PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU MATA PELAJARAN TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TANAH MERAH, KELANTAN.

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

"66O "8 '

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

NOORHASNI BINTI HASAN

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Faculty Of Information and Communication Technology

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU MATA PELAJARAN TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TANAH MERAH, KELANTAN. ZAKIAH BINTI MD TAHIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU MATA PELAJARAN TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TANAH MERAH, KELANTAN. ZAKIAH BINTI MD TAHIR Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006

ii

iii DEDIKASI Setulus kasih dan ingatan buat Ayahanda Md Tahir Md Nor, Bonda Siti Aminah Mat Yaacob, Keluarga tersayang Dengan doa dan restumu aku disini, Memenuhi hajat dan harapan mu, Buat Tunang Tersayang, Anies Bin Mohd Nor, Sesungguhnya kehadiranmu, Banyak memberi semangat kepadaku, Segala pengorbanan dan doronganmu, Tidak mampu ku balas. Pembimbing En. Asnul Dahar Bin Minghat Serta rakan seperjuangan Seperti mana asal usul kita Akhirnya akan kembali jua Ke tempat asal Tiap detik perjalanan Menjadi perhatian dan perhitungan Semoga kalian dapat mengharungi Kehidupan yang sempurna dan mendapat Keredhaan ALLAH s.w.t.

iv PENGHARGAAN Segala puji-pujian kehadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan hidayah-nya, kajian ini mampu disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Sekalung penghargaan kepada penyelia kajian, Tn Hj. Asnul Dahar Bin Minghat yang banyak membantu, membimbing, memberi tunjuk ajar, panduan dan nasihat tanpa kenal erti jemu. Tanpa beliau maka pincanglah kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga kerana merealisasikan impian ini. Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pelajaran Kelantan, Pengetua, guru-guru teknikal dan staf Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, yang terlibat secara langsung dalam menjayakan kajian ini. Malah tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan yang memberi bantuan. Ingatlah, hanya Tuhan yang mampu membalas jasamu itu. Penghargaan khas ini ditujukan khas buat bonda tercinta Siti Aminah dan ayahanda Md Tahir Md Nor yang tanpa jemu mendoakan kejayaan anaknya ini. Keluarga tercinta serta tunang tersayang, Anies Mohd Nor. Terima Kasih tidak terhingga di atas segala dorongan, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan. Wassalam. Zakiah Binti Md Tahir.

v ABSTRAK Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap guru teknikal dari aspek pengetahuan, kemahiran, penggunaan bahan bantu mengajar dan sikap guru teknikal terhadap pengajaran mata pelajaran teknikal. Responden terdiri daripada 148 orang pelajar tingkatan empat kursus Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik berbentuk skala likert yang mengandungi 40 item berdasarkan kepada persoalan kajian. Data yang diperolehi telah dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 12.0 (Statistical Package for Social Science Windows) untuk mencari nilai min dan peratusan bagi setiap persoalan kajian. Hasil kajian mendapati persepsi responden terhadap guru mata pelajaran teknikal dari aspek penggunaan bahan bantu mengajar adalah tahap paling rendah berbanding ketiga-tiga aspek yang lain. Diikuti aspek kemahiran guru, sikap guru seterusnya aspek pengetahuan guru pada tahap paling tinggi. Beberapa cadangan dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan.

vi ABSTRACT The descriptive study to the students have a perseption on the affectiveness of the teaching-learning process by the technical teacher from aspects of their knowledges, skills, teaching aids material usage and and the attitude towards the teaching process of the technical subject. The respondents was consisted in both of one hundred and forty eight students form four the civil engineering, electrical engineering and mechanical engineering courses at Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan. Research s instrument was a set of linker scale questionnaires consisted of 40 items, which based on the scope of this research. The obtained data had been collected and analyzed by using the SPSS software version 12.0 (Statistical Package For Social Science For Windows), to find out the value of mean and percentage for each scope of this research. The research revealed that, the students have a perseption on the affectiveness of the teaching-learning process by the technical teacher from aspects teaching aids material usage to low level from other aspects. Further aspects of teacher skills, the attitude towards the teaching process and the top level from aspects knowledges. Some recommendation to improve this research in the future.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL x SENARAI SINGKATAN xi SENARAI LAMPIRAN xii BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 7 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.7 Skop Kajian 9 1.8 Batasan Kajian 9 1.9 Definisi / Istilah 10 1.10 Penutup 12

viii BAB II SOROTAN PENULIS 2.1 Pengenalan 13 2.2 Pengetahuan 16 2.3 Kemahiran 18 2.4 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar 20 2.5 Sikap 24 2.6 Penutup 27 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 28 3.2 Lokasi kajian 29 3.3 Reka Bentuk Kajian 29 3.4 Populasi Kajian 29 3.5 Sampel Kajian 30 3.6 Instrumen Kajian 31 3.7 Kajian Rintis 32 3.8 Prosedur Kajian 34 3.8.1 Proses Mentadbir Soal selidik 35 3.9 Analisis Data 36 3.10 Penutup 38 BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 39 4.2 Analisis Data Bahagian A 40 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 40 4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 41 4.2.3 Taburan Responden Mengikut Agama 41 4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tempat Kediaman 42 4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kursus 43

ix 4.3 Analisis Data Bahagian B 43 4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 44 4.3.2 Analisis Persoalan kajian Kedua 48 4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 52 4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 56 4.4 Purata Min dan Tahap Keseluruhan Untuk Setiap Persoalan kajian. 60 4.5 Penutup 61 BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 62 5.2 Rumusan kajian 62 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 63 5.3.1 Persoalan Kajian Pertama 63 5.3.2 Persoalan Kajian Kedua 66 5.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 68 5.3.4 Persoalan Kajian Keempat 70 5.4 Cadangan Kajian 72 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73 5.6 Penutup 73 BIBLIOGRAFI 74-78 LAMPIRAN Lampiran A D 79-90

x SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 1.1 Peratusan Keputusan SPM 2000 hingga 2003 di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan. 6 3.1 Jumlah Populasi dan Sampel Mengikut Kursus 30 3.2 Pembahagian Aspek Soal Selidik 31 3.3 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 34 3.4 Darjah Persetujuan dan Analisis Akhir 36 3.5 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 37 3.6 Skala Pemeringkatan Skor Min 37 4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Respoden Mengikut Jantina 40 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Respoden Mengikut Bangsa 41 4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Respoden Mengikut Agama 42 4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Tempat Kerdiaman 42 4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Kursus 43 4.6 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Aspek Pengetahuan Guru Tentang Isi Pelajaran. 45 4.7 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Aspek Kemahiran Guru Dalam Menyampaikan Isi Pelajaran. 49 4.8 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Aspek Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. 53 4.9 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Sikap Guru Teknikal Terhadap Pengajaran Mata Pelajaran Teknikal. 57 4.10 Purata Min dan Tahap Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan Kajian 60

xi SENARAI SINGKATAN / SIMBOL BPPDP - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan HEM - Hal Ehwal Murid JPN - Jabatan Pelajaran Negeri KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah PKA - Pengajian Kejuruteraan Awam PKE - Pengajian Kejuruteraan Elektrik PKM - Pengajian Kejuruteraan Mekanikal S - Setuju SPM - Sijil Pelajaran Malaysia SPSS - Statistical Package For Social Science SS - Sangat Setuju STS - Sangat Tidak Setuju TP - Tidak Pasti TS - Tidak Setuju UTM - Universiti Teknologi Malaysia % - Peratus f - Kekerapan

xii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Set Soal Selidik 79 B Jadual Krejcie R.V dan Morgan D.W (1970) 85 C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Bahagian Perancangan Dan penyelidikan Dasar pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPPDP) 86 D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. 88 E Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia. 89 F Surat Permohonan Mendapatkan Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di Sekolah 90

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju telah memberi cabaran baru kepasa sistem pendidikan negara pada keseluruhannya. Sebagai sebuah negara membangun yang berhasrat untuk menjadi negara perindustrian, sudah seharusnya usaha-usaha gigih dijalankan untuk melahirkan tenaga pekerja profesional bagi menampung keperluan sektor perindustrian. Untuk tujuan tersebut sekolah-sekolah teknik di seluruh negara telah diberi mandat untuk menjayakannya. Ini terbukti dengan penyusunan semula sekolah-sekolah teknik secara berperingkat. Dengan wujudnya fenomena seperti ini, fungsi dan tanggungjawab Sekolah Menengah Teknik menjadi semakin meluas. Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Teknikal, 1987 menyatakan bahawa Pendidikan Teknik dan Vokasional bertujuan untuk memenuhi matlamat berikut : i) Membantu negara dalam proses pembangunan dan permodenan industri melalui program pendidikan teknik dan vokasional yang mengeluarkan tenaga manusia terlatih serta berpengetahuan teknikal. ii) Menyediakan pendidikan asas untuk membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi.

2 iii) iv) Memperkembangkan minat di kalangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi. Memperkembangkan sikap yang positif, bertanggungjawab dan berdisiplin di kalangan pelajar. Dalam Rancangan Malaysia Keenam telah menekankan kepada pembangunan sumber manusia. Aspek ini sangat penting dalam membangun Malaysia mencapai tahap negara perindustrian. Perancangan ini menfokuskan kepada keperluan untuk mengembangkan pendidikan teknik dan vokasional bagi menambahkan lagi tenaga profesional yang berkualiti bagi memahami pembangunan ekonomi negara yang sedang berkembang pesat. Dengan itu, guru adalah golongan yang bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat negara ini. Arus pembangunan semasa, dengan perkembangan pesat sektor industri ianya memberi impak tersendiri terhadap perkembangan pendidikan teknikal. Pembangunan pendidikan teknikal merupakan usaha untuk memenuhi keperluan pendidikan serta pengetahuan di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terutama bagi pelajar yang berkecenderungan tinggi terhadap bidang ini. Sistem pendidikan pada masa kini melalui banyak perubahan dari masa ke semasa dalam usaha untuk menjadikan sistem pendidikan yang terbaik bagi pelajar-pelajar di semua peringkat. Perubahan ini sangat penting kepada pelajar-pelajar yang belum lagi melangkah ke alam pekerjaan. Pendidikan merupakan satu proses mengajar, membentuk individu agar menjadi tahu dan hasilnya terdapat perubahan tingkahlaku dan pemikiran kepada yang dididik. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi sistem pendidikan. Antaranya ialah peranan yang perlu dimainkan oleh guru sebagai tenaga pengajar dan minat pelajar untuk terus mendalami ilmu pengetahuan bersama guru mereka. Namun begitu guru dan murid merupakan dua faktor terpenting dalam bilik darjah kerana kedua-duanya perlu saling berinteraksi dengan baik bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran

3 yang lebih efektif. Guru bertanggungjawab untuk menyampai dan mencorak bentuk ilmu pengetahuan yang disampaikan sesuai dengan penerimaan mereka. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1994). Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan ianya mula diperkenalkan di sekolah-sekolah bestari. Namun begitu guru tetap memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pendidikan dalam sesebuah institusi pengajian. Kualiti pendidikan banyak bergantung kepada kualiti guru kerana guru yang baik membuatkan pembelajaran menarik dan dihargai oleh murid yang mengikutinya. Dalam usaha mencapai matlamat ini, seseorang guru sepatutnya mempunyai kemahiran, kebolehan dan sikap yang baik samada di dalam dan di luar bilik darjah. Semenjak pendidikan teknik mula diperkenalkan di Malaysia, mata pelajaran aliran teknikal mula bertapak sebagai mata pelajaran elektif di Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia. Di antara mata pelajaran yang disenaraikan untuk aliran teknikal ialah Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE), Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM). Mata pelajaran aliran teknikal khususnya Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Pengajian Kejuruteraan Awam dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal adalah mata pelajaran elektif KBSM yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tingkatan empat dan lima. Mata pelajaran ini ditawarkan untuk memenuhi minat dan kecenderungan pelajar dalam bidang kejuruteraan disamping melengkapkan diri serta memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang kejuruteraan. Selain itu, untuk mengeluarkan tenaga kerja yang berkemahiran dalam memenuhi kehendak industri, teknologi dan perkembangan ekonomi. Mata pelajaran aliran teknik ini juga adalah satu bidang yang berkait rapat dengan keperluan dan kepentingan manusia dalam kehidupan seharian mereka. Para pelajar akan dapat

4 menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni yang merangkumi unsur-unsur kerohanian, kemasyarakatan dan kewarganegaraan sekiranya guru mereka bijak mendidik pelajar mereka dengan lebih berkesan. 1.2 Latar Belakang Masalah Laporan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000 (1999), menyatakan bahawa matlamat pendidikan teknikal adalah untuk melahirkan golongan pelajar berkelayakan yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik, Sains serta Asas Kejuruteraan. Pelajar-pelajar ini dijangka meneruskan pengajian dalam kursus sains dan berasaskan teknologi di peringkat diploma dan ijazah bagi melahirkan golongan tenaga kerja profesional yang benar-benar berkemahiran. Dengan sokongan padu yang diberikan oleh kerajaan mengenai pendidikan teknikal ini, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pendidikan ini semakin penting. Secara tidak langsung dapat memenuhi sasaran Malaysia bagi menyediakan tenaga kerja profesional menjelang tahun 2020. Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (Unit Perancangan Ekonomi dan Kementerian Pelajaran, 1991) mahukan keperluan mengenai kawalan serta pengurusan pendidikan teknik baik dan sistematik. Ini bagi mengurangkan pembaziran yang berlaku hasil daripada kecelaruan yang timbul akibat daripada ketidakseimbangan pendidikan dan peluang pekerjaan. Untuk dimanfaatkan dalam sektor pengeluaran, tercetus senario permintaan yang mendesak terhadap jerutera dan penolong jurutera terutama dalam bidang elektrikal dan elektronik kejuruteraan jentera. Berdasarkan Laporan Rancangan Malaysia Kelapan, pertambahan sebanyak 52,920 jurutera dan 117,720 penolong jurutera diperlukan bagi memastikan sektor pengeluaran memainkan peranan aktif dalam ekonomi intensif modal. Sokongan padu seharusnya diunjurkan melalui

5 pendidikan teknik dan vokasional sebagai pembentuk tenaga kerja profesional yang berketerampilan teknologi. Walaupun perancangan program mata pelajaran teknikal ini telah dibuat dengan teliti oleh Jabatan Pelajaran Teknikal, masalah pencapaian rendah masih lagi wujud terutama dalam mata pelajaran teknik yang melibatkan aliran teknikal. Fenomena ini wujud kerana mereka beranggapan mata pelajaran ini sukar kerana kebanyakannya melibatkan pemahaman konsep dan pengiraan. Tambahan pula mata pelajaran teknikal ini kebanyakannya menguji kemahiran berfikir pelajar. Masalah pencapaian yang semakin merosot telah berlaku di beberapa buah Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Antara salah satu sekolah yang tergolong dalam kategori ini adalah Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah di Kelantan. Jika dibandingkan dengan Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, pencapaian keputusan SPM di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah amat berbeza. Sekolah ini mempunyai pencapaian yang kurang memuaskan, sedangkan Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas berada pada kedudukan ke 23 daripada 82 buah Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Jadual 1.1 di sebelah menunjukkan peratusan keputusan SPM tahun 2000 hingga 2003 di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan.

6 Jadual 1.1 : Peratusan Keputusan SPM Bagi Mata Pelajaran Teknikal Tahun 2000 Hingga 2003 di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan. Bil. Bil. Mata Pelajaran Tahun Calon Calon Lulus Hadir Gagal Bil % 1. Pengajian Kejuruteraan 2003 70 13 55 80.88 Mekanikal (PKM) 2002 42 4 38 90.48 2001 33 3 30 90.91 2000 40 1 39 97.44 2. Pengajian Kejuruteraan 2003 61 5 56 91.8 Awam (PKA) 2002 31 3 28 90.32 2001 31 1 30 96.77 2000 36 1 35 97.22 3. Pengajian Kejuruteraan 2003 76 8 68 89.47 Elektrik (PKE) 2002 40 0 39 100 2001 36 0 36 100 2000 37 1 36 97.3 (Sumber: Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah Kelantan, 2004) Banyak faktor lain yang mempengaruhi pembelajaran dalam bilik darjah. Selain daripada penggunaan bilik darjah yang berkesan dan teknik pengajaran yang dipelbagaikan, idea-idea baru juga menjadi cabaran kepada guru teknikal untuk menangani karenah para pelajar. Dengan cara ini pelajar akan lebih menghormati dan sentiasa mempunyai tangapan yang baik terhadap guru. Secara tidak langsung pelajar akan berusaha dan merasakan sesi pembelajaran itu merupakan suatu yang bermakna, seronok dan mencabar. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses yang melibatkan interaksi guru dengan murid. Pengajaran guru bergantung kepada bagaimana guru dapat menyesuaikan diri dan memahami masalah pembelajaran murid. Terdapat

7 pelbagai aspek yang mempengaruhi mutu pengajaran guru. Antaranya ialah pengetahuan dan ilmu yang dimiliki oleh guru, kaedah yang digunakan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dan sikap guru terhadap pelajar itu sendiri. 1.3 Pernyataan Masalah Kemerosotan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran teknikal di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, pada tahun 2003 menyebabkan pengkaji terpanggil untuk menjalankan kajian ke atas sekolah tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan meninjau persepsi pelajar terhadap guru mata pelajaran aliran teknikal di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan dari aspek pengetahuan guru, kemahiran guru, penggunan bahan bantu mengajar dan sikap guru terhadap pengajaran mata pelajaran teknikal. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk: 1.4.1 Mengenalpasti pengajaran di kalangan guru teknikal dari aspek pengetahuan guru tentang isi pelajaran. 1.4.2 Mengenalpasti pengajaran di kalangan guru teknikal dari aspek kemahiran amali guru dalam menyampaikan isi pelajaran. 1.4.3 Mengenalpasti pengajaran di kalangan guru teknikal dari aspek penggunaan bahan bantu mengajar. 1.4.4 Mengenalpasti sikap guru teknikal terhadap pengajaran mata pelajaran teknikal.

8 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian, terdapat beberapa persoalan utama yang ditekankan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap guru mata pelajaran teknikal. Antaranya seperti berikut : 1.5.1 Apakah guru teknikal mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran teknikal? 1.5.2 Apakah guru teknikal mempunyai pelbagai kemahiran amali dalam menyampaikan isi pelajaran? 1.5.3 Apakah guru teknikal menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar? 1.5.4 Apakah sikap guru teknikal terhadap pengajaran mata pelajaran teknikal? 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini wajar dijalankan kerana ia sangat penting untuk kita semua bagi melihat bagaimana persepsi pelajar terhadap pengajaran di kalangan guru mereka. 1.6.1 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dapat mencari langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah pencapaian pelajar teknik yang kian merosot. 1.6.2 Guru dapat menilai sendiri sama ada corak pengajaran yang disampaikan adalah bersesuaian dengan pelajar. 1.6.3 Sebagai penerima maklumat, pelajar akan dapat menyusun maklumat bersesuaian dengan peranannya. Dalam hal demikian, mudah membuat tanggapan sama ada baik atau buruk seseorang guru itu, kemudian barulah melihat pada pembelajaran mereka. 1.6.4 Guru dapat melihat sendiri persepsi pelajar terhadap pengajaran mereka. Secara tidak langsung, ianya akan membuka jalan kepada guru untuk melakukan sesuatu bagi mengubah cara dan membaiki pengajaran mereka terutama dalam meningkatkan lagi pencapaian pelajar.