PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

"66O "8 '

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

NOORHASNI BINTI HASAN

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

Faculty Of Information and Communication Technology

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

AMALAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4, DI TIGA BUAH SEKOLAH KAWALAN, DAERAH PASIR GUDANG, JOHOR.

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Transcription:

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU SAM @ MOHD ADLISHAM BIN ABDUL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

` PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya SAM @ MOHD ADLISHAM BIN ABDUL RASID ( HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: A-928 KG. PECAH ROTAN, PROF. MADYA DR. OTHMAN B. MD. JOHAN BATU RAKIT, 21020 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU. Tarikh: APRIL 2009 Tarikh: APRIL 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PENGESAHAN PENYELIA Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup) Tandatangan :... Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. OTHMAN BIN MD. JOHAN Tarikh :...

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU SAM @ MOHD ADLISHAM BIN ABDUL RASID Laporan Projek Ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL 2009

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan Nama Penulis Tarikh :. : SAM @ MOHD ADLISHAM BIN ABD. RASID :.

iii DEDIKASI Dengan Nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang Dengan keizinannya jua, Ku bersyukur atas rahmatnya, Dengan keizinannya jua maka dapatlah ku siapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Khas buat, Ibu dan ayah serta mertua yang disanjungi dan di kasihi, Doa dan pengorbanan kalian amat ku hargai. Teristimewa buat isteriku, Siti Norzalehawati Binti Sepian Dorongan, pengorbanan, dan kesabaran mu sentiasa mengiringiku. Buat kawan-kawan Teruskan jalan yang kurintis ini sehingga ke puncak jaya Jadikanlah kejayaan ini sebagai pendorong buat kalian. Buat ahli keluargaku, Bantuan dan sokongan kalian takkan ku lupakan Semoga ALLAH akan sentiasa memberikan limpah rahmat serta hidayahnya kepada kalian

iv PENGHARGAAN DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat. Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah mengizinkan saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada Profesor Madya Dr. Othman Bin Md. Johan selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak memberi tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Negeri Terengganu, pengetua-pengetua, guruguru serta pelajar-pelajar di Negeri Terengganu yang sudi memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan. Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini. Terima kasih yang tidak terhingga.

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengetahui status penerapan kemahiran generik dalam mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah-sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu. Responden terdiri daripada 120 orang guru yang mengajar mata pelajaran kemahiran hidup di 12 buah sekolah yang terpilih. Mereka telah diberikan satu set soal selidik yang telah diuji kebolehpercayaannya dengan nilai Cronbach Alpha 0.813. Data telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS 15.0 untuk menentukan kekerapan, peratus dan min. Selain daripada itu, ujian t telah dijalankan untuk menganalisis perbezaan perbezaan dalam penerapan kemahiran generik berdasarkan jantina. Sementara ANOVA pula telah digunakan untuk melihat perbezaan dalam penerapan kemahiran generik berdasarkan pengkhususan. Keputusan yang di dapati pada umumnya menunjukkan guru-guru kemahiran hidup telah menerapkan kemahiran generik dalam rancangan pengajaran dan penilaian pada tahap yang tinggi. Penerapan yang dijalankan dalam pengajaran juga adalah tinggi kecuali dalam aspek aplikasi teknologi serta memilih, mengurus dan menganalisa maklumat yang berada pada tahap yang sederhana. Guru-guru lelaki telah menunjukkan tahap penerapan yang lebih tinggi berbanding dengan guruguru perempuan dalam penerapan kemahiran generik dalam aspek rancangan pengajaran dan penilaian. Sementara itu terdapat perbezaan penerapan kemahiran generik dalam aspek rancangan pengajaran dan pengajaran guru berdasarkan pengkhususan. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan dalam penerapan kemahiran generik dalam aspek penilaian berdasarkan pengkhususan guru. Implikasi kajian serta cadangan-cadangan untuk penyelidikan masa depan juga turut dibincangkan.

vi ABSTRACT The aim of this research is to study the status of generic skill inculcation in the subject of living skill among secondary school teachers in the district of Kuala Terengganu. A total of 120 teachers were selected as a respondent in this study. They were given a set of questionnaire which has a tested Cronbach Alpha reliability of 0.813. A descriptive analysis of frequeny, percentage and mean was used to analysis the data by using SPSS version 15.0. A t-test was used to determine the differences in generic skill inculcation between the male and female teachers, where as, ANOVA was used to determine the differences across specialization. In general, the study shows that the study of inculcation generic skill in teaching preparation and evaluation is high. The status of inculcation in the teaching process is also high except in technological application ang information selection, management ang analysis which is average. Male teachers have shown a higher level of generic skill inculcation as compared to the females in terms of teaching preparation and evaluation. A significant difference was also found in the inculcation of generic skills in teaching preparation ang teaching process aross specialization. However, the difference is not significant in a evaluation. The implication of the study as well as the suggestions for future research were also discussed.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT BORANG PENGESAHAN STATUS - PENGESAHAN PEMBIMBING - HALAMAN JUDUL i HALAMAN PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN vi ABSTRAK v ABSTRACT vi SENARAI ISI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL viii ` SENARAI SINGKATAN xiii SENARAI LAMPIRAN xvi

viii I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 4 1.3 Pernyataan Masalah 8 1.4 Objektif Kajian 9 1.5 Persoalan Kajian 10 1.6 Hipotesis Kajian 11 1.7 Kepentingan Kajian 12 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 13 1.9. 1 Kemahiran Generik 14 1.9. 2 Pengajaran 15 1.9. 3 Penerapan 16 1.9. 4 Kemahiran Hidup 16 1.9. 5 Sekolah 17 2.0 Penutup 17 2 SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 18 2.2 Kemahiran Generik Dalam Pendidikan 19 2.3 Peranan Guru Dalam Penerapan Kemahiran Generik 23 2.4 Pendekatan Pengajaran 25 2.5 Teknik-teknik Pembelajaran 29 2.6 Penutup 32

ix 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 33 3.2 Reka Bentuk Kajian 33 3.3 Populasi Dan Persampelan 34 3.4 Instrument Kajian 35 3.5 Kajian Rintis 39 3.6 Prosedur kajian 40 3.7 Analisis Data 41 3.8 Penutup 42 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 43 4.2 Bahagian A - Latar Belakang Responden 4.2.1 Pengalaman Mengajar 44 4.2.2 Umur 44 4.2.3 Jantina 45 4.2.4 Pengkhususan 45 4.2.5 Kursus yang di hadiri 46 4.3 Bahagian B - Analisa Inferens 4.3.1 Analisis Penerapan Kemahiran Generik Dalam Rancangan Pengajaran 47 4.3.2 Analisis Penerapan Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran 49 4.3.3 Analisis Penerapan Kemahiran Generik Dalam Penilaian 58 4.4 Perbezaan dalam penerapan kemahiran Generik berdasarkan jantina. 4.4.1 Dalam Rancangan Pengajaran 60 4.4.2 Dalam Pengajaran 61 4.4.3 Dalam Penilaian 61

x 4.5 Perbezaan dalam penerapan kemahiran Generik berdasarkan Pengkhususan 4.5.1 Dalam Rancangan Pengajaran 62 4.5.2 Dalam Pengajaran 63 4.5.3 Dalam Penilaian 64 4.6 Penutup 65 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 66 5.2 Rumusan Perbincangan 67 5.3 Perbincangan Tentang Hasil Dapatan 69 5.2.1 Rancangan Pengajaran 69 5.2.2 Pengajaran 70 5.2.3 Penilaian 72 5.4 Implikasi 76 5.7 Cadangan Kajian 78 5.8 Cadangan Kajian Lanjut 80 5.9 Penutup 81 RUJUKAN 82 LAMPIRAN 85

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT 3.1 Jadual bilangan sampel mengikut sekolah di daerah Kuala Terengganu 35 3.2 Jadual Pembahagian item berdasarkan persoalan kajian. 38 3.3 Jadual Pengkelasan Skor dan Min 41 3.4 Jadual Penggunaan Kaedah statistik mengikut pecahan objektif kajian 42 4.1 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut pengalaman mengajar 44 4.2 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut umur 44 4.3 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut Jantina 45 4.4 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut pengkhususan 45 4.5 Taburan bilangan dan peratus responden yang mengikuti kursus kemahiran generik 46 4.6 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Penerapan Dalam Rancangan Pengajaran 49 4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan Min Dari Aspek Kemahiran Komunikasi 53

xii 4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan Min Dari Aspek Aplikasi Teknologi 50 4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan Min Dari Aspek Kemahiran Merancang Aktiviti 51 5.0 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan Min Dari Aspek Kemahiran bekerjasama dalam kumpulan 53 5.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan Min Dari Aspek Kemahiran Menyelesai Masalah 55 5.2 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan Dari Aspek Kemahiran Menganalisa Maklumat 56 5.3 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Penerapan Dalam Penilaian 58 5.4 Analisis ujian t Perbandingan Antara Responden Mengikut Jantina Dalam Rancangan Pengajaran 60 5.5 Analisis ujian t Perbandingan Antara Responden Mengikut Jantina Dalam Pengajaran 61 5.6 Analisis ujian t Perbandingan Antara Responden Mengikut Jantina Dalam Penilaian 61 5.7 Analisis ANOVA Perbandingan Antara Responden Mengikut Pengkhususan dalam rancangan pengajaran 63 5.8 Analisis ANOVA Perbandingan Antara Responden Mengikut Pengkhususan dalam pengajaran 63 5.9 Analisis ANOVA Perbandingan Antara Responden Mengikut Pengkhususan dalam Penilaian 64

xiii SENARAI SINGKATAN Bil. - Bilangan PIPP - Program Induk Pembangunan Pendidikan KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan FPN - Falsafah Pendidikan Negara EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan JPNT - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu UTM - Universiti Teknologi Malaysia KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif SPSS - Standard Package For Social Sciences STS - Sangat Tidak Setuju TS - Tidak Setuju HS - Hampir Setuju S - Setuju SS - Sangat Setuju SP - Sisihan Piawai

xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN MUKA SURAT Lampiran A Borang Set Soal Selidik 84 Lampiran B Surat Akuan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 93 Lampiran C Surat Kebenaran (EPRD) 94 Lampiran D Surat Kebenaran, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) 95 Lampiran E Surat Kebenaran Pihak Sekolah 96

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2006). Bagi memperkasakan tahap pendidikan di Malaysia, pelbagai usaha telah dijalankan antaranya ialah memperkenalkan subjek Kemahiran Hidup. Reka bentuk mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu subjek yang menggabungkan teori dan kemahiran asas bagi membolehkan pelajar mengendalikan kehidupan seharian secara produktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang komplek dan sering

2 berlaku perubahan. Kebanyakan komponen mata pelajaran Kemahiran Hidup ini melibatkan kerja amali. Mata pelajaran Kemahiran Hidup ini juga merupakan satu mata pelajaran pravokasional yang bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan seharian secara produktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Pemerolehan dan pemahaman kemahiran asas disepadukan dengan memupuk nilainilai murni terutamanya bersemangat mulia terhadap kerja, sifat inovasi, berinisiatif, berdikari, mementingkan kebersihan dan kesihatan serta menunjukkan sifat bersopan santun sesuai dengan pelbagai keadaan. Mata pelajaran ini dirancang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Seseorang pelajar yang telah melalui proses pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup, maka sebenarnya pelajar tersebut telah disediakan dengan beberapa kemahiran asas. Secara langsung kurikulum ini juga telah memberi pendedahan kepada para pelajar tentang beberapa bentuk kerjaya yang lazimnya wujud di pasaran luar. Pelajar juga boleh merencanakan bidang kerjaya mereka berdasarkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan perkara-perkara yang berhubung dengan bidang kerjaya asas yang diterima. Kemahiran Hidup boleh dikenali sebagai bidang kemahiran yang tinggi. Kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam Kemahiran Hidup boleh diteruskan dengan mengikuti kursus di sekolah menengah teknik samada dalam aliran teknik, kejuruteraan atau vokasional. Ini bersesuaian dengan huraian Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ke lima iaitu rakyat Malaysia yang berketrampilan iaitu memiliki pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas, mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas dan menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

3 Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran amali yang ditawarkan di peringkat sekolah rendah dan menengah yang berhasrat untuk memupuk celik teknologi, kesedaran ekonomi dan pengurusan diri. Kemahiran yang dibekalkan adalah merupakan aktiviti yang amat berguna dalam kehidupan seharian seperti membuka pasang, menyelenggara, membaiki kerosakan kecil, mengusaha niagakan barang, menanam, menternak, memasak, menjahit mengurus diri dan kerja. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikankan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara ini. Secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran kepada murid-murid agar peka terhadap perkembangan dan perubahan teknologi dengan harapan untuk melahirkan masyarakat yang cenderung dengan perkembangan baru berasaskan kepada Sains dan Teknologi. Dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah memerlukan kesediaan, kebolehan, kemampuan dan kecekapan pelajar untuk memahami mata pelajaran tersebut. Dalam konteks ini kemampuan yang diperlukan oleh pelajar tidak terbatas pada kebolehan kognitif sahaja, malah kemahiran generik seperti komunikasi, aktiviti berkumpulan, menggunakan teknologi terkini, kemahiran merancang, memilih serta mengelola aktiviti dan kemahiran menyelesaikan masalah perlu diterapkan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Kemahiran Generik terutama dalam mata pelajaran seperti geografi dan sejarah bagi keperluan seorang pelajar melengkapkan diri bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional kelak. Dengan kerjasama dengan pihak sekolah, guru adalah dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan hal ini dan hendaklah menggunakan strategi yang sesuai dalam penyepaduan kemahiran ini agar ianya bersesuaian dengan kemahiran yang hendak diterapkan.

4 1.2 Latar Belakang Kajian Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah atau secara ringkasnya dikenali sebagai mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH) ialah mata pelajaran teras berunsurkan teknologi dalam Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara selaras dengan Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kurikulum Kemahiran Hidup bertujuan untuk melahirkan pelajar dan generasi yang mempunyai kemahiran asas yang baik bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan dengan lebih produktif dalam dunia yang canggih dan berteknologi. Dalam mata pelajaran ini juga tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Bentuk dan Teknologi membolehkan pelajar mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, 2002). Untuk merealisasikan kejayaan pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup, komitmen semua pihak yang terlibat amat diperlukan. Di samping itu, penyertaan secara serius oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah aspek penting bagi memastikan pelajar benar-benar dapat menguasai kemahiran yang ingin disampaikan oleh guru (Noriah Kamaruddin, 2006). Selain daripada memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran, pendidikan yang diterima oleh pelajar juga seharusnya dapat menimbulkan minat dan keyakinan mereka untuk menimba ilmu (Majalah Pendidik, 2006).

5 Dari aspek pedagogi pula, guru yang mengajar Kemahiran Hidup harus mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya pelajar tidak bosan dan dapat menarik minat pelajar. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah seperti demonstrasi, projek, media, syarahan, simulasi, penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan juga kaedah perbincangan. Keberkesanan pengajaran juga bergantung kepada kebolehan dan sikap seseorang guru itu sendiri. Walau bagaimanapun nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002) Menurut Ee Ah Meng (1991), bagi memupuk nilai dan sikap yang positif dalam kalangan murid-murid, guru hendaklah cuba menerapkan nilai-nilai bagi setiap pelajaran yang disampaikan. Langkah kerajaan memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup bagi memberikan kemahiran asas adalah satu langkah yang bijak dan tepat. Namun kejayaan atau kegagalan dalam sesuatu sistem pendidikan yang diperkenalkan bukanlah bergantung pada pihak kerajaan sahaja. Kerjasama dari semua pihak, termasuk guru, ibu bapa dan masyarakat umum sangat perlu dalam merealisasikan kejayaan ini. Mata pelajaran Kemahiran Hidup memainkan peranan penting dalam membentuk jatidiri pelajar ke arah hidup berdikari dan berguna kepada masyarakat khususnya dalam konteks menjadikan pelajar seorang yang dapat menyesuaikan diri dalam apa jua bentuk keadaan mahupun bidang yang bakal diceburi kelak. Jikalau kini, zaman k-ekonomi memerlukan seorang pekerja mahir dalam semua aspek termasuk penguasaan kemahiran generik untuk menghadapi cabaran globalisasi.

6 Sehubungan dengan ini, untuk menghasilkan pelajar yang memenuhi ciri-ciri yang diperlukan pada masa kini guru-guru kemahiran hidup perlu mempunyai pengetahuan terkini, pengalaman yang luas serta mempunyai kemahiran-kemahiran generik. Ini penting kerana kemahiran guru yang luas membolehkan guru mengajar dan mendidik pelajar lebih berkesan dan mengetahui apa yang diperlukan untuk seseorang pelajar apabila bekerja kelak.kita sedia maklum bahawa pelajar merupakan aset negara untuk merealisasikan matlamat wawasan 2020 dan Program Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) negara untuk mencapai sebuah negara perindustrian yang maju dan berdaya saing. Menurut Tetty Henney Zulkifli dan Nik Zafri (2000), kualiti kurikulum dan tenaga pengajar mempengaruhi tahap ketrampilan pelajar. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memain peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya. Maka guru bertanggungjawab untuk belajar cara belajar, mengajar, menguasai isi kandungan dan belajar cara mengajar supaya berkeyakinan dalam pengajaran (Chan, 2002). Sebagai agen sosialisasi juga, guru berperanan menerapkan segala kemahiran generik yang bersesuaian dengan keperluan industri masa kini di samping memberi ilmu pengetahuan. Penggunaan kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran guru amat bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintergrasiannya dengan kemahiran-kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir dalam pengajaran, dan tidak kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (Mok Soon Sang, 2003). Walau bagaimanapun tanggungjawab guru bukan sahaja perlu menerapkan pemikiran pe1ajar dengan nilai teknologi tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai moral dan etika murni untuk menghasilkan pekerja yang berkebolehan dalam semua aspek.

7 Untuk mencapai tahap penguasaan yang baik dalam menerapkan kemahiran generik dalam pengajaran, maka guru perlu membuat perubahan da1am pengajaran dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada secara berterusan dengan adanya ICT masa kini maka tidaklah sukar untuk seorang guru untuk menambah ilmu pengetahuan atau. Mendapat maklumat terkini. Dengan kata lain, untuk menghasilkan pelajar yang baik guru dan pendidik periu meningkatkan kemahiran dalam diri terlebih dahulu. Pendekatan untuk kaedah pengajaran dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional perlu diubah mengikut kesesuaian kemahiran generik yang hendak diintegrasikan dalam pengajaran (Yahya Emat, 1993). Ini dapat dilihat dalam ucapan YB. Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (1998), bekas Menteri Pendidikan yang berbunyi:............aspirasi Negara untuk mewujudkan sebuah Negara maju menjelang 2020 mengikut acuan sendiri memerlukan komitmen yang menyeluruh dan pengurusan kerja yang berkualiti daripada setiap warga pendidik Selaras dengan tema Hari Guru pada tahun ini, guru perlu meningkatkan lagi peranan menyemai rasa tanggungjawab bersama di kalangan pelajar agar mereka menjadi aset dan faktor utama ke arah mencapai cita-cita murni tersebut... di sini jelas1ah bahawa para guru perlu menghadapi cabaran masa ini dan masa depan dengan cekal. Justeru itu, sistem pendidikan persekolahan di Malaysia, telah mengariskan kemahiran generik yang perlu untuk pelajar sebagai persediaan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup adalah seperti berikut:

8 i. kemahiran berkomunikasi ii. kemahiran menggunakan teknologi. iii. kemahiran merancang dan mengelola aktiviti iv. kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan v. kemahiran menyelesaikan masalah vi. kemahiran mengurus,memilih dan menganalisa maklumat vii. kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik viii. kemahiran memahami budaya (Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM, 2001). 1.3 Penyataan Masalah Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran pravokasional yang bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan seharian secara produktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Pemerolehan dan pemahaman kemahiran asas disepadukan dengan memupuk nilainilai murni. Walau bagaimanapun penerapan kemahiran generik dalam mata pelajaran kemahiran hidup amat bergantung kepada sejauh mana guru-guru dapat menerapkan kemahiran tersebut dalam persediaan pengajaran, pengajaran dan penilaian mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penerapan kemahiran generik dalam ketiga aspek ini akan menjayakan hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar dan generasi yang mempunyai kemahiran asas yang baik bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan dengan lebih produktif dalam dunia yang canggih dan berteknologi serta dibekalkan secukupnya dalam ilmu pengetahuan, kemahiran manipulatif dan kemahiran generik, tetapi jika sebaliknya akan gagallah hasrat tersebut dan pelajar yang dilahirkan kurang berkemampuan untuk menjadi tenaga kerja yang berkomunikasi, boleh bekerja

9 dalam kumpulan, menyelesaikan masalah serta berkebolehan apabila memasuki alam pekerjaan kelak. Oleh yang demikian, penyelidik berhasrat untuk mengkaji sejauh manakah guru-guru telah menerapkan kemahiran generik dalam rancangan pengajaran, pengajaran dan penilaian khususnya dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu. 1.4 Objektif kajian i. Mengetahui status penerapan kemahiran generik guru-guru kemahiran hidup dalam rancangan pengajaran, pengajaran dan penilaian. ii. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan dalam penerapan kemahiran generik guru-guru kemahiran hidup dalam rancangan pengajaran, pengajaran dan penilaian mengikut jantina. iii. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan dalam penerapan kemahiran generik guru-guru kemahiran hidup dalam rancangan pengajaran, pengajaran dan penilaian berdasarkan pengkhususan.

10 1.5 Persoalan kajian. i. Apakah status penerapan kemahiran generik dalam penyediaan rancangan mengajar oleh guru-guru kemahiran hidup di sekolah? ii. Apakah status penerapan kemahiran generik dalam pengajaran oleh guru-guru kemahiran hidup di sekolah? iii. Apakah status penerapan kemahiran generik dalam penilaian oleh guru-guru kemahiran hidup di sekolah? iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penerapan kemahiran generik dalam rancangan pengajaran mengikut jantina? v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penerapan kemahiran generik dalam pengajaran guru mengikut jantina? vi. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penerapan kemahiran generik dalam penilaian mengikut jantina? vii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penerapan kemahiran generik dalam rancangan pengajaran berdasarkan pengkhususan? viii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penerapan kemahiran generik dalam pengajaran guru berdasarkan pengkhususan? ix. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penerapan kemahiran generik dalam penilaian berdasarkan pengkhususan?