UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

"66O "8 '

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Faculty Of Information and Communication Technology

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

NOORHASNI BINTI HASAN

Transcription:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA SESI PENGAJIAN: 20l0l20ll Saya NORASIilKIN BTE ABD JALIL (HURUFBESAR) mengakumembenarkantesis(psm/@*inidisimpandiperpustakaanuniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; L Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai perfukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ({ ) E E E SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdaq'ah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSTA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi,/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan Oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: 105-S. FELDA TAIB ANDAK. 81OOO KULAIJAYA. JOHOR. (TANDATANGAN PENYELIA) TN HJ MUSLIM BIN JONID Nama penyelia Tarikh: 13 Mei 2011 Tarikh: 13 Mei 201I CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD' I Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

"Saya akui bahawa saya telatr membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)" Nama Penyelia : TUAN HAJI MUSLIM BIN JONID Tarikh : t3 MEI2oI l

PEMBANGUNAN E-PETA MINDA BERTAJUK BERASASKAN MULTIPLY REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA NORASHIKIN BTE ABD JALIL Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI, 2011

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah sayo jelaskan sumbernya." Nama Penulis : NORASHIKIN BTE ABD JALIL Tarilft : 13 MEI201I -] '*

DEDIKASI Alhamdulillah. Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi kekuatan kepada diriku dalam menyiapkan e-peta Minda ini.. Terima kasih jua ku ucapkan buat keluarga tercinta terutama ayahanda dan bonda, kakanda, serta adindaku yang sentiasa menyokong perjuanganku dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ku.. Untuk pensyarah yang dihormati terima kasih atas segala ilmu yang diberikan.. Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan... Terima kasih juga kepada sahabat-sahabatku yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan.pahit manis yang kita harungi bersama akan kusemat di hati selamanya..semoga kejayaan milik kita bersama..

PENGHARGAAN Segala puji syukur diberi kepada Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pengasih lagi Maha Setia. Dengan izin dan limpah kurnia-nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan dan dihasilkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Sekalung terima kasih kepada penyelia Tuan Haji Muslim Bin Jonid atas bimbingan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini. Beliau telah banyak memberi bimbingan, teguran, dorongan, nasihat dan cadangn kepada saya terutamanya dalam bidang penggunaan software sepanjang perancangan projek ini. Ribuan terima kasih atas penyeliaan beliau yang professional dan sistematik, motivasi dan galakan yang berterusan, ketabahan serta kesabaran sehingga kajian ini berjaya disempurnakan. Tidak lupa juga penghargaan kepada ibu bapa dan adik beradik yang turut memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Penghargaan juga diberikan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan penyempurnaan projek sarjana muda ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua saudara saudari yang tersayang atas sokongan, doa dan bantuan mereka yang setia dan berterusan. Semoga Allah S.W.T membalas jas anda semua. Sesungguhnya yang baik dari Allah S.W.T dan yang kurang adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

ABSTRAK Pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan mudah menggunakan peta minda. Oleh itu, satu projek pembangunan bahan bantu mengajar berasaskan e-peta Minda yang bertajuk Redox Reaction in Electrolytic Cell and Chemical Cell untuk matapelajaran Kimia tingkatan Lima ini telah dibangunkan berasaskan perisian Mindmapper 2008 Professional Edition. Modul e-peta Minda ini telah dihasilkan dengan lebih menarik, lengkap dan mesra pengguna. Modul e- Peta Minda ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint 2007 sebagai platform utama dan disokong dengan perisian Adobe Photoshop CS3, Ulead Cool 3D, Sony Sound Forge 8.0,Windows Movie Maker 2.6, Ulead Gif Animator 5.0, dan Hot Potatoes. Selain itu, gabungan elemen-elemen teks, grafik, audio, video dan animasi dalam modul dapat menarik minat dan mengukuhkan pemahaman pengguna. Pengukuhan konsep-konsep yang abstrak dan sukar menjadi tujuan utama pembanguan projek ini. Projek ini dibangunkan berteraskan model ADDIE dan menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme di mana pelajar boleh berinteraksi dengan sistem melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti Quiz, Lesson, dan Game yang melibatkan pembelajaran yang aktif. Beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai rujukan untuk pembangunan masa depan.

ABTRACT Teaching and learning process can be implemented easily using a mind map. Therefore, a development project based teaching aids e-mind Map in Redox Reaction in Electrolytic Cell Chemical for Chemistry subject in Form Five was developed based on software Mindmapper 2008 Professional Edition. e-mind Map module has been produced with more attractive, comprehensive and user friendly. e- Mind Map module was developed using Microsoft PowerPoint 2007 as the main platform and supported by Adobe Photoshop CS3, Ulead Cool 3D, Sony Sound Forge 8.0, Windows Movie Maker 2.6, Ulead Gif Animator 5.0, and Hot Potatoes. In addition, the combination of elements such as text, graphics, audio, video and animation in the module can attract users and enhance understanding. This strengthens the concepts those are abstract and difficult to be the main goal of development of this project. This project is based on the ADDIE model and the constructivist theory of learning in which students can interact with the system through the activities provided, such as Quiz, Lesson and Game that involves active learning. Several recommendations were given as a guide to the builders of the future developers.

vii ISI KANDUNGAN s BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xii xiii xiv xvi 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Pernyataan Masalah 8 1.4 Objektif Kajian 9 1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 9 1.6 Kepentingan Projek 11 1.6.1 Guru 11

viii 1.6.2 Pelajar 12 1.7 Skop dan Batasan Objek 12 1.8 Definisi istilah 13 1.8.1 Peta Minda 14 1.8.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 14 1.8.3 Bahan Bantu Mengajar 15 1.8.4 Perisian 17 1.8.5 Multimedia 18 1.8.6 Pengajaran dan Pembelajaran 18 1.9 Penutup 19 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 20 2.2 Pengajaran Berbantukan Komputer(PBK) 21 2.2.1 Kelebihan PBK 21 2.2.2 Kelemahan PBK 22 2.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 23 2.3.1 Kepentingan BBM 24 2.3.2 Masalah yang dihadapi oleh guru dalam Menyediakan BBM 24 2.4 Pendekatan PBK 25 2.4.1 Tutorial 25 2.4.2 Latih tubi 26 2.4.3 Permainan Pendidikan 26 2.4.4 Simulasi 27 2.5 MindMapper 2008 Professional Edition 28

ix 2.6 Peta Minda 29 2.6.1 Elemen yang terdapat dalam peta minda 29 2.6.2 Kelebihan peta minda 30 2.7 Teori pengajaran dan pembelajaran 31 2.7.1 Teori Behaviourisme 32 2.7.2 Teori Kognitif 33 2.8 Penutup 35 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 36 3.2 Pemilihan Rekabentuk Model Pembangunan 37 3.2.1 Fasa Analisis (Analysis) 38 3.2. 2 Fasa Rekabentuk (Design) 39 3.2. 3 Fasa Pembangun (Development) 39 3.2. 4 Fasa Perlaksanaaan (Implementation) 40 3.2. 5 Fasa Penilaian (Evaluation) 40 3.3 Prosedur Pembinaan Perisian 41 3.3.1 Penentuan Tajuk dan Skop 42 3.3.2 Objektif Pengajaran 42 3.3.3 Kumpulan Sasaran 43 3.4 Pemilihan dan Pengumpulan Bahan 43 3.4.1 Senarai Isi Kandungan Pelajaran 44 3.5 Pemilihan Perisian Pembangunan 44 3.6 Pemilihan Perisian Multimedia 46 3.6.1 Adobe Photoshop CS3 47 3.6.2 Sony Sound Forge 8.0 48 3.6.3 Ulead Cool 3D 3.5 48

x 3.6.4 Ulead Gif Animator 5.0 49 3.6.5 Windows Movie Maker 2.6 49 3.6.6 Ulead Cool 3D Production Studio 49 3.6.7 Windows Sound Recorder 50 3.6.8 Hot Potatoes 50 3.7 Pemilihan Perkakasan 51 3.7.1 Spesifikasi Perkakasan Cadangan Kepada Pengguna 52 3.5 Penutup 52 4 HASIL PEMBANGUNAN 4.1 Pengenalan 53 4.2 e-peta Minda 54 4.3 Struktur-struktur e-peta Minda 54 4.3.1 Ikon Permulaan 55 4.3.2 Permulaan Modul Multimedia 56 4.3.2.1 Skrin Menu Utama 57 4.3.2.2 Bahagian Introduction 58 4.3.2.3 Bahagian Learning Outcome 59 4.3.2.4 Bahagian Lesson 60 4.3.2.5 Bahagian Quiz 62 4.3.2.6 Bahagian Video 63 4.3.2.7 Bahagian Games 65 4.3.2.8 Bahagian Glossary 67 4.3.2.9 Bahagian Links 68 4.4 Penilaian oleh Pakar Isi Kandungan 68 4.5 Penutup 70

xi 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 71 5.2 Perbincangan 71 5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa Pembangunan Projek 73 5.3.1 Masalah Teknikal 73 5.3.2 Masalah Masa 74 5.3.3 Masalah Penggunaan PowerPoint 74 5.3.4 Masalah Kepakaran 75 5.4 Cadangan 75 5.6 Refleksi 77 5.7 Penutup 77 RUJUKAN 79 LAMPIRAN 82

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 4.1 Data Analisis 69

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 4.1 Shortcut dan Skrin permulaan MindMapper 2008 Professional Edition 55 4.2 Paparan e-peta Minda 56 4.3 Skrin Menu Utama 57 4.4 Skrin Introduction Chemical Cell 58 4.5 Skrin Introduction Electrolytic Cell 58 4.6 Skrin Learning Outcome 59 4.7 Skrin Lesson 61 4.8 Contoh video yang dihasilkan menggunakan Gif Animator 61 4.9 Penilaian formatif dalam quiz 62 4.10 Penilaian sumatif dalam quiz 63 4.11 Video yang dihasilkan menggunakan Microsoft Movie Maker 2.6 64 4.12 Video yang diedit daripada Youtube 64 4.13 Crossword 65 4.14 Choose the correct answer 66 4.15 Chem Fortune 66 4.16 Scroll Box 67 4.17 Contoh glossary dalam pembelajaran 67

xiv SENARAI SINGKATAN AVI - Audio Video Interleave ACM - Audio Compression Manager BBM - Bahan Bantu Mengajar CAI - Computer Assisted Instruction CD - Compact Disk CD-ROM - Compact Disk-Read Only Memory DVD - Digital Versatile Disc GIF - Graphic Interchange Format HTML - Hyper Text Markup Language ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi IT - Information Technology (Teknologi Maklumat) JPEG - Joint Photographic Experts Group KBKK - Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia MIMOS - Malaysia Institute of Microelectronic System MP3 - MPEG-1 Audio Layer 3 MPEG - Moving Pivture Experts Group MSC - Multimedia Super Corridor PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer PDA - Pembantu Digital Peribadi PDF - Portable Document Format PHP - Hyper Prepocessor PICC - Putrajaya International Convention Centre PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

xv PNG P&P PPS PSD RAM TIFF WAN WMV - Portable Network Graphic - Pengajaran Dan Pembelajaran - Powerpoint Show - Photoshop Document - Random Access Memory - Tagged Image File Format - Wide Area Network - Window Media Video

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Borang Analisa Kesesuaian tajuk Pemilihan Tajuk sarjana Muda 82 B Surat kebenaran daripada pihak Fakulti 86 Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia C Borang Senarai Semak Untuk Guru 87

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam mengejar arus kemodenan, guru-guru Matematik dan Sains kerap kali menghadapi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar kurang memahami konsep tentang sesuatu isi pelajaran yang disampaikan. Faktor tersebut mengakibatkan pencapaian dalam mata pelajaran yang dianggap penting ini kurang memberansangkan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain di sekolah. Guru-guru Sains dan Matematik menyatakan mereka menghadapi masalah dan kesukaran dalam menyempurnakan tugas disebabkan faktor-faktor seperti kekurangan bahan bantu mengajar, murid-murid kurang berdisiplin, kurang ketrampilan semasa belajar, kurang memahami konsep-konsep asas, tidak membuat latihan dan guru kurang berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun pernah bertitah, bahawa tugas guru-guru masa kini semakin mencabar, di mana pembelajaran secara konvensional telah mengalami anjakan paradigma dengan wujudnya pembelajaran yang dilengkapkan

2 dengan kemudahan komputer. Hal ini menunjukkan sistem pendidikan tradisional sudah tidak sesuai (Richard L. Measelle & Morton Egol). Walau bagaimanapun, tugas dan tanggungjawab daripada guru masih diperlukan sebagai perantara antara murid dengan mata pelajaran.(harian Metro, Selasa, 3 Julai 001:A5). Sekolah mempunyai peranan penting untuk melahirkan individu yang cemerlang ke arah pembentukan negara yang cemerlang (Wan Zahid 1994). Walaupun begitu, terdapat sekumpulan pelajar di sekolah yang kurang berupaya untuk mencapai kecemerlangan akademik. Kumpulan pelajar ini sentiasa mendapat markah rendah dan gagal dalam peperiksaan (Mohd Said 1994). Kegagalan seumpama ini melahirkan perasaan hampa di kalangan guru. Pihak sekolah pula menganggap ini sebagai satu pembaziran masa dan tenaga (Pierce 1994). Kajiankajian yang telah dijalankan oleh Swanson dan Ransby (1994), Hulme dan Mackenzie (1992) membuktikan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pelajarpelajar berpencapaian akademik rendah ialah untuk mengingat kembali maklumat yang penting. Menurut Tony Buzan dengan memanfaatkan gambar dan teks ketika seseorang mencatat atau mengeluarkan sesuatu idea yang ada di dalam fikiran, pelajar telah menggunakan dua bahagian otak secara aktif. Hasil kajian Roger Sperry (Ahli Biologi pemenang hadiah nobel dalam bidang fisiologi dan kedoktoran tahun 1981) menunjukkan bahawa otak memiliki dua belahan yang masing-masing bekerja secara berbeza. Pada dasarnya otak kiri bersifat rasional, dan otak kanan lebih emosional. Dalam penelitian, otak akan memberi tindak balas baik terhadap kata-kata kunci, gambar, warna, serta adanya penyatuan secara langsung. Tokoh-tokoh genius seperti Albert Einstein, Leonardo Da Vinci, Pablo Picasso dan Winston Churcill ternyata menggunakan gambar-gambar yang seakanakan suatu susunan cara berfikir dalam catatan mereka waktu bersekolah. Bermula dari situ, Tony Buzan menjadi perintis kepada peta minda mempelajari bahawa dalam menyerap maklumat, orang-orang genius memanfaatkan kedua-dua bahagian otaknya dengan menggunakan gambar-gambar atau apa yang disebut dengan memori fotografi.

3 Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya (Moores 1987). Azma,(1990) mendapati guru-guru didapati tidak berinisiatif mengeksploitasikan penggunaan teknologi dan inovasi bahan bantu mengajar untuk menyampaikan pengajrannya. Penggunaan bahan bantu mengajar di bilik darjah semakin kurang diamalkan oleh guru-guru akibat keinginan guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran demi menghadapi tekanan peperiksaan. Hasil kajian Eee Ah Ming (1997) menunjukkan pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian maklumat dan penerangan idea atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi satu hala dan peranan pelajar sebagai penerima adalah pasif. Berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mencapai matlamat pendidikan di Malaysia dan hala tuju Wawasan 2020, satu anjakan pradigma telah dilakukan terutama sekali penggunaan teknologi di sekolah. Seawal tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan konsep Sekolah Bestari yang bermula Januari 1999. Pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan kemudahan komputer kepada 90% sekolah di seluruh negara dalam proses mewujudkan Sekolah Bestari. Strategi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah banyak digunakan oleh institusi pendidikan terutamanya di institusi pengajian tinggi (Yusup Hashim, 1994). Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains yang dijalankan dengan menggunakan komputer bukan sahaja untuk tujuan pengajaran asas tapi juga untuk tujuan mengira dan membuat simulasi tentang situasi makmal (Fred & Henry, 1994). Mengikut Sander (1987), pembelajaran berbantukan komputer (PBK) ialah satu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Moursund (1980) pula menyatakan

4 bahawa PBK merupakan penggunaan komputer untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar, iaitu interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk membantu mereka tentang bahan yang telah dipelajari. Berbeza dengan Rao et al. (1991), beliau menyatakan penggunaan komputer dengan satu program yang sistematik dan teratur oleh pelajar dan guru untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan satu interaksi yang aktif antara pelajar dengan komputer. Pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer. Hizamnuddin Awang (1997) dalam Fazilah (1998) tertarik dengan peribahasa Cina yang berbunyi, saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan ingat, dan apabila saya lakukan, saya akan faham. Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui pemetaan minda seseorang itu dapat... "learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort..." yang membawa maksud penggunaan e-peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. Kefahaman di dalam proses pengajaran dan pembelajaran apa yang telah mereka pelajari. Pelajar-pelajar mengalami masalah pembelajaran terutamanya pada tahap rendah kerana kecekapan untuk mengingati fakta dan formula adalah kurang, tidak pandai mengaplikasi fakta dan formula yang sesuai kepada masalah yang diberi dan sering bersikap pasif akibat daripada kelemahan dalam berkomunikasi (Rao, Roa, Zoraini dan Wan Fauzy, 1991).

5 Lee Sau Lan (1986), pernah menyarankan pembelajaran berbantukan komputer merupakan satu kaedah pembelajaran yang berguna dan ia digunakan untuk tujuan berikut: (i). Melengkapkan kaedah pengajran di bilik darjah (ii). Mengajar matapelajaran tertentu di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai guru terlatih yang mencukupi untuk mnegajar mata pelajaran itu. (iii). Membantu para guru dari segi membuat persediaan mengajar lantas mengurangkan beban kerjanya. (iv). Membekalkan satu persekitaran yang baru kepada pelajar-pelajar. 1.2 Latar Belakang Masalah Mata pelajaran Kimia merupakan mata pelajaran elektif yang wajib diambil oleh pelajar aliran Sains bagi tingkatan empat dan lima di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran Kimia merupakan mata pelajaran penting bagi pelajar aliran Sains baik di sekolah mahupun di Institusi Pengajian Tinggi. Minat pelajar-pelajar Sains di sekolah menengah terhadap mata pelajaran Kimia bergantung kepada kebijaksanaan dan kebolehan guru Kimia. Jika kaedah pengajaran yang diterima oleh para pelajar menarik dan berkesan, maka berminatlah pelajar mengambil mata pelajaran Kimia dan melangkah ke menara gading sebagai siswa/siswi alairan Sains. Sebaliknya berlaku kepada pelajar yang hanya berbekalkan konsep asas kimia yang rapuh, mereka akan melangkah ke menara gading sebagai siswa/siswi aliran Sastera. Contohnya, kimia merupakan suatu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim secara makroskopik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001) tetapi pelajar menganggap kimia itu sebagai satu pembelajaran tentang bahan kimia.

6 Sejak mencapai kemerdekaan, kurikulum kimia (Sains) di sekolah menengah negara kita telah mengalami pelbagai perubahan. Meskipun melalui transformasi ini pendidikan kimia menjadi semakin kompleks dan sukar, tetapi apa yang penting ianya menjadi semakin menarik. Penekanan proses pengajaran-pembelajaran sains masa kini adalah terhadap belajar melalui pengalaman, dengan penerapan kemahiran saintifik, kemahiran berfikir serta penyelesaian masalah, melalui pendekatan pembelajaran berfikrah. Di Malaysia, Sains diajar melalui pendekatan inkuiri terpimpin - sebagai proses, bukannya hasil akhir. Sehubungan dengan ini, pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran-pembelajaran serta diberi peluang untuk melakukan penyelidikan bagi menyelesaikan sesuatu masalah; bukan secara mendemonstrasi atau mengesahkan sesuatu teori, konsep, prinsip, atau maklumat (Abu Hassan, 1999). Setelah lebih dari satu dekad kurikulum Kimia KBSM perkenalkan di sekolah, namun kaedah perlaksanaannya masih berada di takuk lama sebagaimana pendekatan dalam pengajaran-pembelajaran (kimia) tradisi. Pengajaran bagi mata pelajaran Kimia biasanya lebih mengutamakan percakapan, transparensi serta penggunaan kapur tulis dan papan hijau. Kaedah pengajaran secara tradisional iaitu kapur tulis dan tutur menjadikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kimia menjadi kurang menarik disebabkan kaedah penyampaian lebih bersifat abstrak dan sukar digambarkan. Hal ini telah menyebabkan para pelajar mahupun ibu bapa beranggapan bahwa bidang mata pelajaran Sains adalah sukar. Mata pelajaran Sains dianggap sukar difahami kerana kelemahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian palajar dalam bidang sains dan teknologi membuktikan sejauh mana pengajaran guru tercapai atau sebaliknya (Robiah Sidin, 2003).

7 Selain itu, Carter & Brickhouse (1989,p.223), "Many students say that chemistry is difficult. These perceived difficulties are part of the context in which these students develop chemical concepts and problem-solving skills. Pengajaran guru amat penting dalam membentuk pemahaman pelajar dalam meningkatkan kefahaman dalam konsep kima dan kaedah penyelesaian masalah. Dengan wujudnya e-peta minda, pembelajaran berbantukan komputer menjadi lebih mudah untuk disampaikan oleh guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam erti kata lain, e-peta minda merupakan sebuah jalan pintas yang boleh membantu sesiapa sahaja untuk mempercepatkan waktu sampai untuk menyelesaikan aktiviti apa sahaja dan ketika belajar matapelajaran apa sekalipun. Otak bertindak balas dengan baik terhadap kata kunci, gambar, warna, serta adanya hubungan secara langsung. e-peta minda ini dapat membantu pelajar menyukai mata pelajaran terutamanya Sains. Penggunaannya yang lebih sistematik dan lebih mudah untuk difahami. Menurut Peter Kline, pelajar dapat belajar dengan lebih efektif dalam suasana yang menyenangkan. Dengan menguasai e-peta minda yang telah dihasilkan, guru mendapat bekalan yang sangat berguna untuk masa depan. Selain itu, guru boleh mencetak peta minda yang dihasilkan itu dan dapat diberikan kepada pelajar tanpa pelajar itu membuat peta minda sendiri untuk setiap subtopik. Elemen-elemen yang terdapat di dalamnya seperti grafik, animasi, teks, audio dan video. Pengalaman pelajar dapat merangsang minat dan meningkatkan pemahaman dan daya ingatan mereka terhadap sesuatu topik.

8 1.3 Pernyataan Masalah Dalam mencapai arus kemodenan ini, untuk merealisasikan hasrat Malaysia, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digalakkan di sekolah untuk mengubah kaedah tradisional kepada kaedah bestari. Hasil pemerhatian, tajuk Redox Reaction in Electrolytic Cell and Chemical Cell dalam rangka mata pelajaran Kimia tingkatan lima memerlukan pemahaman tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah sering dihadapi apabila pelajar sering tertukar proses redoks antara sel elektrolisis dan sel kimia. Oleh itu, terdapat beberapa kelemahan dalam kaedah pengajaran secara tradisional terutamanya bagi subjek Sains sehingga gagal menarik minat pelajar terhadap bidang tersebut. Kelemahan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya: (i). (ii). (iii). (iv). (v). (vi). (vii). (viii). (ix). Kekurangan kemudahan dan bahan bantu mengajar yang tidak menarik. Kesukaran untuk mendapatkan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk guru-guru dan pelajar Kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar. Tiada komunikasi dua hala di dalam kelas. Sumber rujukan pelajar terhad kepada buku teks sahaja. Guru tidak kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran. Sukar memahami konsep asas dengan mantap Penerangan yang terlalu abstrak dan memerlukan daya imaginasi yang tinggi daripada pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar berasakan peta minda masih terhad.

9 1.4 Objektif Kajian Di antara objektif kajian ini adalah: i. Membangunkan satu perisian modul bahan bantu mengajar menggunakan e- peta minda untuk topik Redox Reaction in Electrolytic Cell and Chemical Cell, Kimia Tingkatan 5 (KBSM). ii. Menghasilkan bahan bantu mengajar berasaskan e-peta minda yang menggabungkan unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video. iii. Menggunakan platform Microsoft Office Power Point 2007 beserta perisian lain seperti Adobe Photoshop CS3, Sony Sound Forge 8.0, Windows Movie Maker 2.6, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Cool 3D Production Studio, Ulead Gif Animator 5.0, Windows Sound Recorder, dan Windows Mind Mapper 2008 Professional Edition dalam pembangunan e-peta minda ini. 1.5 Rasional Pemilihan Tajuk Bahan bantu mengajar berasaskan e-peta minda ini dibangunkan adalah sebagai satu platform untuk memudahkan pembelajaran bagi topik yang sukar difahami. Tajuk Redox Reaction in Electrolytic Cell and Chemical Cell ini memerlukan banyak penerangan beserta dengan gambar rajah dan animasi semasa disampaikan oleh para guru bagi memudahkan pelajar memahami topik tersebut. Kaedah penyampaian yang kreatif dan pelbagai dalam bahan bantu mengajar secara