PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

"66O "8 '

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Hakcipta tesis ini adalah milik pengarang dan/atau pemilik hakcipta lain. Salinan boleh dimuat turun untuk kegunaan penyelidikan bukan komersil

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

NOORHASNI BINTI HASAN

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

Transcription:

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU GO SEOW ANN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya GO SEOW ANN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 1740, KAMPUNG MATA AYER, 16600 PULAI CHONDONG, TN. HJ. MOHD. ANUAR BIN ABDUL RAHMAN KELANTAN. Nama Penyelia Tarikh: 9 MAC 2004 Tarikh: 9 MAC 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGESAHAN PENYELIA Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Tandatangan : Nama Penyelia : Tn. Hj. Mohd. Anuar Bin Abdul Rahman Tarikh : 9 Mac 2004

i PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU GO SEOW ANN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004

ii PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : Nama Penulis : Go Seow Ann Tarikh : 9 Mac 2004

iii DEDIKASI Untuk ayah dan ibu tersayang, Go Bon Thong dan Kua Kim Foo Abang yang dikasihi, Go Seow Peng dan Adik yang dikasihi, Go Whyei Ling, Go Seow Shen, Go Seow Ming, Serta Sahabat seperjuangan Terima Kasih segala dorongan dan nasihat yang sentiasa kalian berikan.

iv PENGHARGAAN Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih serta sekalung penghargaan buat pembimbing projek sarjana muda saya iaitu Tn. Hj. Mohd. Anuar Bin Abdul Rahman atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang diberikan kepada saya sepanjang tempoh penyelidikan projek ini dan membolehkan saya menyiapkan projek ini dengan jayanya. Kajian ini tidak dapat dilaksanakan dengan sebegitu lancar tanpa bantuan dan bimbingan daripada beliau. Penghargaan turut ditujukan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang membenarkan saya menjalankan penyelidikan di sekolah menengah Daerah Johor Bahru. Tidak lupa juga kepada pengetua- pengetua, guru- guru terutamanya responden saya iaitu guru Kemahiran Hidup Bersepadu di tujuh buah sekolah menengah dalam Daerah Johor Bahru yang banyak memberi kerjasama dan bantuan kepada saya. Hasil kajian yang tepat adalah berkat responden yang jujur dan bekerjasama. Akhir sekali, penghargaan istimewa juga saya tujukan kepada keluarga saya yang tersayang, saudara mara dan rakan seperjuangan yang banyak memberi dorongan dan nasihat kepada saya serta semua individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

v ABSTRAK Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap pengamalan kerja berpasukan di kalangan guru- guru Kemahiran Hidup dalam Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan melihat tahap pengamalan kerja berpasukan antara guru lelaki dan perempuan dalam mengamalkan kerja berpasukan. Data diperolehi daripada soal selidik yang telah diubahsuai daripada borang penilaian ahli- ahli dan pengurus dalam pasukan kerja dalam organisasi yang direkabentuk oleh Ab. Aziz dalam buku Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Seramai 57 orang guru Kemahiran Hidup Bersepadu dari tujuh buah sekolah menengah di Daerah Johor Bahru telah menjadi sampel kajian. Hasil kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik untuk ahli panitia adalah 0.91 dan untuk ketua panitia adalah 0.90 pada skala Alpha Cronbach. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science- (SPSS) Version 10.0 for Windows. Data diperolehi dianalisis secara deskriptif (kekerapan dan peratusan) dan inferensi (Ujian- t). Aras signifikan 0.05 dijadikan asas untuk menerima dan menolak hipotesis. Secara umum, hasil kajian menunjukkan tahap pengamalan kerja berpasukan di kalangan guru- guru dan ketua panitia Kemahiran Hidup Bersepadu adalah tinggi. Ahli- ahli panitia juga melihat ketua panitia memiliki tahap kepimpinan yang tinggi. Ujian- t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan perempuan dalam mengamalkan kerja berpasukan. Oleh itu dicadangkan budaya kerja berpasukan ini diamalkan secara berterusan terutamanya dalam panitia Kemahiran Hidup Bersepadu ke arah mencapai matlamat panitia dan meningkatkan tahap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di sekolah.

vi ABSTRACT This descriptive survey study aims to look the practicing of teamwork level among living skills teachers in the living skills panel. In addition to this, the research mentioned above is also to have an overview on the practicing of teamwork level among male and female teachers while involving in teamwork. All data and information were gathered through the modified questionnaires that originated from member s feedback and the manager of an organization that both were edited by Ab. Aziz in the book entitled Managing High Quality Group Work. A total number of 57 living skills teachers from seven different secondary schools within Johor Bahru district became our samples of studies. The analysis of the reliability of questionnaire for the members were 0.91 and 0.90 is for the chairman on the Cronbach s Alpha scale. All the data was being analyze by using Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 10.0 for Windows. The analyzing data was done descriptively (frequency and percentage) and by inferential (t- test). A significant value of 0.05 was set as the referring point whether to accept or reject the hypothesis. Generally, the result of our research revealed that the level of practicing teamwork among teachers and chairman of the Living Skills panel were high. Panel members also agreed the abilities of the chairman in their leaderships. T- test revealed that there was no significant difference between male and female teachers in practicing teamwork. Consequently, hope this trend will be practiced continuously especially in the panel of living skills as the stepping stone towards achieving high quality of teaching and effective learning in schools.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT TAJUK KAJIAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiv xv xvi BAB I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 7 1.4 Objektif Kajian 8 1.5 Persoalan Kajian/ Hipotesis Kajian 9 1.6 Rasional Kajian 9 1.7 Kepentingan Kajian 10 1.8 Batasan Kajian 11

viii 1.9 Definisi Operasi 11 1.10 Rumusan 13 BAB II TINJAUAN PENULISAN 15 2.1 Pengenalan 15 2.2 Latarbelakang Panitia Mata Pelajaran 15 2.2.1 Fungsi Panitia Mata Pelajaran 16 2.2.2 Kedudukan Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu Dalam Organisasi Sekolah 17 2.2.3 Peranan Ketua Panitia 17 2.3 Konsep Kerja Berpasukan 19 2.3.1 Pasukan Kerja Dalam Organisasi Sekolah 21 2.3.2 Semangat Kerja Berpasukan 22 2.3.3 Strategi Membina Pasukan Berkesan 23 2.3.4 Ciri- ciri Kerja Berpasukan 24 2.3.5 Peranan Ketua Dalam Pasukan Kerja 26 2.3.6 Peranan Ahli Dalam Pasukan Kerja 31 2.3.7 Kajian Dan Penulisan Berkaitan Dengan Kerja Berpasukan 33 2.4 Pengaruh Jantina Terhadap Kerja Berpasukan 34 2.5 Rumusan 35

ix BAB III METODOLOGI KAJIAN 36 3.1 Pengenalan 36 3.2 Rekabentuk Kajian 36 3.3 Persampelan 37 3.4 Instrumen Kajian 38 3.5 Kajian Rintis 40 3.6 Prosedur Kajian 41 3.7 Analisis Data 42 3.8 Penutup 44 BAB IV ANALISIS DATA 45 4.1 Pengenalan 45 4.2 Latar Belakang Responden 46 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46 4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 47 4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 47 4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 48 4.2.5 Taburan Responden Mengikut Opsyen 49 4.2.6 Taburan Responden Mengikut Tingkatan Mengajar 50 4.3 Penganalisisan Data Mengikut Persoalan Kajian 50 4.3.1 Tahap Pengamalan Kerja Berpasukan Di Kalangan Ahli- Ahli Panitia Kemahiran Hidup 51

x 4.3.2 Tahap Kerja Berpasukan Di Antara Rakan Sekerja 56 4.3.3 Tahap Kerja Berpasukan Di Kalangan Ketua Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu 61 4.3.4 Pandangan Ahli- Ahli Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu Terhadap Ketua Panitia Dalam Mengamalkan Kerja Berpasukan 64 4.3.5 Perbezaan Pengamalan Kerja Berpasukan Berdasarkan Jantina 67 4.4 Rumusan 68 BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 69 5.1 Pengenalan 69 5.2 Rumusan 69 5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 70 5.3.1 Tahap Pengamalan Kerja Berpasukan Di Kalangan Ahli Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu 71 5.3.2 Pengamalan Budaya Kerja Berpasukan Di Antara Rakan Sekerja 73 5.3.3 Pengamalan Budaya Kerja Berpasukan Yang Berkesan Di Kalangan Ketua Panitia 75 5.3.4 Perbandingan Pengamalan Kerja Berpasukan Berdasarkan Jantina 76 5.3.5 Kesimpulan 77

xi 5.4 Cadangan Kajian 78 5.4.1 Cadangan Tindakan 79 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 80 5.5 Penutup 80 RUJUKAN 82 LAMPIRAN A-C 88-100

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 38 3.2 Taburan Item Soal Selidik Untuk Ahli Panitia Berdasarkan Fokus Kajian 39 3.3 Taburan Item Soal Selidik Untuk Ketua Panitia Berdasarkan Fokus Kajian 39 3.4 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 43 3.5 Pengkelasan Semula Skala Pemeringkatan Likert 43 3.6 Tahap Analisis Min 43 3.7 Statistik Persoalan Kajian dan Hipotesis 44 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46 4.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 47 4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 47 4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 48 4.5 Taburan Responden Mengikut Opsyen 49 4.6 Taburan Responden Mengikut Tingkatan Mengajar 50 4.7 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap Item Untuk Tahap Pengamalan Kerja Berpasukan Di Kalangan Ahli 51 4.8 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap Item Untuk Tahap Kerja Berpasukan Di Antara Rakan Sekerja 56 4.9 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap Item Untuk Tahap Kerja Berpasukan Di Kalangan Ketua Panitia 61

xiii 4.10 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap Item Untuk Mengetahui Pandangan Ahli Terhadap Ketua Panitia Dalam Pengamalan Kerja Berpasukan 64 4.11 Pengamalan Kerja Berpasukan Di Kalangan Ahli Panitia Berdasarkan Jantina 67 4.12 Pengamalan Kerja Berpasukan Di Kalangan Ketua Panitia Berdasarkan Jantina 68

xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Kedudukan Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu Dalam Organisasi Sekolah 18 2.2 Suasana Berpasukan Yang Baik Dalam Organisasi Kecil 20 2.3 Suasana Berpasukan Yang Baik Dalam Organisasi Besar 20 2.4 Model Pembinaan Pasukan Dalam Organisasi 23

xv SENARAI SINGKATAN PMR KHB KPM PPK TQM TQE SMK SP Penilaian Menengah Rendah Kemahiran Hidup Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum Total Quality Management Total Quality Education Sekolah Menengah Kebangsaan Sisihan Piawai

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik 1 (Ahli- ahli Panitia KHB) 88 B Soal Selidik 2 (Ketua Panitia KHB) 94 C Surat Kebenaran Penyelidikan 98

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam sesebuah organisasi samada formal atau tidak formal, pengurusan memainkan peranan yang penting bagi memastikan kejayaan organisasi. Dalam hal ini, kerja berpasukan atau Team Work ini merupakan salah satu bentuk pengurusan dan pra- syarat yang amat penting bagi mencapai kejayaan organisasi tersebut. Melalui kerja secara berpasukan, matlamat dan misi sesuatu organisasi akan dapat dicapai secara lebih menyeluruh dan berkesan. Kerja berpasukan yang baik juga akan mengurangkan masalah pembaziran tenaga dan meningkatkan semangat dan daya motivasi di kalangan anggota dalam sesebuah organisasi. Selain itu, kerja berpasukan ini akan mendedahkan anggota- anggota kepada keseronokan, kekuatan dan keistimewaan kerja berpasukan. Tidak ketinggalan juga, ia dapat meningkatkan lagi interaksi secara lebih berkesan dengan rakan sekerja di samping dapat membentuk peribadi supaya lebih yakin dan berwibawa sebagai pemimpin atau anggota pasukan yang cemerlang. Dyer (1977) dalam kertas kerja Mokhtar (1999) turut memberi pandangan tentang konsep kerja berpasukan : A team is a unified, cohesive group of people who have special functions, but each person needs the resources and support of others to get the job done. Team effort will continue as long as humans must rely on others to achieve results.

2 Menurut beliau, seseorang individu itu tidak boleh melaksanakan sesuatu tugas secara bersendirian tetapi memerlukan satu pasukan kerja yang terdiri daripada ahli yang saling menyokong antara satu sama lain. Menurut Mokhtar (1999) pula, ahli- ahli sosiologi juga mengatakan manusia ialah makhluk (homo sapien) sosial. Tidak ada manusia yang boleh hidup secara bersendirian dan setiap individu saling memerlukan antara satu sama lain. Melalui kerja berpasukan ini, semua kakitangan dapat merasakan mereka mempunyai tanggungjawab bersama (shared responsibilities) untuk memajukan organisasi dan memberi kepuasan kerja kepada mereka. Selain itu, dalam organisasi moden ini dikatakan lebih kompleks. Setiap organisasi mempunyai dua unsur asas iaitu sistem dan orang. Sistem ini bermaksud struktur organisasi, peraturan dan undang- undang, manakala orang pula bermaksud untuk mengurus dan menjayakan sistem yang terdiri daripada berbagai golongan mengikut tugas, tanggungjawab, bidang kemahiran, pengalaman dan kemampuan menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Sistem dan orang ini sentiasa saling bergantung antara satu sama lain. Orang tidak boleh menyumbang dengan berkesan di dalam sistem yang tidak teratur atau yang tidak diurus dengan baik. Sistem tidak akan berkesan jika tidak jelas, tidak difahami dan tidak dipersetujui sama oleh orang. Kerja berpasukan ini juga dapat menjamin mutu dan kekesanan keluaran dan perkhidmatan, menghadapi persaingan di mana kakitangan yang bersemangat tinggi, dedikasi, berdisiplin dan mencurahkan sepenuh taat setia kepada organisasi menjadi penentu kepada kecemerlangan organisasi. Ia juga dapat menggalakkan kreativiti di kalangan pengurusan ataupun pekerja. Kreativiti boleh dilihat melalui cara- cara pekerja bekerja (proses) dan pengeluaran (output). Kesan yang boleh diperolehi adalah ia dapat menjimatkan kos, jimat masa, mutu meningkat dan kuantiti meningkat. Dalam kerja berpasukan ini, secara tidak langsung ia dapat menolong seseorang individu itu meningkatkan kemahiran umum, kebolehan berkomunikasi, memberi peluang untuk melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri.

3 Menurut Woodcock (1989) mengenai kepentingan kerja berpasukan ini : Although it is possible to go it alone, the extent of human achievement is limited when people do not work together. One person can have brilliant ideas but may lack the brain power, imagination or objectivity to capitalize on the ideas. Menurut beliau, kerja berpasukan ini perlu kerana ia boleh menjayakan kerja yang dilakukan secara bersendirian dan boleh lebih daripada itu serta ia boleh mendatangkan keseronokan dan kepuasan kerja. Terdapat satu contoh yang ringkas dalam pasukan bola tampar menurut Saari Sungib (1991), walaupun pasukan ini mungkin mempunyai seorang pemimpin atau ketua pasukan, setiap orang perlu memainkan peranan yang hampir sama sepanjang permainan. Setiap orang akan mengambil giliran untuk melakukan servis dan akan berpusing di setiap sudut gelanggang semasa bermain. Setiap pemain perlu memahami kedudukan masingmasing dan perlu mempunyai persefahaman dan komunikasi yang baik. Begitu juga dalam memastikan kecemerlangan sesebuah organisasi, setiap pasukan kerja mesti mempunyai ciri- ciri yang bersemangat tinggi. Mokhtar (1999) memetik penulisan David Cormack, dalam bukunya Team Spirit, pasukan kerja yang bermotivasi tinggi akan menunjukkan ciri- ciri berikut: i. Mereka memahami dan menyokong sepenuhnya matlamat kerja mereka. ii. Mereka sama- sama membantu dalam merancang cara dan pendekatan kerja mereka. iii. Mereka mempunyai maklumat yang lengkap untuk mengukur prestasi kerja mereka. iv. Matlamat yang diberi adalah mencabar dan membantu di dalam perkembangan kerjaya mereka. v. Peraturan checks and control adalah minima tetapi berkesan. vi. Setiap anggota bekerjasama antara satu sama lain melalui persefahaman tugas dan tanggungjawab masing- masing. vii. Setiap kejayaan diberi ganjaran atau penghargaan.

4 Oleh itu dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi, anggota- anggota dalam sesebuah pasukan kerja haruslah mempunyai ciri- ciri kerja berpasukan yang bersemangat tinggi, mampu bekerja bersama- sama dan mencapai objektif bersama sebagai satu kumpulan. Kerja berpasukan boleh berkembang dengan baik sekiranya pihak pengurusan organisasi membina satu iklim yang sihat bagi pengembangannya. Suasana dan iklim yang membantu, memudahkan anggota- anggota organisasi untuk bertindak mewujudkan pasukan kerja yang berkesan. Iklim ini akan bertambah baik lagi sekiranya anggota- anggota dilibatkan untuk cuba menetapkan objektif, diberi peluang untuk menilai prestasi pasukan dan mengenal sendiri masalah- masalah dan potensi dalam tugas yang sedang dilaksanakan oleh kumpulan yang dipanggil kerja berpasukan ini. 1.2 Latar Belakang Masalah Dalam organisasi sekolah, guru memainkan peranan yang penting dalam menyumbangkan segala ilmu kepada pelajar- pelajar. Di samping itu, sebagai seorang guru, bagi memastikan keberkesananan pengurusan kualiti yang menyeluruh dalam organisasi sekolah haruslah memberi fokus kepada budaya kerja yang cemerlang. Amalan- amalan yang baik hendaklah menggantikan amalan yang kurang berkesan ataupun amalan tertentu diubahsuaikan supaya mendatangkan manfaat kepada organisasi (Esah, 2002). Salah satu budaya kerja yang cemerlang yang perlu difokuskan adalah kerja berpasukan. Walaupun konsep kerja berpasukan ini telah lama diamalkan di sekolah, namun masih terdapat segelintir guru yang kurang mengamalkan kerja secara berpasukan ini dan suka menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara bersendirian malah mereka tidak mengetahui bahawa budaya kerja ini dapat meningkatkan produktiviti, interaksi antara ahli- ahli dalam kumpulan, memberi kepuasan kerja, menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya daripada bekerja secara bersendirian. Menurut Zaidatol (1990), sistem sekolah tertentu tidak akan dikatakan mempunyai staf yang berkualiti sekiranya guru- guru terdiri daripada mereka yang malas, sombong, tidak berinisiatif, kurang

5 minat terhadap kerja, ada sikap yang negatif, tidak ada hubungan yang rapat dengan ibu bapa dan lain- lain lagi. Kakitangan diharapkan boleh melaksanakan kerja secara berpasukan untuk meningkatkan imej dan reputasi sekolah secara keseluruhan. Dalam isu ini, terdapat segelintir guru- guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang masih kurang mengamalkan kerja berpasukan di kalangan mereka. Secara umumnya mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini terbahagi kepada 2 bidang yang utama iaitu teori dan amali. Dalam mata pelajaran ini, teori menyentuh tentang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan proses- proses membuat sesuatu kerja dan amali pula adalah kerja- kerja yang dilaksanakan berdasarkan teori. Oleh itu, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini memerlukan satu pasukan kerja yang boleh berbincang di antara guru kerana ia lebih menekankan kepada teori dan kemahiran pelajar. Dengan tiadanya kerja secara berpasukan, berbagai- bagai masalah boleh timbul antaranya isu masalah tidak sempat untuk menghabiskan sukatan kerana tiada perancangan sesama guru. Masalah ini mungkin boleh menjejaskan pelajaran pelajar terutamanya apabila mereka menghadapi peperiksaan PMR nanti, pelajar- pelajar akan berasa tidak ada keyakinan untuk menjawab soalan dengan baik disebabkan pengajaran yang tidak berkualiti oleh guru. Selain itu, pelajar juga akan menghadapi masalah dalam urusan hidup seharian mereka kelak kerana mereka tidak mempunyai kemahiran asas dalam Kemahiran Hidup dan ini akan menghalang pelajar daripada memiliki domaindomain objektif iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri telah menyatakan bahawa mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan penanaman semangat keusahawanan dan daya mereka cipta di kalangan pelajar. Ia juga membekalkan pelajar dengan kemahiran asas berfungsi bagi membolehkan mereka bertindak dan mengendalikan hidup secara produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Kemahiran- kemahiran asas inilah yang membolehkan pelajar berfungsi dengan berkesan dalam urusan hidup sehariannya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992). Isu masalah sukatan pelajaran tidak diajar kepada pelajar kerana tidak mahir dan malu bertanya juga sering timbul terutamanya kepada guru- guru wanita. Dalam

6 mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Teras dan Pilihan. Teras mengandungi Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan dan Kekeluargaan manakala pilihan pula terdiri daripada Kemahiran Manipulatif Tambahan, Ekonomi Rumah Tangga dan Pertanian. Kebanyakkan guru ini kurang mahir dalam pengajaran yang melibatkan elektronik, perpaipan dan enjin. Pada kebiasaannya, guru wanita ini lebih cenderung kepada mata pelajaran seperti Perdagangan dan Keusahawanan dan Kekeluargaan serta Ekonomi Rumah Tangga dan juga berkemungkinan mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang lain daripada Kemahiran Hidup contohnya, terdapat guru yang mempunyai kelulusan perakaunan tetapi terpaksa mengajar amali kerja kayu dalam Kemahiran Hidup. Jika tidak wujud satu budaya kerja yang efektif, masalah ini tidak akan dapat diselesaikan begitu juga dengan guru lelaki. Dalam isi kandungan tertentu, walaupun pelajaran- pelajaran ini lebih kepada kerja amali tetapi mereka sanggup tidak mengajar dan ada juga yang hanya menyentuh berkaitan teori sahaja. Ini tidak mendedahkan aktivti amali yang sepatutnya kepada pelajar dan ini akan memberi kesan kepada pelajar iaitu pelajar tidak dibekalkan dengan kemahiran asas, tidak mempunyai sikap berdikari dan inovatif dalam hidup. Daripada pemerhatian yang dijalankan di beberapa buah sekolah di sekitar Johor Bahru mendapati dalam mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, guru- guru wanita ini lebih suka mengajar topik yang senang dan kemudian topik yang menyentuh amali yang susah seperti kayu, paip ditinggalkan kepada guru lelaki. Selain itu, terdapat juga guru- guru Kemahiran Hidup yang suka bekerja bersendirian dan kurang mengambil tahu hal rakan sekerja. Mereka lebih suka mengasingkan diri daripada orang lain. Dalam Panitia Kemahiran Hidup, terdiri daripada guru- guru yang mengajar pelbagai bidang seperti kemahiran teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Perdagangan dan Keusahawanan dan Pertanian, apabila selesai sahaja mengajar, mereka duduk dalam bengkel masing- masing. Jika guru yang mengajar kerja kayu, mereka suka berada di bengkel kayu seorang diri manakala jika guru pertanian mereka suka berada di bengkel pertanian sehinggalah tamat waktu persekolahan. Mereka hanya berjumpa jika ada mesyuarat dan tidak berbincang bersama- sama tentang hal- hal pengajaran pada hari tersebut malah

7 kelemahan- kelemahan pada diri masing- masing tidak diluahkan dan lebih suka menyembunyikan dalam diri. Jika hal ini berlarutan berkemungkinan prestasi pengajaran dan pembelajaran tidak akan berkesan. Budaya mementingkan diri sendiri juga salah satu masalah dalam Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu. Terdapat guru- guru Kemahiran Hidup ini yang lebih mementingkan diri sendiri contohnya, jika seseorang guru itu mempunyai idea- idea yang bernas mereka tidak berkongsi antara rakan- rakan kerja malah mereka lebih suka menyembunyikan dan menjalankan sesuatu kerja secara bersendirian. Begitu juga dengan ketua panitia, mereka merasakan jawatan mereka lebih tinggi, maka mereka memandang rendah pada ahli- ahli di bawahnya. Jika budaya kerja sedemikian diamalkan, berkemungkinan kerjasama dan kecemerlangan panitia dan organisasi pengurusan sekolah itu tidak akan tercapai dengan berkesan. Oleh itu, dalam mengejar kecemerlangan sesebuah organisasi, kita sebenarnya tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kecemerlangan individu. Kita seharusnya juga menekankan kepada kecemerlangan berpasukan. Tidak dinafikan kerja secara berpasukan ini dapat memberi satu peluang untuk memperbaiki prestasi dan tahap penglibatan kita dalam pasukan. Individu yang cemerlang pula mesti bersedia membimbing dan membantu rakan- rakan lain. 1.3 Pernyataan Masalah Dalam kajian ini, apa yang telah dibincangkan dan menjadi persoalan ialah masalah guru- guru kemahiran hidup yang masih kurang mengamalkan budaya kerja cemerlang iaitu kerja berpasukan walaupun guru- guru ini merupakan penyumbang terbesar dalam sesebuah organisasi sekolah. Walaupun matlamat dikongsi bersama, hakikatnya ahli- ahli panitia Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah kurang mengamalkan tabiat kerja secara kolektif dan kolaboratif dan ada kala mereka hanya menjadi pelaksana arahan tanpa komitmen dan kerelaan sendiri. Terdapat juga ahliahli yang sekadar menjalankan tugasnya tanpa memikirkan keberkesanan dan kesesuaian program. Mereka suka bekerja secara individu daripada bergerak secara

8 pasukan. Masalah ini boleh dilihat dari segi aspek penglibatan dan pergaulan antara ahli- ahli dalam panitia Kemahiran Hidup Bersepadu, komunikasi antara ahli dengan rakan sekerja dan ketua panitia, perancangan sukatan pelajaran, penglibatan ketua panitia terhadap kerja berpasukan, perbezaan jantina dalam mengamalkan kerja berpasukan serta proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak sistematik dan mementingkan diri sendiri daripada rakan sekerja. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji ingin meninjau tahap pengamalan kerja berpasukan ini di kalangan ahli panitia yang terdiri daripada guru- guru Kemahiran Hidup Bersepadu, ketua panitia serta terdapatkah perbezaan dari segi pengamalan budaya kerja berpasukan berdasarkan jantina. Pengamalan budaya kerja berpasukan ini berhubungkait dengan usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan panitia Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah dan di samping itu diharapkan meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan. 1.4 Objektif Kajian Secara amnya kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengamalan kerja berpasukan dalam Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah. Oleh itu, objektif utama dalam konteks kajian ini adalah untuk : 1.4.1 Mengenalpasti tahap pengamalan kerja berpasukan di kalangan ahli panitia Kemahiran Hidup Bersepadu. 1.4.2 Meninjau tahap pengamalan budaya kerja berpasukan di antara rakan sekerja. 1.4.3 Melihat tahap pengamalan kerja berpasukan di kalangan ketua panitia Kemahiran Hidup Bersepadu. 1.4.4 Meninjau pengamalan budaya kerja berpasukan di kalangan ahli dalam panitia Kemahiran Hidup Bersepadu berdasarkan jantina. 1.4.5 Meninjau pengalaman budaya kerja berpasukan di kalangan ketua panitia Kemahiran Hidup Bersepadu berdasarkan jantina.

9 1.5 Persoalan Kajian/ Hipotesis Kajian 1.5.1 Apakah tahap pengamalan ciri- ciri kerja berpasukan di kalangan ahli- ahli panitia kemahiran hidup? 1.5.2 Apakah tahap pengamalan budaya kerja berpasukan di antara rakan sekerja? 1.5.3 Apakah tahap pengamalan kerja berpasukan di kalangan ketua panitia Kemahiran Hidup Bersepadu? 1.5.4 Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ahli panitia lelaki dan ahli panitia perempuan dalam mengamalkan kerja berpasukan. 1.5.5 Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ketua panitia lelaki dan ketua panitia perempuan dalam mengamalkan kerja berpasukan.