TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DI KALANGAN GURU BIOLOGI SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Similar documents
A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

"66O "8 '

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

Faculty Of Information and Communication Technology

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DI KALANGAN GURU BIOLOGI SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CHONG SHIAU LI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Biologi). Tandatangan :... Nama Penyelia I : PM DR. ABU HASSAN BIN KASSIM Tarikh :...

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DI KALANGAN GURU BIOLOGI SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya CHONG SHIAU LI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: LOT 5830, JLN STUTONG, STAMPIN RESETT. SCHEME, 93350 KUCHING, SARAWAK. Tarikh: (TANDATANGAN PENYELIA) PM DR. ABU HASSAN BIN KASSIM Nama Penyelia Tarikh: CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

TAHAP PELAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DI KALANGAN GURU BIOLOGI SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CHONG SHIAU LI Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi). Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia FEBRUARI, 2004

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama Penulis : CHONG SHIAU LI Tarikh :...

iii PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Profesor Madya Dr. Abu Hassan bin Kassim selaku pensyarah pembimbing projek ini, di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan galakkan serta teguran yang membina sejak dari awal kajian ini dirancang sehinggalah projek ini dapat disempurnakan. Segala ilmu dan pengalaman yang dicurahkan akan dikenangi dan jadi panduan dalam menempuh harihari mendatang. Penghargaan juga diberikan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, di atas kebenaran bagi menjalankan kajian ini. Ribuan terima kasih juga kepada Pengetua, guru-guru Biologi dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

iv ABSTRAK Sistem pendidikan di Malaysia adalah bersifat dinamik dan sentiasa disesuaikan dengan perkembangan dan keperluan terkini. Mata pelajaran Biologi KBSM yang disemak semula pada tahun 2001 memberi penekanan terhadap pemerolehan pengetahuan Biologi, menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains (KPS). Penguasaan KPS adalah penting bagi membantu pelajar berfikir secara progresif, proaktif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Persoalannya: Adakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum Biologi KBSM? Justeru, kajian ini bertujuan meninjau sejauh manakah perlaksanaan KPS oleh guru Biologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah sekitar daerah Johor Bahru. Aspek yang dikaji dalam kajian ini melibatkan penyediaan peluang, kesediaan guru untuk membimbing serta penggunaan KPS untuk menyelesaikan masalah. Jenis KPS yang terlibat ialah kemahiran membuat hipotesis, kemahiran membuat inferens, kemahiran mengawal pemboleh ubah dan kemahiran mentafsir maklumat. Seramai 162 orang pelajar dari empat buah sekolah menengah di daerah Johor Baru, telah dilibatkan dalam kajian. Pemilihan sekolah sekolah tersebut adalah secara rawak mudah menggunakan kaedah loteri. Soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian bagi mendapatkan data berkaitan dengan kajian ini. Data mentah yang diperoleh dianalisis dengan mengira kekerapan dan peratusan menggunakan perisian komputer SPSS 11.0 for Window. Seterusnya, kekerapan tertinggi (mod) bagi setiap item ditentukan. Dapatan kajian mendapati perlaksanaan KPS pada keseluruhannya di tahap sederhana. Hasil kajian menunjukkan guru Biologi kurang memberi peluang, membimbing pelajar serta menggunakan KPS untuk menyelesaikan masalah harian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kekangan, implikasi dan cadangan kajian telah dikemukakan untuk kajian yang seterusnya.

v ABSTRACT The educational system in Malaysia is dynamic and being suited to the development and requirements. Biology curriculum in KBSM was being reviced in year 2001 in order to emphasize on the way to obtain knowledge in Biology and Science Process Skills. The development of Science Process skills is vital for the students to think progressive, proactive and innovative ways to solve the problems in daily life. The question is, did the Biology teachers carry out Science Process Skills in school as proclaimed by Biology curriculum in KBSM? So, this study aims to find how good is Science Process Skills being carried out among the Biology teachers in the secondary schools of Johore Bahru. The aspects include chances availability, teacher s preparation to instruct and readiness to use Science Process Skills as a solution in problem solving. Science Process Skills in this study consists of skills in formulating hypothesis, inferring, controlling variables and interpreting data. The respondents of this study had been chosen from four secondary schools in Johore Bahru that consist of 162 students. The schools that used as the population for the study were being selected randomly. Questionnaires are used to collect the data concerning this study. The raw data had been analyzed by counting on the frequency and percentage by using the software SPSS 11.0 for window. Thus, the mode for each item was being determined. The result of the research show that Science Process Skills was being carried out is in the moderate level. Besides that, the results show that Biology teachers gave less opportinity and guiding their pupils to solve problems by using Science Process Skills. Some implications and findings are suggested. Limitations are cited and some suggestions for further research are being put forward.

vi KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT KANDUNGAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI LAMPIRAN vi i ii iii iv v x xi BAB I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Penyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Kepentingan Kajian 7 1.6 Skop Kajian 8 1.7 Batasan Kajian 9

vii 1.8 Definisi Kajian 9 1.8.1 Kemahiran Proses Sains 9 1.8.2 Kemahiran Membuat Inferens 11 1.8.3 Kemahiran Membuat Hipotesis 11 1.8.4 Kemahiran Mentafsir Maklumat 12 1.8.5 Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah 12 BAB II SOROTAN KAJIAN 13 2.1 Pendahuluan 13 2.2 Kemahiran Proses Sains (KPS) Dan KBSM 13 2.3 Peranan Guru Dalam Perlaksanaan Kemahiran Proses Sains 15 2.3.1 Penyediaan Peluang bagi Pelajar Menguasai KPS 16 2.3.2 Kesediaan Guru Membimbing Pelajar Menguasai KPS 17 2.3.3 Penggunaan KPS Untuk Menyelesaikan Masalah Harian 17 2.4 Perlaksanaan KPS Di Kalangan Guru-Guru 18 2.5 Pencapaian Pelajar Dalam KPS 19

viii BAB III METODOLOGI KAJIAN 21 3.1 Pendahuluan 21 3.2 Reka Bentuk Kajian 21 3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 22 3.4 Instrumen Kajian 23 3.5 Prosedur Kajian 24 3.6 Kajian Rintis 25 3.7 Kaedah Analisis Data 26 BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL 28 4.1 Pendahuluan 28 4.2 Analisis Data 28 4.2.1 Latar Belakang Responden 29 4.2.2 Maklum Balas Responden Terhadap Aspek Kajian 30 4.3 Perbincangan Hasil 32 4.3.1 Latar Belakang Responden 32 4.3.2 Aspek Kajian 32 4.3.2.1 Penyediaan Peluang Bagi Pelajar Menguasai KPS 33 4.3.2.2 Kesediaan Guru Membimbing Pelajar Menguasai KPS 34 4.3.2.3 Penggunaan KPS Untuk Menyelesaikan Masalah Harian 35

ix BAB V KESIMPULAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN KAJIAN LANJUTAN 36 5.1 Pendahuluan 36 5.2 Rumusan 36 5.3 Implikasi Kajian 37 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 38 RUJUKAN 39

x SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan item bagi setiap aspek kajian 23 3.2 Tahap penilaian berdasarkan peratus 27 4.1 Taburan kekerapan latar belakang responden 29 4.2 Taburan perspektif responden terhadap perlaksanaan KPS dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi KBSM mengikut kekerapan (dan peratusan) 31

xi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Instrumen kajian (Soal selidik) 45 B Surat pengesahan dari Fakulti Pendidikan 54 C Surat kebenaran menjalankan kajian dari EPRD-KPM 55 D Surat kebenaran menjalankan kajian dari JPN 56 E Analisis lengkap lima skala 57

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Negara Malaysia sedang pesat berkembang, bercita-cita dan berwawasan untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Sebagai negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu saintifik dan progresif. Bagi merealisasikan wawasan 2020, pendidikan sains telah memainkan peranan yang penting bagi melahirkan warga negara berfikiran kritis, kreatif, berketerampilan serta mengamalkan budaya sains dan teknologi. Biologi merupakan satu bidang keilmuan dinamik yang mengkaji tentang kehidupan, persekitaran dan interaksi antara kehidupan dengan persekitaran. Perkembangan dalam bidang Biologi yang begitu pesat terutama dalam bidang bio teknologi, kejuruteraan genetik dan teknologi makanan telah memberikan sumbangan terhadap bidang perubatan, pertanian dan perindustrian. Oleh itu, warga negara Malaysia perlu menguasai ilmu Biologi supaya turut memberikan sumbangan untuk mencapai wawasan 2020.

2 Mata pelajaran Biologi KBSM merupakan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Kandungan sukatan pelajaran Biologi KBSM merangkumi kajian tentang sel, proses fisiologi, variasi dan ekosistem. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, mata pelajaran ini bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dalam bidang Biologi, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Penekanan terhadap penggunaan kemahiran saintifik meliputi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Penguasaan kemahiran manipulatif melibatkan pelajar dalam mengendalikan spesimen, radas makmal dan bahan kimia dengan teknik yang betul dan selamat. Bagi mempertingkatkan penguasaan kemahiran proses sains (KPS), pelajar akan dilibatkan dengan kemahiran mengenai pasti masalah, membuat hipotesis, merancang dan menjalankan kajian, mentafsir data dan maklumat,membuat inferens dan keputusan. Penguasaan KPS adalah penting bagi membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran dalam mengendalikan maklumat dan menyelesaikan masalah (Burns et al.,1985). Penguasaan KPS juga membantu mereka menjadi masyarakat yang boleh berfikir secara progresif, proaktif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian (Ishak et al., 1998).

3 1.2 Latar Belakang Masalah Sistem pendidikan di Malaysia adalah bersifat dinamik dan sentiasa disesuaikan dengan perkembangan dan keperluan terkini. Dalam masa tempoh empat dekad kebelakangan ini, kurikulum sekolah menengah di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan. Kurikulum tradisi yang terlalu mementingkan penyampaian fakta atau isi kandungan telah digantikan dengan pendekatan moden yang menyarankan kaedah pembelajaran sains melalui pendekatan inkuiri terpimpin pada 70-an (Abu Hassan, 1999). Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum sekolah telah mengalami perubahan yang menyeluruh dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menegah (KBSM) pada tahun 1989. Pendidikan sains KBSM telah memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh, pemupukan nilai murni serta penguasaan kemahiran saintifik. Walau bagaimanapun, penyemakan telah dijalankan ke atas KBSM pada tahun 2001. Penyemakan tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan warga negara menghadap cabaran pendidikan abad 21 serta membantu merealisasikan wawasan 2020 (Pusat perkembangan kurikulum, 2001). KBSM yang disemak semula telah dilaksanakan di seluruh Malaysia pada tahun 2002. Kurikulum sains KBSM yang baru memberi penekanan terhadap tiga aspek utama iaitu pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan penerapan sikap saintifik. Unsur-unsur utama dalam kurikulum sains ini diintegrasikan melalui pembelajaran berfikrah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Sukatan Biologi KBSM yang disemak semula telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum, objektif Biologi KBSM adalah untuk membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan Biologi, menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik serta mampu

4 mengaplikasikannya secara analitis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan harian. Sebagaimana yang telah dibincang, kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains. Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Pada tahun 1999, penilaian prestasi pelajar khususnya melibatkan kemahiran saintifik telah dijalankan melalui perlaksanaan PEKA. Melalui PEKA, kesemua aspek yang melibatkan kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif serta nilai murni pelajar akan dinilai secara formatif. Walau bagaimanapun, perlaksanaan PEKA telah dimansuhkan dan digantikan dengan ujian amali bertulis (kertas 3) bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2002. Melalui ujian amali bertulis tersebut, pelajar akan dinilai secara formatif yang melibatkan 12 aspek kemahiran proses sains dan 8 aspek kemahiran manipulatif. Pada tahun 2003, PEKA yang dimansuhkan telah diwujudkan semula. Maka, penguasaan kemahiran saintifik di kalangan pelajar akan dinilai melalui perlaksanaan PEKA di samping menduduki ujian amali bertulis. Perubahan-perubahan yang berlaku dari kurikulum tradisi kepada KBSM telah mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dan sekali gus membawa perubahan kepada tugas dan peranan guru. Selain daripada penerapan konsep sains, guru juga tidak boleh mengetepikan penerapan pengetahuan tentang kemahiran proses sains kepada pelajar (Sukor, 2000). Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, pelajar bukan sahaja belajar/diajar unsur intelektual semata, malah perlu di dedah kepada penggunaan konsep sains dan konsep kemahiran proses sains dalam kehidupan harian (Junaidah, 2003).

5 Meskipun pendidikan sains KBSM telah menggariskan penekanan terhadap kemahiran proses sains tetapi terdapat percanggahan sistem pendidikan yang diamalkan dengan yang dirancang (Junaidah, 2003). Guru sebagai pelaksana kurikulum memainkan peranan yang penting untuk mengajar dan menerapkan kemahiran proses sains bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran tersebut sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kajian telah menunjukkan ramai di kalangan guru yang kurang menekankan kemahiran proses sains (KPS) dalam pengajaran dan pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990). Di samping itu, kebanyakan kajian di peringkat sekolah juga menunjukkan pencapaian KPS pelajar masih pada tahap yang lemah (misalnya Sulaiman, 1999; Mohamed Sallleh, 2000; Sanariah, 2000). Perlaksanaan kurikulum di sekolah didapati tidak menumpukan kepada perkembangan pemikiran secara kreatif dan kritis, rasional, logik serta penguasaan KPS (Awang Had, 1993). Kaedah pengajaran yang diamalkan oleh kebanyakan guru ialah secara chalk and talk yang bertumpu kepada penyampaian fakta-fakta dalam buku teks (Chen, 1982; Marimuthu et al., 1990, Mohd Najib, 1993). Guru terikat dengan silabus dan pelajar dididik dengan tujuan untuk menduduki peperiksaan semata-mata. Maka, pelajar yang terikat dengan kaedah pengajaran tradisi melalui hafalan dan mengingat kembali fakta tidak berpeluang untuk meningkatkan kemahiran saintifik serta tidak mampu berfikir secara kreatif (Mohd Najib, 1995). Terdapat bukti menunjukkan bahawa ramai guru yang lebih suka memberikan tunjuk cara dari melibatkan pelajar dalam kelas amali. Jika pelajar dilibatkan pun hanya bertindak bagi membina kemahiran manipulatif mengikut resipi makmal yang disediakan dan bukan ke arah meningkatkan KPS (Byrne, 1990). Pengajaran dan pembelajaran oleh guru yang tidak menekankan penguasaan KPS telah menyebabkan pelajar lemah dalam kefahaman dan penguasaan KPS (Sanariah, 2000). Di samping itu, hasil kajian juga melaporkan bahawa penguasaan KPS di kalangan pelajar yang masih lagi terbatas merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pencapaian pelajar lemah dalam sains (Loo, 2000).

6 KPS yang diberikan penekanan dalam kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran masih tertumpu kepada kemahiran peringkat rendah seperti kemahiran pemerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor (Chin dan Tan, 2001). KPS di tahap yang lebih tinggi seperti kemahiran menggunakan ruang dan masa, mentafsir maklumat, membuat inferens, membuat hipotesis, mengawal pemboleh ubah, mendefinisi secara operasi dan mengeksperimen masih belum menjadi amalan dan budaya dalam pengajaran sains. 1.3 Penyataan Masalah Sebagaimana yang dibincangkan, pelajar masih lemah dalam KPS dan pengajaran guru didapati tidak menekankan KPS, terutama KPS di tahap yang lebih tinggi. Berdasarkan senario di atas, wujud beberapa persoalan dalam perlaksanaan KPS semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Biologi KBSM iaitu: i. Adakah guru memberi peluang kepada pelajar bagi menguasai kemahiran membuat hipotesis, inferens dan mengawal pemboleh ubah sebelum eksperimen dijalankan? ii. Adakah guru memberi peluang kepada pelajar bagi menguasai kemahiran mentafsir data daripada maklumat yang dikumpulkan di akhir eksperimen? iii. Adakah guru sedia membimbing pelajar menguasai KPS semasa proses pengajaran dan pembelajaran? iv. Adakah guru melatih pelajar menggunakan KPS untuk menyelesaikan masalah harian?