TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KIMIA

Similar documents
A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

"66O "8 '

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

NOORHASNI BINTI HASAN

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faculty Of Information and Communication Technology

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

Transcription:

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KIMIA NUR LAILI BINTI LOCKMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KIMIA SESI PENGAJIAN : SEMESTER II 2007/2008 Saya: NUR LAILI BINTI LOCKMAN (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( ) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan Disahkan Oleh : Alamat Tetap: 5430 KG. WAKAF CHE ALI, BUKIT PAYUNG, 21400 K. TRG, TRG. (TANDATANGAN PENYELIA) PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN Nama Penyelia Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia). Tandatangan : Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM B. NOORDIN Tarikh : 2 MEI 2008

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KIMIA NUR LAILI BINTI LOCKMAN Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 2008

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : Nama Penulis : NUR LAILI BINTI LOCKMAN Tarikh : 2 MEI 2008

iii DEDIKASI Teristimewa buat: Abah dan umi yang dikasihi, Lockman b. Mohd Zawawi dan Rosidah bt. Jusoh Adik-adik tersayang, Nur Adibah, Nur Izzati, Nur Asyiqin, Nur Izzah Terima kasih di atas kasih sayang, sokongan dan perhatian yang diberikan.

iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Saya bersyukur kerana dengan limpah kurnianya, saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga banyaknya kepada pembimbing saya, Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom bin Noordin dan Puan Norhasniza Ibrahim atas bimbingan, teguran, nasihat, bantuan dan tunjuk ajar dengan rasa penuh tanggungjawab serta semangat pendidikan yang tinggi sepanjang pelaksanaan projek ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pelajar Tahun 1, 2 dan 4 Pendidikan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia kerana sudi memberi kerjasama dalam menjalankan kajian ini. Seterusnya, terima kasih kepada Ahmad Sufi Abdullah, Nurfazlina Ahmad Fuad, Nor Ashikin Mohd Razali, Siti Nadya Zynuddin, Najah Zakaria, Zuhafiza Zulkifli dan rakan seperjuangan yang sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu. Sekian, wassalam.

v ABSTRAK Penguasaan pelajar tentang Kemahiran Proses Sains telah mendapat perhatian dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS telah dikaji iaitu kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia, Fakulti Pendidikan, UTM. Terdapat dua pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu jantina dan program pengajian. Seramai 84 orang pelajar Pendidikan Kimia terlibat sebagai responden kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan dan alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Kemahiran Proses Sains. Terdapat 10 soalan objektif aneka pilihan jawapan dan empat soalan struktur. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk kekerapan dan peratusan telah digunakan dalam menganalisis data kajian ini. Tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah secara keseluruhannya adalah sederhana. Daripada dapatan kajian, mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah merentas jantina dan program pengajian masing-masing adalah sederhana. Ini menunjukkan penerapan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah masih kurang mencukupi dalam pengajaran dan pembelajaran ini memberikan kesan ke atas pencapaian mereka untuk menguasai Kemahiran Proses Sains.

vi ABSTRACT The students mastery of science process skills has caught the attention of Science Education researchers. In this study, two science process skills were studied namely the predicting and the controlling variables skills. The purpose of this study is to find out the level of mastery in predicting and controlling variables skills among students of Faculty of Education majoring in Chemistry. There were two independent variables in this study; i.e the gender and course programme of the study respondents. 84 Chemical Education students (male and female) were involved as the respondents of this study. A survey was conducted by using the instrument Ujian Pencapaian Kemahiran Proses Sains. There are 10 multiple-choice questions and four structured questions in this instrument. Descriptive statistics in the form of frequency and percentage was used in the data analysis. The results of the level of mastery in these two skills were found to be average. The level of mastery of these two skills across gender and course programme was average respectively. This shows that there is a possibility that the predicting and controlling variables are less emphasized in the teaching and learning process and it will affect their performance to master the science process skills.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL x SENARAI RAJAH xii SENARAI SINGKATAN xiii SENARAI LAMPIRAN xiv 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Batasan Kajian 8 1.8 Definisi Istilah 9 1.8.1 Tahap Penguasaan 9 1.8.2 Kemahiran Proses Sains 9 1.8.3 Kemahiran Mengawal Pembolehubah 10 1.8.4 Kemahiran Meramal 10

viii 1.9 Rumusan 10 2 SOROTAN PENULISAN 2.1 Pendahuluan 12 2.2 Kemahiran Saintifik 12 2.3 Kemahiran Proses Sains 14 2.4 Kajian-kajian lepas 17 2.4.1 Kajian-kajian lepas di luar negara 17 2.4.2 Kajian-kajian lepas di dalam negara 19 2.5 Rumusan 21 3 PENGKAEDAHAN KAJIAN 3.1 Pendahuluan 22 3.2 Rekabentuk Kajian 22 3.3 Populasi dan Pensampelan 23 3.4 Instrumen Kajian 24 3.4.1 Bahagian A 24 3.4.2 Bahagian B 24 3.4.3 Bahagian C 25 3.5 Kajian Rintis 26 3.6 Kajian Sebenar 27 3.7 Analisis Data 27 3.8 Rumusan 28 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pendahuluan 29 4.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah 29 4.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina 38

ix 4.4 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Program Pengajian 42 4.5 Rumusan 44 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 46 5.2 Ringkasan 46 5.3 Kesimpulan 47 5.4 Perbincangan 5.4.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah 48 5.4.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina 51 5.4.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Program Pengajian 53 5.5 Implikasi Kajian 56 5.6 Cadangan 58 5.7 Cadangan untuk Masa Depan 60 5.8 Rumusan 61 RUJUKAN 62 LAMPIRAN 66

x SENARAI JADUAL JADUAL MUKA SURAT 2.1 Komponen Kemahiran Proses Sains Asas 14 2.2 Komponen Kemahiran Proses Sains Bersepadu 16 3.1 Taburan responden mengikut Tahun Pengajian, Program Pengajian dan Jantina 23 3.2 Item-item Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah mengikut Aspek yang dinilai bagi Soalan Objektif 25 3.3 Item-item Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah mengikut Aspek yang dinilai bagi Soalan Subjektif 26 3.4 Pemeringkatan Tahap Penguasaan Terhadap Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah. 28 4.1 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah 30 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan bagi Soalan 1 mengikut Tahun Pengajian 31 4.3 Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan Bagi Soalan 2 mengikut Tahun Pengajian 32 4.4 Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan Bagi Soalan 3 mengikut Tahun Pengajian 33 4.5 Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan Bagi Soalan 4 mengikut Tahun Pengajian 36

xi 4.6 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina 39 4.7 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina bagi pelajar Tahun 1 39 4.8 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina bagi pelajar Tahun 2 40 4.9 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina bagi pelajar Tahun 4 41 4.10 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Program Pengajian 42 4.11 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Program Pengajian bagi Tahun 1 43 4.12 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Program Pengajian bagi Tahun 2 43 4.13 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Program Pengajian bagi Tahun 4 44

xii SENARAI RAJAH RAJAH MUKA SURAT 1.1 Strategi Pengajaran Yang Melibatkan Tiga Aras Pengkonsepan 2 2.1 Komponen Kemahiran Saintifik 13

xiii SENARAI SINGKATAN KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia KPS - Kemahiran Proses Sains KPSA - Kemahiran Proses Sains Asas KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu KS - Kemahiran Saintifik ORES - Objective References Evaluation in Science P&P - Pengajaran dan Pembelajaran PMR - Penilaian Menengah Rendah SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) SPK - Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan (Kimia) TIPS - Test of Integrated Science Process TOLT - Test of Logical Thinking UPKPS - Ujian Penilaian Kemahiran Proses Sains UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A UPKPS 66 B SENARAI JAWAPAN 74 C PENGESAHAN ITEM 76

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Malaysia mempunyai wawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Dalam usaha mencapai hasrat ini Malaysia memerlukan ramai tenaga manusia yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi. Untuk memenuhi keperluan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan nisbah 60:40 iaitu 60% pelajar dalam bidang sains dan teknikal dan 40% pelajar dalam bidang sastera. Kedudukan nisbah ini pada tahun 2000 menunjukkan pencapaian dasar ini masih jauh daripada sasarannya. Cuma 27.7% sahaja pelajar berada dalam jurusan sains dan teknikal sementara selebihnya adalah dalam jurusan sastera (Rodziah, 1999). Dasar membenarkan pilihan jurusan oleh pelajar merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan ini. Dari segi pemilihan jurusan teknik dan vokasional, pola menunjukkan peratusan pelajar yang memilih jurusan tersebut telah meningkat dari 5.12% pada tahun 1980 kepada 16.1% pada tahun 2000. Pencapaian ini sebenarnya masih jauh daripada sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencapai 60% pelajar dalam jurusan sains (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Selari dengan perkembangan dan kemajuan negara, alam pendidikan di Malaysia juga turut berkembang pesat. Banyak perubahan dilakukan hasil daripada

2 kajian dan penemuan baru. Kesemua ini adalah bertujuan untuk mengemaskinikan bidang-bidang ilmu pengetahuan serta untuk melahirkan lebih ramai golongan cendikiawan negara dalam pelbagai bidang. Berbagai usaha dan rancangan dilakukan demi memenuhi keperluan negara untuk memastikan golongan remaja mempunyai pengetahuan tentang sains. Di antaranya termasuklah mewajibkan pelajar-pelajar di peringkat rendah dan menengah mempelajari sains. Sehubungan itu, dalam kurikulum sains baru, proses pengajaran dan pembelajaran sains memberi penekanan terhadap kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah, dengan menggunakan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Kemahiran saintifik adalah penting bagi membolehkan pelajar menjalankan sebarang aktiviti (penyiasatan) dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, dengan menggunakan kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Manakala, kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran asas dan kemahiran bersepadu (Abu Hassan, 2004). 2 MIKROSKOPIK 1 MAKROSKOPIK PEMBINAAN KONSEP SAINS 3 PERSIMBOLAN Rajah 1.1: Strategi Pengajaran Yang Melibatkan Tiga Aras Pengkonsepan Berdasarkan Rajah 1.1, strategi pengajaran dan pembelajaran sains perlu bermatlamatkan penguasaan konsep sains yang diletakkan pada tengah-tengah bulatan tersebut. Untuk menguasai sains, pelajar perlu menguasai konsep-konsep yang merupakan asas untuk menguasai prinsip dan hukum-hukum sains yang lebih kompleks (Gange, dalam Johari dan Yusof, 2003). Penguasaan konsep ini tidak dapat dibina dengan mudah kerana ia memerlukan penguasaan yang tepat pada ketiga-tiga aras pengkonsepan itu iaitu aras makroskopik, aras mikroskopik dan aras persimbolan (Johari dan Mohd Yusof, 2003). Penguasaan yang sebenar memerlukan

3 penguasaan pada ketiga-tiga tersebut kerana setiap subkonsep ini adalah berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain untuk membina konsep sains yang sebenar. Penguasaan kemahiran saintifik adalah penting kerana ia merupakan salah satu keperluan dalam pendidikan sains. Pendedahan kemahiran saintifik di kalangan pelajar akan menyediakan mereka untuk mendapatkan pengetahuan sains seterusnya menimbulkan minat dan keseronokan dalam pembelajaran sains. Dengan adanya kemahiran saintifik, ia akan menjuruskan pelajar ke arah pemikiran secara kritis, kreatif dan analitis (Tobin dan Copie, 1980). 1.2 Latar Belakang Masalah Penguasaan KS telah diberi penekanan dalam kurikulum kebangsaan di peringkat sekolah rendah dan menengah seperti Kurikulum Sains Sekolah Rendah dan kurikulum mata pelajaran sains lain dalam KBSM (PPK, 2004). Penekanan ini adalah sejajar dengan kehendak negara yang sedang menuju ke arah status negara maju serta mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif. Penguasaan KS ini amat penting bagi membolehkan pelajar mengkaji dan memahami alam melalui pendekatan inkuiri. Pengajaran dan pembelajaran sains bukan lagi bertujuan untuk melatih pelajar mengingat dan menghafal fakta dan prinsip tetapi mendidik pelajar untuk menggunakan akal fikiran secara kreatif dan kritis dalam mencari pengetahuan. Oleh yang demikian, sains mendidik dan membentuk individu untuk menggunakan akal fikiran secara logik bagi menerangkan perkara-perkara yang berlaku disekitar kehidupan disamping mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru seperti chalk and talk menyebabkan guru tidak menjadi fasilitator pembelajaran tetapi hanya menjadi penyampai maklumat untuk menghabiskan tajuk dalam sukatan pelajaran tanpa memberi pertimbangan terhadap keperluan atau potensi pelajar. Kaedah amali sains dilaksanakan di sekolah hanya pada tahap yang ditetapkan dalam rancangan

4 pengajaran (Rodziah, 1999). Kemahiran saintifik dapat ditingkatkan melalui aktiviti pelajar seperti menjalankan eksperimen di mana kedua-dua kemahiran proses sains dan kemahiran manipulasi dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun guru harus menyebut kemahiran proses yang digunakan agar pelajar menyedari tentang kemahiran tersebut. Merancang dan menjalankan eksperimen serta membuat laporan eksperimen yang lengkap dengan setiap langkah dinyatakan dengan eksplisit dapat membantu meningkatkan lagi kemahiran saintifik pelajar. Satu kajian telah dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, menyatakan bahawa guru yang terlibat dengan proses pengajaran sains kepada pelajar berpencapaian rendah belum menguasai sepenuhnya aspek yang berkaitan dengan pedagogi (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000). Walau bagaimanapun, pendedahan melalui kursus yang dihadiri telah meningkatkan tahap penguasaan kefahaman dan penguasaan mereka dalam aspek yang berkaitan dengan kurikulum dan pedagogi. Namun begitu, kajian yang dijalankan oleh Norjaharudden (1996) masih mendapati guru kurang mengamalkan aktiviti yang berupaya membantu meningkatkan keberkesanan KPS dan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran sains, seperti pendekatan pembelajaran kooperatif (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000). Musheno dan Lawron (1999) pula berpendapat bahawa buku teks sains dan kaedah-kaedah pengajaran sekarang tidak banyak membantu melainkan sebenarnya menghalang kemajuan terhadap literasi saintifik. Ianya banyak menekankan proses pembelajaran untuk menjawab berbanding untuk meneroka soalan-soalan, mengalakkan hafalan, berbanding dengan pemikiran kritikal, cebisan-cebisan maklumat berbanding dengan memahami mengikut konteks, menyatakan berbanding dengan perbahasan dan membaca berbanding membuat. Ini menyebabkan pelajar malas untuk berfikir dan seterusnya kurang menguasai KPS. Menurut McDermott (1992) dan Halroyd dan Harlen (1996) menyatakan bahawa guru yang mengajar sains kurang yakin serta kurang pengetahuan dalam KPS yang mereka kena ajar berbanding dengan guru kurikulum lain. Pernyataan ini

5 disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Mohd Yaziz (2001). Beliau telah menjalankan satu kajian ke atas tahap penguasaan KPS guru pelatih Maktab Perguruan Zon Utara. Dapatan kajian menunjukkan hampir semua guru pelatih di semua maktab yang dikaji didapati tidak menguasai kemahiran-kemahiran proses sains. Hanya guru pelatih MPSAH (menguasai KPSA dan keseluruhan) dan MPTB (menguasai hanya KPSA) yang ada sedikit KPS. Beliau tidak memahami bahawa kenapa setelah mengikuti hampir semua sukatan pelajaran kurikulum sains Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) selama 5 semester, guru-guru pelatih ini masih gagal menguasai KPS walaupun KPSA. Menurut Lely Nurizawati (1999), guru yang mempunyai latar belakang pengetahuan sains yang lemah akan mempunyai keyakinan yang rendah untuk mengajar sains, terutamanya di bahagian yang mereka kurang berpengetahuan. Guru yang mempunyai pengetahuan KPS yang terhad mungkin tidak menyedari akan miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar. Keyakinan diri guru akan meningkat apabila mereka mempunyai asas pengalaman pengetahuan sains yang kukuh. Akibatnya, pelajar akan gagal menguasai konsep asas dan menghadapi kesulitan menghafal terlalu banyak fakta dan rumus dalam mata pelajaran berkaitan sains. Dapatan ini selari dengan hasil kajian Kabolla (1988) yang mendapati kaedah pengajaran sains yang tidak berkesan telah menyebabkan pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran sains sangat menjemukan, sukar, terlalu banyak hafalan dan sukar dikaitkan dengan kehidupan seharian. 1.3 Pernyataan Masalah Mata pelajaran sains termasuklah Sains Teras, Kimia dan Fizik menekankan KPS yang lama diajar dan dipelajari oleh pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan, Kampus Skudai, UTM. Pelajar-pelajar telah mempelajari KPS sebelum masuk ke universiti dan juga semasa di universiti. Persoalannya, adakah semua pelajar yang telah mempelajari KPS selama bertahun-tahun ini telah menguasai KPS tersebut?

6 Mengikut kajian yang dijalankan oleh Jaus (1975) menyatakan bahawa bakal-bakal guru mempunyai tahap penguasaan KPS yang lemah dalam ujian yang dijalankan oleh beliau walaupun bakal-bakal guru ini telah mengambil kursus penguasaan KPS untuk tempoh minimum 15 jam. Keputusan kajian Jaus (1975) disokong oleh Leong (2003) dan Tan (2003) di mana kedua-duanya telah menjalankan kajian ke atas tahap penguasaan KPS bakal-bakal guru di UTM. Mereka mendapati bahawa tahap penguasaan KPSA bakal-bakal guru UTM berada ditahap baik tetapi sebahagian KPSB yang dikaji oleh mereka berada pada tahap sederhana. Kajian ini dilaksanakan setelah penyelidik menyedari bahawa pelajar begitu kurang menguasai KPS disebabkan masalah-masalah yang telah dinyatakan. Oleh itu, kajian ini dijalankan khusus untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar terhadap kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah. Kajian ini hanya ditumpukan kepada 2 kemahiran proses sains kerana kemahiran-kemahiran yang disebutkan di atas perlu dikuasai oleh pelajar dari peringkat rendah lagi khususnya semasa mereka menjalankan eksperimen. 1.4 Objektif Kajian Beberapa objektif telah dikenal pasti antaranya ialah: 1. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia. 2. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia merentas jantina.

7 3. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia merentas program pengajian. 1.5 Persoalan Kajian Kajian ini bertujuan menjawab persoalan-persoalan berikut: 1. Apakah tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia? 2. Apakah tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia merentas jantina? 3. Apakah tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia merentas program pengajian? 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan memberi gambaran umum tentang tahap penguasaan kemahiran proses sains terhadap kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah di kalangan pelajar Pendidikan Kimia di Fakulti Pendidikan, UTM. Diharapkan dapatan kajian yang diperolehi akan diberikan perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak. Kepentingan kajian ini dilihat terhadap bakal guru, pensyarah, pihak fakulti dan seterusnya penggubal kurikulum. Dapatan kajian itu diharapkan akan dapat mengubah sikap bakal-bakal guru yang sentiasa tidak mengambil berat terhadap kefahaman KPS mereka. Mereka