REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

"66O "8 '

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Faculty Of Information and Communication Technology

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

NOORHASNI BINTI HASAN

Transcription:

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2010

iv DEDIKASI Buat ayahanda dan bonda tersayang Muhammad bin Salleh dan Ashnah binti Mamat Buat ahli keluarga yang tersayang Fatimah Zahrah binti Muhammad Siti Khadijah binti Muhammad Mohd Ikhwan bin Muhammad Abdul Fattaah bin Muhammad Masitah binti Muhammad Siti Rasyidah binti Muhammad Siti Nur Hidayah binti Muhammad Muhammad Saifuddin bin Muhammad Muhammad Daniel Hakimi bin Muhammad Buat teman-teman seperjuangan 4 SPS sesi 2010 Terima kasih diucapkan kepada kalian yang selama ini banyak membimbing dan menyokong serta memberi semangat dalam mengharungi perjuangan ini Kalian adalah pencetus inspirasi dan semangat juang Diharapkan semua terus berjuang untuk mencapai kejayaan yang diinginkan dan kenangan kita bersama tidak mungkin dapat dilupakan

v PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Disini saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada PM Dr. Abdul Hafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus lumus dalam memberi bimbingan dan pandangan sepanjang menjalankan dan menyiapkan projek ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada semua pensyarah-pensyarah Sains Sukan yang telah membantu memberikan pandangan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan projek ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada para subjek yang terlibat secara langsung dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan kajian ini. Seterusnya buat teman-teman seperjuangan 4 Sains Sukan tahun 2009/2010 dan seluruh warga SPS yang banyak memberikan dorongan dan semangat dalam menyelesaikan projek ini. Terima kasih di atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan. Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat. Sekian, terima kasih semua.

vi ABSTRAK Ujian ketangkasan heksagon merupakan satu ujian bagi menguji komponen ketangkasan kecergasan fizikal. Prosedur ujian ketangkasan heksagon (Arnot dan Gaines, 1984) memerlukan individu melompat pada 6 arah untuk melengkapkan satu pusingan. Individu perlu melengkapkan 3 pusingan lompatan menggunakan keduadua kaki dengan sepantas yang mampu bagi menentukan skor masa dan tahap ketangkasan berdasarkan rujukan norma Arnot dan Gaines (1984). Objektif utama kajian ini ialah untuk merekabentuk instrumen puzzle heksagon. Ia menggabungan teknologi digital berdasarkan prosedur ujian ketangkasan manual untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kesahan instrumen diuji menggunakan kaedah kesahan sejajar dengan mengambil kira nilai korelasi antara instrumen yang dicipta dan keadah manual ujian ketangkasan. Kebolehpercayaan diuji menggunakan kaedah uji ulang uji dengan melihat nilai korelasi antara kedua-dua ujian (ujian 1 & 2 mengunakan instrumen puzzle heksagon) dalam dua masa yang berbeza. Kajian juga dilakukan untuk melihat perbandingan tahap ketangkasan di antara sukan raket iaitu sukan tenis, badminton dan squash serta melihat potensi pasaran instrumen berdasarkan soal selidik yang diedarkan. Seramai 28 orang atlit Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari ketiga-tiga jenis sukan berkenaan (19 orang lelaki dan 9 orang wanita) terlibat dalam kajian ini. Prosedur ujian dijalankan dengan mengambil masa ujian bermula dari bunyi beep sehingga subjek melengkapkan 3 pusingan lompatan sepantas yang mampu. Data dianalisis menggunakan SPSS 13.0 (Statistical Packages For Social Science) dan Microsoft Excel 2007. Analisis korelasi Pearson dan Spearman Rho digunakan untuk melihat perhubungan kesahan sejajar dan kebolehpercayaan instrumen tersebut. Keputusan kajian korelasi Pearson bagi kesahan instrumen ialah r=0.992 manakala korelasi Spearman Rho ialah r=0.894 iaitu pada tahap korelasi yang sangat kuat. Keputusan nilai korelasi Pearson bagi kebolehpercayaan instrumen ialah r=0.994 dengan korelasi kebolehpercayaan yang sangat tinggi dan korelasi Spearman Rho r=.0.657 pada tahap sederhana tinggi. Hasil kajian juga menunjukan atlit sukan squash mempunyai tahap ketangkasan yang tinggi (purata 11.304 saat) berbanding sukan badminton (purata 11.5167 saat) dan tenis (purata 13.3182 saat). Tinjauan bagi potensi pasaran instrumen menunjukkan nilai purata skala likert iaitu 4.2143 melebihi tahap setuju pada skala likert 4. Kesimpulannya instrumen puzzle heksagon sesuai dijadikan pengganti kepada pengukuran ketangkasan kaedah manual untuk memudahkan kebolehtakbiran ujian dijalankan dan meningkatkan minat individu untuk menjalankan ujian. Cadangan untuk pengkaji akan datang agar menambahbaik instrumen dengan mengabungkan instrumen dengan komputer dan membina satu pengkalan data untuk memudahkan penyimpanan data dilakukan.

vii ABSTRACT The Hexagon Agility Test is a test to measure the agility component of physical fitness. The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines, 1984) requires each individual to jump to 6 angles in order to complete one round. The individual needs to complete 3 rounds by jumping as fast as possible with both feet to determine the time score and agility level based on the Arnot and Gaines (1984) norm. The main objective of this study is to design puzzle hexagon instrument. It combines digital technology with the manual agility testing procedure to obtain higher validity and reliability. The validity of the instrument was tested using the concurrent validity method by considering the correlation value between the instrument and the manual agility testing method. The reliability of the instrument was tested using the test-retest method to see the correlation between the two tests (1 st and 2 nd test using instrument puzzle hexagon) in two different occasions. This study was also conducted in order to observe the comparison of agility level between racket sports like tennis, badminton and squash and to observe the market potential of the instrument based on questionnaire distributed. 28 athletes of University Technology Malaysia (UTM) from three types of racket sports (19 males and 9 females) were involved in this study. Test procedure was conducted by taking the test time starting from the sound of beep until subjects complete 3 rounds of jumping as fast as possible. The data was analyzed using SPSS 13.0 (Statistical Package for the Social Sciences) and Microsoft Excel 2007. Pearson and Spearman Rho correlation analysis were used to see the concurrent validity and reliability of the instrument. The result of the Pearson correlation for instrument validity was r=0.992 and Spearman rho correlation was r=0.894, showing strong correlation. The result of Pearson correlation for instrument reliability was r=0.994 which show high correlation and the Spearman rho correlation was r=0.657 showing a moderate high correlation. The result from this study also shows that squash athletes have a higher level of agility (mean 11.304 second) compared to badminton (mean 11.5167 second) and tennis athletes (mean 13.3182 second). Review for potential marketing of the instrument shows that the mean of the lickert scale was 4.2143 which is higher than the level of agreement, scale 4. In conclusion, the puzzle hexagon instrument is suitable as a replacement for the manual agility testing method to facilitate the administration in testing and to improve the level of individual interest to perform the test. For future research, I suggest to improve the instrument using computer and by building a database to facilitate the storing of testing data.

viii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii viii-xvi xiii xiv-xv xvi 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1-3 1.2 Latar Belakang Masalah 4-5 1.3 Penyataan Masalah 6-7 1.4 Objektif Kajian 7-8 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Kepentingan Kajian 9 1.7 Batasan Kajian 10 1.8 Definisi Istilah 11-13 1.9 Penutup 13

ix 2 SOROTAN KAJIAN 14 2.1 Pengenalan 14-15 2.2 Teori Berkaitan Dengan Reka Bentuk 15-19 2.3 Kajian-Kajian Berkaitan Dengan Ketangkasan 19-24 2.4 Ujian-Ujian Bagi Komponen Ketangkasan 24 2.4.1 Ujian Lari Ulang Alik 4 x 10 Meter 25 2.4.2 Ujian Ketangkasn Illinois 25-26 2.4.3 Ujian T 26 2.5 Peralatan Ujian Ketangkasan 26 2.5.1 Berlari Sisi Helmas 27 2.5.2 Bola Ketangkasan 27 2.5.3 Timing Gates 28 2.5.4 Tangga Ketangkasan 28 2.5.5 Alat Lari Ulang Alik 4 x 10 Meter 28 2.6 Penutup 29 3 METODOLOGI KAJIAN 30 3.1 Pengenalan 30 3.2 Kaedah Penyelidikan 31 3.3 Subjek Kajian 31-32 3.4 Instrumen Kajian 32 3.5 Prosedur Kajian 32 3.5.1 Pemilihan Subjek 33 3.5.2 Penyerahan Surat Lantikan 33 3.5.3 Surat Persetujuan 33 3.5.4 Taklimat Kajian 34 3.6 Rekabentuk Kajian 34 3.6.1 Fasa Merekabentuk Instrumen 34

x 3.6.2 Fasa Penghasilan Instrumen 35 3.6.3 Fasa Pengujian Instrumen 35-37 3.7 Pengumpulan Data 37 3.8 Penganalisisan Data 37 3.9 Kajian Rintis 38 3.10 Pengenalan Rekabentuk Instrumen 38 3.11 Cadangan 38 3.11.1 Cadangan Awal 39-40 3.12 Peringkat Akhir 41 3.13 Instrumen Kajian 41-42 3.13.1 Rekabentuk Instrumen 42-43 3.13.2 Rekabentuk Alat Pengesan Instrumen 44-45 3.13.3 Prosedur Penggunaan Instrumen 45-46 3.14 Pengukuran 46-47 3.15 Penutup 47 4 ANALISIS DATA 48 4.1 Pengenalan 48 4.2 Penganalisaan Deskriftif dan Inferensi 48-49 4.3 Analisis Latarbelakang Subjek 49 4.4 Analisis Kesahan dan Kebolehpercayaan 56 Instrumen 4.4.1 Kesahan Instrumen 57-58 4.4.2 Kebolehpercayaan Instrumen 58-60 4.5 Analisis Keputusan Ujian Berdasarkan Sukan 60 4.5.1 Sukan Tenis 60-61 4.5.2 Sukan Badminton 61 4.5.3 Sukan Squash 62 4.5.4 Analisis Keseluruhan Tahap Ujian Ketangkasan 62-64

xi 4.6 Persepsi Potensi Pasaran Instrumen Ujian untuk Kegunaan Umum 64-73 4.7 Penutup 73 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 74 5.1 Pengenalan 74 5.2 Ringkasan Kajian 75 5.3 Perbincangan 76 5.3.1 Instrumen Puzzle Heksagon mempunyai Tahap Kesahan dan Kebolehpercayaan yang Tinggi 76-77 5.3.2 Instrumen Dapat Mengukur dan Menentukan Jenis-Jenis Sukan yang Mempunyai Ketangkasan yang Tinggi 77-78 5.3.3 Maklum Balas Potensi Pasaran Daripada Pengguna yang telah Mengetahui, Meneliti Serta Mencuba Menggunakan Instrumen 78-79 5.4 Kesimpulan 79-80 5.5 Masalah yang Dihadapi 80 5.5.1 Kemahiran Dalam Memprogram Data Didalam Paparan LCD 80 5.5.2 Pembinaan Sensor dan Suis Pemijak 81 5.5.3 Rekabentuk Alat 81 5.6 Cadangan 81 5.6.1 Penggunaan Buzzer yang Besar Dalam Instrumen 81-82 5.6.2 Menaikkan Taraf Paparan LCD 82 5.6.3 Penggunaan Bunyi 82 5.6.4 Membina Profil Ujian dan Mengabungkan instrumen dengan

xii Komputer menggunakan Pendekatan Tanpa wayar(wireless) atau Bluetooth 83 5.7 Penutup 83 RUJUKAN 84-90 LAMPIRAN 91-104

xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.0 Prosedur Ujian Ketangkasan menggunakan instrumen ujian puzzle heksagon dan kaedah manual serta penilaian potensi instrumen yang dibangunkan 36-37 3.1 Peralatan elektronik yang terlibat didalam pembinaan instrumen ujian ketangkasan puzzle heksagon 43 3.2 Norm skor mentah ujian ketangkasan heksagon 47 4.0 Taburan purata, median dan sisihan piawai subjek mengikut umur, berat dan tinggi 49 4.1 Korelasi Pearson menggunakan skor mentah bagi ujian kesahan 57 4.2 Korelasi Spearman rho menggunakan data non-parametrik bagi ujian kesahan 58 4.3 Korelasi Pearson menggunakan skor mentah bagi ujian kebolehpercayaan 59 4.4 Korelasi Spearman rho menggunakan data non-parametrik bagi ujian kebolehpercayaan 59 4.5 Purata dan sisihan piawai tahap ketangkasan mengikut sukan menggunakan data non-parametrik 63 4.6 Purata dan sisihan piawai tahap ketangkasan mengikut sukan menggunakan data mentah 63 4.7 Tahap potensi pasaran instrumen 73

xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Lakaran awal rekabentuk instrumen 40 3.2 Lakaran awal litar elektronik instrumen 40 3.3 Rupabentuk instrumen ujian ketangkasan puzzle heksagon 42 3.4 Jenis bekalan kuasa kepada instrumen 44 3.5 Struktur pengesan papan pijak 45 3.6 Gambar rajah ujian sedang dilakukan 46 4.0 Jantina subjek 50 4.1 Kategori umur subjek 50 4.2 Kategori berat subjek 51 4.3 Kategori ketinggian subjek 52 4.4 Taburan bangsa subjek 52 4.5 Taburan agama subjek 53 4.6 Kategori sukan subjek 54 4.7 Aktif bersukan subjek 54 4.8 Jumlah kekerapan bersukan subjek 55 4.9 Pengalaman menjalani ujian 55 4.10 Jenis ujian ketangkasan yang pernah disertai 56 4.11 Keputusan ujian bagi subjek sukan tenis 60 4.12 Keputusan ujian bagi subjek sukan badminton 61 4.13 Keputusan ujian bagi subjek sukan squash 62 4.14 Peratusan tahap ketangkasan mengikut sukan 62 4.15 Instrumen berteknologi ini mampu mengukur tahap prestasi ketangkasan. 65 4.16 Instrumen ini membantu penguji melakukan ujian dengan tepat 65

xv 4.17 Ujian lebih mudah dijalankan dengan menggunakan instrumen ini. 66 4.18 Instrumen ini selamat untuk digunakan 67 4.19 Instrumen ini mudah alih dan tahan lasak. 67 4.20 Instrumen ini akan mendapat sambutan baik. 68 4.21 Penipuan tidak berlaku semasa ujian dijalankan 69 4.22 Perisian didalam instrumen ini mudah digunakan 69 4.23 Keupayaan instrumen boleh dipertingkatkan lagi 70 4.24 Instrumen ini meningkatkan motivasi untuk melakukan ujian 71 4.25 Ruang yang sedikit diperlukan untuk guna dan simpan instrumen 71 4.26 Instrumen mampu dimiliki pada harga RM 300- RM400 72

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Kesihatan dan Kecergasan Diri 91 B Surat Perlantikan Subjek 92 C Surat Pelepasan Tanggungjawab 93 D Surat Kebenaran Menggunakan Atli Universiti 94 E Surat Kebenaran Menggunakan Makmal Kayu 95 F Borang Pengujian 96 G Borang Soal Selidik 97-100 H Gambar Instrumen 101-104

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kecergasan fizikal penting bagi setiap individu kerana membantu mereka melakukan rutin harian tanpa sebarang masalah. Cobin dan Linsey (1994), mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan keseluruhan organ badan manusia berfungsi dengan cekap dan berkesan. Dari sudut kesihatan, kecergasan fizikal merangkumi beberapa aspek berkaitan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai dapat memberi seseorang individu itu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokenetik seperti penyakit jantung, kegemukkan dan pelbagai lagi penyakit otot serta tulang (Falls, 1980). Selain itu, kemampuan dan kebolehan individu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa lesu dan masih mempunyai lebihan tenaga untuk melakukan aktiviti pada masa lapang serta masih mempunyai tenaga bagi menghadapi saat-saat kecemasan juga dikatakan sebagai kecergasan fizikal (Giam Choo Keong, 1981). Terdapat 11 komponen kecergasan fizikal yang dibahagikan kepada 2 kategori utama. Menurut Wee Eng Hoe (1996), kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua kategori iaitu kecergasan fizikal berasaskan kesihatan (daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi badan) dan kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor (koordinasi, imbangan, kuasa, ketangkasan, masa tindakbalas dan kelajuan) yang memberi sumbangan kepada kualiti kehidupan secara keseluruhannya. Komponen-komponen kecergasan fizikal ini boleh diuji dengan pelbagai kaedah seperti Ujian Kecergasan Jasmani

2 Kebangsaan (UKJK) yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menguji tahap kecergasan fizikal atlit berasaskan lakuan motor dan kesihatan. Daripada komponen-komponen kecergasan fizikal yang dinyatakan, ketangkasan merupakan salah satu komponen yang penting dalam sukan prestasi tinggi. Markovic et al. (2006) mendefinisikan ketangkasan sebagai kebolehan dalam menukar arah tanpa menjejaskan kepantasan, keseimbangan dan kawalan tubuh. Dari sudut pandangan lain pula, ketangkasan adalah pelakuan motor iaitu pergerakan berturutan pada pelbagai arah, cekap dan pantas (Helen Ten dan Haridas, 1996). Manakala menurut Sheikh Kamarudin dan Sarjit Singh (1998), ujian ketangkasan merupakan ujian yang mengukur kebolehan seseorang itu bertindak dengan cepat dan pantas untuk membantunya dalam situasi permainan dan juga masa kecemasan dari segi menyelamatkan diri. Ketangkasan juga merupakan sebahagian faktor kemenangan bagi atlit dalam sukan-sukan tertentu. Ini selari dengan penyataan Yong et al. (1996) yang menyatakan kebolehan menguasai kemahiran ketangkasan yang baik pada tahaptahap tertentu memberi kelebihan untuk lebih berjaya dalam sukan yang dicuburi dan penentu kepada kejayaan atlit dalam sukan-sukan tertentu. Menurut Kurz (2001), ketangkasan yang baik dapat meningkatkan corak permainan dan kemampuan seseorang pemain itu dari segi kawalan dan penguasaan gelanggang. Terdapat pelbagai ujian ketangkasan yang direka oleh pakar-pakar sains sukan bagi mengukur tahap ketangkasan seperti ujian Illinois Agility Run, ujian Shuttle Run, Ujian Zig Zag, Ujian 505 agility, Ujian Quadrant Jump, Ujian-T, 10 meter shuttle, 20 Yard Agility (soccer), 20 Yard Shuttle (NFL, SPARQ), Agility Cone Drill (SPARQ), 3- Cone Drill (NFL), Box Drill (NFL) dan Ujian Heksagon. Walaubagaimanapun, kebanyakkan ujian ketangkasan ini hanya wujud dalam kaedah manual sahaja tanpa mengabungkan peralatan yang berteknologi. Umum mengetahui bahawa teknologi banyak membantu dalam meningkatkan prestasi atlit. Teknologi didefinisikan sebagai satu kaedah saintifik yang menggunakan pengetahuan sains bagi mencapai satu tujuan secara praktikal (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998). Teknologi sukan pula ialah material atau objek yang direkacipta

3 atau dibangunkan bagi memudahkan urusan dan aktiviti berkaitan dengan sukan seperti mesin, perkakasan, hardware, software dan sistem dan tidak berkait dengan aspek biologikal (Loland, 2009). Menurut Liebermann et al. (2002), teknologi sukan banyak membantu atlit dalam meningkatkan prestasi kemahiran sukan mereka. Oleh itu, individu atau kumpulan tertentu lebih yakin dengan penggunaan alatan berteknologi kerana kadar keberkesanannya telah dikaji secara saintifik. Ini selari dengan kenyataan Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad (2000), yang menyatakan alat-alat berteknologi seperti alat latihan isokinetik, isometrik dan isotonik banyak membantu atlit dalam meningkatkan daya fizikal mengikut keperluan masing-masing. Teknologi dalam sukan bukan sahaja meningkatkan daya fizikal dan prestasi atlit malah juga memberikan kelebihan dalam pelbagai aspek lain. Menurut Loland (2009), teknologi sukan banyak membantu atlit dari pelbagai aspek seperti meningkatkan prestasi sukan, pentadbiran undang-undang sukan dan keselamatan dalam sukan. Ini memberi lebih perlindingan dan keselamatan kepada setiap atlit dalam setiap sukan yang dicuburi. Namun begitu, kekurangan peralatan berteknologi dipasaran pada masa kini bagi mengukur komponen ketangkasan telah memberikan idea kepada penyelidik untuk mencipta satu instrumen bagi menguji tahap ketangkasan individu. Instrumen ujian yang dihasilkan mampu mengukur tahap ketangkasan dengan tepat dan mengeluarkan keputusan berkaitan tahap prestasi seseorang individu tersebut serta merta setelah tamat ujian. Disamping itu, instrumen yang dicipta mempunyai fungsi mudah alih ataupun portable yang bermaksud mudah dibawa, mudah disimpan dan mudah dikendalikan selain mempunyai sifat ringan dan saiz yang kecil. Usaha untuk merekabentuk dan membangunkan instrumen pengukuran ketangkasan ini dapat memudahkan guru, jurulatih dan penguji untuk menjayakan ujian ke atas anak didik mereka dengan mudah dan tepat tanpa sebarang masalah atau ralat yang besar.

4 1.2 Latar Belakang Masalah Daripada pengamatan, pembacaan dan kajian yang dilaksanakan, penyelidik mendapati tahap pencapaian sukan pada masa kini lebih baik jika hendak dibandingkan dengan pencapaian sebelumnya berdasarkan rekod-rekod yang telah dihasilkan oleh atlit-atlit negara pada alaf ini. Terdapat pelbagai faktor yang dikenalpasti oleh para saintis sukan yang menjadi penyumbang kepada peningkatan tahap prestasi atlit-atlit negara pada masa kini. Antaranya seperti faktor genetik, bentuk program latihan yang sistematik, kawalan pemakanan yang bersesuaian, teknologi sukan dan latihan yang berasaskan prinsip serta ilmu pengetahuan sains sukan. Ini selari dengan kenyataan Sheikh Kamaruddin bin Sheikh Ahmad (1994) yang menyatakan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kecergasan fizikal seseorang individu itu seperti baka (genetik), persekitaran dan tingkahlaku. Selain itu, peralatan sukan yang semakin canggih yang direkacipta khusus bagi sukan-sukan tertentu untuk membolehkan seseorang individu itu melakukan latihan mereka tanpa mengira keadaan cuaca dan waktu antara faktor peningkatan prestasi atlit-atlit negara pada masa kini. Pada masa kini, terdapat pelbagai peralatan berteknologi yang boleh digunakan dalam meningkatkan prestasi dan tahap kecergasan seseorang individu. Antaranya ialah seperti peralatan motion analysis, electromyography, time measurement device, dynamometer dan three-dimentional movement analysis system yang berasaskan teknologi biomekanik. Peralatanperalatan ini telah berjaya memberi maklumat penting berkaitan sistem lokomotor manusia bagi memudahkan jurulatih menyediakan program latihan yang sesuai dan sistematik untuk meningkatkan prestasi atlit pada tahap maksimum. Ini kerana kekurangan pada atlit mudah dikesan dan dikenalpasti dengan bantuan peralatanperalatan ini. Namun begitu, peralatan berteknologi bagi menguji mengukur komponen ketangkasan masih kurang di pasaran pada masa kini Hasil daripada kajian, penyelidik juga mendapati peralatan senaman yang berada di pasaran pada masa kini terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki terutamanya oleh pihak sekolah. Maka atas alasan itu, penyelidik berusaha merekabentuk instrumen yang berupaya untuk menguji serta meningkatkan prestasi

5 atlit dari segi ketangkasan dengan harga yang berpatutan. Kualiti yang tinggi serta kos penghasilan instrumen yang minima juga menjadi keutamaan penyelidik dalam penghasilkan instrumen yang menguji komponen ketangkasan ini. Selain itu juga, penyelidik menekankan ciri-ciri keselamatan yang tinggi, mudah dikendalikan, ringan dan mudah alih pada instrumen yang dibangunkan ini. Ini kerana ciri-ciri ini adalah selari dengan kehendak pengguna pada masa kini. Dengan perkembangan teknologi yang kian pesat, pengguna lebih cenderung kepada peralatan yang boleh memberikan maklumat dan tindak balas serta merta tentang prestasi dan tahap ketangkasan seseorang individu itu sekiranya diuji. Selain itu, kebolehpercayaan sesuatu peralatan juga mendorong pengguna untuk membeli dan menggunakan alatan tersebut. Azizi Yahya et al. (2007), menyatakan kebolehpercayaan sesuatu alat itu diertikan sebagai tiada relatif bagi kesilapan penilaian dalam peralatan pengukuran tersebut. Maka semakin banyak kesilapan, semakin kurang kestabilan dan ketepatan alatan pengukuran tersebut dan ia pasti bertentangan dengan kehendak pengguna. Kesahan peralatan juga dipertimbangkan oleh pengguna untuk membeli dan menggunakan peralatan tersebut. Kesahan peralatan pengukuran didefinisikan sebagai sejauh mana ia berjaya mengukur apa yang sepatutnya diukur (Azizi Yahya et al., 2007). Jika kedua-dua elemen kebolehpercayaan dan kesahan terdapat pada sesuatu alatan itu maka ia pasti memberi tarikan kepada pengguna untuk memilikinya. Kekurangan peralatan ujian ketangkasan secara elektronik memberikan inisiatif dan idea kepada penyelidik untuk menerokai bidang ini bagi menampung kekurangan peralatan ujian ketangkasan secara elektronik dipasaran pada masa kini. Usaha ini dilakukan agar bidang sukan tidak ketinggalan dan selari dengan perkembangan teknologi semasa serta menjadi titik tolak kepada penciptaan peralatan sukan dengan lebih meluas lagi bagi memenuhi kehendak pasaran. Dengan penghasilan instrumen ujian ketangkasan elektronik ini, diharap dapat membantu jurulatih dalam menguji tahap ketangkasan atlit mereka dengan kebolehpercayaan yang tinggi serta kesahan yang tepat tanpa memikirkan ralat yang berlaku semasa ujian dijalankan seperti menjalankan ujian ketangkasan secara kaedah manual.

6 1.3 Penyataan Masalah Kekurangan peralatan ujian kecergasan berteknologi terutamanya peralatan ujian ketangkasan memberi beban kepada jurulatih dan penguji kecergasan untuk mengukur tahap ketangkasan dikalangan atlit mereka. Selain itu, guru-guru pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah juga mengalami kesukaran yang sama untuk mengukur tahap ketangkasan pelajar-pelajar mereka kerana ketiadaan peralatan yang berkeupayaan dengan kebolehpercayaan yang tinggi serta kesahan yang tepat untuk mengukur tahap ketangkasan para pelajar. Masalah yang sama juga dihadapai di peringkat daerah dan Majlis Sukan Negari. Selain itu, atlit dan pelajar tidak begitu gemar dengan cara atau kaedah manual ujian ketangksan kerana pelajar terpaksa melakukannya sendiri dan ditambah lagi dengan keadaannya yang tidak menarik. Para pelajar dan atlit terpaksa melakukannya ujian tersebut secara berpasangan kerana memerlukan rakan untuk memberikan arahan mula dan mencatat masa. Kebiasaanya, rakan tidak menekan masa (jam randik) pada waktu mula dan berhenti dengan tepat dan menyebabkan atlit atau pelajar tidak dapat mengukur tahap ketangkasan sebenar diri mereka. Ini mendorong atlit dan pelajar melakukan sesuatu ujian secara sambil lewa kerana tidak yakin dengan cara pelaksanaannya. Ini terjadi kerana kurangnya alatan ujian ketangkasan dipasaran yang dapat mengukur ketangkasan dengan tepat dan jitu. Elemen definisi yang hampir sama antara ketangkasan dan masa reaksi menjadi penyebab sesuatu peralatan ujian ketangkasan harus dibangunkan. Ketangkasan atau agility ialah kebolehan tubuh badan bertindak balas sebaik sahaja menerima sebarang ransangan luar dan mempunyai perkaitan dengan kepantasan, masa reaksi dan keseimbangan. Ketangkasan mempunyai persamaan dengan masa reaksi iaitu daripada segi keupayaan menerima rangsangan luar. Masa reaksi pula diistilahkan sebagai keupayaan seseorang bertindak hasil daripada sesuatu rangsangan iaitu semakin cepat tindak balas semakin baik masa reaksi seseorang itu. Perbezaan diantara ketangkasan dengan masa reaksi ialah dari segi kedudukan arah iaitu ketangksan mengukur rangsangan seseorang terhadap keupayaan seseorang menukar arah dan kedudukan manakala masa reaksi berkaitan dengan rangsangan

7 seseorang terhadap masa iaitu hasil tindak balas apabila menerima ransangan daripada luar. Bagi mengelak kekeliruan dan mendapatkan keputusan yang tepat terhadap sesuatu komponen kecergasan yang hendak diuji maka satu peralatan khusus yang dapat mengukur tahap ketangkasan seseorang individu perlu diperolehi. Namum, pada masa kini masih belum terdapat peralatan khusus bagi mengukur tahap ketangkasan. Pengguna terpaksa menggunakan kaedah manual ujian ketangkasan yang menyebabkan banyak ralat semasa proses pengukuran ketangkasan dilakukan. Bagi mengatasi masalah ini, satu peralatan berteknologi harus direka untuk mengukur tahap ketangkasan dengan tepat dan jitu tanpa sebarang ralat yang boleh menjejaskan keputusan ujian. Penggunaan tenaga manusia yang ramai dan pengawasan yang teliti harus dilakukan sekiranya melakukan ujian ketangkasan secara manual untuk mengelakkan ralat yang besar terhasil. Ini boleh menjejaskan keputusan ujian disamping penggunaan ruang yang luas. Penggunaan instrumen ini juga dapat mengelakkan ralat dan penipuan semasa ujian ketangkasan dilaksanakan kerana pengesan yang diletakkan pada garisan instrumen boleh mengesan sebarang penipuan yang dilakukan oleh pengguna. 1.4 Objektif Kajian Pada masa kini, penggunaan peralatan berelektronik dan berteknologi adalah satu elemen penting dalam kehidupan untuk memudahkan urusan seharian. Oleh itu, objektif kajian ini bertujuan untuk : 1.4.1 Membangunkan instrumen ujian ketangkasan puzzle heksagon yang akan direka cipta oleh penyelidik.

8 1.4.2 Menilai tahap kebolehpercayaan dan kesahan instrumen ujian puzzle heksagon elektronik dalam menguji tahap ketangkasan seseorang individu. 1.4.3 Menilai keupayaan dan keberkesanan instrumen dalam mengukur tahap ketangkasan dikalangan atlit-atlit sukan raket dan membandingkan tahap ketangkasan bagi 3 jenis sukan raket iaitu tenis, badminton dan squash. 1.4.4 Mengenalpasti potensi instrumen untuk dipasarkan bagi kegunaan umum sebagai satu peralatan ujian kecergasan 1.5 Persoalan Kajian 1.5.1 Adakah instrumen ujian puzzle heksagon elektronik mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi dalam menguji tahap ketangkasan seseorang individu? 1.5.2 Adakah instrumen ini berkesan dan mampu mengukur tahap ketangkasan dikalangan atlit-atlit sukan raket sukan raket dan membandingkan tahap ketangkasan bagi 3 jenis sukan raket iaitu tenis, badminton dan squash? 1.5.3 Adakah instrumen ini berpontensi untuk dipasarkan bagi kegunaan umum sebagai satu peralatan ujian kecergasan?