HUBUNGAN TINGKAH LAKU KESEDIAAN PENSYARAH DENGAN TAHAP MOTIVASI PELAJAR FATIMAH HARLINA MOHD TAIB

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

"66O "8 '

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

NOORHASNI BINTI HASAN

Hakcipta tesis ini adalah milik pengarang dan/atau pemilik hakcipta lain. Salinan boleh dimuat turun untuk kegunaan penyelidikan bukan komersil

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Transcription:

HUBUNGAN TINGKAH LAKU KESEDIAAN PENSYARAH DENGAN TAHAP MOTIVASI PELAJAR FATIMAH HARLINA MOHD TAIB Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL 2008

ii Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satu-satunya telah saya jelaskan sumbernya Tanda tangan penyelidik :. Nama penyelidik : FATIMAH HARLINA BINTI MOHD TAIB Tarikh :.

iii Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam). Tanda tangan penyelia :. Nama penyelia : PUAN ADIBAH BINTI ABDUL LATIF Tarikh :.

iv Untuk ayah yang dikasihi, Hj Mohd Taib Bin Adari dan ibu tersayang, Hjh Kamisah Binti Hj Abd Rashid Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan mendidik dan memeliharaku serta dorongan dan iringan doa kalian Buatmu abang-abang dan adik yang disayangi, Khairul Amri, Ismail Fahmi, Mokhtar Al-Rashid, Mohd Hafiz, Mohd Redzuan, Saiful Anuar dan Nasrullah Keprihatinan dan sokongan kalian amat dihargai. Semoga kejayaan dan kebahagiaan mengiringi hidup kalian Buatmu pembimbing yang disanjungi, Segala bimbingan, tunjuk ajar, bantuan dan sokongan yang diberikan dalam membantu kejayaanku, ribuan terima kasih ku ucapkan Buatmu teman-teman yang dirindui, Setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan, keprihatinan dan bantuan anda semua. Semoga kejayaan kita diiringi dengan kesejahteraan di dunia dan akhirat dan akan ku kenang selamanya

v PENGHARGAAN Penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Puan Adibah Binti Abdul Latif, di atas segala bimbingan, dorongan dan galakan serta nasihat yang diberikan sejak awal perancangan kajian ini sehingga laporan kajian ini disempurnakan. Beliau telah menyumbangkan khidmat dengan ikhlas dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Sekalung penghargaan juga ditujukan khas kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia atas kebenaran menjalankan projek penyelidikan ini. Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pelajar tahun dua dan tahun tiga Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan pada semester dua sesi 2007/2008 atas kesudian mereka menjadi responden serta komitmen kerjasama yang diberikan. Tidak lupa juga ribuan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan atas dorongan dan cadangan membina. Tanpa sokongan dan tunjuk ajar mereka, penyelidik tidak dapat menyiapkan laporan kajian ini dengan lancar dan sempurna. Akhirnya penyelidik ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu penyelidik menjayakan projek penyelidikan ini.

vi ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan atau bukan lisan dan tahap motivasi pelajar. Kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap motivasi pelajar merentas jantina. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Satu set soal selidik yang mengandungi 50 item soalan dibina dan diambil daripada kajian yang terdahulu, telah digunakan untuk mengukur perhubungan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk tinjauan yang melibatkan 81 orang pelajar tahun dua dan tahun tiga bagi kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Jentera (SPA, SPE dan SPJ), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi instrumen kajian ini adalah 0.94. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows version 16.0. Pengujian bagi hipotesis kajian telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pengujian korelasi Pearson dan pengujian-t. Keputusan kajian mendapati terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara bukan lisan dan tahap motivasi pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan dan tahap motivasi pelajar. Seterusnya, dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap motivasi yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

vii ABSTRACT This study was designed to examine the relationship between lecturer nonverbal and verbal immediacy behavior and student motivation level. This study was also designed to identify the differences in students motivation level across gender. The instrument used was a set of questionnaire consisting of 50 items which was built and developed from past research study. This survey study used quantitative approach and involved 81 students of year two and year three from Bachelor of Technology with Education Civil Engineering, Electrical Engineering and Mechanical Engineering (SPA, SPE and SPJ), Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. The reliability coefficiency value of Cronbach s Alpha for the instrument used is 0.94. Data collected was analyzed using computer software program which is Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows version 16.0. The hypotheses for this study were tested by using Pearson correlation method and t-test. Results of the study showed that the lecturer s non-verbal immediacy behavior and student s motivation level is correlated. The study also found that the lecturer s verbal immediacy behavior and student s motivation level is not correlated. Results from the study also indicated that there is no difference between male and female student s motivation level.

viii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN i ii iv v vi vii viii xii xv xvi xvii 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Hipotesis Kajian 1.7 Kerangka Konsep 1.8 Kepentingan Kajian 1.8.1 Kepentingan kepada Pengkaji 1 2 5 6 6 7 7 8 8

ix 1.8.2 Kepentingan kepada Pihak Pentadbiran Fakulti atau Universiti 1.8.3 Kepentingan kepada Guru, Bakal Guru dan Pensyarah 1.9 Batasan Kajian 1.10 Definisi Operasional Pemboleh ubah Kajian 1.10.1 Tingkah laku Kesediaan Pengajaran secara Bukan Lisan 1.10.2 Tingkah laku Kesediaan Pengajaran secara Lisan 1.10.3 Motivasi 1.11 Kesimpulan 9 9 10 11 11 12 12 13 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 2.2 Tingkah laku Kesediaan Pengajaran 2.3 Motivasi Pelajar 2.3.1 Motivasi Ekstrinsik 2.4 Perkaitan atau Perhubungan Tingkah laku Kesediaan Pengajar dan Tahap Motivasi Pelajar 2.5 Kesimpulan 14 15 17 19 20 23 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Kerangka Operasi 3.4 Tempat Kajian 3.5 Subjek Kajian 3.6 Pemilihan Sampel dan Rekabentuk Persampelan 3.7 Instrumen Kajian 3.7.1 Bahagian Satu Demografi Responden 24 24 26 27 28 29 30 30

x 3.7.2 Bahagian Dua Tingkah laku Kesediaan Pensyarah secara Bukan Lisan dan secara Lisan 3.7.3 Bahagian Tiga Tahap Motivasi Pelajar 3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan Set Soal Selidik 3.9 Prosedur Kajian atau Teknik Pengumpulan Data 3.10 Analisis Data atau Kaedah Penganalisisan Data 3.11 Kajian rintis 3.12 Kesimpulan 31 32 33 34 36 38 39 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 4.2 Keputusan Kajian 4.3 Analisis Deskriptif 4.3.1 Demografi Responden 4.3.2 Tingkah laku Kesediaan Pensyarah secara Bukan Lisan 4.3.3 Tingkah laku Kesediaan Pensyarah secara Lisan 4.3.4 Tahap Motivasi Pelajar 4.4 Analisis Inferensi 4.4.1 Perhubungan Tingkah laku Kesediaan Pensyarah secara Bukan Lisan dan Tahap Motivasi Pelajar 4.4.2 Perhubungan Tingkah laku Kesediaan Pensyarah secara Lisan dan Tahap Motivasi Pelajar 4.4.3 Perbezaan Tahap Motivasi Responden Merentas Jantina 4.5 Kesimpulan 40 41 41 42 43 47 52 57 58 60 61 62

xi 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 5.2.1 Perhubungan Tingkah laku Kesediaan Pensyarah secara Bukan Lisan dengan Tahap Motivasi Pelajar 5.2.2 Perhubungan Tingkah Laku Kesediaan Pensyarah secara Lisan dengan Tahap Motivasi Pelajar 5.2.3 Perbezaan Tahap Motivasi Responden Merentas Jantina 5.3 Rumusan Dapatan Kajian 5.4 Cadangan 5.4.1 Cadangan kepada Pihak Pentadbiran Fakulti atau Universiti 5.4.2 Cadangan kepada Pensyarah atau Tenaga Pengajar 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 5.6 Kesimpulan 63 64 64 67 69 70 70 71 71 73 74 RUJUKAN 75 LAMPIRAN 79

xii SENARAL JADUAL NO. JADUAL HALAMAN 3.1 Sebahagian daripada jadual Krejcie, R. V dan 28 Morgan, D. W yang menunjukkan kadar yang menentukan jumlah sampel daripada populasi 3.2 Bilangan pelajar berdasarkan kursus pengajian 29 bagi Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan 3.3 Bilangan pelajar yang dipilih untuk dijadikan 30 sampel 3.4 Taksiran skor skala lima pilihan 32 3.5 Jadual konstruk bagi instrumen soal selidik 33 3.6 Taksiran skor min bagi melihat tahap tingkah 37 laku kesediaan pensyarah 3.7 Taksiran skor min bagi melihat tahap motivasi 37 pelajar 3.8 Jadual ringkasan pengujian statistik 38 4.1 Taburan responden mengikut jantina 42 4.2 Taburan bilangan pelajar mengikut tahun 42 pengajian 4.3 Taburan peratus, min dan sisihan piawai bagi lima item dengan nilai tertinggi berkaitan tingkah laku kesediaan pensyarah secara bukan lisan 43

xiii 4.4 Taburan peratus, min dan sisihan piawai bagi 45 lima item dengan nilai terendah berkaitan tingkah laku kesediaan pensyarah secara bukan lisan 4.5 Tahap tingkah laku kesediaan pensyarah secara 47 bukan lisan 4.6 Taburan peratus, min dan sisihan piawai bagi 48 lima item dengan nilai tertinggi berkaitan tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan 4.7 Taburan peratus, min dan sisihan piawai bagi 50 lima item dengan nilai terendah berkaitan tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan 4.8 Tahap tingkah laku kesediaan pensyarah secara 52 lisan 4.9 Taburan peratus, min dan sisihan piawai bagi 53 lima item dengan nilai tertinggi berkaitan tahap motivasi pelajar 4.10 Taburan peratus, min dan sisihan piawai bagi 55 lima item dengan nilai terendah berkaitan tahap motivasi pelajar 4.11 Tahap motivasi pelajar 56 4.12 Hubungan korelasi di antara tingkah laku 58 kesediaan pensyarah secara bukan lisan dan tahap motivasi pelajar 4.13 Kekuatan hubungan korelasi koefisien Pearson 59 4.14 Perhubungan nilai di antara signifikan pada aras 60 keertian dan hipotesis nol 4.15 Hubungan korelasi di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan dan tahap motivasi pelajar 61

xiv 4.16 Keputusan pengujian-t bagi mengenal pasti perbezaan tahap motivasi responden merentas jantina 62

xv SENARAL RAJAH NO. RAJAH HALAMAN 1.1 Kerangka konsep bagi kajian yang dijalankan 7 3.1 Kerangka operasi kajian 26

xvi SENARAL SIMBOL p - Signifikan pada aras keertian r - Korelasi koefisien Pearson SPA - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) SPSS - Statistical Package for Social Science UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xvii SENARAL LAMPIRAN NO. LAMPIRAN HALAMAN A Set soal selidik 79 B Analisis statistik deskriptif dan analisis 86 statistik inferensi data kajian

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Seorang ahli psikologi, E.L Thorndike dalam (Saniah Sayuti et al., 2000) telah memperkenalkan Hukum Kesan (Effect Law) di mana ia adalah penerangan yang berkaitan dengan konsep peneguhan dan penghargaan kepada pelajar. Selepas tahun 1920, E. L Thorndike memperkenalkan konsep motivasi dalam proses pengajaran. Kebanyakan para psikologi mencadangkan pembelajaran, persepsi dan motivasi sebagai saling berkaitan dan sangat mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan pelajar (Saniah Sayuti et al., 2000). Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di dalam kelas yang dapat membantu meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran seterusnya meningkatkan tahap motivasi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berdasarkan daripada penyelidikan yang terdahulu, didapati pengajar atau guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keinginan dan kerelaan pelajar untuk turut serta dalam proses pembelajaran.

2 Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses pembelajaran pada hari ini ialah kurangnya tahap motivasi pelajar untuk belajar atau terlibat dalam aktiviti dan proses pembelajaran. Guru yang afektif adalah guru yang mempunyai ciri-ciri yang berkualiti dan mampu untuk memotivasikan pelajar (Frymier, 1994). Satu perhubungan telah dikenal pasti di antara pembelajaran, motivasi dan kesediaan pengajaran di mana apabila guru atau pengajar yang mengaplikasikan pendekatan pengajaran sama ada secara lisan atau bukan lisan terhadap pelajar, pembelajaran akan berlaku dan meningkat. Ini dapat diperhatikan di mana di samping pengajar menyebarkan atau mencurahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar, terdapat tumpuan atau perhatian yang diberikan mengenai perhubungan di antara pelajar dan pengajar. Guru yang banyak mengaplikasikan tingkah laku kesediaan pengajaran, mempunyai pelajar yang bertahap motivasi tinggi (Christophel dan Gorham, 1995) dan lebih gemar untuk menghadiri kelas serta terlibat dalam aktiviti (Rocca, 2004) di dalam kelas berbanding pelajar yang mempunyai guru yang kurang mengaplikasikan tingkah laku kesediaan pengajaran. 1.2 Latar Belakang Masalah Latar belakang masalah bagi kajian ini adalah berkaitan dengan aktiviti atau tingkah laku guru di dalam kelas yang dapat menjana dan meningkatkan tahap motivasi pelajar yang memberi kesan terhadap minat pelajar untuk belajar dan terlibat dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas.

3 Pada masa kini, pelajar-pelajar Melayu dikatakan kurang bermotivasi di dalam akademik mereka. Ini dapat dilihat di mana pelajar-pelajar Melayu mendapat pencapaian akademik yang rendah berbanding pelajar-pelajar bukan Melayu di institusi-institusi pengajian tinggi. Di antara faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar Melayu lemah di dalam akademik adalah kerana penguasaan terhadap mata pelajaran atau subjek yang kurang memuaskan di dalam kelas. Justeru itu, motivasi memainkan peranan yang penting bagi menimbulkan kesedaran dan minat di kalangan pelajar untuk menguasai subjek dan mata pelajaran yang diajar oleh pensyarah atau pengajar di dalam kelas. Banyak isu mengenai pengajian tinggi yang dibangkitkan dan antara pandangan ahli panel ialah pelajar kita kurang bertanya dan tidak berapa aktif di dalam kelas, berikut adalah antara petikan pandangan yang diberikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed mengenai ciri dan tingkah laku pelajar tempatan di institusi pengajian tinggi dalam Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa, Koridor Raya Multimedia (IAP-MSC) Malaysia ke-10 di Putrajaya. Beliau juga mendapati bahawa kebanyakan pelajar di institusi pengajian tinggi tidak berani bertanya, tidak agresif, tidak aktif serta tidak memiliki pemikiran analitikal semasa di dalam kelas. Sehubungan dengan itu, sebagai langkah penyelesaian, beliau telah mengarahkan semua institusi pengajian tinggi memastikan setiap pengajaran atau program yang dianjurkan adalah membabitkan interaksi pelajar di dalam kelas di mana pelajar dibabitkan secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

4 Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat membangun, institusi pengajian tinggi pada masa kini telah banyak mengaplikasikan pembelajaran jarak jauh atau pembelajaran secara persidangan internet. Kebanyakan institusi pengajian tinggi mengaplikasikan kaedah pembelajaran jarak jauh untuk mengatasi masalah bilangan kelas yang kurang mencukupi berdasarkan peningkatan bilangan pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi. Ini akan memberi implikasi kepada interaksi antara pensyarah dan pelajar di mana pelajar dan pensyarah kurang berinteraksi secara terus dan seterusnya menyebabkan pelajar sukar untuk memahami sesuatu pembelajaran yang dijalankan. Di samping itu, kekurangan interaksi antara pensyarah dan pelajar juga menyebabkan pelajar mengalami penurunan dari segi tahap motivasi untuk belajar atau turut serta dalam sesi pembelajaran yang diadakan. Oleh itu, dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi atau interaksi secara terus memainkan peranan penting. Komunikasi atau interaksi ini dapat dikaitkan dengan tingkah laku kesediaan pensyarah dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di mana tingkah laku kesediaan pensyarah merupakan tingkah laku yang mengurangkan jurang fizikal dan psikologikal antara dua atau lebih individu yang berinteraksi atau berkomunikasi (Witt, Wheeless dan Allen, 2004). Proses pembelajaran, terutamanya di kolej atau institusi pengajian tinggi adalah merupakan suatu proses interaksional (Richmond, Gorham dan McCroskey, 1987). Bukan sahaja melibatkan seorang tenaga pengajar yang bijak dalam memperkenalkan sesuatu bahan tetapi juga melibatkan seorang pelajar yang berminat dan bermotivasi untuk belajar.

5 Kajian yang dijalankan oleh Young dan Shaw (1999) mengenal pasti beberapa sifat pengajaran yang dianggap sebagai efektif di dalam kelas di kolej atau institusi pengajian tinggi, iaitu, komunikasi yang efektif, suasana pembelajaran yang selesa, keprihatinan terhadap pembelajaran pelajar, tahap motivasi pelajar, pengurusan kursus dan nilai kepentingan sesuatu kursus. Selain itu, tingkah laku kesediaan pengajar juga merupakan salah satu strategi pengajaran yang efektif. Tingkah laku kesediaan ini termasuklah sentuhan, orientasi badan secara langsung, pandangan mesra, gerak badan dan anggukan kepala yang positif (Anderson, 1979). Tingkah laku kesediaan seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah tingkah laku yang mengurangkan jurang fizikal atau psikologikal antara dua atau lebih individu. Dalam situasi ini, tenaga pengajar haruslah berusaha untuk kelihatan mesra dengan pelajar bagi memastikan sesuatu pengajaran itu efektif. Dalam proses pembelajaran yang sebenar, interaksi dan perhubungan di antara pelajar dan guru mempunyai implikasi yang besar. Penyelidikan menemui bukti bahawa tingkah laku kesediaan pengajaran adalah tingkah laku yang berorientasikan perhubungan dan interaksi serta mempunyai kesan positif terhadap motivasi pelajar, di mana ia meningkatkan tumpuan, membina keyakinan dan memperbaiki kepuasan dalam proses pembelajaran (Frymier dan Shulman, 1995). 1.3 Pernyataan Masalah Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara tingkah laku kesediaan pengajaran pensyarah dan tahap motivasi pelajar tahun dua dan tahun tiga bagi kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Jentera (SPA, SPE dan SPJ), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

6 Penyelidikan ini juga dijalankan bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan atau bukan lisan dengan tahap motivasi pelajar di samping melihat perbezaan tahap motivasi pelajar yang berlainan jantina. 1.4 Objektif Kajian i. Mengenal pasti perhubungan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan dan tahap motivasi pelajar. ii. Mengenal pasti perhubungan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara bukan lisan dan tahap motivasi pelajar. iii. Mengenal pasti perbezaan tahap motivasi pelajar merentas jantina. 1.5 Persoalan Kajian i. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara bukan lisan dan tahap motivasi pelajar. ii. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan dan tahap motivasi pelajar. iii. Adakah terdapat perbezaan tahap motivasi di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

7 1.6 Hipotesis Kajian Ho1: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara bukan lisan dan tahap motivasi pelajar. Ho2: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan dan tahap motivasi pelajar. Ho3: Tidak terdapat perbezaan tahap motivasi yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.