KEE TIM MING. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Februari, 2004

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

NOORHASNI BINTI HASAN

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

"66O "8 '

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

Faculty Of Information and Communication Technology

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

Transcription:

ii KEFAHAMAN KONSEP DALAM TAJUK RESPIRASI DALAM MATA PELAJARAN BIOLOGI KBSM : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR- PELAJAR TINGKATAN IV DI DAERAH SIBU, SARAWAK KEE TIM MING Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Februari, 2004

iv DEDIKASI Kepada ayah yang tersayang, (KEE ING HUO) Ibu yang dikasihi, (TIE LEH HUNG) Kakak yang disanjung, (KEE CHIONG SIEN) dan Adik yang disayangi, (KEE CHIONG MING & KEE CHIONG WEI) Setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan, kerjasama dan bantuan anda semua.

v PENGHARGAAN Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak sehingga kepada beberapa pihak yang telah membantu dalam menyiapkan serta menyempurnakan projek sarjana muda ini. Terlebih dahulu, penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek sarjana muda, Tuan Haji Meor Ibrahim, atas bimbingan, dorongan dan galakan yang diberikan sejak awal kajian ini sehingga projek ini disempurnakan. Penghargaan juga diberikan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru Biologi dan pelajar-pelajar di Daerah Sibu, Sarawak yang dipilih sebagai sampel kajian, atas kerjasama yang diberikan. Akhirnya, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan secara langsung atau tidak dalam membantu bagi menjayakan projek sarjana muda ini.

vi ABSTRAK Kajian ini adalah satu kajian tinjauan tentang kefahaman konsep respirasi dalam mata pelajaran Biologi KBSM di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan IV. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar dalam menguasai konsep respirasi bagi mata pelajaran Biologi dan mengenal pasti jenis-jenis kesalahfahaman yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk Respirasi. Sampel kajian terdiri daripada 197 orang responden Tingkatan IV di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Sibu, Sarawak. Instrumen kajian yang digunakan ialah Ujian Penguasaan. Set ujian mengandungi satu bahagian yang terdiri daripada 10 soalan terbuka bertujuan untuk menguji sejauh mana tahap kefahaman pelajar mengenai konsep respirasi. Kesemua data diperoleh diproses secara manual untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min untuk setiap item ujian dalam set ujian penguasaan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman pelajar Tingkatan IV terhadap konsep respirasi adalah pada tahap sederhana (min = 2.32). Mereka ini dikategorikan dalam tahap Faham Separuh dengan Kesalahfahaman. Beberapa cadangan telah diberikan dalam kajian ini untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam menguasai konsep respirasi. Akhirnya, beberapa cadangan kajian lanjutan turut dikemukakan.

vii ABSTRACT This research is carried out to study the understanding of the concepts of respiration in the subject of Biology KBSM among Form IV science students. The aim of this research is to determine the level of understanding towards the concepts of respiration in the subject of Biology. This research also aims to determine the types of misunderstanding that are always encountered by students in solving questions on respiration. A sample of 197 Form IV students was selected from four Sekolah Menengah Kebangsaan in the district of Sibu, Sarawak. Questionnaires were distributed to these students. These questionnaires consist of 10 open-ended questions to determine the concept of respiration. The data collected were analysed manually to obtain the frequency, mean and percentage. The result of the study shows that the level of understanding of Form IV students towards the concept of respiration was at the moderate level. The mean score showed in the research is 2.32, which is categorized at the level of partial understanding with some misunderstanding or misconception. Some suggestions were given at the end of thesis to improve the level of understanding of students towards the concept of respiration. Finally, some suggestions for further research were also being proposed.

viii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI LAMPIRAN v vi vii xii xv BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataaan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Batasan Kajian 7 1.8 Istilah Kajian 8 1.9 Penutup 9

ix BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 10 2.2 Definisi Konsep 12 2.3 Pembentukan Konsep Melalui Pembelajaran 17 2.4 Kesalahfahaman Konsep Dalam Sains 18 2.5 Cara-Cara Untuk Mengelakkan Kesalahfahaman 23 Konsep 2.6 Penutup 26 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 27 3.2 Reka Bentuk Kajian 27 3.3 Tempat Kajian 28 3.4 Sampel Kajian 28 3.5 Instrumen Kajian 29 3.6 Kajian Rintis 31 3.7 Prosedur Kajian 32 3.8 Analisis Data 33 3.9 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA, KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 36 4.2 Profil Pelajar 37 4.3 Analisis Data Yang Diperoleh 38 4.3.1 Analisis Soalan 1 (Istilah respirasi) 38 4.3.2 Analisis Soalan 2 (i) (Membezakan antara 40

x respirasi luar dan respirasi dalam) 4.3.3 Analisis Soalan 2 (ii) (Membezakan respirasi 43 aerob dan respirasi anaerob) 4.3.4 Analisis Soalan 3 (Menerangkan proses 46 respirasi anaerob dalam otot manusia) 4.3.5 Analisis Soalan 4 (Menerangkan proses 51 respirasi anaerob dalam yis) 4.3.6 Analisis Soalan 5 (a) (Menghuraikan 53 mekanisme pernafasan dalam manusia) 4.3.7 Analisis Soalan 5 (b) (Menghuraikan 55 mekanisme pernafasan dalam manusia) 4.3.8 Analisis Soalan 6 (Menerangkan proses 57 respirasi anaerob dalam otot) 4.3.9 Analisis Soalan 7 (Perkara-perkara yang 59 berlaku semasa proses pertukaran gas merentas permukaan alveolus dan kapilari darah di peparu) 4.3.10 Analisis Soalan 8 (Menyatakan bentuk gas 63 respirasi dalam plasma darah dan peperu) 4.3.11 Analisis Soalan 9 (Membezakan antara udara 66 sedutan dan udara hembusan) 4.3.12 Analisis Soalan 10 (Menghuraikan mekanisme 68 pernafasan dalam manusia) 4.4 Perbincangan 73 4.4.1 Istilah respirasi 73 4.4.2 Perbezaan antara respirasi luar dan respirasi 74 dalam, respirasi aerob dan respirasi anaerob, udara sedutan dan udara hembusan 4.4.3 Proses respirasi anaerob dalam otot manusia 76 dan yis 4.4.4 Perkara-perkara yang berlaku semasa proses 77

xi pertukaran gas dan bentuk gas respirasi merentas permukaan alveolus dan kapilari darah di peparu 4.4.5 Mekanisme pernafasan dalam manusia 78 4.5 Penutup 80 BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 81 5.2 Rumusan 82 5.3 Kekangan Kajian 90 5.4 Cadangan 91 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 91 5.6 Penutup 92 RUJUKAN 93 LAMPIRAN 98

xii SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Konsep respirasi yang diuji mengikut soalan 30 3.2 Bilangan soalan mengikut konsep respirasi 31 3.3 Skor markah untuk setiap tahap kefahaman 34 3.4 Skor min untuk setiap tahap kefahaman 35 4.1 Bilangan responden mengikut sekolah 37 4.2 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 39 bagi soalan 1 4.3 Analisis Soalan 1 (Istilah respirasi) 39 4.4 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 41 bagi soalan 2 (i) 4.5 Analisis soalan 2(i) (Membezakan antara respirasi luar dan respirasi 42 dalam) 4.6 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 44 bagi soalan 2 (ii) 4.7 Analisis soalan 2(ii) (Membezakan respirasi aerob dan respirasi 45 anaerob) 4.8 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 47 bagi soalan 3 (a) 4.9 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 48 bagi soalan 3 (b)

xiii 4.10 Analisis soalan 3(a) (Menerangkan proses respirasi anaerob 49 dalam otot manusia) 4.11 Analisis soalan 3(b) (Menerangkan proses respirasi anaerob 49 dalam otot manusia) 4.12 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 51 bagi soalan 4 4.13 Analisis soalan 4 (Menerangkan proses respirasi anaerob dalam yis) 52 4.14 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 53 bagi soalan 5 (a) 4.15 Analisis soalan 5(a) (Menghuraikan mekanisme pernafasan dalam 54 manusia) 4.16 Analisis soalan 5(b) (Menghuraikan mekanisme pernafasan dalam 55 manusia) 4.17 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 56 bagi soalan 5 (b) 4.18 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 58 bagi soalan 6 4.19 Analisis soalan 6 (Menerangkan proses respirasi anaerob dalam 58 otot manusia) 4.20 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 60 bagi soalan 7 (a) 4.21 Analisis soalan 7(a) (Perkara-perkara yang berlaku semasa proses 60 pertukaran gas merentas permukaan alveolus dan kapilari darah di peparu) 4.22 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 61 bagi soalan 7 (b) 4.23 Analisis soalan 7(b) (Perkara-perkara yang berlaku semasa proses 62 pertukaran gas merentas permukaan alveolus dan kapilari darah di peparu) 4.24 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 63 bagi soalan 8 (a)

xiv 4.25 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 64 bagi soalan 8 (b) 4.26 Analisis soalan 8(a) (Menyatakan bentuk gas respirasi dalam 64 plasma darah dan peparu) 4.27 Analisis soalan 8(b) (Menyatakan bentuk gas respirasi dalam 65 plasma darah dan peparu) 4.28 Analisis soalan 9 (Membezakan antara udara sedutan dan udara 66 hembusan) 4.29 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 67 bagi soalan 9 4.30 Tahap kefahaman untuk setiap contoh kategori jawapan responden 69 bagi soalan 10 4.31 Analisis soalan 10 (Menghuraikan mekanisme pernafasan dalam 70 manusia) 4.32 Tahap kefahaman untuk setiap item ujian 71 4.33 Skor min untuk kesemua soalan mengikut konsep respirasi yang diuji 72

xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set ujian penguasaan kajian 98 B Skema jawapan ujian penguasaan 103 C Perancangan rangka kerja untuk PSM I dan PSM II 108 D Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan 112 penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia E Surat kebenaran daripada Bahagian Pengurusan 114 Perkhidmatan Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Di samping itu, masyarakat juga berkebolehan mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara yang kritis, kreatif dan berketrampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Biologi adalah satu bidang dalam sains yang mengkaji tentang hidupan, persekitaran, interaksi antara hidupan dengan persekitaran dan fenomena yang berkaitan dengannya. Mata pelajaran Biologi merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk pelajar Tingkatan empat dan lima sekolah menengah atas. Ia bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami bidang Biologi dengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep dan aplikasinya dalam kehidupan harian. Kurikulum Biologi bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Biologi dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Justeru itu, pelajar yang mempunyai landasan biologi dapat mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat dinamik, progresif, prihatin dan bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam. Kurikulum Biologi membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan tentang konsep dan prinsip Biologi dan menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam dan pengalaman harian. Selain itu, pelajar dapat memahami pengetahuan Biologi dan aplikasi dalam bidang sains dan teknologi dalam kehidupan seharian. Oleh itu, rakyat Malaysia harus menyedari bahawa segala pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan dan keupayaan akal bagi memperkembangkan negara kita ke arah negara maju. 1.2 Latar Belakang Masalah Apa itu Biologi? Persoalan ini sukar dijawab kerana perkataan Biologi adalah subjektif kepada setiap ahli sains dan berbeza mengikut zaman (Vernon, 1995). Menurut (Raven, 1995), Biologi ialah kajian mengenai benda hidup. Dalam

mata pelajaran Biologi, terdapat banyak konsep sains yang abstrak dan pelajar memerlukan aras kognitif yang tinggi bagi memahami konsep-konsep tersebut. Objektif mempelajari Biologi adalah membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan pemahaman tentang konsep dan prinsip Biologi. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelajar yang selalu mengalami kesalahfahaman konsep yang disampaikan oleh guru atau melalui bahan-bahan bacaan. Ini akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam menduduki peperiksaan sekolah atau umum. Selain itu, kesalahfahaman konsep juga menjadi penghalang kepada pelajar dalam mempelajari topik-topik dalam Biologi. Yip (1996) mengatakan bahawa kebanyakan pelajar mengalami masalah salah konsep dalam topik respirasi, genetik dan pembahagian sel, sistem pembiakan, nutrisi dan makanan, osmosis, enzim dan sistem peredaran darah. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar kerap mengalami kesalahfahaman konsep ketika mempelajari tajuk Respirasi. Apa yang menarik ialah kesalahfahaman dalam tajuk Respirasi didapati berlaku kepada semua pelajar di semua peringkat pengajian. Malah pelajar peringkat universiti juga mengalaminya sebagaimana yang dikesan oleh penyelidik di Hong Kong (Johnson, 1998). Selain itu, Poh (1997) juga melaporkan bahawa kajian oleh Ferrer (1989) ke atas murid-murid tahun empat di Pulau Pinang mendapati kanak-kanak juga mempunyai kesalahfahaman bahawa respirasi dan pernafasan adalah sama. Antara masalah konsep Respirasi yang dihadapi oleh pelajar ialah tentang istilah dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh organ-organ tertentu semasa proses respirasi berbanding dengan proses pernafasan dalam manusia. Johnson (1998) telah menumpukan kajiannya ke atas kerangka alternatif pelajar tentang respirasi dengan menggunakan istilah-istilah seperti pernafasan, respirasi, sistem respirasi, media respirasi serta permukaan respirasi. Istilah-istilah ini digunakan oleh Johnson untuk menerangkan kerangka alternatif tentang perbezaan antara respirasi dan pernafasan yang dilihat dalam perkaitan antara organ-organ pernafasan dan respirasi berlaku melalui satu sistem respirasi untuk mengoksidakan makanan demi menghasilkan

tenaga dalam sel-sel badan. Manakala pernafasan pula ialah suatu pergerakan media respirasi secara tetap dan beritma pada permukaan sistem respirasi. Menurut Gwynn (1985), banyak pelajar keliru tentang sistem respirasi dengan permukaan respirasi dan menyamakan pernafasan yang melibatkan juga sistem-sistem tersebut. Kesalahfahaman konsep ini kerap berlaku kerana pengalaman harian pelajar mempengaruhi pemikiran dan kefahaman mereka. Pelajar menganggap bahawa respirasi dan pernafasan adalah sama iaitu kedua-dua proses ini melibatkan pengambilan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida, tanpa mengambil tahu lebih mendalam tentang aktiviti-aktiviti atau proses-proses yang sebenarnya berlaku kepada sistem respirasi. Menurut Tamby Subahan (1981), kesilapan konsep dalam mata pelajaran sains dapat dielakkan dengan menggunakan Central Concept di mana tema konsep akan berkembang berdasarkan idea pusat agar ia tidak menyerong daripada konsep asal. 1.3 Pernyataan Masalah Masalah kesalahfahaman konsep dalam tajuk Respirasi mungkin disebabkan oleh pelajar tidak dapat memahami dan menghubungkaitkan konsep-konsep yang terkandung dalam tajuk Respirasi. Oleh itu, guru harus menggunakan pelbagai kaedah dan strategi semasa proses pembelajaran dan pengajaran supaya pelajar dapat memahami konsep yang disampaikan. Harrison dan Treagust (1994) meminta guruguru Biologi menggunakan kaedah analogi semasa menjelaskan sesuatu konsep supaya pelajar dapat memahaminya. Dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan membuktikan sejauh mana tahap kefahaman konsep respirasi di kalangan pelajar Tingkatan IV yang mengambil mata pelajaran Biologi serta

mengenal pasti jenis-jenis kesalahfahaman yang dilakukan oleh pelajar dan menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan tajuk Respirasi. 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk : 1.4.1 Menentukan tahap kefahaman pelajar dalam menguasai tajuk Respirasi bagi mata pelajaran Biologi. 1.4.2 Mengenal pasti jenis-jenis kesalahfahaman konsep yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan soalan-soalan berkaitan dengan tajuk Respirasi. 1.5 Persoalan Kajian Secara lebih spesifik, kajian ini dilaksanakan bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan berikut : 1.5.1 Apakah tahap kefahaman konsep pelajar dalam tajuk Respirasi yang berkaitan dengan : i. Istilah respirasi. ii. Membezakan antara respirasi luar dan respirasi dalam. iii. Membezakan respirasi aerob dan respirasi anaerob. iv. Menerangkan proses respirasi anaerob dalam otot manusia.

v. Menerangkan proses respirasi anaerob dalam yis. vi. Menghuraikan mekanisme pernafasan dalam manusia. vii. Perkara-perkara yang berlaku semasa proses pertukaran gas merentas permukaan alveolus dan kapilari darah di peparu. viii. Menyatakan bentuk gas respirasi dalam plasma darah dan peparu. ix. Membezakan antara udara sedutan dan udara hembusan. 1.5.2 Apakah jenis-jenis kesalahfahaman konsep yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan soalan-soalan berkaitan dengan tajuk respirasi?