TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

Similar documents
A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

"66O "8 '

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

NOORHASNI BINTI HASAN

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

Hakcipta tesis ini adalah milik pengarang dan/atau pemilik hakcipta lain. Salinan boleh dimuat turun untuk kegunaan penyelidikan bukan komersil

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Faculty Of Information and Communication Technology

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

Il\rm\rm~ \ \~r1\

AMALAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4, DI TIGA BUAH SEKOLAH KAWALAN, DAERAH PASIR GUDANG, JOHOR.

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

Transcription:

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains ). Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 2006

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN. SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya, FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengujian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: A-3-3 Taman Nusantara, Jalan Makloom, Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman 10150 Pulau Pinang. Nama Penyelia Tarikh: 14 APRIL 2006 Tarikh: 14 APRIL 2006 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui karya ini adalah hasil kajian saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama Penulis : Faseeha Binti Shaik Ibrahim Tarikh :

PENGESAHAN PENYELIA Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah sarjana Muda Faseeha Binti Shaik Ibrahim. Tandatangan :... Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman Tarikh :

PENGHARGAAN Dimulai dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, laporan penyelidikan ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda. Di kesempatan ini, sukacita saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia saya Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman yang sentiasa melapangkan masa memberi panduan, bantuan, nasihat dan sokongan moral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa kepada pihak sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat sebagai responden kajian saya ini. Buat seisi keluarga, insan-insan istimewa yang sentiasa memberi sumbangan serta sokongan, setulus ikhlas penghargaan yang tiada terhingga saya hulurkan di atas pengorbanan mereka. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada makcikku Nasira Banu Binti Abdul Samad yang meminjamkan laptop disaat yang amat ku memerlukan sehingga berjaya menyiapkan laporan penyelidikan ini. Terima kasih atas pertolongan mu ini. Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya Normahajazrin Suria dan Suryakala kerana sudi memberi bantuan dalam

menyiapkan penyelidikan ini. Dengan bantuan kalian, alhamdulillah penyelidikan ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya menjayakan laporan penyelidikan ini. Semoga segala bantuan, jasa baik dan kerjasama yang kalian hulurkan diberkati oleh Allah S.W.T.

ABSTRAK Kajian secara deskriptif ini adalah untuk mengkaji tahap kefahaman pelajar tingkatan empat tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan. Sebanyak 90 pelajar tingkatan empat yang berasal dari sekolah campuran jantina di daerah Pulau Pinang telah menyertai kajian ini. Kajian ini melibatkan 44 pelajar lelaki dan 46 pelajar perempuan. Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian ini bagi meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh badan dan penyakit, aspek alam sekitar dan tenaga dan aspek tanggungjawab personal dan sosial. Analisis data adalah menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science for windows release 10.0 (SPSS software) skor maksimum, peratus pencapaian dan ujian-t. Tahap kefahaman pelajar dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh badan, penyakit dan aspek alam sekitar dan tenaga berada pada tahap rendah manakala aspek tanggungjawab personal dan sosial berada pada tahap sederhana. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan signifikan tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan di antara jantina lelaki dan perempuan.

ABSTRACT This descriptive study is conducted to examine form four students level of understanding of science concepts and their applications in life. 90 form four students from the mixed school in of Penang are involved in this survey. The respondents consist of 44 male students and 46 female students. Researcher used a questionnaire as the instrument to determine the students level of understanding on science concepts and their applications in life. The aspects being studied are health, food, cleanest, disease, nature, energy, personal liability and social. The data were collected and analyzed using the Statistical Packages For Social Science for windows release 10.0 (SPSS software). Students level of understanding of science concepts were categorized to three groups namely low, medium and high level. It also found aspect health, food, cleanest, disease, nature and energy aspect are at low level however for personal liability and social aspect the level is medium. And then, this survey shows that these is no significant differences in students understanding level of understanding on science concepts in life between the male and female students.

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSRTAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL ii iii iv vi vii viii xiii 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar belakang Masalah 2 1.3 Penyataan Masalah 4 1.4 Objektif Kajian 4 1.5 Persoalan Kajian 5 1.6 Kepentingan Kajian 5 1.7 Batasan Kajian 6 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 Sains 7 1.8.2 Konsep Sains 7 1.8.3 Penggunaan konsep Sains 8 Dalam Kehidupan

2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 9 2.2 Kepentingan Sains 10 2.3 Kurikulum Sains Sekolah Menengah 13 2.4 Tujuan dan Matlamat Pendidikan sains 14 2.5 Konsep 15 2.6 Penggunaan Konsep sains 16 2.7 Konsep Sains Dapat Membantu 19 Pelajar Dalam Kehidupan 2.8 Konsep Sains Membawa Manfaat 19 Dalam Kehidupan Harian 2.9 Konsep Sains Menyelesaikan Masalah 20 2.10 Fungsi Kognitif Mengikut Jantina 22 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 23 3.2 Rekabentuk kajian 23 3.3 Sampel Kajian 24 3.4 Instrumen Kajian. 24 3.4.1 Bahagian A : Latarbelakang Responden. 25 3.4.2 Bahagian B : Soalan Selidik 25 3.5 Prosedur Mengumpul Data 26 3.6 Kajian Rintis 27 3.7 Analisis Data 28

3.7.1 Analisis Tentang Penguasaan 28 Konsep Sains Dalam Kehidupan. 3.7.2 Analisis Tentang Kefahaman 29 Konsep Sains Dalam Kehidupan 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 30 4.2 Analisis Latar Belakang Responden 31 4.3 Tahap Kefahaman Pelajar Tentang Penggunaan 33 Konsep Sains Dalam Kehidupan 4.4 Konsep Awal Responden Tentang Penggunaan 36 Konsep Sains Dalam Kehidupan 4.4.1 Respon Pelajar Bagi Aspek Kesihatan, 36 Pemakanan, Kebersihan, Fungsi Tubuh Badan Dan Penyakit 4.4.2 Respon Pelajar Bagi Aspek Alam Sekitar 38 Dan Tenaga 4.4.3 Respon Pelajar Bagi Aspek 39 Tanggungjawab Personal Dan Sosial 4.5 Perbandingan Tentang Kefahaman Penggunaan 40 Konsep Sains Dalam Kehidupan Dikalangan Pelajar Lelaki Dan Perempuan 4.5.1 Perbandingan Tahap Kefahaman 40 Tentang Penggunaan Konsep Sains Dalam Aspek Kesihatan, Pemakanan,

Kebersihan,Fungsi Tubuh Badan Dan Penyakit 4.5.2 Perbandingan Tahap Kefahaman 41 Tentang Penggunaan Konsep Sains Dalam Aspek Alam Sekitar Dan Tenaga 4.5.3 Perbandingan Tahap Kefahaman Tentang 42 Penggunaan Konsep Sains Dalam Aspek Tanggungjawab Personal Dan Sosial 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 44 5.2.1 Tahap Penguasaan Pelajar 45 Tentang Penggunaan Konsep Sains Dalam Kehidupan 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 45 Aspek Kesihatan, Pemakanan, Kebersihan, Fungsi tubuh Badan Dan Penyakit 5.2.3 Kefaham Pelajar Bagi Aspek 47 Alam Sekitar Dan Tenaga 5.2.4 Kefahaman Pelajar Bagi Aspek 48 Tanggungjawab Personal Dan Sosial 5.2.5 Perbandingan Tentang Kefahaman 49 Penggunaan Konsep Sains Dalam Kehidupan Merentasi Jantina Bagi

Ketiga-Tiga Aspek. 5.3 Kesimpulan 49 5.4 Cadangan Kajian 50 5.4.1 Cadangan Kajian Lanjutan 51 RUJUKAN 52 LAMPIRAN 56

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Cabaran abad ke-21 terhadap hidup masyarakat di Malaysia tidak hanya terhad kepada ekonomi sahaja, malah ia merangkumi peringkat yang lebih asas. Sistem pendidikan adalah merupakan perkara yang paling asas kepada semua faktor yang lain. Seperti mana apa yang telah berlaku lebih daripada tiga puluh tahun dulu, apabila Russia telah berjaya melancar sputnik ke angkasa lepas, maka Amerika Syarikat telah mengubah kurikulum matematik dan sains di sekolah (Bybee, 1997). Kesan perubahan kurikulum di Amerika Syarikat dan Britain juga telah memberikan impak secara langsung kepada Kurikulum Sains di negara jajahan yang belum atau baru sahaja mencapai kemerdekaan seperti negara Malaysia. Oleh yang demikian di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha mengubahsuai sistem pendidikannya untuk menyahut cabaran ini, terutama untuk mencapai matlamat wawasan 2020.

2 Justeru, dengan penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah atau KBSM pada 1988 yang merupakan kesinambungan dari perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dengan sebelas objektif (Huraian Sukatan Pelajaran Sains, 1990). Diantara objektif sains KBSM tingkatan 2 menyebut bahawa diharap pelajar boleh mengkaitkan konsep dan prinsip sains yang dipelajari di sekolah dengan pengalaman sehari-hari dan pelajar dapat menggunakan konsep sains dan kemahiran saintifik secara kreatif dan bijaksana bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian mereka. Pendidikan sains memang diakui dan diterima dalam falsafah dan matlamat pendidikan negara sebagai satu matapelajaran yang progresif. Di samping itu, pendidikan sains juga bertujuan untuk melahirkan individu yang produktif dan dinamik dalam usaha untuk membangun negara dan individu yang berkemampuan memanfaatkan teknologi dan mengaplikasikan konsep sains dalam kehidupan supaya melahirkan insan yang bertanggungjawab mengurus alam dan sumbernya demi mencapai kesejahteraan dan keharmonian alam. 1.2 Latar Belakang Masalah Diketahui pendidikan sains pada masa kini mempunyai dua matlamat utama. Matlamat pertama ialah untuk menghasilkan sainstis, pekerja mahir dalam bidang teknikal dan yang keduanya untuk melahirkan ahli-ahli masyarakat yang literat sains. Tujuan matlamat pertama ialah untuk memenuhi permintaan negara bagi menghasilkan ahli-ahli sains dan profesional yang mempunyai kepakaran sains.

3 Manakala matlamat kedua pula bertujuan untuk menyediakan masyarakat yang literat dalam sains dan akan memperolehi faedah peribadi dan sosial dari penggunaan sains. Menyedari hakikat ini ahli-ahli pendidikan sains di seluruh dunia telah terlibat dalam Refomasi Pendidikan Sains 1980an yang berkonsepkan Sains Untuk Semua. Cadangan untuk perubahan dalam kurikulum sains yang disarankan ialah memberi penekanan kepada pengetahuan sains yang berkaitan dengan kehidupan iaitu konsep sains yang kontekstual (Seth, 2000). KBSM yang dimulakan secara menyeluruh di sekolah menengah pada 1989 yang lalu adalah kesinambungan dari peringkat KBSR dari segi kandungan, objektif, cara pembelajaran dan kemahiran yang lain tidak jauh berbeza dengan pengajian sekolah rendah. Sains KBSM telah mengariskan objektifnya tersendiri. Di antara objektifobjektif tersebut ialah kebolehan pelajar mengaitkan konsep dan prinsip sains yang dipelajari dengan pengalaman sehari-hari dan menggunakan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kreatif dan bijaksana bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Oleh kerana sistem pendidikan Malaysia tidak boleh dielakkan dengan budaya peperiksaan yang masih dikekalkan sehingga sekarang ( Mohd Salleh Lebar, 1996) maka aktiviti-aktiviti pembelajaran untuk mencapai objektif-objektif di atas terjejas. Di mana pelajar-pelajar lebih menekankan kepada kejayaan mereka dalam peperiksaan daripada memerah otak untuk menyelesaikan masalah harian mereka. Keadaan ini lebih ketara jika strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang disaran oleh Sains KBSM diabaikan. Walaupun demikian usaha untuk menilai keberkesanan kurikulum sains yang telah dilaksanakan tidak begitu menyeluruh diseluruh dunia. Kajian ini merupakan satu usaha untuk

4 meninjau tahap konsep sains dan penggunaannya dalam kehidupan di kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia. 1.3 Penyataan Masaalah Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam mengaitkan konsep sains yang dipelajari dalam kehidupan dan kebolehan pelajarpelajar tersebut menggunakan konsep sains secara kreatif dan bijaksana bagi menyelesaikan masalah-masalah dalam kehidupan seharian mereka sebagai mana tercatat dalam objektif kurikulum sains KBSM. 1.4 Objektif Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk : i) Mengenalpasti tahap penguasaan pelajar tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan. ii) Mengenalpasti kefahaman konsep sains dalam kehidupan. iii) Menentukan jika ada perbezaan yang signifikan tentang kefahaman penggunaan konsep sains dalam kehidupan merentasi jantina.

5 1.5 Persoalan Kajian Di dalam kajian ini, secara khususnya persoalan yang hendak diselidiki ialah : i) Apakah tahap penguasaan pelajar tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan. ii) Adakah pelajar faham tentang konsep sains yang ada kaitan dengan kehidupan. iii) Adakah wujud perbezaan yang signifikan tentang kefahaman penggunaan konsep sains dalam kehidupan dikalangan pelajar lelaki dan perempuan.