TAHAP PENGETAHUAN BAKAL GURU FIZIK TENTANG PERATURAN DAN KESELAMATAN MAKMAL

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

Faculty Of Information and Communication Technology

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

Transcription:

TAHAP PENGETAHUAN BAKAL GURU FIZIK TENTANG PERATURAN DAN KESELAMATAN MAKMAL Hj. Shaharom Bin Noordin & Nur Adila Binti Mohamad Zulkapli Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. ABSTRAK : Tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di makmal. Penyelidik memfokuskan kajian untuk mengukur tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan. Kajian ini melibatkan dua pembolehubah bebas iaitu program pengajian dan jantina. Peserta kajian melibatkan 35 orang pelajar tahun empat Pendidikan Fizik yang mengikuti program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) (SPF) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) (SPP) dan terdiri daripada 8 orang lelaki dan 27 orang perempuan dalam julat umur antara 22-30 tahun. Alat kajian yang digunakan berbentuk ujian pencapaian yang dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Pengetahuan tentang Peraturan dan Keselamatan Makmal dengan nilai kebolehpercayaan α=.83. Ia mengandungi 45 item berbentuk soalan objektif. Dapatan kajian dianalisis dalam bentuk analisis statistik deskriptif iaitu min, nilai sisihan lazim, nilai maksimum, nilai minimum, julat dan peratusan. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal peserta kajian adalah baik. Terdapat perbezaan terhadap tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal merentas program pengajian di mana tahap pengetahuan pelajar SPP adalah cemerlang manakala tahap pengetahuan pelajar SPF adalah baik. Bagi tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal merentas jantina, didapati tahap pengetahuan pelajar lelaki adalah cemerlang manakala tahap pengetahuan pelajar perempuan adalah baik. Ini menunjukkan tahap pengetahuan bakal guru Fizik masih kurang, maka penekanan kepada kepentingan pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam proses P&P perlu dititikberatkan untuk melahirkan guru Fizik yang berwibawa dan memiliki pengetahuan yang cukup untuk menempuhi alam pekerjaan kelak. ABSTRACT : The level of knowledge on laboratory rules and safety measurements is essential in order to avoid accidents during teaching and learning (T&L) process in laboratory. The focus of this study is to measure the level of knowledge about rules and safety in the laboratory among fourth year Physics Education students. The design used in this study was a survey. There are two independent variables which are program of study and gender. A total of 35 fourth year Physics Education students who are pursuing in the degree of Bachelor of Science with Education (Physics) (SPF) and Bachelor of Science and Computer with Education (Physics) (SPP). The respondents consisted of 8 males and 27 females whose ages range between 22-30 years old. The instrument used in this study contains 45 objective items and is called Ujian Pencapaian Tahap Pengetahuan Tentang Peraturan dan Keselamatan Makmal (Assessment of Level of Knowledge on Laboratory Rules and Safety) which has a reliability value of α=.83. The findings were analyzed in the forms of descriptive statistical analysis which are: mean, standard deviation, maximum and minimum value, range and percentages. Overall, the level of knowledge on rules and safety in the laboratory among respondents is good. There is a difference in the levels of knowledge on laboratory rules and safety according to the program of study whereby the knowledge level of SPP students is excellent as compared to the knowledge level of

SPF students which is good. With reference to the level of knowledge on rules and safety in the laboratory based on gender, it is found that the knowledge level among the male students is excellent whereas the female students knowledge level is good. The results of this study show that these future teachers lack of knowledge about rules and safety in the laboratory knowledge. Hence, there should be more emphasis on the importance of knowledge about rules and safety in the laboratory in order to produce Physics teachers who are qualified and knowledgeable in order to meet the professional requirements. Katakunci : teaching and learning (T&L) process in laboratory, Level of Knowledge on Laboratory Rules and Safety PENGENALAN Fizik merupakan salah satu cabang daripada mata pelajaran Sains Tulen selain Kimia dan Biologi yang dilaksanakan di sekolah menengah seluruh Malaysia. Isi kandungan Fizik merangkumi pelbagai prinsip, fakta dan teori yang kebanyakannya diperoleh melalui eksperimen. Justeru, kepentingan makmal sebagai tempat untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan tidak dapat disangkal lagi. Menjalankan eksperimen di makmal merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan bagi pelajar. Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa makmal merupakan suatu kawasan yang berisiko tinggi untuk berlaku kemalangan. Antara kemalangan yang mungkin berlaku termasuklah luka akibat terkena serpihan barangan kaca, kebakaran akibat litar pintas elektrik, terhidu gas beracun, dan sebagainya. Kemalangan-kemalangan ini bukan sahaja mengakibatkan kecederaan kepada pengguna makmal malah boleh meragut nyawa mereka. Oleh itu, langkahlangkah keselamatan perlu diutamakan semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam makmal Fizik. Guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan bahawa pelajar di bawah jagaannya dapat mengikuti proses P&P di dalam makmal Fizik dalam keadaan yang selamat. Oleh itu, melalui kajian ini, penyelidik cuba memfokuskan kajian terhadap tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik. PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan masalah-masalah yang telah dipaparkan dalam bahagian latar belakang masalah sebelum ini, penyelidik memikirkan satu kajian perlu dijalankan. Masalah yang ingin dikaji di sini adalah kurangnya tahap pengetahuan tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik. OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenal pasti tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik. 2. Mengenal pasti tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik merentas program pengajian.

3. Mengenal pasti tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik merentas jantina. RANGKA KERJA KONSEP Rajah 1 : Rangka Kerja Konsep Rajah 1 menunjukkan rangka kerja konsep bagi kajian yang akan dilakukan. Berdasarkan rangka kerja ini, makmal terbahagi kepada bidang-bidang tertentu seperti perancangan dan susun atur makmal, pemilihan dan pengurusan kakitangan, pentadbiran makmal, peraturan dan keselamatan dalam makmal, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, penyelidik hanya mengkaji bidang peraturan dan keselamatan dalam makmal. Tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik merupakan pembolehubah bersandar dalam kajian ini. Tahap pengetahuan ini dibahagikan kepada lima tahap iaitu cemerlang, baik, sederhana, lemah, dan sangat lemah. Para pelajar ini diuji menggunakan alat kajian yang dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Pengetahuan tentang

Peraturan dan Keselamatan Makmal. Pembolehubah yang dimalarkan adalah tahun pengajian iaitu pelajar-pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik manakala pembolehubah yang dimanipulasikan adalah program pengajian iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) dan jantina. KEPENTINGAN KAJIAN Pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal adalah amat penting bagi seseorang bakal guru Fizik itu supaya proses P&P yang dilaksanakan di dalam makmal sekolah dapat berjalan dengan lancar. Sekiranya tahap pengetahuan bakal guru Fizik tersebut adalah tidak memuaskan, faktor ini boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di dalam makmal. Oleh yang demikian, kajian tentang tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal ini perlu dijalankan terhadap bakal guru Fizik perlu diadakan oleh pihak tertentu. Penyelidik beranggapan kajian ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal guru Fizik, malah kepada beberapa pihak lain sepeti pensyarah-pensyarah, pihak Fakulti Pendidikan dan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai itu sendiri. Dapatan kajian ini juga dapat membantu pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus Pengurusan dan Keselamatan Makmal, Pendidikan Amali Fizik dan Amali Fizik untuk menilai keberkesanan pengajaran mereka dan mengesan kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki. Bagi pensyarah Pengurusan dan Keselamatan Makmal, mereka perlu merancang kaedah-kaedah pengajaran yang lebih menarik dan sesuai berbanding dengan proses P&P yang berdasarkan teori semata-mata. Bagi pensyarah Pendidikan Amali Fizik dan Amali Fizik pula, mereka harus mengambil inisiatif untuk menerapkan pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kedua-dua kursus berkenaan Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak Fakulti Pendidikan untuk mengesan keberkesanan kursus Pengurusan dan Keselamatan Makmal ini terhadap pelajar. Semakan kurikulum oleh pihak fakulti perlu dilakukan untuk memastikan sama ada kursus ini relevan untuk diteruskan pengambilannya oleh para pelajar. Sekirannya dapatan kajian menunjukkan prestasi yang baik, maka seharusnya kursus ini diteruskan pengajarannya dengan mungkin memantapkan lagi isi kandungan kursus berkenaan. SKOP KAJIAN Kajian ini mengkaji tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal. Peserta kajian yang terlibat adalah pelajar-pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik yang terdiri daripada kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Jenis data dalam kajian ini adalah markah yang diperolehi pelajar-pelajar dalam Ujian Pencapaian Tahap Pengetahuan tentang Peraturan dan Keselamatan Makmal yang dikategorikan mengikut skala pemeringkatan cemerlang, baik, sederhana, lemah dan sangat lemah. Kajian ini dijalankan pada minggu keempat bulan Februari 2009 di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai. METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian yang digunakan oleh penyelidik adalah berbentuk tinjauan. Penyelidik memilih reka bentuk ini kerana masa yang diperlukan adalah singkat dan memudahkan penyelidik melakukan analisis data. Reka bentuk ini digunakan untuk menilai tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik. Tinjauan yang dibuat juga bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal merentas program pengajian dan jantina. Alat Kajian Dalam kajian ini, alat kajian yang digunakan adalah berbentuk ujian pencapaian yang dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Pengetahuan tentang Peraturan dan Keselamatan Makmal. Ujian pencapaian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik. Ujian tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A merangkumi maklumat latar belakang peserta kajian iaitu mengenai program pengajian dan jantina mereka. Bahagian B pula mengandungi item-item untuk mengukur tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal. Ujian yang dibina mengandungi 45 item iaitu lapan soalan untuk mengukur tahap pengetahuan tentang peraturan makmal manakala 37 item lagi untuk mengukur tahap pengetahuan tentang keselamatan makmal. Ujian ini terdiri daripada soalan-soalan aneka pilihan dan mengandungi empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Sebelum alat kajian diedarkan kepada peserta kajian, penyelidik terlebih dahulu telah membuat pengesahan terhadap alat kajian yang dibina daripada pensyarah yang pakar dalam bidang peraturan dan keselamatan makmal. Perkara ini dilakukan bertujuan untuk menentukan kesahan dalaman alat kajian dari segi isi dan kesesuaian skop item. Selepas membuat semakan daripada pakar, kajian rintis pula telah dijalankan terhadap lima orang pelajar Program Pendidikan Fizik bagi menentukan kebolehpercayaan alat kajian melalui nilai Alpha Cronbach serta menyemak kesesuaian penggunaan bahasa dan arahan. KAJIAN RINTIS Kajian rintis dilakukan terhadap lima orang pelajar daripada tahun empat SPF/SPP untuk mengenal pasti jika terdapat sebarang masalah dalam alat kajian yang dibina sama ada dari segi bahasa yang digunakan, arahan, isi kandungan, dan kesesuaian item dengan peringkat umur peserta kajian. Pelajar-pelajar yang telah dipilih perlu menjawab kesemua item dalam alat kajian tersebut dan dikecualikan daripada menjadi peserta kajian sebenar. Bagi memastikan peruntukan tempoh masa selama satu jam adalah bersesuaian atau tidak, masa bagi peserta terakhir selesai menjawab alat kajian telah direkodkan. Melalui kajian rintis ini, penyelidik dapat mempertimbang semula tempoh masa yang sesuai bagi kajian sebenar yang akan dijalankan. Dapatan daripada kajian rintis ini telah dianalisis untuk menentukan nilai kebolehpercayaan alat kajian. Nilai kebolehpercayaan alat kajian yang diperoleh ialah α=.83.

Semasa kajian rintis dijalankan, beberapa langkah berjaga-jaga telah diambil. Misalnya, sebelum menjawab ujian, peserta kajian diingatkan supaya membaca arahan dengan betul terlebih dahulu. Mereka juga diingatkan supaya tidak berbincang antara satu sama lain semasa menjawab ujian dan merahsiakan item yang terdapat dalam alat kajian supaya kebolehpercayaan alat kajian dapat dikawal. Selepas ujian tamat, alat kajian terus dikutip untuk mengelakkan maklumat yang terdapat dalam alat kajian tersebut tidak tersebar ke pengetahuan kumpulan peserta kajian yang lain. DAPATAN KAJIAN Tahap Pengetahuan Tentang Peraturan dan Keselamatan Makmal Jadual 1 : Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pengetahuan Tentang Peraturan dan Keselamatan Makmal Berdasarkan Jadual 1, tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik secara keseluruhannya adalah baik (M= 33.60, SL= 4.28) dengan julat markat 20.00, min dalam peratus ialah 74.67% dan peratus serakan ialah 12.74%. Tahap pengetahuan tentang peraturan makmal adalah cemerlang (M= 7.57, SL= 0.74) dengan julat market 3.00, min dalam peratus ialah 94.63% dan peratus serakan ialah 9.78%. Tahap pengetahuan tentang keselamatan makmal pula berada pada tahap baik (M= 26.03, SL= 3.91). Julat markat adalah 18.00, min dalam peratus ialah 70.35% manakala peratus serakan ialah 15.02% Tahap Pengetahuan Tentang Peraturan dan Keselamatan Makmal Merentas Program Pengajian Merujuk kepada Jadual 4.2, dapatan kajian menunjukkan terdapatnya perbezaan terhadap tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik merentas program pengajian. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan pelajar 4 SPP adalah cemerlang (M= 34.00, SL= 4.88) dengan julat markat 19.00, min dalam peratus ialah 75.56% dan peratus serakan ialah 14.35% manakala tahap pengetahuan

pelajar SPF adalah baik (M= 33.12, SL= 3.26) dengan julat markat 13.00, min dalam peratus ialah 73.60% dan peratus serakan ialah 9.84% Tahap pengetahuan tentang peraturan makmal pula adalah cemerlang (M= 7.75, SL= 0.57) bagi pelajar 4 SPF dengan julat markat 2.00, min dalam peratus ialah 96.88% dan peratus serakan ialah 7.35%. Begitu juga dengan pelajar 4 SPP, tahap pengetahuan tentang peraturan makmal adalah cemerlang (M= 7.42, SL= 0.19) dengan julat market 3.00, min dalam peratus ialah 92.75% dan peratus serakan ialah 2.56%. Seterusnya, bagi tahap pengetahuan tentang keselamatan makmal, tiada perbezaan bagi keduadua pelajar 4 SPF dan 4 SPP. Pelajar 4 SPF menunjukkan tahap pengetahuan yang baik (M= 25.38, SL= 3.24) dengan julat markat 13.00, min dalam peratus ialah 68.59% dan peratus serakan ialah 12.76%. Tahap pengetahuan tentang peraturan makmal bagi pelajar 4 SPP juga baik (M= 26.58, SL= 4.41) dengan julat markat 17.00, min dalam peratus ialah 71.84% dan peratus serakan ialah 16.59%. Jadual 2: Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pengetahuan Tentang Peraturan dan Keselamatan Makmal Merentas Program Pengajian Tahap Pengetahuan Tentang Peraturan Dan Keselamatan Makmal Merentas Jantina Berdasarkan Jadual 4.3, terdapat perbezaan terhadap tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik merentas jantina. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan pelajar lelaki adalah cemerlang (M= 34.25,

SL= 4.30) dengan julat markat 14.00, min dalam peratus ialah 76.11% dan peratus serakan ialah 12.55% manakala tahap pengetahuan pelajar perempuan adalah baik (M= 33.41, SL= 4.21) dengan julat markat 19.00, min dalam peratus ialah 74.24% dan peratus serakan ialah 12.60% Tahap pengetahuan tentang peraturan makmal pula adalah cemerlang (M= 7.88, SL= 0.35) bagi pelajar lelaki dengan julat markat 1.00, min dalam peratus ialah 98.50% dan peratus serakan ialah 4.44%. Tahap pengetahuan tentang peraturan makmal bagi pelajar perempuan juga adalah cemerlang (M= 7.48, SL= 0.80) dengan julat market 3.00, min dalam peratus ialah 93.50% dan peratus serakan ialah 10.70%. Seterusnya, bagi tahap pengetahuan tentang keselamatan makmal, tiada perbezaan bagi keduadua pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki menunjukkan tahap pengetahuan yang baik (M= 26.38, SL= 4.27) dengan julat markat 14.00, min dalam peratus ialah 71.30% dan peratus serakan ialah 16.19%. Tahap pengetahuan tentang peraturan makmal bagi pelajar perempuan juga baik (M= 25.93, SL= 3.88) dengan julat markat 17.00, min dalam peratus ialah 70.08% dan peratus serakan ialah 14.96%. Jadual 3: Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pengetahuan tentang Peraturan dan Keselamatan Makmal Merentas Jantina RUMUSAN

Berdasarkan daripada dapatan kajian yang diperoleh dalam Bab 4, beberapa kesimpulan boleh dibuat merujuk kepada tahap yang telah ditentukan penyelidik. Kesimpulan kajian adalah seperti berikut: 1. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik adalah baik (M= 33.60, SL= 4.28) dengan peratus min adalah 74.67%. Tahap pengetahuan tentang peraturan makmal adalah cemerlang (M= 7.57, SL= 0.74) dengan peratus min adalah 94.63%. Sebaliknya, tahap pengetahuan tentang keselamatan makmal pula berada pada tahap baik (M= 26.03, SL= 3.91) dengan peratus min sebanyak 70.35%. 2. Bagi pembolehubah merentas program pengajian, dapatan kajian menunjukkan terdapatnya perbezaan terhadap tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan pelajar 4 SPP adalah cemerlang (M= 34.00, SL= 4.88) dengan peratus min adalah 75.56% manakala tahap pengetahuan pelajar 4 SPF adalah baik (M= 33.12, SL= 3.26) dengan peratus min adalah 73.60%. 3. Bagi pembolehubah merentas jantina, terdapat perbezaan terhadap tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Fizik. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan pelajar lelaki adalah cemerlang (M= 34.25, SL= 4.30) dengan peratus min adalah 76.11% manakala tahap pengetahuan pelajar perempuan adalah baik (M= 33.41, SL= 4.21) dengan peratus min adalah 74.24%. RUJUKAN Azizi Yahaya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Brannon, Linda (2005). Gender: Psychological Perspectives. New York: Pearson Education, Inc. Chua, Pei Kung (2007). Tahap Pemahaman Bakal-bakal Guru Sains Universiti Teknologi Malaysia Dalam Keselamatan Makmal Sains. Laporan Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Chamorro-Premuzic, Tomas (2007). Personality and Individual Differences. USA : Blackwell Publishing. Collette, Alfred T. dan Chiappetta, Eugene L. (1984). Science Instruction In the Middle and Secondary Schools. Missouri: Times Mirror / Mosby College Publishing. Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haryati Musa (2001). Tinjauan Gaya Pembelajaran Pelajar-pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Laporan Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kamaruzaman Salikun(1997). Keselamatan Makmal. Kertas kerja dibentangkan di Kursus Pengurusan Makmal Asas. 5 September. Johor Bahru. Kartoyo et al. (1978). Laboratory Management and Techniques for Schools and Colleges. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia (1987). Panduan Pengurusan Makmal Sains Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Lilia Halim et al. (2002). Stategi Pengajaran Fizik untuk Guru Sains. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Mohd Afzanizam Abdul Ghani (2003). Persepsi Para Pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains Mengenai Amalan Keselamatan Makmal Dan Teknik Pengendalian Alat Radas Dan Bahan Kimia Di Makmal Sains Di Sekolah-sekolah Sekitar Skudai, Johor Bahru. Laporan Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Othman dan NurHaziyanti (2006). Pencapaian Pelajar Mengikut Gaya Belajar dan Bentuk Pentaksiran. Retrieved on March 27, 2009 from http://jpnperak.edu.my/portal/modules.php?name=news&file=print&sid=34 Pauzi Mohd Isa (2004, 3 Jun). Budaya Membaca Masyarakat Malaysia Menyedihkan. Berita Harian. m/s 13.