UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

"66O "8 '

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Faculty Of Information and Communication Technology

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Transcription:

GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YANG MENGAJAR PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN (SPACE) TING SU KHIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YANG MENGAJAR PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN (SPACE). TING SU KHIONG Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006

iii Teristimewa buat insan yang amat kusayangi Ayahanda Ting Chai Pang Bonda Hii Siew Hie Dan Adinda Ting Tiew Lung Ting Tiew Wei Terima kasih atas segala pengorbanan yang diberikan Kejayaan ini milik kita bersama. Moga hidup kita dirahmati Tuhan Di dunia dan di akhirat jua

iv PENGHARGAAN Bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya kekuatan dan kesabaran untuk menyiapkan projek ini di bawah jagaan-nya. Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek, Encik Amirmudin bin Udin yang banyak meluangkan masa atas bimbingan, nasihat dan dorongan yang diberi sepanjang penyelidikan kajian ini. Seliaan yang sangat berharga dan manfaat ini telah banyak membantu saya dalam memahami pelaksanaan kajian ini. Seterusnya, saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada Prof. Madya Dr. Widad binti Othman yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang sudi meluangkan masa untuk menjawab soal borang soal selidik ini. Penglibatan ini amat saya hargai. Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa yang tercinta dan adik-adik yang tersayang. Atas galakkan, nasihat dan dorongan kalian, saya telah menyiapkan kajian sarjana muda ini dengan jayanya.

v Akhir sekali, saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada orang perseorangan, Lee Ming Foong serta semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Jasa dan budi kalian akan dikenang. Terima kasih.

vi ABSTRAK Gaya pengajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian berbentuk deskriptif dan kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengajar program pengajian separuh masa Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE). Instrumen kajian yang digunakan adalah Inventori Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann. Seramai 56 orang pensyarah yang terlibat dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan intrumen kajian adalah α=0.7547. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisisan SPSS (Statistical Package for The Social Science) Version 11.5 for Windows. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya pengajaran pensyarah yang mengajar program pengajian separuh masa lebih cenderung kepada sifat fasilitator, pakar dan delegator. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan pengalaman mengajar dan kelulusan akademik tertinggi. Akan tetapi, perbezaan hanya wujud dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar amali dari segi delegator berdasarkan pengalaman mengajar dan tidak terdapat perbezaan signifikan dalam gaya pengajaran berdasarkan kelulusan akademik tertinggi. Hasil kajian juga menunjukkan hubungan di antara gaya pengajaran dengan jenis mata pelajaran yang diajar adalah lemah dan rendah di kalangan pensyarah yang mengajar program pengajian separuh masa.

vii ABSTRACT Teaching styles play an important role in teaching and learning processes. The purpose of this descriptive and quantitative research is to identify the teaching styles among the lecturers in Faculty of Education who teach part time education program of School Of Professional And Continuing Education (SPACE). Instrument used in this research is Grasha-Riechmann Teaching Styles Inventory. There were 56 lecturers from Faculty of Education involved in this research. The reliability value of this research is α=0.7547. The findings of the study are processed by SPSS (Statistical Package for The Social Science) Version 11.5 for Windows. The results showed that the teaching styles of the lecturers who teach part time education programme are more on facilitator, expert and delegator style. A significant difference exists in formal authority and personal model among the lecturers who teach theories based on teaching experience and academic discipline. However, the differences of teaching styles only occured among the lecturers who teach practical subject in delegator style based on teaching experience. There were no significant differences among the lecturers who teach practical subject based on academic discipline in their teaching style. The result also indicated that there was a weak and low correlation between the teaching style and the subject teach by lecturers who involved in part time education programme.

viii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGAKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv vi vii viii xvii xx xxi xxii BAHAGIAN SATU BAB I PENDAHULUAN 1-15 1.1 Pengenalan 1-3

ix 1.2 Latar Belakang Masalah 4-7 1.3 Pernyataan Masalah 8 1.4 Objektif Kajian 8-9 1.5 Persoalan Kajian 9 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.6.1 Pensyarah 1.6.2 Pelajar 1.7 Skop Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 11 1.9 Definisi Terminologi 11-15 1.9.1 Gaya Pengajaran 1.9.2 Pakar 1.9.3 Autoriti Formal 1.9.4 Model Peribadi 1.9.5 Fasilitator 1.9.6 Delegator 1.9.7 Pensyarah 1.9.8 Pengajian Separuh Masa 1.9.9 SPACE 1.9.10 Jenis Mata Pelajaran 1.9.11 Teori 1.9.12 Amali 1.9.13 Pendidikan Tradisional BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 16-39

x 2.1 Pengenalan 16 2.2 Sejarah dan Latar Belakang SPACE, UTM 16-17 2.3 Program Pengajian Separuh Masa 17-18 2.4 Latar Belakang Pelajar SPACE 18 2.5 Model Integrasi untuk Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) 18-19 2.6 Pembelajaran Dewasa 19-22 2.7 Gaya Pengajaran 22-25 2.8 Pengajaran Teori dan Amali 25-28 2.9 Model Kajian-Inventori Gaya Pengajaran 28 Grasha-Riechmann 2.9.1 Pakar / Autoriti Formal 28 2.9.2 Model Peribadi/Pakar/Autoriti Formal 28-29 2.9.3 Fasilitator/Model Peribadi/Pakar 29 2.9.4 Delegator/Fasilitator/Pakar 29-31 2.10 Sifat-sifat Gaya Pengajaran dalam Inventori 31 Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann 2.10.1 Pakar 32 2.10.2 Autoriti Formal 32-33 2.10.3 Model Peribadi 33 2.10.4 Fasilitator 33-34 2.10.5 Delegator 34-35 2.11 Faktor Pemilihan Gaya Pengajaran 35 2.11.1 Kepekaan Pensyarah terhadap 35 Gaya Pembelajaran Pelajar 2.11.2 Kebolehan Pelajar untuk 35-36 Menguasai Keperluan Kursus 2.11.3 Keperluan Pensyarah Mengawal 36 Kelas Secara Langsung 2.11.4 Keinginan Pensyarah untuk 36

xi Membina/Mengelakkan Hubungan 2.12 Hubungakait Gaya Pengajaran dan Gaya Pembelajaran 37-38 2.10 Kajian Lepas 38-39 BAHAGIAN TIGA BAB III METODOLOGI 40-52 3.1 Pengenalan 40 3.2 Rekabentuk Kajian 40-42 3.3 Populasi Kajian 42 3.4 Sampel Kajian 43 3.5 Instrumen Kajian 43-44 3.5.1 Bahagian A : Maklumat Demografi 44 3.5.2 Bahagian B : Item-item Kajian 44-45 3.6 Kajian Rintis 45-47 3.7 Prosedur Mengumpul Data Kajian 47 3.8 Analisis Data 48-52 BAHAGIAN EMPAT BAB IV ANALISIS DATA 53-76 4.1 Pengenalan 53 4.2 Analisis Maklumat Demografi 53-54

xii 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 54 4.2.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 54-55 Mengajar 4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 55 Akademik Tertinggi 4.2.4 Jenis Mata Pelajaran 56 4.3 Analisis Persoalan Kajian 4.3.1 Persoalan Kajian 1 Apakah gaya pengajaran pensyarah Fakulti Pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE? 56-58 4.3.2 Persoalan Kajian 2 Apakah gaya pengajaran pensayarah Fakulti Pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis mata pelajaran? 58 4.3.2.1 Analisis gaya pengajaran pensyarah yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE dalam teori dari segi sifat pakar, autoriti formal, model peribadi, fasilitator dan delegator 58-60 4.3.2.2 Analisis gaya pengajaran pensyarah yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE dalam amali dari segi sifat pakar, autoriti formal, model peribadi, fasilitator dan delegator 60-61 4.3.3 Persoalan Kajian 3 Adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran

xiii pensyarah Fakulti Pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis mata pelajaran dari segi pengalaman mengajar? 61 4.3.3.1 Perbezaan gaya pengajaran pensyarah yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE dalam teori dari segi sifat pakar, autoriti formal, model peribadi, fasilitator dan delegator berdasarkan pengalaman mengajar. 62-64 4.3.3.2 Perbezaan gaya pengajaran pensyarah yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE dalam teori berdasarkan pengalaman mengajar. 64-65 4.3.3.3 Perbezaan gaya pengajaran pensyarah yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE dalam amali dari segi sifat pakar, autoriti formal, model peribadi, fasilitator dan delegator berdasarkan pengalaman mengajar. 66-68 4.3.3.4 Perbezaan gaya pengajaran pensyarah yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE dalam amali berdasarkan pengalaman mengajar. 68 4.3.4 Persoalan Kajian 4 Adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran

xiv pensyarah Fakulti Pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis mata pelajaran dari segi kelulusan akademik tertinggi? 69 4.3.4.1 Perbezaan gaya pengajaran pensyarah yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE dalam teori dari segi sifat pakar, autoriti formal, model peribadi, fasilitator dan delegator berdasarkan kelulusan akademik tertinggi. 69-71 4.3.4.2 Perbezaan gaya pengajaran pensyarah yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE dalam teori berdasarkan kelulusan akademik tertinggi. 71-72 4.3.4.3 Perbezaan gaya pengajaran pensyarah yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE dalam amali dari segi sifat pakar, autoriti formal, model peribadi, fasilitator dan delegator berdasarkan kelulusan akademik tertinggi. 72-74 4.3.4.4 Perbezaan gaya pengajaran pensyarah yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE dalam amali berdasarkan kelulusan akademik tertinggi. 74-75 4.3.5 Persoalan Kajian 5 Adakah terdapat perbezaan di antara

xv gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE dengan jenis mata pelajaran yang diajar? 75-76 BAHAGIAN LIMA BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 77-95 5.1 Pengenalan 77 5.2 Rumusan 5.2.1 Maklumat Demografi 78 5.2.2 Persoalan Kajian 1 78-79 5.2.3 Persoalan Kajian 2 79 5.2.4 Persoalan Kajian 3 79-80 5.2.5 Persoalan Kajian 4 80 5.2.6 Persoalan Kajian 5 81 5.3 Perbincangan 81 5.3.1 Maklumat Demografi 82-83 5.3.2 Persoalan Kajian 1 83-85 5.2.3 Persoalan Kajian 2 85-89 5.2.4 Persoalan Kajian 3 89-90 5.2.5 Persoalan Kajian 4 90-91 5.2.6 Persoalan Kajian 5 92 5.4 Cadangan 92 5.4.1 Pensyarah 92-93 5.4.2 Pelajar 94

xvi 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 94-95 BAHAGIAN ENAM RUJUKAN 96 BAHAGIAN TUJUH LAMPIRAN 103

xvii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Perbezaan Pencapaian Prestasi Antara Pelajar SPH 7 Sepenuh Masa dengan Pelajar SPH SPACE 2.1 Ciri-ciri Pengajaran dan Pengajar yang Berkesan 25 2.2 Cara Pengajaran dan Hubungannya dengan Setiap Kelas Gaya Pengajaran dan Pembelajaran 30-31 2.3 Hasil Kajian Gaya Pengajaran Pensyarah dari Fakulti Pendidikan yang Terlibat dalam Kajian Grasha dengan nilai min secara menurun 39 3.1 Jadual Pembolehubah Kajian 41 3.2 Populasi Pensyarah Fakulti Pendidikan yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa SPACE Mengikut Jabatan Pada Sesi 2005/2006 42 3.3 Pengelasan Item 45 3.4 Skala Likert 48 3.5 Pengelasan berdasarkan Inventori Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann 50 3.6 Jadual nilai pekali kolerasi bagi kekuatan hubungan antara pembolehubah 50 3.7 Kaedah Statistik yang Digunakan bagi Setiap Persoalan Kajian 52 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 54

xviii 4.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 55 4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi 55 4.4 Taburan Responden Mengikut Jenis Mata Pelajaran yang Diajar 56 4.5 Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa 57 4.6 Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa dalam Teori 59 4.7 Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa dalam Amali 61 4.8 Analisis ujian Anova bagi gaya pengajaran pensyarah yang mengajar program Pengajian Separuh Masa dalam teori dari segi pakar, autoriti formal, model peribadi, fasilitator dan delegator berdasarkan pengalaman mengajar 62 4.9 Perbezaan Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa Dalam Teori Berdasarkan Pengalaman Mengajar 65 4.10 Analisis Ujian Anova bagi Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa dalam Amali dari Segi Pakar, Autoriti Formal, Model Peribadi, Fasilitator dan Delegator Berdasarkan Pengalaman Mengajar 66 4.11 Perbezaan Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa Dalam Amali Berdasarkan Pengalaman Mengajar 68 4.12 Analisis Anova bagi Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa Dalam Teori dari Segi Sifat Pakar, Autoriti Formal, Model Peribadi, Fasilitator dan Delegator berdasarkan Kelulusan Akademik Tertinggi 70 4.13 Perbezaan Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa Dalam Teori Berdasarkan Kelulusan Akademik Tertinggi 72

xix 4.14 Analisis Ujian Anova bagi Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa Dalam Amali dari Segi Pakar, Autoriti Formal, Model Peribadi, Fasilitator dan Delegator berdasarkan Kelulusan Akademik Tertinggi 74 4.15 Perbezaan Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa Dalam Amali Berdasarkan Kelulusan Akademik Tertinggi 75 4.16 Kolerasi di antara Kelima-lima Gaya Pengajaran di Kalangan Pensyarah yangmengajar Program Pengajian Separuh Masa dengan Jenis Mata Pelajaran yang Diajar 76

xx SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 5.1 Gaya Pengajaran Pensyarah Fakulti Pendidikan yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa Mengikut Urutan 85 5.2 Gaya Pengajaran Pensyarah Fakulti Pendidikan yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa dalam Teori Mengikut Urutan 87 5.3 Gaya Pengajaran Pensyarah Fakulti Pendidikan yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa dalam Amali Mengikut Urutan 89

xxi SENARAI SINGKATAN PJJ SPACE UTM P&P Pendidikan Jarak Jauh Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan Universiti Teknologi Malaysia Pengajaran dan Pembelajaran

xxii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 103-108 B Surat Pengesahan Pelajar oleh Fakulti Pendidikan 109 C Surat Pengehasan Terjemahan Borang Soal Selidik 110

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Malaysia sedang menuju ke arah Wawasan 2020 yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia negara industri menjelang tahun 2020. Untuk mencapai matlamat ini, negara kita memerlukan sumber manusia yang berkualiti dari segi pendidikan dan latihan (Prospektus Program Pengajian Separuh Masa-SPACE, 2005). Pada bulan Julai 1993, Majlis Universiti Teknologi Malaysia (kini dikenali sebagai Lembaga Pengarah) telah menubuhkan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE). Selain kampus utama di Skudai, operasi SPACE telah diperluaskan ke kampus UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai UTM City Campus ). Pada hari ini, program-program Separuh Masa ini telah dijalankan di lima belas pusat pembelajaran di seluruh negara. Enrolmen pelajar telah melebihi 5000 orang menjelang tahun 2005. SPACE yakin bahawa setiap individu yang mempunyai keinginan serta berusaha untuk memajukan diri boleh dididik tanpa mengira umur serta sejarah

2 pencapaian akademiknya yang lepas. Maka, permohonan kemasukan SPACE adalah terbuka kepada mereka yang ingin merealisasikan hasrat mereka untuk menyambung pengajian di UTM secara separuh masa. Dalam program pengajian separuh masa SPACE, sistem akademik memberi fokus terhadap aspek hands-on dan applied untuk memastikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat terus digunakan terutamanya di bidang perindustrian negara. Selain mata pelajaran teras, mata pelajaran-mata pelajaran wajib Universiti dapat membentuk ciri-ciri peribadi dan ketrampilan diri (Mohd Zulkifli, 2005). Dalam pendidikan yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berorientasikan luar kampus, waktu pembelajaran program pengajian separuh masa SPACE secara formal hanya dijalankan pada hujung minggu sahaja. Menurut Zalina dan Nur Zakiah (2000), proses P&P sebegini adalah lebih mencabar memandangkan tempoh umpukan pengajaran pensyarah yang minimum. Oleh yang demikian, cara pembelajaran pelajar dewasa dalam program SPACE dengan pelajar yang menerima pendidikan tradisional di universiti tempatan adalah berbeza. Maka gaya pengajaran yang sesuai harus diamalkan untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran. Menurut Peterson (1992), pengajaran yang berkesan adalah pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Sebagai seorang pengajar secara sedar atau tidak memang mempunyai gaya pengajaran yang tersendiri dan berbeza-beza antara satu sama lain. Olivia (1988) menerangkan gaya pengajaran sebagai satu set ciri-ciri peribadi yang menunjukkan dengan jelas seseorang individu sebagai seorang tenaga pengajar yang unik. Grasha (1996) pula menghuraikan gaya pengajaran sebagai orientasi dan strategi yang digunakan oleh sesuatu institusi.

3 Secara umumnya, gaya pengajaran adalah pendekatan yang diambil oleh tenaga pengajar untuk mengajar pelajar-pelajarnya dan biasanya menggambarkan pegangannya mengenai pengajaran. Dengan mengetahui pendekatan pengajaran, tenaga pengajar mempunyai peluang memilih pendekatan yang sesuai dengan pelajar mereka. Menurut Ee (1987), pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai akan membawa kepada pengajaran yang berkesan serta pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Tuckman (1992) melalui penyelidikan yang memadankan gaya pembelajaran dengan gaya pengajaran telah menunjukkan bahawa terdapat kolerasi yang signifikan antara cara belajar pelajar dengan kaedah penyampaian pengajaran guru. Serasin (1998) juga menyatakan bahawa pendidik seharusnya boleh mengubah strategi pengajaran mereka berdasarkan gaya pembelajaran pelajar. Pada masa kini, terdapat banyak model gaya pengajaran yang boleh dijadikan panduan kepada para pensyarah untuk merancang proses P&P mereka. Biasanya pensyarah akan memilih gaya yang selesa dengan dirinya (Esah, 2003). Namun begitu adalah penting juga dipertimbangkan kesesuaian dengan pelajarnya. Gaya pembelajaran yang biasa digunakan secara meluas dalam pendidikan dewasa adalah Model Pembelajaran Kolb, Model Gaya Pembelajaran Canfield dan Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha Riechmann (Tieu, 2003). Oleh yang demikian, gaya pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar haruslah dipilih supaya kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah adalah efisien.

4 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan adalah pelaburan untuk masa hadapan dan merupakan pendorong kemaraan sejagat ke arah membaiki hidup manusia. Oleh itu, pendidikan dilihat sebagai faktor penyumbang utama kepada pembangunan negara (Berita UM, 2003). Untuk menangani cabaran abad ke-21 dan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara maju, maka pembangunan pendidikan yang bertaraf dunia dari aspek sistem, program dan prasarana adalah menjadi prasyarat utama (Warnoh et al., 2000). Dalam merealisasikan tujuan tersebut, UTM telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan SPACE pada bulan Julai 1993 iaitu bersandarkan falsafah bahawa pendidikan ialah proses sepanjang hayat dan objektif memperluaskan peluang pendidikan kepada segenap lapisan masyarakat. Semasa program pengajian separuh masa SPACE dijalankan, pelajar-pelajar dari pelbagai kawasan akan menghadiri kuliah di pusat pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Pertemuan formal antara pensyarah dengan pelajar hanya berlaku apabila sesi kelas dijalankan. Proses P&P sebegini adalah lebih mencabar memandangkan tempoh umpukan pengajaran pensyarah yang minimum (Zalina dan Nur Zakiah, 2000). Dalam kajian Fadzilah et al. (2000), masalah interaksi wujud di antara pelajar dengan pengajar kerana pelajar hanya berinteraksi dengan pensyarah sewaktu menghadiri kelas. Proses P&P SPACE dijalankan pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu ianya bermula 2 petang hingga 6.30 petang dan hari Ahad bermula 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Oleh kerana penyusunan jadual yang padat, pelajar sukar untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran pada jangka masa yang panjang. Oleh yang demikian, pensyarah memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan suasana P&P yang menarik supaya isi pengajaran boleh disampaikan dengan berkesan kepada pelajar.

5 Pelajar dewasa lazimnya melalui proses P&P yang berbeza dari segi psikologi kognitif, afektif dan psikomotor berbanding dengan pelajar yang menerima pendidikan tradisional. Mereka mempunyai pengalaman, kemahiran teknikal dan pengalaman sosial yang berlainan (Buletin P&P, 2005). Justeru itu, tenaga pengajar perlu mengamalkan gaya pengajaran yang sesuai supaya proses P&P yang dijalankan adalah berkesan. Mekanisme proses P&P yang dapat memberikan cabaran yang betul kepada para pelajar dan menyediakan maklum balas yang tepat terhadap pencapaian akademik mereka akan membuatkan proses P&P tersebut lebih menarik, produktif dan cekap (Mohd. Azman, 1991). Kajian yang dijalankan oleh Noraziah et al. (2000) menunjukkan kebanyakan responden menganggap pertemuan pelajar dengan pensyarah melalui kelas syarahan penting. Mereka menyatakan lebih faham dengan kandungan kursus selepas mengikuti kuliah. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil mereka yang mengalami pelbagai masalah berkaitan dengan sistem pembelajaran sebegini seperti masa yang begitu panjang untuk sesuatu kursus, kelas yang membosankan, pensyarah yang tidak bersedia dan bukan pakar dalam bidang yang diajar dan sebagainya. Berdasarkan daripada rekod yang dikeluarkan oleh pihak SPACE mendapati bahawa terdapat peningkatan bagi pelajar yang menarik diri bermula sesi 1999/2000 sebanyak 8% diikuti dengan sesi 2000/2001 sebanyak 16% dan sesi 2001/2002 bagi semester I sebanyak 4.3% (Irniwati, 2002). Kajian yang dijalankan oleh Latifah et.al (2000) menunjukkan tiga faktor utama pelajar menarik diri merangkumi masalah pengajaran. Melalui kertas kerja yang dihasilkan oleh Melor et al. (2000) mengenai masalah utama mengapa pelajar PJJ gagal sehingga diberhentikan adalah disebabkan oleh pertemuan dengan pensyarah tidak mencukupi, modul sukar difahami dan penyampaian kuliah tidak memuaskan.

6 Beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai isu mengenai keputusan pelajar yang mengikuti program luar kampus adalah lemah telah ditimbulkan. Dalam kajian Tieu (2003), didapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara dalam pencapaian CPA pelajar sepenuh masa dan pelajar SPACE pada sesi 2001/2002 semester I dan semester II. Pelajar sepenuh masa yang terlibat dalam kajian tersebut adalah terdiri daipada pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) di Fakulti Pendidikan, UTM. Manakala pelajar SPACE pula terdiri daripada pelajar SPH di pusat pembelajaran SPACE di Kuching, Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Dengan merujuk kepada jadual 1.1, didapati bahawa pencapaian pelajar SPH sepenuh masa adalah lebih baik daripada pelajar SPH SPACE pada kedua-dua semester tersebut. Menurut Diaz dan Cartnal (1999), kebanyakan pendidik memindahkan kaedah pengajaran yang sama di mana ia telah berjaya dalam program sepenuh masa kepada program luar kampus. Mereka beranggapan bahawa pelajar mempunyai sifat yang sama bagi kedua-dua program tersebut. Kaedah yang berjaya dalam program sepenuh masa dianggap juga akan berjaya dalam program luar kampus. Sebenarnya, terdapat perbezaan pembelajaran antara pelajar dewasa dan sepenuh masa. Oleh itu, pendidik harus berusaha untuk mengenalpasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dan menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai dengan pelajarnya. Gaya pengajaran merujuk kepada cara seseorang mengamati dan memproses sesuatu maklumat untuk disampaikan kepada seseorang yang lain (Felder, 1996). Untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang berkesan dalam suatu proses P&P, keserasian antara gaya pengajaran dengan gaya pembelajaran adalah amat diperlukan (Felder, 1993). Kajian telah menunjukkan bahawa pelajar akan mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran apabila pengajaran guru disesuaikan

7 dengan gaya pembelajaran mereka (Dunn & Dunn, 1978). Kesimpulannya, gaya pengajaran memainkan peranan yang penting dalam proses P&P untuk mewujudkan pengajaran yang berkesan. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan UTM yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE. Jadual 1.1 : Perbezaan pencapaian prestasi antara pelajar SPH sepenuh masa dengan pelajar SPH SPACE (Tieu, 2003). Status Sesi 2001/2002 Sesi 2001/2002 CPA Semester I CPA Semester II Pelajar SPH Pelajar Pelajar SPH Pelajar Sepenuh Masa SPH Sepenuh Masa SPH SPACE SPACE CPA 3.70 0 0 0 1 0.0% 0.0% 0.0% 2.2% 3.00 CPA <3.70 117 3** 106 5** 40.5% 12.5% 39.7% 11.1% 2.30 CPA<3.00 170 10 157 26 58.8% 41.7% 58.8% 57.8% 2.00 CPA<2.30 2 6** 4 8** 0.7% 25.0% 1.5% 17.8% 1.70 CPA<2.00 0 0 0 0 0.0% 0.0% 0.0% 0.0% CPA 1.70 0 5** 0 5** 0.0% 20.8% 0% 11.1% Jumlah 289 24 267 45 100% 100% 100% 100% ** Perbezaan yang ketara

8 1.3 Pernyataan Masalah Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, penyelidik mendapati bahawa gaya pengajaran adalah perkara yang penting dalam proses P&P untuk mewujudkan pengajaran yang berkesan. Oleh itu, dalam kajian ini penyelidik ingin mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah Fakulti Pendidikan, UTM yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan Inventori Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann dari segi pakar, autoriti formal, model peribadi, fasilitator dan delegator. Penyelidik juga ingin mengenalpasti perbezaan gaya pengajaran pensyarah berdasarkan pengalaman mengajar dan kelulusan akademik tertinggi berdasarkan jenis mata pelajaran yang diajar. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti perkara-perkara berikut: (i) Mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE. (ii) Mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis mata pelajaran. (iii) Membezakan gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis mata pelajaran dari segi pengalaman mengajar. (iv) Membezakan gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis

9 mata pelajaran dari segi kelulusan akademik tertinggi. (v) Mengenalpasti hubungan di antara gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE dengan jenis mata pelajaran yang diajar.. 1.5 Persoalan Kajian Berhubung dengan pernyataan masalah yang telah dibicarakan, berikut adalah persoalan-persoalan kajian: (i) Apakah gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE? (ii) Apakah gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis mata pelajaran? (iii) Adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis mata pelajaran dari segi pengalaman mengajar? (iv) Adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis mata pelajaran dari segi kelulusan akademik tertinggi? (v) Adakah terdapat hubungan di antara gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE dengan jenis mata pelajaran yang diajar?