PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

"66O "8 '

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

NOORHASNI BINTI HASAN

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Nur Hakimah Binti Md Sallehuddin (No. K.P/Pasport: )

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

Transcription:

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ii Saya mengesahkan bahawa saya telah membaca tesis ini dan saya berpendapat tesis ini mencukupi ciri-ciri dalam konteks skop dan kualiti bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia). Tandatangan :.. Nama Penyelia : PM Dr. Mohd. Yusof Arshad Tarikh :...

iii PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI Tesis dihantar sebagai memenuhi salah satu syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Mei 2009

iv Saya mengesahkan bahawa tesis saya yang bertajuk persepsi pelajar terhadap saintis dan kefahaman pelajar dalam sains (sekolah menengah) adalah hasil kajian saya sendiri kecuali petikan yang diambil seperti yang dicatat dalam rujukan. Belum ada sesiapa yang membuat tesis dalam tajuk seperti ini sama ada untuk ijazah sarjana muda atau ijazah lain. Tandatangan : Nama : GHANDISWARI A/P PANIANDI Tarikh :

v Penghargaan Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada P.M.Dr.Yusof Arshad, selaku penyelia projek sarjana muda, yang begitu dedikasi dan bersungguh-sungguh membantu, memberi tunjuk ajar dan membimbing sepanjang masa dalam menyiapkan kerja ilmiah ini. Kesanggupan beliau meluangkan masa yang amat bernilai dan memberi cetusan idea yang bernas telah menguatkan azam saya untuk menyempurnakan projek sarjana muda ini dengan lebih baik dan bermutu. Ucapan terima kasih juga ditunjukkan kepada pengetua, guru-guru, pelajar-pelajar sekolah di daerah Skudai, Johor Bahru serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh kajian dijalankan. Tidak lupa juga kepada panel pemeriksa dan teman-teman seperjuangan di Universiti Teknologi Malaysia atas galakan, bimbingan dan nasihat yang diberikan dalam menyempurnakan kerja ilmiah ini. Akhir sekali, ribuan terima kasih ditujukan kepada ahli-ahli keluarga yang kasihi yang sentiasa memberi motivasi dan semangat serta mendoakan kejayaan saya. Semoga segala jasa baik yang dilakukan akan mendapat balasan yang setimpal daripada Tuhan.

vi ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar sekolah menengah terhadap imej saintis dan kefahaman mereka dalam sains. Sampel bagi kajian ini adalah 150 pelajar tingkatan 2 dan 4 di sekolah sekitar daerah Skudai, Johor Bahru. Instrumen yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah melalui soal selidik yang diedar kepada para pelajar untuk dijawab dalam masa empat puluh minit. Instrumen Draw a Scientist Test di guna bagi mengkaji persepsi terhadap imej saintis dan soalan berbentuk likert bagi menguji kefahaman dalam sains. Data diperoses menggunakan perisian SPSS dan Microsoft Excel. Mengikut keputusan yang diperolehi daripada kajian adalah walaupun imej terhadap saintis masih stereotaip tetapi tidak tidak terlalu negatif seperti yang dilaporkan dahulu. Ia telah mengalami perubahan. Manakala kefahaman pelajar dalam sains adalah pada takat sederhana secara keseluruhan dan pelajar mempunyai minat yang mendalam dalam memperolehi ilmu sains.

vii ABSTRACT The purpose of this study was to investigate perception of secondary school students towards image of scientist and their understanding in science. Sample for this study are 150 students from form 2 and form 4 in schools around Skudai, Johor Bahru. The instrument used in this research was a set of questionnaire and students were asked to answer in forty minutes. Instrument A Draw a Scientists Test was used to investigate students perception towards scientist, and Likert scale questions was used to test students understanding in science. The data was analysed using SPSS software and Microsoft Excel. According to the finding obtained in the research, even though image of a scientist is still stereotype but it is not very negative as previous reported. The image has undergone changes. While the students understanding in science is at the moderate level overall and students have deep interest in acquiring science knowledge.

viii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PERAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI GRAF SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii viii xi xii xiii 1 PENGENALAN 1 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Masalah 3 1.2 Pernyataan Masalah 5 1.3 Objektif 5 1.4 Persoalan Kajian 6 1.5 Kepentingan Kajian 6 1.6 Skop kajian 7 1.7 Batasan Kajian 7 1.8 Definisi Istilah 8

ix 2 SOROTAN KAJIAN 10 Pengenalan 10 2.1 Imej Stereotaip Terhadap Saintis 10 2.2 Kefahaman Masyarakat Dalam Sains 11 3 METEDOLOGI KAJIAN 14 Pengenalan 14 3.1 Reka Bentuk Kajian 14 3.2 Populasi dan Sampel Kajian 15 3.2.1 Latar Belakang Sampel 15 3.3. Tatacara Kajian 18 3.4 Instrumen Kajian 19 3.5 Kaedah Analisis Data 19 3.6 Kajian Rintis 20 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 21 Pengenalan 21 4.1 Persepsi Terhadap Imej Saintis 21 4.1.1 Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Imej Saintis Secara Keseluruhan 22 4.1.2 Persepsi Terhadap Imej Saintis Antara Pelajar Perempuan Tingkatan 2 dan 4 24 4.1.3 Persepsi Terhadap Imej Saintis Antara Pelajar Lelaki Tingkatan 2 dan 4 25 4.2 Kefahaman Pelajar Dalam Sains 27 4.2.1 Minat Pelajar Dalam Mengikuti Beberapa Jenis Bidang Isu Semasa di Media Massa 28 4.2.2 Pengetahuan Pelajar Dalam Mengikuti Beberapa Jenis Isu Semasa di Media Massa 30 4.2.3 Tempat Kegemaran Pelajar Mendapat Sumber Maklumat Sains 31 4.2.4 Persepsi Pelajar Terhadap Sains 33 4.2.5 Kefahaman Pelajar Tingkatan 2 dan 4 Dalam Aspek Bidang Perubatan 37

x 4.2.6 Kefahaman Pelajar Tingkatan 2 dan 4 Dalam Aspek Bidang Sains Fizikal 43 4.2.7 Kefahaman Pelajar Tingkatan 2 dan 4 Dalam Aspek Bidang Sains Biologikal 46 4.3 Kesimpulan 50 5 RUMUSAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN KAJIAN LANJUTAN 51 Pengenalan 51 5.1 Rumusan 51 5.2 Implikasi Kajian 52 5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 53 5.4 Penutup 53 RUJUKAN 54 LAMPIRAN 57-71

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan sample mengikut jantina 15 3.2 Taburan sampel mengikut bangsa 16 3.3 Taburan sampel mengikut agama 16 3.4 Taburan sampel mengikut tingkatan 17 3.5 Taburan sampel mengikut tempat tinggal 17 3.6 Taburan sampel mengikut gred pencapaian dalam mata pelajaran Sains 17 3.7 Jadual penentu tahap kefahaman pelajar dalam Sains 20 4.1 Maklumbalas pelajar terhadap imej saintis 22 4.2 Taburan persepsi pelajar terhadap Sains 34 4.3 Taburan kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam aspek bidang Perubatan 38 4.4 Taburan kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam aspek bidang Sains Fizikal 43 4.5 Taburan kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam aspek bidang Sains Biologikal 47

xii SENARAI GRAF NO GRAF TAJUK MUKA SURAT 4.1 Perbandingan antara pelajar perempuan tingkatan 2 dan 4 terhadap imej saintis 24 4.2 Perbandingan antara pelajar lelaki tingkatan 2 dan 4 terhadap imej saintis 26 4.3 Taburan minat pelajar dalam mengikuti beberapa jenis Bidang isu semasa di media massa 28 4.4 Taburan tahap pengetahuan pelajar dalam mengikuti beberapa jenis isu semasa di media massa 30 4.5 Taburan tempat kegemaran pelajar mendapat sumber maklumat Sains di mana media sebagai saluran maklumat 32 4.6 Taburan kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam Bidang Perubatan 42 4.7 Taburan kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam Bidang Sains Fizikal 46 4.8 Taburan kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam Bidang Sains Biologikal 49

xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 57 B Surat kebenaran mendapat kelulusan daripada EPRD (KPM) 69 C Surat kebenaran mandapat kelulusan daripada JPN (Johor) 71

BAB 1 PENGENALAN Pengenalan Bagi masyarakat, sains biasanya merujuk kepada satu bidang aktiviti yang sangat luas. Sains dibahagi kepada dua cabang iaitu sains asas (basic science) dan sains gunaan (applied science). Sains asas merujuk kepada ciri di mana saintis mencari dan menimba pengetahuan untuk kepentingan diri sendiri manakala sains gunaan adalah di mana saintis meneroka atau mencari penyelesaian bagi masalahmasalah yang timbul. Definisi bagi sains dalam skop yang luas merangkumi kumpulan para pengkaji teknologi yang membangunkan serta mereka bentuk produkproduk baru bagi kemajuan sains dan teknologi dengan pengetahuan asas (Weigold, 2001). Pada tahun 1986, Friedman, Dunwoody dan Rogers telah memberi definisi bagi perkataan sains dalam skop yang luas. Mengikut mereka, sains merujuk kepada kehidupan, biologi, sains fizik, sains persekitaran, teknologi dan kejuruteraan. Apabila dikata penulisan sains ia termasuk skop di atas dan juga aspek lain seperti politik, ekonomi serta aspek sosial dalam sains. Memandangkan sains ada dalam hampir kesemua bidang, adalah patut untuk kita mempunyai pengetahuan sains. Barulah kita dapat memahami proses sains yang berlaku di sekitar kita. Aspek ini telah diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan di mana tumpuan diberi kepada pembangunan human capital iaitu modal insan khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Pendidikan telah diberi

2 keutamaan paling tinggi untuk melahirkan tenaga kerja yang bersantifik dalam rancangan tersebut. Selain itu, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dalam satu ucapan pembukaan symposium di Dewan Sa adah Wisma Muis di Kota Kinabalu, Sabah pada 14hb Ogos 2008 ada menegaskan hal ini. Beliau mengatakan bahawa untuk mencapai Wawasan 2020 kita harus meningkatkan tahap sains dan teknologi untuk berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Bagi mencapai tahap tersebut Malaysia harus berusaha keras bagi membentuk sebuah masyarakat cerdik sains. Masyarakat tersebut bukan sahaja boleh memahami pengetahuan saintifik tetapi juga berkebolehan menukar pengetahuan sains mereka kepada kegunaan praktikal dalam kehidupan seharian. Proses pembentukkan masyarakat berpendidikan sains sudah semestinya bermula di sekolah. Ini kerana di situlah tempat pendidikan formal bermula bagi setiap orang. Sebarang maklumat tentang sains dan imej saintis dikumpul oleh kanakkanak sejak kecil lagi mempengaruhi persepsi mereka terhadap saintis (McAdam, 1990). Seterusnya ini akan memberi kesan kepada kelakuan mereka terhadap sains dan saintis dan minat mereka dalam kursus serta pekerjaan yang berkaitan sains kelak. Oleh yang demikian, pengetahuan saintifik dan persepsi terhadap saintis saling berkait antara satu sama lain. Jika imej yang dibentuk oleh pelajar terhadap saintis adalah negatif maka minat mereka untuk belajar dan menimba ilmu pengetahuan sains akan terjejas. Pada zaman kini pekerjaan saintis diceburi oleh lelaki dan juga wanita. Ia bukan satu pekerjaan yang dimonopoli oleh golongan lelaki sahaja. Tugas saintis adalah untuk meneroka alam semula jadi dan menemui prinsip-prinsip asas. Saintis juga ada ketikanya melakukan kerja-kerja kejuruteraan dalam melakukan pegubahsuaian radas eksperimen. Oleh yang demikian sering kali berlaku kekeliruan antara tugas saintis dan jurutera.

3 Kajian ini akan meninjau persepsi yang dimiliki oleh pelajar terhadap saintis. Adakah mereka memahami bidang atau tugas seorang saintis? Selain itu, pengkaji juga akan meninjau kefahaman konteksual yang dimiliki oleh pelajar dalam aspek sains. 1.1 Latar Belakang Masalah Zaman moden yang serba canggih ini banyak kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh negara. Akan tetapi, kekeliruan tentang imej sesuatu pekerjaan masih berlaku. Ini paling ketara berlaku dalam bidang sains. Saintis bukan sahaja satusatunya kerjaya yang mempunyai masalah imej. Peguam sering kali digambarkan sebagai seorang yang tamak, bermanupulatif dan suka bercakap bohong. Manakala seorang jurutera adalah seseorang yang membina jambatan. Jika ditanya seorang kanak-kanak yang menuntut grade lima dia akan memberitahu yang saintis adalah seorang lelaki yang memakai baju makmal, bekerja bersendirian di makmal, mempunyai perangai yang pelik, dan stail rambut yang serabut (tidak kemas). Imej stereotaip begini bukan sahaja wujud pada kanak-kanak sahaja tetapi juga pada pelajar sekolah menengah, pelajar universiti, orang dewasa dan tidak terlepas juga saintis itu sendiri (McAdam, 1990). Mengikut McAdam (1990), imej negatif terhadap saintis seperti orangnya pelik, rambut yang tidak terurus dan lelaki yang berkot putih adalah sesuatu yang biasa digunakan dalam hampir kesemua buku fiksyen kanak-kanak. Bukan sahaja buku cerita sahaja yang menggunakan imej-imej negatif seperti ini, malangnya dalam rancangan televisyen seperti Beakman s World, Bill Nye the Science Guy, Mr Wizard s World, dan Newton s Apple juga masih berpegang kuat kepada stereotaip saintis sebegini. Di mana watak utamanya adalah selalunya lelaki, berperangai pelik dan antisosial.

4 Tayangan gambar masa kini, tahun 90-an juga masih belum sepenuhnya pulih daripada menggambarkan saintis sebagai imej yang negatif. Mungkin sifat negatifnya telah kurang akan tetapi ia masih digambarkan sebagai seorang yang bersifat pelik dan suka bertindak menentang kerajaan. Antara contoh watak dan tajuk tayangan gambarnya ialah seperti Ellie Arroway dalam Contact yang ditayangkan pada tahun 1997, Ian Malcolm dalam Jurassic Park yang ditayangkan pada tahun 1993 dan John Nash dalam A Beautiful Mind yang ditayangkan pada tahun 2001 (Frayling, 2005). Walaupun dunia menuju ke arah kemajuan, masyarakat masih dibelenggu dengan imej streotaip sebegini khususnya terhadap saintis. Imej sebegini mematah semangat seorang pelajar untuk meneruskan pembelajaran atau mengambil sebarang pekerjaan yang berasaskan atau berunsurkan sains. Ini kerana, sains sangat berkait rapat dengan bidang tugas seorang saintis. Akhirnya pelajar kurang mengambil berat tentang aspek sains dalam kehidupan dan juga mempunyai kurang pengetahuan tentang siapa menciptanya atau prinsip sains disebalik sesuatu teknologi. Dalam satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat dan negara Eropah (Science and Engeneering Indicators, 2004) menunjukkan bahawa masyarakat tidak mempunyai pegangan yang kukuh terhadap sesuatu fakta asas sains, konsep sains dan juga kefahaman tentang proses sains yang berlaku. Dalam kajian tersebut juga menyatakan yang masyarakat cerdik sains di Amerika Syarikat dan di negara lain adalah rendah. Kebanyakkan orang tahu yang bumi berputar mengelilingi matahari dan cahaya bergerak lebih pantas berbanding bunyi. Akan tetapi, kurang orang yang mengetahui maksud molekul. Bagi membuktikan keadaan ini satu kuiz untuk menguji pengetahuan sains masyarakat telah dijalankan. Pesertanya adalah orang Amerika dan Eropah. Keduadua kumpulan dikehendaki menjawab 13 soalan. Secara puratanya orang Amerika boleh menjawab 8.2 soalan dengan betul berbanding 7.8 soalan oleh orang Eropah. Kedua-dua kumpukan gagal mendapat markah yang tinggi dalam kuiz tersebut.

5 1.2 Pernyataan Masalah Setiap pekerjaan seperti ahli bomba, doktor, peguam dan lain-lain pekerjaan mempunyai imej yang tersendiri untuk melambangkan jenis tugas yang mereka lakukan. Saintis menghadapi masalah imej yang agak serius. Di mana imej-imej bagi mereka sejak zaman-berzaman tidak mengalami perubahan. Imej yang terbentuk pula adalah berbentuk negatif. Media seperti televisyen, majalah, buku cerita memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk imej tentang sesuatu pekerjaan. Jika imej yang digambarkan adalah negatif maka imej tercatat dalam minda pelajar adalah negatif juga. Tambahan pula imej terhadap saintis oleh orang dewasa juga adalah stereotaip. Jika kedua-dua media dan orang dewasa mempunyai imej yang stereotaip terhadap saintis maka peluang imej saintis yang berstereotaip bentuk di minda pelajar adalah tinggi. Ini menyebabkan pelajar kurang mengambil jurusan sains teras di sekolah dan seterusnya perkerjaan yang berunsur sains. Selain itu, kefahaman sains di kalangan pelajar juga adalah kurang. Mereka mempunyai kurang pengetahuan tentang fakta asas sains, konsep sains dan isitilahisitilah sains. Ini menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam mengikuti berita sains dan mengambil bahagian dalam perbincangan isu-isu yang berkaitan sains. Ini seterusnya akan mengakibatkan ilmu pengetahuan sains di kalangan kurang. 1.3 Objektif Berdasarkan kepada latar belakang masalah, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk: a. Mengkaji persepsi pelajar terhadap imej saintis b. Mengkaji kefahaman pelajar tentang sains

6 1.4 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian, wujud dua persoalan kajian yang utama dan beberapa persolan kecil seperti berikut: a. Apakah persepsi pelajar terhadap imej saintis i) secara keseluruhan ii) bandingan persepsi pelajar perempuan tingkatan 2 dan 4 iii) bandingan persepsi pelajar lelaki tingkatan 2 dan 4 b. Bagaimana kefahaman pelajar tentang sains i) minat pelajar dalam mengetahui beberapa bidang isu dalam media massa ii) pengetahuan pelajar dalam bidang isu tersebut iii) tempat kegemaran pelajar mendapatkan sumber maklumat sains iv) persepsi pelajar terhadap sains v) kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam aspek bidang perubatan vi) kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam aspek bidang sains fizikal vii) kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam aspek bidang sains biologikal 1.5 Kepentingan Kajian Diharapkan kajian ini berguna untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Sains. Antara kepentingan kajian ini adalah: a) Bidang Pendidikan Kajian ini diharap memberi gambaran sebenar tentang tahap pengetahuan sains di kalangan pelajar pada masa kini dan sejauh mana aplikasi sains dalam kehidupan seharian.

7 b) Pihak Guru Hasil kajian ini menjadi panduan kepada guru-guru khususnya guru sains dalam membantu membaiki keadaan mana yang perlu sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga diharap menyedarkan guru-guru mengenai kepentigan kefahaman sains kepada pelajar. c) Pihak Penerbitan Buku Teks Pihak penerbitan buku teks diharapkan dapat menghasilkan buku-buku yang memaparkan sikap positif seorang saintis. Kandungan buku-buku teks yang seiring dengan dunia sebenar tugas seorang saintis yang lebih menjana minda para pelajar. d) Pihak Media Massa Selain itu, kajian ini juga diharap menjadi panduan kepada media massa kerana media massa adalah satu bahan di mana pelajar mendapat pengetahuan tambahan. 1.6 Skop Kajian Kajian ini dijalankan di empat buah sekolah menengah di sekitar daerah Skudai, Johor Baharu. Kajian ini hanya dijalankan ke atas pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4. 1.7 Batasan Kajian Bidang yang dikaji dalam kajian ini adalah terbatas kepada empat buah sekolah yang dipilih sahaja di kawasan Skudai, Johor Baharu dengan mengambil kira pencapaian pelajar.

8 1.8 Definisi Istilah Definisi adalah merujuk kepada istilah-istilah yang sering digunakan dalam kajian ini. Berikut disenaraikan beberapa istilah yang sering digunakan dalam kajian ini berserta definisinya. a) Persepsi Persepsi adalah suatu gambaran atau bayangan dalam hati ataupun fikiran tentang sesuatu perkara atau situasi (Kamus Dewan). Kebiasaanya persepsi diperolehi melalui pandangan menerusi pancaindera. Pancaindera adalah merujuk kepada lima deria manusia iaitu mata (lihat), telinga (dengar), lidah (rasa) hidung (menghidu) dan tangan (sentuh). Dalam psikologi dan sains kognitif, persepsi adalah satu proses untuk mencapai kesedaran atau kefahaman mengenai saraf maklumat. Selain itu, persepsi juga adalah suatu bentuk gambaran diri sendiri. Apa yang seseorang bayangkan adalah gabungan daripada pengalaman lepas, budaya seseorang dan interpretasi dari tanggapan mereka selama ini tentang perkara tersebut (Oxford English Dictionary). b) Saintis Saintis dalam skop yang besar merujuk kepada sesiapa yang melibatkan diri dalam aktiviti yang sistematik bagi memperolehi pengetahuan. Jika kita mengecilkan skop kita, saintis merujuk kepada individu menggunakan kaedah santifik. Individu tersebut mungkin seorang yang pakar dalam satu atau lebih bidang yang berkaitan sains (Oxford English Dictionary).

9 c) Kefahaman Sains Kefahaman berdasarkan kata akar faham bermaksud keupayaan dan kemampuan untuk memahami (Kamus Dewan). Kamus Oxford menyatakan sains sebagai cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam sekitar. Oleh itu, kefahaman sains di sini merujuk kepada kefahaman aspek sains dari segi konteksual iaitu keupayaan dan kemampuan untuk memahami fakta sains.

10 BAB 2 SOROTAN KAJIAN Pendahuluan Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar tentang saintis pada masa kini. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti pelajar dalam mengetahui konsep dan prinsip sains yang dipelajari dengan pengalaman mereka sehari-hari dan kebolehan pelajar menggunakan pengetahuan sains dengan bijaksana bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian mereka. Bagi mengkaji persoalan-persoalan di atas pengkaji akan menyorotkan kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan permasalahan kajian ini. 2.1 Imej Stereotaip Terhadap Saintis Sepanjang dalam jangka waktu 500 tahun, masyarakat mempunyai pelbagai imej stereotaip terhadap saintis. Ada yang mengatakan saintis adalah ahli kimia, penyelidik yang tidak berperikemanusiaan, wira pengembara, ahli ujikaji yang terbiar (tidak ada bantuan) dan orang yang pakar tetapi bodoh. Semua imej stereotaip ini boleh ditemui atau didapati daripada buku-buku fiksyen ternama, tayangan gambar, televisyen dan majalah. Ramai pelajar yang terdedah kepada imej stereotaip sebegini di mana mereka perlahan-lahan membentuk idea sendiri terhadap kerja seorang saintis dan keperibadian seorang saintis. Jika pelajar membentuk imej negatif terhadap saintis, persepsi ini akan menjejaskan motivasi seseorang untuk belajar