SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR YANG MEMPELAJARI MATAPELAJARAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI PERAK AMRAN BIN HUSAIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SATU KAJIAN TENTANG AMALAN BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR YANG MEMPELAJARI MATAPELAJARAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI PERAK. AMRAN BIN HUSAIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Elektrik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia FEBRUARI 2004
ii
iii DEDIKASI Untuk ayah dan ibu: Doa, jasa dan pengorbananmu mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu Buat isteri tersayang: Rohana binti Dol Jadi Terima kasih atas kesabaran, Sokongan dan pengorbanan yang tidak ternilai hatta dengan wang ringgit sekalipun Dan Anak-anak: Farisah Farah Hanis Binti Amran Amirul Aizat Bin Amran Semoga kejayaan ini dapat mendorong anak-anak ku Untuk mencapai kejayaan hingga ke menara gading.
iv PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, bersyukur pada Allah S.W.T. kerana dengan limpah Rahmat dan IzinNya dapat penyelidik menyiapkan kajian ini. Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada En. Hassan bin Hushin, selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini, di atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan kajian ini. Segala ilmu dan bantuan yang diberikan akan dikenang sepanjang hayat. Semoga Allah memberikan ganjaran yang sebaiknya, Insya Allah. Penghargaan ini juga ditujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak di atas kebenaran untuk menjalankan kajian di Sekolah Menengah Teknik Taiping, Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar, Sekolah Menengah Teknik Leboh Cotar dan Sekolah Menengah Teknik Manjung. Tak lupa juga ribuan terima kasih buat pengetua-pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah memberi kerjasama dalam kajian ini. Akhir sekali terima kasih kepada semua yang menjayakan kajian ini.
v ABSTRAK Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan belajar di kalangan pelajar yang mempelajari mata pelajaran Teknologi Elektronik di empat buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Perak. Sampel kajian terdiri daripada 122 orang pelajar tingkatan empat Kursus Elektronik. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.7295. Dapatan kajian di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) Versi 11.0. Hasil analisis data diterangkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap amalan belajar pelajar terhadap amalan pengurusan masa, kemahiran mengulang kaji, belajar secara berkumpulan, kemahiran membaca dan mencatat nota berada pada tahap sederhana. Penyelidik menyarankan penglibatan pihak sekolah, guru dan guru kaunseling mempertingkatkan lagi keberkesanan amalan belajar di kalangan pelajar-pelajar mereka.
vi ABSTRACT This descriptive research, in the form of observation and analysis, is to identify the study habits among students who studied Electronic Technology in four different Technical Secondary School in Perak. The samples size consists of 122 form four Electronics Students. The reliability of these questionnaires was 0.7295. The analysis of the findings, using the Statistical Package For Social Science (SPSS) version 11.0 software is illustrated in the form of percentage, frequency and mean. The results show that the level of study habits of the students with regards to time management, study review skills, study groups, reading and note-taking skills were at the intermidiate level. The researcher recommends the involvement of the school authority, teachers and counselor to increase the effectiveness of the study habits among their students.
vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENULIS DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif Kajian 4 1.5 Persoalan Kajian 5 1.6 Batasan Kajian 5 1.7 Kepentingan Kajian 6 1.8 Definisi Istilah 6 1.8.1 Amalan Belajar 6
viii 1.8.2 Pelajar-pelajar 7 1.8.3 Mata pelajaran Teknologi Elektronik 7 1.8.4 Sekolah 7 BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 8 2.2 Kurikulum Teknologi 9 2.2.1 Tahun Pertama (Tingkatan 4) 9 2.2.2 Tahun Dua (Tingkatan 5) 10 2.3 Amalan pengurusan masa dalam pembelajaran 12 2.4 Amalan kemahiran membaca dan mencatat nota dalam pembelajaran 15 2.4.1 Kemahiran membaca 15 2.4.2 Kemahiran mencatat nota 16 2.5 Amalan kemahiran mengulang kaji pelajaran yang betul. 19 2.6 Amalan pembelajaran berkumpulan 20 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 24 3.2 Reka Bentuk Kajian 24 3.3 Populasi Kajian 26 3.4 Instrumen Kajian 26 3.4.1 Bahagian A 27 3.4.2 Bahagian B 27 3.4.2.1 Taburan item untuk soalan bahagian B 28 3.4.3 Bahagian C 28 3.5 Prosedur kajian 29 3.6 Kajian Rintis 30
ix 3.7 Analisis Data 30 BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 32 4.2 Bahagian A 33 4.2.1 Responden mengikut jantina 33 4.2.2 Responden mengikut bangsa 34 4.2.3 Tempat tinggal responden 34 4.2.4 Markah Teknologi Elektronik responden 35 4.3 Bahagian B 35 4.3.1 Dapatan Amalan Pengurusan Masa 36 4.3.2 Dapatan Amalan Membaca dan Mencatat Nota 38 4.3.3 Dapatan Amalan mengulangkaji 3 41 4.3.4 Dapatan Amalan belajar 44 berkumpulan 4.4 Bahagian C 46 4.4.1 Dapatan Pengalaman Belajar Responden 46 4.4.2 Dapatan Pengalaman Responden menjawab soalan SPMV 48 4.5 Keseluruhan Dapatan 50 4.6 Rumusan 51 BAB V PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 52 5.2 Perbincangan 53 5.2.1 Amalan Pengurusan Masa 53
x 5.2.2 Amalan Membaca dan Mencatat Nota 55 5.2.3 Amalan Mengulang kaji 58 5.2.4 Amalan Belajar Berkumpulan 60 5.2.5 Maklumat Tambahan 62 5.3 Rumusan 63 5.4 Cadangan 64 5.5 Kajian Lanjutan 65 5.6 Penutup 65 RUJUKAN 67 LAMPIRAN 71
xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Populasi dan sampel 26 3.2 Skala Likert 27 3.3 Taburan soalan berdasarkan kategori 28 3.4 Tahap penilaian berdasarkan min 31 4.1 Bilangan Responden mengikut jantina 33 4.2 Bilangan responden mengikut bangsa 34 4.3 Bilangan responden mengikut tempat tinggal 34 4.4 Markah Teknologi Elektronik responden bagi peperiksaan akhir tahun 2003 35 4.5 Min dan peratusan responden bagi amalan pengurusan masa 36 4.6 Min dan peratusan responden bagi amalan kemahiran membaca dan mencatat nota 38 4.7 Min dan peratusan responden bagi amalan kemahiran mengulang kaji 41 4.8 Min dan peratusan responden bagi amalan pembelajaran berkumpulan 44 4.9 Pengalaman responden belajar 47 4.10 Peratusan Pelajar menjawab soalan SPMV 48 4.11 Peratusan yang dapat menyelesaikan soalan SMPV secara bersendirian dan berkumpulan 49 4.12 Jadual peratusan pelajar yang boleh menyelesaikan soalan-soalan SPMV 49 4.13 Jadual peratusan keyakinan responden jika diberi soalan yang lain 49
xii 4.14 Peratusan tindakan responden sekiranya tidak dapat menyelesaikan soalan 4.15 Dapatan keseluruhan persoalan kajian berdasarkan min 50 50
xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 5.1 Taburan min setiap item bagi amalan pengurusan masa pembelajaran 5.2 Taburan min bagi setiap amalan kemahiran membaca dan mencatat nota 5.3 Taburan min setiap item bagi amalan kemahiran mengulangkaji pelajaran 5.4 Taburan min setiap item bagi amalan pembelajaran berkumpulan. 53 55 58 60
xiv SENARAI SINGKATAN SPM(V) - Sijil Pelajaran Malaysia(Vokasional) SPSS - Statistical Package For The Social Sciences SMT Sekolah Menengah Teknik T.V Televisyen K.G.A Kawalan Gandaan Automatik BPDPDP Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
xv SENARAI LAMPIRAN NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Lampiran A (Analisis Peperiksaan SPM) 71 B Lampiran B (Analisis Soalan Teknologi Elektronik) 74 C Surat-surat kebenaran 77 D Borang Soal Selidik 82
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Malaysia sekarang sedang mengorak langkah untuk menjadi sebuah negara industri. Malaysia, di bawah kepimpinan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad telah memfokuskan matlamat negara, untuk mencapai taraf sebuah negara maju menjelang tahun 2020, iaitu dengan mengalihkan tumpuan ekonomi negara daripada berasaskan bidang pertanian kepada bidang perindustrian. Dalam merealisasikan wawasan 2020 secara umumnya, para majikan bersetuju bahawa pendidikan teknik dan vokasional dapat membantu menyediakan pekerja mahir dan separa mahir (Ramlee Mustapha, 2000). Memandangkan negara sedang menjurus kepada pembangunan ekonomi yang berteraskan teknologi dan perindustrian, maka sudah tentunya harapan yang tinggi dipertanggungjawabkan kepada bidang pendidikan teknik dan vokasional. Ini selari dengan pendapat Siti Maspah Hassan dan Nor Azizah Mohd. Salleh (1995), yang menyatakan pendidikan vokasional semakin penting dalam era pembangunan ekonomi dan sosial negara. Negara yang sedang pesat membangun amat memerlukan tenaga profesional dan separa profesional bagi menentukan kesinambungan pembangunan negara. Mereka merupakan aset terpenting yang merencanakan teras pembangunan sesebuah negara.
2 Untuk mencapai matlamat negara, pelajar-pelajar yang mengikuti sistem pendidikan vokasional akan belajar mata pelajaran kursus di samping mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Sukatan pelajaran bagi mata pelajaran teras ini adalah sama seperti yang dipelajari oleh pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Akademik. Pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di akhir tahun dua. Mereka yang lulus berpeluang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi(IPT) atau menceburkan diri dalam bidang pekerjaan. 1.2 Latarbelakang Masalah Di dalam sistem pendidikan aliran vokasional, matapelajaran kursus umumnya terdiri daripada Teknologi, Amali serta Lukisan Geometri dan Berkaitan bagi semua kursus ketukangan kejuruteraan. Bagi pelajar-pelajar yang mengikut Kursus Elektronik matapelajaran kursus ialah Teknologi Elektronik, Amali ( Menservis Radio & Televisyen ) serta Lukisan Geometri dan Elektronik. Kurikulum matapelajaran Teknologi Elektronik terbahagi kepada dua iaitu pada tahun satu (tingkatan 4) pelajar-pelajar akan mempelajari asas-asas elektronik dan Penerima Radio AM, manakala pada tahun dua (tingkatan 5) pelajar-pelajar akan mempelajari Penerima Radio FM dan Penerima Televisyen. Objektif utama matapelajaran Teknologi Elektronik adalah untuk memastikan pelajar-pelajar dapat menguasai konsep asas dan prinsip teori yang lebih kompleks. Berdasarkan analisis (lampiran A) peperiksaan SPM dari tahun 1999 hingga tahun 2002 untuk mata pelajaran Teknologi Elektronik, peratus purata kelulusan bagi Sekolah Menengah Teknik Taiping adalah sebanyak 59.4%, Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar sebanyak 57.2%, Sekolah Menengah Teknik Manjung sebanyak 55.2% dan Sekolah Menengah Teknik Leboh Cator sebanyak 27.4%.
3 Peratusan pelajar gagal yang tinggi, kemungkinan disebabkan oleh amalan belajar yang tidak betul. Terdapat beberapa amalan pembelajaran yang boleh menpengaruhi prestasi akademik pelajar antaranya pengurusan masa, kaedah membaca yang betul, mengulangkaji dan cara belajar yang diamal samada berkumpulan atau individu. Menurut Salihah (1991). teknik belajar terdiri daripada kemahiran membaca, mengulang kaji, mencatat nota dan kemahiran pengurusan masa. Kemahiran pengurusan masa penting bagi seorang pelajar kerana menurut Zulkefli, Sharifah Mazlina dan Mazlan (1995), langkah yang bijak dalam pembelajaran ialah merancang jadual waktu sendiri. Ini merupakan satu cara untuk mendisiplinkan pelajar daripada terus leka dengan perkara remeh-temeh. Selain daripada pengurusan masa yang betul kemahiran membaca dan kemahiran mencatat nota amat penting kerana melalui pembacaan pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan. Membaca sahaja tanpa membuat sebarang catatan tidak mencukupi kerana menurut Abdul Ghani ( 1996 ), mendapati pelajar yang mempunyai kemahiran belajar yang betul seperti mengambil nota, kemahiran membaca, kemahiran menggunakan pusat sumber, kemahiran menghadapi peperiksaan, mempunyai teknik menjawab soalan yang berkesan, pandai membahagikan masa dan merancang kaedah belajar yang bersistematik akan mendapat pencapaian yang tinggi dalam mata pelajaran. Menurut Mok Soon Sang (2000 ) pula, amalan pembelajaran secara berkumpulan akan dapat membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan. Melalui amalan pembelajaran ini, berbagai aktiviti pembelajaran dapat dilakukan seperti perbincangan dan sumbangsaran.
4 1.3 Pernyataan Masalah Berdasarkan latarbelakang masalah di atas penyelidik ingin mengkaji apakah amalan belajar di kalangan pelajar bagi mata pelajaran Teknologi Elektronik di Sekolah Menengah Teknik Taiping, Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar, Sekolah Menengah Teknik Leboh Cator dan Sekolah Menengah Teknik Manjung. Untuk menjawab permasalahan tersebut, beberapa persoalan telah ditimbulkan berkaitan dengan amalan-amalan pembelajaran yang digunakan oleh pelajar seperti amalan pengurusan masa, kemahiran membaca dan mencatat nota, kemahiran mengulangkaji dan amalan pembelajaran berkumpulan. 1.4 Objektif Kajian i. Mengenalpasti tahap amalan pengurusan masa pembelajaran di kalangan pelajar yang mempelajari mata pelajaran Teknologi Elektronik. ii. Mengenalpasti tahap amalan kemahiran membaca dan mencatat nota dalam pembelajaran di kalangan pelajar yang mempelajari mata pelajaran Teknologi Elektronik. iii. Mengenalpasti tahap amalan kemahiran mengulangkaji pelajaran secara sistematik di kalangan pelajar yang mempelajari mata pelajaran Teknologi Elektronik. iv. Mengenalpasti tahap amalan pembelajaran berkumpulan di kalangan pelajar yang mempelajari mata pelajaran Teknologi Elektronik.
5 1.5 Persoalan Kajian i. Sejauh manakah pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran Teknologi Elektronik mengamalkan pengurusan masa pembelajaran dengan teratur. ii. Sejauh manakah pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran Teknologi Elektronik mengamalkan kemahiran membaca dan mencatat nota dalam pembelajaran. iii. Sejauh manakah pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran Teknologi Elektronik mengamalkan kemahiran mengulangkaji pelajaran secara sistematik. iv. Sejauh manakah amalan pembelajaran berkumpulan di kalangan pelajar yang mempelajari mata pelajaran Teknologi Elektronik dipraktikkan.