NG SEW LAI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

"66O "8 '

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

NOORHASNI BINTI HASAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

Transcription:

PERSEPSI TERHADAP PERANAN AMALI DALAM MEMPENGARUHI ASPEK-ASPEK MINAT, MOTIVASI, KEFAHAMAN DAN PENCAPAIAN DALAM PEMBELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI KALANGAN PELAJAR BANDARAYA IPOH NG SEW LAI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI TERHADAP PERANAN AMALI DALAM MEMPENGARUHI ASPEK- ASPEK MINAT, MOTIVASI, KEFAHAMAN DAN PENCAPAIAN DALAM PEMBELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI KALANGAN PELAJAR BANDARAYA IPOH. SESI PENGAJIAN : 2003/2004 Saya NG SEW LAI mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ( TANDATANGAN PENULIS ) Alamat Tetap: 403, Jalan 15 Pasir Pinji, 31650 Ipoh, Perak. Tarikh: _17 FEBRUARI 2004 ( TANDATANGAN PENYELIA ) DR. ZALEHA ISMAIL Nama Penyelia Tarikh : 17 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains). Tandatangan : Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ZALEHA BTE ISMAIL Tarikh : _8 MAC 2004

PERSEPSI TERHADAP PERANAN AMALI DALAM MEMPENGARUHI ASPEK- ASPEK MINAT, MOTIVASI, KEFAHAMAN DAN PENCAPAIAN DALAM PEMBELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI KALANGAN PELAJAR BANDARAYA IPOH NG SEW LAI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC 2004

ii Saya mengakui karya ini adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : Nama Pengkaji : NG SEW LAI Tarikh : _8 MAC 2004

iii DEDIKASI Segala puji hanya untukmu, Tuhan yang mentadbir seluruh alam Yang mengatur kehidupan. Untuk ayah dan ibu yang dikasihi Terima kasih atas dorongan yang diberikan Semasa anakanda membuat Projek Sarjana Muda ini Tidakku lupakan Profesor Madya Dr. Zaleha Ismail Yang sentiasa memberikan tunjuk ajar Kepada abang-abangku yang tersayang Terima kasih kerana sudi membantu saya Dalam menjalankan kajian penyelidikan ini Semoga Tuhan membalasnya

iv PENGHARGAAN Bersyukur kepada hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnianya dan keizinannya serta berkat kesabaran, Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Zaleha bte Ismail, sebagai penyelia projek yang sentiasa memberi bimbingan, pandangan dan tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan projek penyelidikan ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan kebenaran bagi menjalankan kajian ini. Di samping itu, terima kasih kepada guru-guru sekolah yang telah memberi bantuan dan kerjasama semasa pengendalian kertas soal selidik serta sudi meluangkan masa untuk ditemuramah. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih saya kepada pelajarpelajar yang sudi menjadi sampel kajian ini dan kesungguhan serta kerjasama yang diberikan amat dihargai. Sekolah-sekolah tersebut termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Skudai Johor, Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) Ipoh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist Ipoh. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga saya juga atas segala bantuan, galakan dan sokongan moral yang diberikan. Semoga segala jasa yang dihulurkan dalam usaha menyiapkan tugasan ini mendapat pembalasan yang setimpal daripadanya kelak.

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau sama ada wujud perbezaan persepsi di antara pelajar pencapaian tinggi dan pelajar pencapaian rendah terhadap peranan amali dari sudut minat, motivasi, kefahaman dan pencapaian dalam pembelajaran sains. Selain itu, aspek jantina turut dikaji untuk meninjau sama ada wujud perbezaan persepsi pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap peranan amali dalam keempat-empat aspek tersebut. Dalam pada itu, pengkaji turut meninjau persepsi guru terhadap peranan amali dan kekerapan serta kaedah amali dijalankan di sekolah. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. Dalam bahagian kuantitatif, instrumen kajian yang digunakan ialah satu soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A merangkumi maklumat latarbelakang responden manakala bahagian B pula mengandungi 40 item yang menyukat tahap persepsi pelajar terhadap peranan amali dalam empat aspek yang dikaji itu. Dalam bahagian kualitatif pula, pengkaji menggunakan kaedah temuramah untuk meninjau persepsi guru terhadap peranan amali ini. Responden kajian yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat dari aliran sains. Bilangan responden adalah sebanyak 160 orang pelajar dan dua guru panatia sains dari dua buah sekolah di Bandaraya Ipoh, Perak. Kebolehpercayaan instrumen kajian soal selidik ialah 0.7985 pada skala Alpha Cronbach. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS) For Windows versi 10.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi terhadap amali sains berada pada tahap positif bagi setiap aspek iaitu aspek minat, motivasi, kefahaman dan pencapaian. Daripada hasil Ujian Oneway ANOVA dan Ujian-T, pengkaji mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan terhadap pelajar pencapaian tinggi dibandingkan dengan pelajar pencapaian rendah dan pelajar lelaki dibandingkan dengan pelajar perempuan.

vi ABSTRACT This study was carried out to assess the different perception between the high achievement students and the low achievement students towards science laboratory activities with respect to interest, motivation, understanding and achievement in science learning. Further, the study also investigates on the different perception between male and female students towards science laboratory activities in the four aspects. In addition, researcher surveys the perception of the school teachers towards the science laboratory activities and also the regularity and technique that teacher uses in teaching science through laboratory activities. The methodology is divided into two sections namely the quantitative part and qualitative part. For the quantitative part, the instrument is a questionnaire which contains of two parts. Part A looks into the respondents personal information while part B comprises of a total 40 items which related to the science laboratory activities in influencing on that four aspects. As for the qualitative part, the instrument is interviewing the school teachers towards the role of the science laboratory activities. The sample of the study consists of 160 Form Four science stream students and two panel science teachers from two schools in Ipoh city. The reliability of the questionnaires instrument is 0.7985 by using the Alpha Cronbach scale. The research data is analyzed by using Statistical Package For Sosial Science (SPSS) For Windows version 10.0. The results of the research reveal that the level of perception among the students is at average positive level for each aspect. Finally, the Oneway ANOVA test and T- test show that there are no significant different between the high achievement group of students compare to the low achievement group of students and between the male and the female students.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA STATUS BORANG PENGESAHAN TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PERAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN MUKA SURAT i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Hipotesis Kajian 1.7 Kepentingan Kajian 1.8 Batasan Kajian 1 3 5 5 6 6 7 8

viii 1.9 Definisi Istilah 1.9.1 Sains 1.9.2 Pembelajaran 1.9.3 Pengajaran 1.9.4 Persepsi Pelajar 1.10 Penutup 9 9 10 10 10 11 II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 2.2 Konsep Pengajaran 2.3 Pengajaran Sebagai Suatu Bidang Sains 2.4 Konsep Pembelajaran 2.5 Peranan Eksperimen 2.6 Pendekatan Penerokaan Sains Dalam Makmal 2.7 Penyelidikan Di Sekolah Sains 2.8 Minat Terhadap Sains 2.9 Motivasi 2.10 Pencapaian 2.11 Kefahaman Konsep 2.12 Penutup 12 12 13 13 15 17 19 20 21 22 22 23 III METODOLOGI 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Tempat Kajian 3.4 Sampel Kajian 3.5 Instrumen Kajian 3.6 Kajian Rintis 3.7 Prosedur Kajian 3.8 Analisis Kajian 3.9 Penutup 24 24 25 26 28 30 31 32 35

ix IV ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 4.2 Hasil Analisis Data Latar Belakang Pelajar 4.3 Analisis Data Mengikut Gred 4.4 Analisis Data Mengikut Jantina 4.5 Analisis Data ANOVA 4.6 Analisis Data Ujian-T 4.7 Analisis Kualitatif 4.7.1 Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) Ipoh 4.7.2 Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist Ipoh 4.7.3 Perbandingan Maklumat Temubual Antara Dua Orang Guru Panatia Sains 4.8 Penutup 36 37 39 46 52 53 55 55 57 59 60 V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Kepentingan Peranan Amali Dalam Mempengaruhi Aspek Minat Dalam Pembelajaran Sains 5.3 Kepentingan Peranan Amali Dalam Mempengaruhi Aspek Motivasi Dalam Pembelajaran Sains 5.4 Kepentingan Peranan Amali Dalam Mempengaruhi Aspek Kefahaman Dalam Pembelajaran Sains 5.5 Kepentingan Peranan Amali Dalam Mempengaruhi Aspek Pencapaian Dalam Pembelajaran Sains 5.6 Persamaan Dan Perbezaan Di Antara Pelajar Lelaki Dan Pelajar Perempuan 5.7 Rumusan 5.8 Implikasi Kajian 62 63 65 67 70 73 75 75

x 5.9 Cadangan Kajian Lanjutan 5.10 Penutup 77 78 RUJUKAN 80 LAMPIRAN Lampiran A - D 83-96

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan Pelajar Mengikut Sekolah 26 3.2 Taburan Sampel Mengikut Sekolah 27 3.3 Senarai Item Bagi Peranan Amali Dalam Empat 28 Aspek 3.4 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 31 3.5 Skala Analisis 33 3.6 Skala Gred Keputusan PMR 34 4.1 Peranan Amali Dalam Aspek Minat Untuk 39 Pembelajaran Sains Mengikut Pencapaian 4.2 Peranan Amali Dalam Aspek Motivasi Untuk 41 Pembelajaran Sains Mengikut Pencapaian 4.3 Peranan Amali Dalam Aspek Kefahaman Untuk 42 Pembelajaran Sains Mengikut Pencapaian 4.4 Peranan Amali Dalam Aspek Pencapaian Untuk 44 Pembelajaran Sains Mengikut Pencapaian 4.5 Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Amali Dari Aspek 46 Minat Dalam Pembelajaran Sains Mengikut Jantina 4.6 Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Amali Dari Aspek 48 Motivasi Dalam Pembelajaran Sains Mengikut Jantina 4.7 Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Amali Dari Aspek 49 Kefahaman Dalam Pembelajaran Sains Mengikut Jantina

xii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Peratus Pelajar Dari Setiap Sekolah 37 4.2 Peratus Jantina Dari Dua Buah Sekolah 37 4.3 Peratus Pelajar Dalam Setiap Jenis Pencapaian Dan Jantina 38

xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat Kebenaran Daripada Fakulti 83 B Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Negeri 84 Perak C Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pendidikan 85 Malaysia D Statistical Techniques and the Analysis of Data 87 E Soalan Kaji Selidik 88 F Transkrip Temuramah S.M.K. Methodist (ACS) Ipoh 93 G Transkrip Temuramah S.M.K. Perempuan Methodist Ipoh 97

BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Salah satu daripada cabaran Wawasan 2020 negara kita ialah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, berdaya cipta serta berpandangan jauh. Oleh itu, Malaysia sedang giat menuju ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang dapat memanfaatkan teknologi dan celik sains secara sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan penguasaan mata pelajaran Sains di peringkat sekolah menjadi sangat penting selaras dengan kehendak kerajaan untuk membentuk peratusan pelajar di dalam aliran Sains terhadap aliran Sastera supaya mencapai nisbah 60%:40% (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994). Oleh demikian, pendidikan Sains hari ini diselaraskan supaya lebih menjurus kepada aplikasi prinsip sains yang lebih menitikberatkan minat, bakat dan kebolehan asas pelajar. Hal ini adalah selaras dengan konsep dan struktur Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang lebih berpusatkan pelajar bagi membentuk masyarakat yang mempraktikkan budaya sains dan teknologi. KBSM (1989) adalah hasil daripada reformasi pendidikan kebangsaan yang telah dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah menengah sejak dari satu dekad yang lalu. Pengubalan KBSM adalah bagi menyambung proses pembelajaran yang berlaku dalam KBSR di peringkat rendah. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN), strategi pengajaran dan pembelajaran Sains KBSM memberi penekanan kepada kesepaduan antara pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupukan nilai murni yang dilakukan secara terancang, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan bersahaja. Justeru itu,

2 strategi pengajaran dan pembelajaran haruslah berteraskan kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang mengutamakan pendekatan inkuiri dan penemuan. Melalui pendekatan ini, pelajar perlu diberi peluang untuk mengenalpasti masalah, merancang dan seterusnya menjalankan penyelidikan melalui usaha sendiri. Ini bermakna segala aktiviti pengajaran yang dirancang haruslah melibatkan pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif. Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran Sains tidak boleh diasingkan daripada penggunaan makmal. Selain menyeronokkan, aktiviti sains dalam makmal dapat memberi pengalaman baru serta dapatan tertentu yang mampu memperkukuhkan kefahaman konsep sains yang abstrak dan kompleks di samping dapat memupuk minat pelajar terhadap sains. Menurut Alias (1981) persepsi terhadap sains merujuk kepada tanggapan pelajar terhadap aspek-aspek tertentu dalam sains seperti emosi mereka, perasaan dan minat serta keseronokan dalam melakukan aktiviti sains. Perancangan teliti dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti amali yang melibatkan pendekatan inkuiri amat penting bagi menjana semangat inkuiri di kalangan pelajar terhadap sains dan seterusnya dapat menimbulkan minat mereka untuk terus menerokai bidang sains dengan lebih mendalam. Namun, setelah satu dekad sains dalam KBSM dilaksanakan, kefahaman pelajar terhadap sains dikatakan masih rendah. Keadaan ini adalah amat dikhuatiri matlamat kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju sukar untuk dicapai disebabkan kefahaman terhadap sains yang rendah ini. Oleh itu, kajian tentang pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains memang perlu dengan harapan dapat mengenalpasti faktor-faktor yang dirasakan benar-benar dapat menyumbang kepada peningkatan kefahaman dan prestasi pencapaian Sains pelajar. Adalah diharapkan hasrat kerajaan untuk meningkatkan mutu dalam Sains dan Teknologi dapat dicapai bagi memenuhi kehendak negara dalam merealisasikan Wawasan 2020.

3 1.2 Latar Belakang Masalah Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian seseorang pelajar dalam aspek akademiknya. Gagal atau berjaya seorang pelajar dalam akademiknya mungkin ditentukan oleh tahap kecerdasan, sikap, minat, kaedah pengajaran guru, isi kandungan sukatan pelajaran itu sendiri dan sebagainya. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesuatu perkara, ramai orang menyatakan bahawa dia mempunyai sikap yang salah. Guru-guru pula sering menyatakan bahawa kegagalan pelajar adalah disebabkan oleh sikap pelajar itu yang negatif seperti malas, tidak berminat belajar dan lain-lain. Sebenarnya, sikap dibentuk daripada pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara atau fenomena (Robbinson, 1985). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami dengan lebih baik akan persepsi dan sikap pelajar terhadap pengajarannya (L Hommedieu, Menges dan Brinko, 1990). Ini disebabkan setiap orang pelajar mempunyai latar belakang, minat dan kebolehan yang berbeza antara satu sama lain yang secara langsung boleh mempengaruhi tahap kefahaman dan pencapaian mereka. Dengan itu, maklumat yang diperolehi boleh digunakan oleh guru untuk merancang strategi pengajarannya supaya sesuai dengan pelajarnya. Walaupun Kementerian Pendidikan telah berusaha membuat inovasi kurikulum sains bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran, hasil kajian masih menunjukkan kebanyakan pelajar masih menghadapi kesukaran untuk memahami idea asas sains. Walaupun pelajar memperolehi pencapaian yang lebih baik di peringkat SPM melalui program KBSM, malangnya kebanyakan daripada mereka masih menghadapi kesukaran untuk mengaplikasikan idea asas sains yang dipelajari di bilik darjah ke dalam kehidupan seharian. Ini adalah disebabkan pelajar hanya menghafal konsep sains tersebut tanpa benar-benar memahaminya. Meskipun pendidikan sains di sekolah Malaysia mengalami inovasi kali kedua melalui pelaksanaan sains KBSM pada tahun 1982/83 di peringkat sekolah

4 menengah rendah dan pada tahun 1989 di peringkat sekolah menengah atas, namun kedudukan amali sains kelihatannya masih berada di takuk lama. Pada dasarnya, Sains KBSM bertujuan untuk melatih pelajar menyelesaikan masalah melalui aktiviti penyiasatan di mana dapat mengembangkan kemahiran berfikir serta kemahiran saintifik mereka, tetapi pada hakikatnya pendekatan yang dilaksanakan guru yang seharusnya bertindak sebagai navigator masih mirip kepada kaedah tradisi yang memberi latihan untuk mengembangkan kemahiran manipulatif pelajar sahaja. Sebaliknya pelajar seharusnya dilibatkan secara aktif untuk merekabentuk eksperimen, melakukan eksperimen, membuat pemerhatian, menganalisis data dan membuat kesimpulan. Pelajar perlu dilatih untuk mempelajari sesuatu secara sendiri iaitu pembelajaran berkesan berlaku melalui tindakan dan bukannya menyerap maklumat secara pasif. Oleh itu, pengetahuan sahaja tidak membawa sebarang makna; apa yang lebih penting adalah pengetahuan mengenai bagaimanakah cara untuk menggunakan pengetahuan tersebut (Amstrong, 1986). Walaubagaimanapun pembentukan persepsi terhadap aktiviti sains dalam makmal di sekolah sering diabaikan. Pengabaian ini boleh melumpuhkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sains. Ini disebabkan pengendalian amali dapat memberi suatu gambaran visual dan pengkonkritan sesuatu konsep sains yang abstrak kepada para pelajar. Justeru itu, pengkaji merasakan amat perlu satu kajian dijalankan terhadap persepsi pelajar terhadap aktiviti amali sains yang dapat mempengaruhi kefahaman pelajar terhadap sains. Melalui kajian ini juga, diharapkan guru-guru Sains dapat memanipulasikan dapatan kajian sebagai panduan untuk membantu mereka memperbaiki pengajarannya ke arah menjadikan mata pelajaran Sains lebih menarik dan tidak membosankan di samping memperkukuhkan pemahaman pelajar terhadap konsep sains.

5 1.3 Pernyataan Masalah Aktiviti Sains dalam makmal amat penting kepada pembelajaran Sains kerana ia memberi pengalaman baru serta gambaran yang jelas terhadap konsep sains yang abstrak. Didapati kebanyakan pelajar hanya membaca sains dengan menghafal konsep sains sahaja tanpa benar-benar memahaminya bagi tujuan untuk menghadapi peperiksaan semata-matanya. Akibatnya, mereka menghadapi kesukaran untuk mengaplikasikan idea asas sains yang dipelajari di bilik darjah ke dalam kehidupan seharian. Hal ini mungkin juga boleh memburukkan lagi keadaan di mana pelajar akan kehilangan minat terhadap sains apabila mereka berasa ia amat sukar dipelajari dan kompleks untuk difahami. Justeru itu, hasrat kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju yang celik sains dan mempunyai teknologi yang sofistikated akan terbengkalai. Oleh itu, pengkaji ingin menyelidik samada aktiviti amali di sekolah dapat memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kefahaman dan minat pembelajaran pelajar terhadap sains. 1.4 Objektif Kajian 1.4.1 Mengkaji perbezaan persepsi pelajar terhadap peranan amali dari aspek minat, motivasi, kefahaman dan pencapaian dalam pembelajaran sains antara pelajar pencapaian tinggi dan pelajar pencapaian rendah. 1.4.2 Mengkaji perbezaan persepsi pelajar terhadap peranan amali dari aspek minat, motivasi, kefahaman dan pencapaian dalam pembelajaran sains antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. 1.4.3 Meninjau persepsi guru terhadap peranan amali dari aspek minat, motivasi, kefahaman dan pencapaian dalam pembelajaran sains pelajar dan kekerapan serta kaedah guru menjalankan aktiviti amali di makmal sekolah.

6 1.5 Persoalan Kajian 1.5.1 Adakah persepsi pelajar berpencapaian tinggi dan rendah terhadap peranan amali berbeza dari aspek-aspek minat, motivasi, kefahaman dan pencapaian yang dalam mempengaruhi pembelajaran sains mereka? 1.5.2 Adakah persepsi pelajar lelaki berbeza dengan persepsi pelajar perempuan terhadap peranan amali dari aspek minat, motivasi, kefahaman dan pencapaian dalam mempengaruhi pembelajaran sains mereka? 1.5.3 Apakah persepsi guru terhadap peranan peranan amali dalam mempengaruhi aspek minat, motivasi, kefahaman dan pencapaian dalam pembelajaran sains pelajar dan kekerapan serta kaedah guru mejalankan aktiviti amali di makmal sekolah?