KEPUASAN KERJA GURU-GURU ALIRAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM WOO YOKE LING Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2007
iii Untuk keluarga yang tersayang dan penyelia projek sarjana Cik Sarimah Binti Ismail yang telah banyak membantu dari segi nasihat dan tunjuk ajar. Jutaan terima kasih di atas segala pengorbanan yang berpanjangan demi kerjayaanku ini.
iv PENGHARGAAN Kesungguhan dan sokongan yang konsisten merupakan faktor dominan penyempurnaan kajian yang dijalankan. Dengan berbekalkan rasa kesyukuran, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melafazkan jutaan terima kasih kepada Cik Sarimah binti Ismail, selaku penyelia kajian saya. Sepanjang perlaksanaan kajian ini, beliau telah mengorbankan masa untuk membimbing dan memberikan tunjuk ajar dengan berbesar hati. Selain itu, perkongsian ilmu pengetahuan daripada beliau telah membolehkan saya menyiapkan kajian saya mengikut jangka masa yang ditetapkan. Seterusnya, sekalung penghargaan ditujukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Teknikal yang telah menyumbangkan maklumatmaklumat kepada saya. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih disampaikan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Johor kerana memberi kebenaran menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarahpensyarah Universiti Teknologi Malaysia khasnya Prof. Dr. Noor Azlan bin Ahmad Zanzali dan Dr. Baharin bin Abu kerana sudi memberikan pengesahan kepada soal selidik dalam kajian ini. Tambahan pula, terima kasih perlu diucapkan kepada para pengetua, guru-guru di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor yang terlibat dalam pembekalan maklumat penting. Akhirnya saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakanrakan sepejuangan saya yang sentiasa memberi sokongan moral dalam menjayakan kajian ini.
v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru teknikal dan vokasional di Sekolah-sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim dalam lima dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti pengaruh faktor demografi guru-guru teknikal dan vokasional terhadap kepuasan kerja dalam lima dimensi pekerjaan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepentingan lima dimensi dalam pekerjaan mengikut susunan keutamaan. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 326 orang guru-guru teknikal dan vokasional dari 10 buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor. Kajian ini dijalankan menerusi pendekatan kuantitatif di mana data dikumpul melalui soal selidik Job Descriptive Index (JDI). Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen JDI yang digunakan ialah 0.8982. Secara keseluruhannya guru-guru teknikal dan vokasional adalah berada pada tahap kepuasan yang sederhana dengan capaian tahap kepuasan yang tinggi dalam tiga dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, penyeliaan, dan rakan sekerja. Bagi dimensi gaji dan peluang kenaikan pangkat pula, responden hanya berada pada tahap kepuasan sederhana sahaja. Hasil kajian juga menunjukkan kepuasan kerja guru-guru teknikal dan vokasional adalah dipengaruhi oleh faktor demografi mereka. Bagi susunan kepentingan lima dimensi dalam pekerjaan pula, dimensi peluang kenaikan pangkat dan gaji adalah amat dititikberatkan oleh guruguru teknikal dan vokasional. Seterusnya diikuti dengan dimensi penyeliaan, keadaan pekerjaan pada masa sekarang, dan rakan sekerja yang merupakan dimensidimensi yang kurang dipentingkan oleh para guru teknikal dan vokasional.
vi ABSTRACT The purpose of this study was to define the level of job satisfaction among technical and vocational teachers at Technical Secondary School in Johor Darul Takzim. This study was done for five working dimensions such as present work, salary, promotion, supervision, and colleagues. This study was also done to investigate the influence of demography factors among technical and vocational teachers upon the job satisfaction in this five working dimensions. Meanwhile, this study was also being conducted to determine the important level of five working dimensions in the significant sequence. There are 326 teachers from 10 Technical Secondary School in Johor state were involved in this study. This study has being conducted by using quantitative approach whereby the data was collected using the translated questionnaire of Job Descriptive Index (JDI). The reliability level of JDI was 0.8982. From the result, technical and vocational teachers were in the moderate level of job satisfaction where the dimension of present work, supervision, and colleagues were achieved high level of satisfaction. While the promotion and pay dimension were only achieved moderate level of satisfaction. The result also showed that the level of job satisfaction was influenced by the demography factors of technical and vocational teachers. For the significant sequence of the five working dimensions, promotion and pay dimensions were the most important aspect among the technical and vocational teachers. On the other hand, supervision, present work, and colleagues were less important aspect among these technical and vocational teachers.