TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

"66O "8 '

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

NOORHASNI BINTI HASAN

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

Transcription:

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK FATTIMA ZAHARA BINTI ZABA Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia NOVEMBER, 2007

iii DEDIKASI Buat mak dan abah yang dikasihi, Norillah Ismail dan Zaba Aman, Abang dan adik-adik Omar Mokhtar, Hamizah Nadzira dan Hamizan Hakim, Teristimewa, buat tunang tercinta, Khairul Nizam Latif, Yang sentiasa memberi sokongan padu dan galakan yang tak terhingga, Kehadiran kalian amat bermakna dalam hidupku Success is the ability to go from failure to failure without losing your enthusiasm Sir Winston Churchill

iv PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Marlina Bt Ali, selaku penyelia PSM saya di atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan kesabaran yang dicurahkan ke atas saya sepanjang proses menyiapkan PSM ini. Jasa puan akan saya kenang sampai bila-bila. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan galakan, pegawai-pegawai yang terlibat, guru-guru sekolah, guru-guru praktikal dan para pelajar yang memberi banyak bantuan dan kerjasama dalam tempoh kajian saya ini. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada kalian. Tidak ketinggalan ibu dan bapa serta tunang tersayang yang sangat banyak memberi sokongan dan bantuan dari segi moral dan mental. Tanpa mereka, mungkin sukar untuk saya siapkan laporan kajian ini dalam tempoh yang ditetapkan.

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan terhadap komponen Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam matapelajaran matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di daerah Kulai, Johor. Seramai 100 orang pelajar pelbagai aliran yang terdiri daripada 60 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian diagnostik. Statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t, ujian ANOVA sehala dan ujian korelasi Pearson diaplikasikan dalam kajian ini menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0. Keputusan kajian mendapati tahap penguasaan pelajar terhadap komponen KBKK dalam matapelajaran matematik adalah lemah. Kajian mendapati tiada perbezaan yang bererti di antara tahap penguasaan komponen KBKK yang dikaji merentas jantina dan etnik pada aras bererti.05. Manakala bagi komponen membanding dan membeza terdapat perbezaan yang bererti di antara pelajar Melayu dan Cina. Dapatan kajian juga mendapati terdapat pertalian yang sederhana kuat bagi tahap penguasaan terhadap komponen KBKK dengan pencapaian matematik pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

vi ABSTRACT This research was carried out to identify the level of critical and creative thinking (KBKK) in mathematics among form four students at one of the school in Kulai, Johor. There were 100 students from various stream consists of 60 male students and 40 female students involved in this research. Diagnostic test used as the instrument of the research. Descriptive statistics such as min, standard deviation and percentage along with inferential statistics such as t-test, one way ANOVA and Pearson correlation test applied in this study using Statistical Package for Social Science version 15.0 software. The research found that students levels of critical and creative thinking in mathematics are weak. Furthermore, there were no significant differences between the levels of KBKK towards gender and ethnic at alpha level.05. The data shows that for comparing and differencing component, there were significant difference between Malay and Chinese students. Moreover, there were relation for levels of KBKK and students mathematics achievement in Penilaian Menengah Rendah (PMR).

vii KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Judul Pengakuan Dedikasi Penghargaan Abstrak Abstract Senarai kandungan Senarai jadual Senarai rajah i ii iii iv v vi vii xii xiv BAB PERKARA MUKA SURAT 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan 1 1.1 Latar Belakang Masalah 6 1.1.1 Budaya menghafal di kalangan pelajar 8 1.1.2 Pelajar menganggap matematik sebagai 8 sesuatu yang rigid dan tidak berkembang 1.2 Penyataan Masalah 10 1.3 Objektif Kajian 10

viii BAB PERKARA MUKA SURAT 1.4 Persoalan Kajian 10 1.5 Kerangka Konsep 11 1.6 Kepentingan Kajian 13 1.6.1 Kepentingan Kepada Pelajar 13 1.6.2 Kepentingan Kepada Guru 14 1.6.3 Kepentingan Kepada Kementerian 14 Pendidikan Malaysia 1.7 Skop Kajian 14 1.8 Takrifan Operasi 15 1.9 Rumusan 20 2 SOROTAN PENULISAN 2.0 Pendahuluan 21 2.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif 21 2.1.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 22 2.1.2 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 25 2.2 Penerapan KBKK Dalam Matematik 27 2.3 Tahap Penguasaan KBKK Pelajar Dalam 28 Matapelajaran Matematik 2.3.1 Pertalian Antara Tahap Penguasaan 29 Komponen KBKK Dalam Matapelajaran Matematik Merentas Jantina, Etnik dan Pencapaian 2.4 Rumusan 34

ix BAB PERKARA MUKA SURAT 3 PENGKAEDAHAN KAJIAN 3.0 Pendahuluan 35 3.1 Reka Bentuk Kajian 35 3.2 Sampel Kajian 36 3.3 Alat Kajian 36 3.4 Tatacara Kajian 38 3.5 Kajian Rintis 39 3.6 Kebolehpercayaan Alat Kajian 39 3.7 Analisis Data 40 3.8 Andaian 44 3.9 Batasan Kajian 44 3.10 Rumusan 45 4 KEPUTUSAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan 46 4.1 Analisis Data 46 4.1.1 Tahap Penguasaan Pelajar Tingkatan Empat 47 Terhadap Komponen KBKK 4.1.2 Tahap Kemahiran Membanding dan Membeza 49 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina 4.1.3 Tahap Kemahiran Menyusun Mengikut Turutan 50 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina 4.1.4 Tahap Kemahiran Mencipta Analogi 51 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina

x BAB PERKARA MUKA SURAT 4.1.5 Tahap Kemahiran Menyelesaikan Masalah 52 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina 4.1.6 Tahap Kemahiran Membanding dan Membeza 53 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Etnik 4.1.7 Tahap Kemahiran Menyusun Mengikut Turutan 54 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Etnik 4.1.8 Tahap Kemahiran Mencipta Analogi 55 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Etnik 4.1.9 Tahap Kemahiran Menyelesaikan Masalah 56 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Etnik 4.1.10 Tahap Kemahiran Membanding dan Membeza 57 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Matematik Pelajar 4.1.11 Tahap Kemahiran Menyusun Mengikut Turutan 58 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Matematik Pelajar 4.1.12 Tahap Kemahiran Mencipta Analogi 59 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Matematik Pelajar 4.1.13 Tahap Kemahiran Menyelesaikan Masalah 60 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Matematik Pelajar 4.2 Rumusan 61

xi BAB PERKARA MUKA SURAT 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan 62 5.1 Ringkasan 62 5.2 Kesimpulan Kajian 63 5.3 Perbincangan 66 5.3.1 Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap Komponen KBKK 66 5.3.2 Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap 67 Komponen KBKK Merentas Jantina 5.3.3 Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap 68 Komponen KBKK Merentas Etnik 5.3.4 Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap 69 Komponen KBKK Merentas Pencapaian 5.4 Cadangan 71 5.4.1 Cadangan Kepada Guru 71 5.4.2 Cadangan Kepada Pelajar 74 5.4.3 Cadangan Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia 77 5.5 Cadangan Kajian Masa Depan 78 RUJUKAN 81 LAMPIRAN Lampiran A 84 Lampiran B 87 Lampiran C 89 Lampiran D 99

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan Komponen KBKK Mengikut Item 37 3.2 Tahap Pencapaian Mengikut Peratusan 41 3.3 Garis Panduan Guilford 42 3.4 Ujian Statistik Untuk Persoalan Kajian 43 4.1 Tahap Penguasaan Pelajar Tingkatan Empat 47 Terhadap Komponen KBKK 4.2 Tahap Penguasaan Pelajar Tingkatan Empat 48 Terhadap Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis 4.3 Ujian-t Kemahiran Membanding dan Membeza 49 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina 4.4 Ujian-t Kemahiran Menyusun Mengikut Turutan 50 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina 4.5 Ujian-t Kemahiran Mencipta Analogi 51 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina 4.6 Ujian-t Kemahiran Menyelesaikan Masalah 52 Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina 4.7 Ujian ANOVA sehala Tahap Kemahiran 53 Membanding dan Membeza Merentas Etnik

xiii NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.8 Ujian ANOVA Sehala Tahap Kemahiran 54 Menyusun Mengikut Turutan Merentas Etnik 4.9 Ujian ANOVA Sehala Tahap Kemahiran 55 Mencipta Analogi Merentas Etnik 4.10 Ujian ANOVA Sehala Tahap Kemahiran 56 Menyelesaikan Masalah Merentas Etnik 4.11 Ujian Signifikan Korelasi Tahap Kemahiran 57 Membanding dan Membeza Merentas Pencapaian Matematik Pelajar 4.12 Ujian Signifikan Korelasi Tahap Kemahiran 58 Menyusun Mengikut Turutan Merentas Pencapaian Matematik Pelajar 4.13 Ujian Signifikan Korelasi Tahap Kemahiran 59 Mencipta Analogi Merentas Pencapaian Matematik Pelajar 4.14 Ujian Signifikan Korelasi Tahap Kemahiran 60 Menyelesaikan Masalah Merentas Pencapaian Matematik Pelajar

xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1 Kerangka Konsep Kajian 12 2.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 24 2.2 Dua Komponen Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 26

BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang sedang merealisasikan matlamat menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada Februari 1991, Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, sangat penting untuk kita menggunakan sepenuhnya apa yang berada di antara telinga kita, iaitu minda dan bukannya yang berada di antara bahu kita, iaitu kekuatan atau yang berada di antara tapak kaki kita iaitu sumber semulajadi (Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, 2003). Ini jelas menunjukkan bahawa pemikiran yang maju dan tahap intelektual yang tinggi memainkan peranan penting bagi membangunkan negara ke arah mencapai negara maju. Dalam abad ke-21 ini, proses modenisasi dan perkembangan teknologi berlaku dengan begitu pesat. Justeru, rakyat Malaysia mesti melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang boleh menggerakkan Malaysia ke arah matlamat Wawasan 2020 dan mampu berfikir pada tahap yang tinggi. Ini kerana pembangunan sesebuah negara amat bergantung kepada minda dan prestasi

2 rakyatnya ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Dalam mencorakkan masyarakat yang berdaya intelektual tinggi, sistem pendidikan amat memainkan peranan penting dan bertanggungjawab dalam asas pembentukan dan perkembangan minda masyarakat. Hasrat ini terkandung dalam Wawasan 2020 iaitu cabaran yang keenam; membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat menentukan teknologi terkini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan ( Tun Dr Mahathir, 1991). Hasrat ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di mana dalam dunia pendidikan amat ditekankan proses melahirkan insan yang mempunyai daya intelektual yang tinggi dan berakhlak mulia, seimbang dan bersepadu ( Nik Azis Nik Pa, 1992). Penekanan juga diberikan untuk melahirkan individu yang dapat berusaha secara sedar untuk menjayakan pembentukan insan dan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan bersepadu seperti yang terkandung dan dinyatakan dengan jelas dalam FPK : Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003) Sehubungan dengan itu, para pelajar iaitu generasi muda yang bakal meneraju negara pada masa akan datang perlulah mempunyai persediaan yang secukupnya dalam pembinaan intelek dan sahsiah yang tinggi. Mereka perlu memahirkan diri

3 dan boleh menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dengan sebaik-baiknya kerana KBKK merupakan asas kepada tahap intelektual yang tinggi. Walaupun KBKK bukan merupakan suatu mata pelajaran yang terdapat dalam sukatan matapelajaran di sekolah, namun unsur-unsurnya perlu disepadukan dalam semua matapelajaran agar pelajar dapat meningkatkan daya intelek mereka seiringan dengan perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS) (Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, 2003). Pelajar yang menepati FPK seterusnya akan dapat memenuhi hasrat negara ke arah matlamat Wawasan 2020. Pelajar umumnya menganggap matematik sebagai sesuatu yang telah tersedia ada dan terpisah jauh dari aktiviti harian ( Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004). Sebagai contoh, mereka tidak dapat menghubungkaitkan matematik yang dipelajari di sekolah dengan kehidupan seharian dan persekitaran mereka. Mereka tidak menyedari bahawa matematik berada di sekitar mereka. Aplikasi-aplikasi matematik banyak terdapat di sekeliling seperti aplikasi Teorem Pitagoras. Teorem ini bukan sahaja berguna untuk membina segitiga seperti yang dipelajari dalam kelas, tetapi aplikasinya melibatkan pembinaan bangunan, pengiraan panjang seperti mengira panjang tiang bendera, kedalaman tasik dan sebagainya. Satu lagi contoh yang mudah ialah peratus. Penggunaannya dalam kehidupan amat meluas seperti dalam pengiraan potongan harga ketika belian barang-barang. Ini menunjukkan bahawa pelajar tidak menggunakan daya pemikiran mereka yang sepatutnya sedangkan tahap intelektual yang tinggi amat diperlukan dalam merealisasikan Wawasan 2020. Mereka juga tidak seharusnya hanya cemerlang dalam peperiksaan tetapi tahu menggunakan pengetahuan yang dipelajari dan ia dapat diterap dengan adanya komponen KBKK dalam pelajaran. Dasar Modal Insan yang keenam menekankan tentang perkara ini;

4 Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh dan memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan. ( Abdullah Ahmad Badawi, 2005) Pandangan bahawa matematik adalah sesuatu yang statik (Allen dan Johnston, 2004) serta menghafal boleh membantutkan pemikiran pelajar dan ini memberi kesan dalam perkembangan intelektual mereka. Latif Samian (1994) menyatakan bahawa matematik merupakan suatu aktiviti intelek yang memberangsangkan. Jadi, jelas sekali bahawa matematik mampu meningkatkan keupayaan pemikiran individu dan dengan penerapan KBKK, pelajar dapat menaikkan tahap intelektual mereka. Selain bertepatan dengan matlamat FPK dan Wawasan 2020, kepentingan tahap intelektual juga terdapat dalam teras kedua Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9); Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Kejayaan masa depan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sekadar intelek tapi keperibadian. Penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh. Persekitaran yang menggalakkan untuk penyelidikan dan pembangunan. Selain itu memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral. ( Abdullah Ahmad Badawi, 2005) Oleh itu, para pelajar masa kini yang merupakan generasi masa hadapan harus sedar kepentingan matematik dan penerapan KBKK dalam matematik. Sehubungan dengan itu, mereka wajar memberi perhatian terhadap beberapa pekara yang melibatkan perspektif tentang tujuan mencari dan mempelajari matematik;

5 a) Perspektif matematik tulen Pendidikan matematik bertujuan meningkatkan kecekapan pelajar dalam menganalisis struktur matematik dan menemui serta mengembangkan pengetahuan matematik yang baru. Matematik dipelajari untuk mengembangkan disiplin matematik. b) Perspektif matematik gunaan Pendidikan matematik bertujuan meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena matematik dalam situasi sebenar dan dalam menggunakan kemahiran matematik untuk menyelesaikan masalah dalam bidang sains, kejuruteraan, ekonomi dan lain-lain. c) Perspektif matematik konsepsi Pendidikan matematik bertujuan mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam memahami struktur, saling hubungan, prinsip, ruangan dan konsep matematik. Tumpuan pembelajaran adalah kepada pemahaman dan bukan kepada pengiraan. d) Perspektif kemahiran asas. Pendidikan matematik bertujuan meningkatkan kebolehan pelajar dalam kemahiran asas terutama sekali dalam kemahiran mengira. e) Perspektif bersepadu sejagat Pendidikan matematik bertujuan meningkatkan kebolehan pelajar dalam menjalankan amanah sebagai hamba dan pewaris Tuhan yang bertugas mengejar kebaikan dunia dan akhirat. ( Nik Azis Nik Pa, 1992: m/s 6) Berdasarkan kelima-lima perspektif di atas amat jelas sekali kepentingan matapelajaran matematik dalam menjana generasi muda ke arah matlamat Wawasan 2020 dan KBKK merupakan komponen yang sangat perlu diterapkan dalam matapelajaran tersebut.

6 Oleh itu penyelidik berpendapat bahawa satu kajian harus dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap KBKK di kalangan para pelajar dalam mata pelajaran matematik. 1.1 Latar Belakang Masalah Dalam masa lima dekad kebelakangan ini, kurikulum matematik sekolah di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan yang signifikan. Kurikulum ini telah melalui tiga peringkat, iaitu matematik tradisi, matematik moden dan matematik seperti dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang ada sekarang. Sebelum itu, ia dikenali sebagai Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) ( Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004). Setiap perubahan yang berlaku adalah menurut perkembangan semasa dan keperluan masyarakat ketika itu. Pendidikan KBSM yang diperkenalkan dan dilaksanakan secara berperingkat pada pertengahan tahun 80-an merupakan kesinambungan pendidikan KBSR. Setiap perubahan kurikulum matematik, daripada bentuk tradisi kepada bentuk KBSM dilakukan secara terancang berdasarkan perkembangan semasa yang memerlukan kefahaman matematik yang lebih canggih dan mencabar (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004). Kurikulum terdahulu lebih tertumpu kepada kaedah latih tubi dan kemudian ia diperbaharui dengan penerapan unsur-unsur KBKK. Menurut Marzita Puteh (2002), pada tahun 1991, purata markah Matematik bagi pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia adalah di bawah 50%, manakala pada 1992 hanyalah 52.3%. Terdapat peningkatan pada 1993 iaitu 52.3% tetapi ia kembali jatuh kepada 51.9% pada 1994. Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kepincangan dalam kefahaman pelajar terhadap matapelajaran

7 matematik yang dipelajari di sekolah dan mempengaruhi pencapaian Matematik mereka. Dengan perkembangan yang agak membimbangkan ini, Kementerian Pelajaran telah memutuskan untuk menaikkan tahap pencapaian pelajar dalam Matematik, dan salah satunya ialah penerapan unsur KBKK. Penerapan unsur KBKK dalam Matematik yang telah diperkenalkan dalam silibus adalah selari dengan perkembangan teknologi. Lebih-lebih lagi pada era teknologi maklumat dalam abad ini, kefahaman dan kemahiran matematik tidak hanya terhad kepada kebolehan menjalankan algoritma seperti operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi sebagaimana yang terkandung dalam matematik tradisi tetapi juga peringkat kefahaman yang jauh lebih tinggi. Namun masih terdapat segelintir perkara yang menghalang perkembangan KBKK di kalangan pelajar di mana perkara ini mesti dikesan dengan segera untuk mencari jalan penyelesaiannya. 1.1.1 Budaya menghafal di kalangan pelajar Menurut Wan Zah Wan Ali (1994), budaya menghafal dan hanya menunggu maklumat dari guru telah sebati dengan diri pelajar kerana mereka beranggapan budaya ini lebih mudah dari berfikir. Dengan menghafal, pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan tanpa memerlukan high order thinking skill. Dalam matematik tradisi (KLSM), latih-tubi amat ditekankan. Pendekatan ini selari dengan teori pembelajaran tingkah laku. Ia sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangkaji algoritma atau prosedur matematik tetapi ia tidak dapat menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas. Akibatnya pengajaran matematik memberi pelajar hasil pemikiran matematik dan bukannya proses pemikiran matematik ( Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004).

8 Gaya tradisi ini masih lagi sebati dalam pemikiran pelajar sedangkan KBSM yang menekankan KBKK telah digubal. Untuk maju, pelajar memerlukan pemikiran yang beraras tinggi yang dapat dipupuk melalui pendidikan KBKK ( Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, 2003). Budaya menghafal tidak lagi relevan kerana pelajar perlu berfikir dengan tahap intelektual yang tinggi seiring dengan perkembangan semasa dalam merealisasikan Wawasan 2020. 1.1.2 Pelajar menganggap matematik sebagai sesuatu yang rigid dan tidak berkembang Allen dan Johnston-Wilder (2004) menyatakan bahawa anggapan negatif yang popular di kalangan pelajar tentang matematik ialah matematik adalah sesuatu yang rigid iaitu kaku dan tidak berkembang. Matematik dilihat sebagai suatu yang telah tersedia ada dan tugas guru adalah untuk memindahkan apa yang telah tersedia ada dalam buku teks dengan kaedah paling berkesan kepada murid-muridnya ( Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004). Tugas pelajar pula ialah untuk menyerap sebaik mungkin kandungan matematik yang disampaikan oleh guru (Nik Azis Nik Pa, 1992). Anggapan ini menyebabkan pelajar tidak dapat mengembangkan KBKK dalam diri mereka seperti yang cuba diterapkan melalui mata pelajaran tersebut. Selain itu ia juga menyebabkan pelajar berfikir bahawa matematik adalah tidak penting dan seterusnya membawa kepada pemikiran bahawa matematik adalah matapelajaran yang susah. Budaya menghafal dan anggapan negatif yang berterusan terhadap matematik seperti ini boleh merencat perkembangan KBKK di kalangan pelajar. Perkara ini akan menular berterusan sehingga pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini dikhuatiri akan mengganggu proses sistem pendidikan dalam menghasilkan individu yang selaras dengan FPK dan menepati kehendak negara dalam merealisasikan wawasan Malaysia ke arah negara maju.

9 1.2 Penyataan Masalah Berdasarkan huraian permasalahan yang dibincangkan dibahagian latar belakang masalah, dengan itu penyelidik ingin meninjau sejauh mana tahap penguasaan pelajar terhadap komponen KBKK dalam matapelajaran matematik. 1.3 Objektif Kajian Bagi menjawab penyataan masalah di atas, penyelidik telah membentuk beberapa objektif kajian : 1.3.1 mengenalpasti tahap penguasaan pelajar terhadap komponen KBKK dalam matematik. 1.3.2 membandingkan tahap penguasaan KBKK di kalangan pelajar merentas jantina, etnik dan pencapaian dalam matematik.

10 1.4 Persoalan Kajian Persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut: 1.4.1 Apakah tahap penguasaan pelajar terhadap komponen KBKK? 1.4.2 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran membanding dan membeza merentas jantina? 1.4.3 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran menyusun mengikut turutan merentas jantina? 1.4.4 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran mencipta analogi merentas jantina? 1.4.5 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran menyelesaikan masalah merentas jantina? 1.4.6 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran membanding dan membeza merentas etnik? 1.4.7 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran menyusun mengikut turutan merentas etnik? 1.4.8 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran mencipta analogi merentas etnik? 1.4.9 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran menyelesaikan masalah merentas etnik? 1.4.10 Adakah terdapat pertalian di antara tahap kemahiran membanding dan membeza merentas pencapaian Matematik pelajar? 1.4.11 Adakah terdapat pertalian di antara tahap kemahiran menyusun mengikut turutan merentas pencapaian Matematik pelajar? 1.4.12 Adakah terdapat pertalian di antara tahap kemahiran mencipta analogi merentas pencapaian Matematik pelajar? 1.4.13 Adakah terdapat pertalian di antara tahap kemahiran menyelesaikan masalah merentas pencapaian Matematik pelajar?