KON CHON MIN. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

"66O "8 '

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

NOORHASNI BINTI HASAN

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

Transcription:

FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH KINTA, IPOH, PERAK. KON CHON MIN Projek Sarjana Muda ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Februari, 2004

iii PENGHARGAAN Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek sarjana muda, En. Kandar Bin Selamat di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang telah diberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea bernas. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada pegawai JPN Perak, semua Pengetua, guru-guru dan individu yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan. Penghargaan turut diberikan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak membantu menjayakan cadangan projek penyelidikan ini.

iv ABSTRAK Mata Pelajaran Reka Cipta merupakan mata pelajaran pilihan Teknik dan Vokasional kumpulan II bagi tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah Akademik yang berlandaskan teknologi dan menekankan daya kreativiti murid. Reka Cipta merupakan salah satu mata pelajaran teknikal yang akan diajar dalam bahasa Inggeris pada tahun 2006. Kajian ini dilakukan untuk.mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi para pelajar Tingkatan Empat untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini dijalankan ke atas 33 orang pelajar dari tiga buah sekolah di daerah Kinta, Ipoh, Perak. Maklumat dari soal selidik telah diproses menggunakan SPSS 11.0 for windows, bertujuan untuk mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta adalah pada tahap sederhana, iaitu 2.97. Faktor-faktor kajian meliputi minat dan sikap pelajar, peranan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran, peranan rakan sebaya, peranan ibu bapa dan peranan persekitaran dalam menimbulkan minat pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta.

v ABSTRACT Reka Cipta subject is one of the alternative subjects in the group two of technical and vocational for form 4 and 5 in the upper academic schools. Reka Cipta subject was based on technology and emphasis on student creativity. Reka Cipta is one of the technical subjects that are going to be taught in English language in year 2006. This survey is carried out to identify various factors that influence the form 4 students in using English language in process of teaching and learning of Reka Cipta subject. Descriptive research is carried out in the form of survey among 33 students from three schools in the district of Kinta, Ipoh, Perak. Information from questionnaire are process using SPSS 11 for windows, to get the frequency, percentage and mean. The results of the study shows that the mean value for factors that influence students interest in using English language in Reka Cipta subject is moderate that is 2.97. These factors are interest and attitude of students, the role of teachers in teaching and learning process, the role of peers, the role of parents and environment to motivate students using English language in Reka Cipta subject.

vi KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN MUKA SURAT ii iii iv v vi xi xiv xv BAHAGIAN SATU I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 7

vii 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.7 Skop Kajian 9 BAB PERKARA MUKA SURAT 1.8 Definisi Opersional 9 1.8.1 Minat 1.8.2 Pelajar 1.8.3 Bahasa Inggeris 1.9 Kesimpulan 10 BAHAGIAN DUA II SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT 2.1 Pengenalan 11 2.2 Minat Dan Sikap Pelajar Untuk Menggunakan Bahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta 12 2.3 Peranan Guru Dalam Menimbulkan Minat Pelajar Untuk Menggunakan Bahasa Inggeris Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran 16 2.4 Peranan Rakan Sebaya Dalam menimbulkan Minat Pelajar Untuk Menggunakan Bahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta 20 2.5 Peranan Keluarga Dalam Menimbulkan Minat Pelajar Untuk Menggunakan Bahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta 23 2.6 Peranan Persekitaran Mempengaruhi Minat Pelajar

viii Untuk Menggunakan Bahasa Inggeris Dalam BAB PERKARA MUKA SURAT Mata Pelajaran Reka Cipta 26 2.7 Kesimpulan 30 BAHAGIAN TIGA III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 31 3.2 Reka Bentuk Kajian 32 3.3 Tempat Kajian 32 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 33 3.5 Instrumen Kajian 33 3.6 Prosedur Kajian 37 3.7 Kajian Rintis 38 3.8 Analisis Data 39 3.9 Kesimpulan 40

ix BAB PERKARA MUKA SURAT BAHAGIAN EMPAT IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 41 4.2 Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang Responden) 42 4.3 Analisis Data Bahagian B (Persoalan Kajian) 47 4.4.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 48 4.4.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 52 4.4.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 55 4.4.4 Analisis Data Persoalan Kajian 4 57 4.4.5 Analisis Data Persoalan Kajian 5 58 4.5 Kesimpulan 60 BAHAGIAN LIMA V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 62 5.2 Rumusan 63

x 5.3 Perbincangan 64 5.4 Cadangan 71 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72 5.6 Penutup 73 BAB PERKARA MUKA SURAT BAHAGIAN ENAM BIBLIOGRAFI 74 BAHAGIAN TUJUH LAMPIRAN Lampiran A C 79

xi SENARAI JADUAL NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Senarai Sekolah Menengah Daerah Kinta Yang Menawarkan Mata Pelajaran Reka Cipta Dan Bilangan Pelajar Tahun 2003 33 3.2 Jumlah Item Mengikut Unsur-Unsur Kajian Berkaitan 34 3.3 Taburan Skala Likert 35 3.4 Perubahan Skala Likert ` 36 3.5 Markat Skala 3 Mata 36 3.6 Perubahan Markat dan Skala 37 3.7 Nilai Alpha Bagi Setiap Persoalan Kajian Yang Melibatkan 10 Orang Responden 39 4.1 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Sekolah 42

xii 4.2 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Umur 42 4.3 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Bangsa 43 4.4 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Bilangan Adik-Beradik 43 NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.5 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa 43 4.6 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jenis Rumah Kediaman 44 4.7 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa 44 4.8 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Bahasa Utama Yang Digunakan Untuk Bertutur Dengan Ahli Keluarga 45 4.9 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Kelayakan Akademik Tertinggi Ibu Bapa 45 4.10 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Penguasaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Ahli Keluarga 46 4.11 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Keputusan Bahasa Inggeris Dalam PMR 46 4.12 Taburan Bilangan, Peratusan Dan min

xiii Bagi Faktor Minat Dan Sikap Pelajar 48 4.13 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi Peranan Guru Dalam menimbulkan Minat Pelajar 52 4.14 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi Peranan Rakan Sebaya Dalam Menimbulkan Minat Pelajar 55 NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.15 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi Peranan Keluarga Dalam Menimbulkan Minat Pelajar 57 4.16 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi Peranan Persekitaran Dalam Mempengaruhi Minat Pelajar 58 4.17 Taburan Purata Keseluruhan Bagi Lima Persoalan Kajian mengikut Min 60

xiv SENARAI SINGKATAN F - Frekuensi % - Peratus CAD - Computer - Aided Design SPSS - Statictis Package for Social Science KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A. Surat Kebenaran dari Kementerian 79 Pendidikan Malaysia B. Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor 81 C. Borang Soal Selidik 82

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Reka Cipta ialah satu mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas yang berlandaskan teknologi dan menekankan daya kreativiti murid. Reka cipta digubal dengan hasrat membentuk minda murid yang kreatif, inovatif dan inventif sebagai persediaan tenaga pekerja yang bermaklumat dan berketrampilan dalam menempuhi perkembangan dan cabaran dunia teknologi di alaf baru. Reka Cipta berlandaskan kepada gabungan tiga dimensi atau konsep iaitu minda, kemahiran dan sikap atau nilai. Dalam proses reka cipta, penjanaan dan pencetusan idea bermula daripada minda. Idea yang abstrak ini diterjemahkan dalam bentuk lakaran. Kemahiran diperlukan bagi merealisasikan lakaran ini ke dalam bentuk model atau prototaip yang konkrit. Nilai dan sikap seorang pereka cipta juga penting dalam memantapkan dan memberi nilai tambah kepada produk sedia ada.

2 Kandungan Sukatan Pelajaran Reka Cipta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merangkumi Reka Bentuk, Teknologi Pembuatan, Strategi Pemasaran, Harta Intelek dan Pendokumentasian. Reka Cipta adalah penghasilan sesuatu produk baru atau pengubahsuaian barangan yang sedia ada untuk menyelesaikan masalah dan menenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Produk yang bersifat inovatif dan bernilai komersil ini harus diilhamkan dari idea murid sendiri dengan tunjuk ajar dan bimbingan guru. Dalam proses reka cipta ini, pengalaman sedia ada daripada pelbagai disiplin ditambah dengan aplikasi teknologi pembuatan dan reka bentuk yang diperolehi dalam kelas dan dipupuk dengan sifat ingin tahu, ingin mencuba dan berdaya saing akan memberi potensi yang baik kepada murid dalam pembentukan diri sebagai seorang pereka cipta. Pengetahuan tentang harta intelek termasuk paten dan strategi pemasaran membolehkan murid bersedia menghasilkan produk bagi tujuan komersil. Matlamat mata pelajaran Reka Cipta adalah untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan sesuatu rekaan ke arah menjadi penyumbang kepada pembangunan negara. Di antara objektif bagi mencapai matlmat ini adalah untuk memblehkan pelajar :- 1. memahami dan mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan bidang reka bentuk dan teknologi pembuatan dalam mereka cipta yang inovatif dan bernilai komersil; 2. Memahami sistem elektrik, elektronik, mekanikal mudah dan kawalan dalam bidang mekatronik; 3. Menggunakan perisian Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD) dalam penghasilan lukisan dua (2D) dan tiga (3D) dimensi; 4. Memahami strategi utuk memasarkan produk; 5. Memahami konsep harta intelek dan cara melindungi hasil reka cipta;

3 6. Berkomunikasi dengan berkesan dalam pendokumentasi dan persembahan hasil ciptaan; 7. Mengamalkan sikap positif serta peka terhadap isu, perkembangan dan hala tuju teknologi. 8. Memupuk semangat ingin tahu, ingin mencuba, daya saing, bekerjsama dan menyedari keagungan Tuhan. ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002 ) 1.2 Latar Belakang Masalah Berdasarkan kepada sukatan pelajaran mata pelajaran Reka Cipta (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002 ) memang wujud kepentingan penggunaan bahasa Inggeris dalam Reka Cipta terutamanya dalam memahami sistem elektrik, elektronik, mekanikal mudah dan kawalan dalam bidang mekatronik yang kebanyakannya adalah dalam bahasa Inggeris.Selain daripada itu, pelajar dikehendaki menggunakan Reka Bentuk Komputer (CAD) dalam perekaan produk. Pelajar menggunakan perisian Reka Bentuk Bantuan Komputer dalam arahan bahasa Inggeris untuk menghasilkan lukisan dua (2 D ) dan tiga (3 D ) dimensi. Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah pencapaian bahasa Inggeris di kalangan pelajar dalam PMR adalah kurang memuaskan pada keseluruhannya. Peratusan kelulusan bahasa Inggeris dalam PMR merosot daripada 69.9% pada tahun 2002 kepada 68.1% pada tahun 2003. Bahasa Inggeris merupakan pencapaian subjek-subjek teras PMR yang paling rendah (Laporan Peperiksaan PMR Lembaga Peperiksaan Malaysia, KPM, 2003). Peratus pelajar yang mendapat gred E dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dalam peperiksaan PMR tahun 2003 ialah 31.9%..

4 Ini menunjukkan tahap kecekapan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Malaysia adalah kurang memuaskan. Pencapaian keputusan bahasa Inggeris yang kurang memuaskan dalam PMR di kalangan pelajar merupakan satu masalah kepada pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam semua mata pelajaran teknikal pada tahun 2006 nanti. Menurut Pengarah Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan, Mokhlis Jaafar bahawa semua mata pelajaran teknikal di sekolah teknik seluruh negara akan diajar dalam bahasa Inggeris sepenuhnya menjelang tahun 2006 ( Berita Harian, 11 Julai 2003 ). Oleh itu, penggunaan bahasa Inggeris dalam Reka Cipta memang penting. Ini kerana Reka Cipta merupakan salah satu mata pelajaran teknikal di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan. Bahasa Inggeris memainkan peranan penting dalam bidang teknikal. Menurut Yeoh Cheng Choo (2000), keupayaan untuk menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik merupakan satu sumbangan yang besar dalam bidang vokasional kepada seseorang pelajar. Kebanyakan buku teknikal adalah dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, seseorang pelajar teknikal perlu mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik jika ingin menimba lebih banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknikal termasuklah bidang reka cipta. Walaupun bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua terpenting di Malaysia dan banyak usaha untuk meningkatkan tahap bahasa Inggeris di sekolah tetapi didapati kurang daripada 10% daripada rakyat Malaysia yang boleh menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi ( Fasold, 1984 :136-37 dalam Zulkifley Hamid, 1994).

5 Menurut Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad (2001) menegaskan bahawa If we do not want to left out and become victim of Information Technology, we must seriously strive to acquire this new knowledge. One condition for us to master this knowledge is by mastering the English language Bahasa Inggeris menjadi alat yang membolehkan sesebuah negara ikut terlibat dalam perkembangan budaya dunia seperti dalam bidang sains dan teknologi, perdagangan antarabangsa dan bidang diplomatik ( Fasold, 1984:248 ). Pendapat Fasold adalah menepati salah satu daripada objektif mata pelajaran Reka Cipta iaitu untuk membolehkan pelajar mengamalkan sikap positif serta peka terhadap isu, perkembangan dan hala tuju bidang teknologi. Robiah Sidin (1998 ) bahawa penguasaan bahasa Inggeris pelajar perlu dipertingkatkan. Kita tidak dapat menyangkal kepentingan bahasa Inggeris dalam konteks pengajian akademik dan peningkatan ilmu. Oleh itu, pendedahan awal kepada bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperolehi maklumat dan ilmu terutama dalam bidang yang berkaitan dengan Reka Cipta. Dalam dokumen pentaksiran projek Reka Cipta (3763/2) SPM 2004, Elemen 1 : Proses Mereka Cipta ( Lembaga Peperiksaan, KPM ). Pelajar dikehendaki mengumpul data atau maklumat reka ciptaan yang sedia ada (inovasi) atau mengumpul data atau maklumat mengenai reka ciptaan yang baru ( penemuan baru ) untuk mendapatkan gred A. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, pelajar biasanya akan melayari laman web atau buku rujukan yang berkaitan dengan reka cipta atau inovasi baru dalam bahasa Inggeris. Perdana Menteri mengatakan bahawa Ninety-nine percent of information we need comes from foreigners in English. Similary, hardware and software technology are developed and distributed in English. It is quite impossible for this information to translated into Malay for us to use although there

6 are sophisticated translation equipment Oleh itu, adakah pelajar berminat untuk menggunakan bahasa kedua ini dalam mata pelajaran Reka Cipta? 1.3 Pernyataan Masalah Semua mata pelajaran teknikal di sekolah teknik seluruh negara akan diajar dalam bahasa Inggeris sepenuhnya menjelang tahun 2006. Reka Cipta merupakan salah satu mata pelajaran teknikal di SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) yang akan diajar dalam bahasa Inggeris pada tahun 2006. Matlamat ini tidak akan tercapai sekiranya pelajar tidak mempunyai minat yang mendalam terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta. Kejayaan dalam pelaksanaannya harus mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran tersebut. Oleh itu, pengkaji ingin mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta di kalangan pelajar Tingkatan Empat Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kinta, Ipoh, Perak.

7 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah bertujuan : 1. Mengenal pasti minat dan sikap pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta. 2. Mengenal pasti peranan guru dalam menimbulkan minat pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam Reka Cipta semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Mengenal pasti peranan rakan sebaya dalam menimbulkan minat pelajar menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta. 4. Mengenal pasti peranan keluarga dalam menimbulkan minat pelajar menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta. 5. Mengenal pasti peranan persekitaran dalam menimbulkan minat pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam Reka Cipta. 1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian ini adalah untuk mengkaji minat pelajar menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta. Antara persoalan kajian ini ialah ; 1. Apakah tahap minat dan sikap pelajar untuk menggunakkan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta?

8 2. Apakah tahap peranan guru dalam menimbulkan minat pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka cipta semasa proses pengajaran dan pembelajaran? 3. Apakah tahap peranan rakan sebaya dalam menimbulkan minat pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta? 4. Apakah tahap peranan keluarga dalam menimbulkan minat pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta? 5. Apakah tahap peranan persekitaran dalam menimbulkan minat pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam Reka Cipta? 1.6 Kepentingan Kajian Adalah menjadi hasrat pengkajian ini untuk membantu para guru untuk menilai kekurangan atau kepincangan yang berlaku ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya meningkatkan minat pelajar menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Reka Cipta. Kajian ini akan memberi maklumat kepada guru untuk terus bersedia dalam segala keperluan yang diperlukan bagi melahirkan para pelajar yang berminat untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam Reka Cipta. Kajian ini juga akan dijadikan rujukan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyusun strategi pengajaran & pembelajaran yang lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar yang mampu dan berminat untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam Reka Cipta.