GAYA PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

NOORHASNI BINTI HASAN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

"66O "8 '

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Transcription:

GAYA PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU RATHI A/P SELVARAJOO Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia OKTOBER 2004

DEDIKASI DITUJUKAN ISTIMEWA UNTUK: Ibu yang dikasihi yang sentiasa memberi dorongan; Puan. Vellayamma A/P Chellaiha Ayah yang dihormati dan sentiasa membantu; En. Selvarajoo A/L Dorasamy Kakak dan abang yang dikasihi; Rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu bersama-sama berkongsi suka dan duka, pengalaman pahit dan manis dan sentiasa membantu. Sesungguhnya kejayaan ini milik kita semua bersama.

PENGHARGAAN Bersyukur dengan segala limpah kurnia Tuhan yang telah memberi segala kekuatan, bantuan dan kesabaran hingga ke saat-saat akhir penyempurnaan Projek Sarjana Muda ini. Segala restu Nya telah menjayakan projek ini. Penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda ini, En Jamaludin Ramli di atas bimbingan yang diberikan sepanjang tempoh projek ini dijalankan. Beliau sentiasa memberi tunjuk ajar dan komen yang membina bagi menjadikan projek ini dilaksanakan dengan lebih sempurna. Beliau juga sentiasa memberi didikan apabila penyelidik menemui masalah. Beliau seorang yang dedikasi dan bertanggungjawab. Disamping itu, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan membimbing penyelidik sepanjang projek ini dijalankan. Penghargaan juga diberikan kepada pihak Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah, Pusat Sumber Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan kepada sesiapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung membantu dalam Projek Sarjana Muda ini. Sekian.

ABSTRAK Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ialah satu mata pelajaran wajib dalam program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bahagian Teknik dan Vokasional. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui gaya pembelajaran dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di kalangan pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan hubungannya dengan pencapaian peperiksaan. Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Empat. Seramai 70 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik yang telah diterjemah dan diubahsuai dari soal selidik gaya pembelajaran yang terdapat dalam The Manual of Learning Styles oleh Honey dan Mumford (1992). Data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages For Social Science) 10.00 for window. Analisis Korelasi Pearson digunakan bagi melihat hubungan antara gaya pembelajaran dan pencapaian peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Ujian t telah digunakan untuk melihat perbezaan gaya pembelajaran antara jantina. Hasil kajian ini menunjukkan gaya pembelajaran dominan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ialah gaya Reflector. Gaya pembelajaran Pragmatist dan Activist tidak menunjukkan hubungan dengan pencapaian manakala gaya Reflector dan Theorist menunjukkan terdapat hubungan dengan pencapaian.

ABSTRACT Engineering Drawing is a compulsory subject in the technical section of the Secondary Schools Integrated Curriculum (KBSM). The purpose of this study is to shed light on the styles utilized in engineering drawing amongst students of Form 4, of the Johore Bahru Technical Secondary School and its relation to the achievements garnered in examinations. The population of this study consists of Form 4 students. 70 students were chosen for this study. This study is in descriptive format, which utilizes questionnaires that were translated and modified from the styles by Honey and Mumford (1992). The data obtained was analyzed with the SPSS (Statistical Packages for Social Science) software version 10.0 for windows. The Pearson Correlative Analysis was used to ascertain the relationship between the styles of learning and the achievements in examinations in the subject of Engineering Drawing. The t Test was utilized to differentiate the style of learning between genders. The result of this research shows that the Reflector style of learning is the most dominant in the Engineering Drawing subject. The Pragmatist and Activist styles of learning, however, do not share a relationship with students achievement while the Reflector and Theorist styles exhibit direct relationship with students achievement.

ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii x xii xiii BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Kajian 4 1.2 Pernyataan Masalah 5 1.3 Kajian Rintis 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Hipotesis Kajian 9 1.7 Batasan Kajian 10 1.8 Kepentingan Kajian 10 1.9 Model Kajian 11

BAB II 1.10 Definisi Istilah 12 1.11 Kesimpulan 13 SOROTAN KAJIAN 2.0 Pengenalan 14 2.1 Matlamat Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan 15 2.2 Pembelajaran 15 2.3 Gaya Pembelajaran 18 2.4 Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford 26 2.5 Kesimpulan 30 BAB III METODOLOGI 3.0 Pengenalan 31 3.1 Reka Bentuk kajian 31 3.2 Prosedur Kajian 32 3.3 Lokasi Kajian 33 3.4 Populasi dan Persampelan 33 3.5 Instrumen Kajian 34 3.5.1 Bahagian A 34 3.5.2 Bahagian B 35 3.6 Kajian Rintis 36 3.7 Analisis Data 37 3.8 Kesimpulan 39 BAB IV ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan 40 4.1 Analisis Data Latar Belakang Responden 41 4.1.1 Taburan Responden 42 4.2 Analisis Data Item-item Persoalan Kajian 44 4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1 44

4.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2 47 4.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3 49 4.2.4 Analisis Persoalan Kajian 4 51 4.2.5 Analisis Persoalan Kajian 5 54 4.2.6 Analisis Persoalan Kajian 6 55 4.2.7 Analisis Persoalan Kajian 7 58 4.3 Kesimpulan 62 BAB V: RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 64 5.1 Rumusan Dapatan Kajian 65 5.2 Perbincangan Persoalan Kajian 66 5.2.1 Persoalan Kajian 1 66 5.2.2 Persoalan Kajian 2 67 5.2.3 Persoalan Kajian 3 68 5.2.4 Persoalan Kajian 4 68 5.2.5 Persoalan Kajian 5 69 5.2.6 Persoalan Kajian 6 70 5.2.7 Persoalan Kajian 7 72 5.3 Perbincangan Gaya Pembelajaran 73 5.4 Rumusan 75 5.5 Cadangan 76 5.6 Saranan Kajian Lanjutan 77 5.7 Penutup 78 BIBLIOGRAFI 80 LAMPIRAN 84

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT Jadual 3.1 Pembolehubah Kajian 32 Jadual 3.2 Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 35 Jadual 3.3 Pembahagian Item Mengikut Gaya Pembelajaran 36 Jadual 3.4 Ringkasan Analisis Min 38 Jadual 3.5 Klasifikasi Kekuatan Korelasi (dalam Davies,1976) 38 Jadual 3.6 Lima Aras Skala Likert 39 Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42 Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan 42 Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Dalam Peperiksaan 43 Pertengahan Tahun Sesi 2004 dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Jadual 4.4 Taburan Data Gaya Pembelajaran Pragmatist 44 Jadual 4.5 Taburan Data Gaya Pembelajaran Activist 47 Jadual 4.6 Taburan Data Gaya Pembelajaran Reflector 49

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT Jadual 4.7 Taburan Data Gaya Pembelajaran Theorist 52 Jadual 4.8 Taburan Min Keseluruhan Bagi Gaya Pembelajaran Pelajar 54 Berdasarkan Empat Jenis Gaya Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Mengikut Turutan Menurun. Jadual 4.9 Ujian t Bagi Gaya Pembelajaran Pragmatist Berdasarkan Jantina 55 Jadual 4.10 Ujian t Bagi Gaya Pembelajaran Activist Berdasarkan Jantina 56 Jadual 4.11 Ujian t Bagi Gaya Pembelajaran Reflector Berdasarkan Jantina 57 Jadual 4.12 Ujian t Bagi Gaya Pembelajaran Theorist Berdasarkan Jantina 58 Jadual 4.13 Klasifikasi Kekuatan Korelasi (dalam Davies, 1976) 59 Jadual 4.14 Analisis Hubungan Gaya Pembelajaran Pragmatist Dengan 59 Pencapaian Jadual 4.15 Analisis Hubungan Gaya Pembelajaran Activist Dengan 60 Pencapaian Jadual 4.16 Analisis Hubungan Gaya Pembelajaran Reflector Dengan 61 Pencapaian Jadual 4.17 Analisis Hubungan Gaya Pembelajaran Theorist Dengan 62 Pencapaian

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT Rajah 1.1 Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford (1992) 11 Rajah 2.1 Fasa Pembelajaran 27 Rajah 2.2 Tahap-tahap Peredaran Proses Pembelajaran 28

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT LAMPIRAN A Borang Soal Selidik 84 LAMPIRAN B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 89 LAMPIRAN C Nilai Alpha Kajian Rintis 93

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Pendidikan merupakan satu proses yang berkaitan dengan bidang-bidang psikologi, sosiologi, falsafah, politik, ekonomi serta komunikasi. Pendidikan adalah satu alat atau mekanisme yang sangat penting untuk membangunkan negara. Pendidikan vokasional di sekolah menengah vokasional di Malaysia sehingga tahun 1986 adalah terhad. Ini adalah kerana jumlah pelajar yang memasuki politeknik dan maktab perguruan, khasnya maktab perguruan teknik adalah kecil. Keadaan ini berubah mulai tahun 1987 apabila Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) menggantikan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia. Mata pelajaran akademik yang diajar mulai tahun tersebut adalah sama seperti yang dipelajari oleh murid-murid yang belajar di sekolah bukan aliran teknik dan vokasional. Pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan yang baik mempunyai banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam, maktab perguruan, Institut Teknologi Mara dan Universiti. Berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1993, mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang

berhasrat mewujudkan rakyat Malaysia yang seimbang dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam usaha kerajaan untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan mempunyai bilangan ahli profesional yang ramai terutamanya dalam bidang kejuruteraan, maka pihak Kementerian Pendidikan telah berusaha menggubal satu kurikulum yang bersesuaian ke arah mencapai matlamat tersebut. Salah satu usaha tersebut ialah dengan meletakkan mata pelajaran teknikal seperti Lukisan Kejuruteraan sebagai satu mata pelajaran elektif dalam kumpulan II (teknik dan vokasional) yang ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 dalam program KBSM. Walau bagaimanapun, bagi pelajar yang mengikuti pengajian di sekolah menengah teknik, mereka diwajibkan mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan bagi memastikan bahawa mereka mempunyai asas kemahiran yang mencukupi sebelum melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi kelak. Kurikulum juga digubal ke arah meningkatkan daya pengeluaran melalui penglibatan masyarakat secara produktif, inovatif dan kreatif serta pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja yang mengenali teknologi dan ekonomi sejajar dengan dasar dan keperluan negara. Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah mula diperkenalkan bukan sahaja di sekolah sekolah menengah teknik dan vokasional malahan mula dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah aliran akademik biasa yang dipilih secara berperingkatperingkat mulai sesi persekolahan 1996. Lukisan Kejututeraan merupakan salah satu mata pelajaran elektif yang ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti kursus kejuruteraan di semua sekolah menengah teknik sama ada daripada kursus kejuruteraan awam, elektrik atau jentera. Walau bagaimanapun, mata pelajaran ini menjadi asas yang sangat penting kepada pelajar kejuruteraan.

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang tersebut serta melahirkan pelajar yang boleh berkomunikasi secara bahasa grafik sama ada dalam kehidupan harian mahupun dalam bidang yang akan diceburi nanti. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas ini akan membolehkan pelajar berinteraksi dengan dunia teknologi di sekelilingnya dengan penuh keyakinan. Pendedahan yang diberikan dalam mata pelajaran ini juga akan dapat memupuk minat pelajar dalam bidang kejuruteraan yang tertentu. Lukisan Kejuruteraan merupakan bahasa antarabangsa kerana setiap garis yang dibina mempunyai garis panduan dan piawai yang tertentu untuk menerangkan maksudnya. Selain itu, Lukisan Kejuruteraan juga merupakan suatu alat komunikasi yang dapat menyelesaikan masalah dan dapat menghasilkan idea baru. Segala bentuk idea akan ditukar ke dalam reka bentuk sebenar sesuatu objek. Umpamanya pembinaan sebuah bangunan, peralatan atau sebagainya. Jurutera, arkitek atau pelukis pelan akan merekabentuk pelan lukisan yang lengkap dan spesifik sebelum objek yang sebenar dapat dihasilkan. Semasa di Tingkatan Empat, bagi pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, ia adalah satu pengalaman baru bagi mereka kerana di peringkat menengah rendah, pelajar tersebut hanya mempelajari Lukisan Kejuruteraan asas dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kelulusan cemerlang dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan merupakan idaman setiap pelajar. Untuk mencapai hasrat tersebut, pelajar akan menggunakan pelbagai gaya pembelajaran. Menurut Siti Hawa Munji (1989) terdapat sebahagian besar daripada kalangan pelajar yang gagal dalam peperiksaan atau keputusannya tidak cemerlang, mempunyai kebolehan dan keupayaan yang lebih daripada yang dibayangkan oleh keputusan mereka. Kegagalan mereka adalah disebabkan pengamalan gaya pembelajaran yang tidak tepat. Menurut beliau, prinsip dan gaya pembelajaran wujud hasil daripada kajian psikologi perindustrian dan pembelajaran yang merangsangkan. Kemahiran-kemahiran seperti menguruskan masa, membaca dengan cepat, pembelajaran melalui perbincangan, teknik

mencatat nota, teknik mengingat fakta dalam pelajaran, teknik menjawab soalan dan menghadapi peperiksaan serta menyediakan suasana yang sesuai untuk memperolehi pembelajaran yang sepenuhnya adalah aset penting kepada kejayaan. Gaya pembelajaran dikatakan salah satu daripada komponen penting dalam mempengaruhi pencapaian pelajar di sekolah menengah teknik dan vokasional, khususnya dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Dalam kajian ini, penyelidik akan meninjau gaya pembelajaran (learning style) dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di kalangan pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menegah Teknik Johor Bahru. 1.1 Latar Belakang Kajian Sekolah menengah teknik dan vokasional menawarkan peluang pembelajaran kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang peroleh pangkat A, B, C dan S sehingga tahun 1985. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah pemasangan elektrik, pemasangan radio, latihan mesin, penyaman udara dan penyejukan, kajisawat meter, televisyen dan elektronik, fabrikasi logam dan kimpalan, binaan bangunan, sains rumahtangga, perdagangan dan pertanian Bermula 1992, hanya pelajar-pelajar yang perolehi gred A dalam PMR sahaja terus diserapkan kepada aliran pendidikan teknikal manakala pelajar yang memperolehi gred B dan C akan menduduki aliran latihan kemahiran yang akan mengambil peperiksaan Sijil Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Ini adalah bertujuan memastikan bahawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) yang memperolehi keputusan yang baik dapat mengikuti sukatan-sukatan pelajaran akademik di pusat-pusat pengajian tinggi. Matapelajaran yang dipelajari di Universiti khasnya pada

tahun pertama lebih banyak tertumpu kepada mata pelajaran asas seperti matematik, bahasa dan sebagainya berbanding dengan mata pelajaran khusus pada tahun-tahun yang seterusnya. Memandang kepada struktur pengajian di universiti tersebut, gaya pembelajaran yang bersistematik yang dapat menanding matapelajaran akademik dan matapelajaran kemahiran adalah merupakan ciri penting bagi menjamin kejayaan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional). Ini adalah bertepatan dengan wawasan kerajaan yang ingin mempertingkatkan lagi taraf pendidikan vokasional setaraf, malahan lebih tinggi lagi berbanding dengan aliran lain bagi mencapai matlamat negara perindustrian selaras dengan Wawasan 2020. Gaya pembelajaran yang betul sangat penting lebih-lebih lagi terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang perlukan tahap pengetahuan dan imaginasi yang tinggi. Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan merupakan mata pelajaran sokongan yang bertindak sebagai pembantu mata pelajaran kejuruteraan yang lain. Mata pelajaran ini merupakan asas kepada mata pelajaran kejuruteraan. Ketiadaan pengetahuan yang kukuh dalam mata pelajaran ini akan menyebabkan pelajar sukar memahami serta menghayati teori dan idea yang seringkali diterapkan dalam bentuk gambaran Lukisan Kejuruteraan 1.2 Pernyataan Masalah Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bukan sahaja bakal menjadi pekerja separa mahir di sektor awam dan industri tetapi sebagai pekerja yang kreatif, berketrampilan dan bermotivasi tinggi supaya Malaysia mencapai tahap negara perindustrian yang maju. Oleh itu, kecemerlangan dalam mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan adalah asas yang penting kepada para pelajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran kejuruteraan yang lain. Ramai pelajar di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru tidak mempunyai keputusan akademik yang cemerlang dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Permasalahan tersebut amat nyata dalam keputusan peperiksaan akhir tahun dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sesi 2003 di kalangan pelajar Tingkatan Empat. Melalui tinjauan yang dibuat adalah didapati bahawa ramai pelajar yang memasuki Sekolah Menengah Teknik tergolong dari mereka yang mempunyai latar belakang akademik yang baik berdasarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Namun didapati bahawa sebilangan besar pelajar tersebut mempunyai sikap yang pasif dan mempunyai daya bertindakbalas yang lemah semasa proses pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan. Perlukah guru-guru menggunakan pendekatan pengajaran yang selari dengan gaya pembelajaran pelajar. Sehubungan perkara ini, kajian ini bertujuan mengenalpasti gaya pembelajaran yang diamalkan dalam Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. dan hubungannya dengan pencapaian peperiksaan. 1.3 Rasional Kajian Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) merupakan sijil yang dikeluarkan oleh bahagian peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan ini. Sijil ini merupakan satu aset kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi di dalam ataupun di luar negara. Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) ini

merupakan satu impian bagi setiap pelajar yang belajar di sekolah menengah teknik atau vokasional khasnya pelajar yang mengambil jurusan kejuruteraan.bagi menjamin kejayaan itu seseorang pelajar mestilah mengamalkan gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka. Kecemerlangan amat penting dan sangat diidamkan oleh setiap pelajar. Bagi mencapai kecemerlangan, seseorang pelajar mestilah belajar bersunguh-sungguh dengan cara atau gaya yang paling bijak. Pelajar perlulah mencurahkan tenaga dan masa dengan cara yang paling berkesan untuk menghadapi pelajaran. Setiap pelajar perlu mengetahui gaya pembelajaran dirinya supaya dapat menjamin kejayaan dalam akademik. 1.4 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk meninjau gaya pembelajaran dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di kalangan pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Objektif khusus kajian ini adalah untuk meninjau dan mengenalpasti perkaraperkara berikut di kalangan pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru : (i) Mengenalpasti adakah gaya pembelajaran Pragmatist diamalkan oleh pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. (ii) Mengenalpasti adakah gaya pembelajaran Activist diamalkan oleh pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

(iii) Mengenalpasti adakah gaya pembelajaran Reflector diamalkan oleh pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. (iv) Mengenalpasti adakah gaya pembelajaran Theorist diamalkan oleh pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. (v) Mengenalpasti gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh pelajar Tingkatan Empat dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. (vi) Mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan berdasarkan jantina. (vii) Mengenalpasti hubungan antara gaya pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dengan pencapaian akademik. 1.5 Persoalan Kajian Berhubung dengan pernyataan masalah dan objektif kajian yang telah dibincangkan, berikut adalah persoalan-persoalan kajian : (i) Sejauhmanakah para pelajar mengamalkan gaya pembelajaran Pragmatist dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan? (ii) Sejauhmanakah para pelajar mengamalkan gaya pembelajaran Activist dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan? (iii) Sejauhmanakah para pelajar mengamalkan gaya pembelajaran Reflector dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?

(iv) Sejauhmanakah para pelajar mengamalkan gaya pembelajaran Theorist dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan? (v) Apakah jenis gaya pembelajaran dominan yang diamalkan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan? (vi) Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran dari segi jantina dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan? (vii) Adakah terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan? 1.6 Hipotesis Kajian (i) Hipotesis Nol 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pembelajaran Pragmatist antara pelajar lelaki dan perempuan. (ii) Hipotesis Nol 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan. (iii) Hipotesis Nol 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pembelajaran Reflector antara pelajar lelaki dan perempuan. (iv) Hipotesis Nol 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pembelajaran Theorist antara pelajar lelaki dan perempuan.