 4 85 5.1.5 Perbincangan terhadap persoalan 5 87 5.1.6 Perbincangan terhadap persoalan 6 89 5.2 Cadangan Kajian 90 5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 92 5.4 Kesimpulan 93 RUJUKAN 94 LAMPIRAN 99

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Jumlah item bersifat positif dan bersifat negatif dalam 37 bahagian C 3.2 Jumlah item bersifat positif dan bersifat negatif dalam 38 bahagian D 3.3 Skor bagi Skala Likert 39 3.4 Senarai statistik untuk pengujian hipotesis dan objektif 41 4.1 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan sekolah 48 4.2 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan jantina 49 4.3 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan umur 49 4.4 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan pengalaman mengajar 50 4.5 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan kelulusan akademik tertinggi 51 4.6 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan aliran yang diikuti semasa belajar di sekolah menengah 52 4.7 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan bahasa pengantar yang digunakan semasa belajar di sekolah menengah 53 4.8 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan kursus yang diikuti di universiti 54

4.9 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan masalah yang dihadapi terhadap perlaksaan projek ETeMS 56 4.10 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan keyakinan mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris 63 4.11 Taburan guru-guru Sains (ETeMS) berdasarkan keyakinan mengajar subjek Sains dengan menggunakan komputer 67 4.12 Perkaitan antara masalah yang dihadapi dengan tahap keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris 70 4.13 Perkaitan antara masalah yang dihadapi dengan tahap keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains berpandukan komputer 71 4.14 Ujian Turkey yang dijalankan dalam ANOVA untuk pengalaman yang berbeza 73 4.15 Min keseluruhan bagi setiap kumpulan pengalaman 73 4.16 Ujian Turkey yang dijalankan dalam ANOVA untuk kumpulan umur yang berbeza 75 4.17 Min keseluruhan bagi setiap kumpulan umur 76

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Hubungan antara effikasi diri dengan hasil harapan 16

SENARAI SIMBOL R - Pekali Korelasi P - Pekali signifikan F - Pekali one-way ANOVA

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 99 B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia 108 C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Jabatan Pelajaran Johor 110 D Surat Kebenaran daripada Fakulti Pendidikan UTM 111

BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Pendidikan di Malaysia adalah yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ayat yang dinyatakan di atas merupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia. Jika meninjau kepada ayat yang dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia, kita dapat mengetahui bahawa pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan negara kita. Pada tahun 1991 hingga 2000, bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua

( RRJP 2 :1991-2000) dan bermulanya satu era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Setelah perlancaran Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2: 1991-2000), Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengubah sistem pendidikan negara kepada penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Ini adalah disebabkan ingin mencapai objektif Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2: 1991-2000), iaitu menjadikan Sains dan Teknologi sebagai satu asas yang penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi di samping menggalakkan budaya Sains dan Teknologi selaras dengan proses membangunkan sebuah ekonomi perindustrian moden. ( Ahmad Muhammad, 1991 ) Selain daripada penekanan kepada penggunaan komputer dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyedari bahawa Bahasa Inggeris memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan negara kita dapat bekerjasama dengan negara yang lain supaya boleh berjaya di peringkat dunia pada suatu hari nanti. Maka, bekas Menteri Jabatan Kementerian Pelajaran, Datuk Matnor Daim (1997) telah mengatakan bahawa Kementerian Pelajaran telah cuba mencari peluang dan berusaha untuk menghasilkan satu populasi pelajar yang mahir dalam dwibahasa atau multibahasa pada masa yang akan datang. Kata-kata beliau menunjukkan Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha untuk mengubah sistem pendidikan Malaysia ke arah yang terbaik supaya negara kita boleh membangun dan mencapai objektif wawasan 2020. Pada 6 Januari 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Projek Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atau English for The Teaching Mathematics and Science (ETeMS). Ini adalah disebabkan Kementerian Pelajaran Malaysia ingin berusaha untuk mencapai misi pendidikan negara iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti setaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Objektif keseluruhan projek ETeMS ini adalah untuk memastikan kemampuan guru-guru Sains dan Matematik mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris berpandukan komputer. Usaha-usaha yang telah

dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap projek ETeMS ini adalah seperti berikut: 1. Memberi laptop kepada guru-guru Sains dan Matematik 2. Menyediakan CD sebagai alat bantu mengajar 3. Memberi kursus kepada guru-guru Sains dan Matematik 4. Menyediakan modul kepada guru-guru Sains dan Matematik 5. Mencadangkan kaedah mengajar kepada guru-guru Sains dan Matematik 1.1 Latarbelakang masalah kajian Sejak perlaksanaan Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar utama di Malaysia. Peranan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kebangsaan telah diambil alih oleh Bahasa Melayu pada masa itu. Semua sekolah di Malaysia telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran dan pengajaran sejak tahun 1984. Perubahan ini telah menyebabkan kekurangan tumpuan rakyat Malaysia terhadap penggunaan Bahasa Inggeris pada masa itu walaupun kerajaan masih berusaha memastikan Bahasa Inggeris diajar di sekolah. Memandangkan dunia ekonomi sedang dikuasai oleh negara-negara Barat, maka negara kita sangat memerlukan tenaga manusia yang mampu menguasai Bahasa Inggeris pada masa yang akan datang demi kejayaan dan kemajuan Malaysia. Maka Kementerian Pelajaran melaksanakan projek ETeMS pada Januari 2003. Menurut Tengku Razaleigh Hamzah (2005), walaupun Kementerian Pelajaran telah berusaha dalam menjayakan projek ETeMS ini, tetapi malangnya projek ini belum lagi efektif. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai kaedah pengajaran Matematik dan Sains telah menimbulkan banyak masalah kepada guru dan murid sejak ia dilaksanakan tiga tahun lalu.

Guru-guru Sains (ETeMS) mengalami masalah dalam menguasai tatabahasa, nahu dan sebutan perkataan-perkataan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah disebabkan mereka hanya diterapkan pengajaran Sains dalam Bahasa Melayu sahaja semasa di sekolah rendah, menengah mahupun universiti. Apabila guru-guru Sains (ETeMS) diminta mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris, mereka menghadapi masalah untuk menterjemahkan istilah-istilah Sains dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar dengan tepat. Di samping itu, guru-guru Sains (ETeMS) juga mengalami masalah berkomunikasi dengan pelajar dalam Bahasa Inggeris. Akhirnya, guru-guru Sains (ETeMS) ini akan mengambil kesempatan mengajar subjek Sains dalam Bahasa Melayu dan membiarkan buku-buku teks dalam Bahasa Inggeris (Ismail Rubani, 2005). Selain daripada penguasaan Bahasa Inggeris, guru-guru Sains (ETeMS) telah mengalami masalah dalam menetapkan pendekatan pengajarannya. Tahap pengetahuan pelajar yang berbeza memerlukan pendekatan pengajaran yang berbeza, namun waktu pengajaran yang terhad itu menyebabkan guru-guru Sains (ETeMS) tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada setiap pelajar. Di kalangan pelajar pula, pelajar-pelajar tidak boleh memahami perkataanperkataan yang disebutkan dalam Bahasa Inggeris. Mereka yang tinggal di kawasan kampung kebanyakannya lebih mahir menggunakan bahasa dialek sendiri seperti Jawa, Bugis, Banjar dan bahasa-bahasa yang digunakan oleh nenek moyang mereka. Maka, pelajar-pelajar di sekolah yang tidak boleh memahami Bahasa Inggeris akan menghadapi masalah memahami konsep-konsep Sains. Menurut Zulkifli (2004), ramai pelajar tahun satu tidak dapat menguasai subjek Sains dengan baik kerana tidak memahami perkataan-perkataan Bahasa Inggeris. Kes ini boleh dikatakan berlaku di sekolah-sekolah kawasan pedalaman di Malaysia. Maka, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menjayakan projek ETeMS memang amat digalakkan, tetapi perlaksanaan projek ini dicadangkan supaya dijalankan secara beransur-ansur di sekolah dan bukannya menggunakan Bahasa Inggeris terus dalam subjek Sains. Pembangunan Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Seri Mahathir Mohamad pada

1 Ogos 1996 merupakan satu usaha yang amat membanggakan. Beliau telah menggariskan tujuh applikasi perdana, antaranya termasuk pembentukan Sekolah Bestari. Dalam konteks pendidikan Sekolah Bestari, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu pelbagai urusan di sekolah dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pembelajaran dan pengajaran. Sekarang, tidak hanya Sekolah Bestari sahaja yang mementingkan penggunaan komputer. Projek ETeMS yang dilaksanakan ini juga mementingkan penggunaan komputer dalam subjek Sains dan Matematik. Sejak perlaksanaan projek ETeMS, masalah penggunaan multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran subjek Sains tetap akan berlaku. Menurut Norashashim, Ros Alinda & Mazenah (1996), guru-guru menganggap komputer sebagai mesin yang memerlukan kepakaran. Maka, guru-guru yang kurang mahir dalam komputer telah mengelakkan diri daripada menggunakan laptop yang diberikan oleh kerajaan. Pemasangan LCD projektor kepada laptop merupakan satu tugas yang amat menyusahkan bagi mereka, maka mereka telah membuat kesempatan untuk mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan cara tradisional. Keadaan bilik darjah yang terang juga merupakan salah satu punca masalah projek ETeMS. Skrin paparan LCD menjadi tidak jelas di persekitaran yang terang. Maka pelajar-pelajar mengalami satu masalah lagi iaitu tidak boleh melihat nota-nota yang dipaparkan pada skrin LCD semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Selain itu, walaupun CD disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada guru-guru Sains (ETeMS) untuk pembelajaran dan pengajaran subjek Sains di sekolah, tetapi bagi mereka yang kurang kemahiran dalam mengendalikan komputer akan mengalami masalah. Kadang-kala, komputer tidak dapat mengeluarkan bunyi, imej dan animasi dalam CD telah membawa masalah kepada guru-guru Sains (ETeMS) di sekolah kerana tidak tahu untuk menyelesaikan masalah ini. Bagi mereka yang tidak tahu program-program komputer akan tidak tahu menggunakan CD itu dengan sempurna dan baik. Maka, mereka akan membuat kesempatan tidak menggunakan CD yang disediakan itu.

Dalam menjayakan projek ETeMS, keyakinan seseorang guru Sains amat diperlukan. Sebagai seorang guru yang unggul, perlu mempunyai keyakinan yang tinggi dan mempunyai sikap-sikap yang positif. Tujuannya adalah untuk membina dirinya sendiri dan juga pelajar-pelajar mereka. Maka, guru-guru Sains (ETeMS) seharusnya yakin dalam tugasnya setiap hari, sanggup menerima cabaran, sanggup mengambil risiko dan mengeluarkan idea-idea yang baru serta membuat rumusan. Daripada keyakinan seseorang guru itu telah mewujudkan optimisme dan iltizam. Akan tetapi, masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains terhadap projek ETeMS ini merupakan satu punca yang akan menjejaskan keyakinan guru itu. Guru-guru Sains yang kurang mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris mungkin akan menjadi tidak yakin pada dirinya semasa menyampaikan pembelajaran dan pengajaran Sains di dalam bilik darjah. Walaupun mereka menyedari bahawa sebagai seorang guru yang berkualiti mesti sanggup menerima sebarang cabaran, namun tekanan pada diri mereka telah menyebabkan mereka kurang yakin. Selain itu, kesusahan dalam berkomunikasi dengan pelajar juga mungkin akan menjejaskan keyakinan seseorang guru Sains. Apabila guru-guru Sains (ETeMS) mendapati pelajar mereka langsung tidak memahami pengajaran mereka, keyakinan mereka turut akan terjejas. Sebagai kesimpulannya, boleh dikatakan projek ETeMS masih mewujudkan masalah sejak perlaksanaannya sehingga hari ini. Kajian dibuat untuk mengetahui masalah yang dihadapi secara keseluruhannya. Di samping itu, kemungkinan besar masalah yang dihadapi akan menjejaskan keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) terhadap perlaksanaan projek ETeMS. Maka, kajian ini telah dilakukan untuk mengetahui tahap keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) terhadap perlaksanaan projek ETeMS berpandukan komputer.

1.2 Pernyataan masalah Daripada perbincangan yang telah dinyatakan dalam latar belakang masalah, kajian ini akan meninjau masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains (ETeMS) terhadap perlaksanaan projek ETeMS ini. Selain daripada itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) terhadap perlaksanaan projek ini. Aspek-aspek keyakinan yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris dan juga keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains dengan menggunakan komputer. Kajian ini juga akan meninjau perkaitan antara masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains (ETeMS) dengan keyakinan mereka terhadap projek ETeMS. 1.3 Objektif kajian Kajian ini dijalankan untuk mencapai beberapa objektif seperti berikut: 1. Mengenalpasti jenis masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains (ETeMS) terhadap perlaksanaan projek ETeMS. 2. Meninjau keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris serta menggunakan komputer. 3. Meninjau perkaitan antara masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains (ETeMS) dengan tahap keyakinan mereka terhadap projek ETeMS.

1.4 Persoalan kajian Persoalan-persoalan yang ingin dikaji dalam kajian ini adalah : 1. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains (ETeMS) terhadap perlaksanaan projek ETeMS? 2. Apakah tahap keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) terhadap pembelajaran dan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris? 3. Apakah tahap keyakinan guru-guru Sains (ETeMS) terhadap pembelajaran dan pengajaran Sains berpandukan komputer? 4. Adakah terdapat perkaitan antara masalah yang dihadapi oleh guruguru Sains (ETeMS) dengan tahap keyakinannya terhadap pembelajaran dan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris? Selain daripada persoalan-persoalan di atas, penyelidik juga ingin mengkaji : 1. Adakah terdapat perbezaan tahap keyakinan yang signifikan antara guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris berpandukan komputer berdasarkan pengalaman mengajar yang berbeza? 2. Adakah terdapat perbezaan tahap keyakinan yang signifikan antara guru-guru Sains (ETeMS) mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris berpandukan komputer berdasarkan umur yang berbeza?