FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

Faculty Of Information and Communication Technology

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

"66O "8 '

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

NOORHASNI BINTI HASAN

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

Transcription:

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. MEI 2008

iii DEDIKASI Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurnianya maka kertas laporan ini dapat disiapkan. Teramat istimewa buat ayahanda, SAINI B. KASAH Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya. Kepada bondaku tersayang, SAIMAH BT. MD.RAZI Pengorbanan, sokongan, segala pertolongan dan dorongan yang diberikan sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya. Semoga bonda dipanjangkan usia dan dirahmati Allah selalu hendaknya. Kepada semua saudara-mara dan sahabat handai Terima kasih tidak terhingga di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat yang diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas dengan seadilnya segala budi baik kalian.

iv PENGHARGAAN Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan hidayahnya, saya dapat menyiapkan kajian ini. Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek sarjana muda, Dr. Yahya B. Buntat di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini. Kerjasama daripada tenaga pengajar dan pelatih di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian Johor di sepanjang tempoh pengedaran borang soal selidik amatlah dihargai. Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan dirahmati Allah S.W.T.

v ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi terjadinya masalah ponteng kelas di kalangan pelajar terutamannya di Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN), Pontian. Faktor yang dikaji adalah dari aspek sikap pelajar, tenaga pengajar, rakan sebaya dan prasarana. Kajian dijalankan dengan mengedarkan set soalan kepada para responden yang mengandungi 30 item soalan. Sebanyak 70 sampel daripada tiga jurusan di KKBN, Pontian telah menjadi responden bagi kajian ini. Kebolehpercayaan item soal selidik yang digunakan menunjukkan pada nilai Alpha Cronbach dengan nilai sebanyak 0.940. Analisis diperolehi dari statistik deskriptif dengan mendapatkan peratusan dan kekerapan yang dibuat dengan menggunakan Statistic Package For Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Keputusan menunjukkan bahawa sikap pelajar merupakan faktor utama dalam mempengaruhi masalah ponteng kelas di pusat kemahiran ini. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah ini dan diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat bagi mengatasi masalah ini.

vi ABSTRACT The purpose of this research is to identify the factors that influence class truancy problem among students especially in Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN), Pontian. The factor has been studied from the aspects of student attitude, trainer/ instructor, peer and infrastructure. This research was in the form of a set of questionnaire that has been distributed to respondents which contain of 30 items. A total of 70 samples from three courses at KKBN, Pontian become a respondent for this research. Reliability of the questionnaire used shown that the value of Alpha Cronbach is 0.940. The analysis was obtained from descriptive statistic by getting the percentage and frequency using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 13.0 For Windows. The result shows that attitude of students is the main factors of the class truancy problems. Several suggestions were made to overcome the problems and hopefully it could be a guideline and reference for those who involved.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xi xii xiii xiv BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latarbelakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4. Objektif Kajian 7 1.5. Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.6.1 Pusat kemahiran 8 1.6.2 Pihak Kementerian Belia dan Sukan 8

viii 1.6.3 Tenaga Pengajar 9 1.6.4 Pelajar 9 1.7 Batasan Kajian 9 1.8 Definisi Istilah 10 1.8.1 Faktor 10 1.8.2 Mempengaruhi 10 1.8.3 Masalah 11 1.8.4 Ponteng 11 1.8.5 Pelajar 12 1.8.6 Latihan 12 1.8.7 Kemahiran 12 1.8.8 Kolej Kemahiran Belia Nasional 13 BAB 2 SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 14 2.2 Faktor Dalaman 15 2.2.1 Sikap Pelatih 15 2.3 Faktor Luaran 18 2.3.1 Rakan Sebaya 18 2.3.2 Tenaga pengajar 20 2.3.3 Prasarana 23 2.4 Kajian dan penulisan yang berkaitan 25 2.4.1 Dalam Negara 25 2.4.2 Luar Negara 25 2.5 Carta alir Prosedur Tatatertib KKBN 27 2.6 Kesalahan dan Hukuman 28

viii BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 29 3.3 Tempat Kajian 30 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 30 3.5 Kajian Rintis 31 3.6 Instrumen Kajian 32 3.7 Prosedur Kajian 34 3.8 Kaedah Pengumpulan Data 35 3.8.1 Pengumpulan data Primer 35 3.9 Kaedah Penganalisaan Data 36 3.10 Kesahan Kandungan Soal Selidik 38 3.11 Kesimpulan 39 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 39 4.2 Analisis Bahagian A 40 4.2.1 Bangsa 41 4.2.2 Jantina 41 4.2.3 Kursus 42 4.3 Analisis Bahagian B 42 4.3.1 Analisis Aspek Sikap 43 4.3.2 Rumusan Aspek Sikap 45 4.3.3 Analisis Aspek Rakan Sebaya 46 4.3.4 Rumusan Aspek Rakan Sebaya 48 4.3.5 Analisis Aspek Tenaga Pengajar 49 4.3.6 Rumusan Aspek Tenaga Pengajar 51

ix 4.3.7 Analisis Aspek Prasarana 52 4.3.8 Rumusan Aspek Prasarana 53 4.4 Kesimpulan 54 BAB 5 RUMUSAN,PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 55 5.2 Rumusan 57 5.2.1 Aspek Sikap 57 5.2.2 Aspek Rakan Sebaya 57 5.2.3 Aspek Tenaga Pengajar 57 5.2.4 Aspek Prasarana 57 5.3 Perbincangan 58 5.4 Cadangan Kajian 65 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67 5.6 Penutup 68 RUJUKAN 69 LAMPIRAN 73

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Kesalahan dan Hukuman 28 3.1 Pekali Alpha Cronbach 32 3.2 Instrumen Kajian 33 3.3 Peringkat perskalaan 36 3.5 Kod penganalisian 37 4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa 41 4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 41 4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut kursus 42 4.4 Kekerapan dan peratusan responden dari aspek sikap yang mempengaruhi masalah ponteng kelas di KKBN, Pontian. 43 4.5 Kekerapan dan peratusan responden dari aspek rakan sebaya yang mempengaruhi masalah ponteng kelas di KKBN,Pontian 46 4.6 Kekerapan dan peratusan responden dari aspek tenaga pengajar yang mempengaruhi masalah ponteng kelas di KKBN, Pontian 49 4.7 Kekerapan dan peratusan responden dari aspek prasarana yang mempengaruhi masalah ponteng kelas di KKBN, Pontian 52

xii SENARAI RAJAH NO. TAJUK MUKA SURAT 2.5 Carta Alir Prosedur Tindakan Tatatertib 27 Pelajar IKBN/IKTBN/KKBN

xiii SENARAI SINGKATAN SINGKATAN KETERANGAN KKBN Kolej Kemahiran Belia Nasional MKM Mekanik Kenderaan Motor PPU Penyejukbekuan dan Penyaman Udara PBB Penyelia Binaan Bangunan SPSS Statistical Package of Social Science.

xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK A B C D E Surat Pengesahan Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian. Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Rekod Pelatih Ponteng Pengesahan Soal Selidik Soal Selidik

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Gejala ponteng merupakan perbuatan yang menyalahi peraturan dan menimbulkan kebimbangan kepada pelbagai pihak. Gejala ini sering melanda pelajar di pelbagai peringkat sama ada di peringkat sekolah mahupun peringkat yang lebih tinggi seperti di universiti dan pusat-pusat kemahiran. Di pusat kemahiran para pelajar sering melakukan ponteng ketika melakukan kerja-kerja amali di bengkel. Gejala ponteng ini mungkin berlaku disebabkan pelajar masih terbawa-bawa dengan tabiat ponteng semasa di sekolah lagi. Perlakuan seperti ini sebenarnya banyak mendatangkan masalah kepada pihak pengurusan pusat kemahiran tersebut. Ini adalah kerana pusat kemahiran adalah tempat bagi para pelajar menyambung pengajian mereka dalam bidang kemahiran. Pusat-pusat kemahiran juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan sekolah iaitu tempat penyebaran ilmu pengetahuan secara formal dan sistematik disamping membentuk, mendidik dan melatih diri seseorang pelajar agar menjadi insan yang berilmu dan berperibadi mulia.

2 Atan Long (1988) menyatakan peranan guru adalah amat penting bagi menimbulkan minat pelajar terhadap pengajarannya dan mengelakkan kejadian ponteng berlaku. Ini adalah kerana bilangan pelajar yang mempunyai minat untuk belajar secara semulajadi amat sedikit, jadi gurulah yang berperanan untuk menyuburkan minat mereka. Menurut Kamaruddin (1996) pula menyatakan guru atau pensyarah perlu memainkan perananyan dalam menghidupkan suasana pembelajaran yang bermakna di dalam kelas. Dengan ini, pelajar yang berminat dengan pelajarannya dan mesra dengan pensyarahnya jarang sekali melakukan ponteng kuliah. Gejala ponteng agak membimbangkan kita kerana ia akan memberi kesan kepada perkembangan ilmu di kalangan remaja yang mengangap proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah menyekat kebebasan sosial mereka. Dengan melibatkan diri dengan gejala ponteng maka generasi hari ini akan hilang jati diri, tidak terdidik mental dan emosinya, lemah jasmani dan rohaninya dan akibat dari ketandusan ilmu akan menyebabkan mereka mudah terjebak dalam kegiatan yang negatif. Disamping itu para pelajar juga perlu menanamkan minat dan keinginan untuk berjaya. Pelajar perlu rajin menghadirkan diri ke kelas dan bengkel dan menumpukan sepenuhnya perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh tenaga pengajar. Pelajar yang sering menghadirkann diri pada setiap kelas akan mengikuti apa yang disampaikan oleh tenaga pengajar dengan baik. Manakala bagi pelajar yang melakukan ponteng pula sudah tentu mereka akan keciciran dari segi pelajaran. Mereka tidak akan dapat mengaplikasikan pengajaran yang disampaikan pada hari tersebut. Pusat kemahiran bukan sekadar tempat untuk menambah ilmu pengetahuan semata-mata malah ia merupakan sebuah institusi pendidikan dalam masyarakat yang akan membentuk budaya generasi akan datang. Peranan utama pusat kemahiran adalah untuk merealisasikan harapan negara iaitu cita-cita dan matlamat negara bangsa yang telah ditetapkan dalam Wawasan 2020.

3 Menurut Sufean Hussin (1983) tujuan pendidikan di negara ini ialah untuk melahirkan individu, manusia atau rakyat Malaysia yang terdidik dalam pelbagai segi agar mereka matang berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi negara agar hasrat pembangunan masyarakat dari segi fizikal, material dan spiritual dapat dicapai sepenuhnya. Bagi aspek individu, pendidikan adalah untuk membentuk individu yang terdidik dari segi intelek, moral, estetika, emosi dan menggalakkan perkembangan potensi dalam diri pada tahap yang maksimum. Negara memerlukan rakyat yang berakhlak mulia dan berupaya mendukung wawasaan dan aspirasi negara. Malaysia juga ingin menjadi negara yang makmur selaras dengan Wawasan 2020, maka tunjangnya adalah rakyat yang berilmu dan berpendidikan agama. Oleh itu generasi hari ini wajar diberi pendidikan agama dan gejala ponteng yang sedang berlaku kini wajar diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan. 1.2 Latar belakang masalah Ponteng sekolah tidak asing lagi bagi pelajar, guru-guru, ibubapa dan juga masyarakat di sekeliling. Gejala ponteng adalah gejala yang tidak sihat dan sering berlaku di kalangan pelajar terutamanya di sekolah, universiti dan pusat-pusat kemahiran. Walaupun terdapat peraturan dan undang-undang namun gejala ini tetap berlaku. Di pusat kemahiran, tenaga pengajar selalu memberi penekanan kepada para pelajar bahawa mereka perlu menghadiri kelas amali dan teori tidak kurang 90%. Sekiranya peraturan tersebut tidak dipatuhi, pelatih tersebut akan dikenakan tindakan. ( Sumber: Peraturan Tatatertib Pelajar IKBN/IKTBN/KKBN )

4 Walau bagaimanapun masalah ponteng semakin menular di kalangan pelajar di KKBN, Pontian. Mereka tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan malahan mereka terus melakukan ponteng pada hari-hari tertentu. Hal ini diakui oleh tenaga pengajar yang mengajar pelatih-pelatih tersebut. Hampir setiap hari gejala ponteng kelas berlaku di kalangan pelajar di KKBN, Pontian ini. Menurut tenaga pengajar dari unit Mekanik Kenderaan Motor (MKM), En.Hairolizam Asri dalam sesi temubual pada 23 Ogos 2007, menyatakan bahawa gejala ponteng kelas berlaku hampir setiap hari dan kekerapan pelajar tidak hadir ke kelas sangat ketara pada hari Isnin dan Jumaat. ( Sumber: Rekod Kedatangan Pelajar Unit Kenderaan Motor 2007). Merujuk pada Buku Kedatangan harian pelajar didapati pada bulan Mei kehadiran pelajar adalah 100%. Pada bulan Jun kedatangan pelajar menjadi 94% dan menurun pada bulan berikutnya iaitu bulan Julai iaitu 83.3%. Terdapat juga beberapa pelajar yang sering melakukan ponteng ini dan peratus keseluruhan kehadirannya hanya 43% sahaja. ( Sumber: Rekod Kedatangan Pelajar Unit Kenderaan Motor 2007). Antara punca pelajar melakukan ponteng ialah mereka kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di pusat kemahiran tersebut. Berdasarkan pemerhatian, pelajarpelajar yang tidak menghadiri kelas pada waktu yang tepat seperti yang telah ditetapkan. Ada juga diantaranya yang masuk ke kelas selepas waktu pertama sesi pengajaran dan pembelajaran telah pun berlangsung. Terdapat juga pelajar yang pulang lebih awal daripada waktu yang ditetapkan dan hal ini tidak disedari oleh tenaga pengajar.

5 Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Kebanyakannya mereka datang ke pusat latihan sematamata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana hilang minat belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan yang lain. Selain itu, masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar adalah berkaitan dengan kemudahan prasarana. Sebagai contoh, bilangan pelajar yang ramai telah ditempatkan di dalam sebuah bilik kuliah yang sempit dan pelajar akan menjadi kurang selesa untuk belajar. Tambahan pula bilik kuliah tersebut tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik terutamanya apabila alat penghawa dingin berlaku kerosakan. Berdasarkan kajian lepas dan data-data yang diperolehi jelas menunjukkan gejala ini berkembang dengan serius sekali dan berlaku hampir setiap hari. Berdasarkan hal tersebut penyelidik ingin membuat kajian tentang faktor pendorong yang menyumbang kepada timbulnya gejala ponteng ke atas pelajar di KKBN, Pontian. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera, peratus pelatih yang ponteng pasti akan meningkat dan akan mengugat cita-cita pihak kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang berpendidikan tinggi,cerdas dan pintar. Sekaligus masalah ini akan membantutkan kemajuan negara kita. Peranan ibu bapa, pusat kemahiran serta Kementerian Belia dan Sukan amat penting untuk memastikan gejala ini tidak berterusan sehingga menjadi lebih serius.

6 1.3 Penyataan masalah Ponteng berlaku di semua peringkat persekolahan sama ada di kalangan pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Melalui pengalaman pengkaji sendiri dalam menangani masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar, sememangnya terdapat faktor yang menyebabkan pelajar melakukan perbuatan salah laku ponteng di sekolah. Sama ada ponteng kelas, ponteng menghadiri kelas luar bilik darjah atau ponteng sekolah. Lee (1992), mendapati pelajar sendiri yang menjadi punca perlakuan salahlaku di sekolah. Kajiannya menunjukkan bahawa pelajar yang melanggar disiplin sekolah terdiri daripada pelajar yang tidak mempunyai minat untuk belajar, kurang motivasi, malas serta kurang daya tumpuan terhadap pengajaran guru. Kebanyakkan mereka mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Pelajar begini tidak sedar bahawa menghadirkan diri ke sekolah itu penting dan mereka tidak akan mempedulikan disiplin yang telah ditetapkan. Menurut Mustaza (1994), yang telah mengeluarkan kenyataan berhubung dengan kes ponteng dengan merujuk kepada pendorong berlakunya situasi ini adalah kerana sesi pembelajaran yang dikatakan membosankan. Beliau turut menyatakan bahawa guru yang tidak kreatif adalah penyebab utama masalah ponteng terjadi. Berdasarkan maklumat di atas, pengkaji ingin menjalankan satu kajian untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pelatih-pelatih di KKBN, Pontian melakukan ponteng.

7 1.4 Objektif penyelidikan / tujuan penyelidikan a. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah ponteng kelas di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian dari aspek sikap pelajar. b. Mengenal pasti faktor faktor yang mempengaruhi masalah ponteng kelas di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian dari aspek tenaga pengajar. c. Mengenal pasti faktor faktor yang mempengaruhi masalah ponteng kelas di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian dari aspek rakan sebaya. d. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah ponteng kelas di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian dari aspek prasarana. 1.5 Persoalan kajian a) Adakah faktor sikap pelajar mempengaruhi salahlaku ponteng di kalangan pelatih di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian? b) Adakah faktor tenaga pengajar mempengaruhi salahlaku ponteng di kalangan pelatih di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian? c) Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi salahlaku ponteng di kalangan pelatih di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian? d) Adakah faktor prasarana sekolah mempengaruhi salahlaku ponteng di kalangan pelatih di Kolej Kemahiran Belia Nasional,Pontian?

8 1.6 Kepentingan kajian Kajian ini dijalankan bagi melihat apakah faktor-faktor yang mendorong pelajar di KKBN ini melakukan ponteng. Adalah diharapkan hasil kajian ini dapa memberi garis panduan kepada tenaga pengajar di kolej ini dan beberapa pihak lain seperti Kementerian Belia dan Sukan, anggota masyarakat dan individu agar dapat menyusun strategi dan merancang langkah-langkah yang berkesan dalam usaha menangani gejala ini. Berikut adalah pihak yang berkepentingan dalam menangani masaalah ini. 1.6.1 Pusat kemahiran Kajian yang di jalankan ini boleh di jadikan panduan kepada pihak institut atau pusat kemahiran untuk menambahbaik proses pembelajaran kemahiran untuk menarik perhatian serta minat pelajar untuk menceburi bidang kemahiran yang disediakan. Disamping itu, pihak pentadbiran institusi juga mungkin boleh mencari penyelesaian untuk masalah ponteng yang dialami di kebanyakan institusi. 1.6.2 Pihak Kementerian Belia dan Sukan Membantu pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk memantapkan aktivitiaktiviti belia di samping meningkatkan mutu perkhidmatan latihan. Selain itu, hasil dapatan ini juga akan mencadangkan aktiviti yang sesuai untuk menarik minat belia mengikuti latihan kemahiran dan mengelakkan mereka dari melakukan gejala ponteng yang tidak sihat ini.

9 1.6.3 Tenaga Pengajar Melalui kajian ini juga dapat menyedarkan kepada pengajar-pengajar di pusat kemahiran. Melalui dapatan kajian ini nanti, pengajar seharusnya dapat mencari pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Pangajar juga poleh mencari alternatif yang sesuai seiring dengan kemampuan pelajar untuk menerima pelajaran agar minat untuk belajar dalam diri para pelatih dapat dipupuk sekaligus mengurangkan berlakunya ponteng kelas. 1.6.4 Pelajar Para pelajar perlu sedar bahawa aktiviti ponteng yang mereka lakukan tidak mempunyai manfaat malahan mengganggu proses pembelajaran berlangsung. Pelajar di sini perlu mengambil tindakan yang bijak agar tidak tercicir di dalam pembelajaran dan mereka dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang. 1.7 Batasan Kajian Kajian ini dilakukan terhadap pelajar-pelajar di KKBN di daerah Pontian. Kajian ini hanya membataskan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar melakukan ponteng iaitu faktor dari rakan sebaya, sikap pelajar, tenaga pengajar dan prasarana. Responden yang dipilih adalah di kalangan pelatih yang mempunyai masalah dalam peratusan kehadiran mereka berdasarkan dari rekod kedatangan sekolah. Kriteria mengenalpasti responden adalah melalui penelitian terhadap rekod kedatangan pelatih pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran. Rekod yang menunjukkan pelajar itu tidak menghadirkan diri ke kelas kurang dari 90% sepanjang sesi persekolahan penggal

10 pertama dari bulan Januari hingga Mei 2007. Oleh yang demikian hasil daripada kajian ini, faktor yang menyebabkan masalah ponteng dapat dikenalpasti. Di cadangkan bahawa masalah ini perlu diberi perhatian dengan membuat kajian susulan oleh pihak yang berkenaan. 1.8 Definisi Istilah Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah-istilah yang digunakan secara khusus dan mempunyai pengertian yang tersendiri. Definasi yang dibuat adalah untuk memudahkan pembaca memahami istilah tersebut dengan lebih jelas setiap isu yang dibincangkan di sini. 1.8.1 Faktor Menurut Lacey(1970), faktor didefinisikan sebagai sesuatu yang secara aktif menyumbang kepada pencapaian, keputusan atau proses. Sesuatu peristiwa, perihal, pengaruh atau elemen yang memainkan sebahagian peranannya untuk menyumbang kepada suatu keputusan. 1.8.2 Mempengaruhi Dalam Kamus English yang diadaptasi daripada WordNet Universiti Princeton (2003), mendefinisikan mempengaruhi sebagai menyebabkan sesuatu tanpa usaha yang jelas atau secara langsung. Suatu kuasa yang boleh memberi kesan kepada seseorang atau peristiwa terutamanya kuasa yang berpengaruh.

11 1.8.3 Masalah Menurut kamus Dewan Edisi ketiga (2000) mendefinisikan sesuatu yang memerlukan penyelesaian. Perkara atau keaadaan yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan. Menurut Ralph M.Barnes (1949) mendefinisikan masalah sebagai perbezaan di antara persepsi (sensor) dan kehendak (tujuan) tentang keadaan sesuatu yang diperhatikan oleh entiti yang mengalaminya. 1.8.4 Ponteng Mohd Yusri (2000) mengatakan ponteng bermaksud tidak datang ke sekolah tanpa sebarang sebab yang boleh di percayai tanpa keizinan keluarga atau guru. Dalam kajian ini, ponteng bermaksud gagal hadir ke sekolah untuk menyertai aktiviti rakan sebaya di sekolah samaada di dalam atau di luar sekolah. Mengikut Nasarudin (1997) ponteng kelas didefinisakan murid, pelajar atau pelatih mmpunyai sebab-sebab tertentu untuk keluar dari tempat mnuntut ilmu tanpa keizinan pihak yang berkenaan. Biasanya mereka menghadiri pada waktu pelajaran yang tertentu sahaja dalam satu hari. Mereka tidak menghadiri bagi sesuatu matapelajaran kerana bosan, tidak gemar cara pengajaran guru, ada daya tarikan yang istimewa di luar atau pengaruh dari orang lain.

12 Mengikut Ismail (1983) ponteng kelas adalah masalah disiplin yang dianggap sebagai penyakit berjangkit. Ponteng kelas atau tuang kelas adalah tindakan pelajar yang tidak mengikuti pelajaran pada waktu yang seharusnyan pelajar itu wajib mengikutinya di dalam bilik darjah. Biasanya, masalah ini berlaku apabila pengajaran guru tidak menarik ataupun susah hendak memahami sesuatu pelajaran. Apabila mereka bosan hendak mengikuti pelajaran itu, mereka akan keluar dari bilik darjah dan merayau-rayau di sekitar sekolah ataupun menyembunyikan diri di sesuatu tempat. 1.8.5 Pelajar Menurut Peraturan Tatatertib Pelajar IKBN,KKBN dan IKTBN mendefinisikan pelajar sebagai individu yang menerima pelajaran, pengajaran dan latihan di sesuatu institut. 1.8.6 Latihan Kamus Oxford (1997) mendefinasikan latihan sebagai aktiviti mempraktikkan, membuat ulangan aktiviti untuk meningkatkan kepandaian dan kemahiran. Dalam kajian ini, latihan adalah pembelajaran atau didikan yang untuk memahirkan individu dengan jurusan yang dipilih di KKBN Pontian.

13 1.8.7 Kemahiran Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (2000) kemahiran adalah keupayaan untuk melakukan sesuatu dengan baik dan sempurna melalui latihan dan pengalaman. Dalam kajian ini, kemahiran merujuk kepada pelbagai aktiviti berbentuk kerja tangan atau pembentukan individu yang dipelajari di pelbagai jurusan di KKBN Pontian ini. 1.8.8 Kolej Kemahiran Belia Nasional Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) atau sebelum ini dikenali sebagai Institut Kemahiran Belia Nasional (IKBN) merupakan sebuah pusat latihan kemahiran yang diselia di bawah Kementerian Belia dan Sukan. KKBN/IKBN bertanggungjawab untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir di dalam pelbagai sektor di industri.