PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN TERHADAP PROGRAM LATIHAN INDUSTRI DAVID LING EE HUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN TERHADAP PROGRAM LATIHAN INDUSTRI DAVID LING EE HUN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia JUN 2009
iv DEDIKASI untuk Ibu dan bapa yang tersayang dan tercinta, Ling Chieng Leh & Goh Ngieng Ping Kakak dan abang yang disayangi, Ling Ee Mui Ling Ee Lang Ling Ee Seng Ling Ing Ing Penyelia Projek Sarjana Muda yang dihormati, Dr. Mohd Safarin Bin Nordin Rakan-rakan sejati, Semua rakan SPH Kehadiranmu dalam hidup ini amat bermakna. Terima kasih semua.
v PENGHARGAAN Dalam usaha menyiapkan Projek Sarjana Muda ini, saya ingin kirimkan ribuan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya iaitu Dr. Mohd Safarin Bin Nordin yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dengan penuh sabar. Segala budi beliau akan saya kenangkan dan semoga lebih penuntut-penuntut dapat menimba lebih banyak pengalaman serta pengetahuan daripada beliau. Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya dalam usaha melahir dan mendidik saya sebagai seorang insan. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada kawan-kawan yang sentiasa membantu dan memberi sokongan kepada saya agar saya dapat menyiapkan projek ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyiapkan projek ini. Sekian, terima kasih.
vi ABSTRAK Program Latihan Industri berperanan penting dalam menyesuaikan para pelatih dengan cara kerja dan budaya organisasi di tempat kerja sebenar. Latihan ini juga mempercepatkan mereka mengenalpasti kelemahan dan keupayaan masing-masing bagi mengurangkan jurang antara keadaan sedia ada dengan jangkaan kerja seperti yang ditetapkan oleh organisasi. Namun, terdapat aduan bahawa tempoh yang ditetapkan untuk program Latihan Industri sekarang ini adalah tidak mencukupi untuk mendedahkan pelajar kepada keadaan kerja sebenar. Selain daripada itu, pihak industri juga kurang memberi kerjasama dalam hal-hal melatihkan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar-pelajar tahun empat Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap program Latihan Industri. Seramai 113 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan dalam pengkhususan kejuruteraan awam, elektrik, dan jentera serta kemahiran hidup telah dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Window 15.0 dan dikemukakan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan min. Dapatan kajian menunjukkan persepsi para pelajar terhadap program Latihan Industri yang dijalankan adalah memuaskan. Pengetahuan yang diperolehi daripada universiti adalah berkaitan dan bersesuaian dengan permintaan bidang industri terkini. Pihak industri telah memberi kerjasama kepada pihak universiti untuk menjayakan program Latihan Industri ini. Selain itu, para pelajar juga telah didedahkan kepada jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka di universiti. Walaupun terdapat sebahagian daripada pelajar tidak menganggap bahawa jangkamasa yang ditetapkan untuk program Latihan Industri adalah memadai. Namun begitu, para pelajar berpendapat program Latihan Industri ini memberi banyak kemahiran kepada mereka.
vii ABSTRACT Industrial Training programme played an important role in adapting the trainees with working style and organizational culture in the actual workplace. This training also offered chances to them to identify their own capabilites and weaknesses in order to reduce the gap between present situation at university with the actual workplace in future. However, there were complaints that the period allocated for the Industrial Training programme these days were insufficient to expose students to the actual work state. Besides, industrial authorities were also less co-operative in training the students. The purpose of this research was to study the perception of the fourth year students of Technical and Engineering Education, University Technology of Malaysia, on the Industrial Training programme. To achieve this objective, 113 respondents which comprised of the students from Bachelor of Technology with Education in civil engineering, electrical, mechanical, and living skill were involved. The research instrument used was in form of survey. Also, a set of questionnaire which was divided into Part A and Part B were distributed to the respondents. The data was then processed and analyzed by Statistical Package of Social Science Software (SPSS) Windows 15.0 and was stated in form of frequency, percentage and mean. The findings showed satisfactory perception of students on the Industrial Training programme. The knowledge obtained from university was related and matched the demand of the latest industrial field. Industrial authority had given cooperation to university to carry out the Industrial Training programme successfully. Apart from that, students also have been exposed to the types of jobs which are related to their learning fields in the university. The findings showed that although some students felt the period for the Industrial Training programme was too short to meet the objectives, they found out that the programme had actually exposed them to a variety of skills.
viii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iv v vi vii viii xi xii xiii BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Skop Kajian 8 1.8 Batasan Kajian 8
ix 1.9 Definisi Istilah 8 1.9.1 Persepsi 9 1.9.2 Latihan 9 1.9.3 Industri 10 1.9.4 Latihan Industri 10 BAB 2 SOROTAN PENULISAN 2.1 Pendahuluan 12 2.2 Kepentingan dan Kebaikan Latihan Industri 13 2.3 Kesesuaian Pengetahuan Teori dan Amali 14 2.4 Kerjasama Daripada Pihak Industri 15 2.5 Kesesuaian Jenis Pekerjaan 16 2.6 Jangkamasa Latihan Industri 17 2.7 Kemahiran Latihan Industri 18 2.8 Masalah Penulisan Laporan 19 2.9 Penutup 20 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 21 3.2 Rekabentuk Kajian 21 3.3 Tempat Kajian 22 3.4 Sampel Kajian 22 3.5 Kajian Rintis 24 3.6 Instrumen Kajian 25 3.7 Prosedur Kajian 26 3.8 Penganalisisan Data 27 3.9 Penutup 29 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pendahuluan 30 4.2 Analisis Berdasarkan Biodata Responden 31
x 4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 33 4.3.1 Analisis Dapatan Bagi Persoalan Kajian Satu 33 4.3.2 Analisis Dapatan Bagi Persoalan Kajian Dua 36 4.3.3 Analisis Dapatan Bagi Persoalan Kajian Tiga 40 4.3.4 Analisis Dapatan Bagi Persoalan Kajian 42 Empat 4.3.5 Analisis Dapatan Bagi Persoalan Kajian Lima 44 4.3.6 Analisis Dapatan Bagi Persoalan Kajian 49 Enam 4.4 Penutup 51 BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 52 5.2 Rumusan 52 5.2.1 Rumusan Berdasarkan Biodata Responden 53 5.2.2 Rumusan Berdasarkan Persoalan-persoalan 54 Kajian 5.3 Perbincangan 56 5.3.1 Kesesuaian Pengetahuan Teori Dan Amali 56 5.3.2 Kerjasama Daripada Pihak Industri 57 5.3.3 Kesesuaian Jenis Pekerjaan 59 5.3.4 Jangkamasa Latihan Industri 61 5.3.5 Kemahiran Latihan Industri 62 5.3.6 Masalah Penulisan Laporan 64 5.4 Cadangan 65 5.5 Cadangan Lanjutan 67 5.6 Penutup 68 RUJUKAN 69 Lampiran A C2 72-79
xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Jadual Krejcie, R. V. and Morgan D. W. yang menunjukkan kadar menentukan jumlah sampel 23 daripada populasi 3.2 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 26 3.3 Pemeringkatan Skala 28 3.4 Skala Nilai Min 29 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31 4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 32 4.3 Taburan Responden Mengikut Pengkhususan 32 4.4 Kesesuaian Pengetahuan Teori Dan Amali 34 4.5 Kerjasama Daripada Pihak Industri 37 4.6 Kesesuaian Jenis Pekerjaan 40 4.7 Jangkamasa Latihan Industri 43 4.8 Kemahiran Latihan Industri 45 4.9 Masalah Penulisan Laporan 49
xii SENARAI SINGKATAN UTM - Universiti Teknologi Malaysia PTK - Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan SPA - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraan Awam SPE - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Elektrik SPJ - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Jentera SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup MEF - Persekutuan Majikan-majikan Malaysia IPT - Institusi Pengajian Tinggi JPK - Jabatan Pembangunan Kementerian PB - Pusat Bertauliah SPSS - Statistical Package For The Social Science
xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 72 B Surat Pengesahan Pelajar 77 C1 Surat Pengesahan Item-item Soal Selidik 78 C2 Surat Pengesahan Item-item Soal Selidik 79
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Umumnya, universiti merupakan sesebuah institusi pengajian tinggi yang berperanan untuk melahirkan tenaga kerja profesional untuk memenuhi permintaan pelbagai bidang pekerjaan. Di Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah sebuah Institusi pengajian awam yang mempunyai peranan tersebut dengan berfokuskan kepada bidang sains dan teknologi. Selaras dengan peranan tersebut, terdapat 12 buah fakulti di UTM dan salah satunya adalah Fakulti Pendidikan telah ditubuhkan. Fakulti Pendidikan telah ditubuhkan pada Januari 1994 dengan tujuan bagi melahirkan modal insan yang terlatih. Oleh demikian, program Latihan Industri telah disediakan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus tertentu bagi Fakulti Pendidikan. Program Latihan Industri berperanan penting dalam menyesuaikan diri para pelatih dengan cara kerja dan budaya organisasi. Latihan ini juga mempercepatkan mereka mengenalpasti kelemahan dan keupayaan masing-masing bagi mengurangkan
2 jurang antara keadaan sedia ada dengan jangkaan kerja seperti yang ditetapkan oleh organisasi (Abdul Halim, Nik Maheran dan Rosni, 2001). Latihan Industri merupakan salah satu mata pelajaran wajib kepada pelajarpelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (PTK) yang mengikuti program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan dalam pengkhususan kejuruteraan awam (SPA), elektrik (SPE), dan jentera (SPJ) serta kemahiran hidup (SPH). Pelajar akan ditempatkan di bidang-bidang industri/organisasi selama lapan minggu dan akan didedahkan dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar serta berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang akan ditempuhi. Merujuk kepada Buku Log Latihan Industri Fakulti Pendidikan UTM, objektif fakulti mengadakan program-program seperti ini ialah untuk: i. MELAHIRKAN AHLI TEKNOLOGI UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN PEMBANGUNAN INDUSTRI DAN NEGERA. ii. MELAHIRKAN PENDIDIK DALAM BERBAGAI BIDANG UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN NEGARA. iii. MEMPERKUKUHKAN PENGETAHUAN ASAS TEKNOLOGI KEPADA BAKAL GURU DALAM BERBAGAI BIDANG DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. iv. MENJALANKAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN DALAM BERBAGAI BIDANG YANG BERFAEDAH KEPADA NEGARA. v. MERNAWARKAN BERBAGAI KHIDMAT KEPADA MASYARAKAT. Manakala matlamat Latihan Industri pula ialah melahirkan guru yang terlatih di dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan industri, selaras dengan matlamat UTM: MELAHIRKAN AHLI TEKNOLOGI YANG CEKAP DAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PENCIPTANYA DAN MASYARAKAT. Objektif bagi Latihan Industri ini adalah seperti berikut:
3 1. Mendedahkan pelajar kepada jenis pekerjaan, suasana persekitaran dan suasana kerja yang terdapat di industri/organisasi. 2. Memberi peluang kepada pelajar memperolehi kemahiran pada kesempatan terawal yang mungkin. 3. Memupuk sikap kerja yang baik kepada pelajar dan menggalakkan interaksi dengan berbagai kalangan pekerja dan masyarakat. 4. Melatih pelajar menulis laporan yang lengkap dan teratur. 5. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaitkan pelajaran dalam kuliah dengan praktik di industri. (Buku Log UTM, 2008) 1.2 Latar Belakang Masalah Perlaksanaan Latihan Industri adalah bertujuan membantu pelajar-pelajar dengan mendedahkan kepada situasi sebenar semasa bekerja dan meluaskan pengetahuan dan kemahiran mereka. Latihan ini memberi pelajar ruang untuk membentuk unsur-unsur penambahbaikan dalam aspek-aspek seperti disiplin diri, bekerja mengikut tatacara kerja yang sebenarnya, melaksanakan projek atau tugasan dan sikap bekerja dalam kumpulan (Ismail, Nurashikin dan Yusof, Zuraka, 2003). Seperti yang dinyatakan, perlaksanaan tersebut dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang mahir dan berkualiti kepada masyarakat dalam pelbagai bidang industri. Hal ini adalah amat penting bagi pembangunan sumber ekonomi negara kita yang sedang membangun. Di UTM, program Latihan Industri yang dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar PTK mengambil tempoh masa selama lapan minggu. Namun begitu, tempoh yang
4 ditetapkan ini adalah terlalu singkat bagi pelajar-pelajar tersebut untuk mendedahkan diri mereka dalam bidang Latihan Industri dengan sepenuhnya. Menurut kata Setiausaha Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), iaitu Shamsuddin Bardan (Berita Harian, 12 Disember 2006), bahawa tempoh empat bulan untuk Latihan Industri seperti sekarang ini tidak cukup untuk mendedahkan pelajar kepada keadaan sebenar sesuatu industri dan tempoh yang diharapkan oleh beliau adalah satu tahun. Sepertimana yang disebutkan, tempoh masa selama empat bulan adalah tidak mencukupi untuk pendedahan sepenuhnya dalam bidang industri, apatah lagi dengan tempoh selama lapan minggu yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan UTM. Kemungkinan besar pelajar tersebut hanya mampu memperolehi pengalaman atau kemahiran yang asas melalui bidang industri. Pelajar tersebut akan menghadapi masalah kekurangan pengetahuan semasa menceburi dalam bidang perguruan terutamanya semasa menjalankan proses pembelajaran serta pengajaran di sekolah pada masa kelak. Maka objektif program Latihan Industri tidak boleh dikatakan tercapai. Selain daripada itu, untuk menjayakan dan mencapai matlamat program Latihan Industri UTM, iaitu melahirkan guru yang terlatih dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan industri, kerjasama antara pihak majikan dan universiti adalah sangat penting. Malangnya, pihak majikan pada masa kini adalah lebih mementingkan keuntungan dan kurang memberi kerjasama dalam hal-hal melatihkan pelajar untuk menjadi tenaga kerja yang mahir. Berikutan laporan Berita Harian pada 12 Disember 2006 juga, Setiausaha Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) telah menyatakan bahawa terdapat maklum balas daripada pihak universiti yang mengadu sukar menempatkan pelajar universiti di tempat industri. Menurutnya lagi, salah satu faktor yang menyebabkan hal ini berlaku adalah pembayaran elaun yang tinggi untuk pelatih. Kebanyakan syarikat atau bidang industri tidak sudi menanggung kos untuk mengupah serta melatih pelajar supaya menjadi mahir.
5 Pernyataan ini juga dapat disokong dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh UTM, diketuai oleh Prof. Dr. Siti Hamisah Tamsir, dibiayai Kementerian Pengajian Tinggi (Rencana Berita Harian, 12 April 2007), bahawa kewujudan institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak berorientasi keuntungan sebaliknya lebih menjurus kepada pengajaran, penyelidikan dan khidmat kepakaran. Menurutnya lagi, ini adalah berbeza dengan sektor industri yang dijana dan dinilai berasaskan prestasi kewangan dan keuntungan. Hal ini telah membawa kesukaran kepada pihak universiti yang ingin menempatkan pelajar di bidang industri atau pelajar yang ingin membuat permohonan memasuki bidang industri bagi tujuan menjalani Latihan Industri mereka. 1.3 Pernyataan Masalah Berdasarkan latar belakang masalah yang dikemukan di atas, maka kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar-pelajar tahun empat Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (PTK) yang mengambil kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan dalam pengkhususan kejuruteraan awam (SPA), elektrik (SPE), dan jentera (SPJ) serta kemahiran hidup (SPH) terhadap program Latihan Industri yang dilaksanakan oleh Fakulti Pendidikan UTM. Persepsi adalah berasaskan pengalaman yang mereka perolehi semasa menjalani program Latihan Industri.
6 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan: 1.4.1 untuk mengenalpasti sama ada pengetahuan teori dan amali yang diperolehi daripada bidang pengajian masing-masing di universiti berkaitan dengan permintaan bidang industri yang dipilih. 1.4.2 untuk mengenalpasti kerjasama diberi daripada pihak industri. 1.4.3 untuk mengenalpasti sama ada pelajar didedahkan kepada jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian masing-masing di universiti. 1.4.4 untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap jangkamasa yang diperuntukkan untuk menjalani Latihan Industri. 1.4.5 untuk mengenalpasti kemahiran yang diperolehi oleh pelajar semasa menjalani Latihan Industri. 1.4.6 untuk mengenalpasti sama ada pelajar menghadapi masalah dalam penulisan laporan. 1.5 Persoalan Kajian Antara persoalan yang membina asas kepada kajian ini: 1.5.1 Adakah pengetahuan teori dan amali yang diperolehi daripada bidang pengajian masing-masing di universiti berkaitan dengan permintaan bidang industri yang dipilih? 1.5.2 Adakah kerjasama diberi daripada pihak industri?
7 1.5.3 Adakah pelajar didedahkan kepada jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian masing-masing di universiti? 1.5.4 Apakah persepsi pelajar terhadap jangkamasa yang diperuntukkan untuk menjalani Latihan Industri? 1.5.5 Apakah kemahiran yang diperolehi oleh pelajar semasa menjalani Latihan Industri? 1.5.6 Adakah pelajar menghadapi masalah dalam penulisan laporan?