BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

"66O "8 '

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

Transcription:

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KEBERKESANAN PERISIAN GEOMETER S SKETCHPAD UNTUK TAJUK PEMBINAAN GEOMETRI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya LOK YIAN LIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : LOT 2349 WAKAF STAN, KUBANG KERIAN 16150, KOTA BHARU KELANTAN. (TANDATANGAN PENYELIA) DR. AZLINA MOHD KOSNIN NAMA PENYELIA Tarikh : 28 APRIL 2009 Tarikh : 28 APRIL2009 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik). Tandatangan : Nama Penulis : DR. AZLINA MOHD KOSNIN Tarikh : 28 APRIL 2009

KEBERKESANAN PERISIAN GEOMETER S SKETCHPAD UNTUK TAJUK PEMBINAAN GEOMETRI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK LOK YIAN LIN Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2009

ii Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satu telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : Nama Penulis : LOK YIAN LIN Tarikh : 28 APRIL 2009

iii DEDIKASI Teristimewa Untuk Ibu dan Ayah, Yang dihormati, disayangi lagi dikasihi, Nasihat dan amanatmu menjadi pedomanku Buat ahli keluargaku yang tersayang, Yang sering memberi dorongan dan semangat, Bantuan dan dorongan kalian menjadi sumber ketabahan dan inspirasiku Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan, Segala pengorbanan dan dorongan kalian, Tidak mampuku balas semuanya.

iv PENGHARGAAN Terlebih dahulu, pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang tulus ikhlas kepada penyelia projek tesis ini, iaitu Dr. Azlina Mohd Kosnin di atas bimbingan dan nasihat beliau sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini dijalankan. Segala jasa dan tunjuk ajar yang diberikan amat memanfaatkan. Tanpa bantuan beliau, projek ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Penghargaan yang ikhlas juga ditujukan kepada Pn Lau Siao Siu yang menyumbangkan pelbagai bantuan serta idea sepanjang kajian dijalankan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih disampaikan kepada para responden yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan kajian ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Akhir sekali, pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung termasuklah ibu, ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan jayanya.

v ABSTRAK Pelajar sering kali menghadapi masalah dalam memahami dan menguasai konsep geometri apabila mempelajari tajuk pembinaan geometri. Keupayaan visualisasi spatial sering dikait rapat dengan penguasaan konsep geometri. Kajian ini telah dijalankan untuk melihat keberkesanan perisian Geometer s Sketchpad (GSP) dalam meningkatkan tahap keupayaan visualisasi pelajar dan tahap pencapaian pelajar dalam pembinaan geometri. Selain daripada itu, keberkesanan GSP juga dikaji dalam membantu pelajar dari tahap pencapaian matematik dan keupayaan visualisasi yang berbeza. Akhir sekali, masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian GSP dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dikaji. Partisipan terdiri daripada 72 orang pelajar tingkatan dua dan tiga orang guru matematik. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk eksperimen yang melibatkan satu kumpulan pretest-posttest dan temuduga berstruktur. Ujian visualisasi spatial dan ujian penilaian tahap pencapaian bagi tajuk pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara perseorangan ke atas guru-guru yang pernah menggunakan GSP. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan peningkatan pencapaian yang memberangsangkan dalam tajuk pembinaan geometri bagi pelajar selepas menggunakan perisan GSP. Analisis juga mendapati perisian GSP adalah berkesan dalam membantu pelajar yang berpencapaian rendah dan tinggi dalam tajuk pembinaan geometri. Selain itu, dapatan juga menunjukkan peningkatan keupayaan visualisasi pelajar selepas penggunaan perisian GSP. Manakala analisis perbezaan pencapaian pelajar menunjukkan terdapat peningkatan yang amat ketara bagi pelajar yang berkeupayaan visualisasi tinggi. Masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian GSP dalam pengajaran dan pembelajaran termasuk tempoh masa pengajaran terhad, kekurangan komputer, kepelbagaian tahap pengetahuan dan kemahiran komputer pelajar, kelemahan penguasan bahasa Inggeris pelajar serta kekurangan masa dan pendedahan bagi guru untuk menguasai kemahiran perisian GSP.

vi ABSTRACT Students always face the difficulties in understanding and mastering concepts of geometry when they learn the topic Geometrical Construction. Spatial visualization ability is often being related to the capability to learn geometry concepts. In this study, the effects of Geometer s Sketchpad (GSP) in student s visualization ability and student s achievement in topic Geometrical Construction have been investigated. Beside that, the effectiveness in helping students with different achievement levels and different visualization ability levels also evaluated. Finally, problems that are faced by teachers while using GSP in teaching and learning are also identified. A total of 72 form two students and three mathematics teachers were participated in the project. The research strategies that were used in this study are single-group experimental pretest-posttest design and structured interviews. Spatial visualization test and geometrical construction test gave to students before and after applied GSP methods and individual structure interviews conducted to teachers, whom had experience in using GSP. The quantitative results have indicated favorable improvement in student s achievement in geometrical construction after using GSP. Analysis also showed that GSP is able to help the students, both with low and high achievements in mastering the geometrical construction effectively. Beside that, the analysis showed that there is improvement for student s visualization ability after using GSP. Meanwhile, from the analysis of student s achievement with different visualization ability levels, there is visible improvement for students with higher visualization ability. The problems encountered while using GSP in teaching and learning include limited teaching periods, lack of computers, students poor proficiency in English as well as lack of time and exposure for teachers to learn the skills of GSP.

vii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKASURAT PENGAKUAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PENGKAJI DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xii xiii xiv 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latarbelakang Masalah 3 1.2 Pernyataan Masalah 7 1.3 Objektif 8 1.4 Persoalan Kajian 8 1.5 Hipotesis Nul 8 1.6 Skop dan Batasan Kajian 9 1.7 Kepentingan Kajian 9 1.8 Definisi Istilah 10

viii 1.8.1 Geometri 10 1.8.2 Pembinaan Geometri 10 1.8.3 Perisian Geometer s Sketchpad 11 1.8.4 Keupayaan Visualisasi Spatial 11 1.8.5 Pelajar 12 1.8.6 Keberkesanan 12 1.8.7 Pencapaian 12 1.9 Kerangka Kajian 13 1.10 Penutup 14 2 SOROTAN KAJIAN 2.0 Pengenalan 15 2.1 Perisian Geometer s Sketchpad 15 2.2 Keupayaan Visualisasi Spatial 18 2.3 Kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan keberkesanan Geometer s Sketchpad dalam Matematik 20 2.3.1 Kajian Tempatan 20 2.3.2 Kajian Luar Negara 22 2.4 Perkaitan Perisian Geometer s Sketchpad dengan keupayaan Visualisasi 25 2.5 Masalah Dalam Penggunaan Geometer s Sketchpad 27 2.6 Penutup 29 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 30 3.1 Reka Bentuk Kajian 30 3.2 Prosedur Kajian 31 3.3 Sampel Kajian 33 3.4 Tempat Kajian 33 3.5 Instrumen Kajian 34 3.5.1 Ujian Visualisasi Spatial 34 3.5.1.1 Vz-1 Form Board Test 34

ix 3.5.1.2 Vz-2 Paper Folding Test 35 3.5.2 Ujian Penilaian Tahap Pencapaian Pelajar 35 3.5.3 Temuduga Berstuktur 36 3.6 Kaedah Menganalisis Data 36 3.7 Penutup 38 4 ANALISIS KAJIAN 4.0 Pengenalan 39 4.1 Kebolehpercayaan Instrument 41 4.2 Dapatan Kajian 41 4.2.1 Keberkesanan kaedah Geometer s Sketchpad Dalam Meningkatkan Pencapaian Pelajar Dalam Tajuk Pembinaan Geometri 42 4.2.2 Perbezaan Keberkesanan Kaedah Geometer s Sketchpad Dalam membantu Pelajar Dari Tahap Pencapaian Matematik yang Berbeza Dalam Pembinaan Geometri. 43 4.2.3 Perbezaan Keberkesanan Kaedah Geometer s Sketchpad Dalam Membantu Pelajar Dari Tahap Keupayaan Visualisasi yang Berbeza Dalam Pembinaan Geometri 45 4.2.4 Keberkesanan Kaedah Geometer s Sketchpad Dalam Meningkatkan Tahap Keupayaan Visualisasi Pelajar 47 4.2.5 Masalah Penggunaan Perisian Geometer s Sketchpad Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 48 4.3 Penutup 49 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 51

x 5.1 Rumusan 51 5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 52 5.2.1 Keberkesanan kaedah Geometer s Sketchpad Dalam Meningkatkan Pencapaian Pelajar 53 5.2.2 Perbezaan Keberkesanan Perisian Geometer s Sketchpad Dalam Membantu Pelajar Dari Tahap Pencapaian Matematik yang Berbeza 55 5.2.3 Perbezaan Keberkesanan Perisian Geometer s Sketchpad Dalam Membantu Pelajar Dari Tahap Keupayaan Visualisasi yang Berbeza 56 5.2.4 Keberkesanan Perisian Geometer s Sketchpad Dalam Meningkatkan Tahap Keupayaan Visualisasi Pelajar 58 5.2.5 Masalah Penggunaan Perisian Geometer s Sketchpad Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 59 5.3 Cadangan dan Implikasi 60 5.4 Cadangan Kajian Lanjut 62 5.5 Penutup 63 RUJUKAN 64 LAMPIRAN A B 71-73

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT 3.1 Jenis Ujian Yang akan Diambil Oleh Responden 32 3.2 Cara Menganalisis Data Bagi Setiap Persoalan Kajian 36 4.1 Nilai Min Ujian Pra dan Pasca Dengan Paired t-test 42 4.2 Kategori Pencapaian Pelajar Mengikut Gred Pencapaian Ujian Bagi Subjek Matematik 43 4.3 Nilai Min Mengikut Kategori Kumpulan Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pencapaian Pembinaan Geometri Dengan Paired t-test 44 4.4 Kategori Keupayaan Visualisasi Spatial Pelajar 45 4.5 Nilai Min Mengikut Kategori Kumpulan Keupayaan Visualisasi Spatial Pelajar Dalam Ujian Pencapaian Pembinaan Geometri Dengan Paired t-test 46 4.6 Nilai Min Ujian Pra dan Pasca Bagi Ujian Visualisasi Spatial Dengan Paired t-test 48

xii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT 1.1 Kerangka Kajian 13 2.1 Paparan Skrin GSP 17 3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 33

xiii SENARAI SINGKATAN GSP - Geometer s Sketchpad ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi JPN - Jabatan Pelajaran Negeri KDP - Kursus Dalam Perkhidmatan KDPM - Kursus Diploma Perguruan Malaysia KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia OUM - Open University Malaysia PISMP - Pelajar Kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan SPSS - Statistical Pakage For Sosial Science SWOT - Strengths, Weaknesses, Opportunities & Threat VZ - Visualisasi Spatial Vz-1 - Form Boart Test Vz-2 - Paper Folding Test

xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT A Surat Kebenaran Dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 69 B Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran Johor 71

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Pada era globalisasi ini, Pendidikan matematik di Malaysia telah mengalami perubahan bukan hanya dari segi penggunaan bahasa pengantaran, bahkan penggunaan komputer juga dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Dalam usaha menghasilkan pendidikan yang berkualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah bersarankan guru-guru matematik menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Demi mengalakkan penggunaan komputer yang optimun di kalangan guru-guru sekolah, pelbagai peralatan teknologi telah dibekalkan kepada sekolah. Kenyataan ini disokong dengan taklimat yang diberikan oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kursus A+ untuk juruteknik Terengganu pada 27 Mac 2008 telah menyatakan sebanyak lebih 200 inisiatif ICT telah dilaksanakan di KPM yang melibatkan pembekalan peralatan, penyediaan infrastruktur, pembekalan pengisian pengajaran dan pembelajaran, latihan serta aplikasi yang melibatkan kos yang melebihi RM 5 billion untuk kegunaan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Inisiatif ICT yang dilaksanakan oleh KPM adalah sejajar dengan Kurikulum Matematik Sekolah Menengah yang bertujuan untuk membentuk individu yang berfikiran matematik, berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan serta bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah, membuat

2 keputusan serta berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi. Tidak dapat dinafikan, matematik merupakan satu mata pelajaran yang sering menimbulkan masalah kefahaman konsep menyebabkan pelajar kurang minat dalam mata pelajaran ini. Pelajar beranggapan bahawa matematik adalah satu subjek yang abstrak yang memerlukan proses menghafal bagi menyelesaikan sesuatu latihan matematik (Lim, Fatimah dan Munirah, 2004). Kebanyakkan pelajar mendapati matematik merupakan mata pelajaran yang mekanikal, membosankan, tidak mencabar dan tiada kaitan dalam penggunaan harian (Noraini, 2005). Keadaan ini telah menyebabkan guru-guru matematik sering menghadapi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor ini mengakibatkan pencapaian mata pelajaran matematik adalah kurang merangsangkan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain di sekolah (Nor Hayati, 2003). Di Malaysia, geometri ditekankan dalam sukatan pelajaran matematik, tetapi konsep-konsep geometri yang disampaikan kepada pelajar adalah kurang jelas. Pembelajaran geometri menjadi sukar kerana pelajar dan guru berada dalam tahap pemikiran yang berlainan (Noraini, 2005). Daya imaginasi diperlukan untuk mempelajari geometri (Mackrell dan Wilder, 2005), kekurangan daya imaginasi ini menyebabkan murid yang bermasalah pembelajaran menunjukkan kesukaran dalam keupayaan visual-ruang (Effandi, Norazah dan Sabri, 2007). Oleh yang demikian, guru perlu menjalankan pembelajaran geometri yang bermakna serta memberi peluang kepada pelajar aktif dalam membina dan membangun konsep (Krongthong, 2004). Pengajaran dan pembelajaran matematik tidak lagi bergantung kepada kaedah penerangan dan alat bantu mengajar yang wujud. Kebelakangan ini, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah dititikberatkan dalam dunia pendidikan. Penggunaan komputer dalam pembelajaran matematik dapat mengubah pendekatan pengajaran dan pembelajaran matematik. Kelajuan komputer dapat membantu cara penyelesaian tugasan (Perks, Prestage & Hewitt, 2002).

3 Oleh yang demikian, Perisian geometri dinamik mempunyai potensi dalam mengubah kaedah pembelajaran tradisional kepada pembelajaran yang terkini (Dix, 1999). Kajian yang dijalankan oleh Reed (1996) telah menunjukkan bahawa pelajar dapat menemui ciri-ciri geometri dengan penggunaan komputer tanpa pengajaran daripada guru. Perisian GSP adalah salah satu perisian geometri dinamik yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik serta memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik, perisian Geometer s Sketchpad (GSP) telah diperkenalkan di peringkat sekolah menengah. Menurut Halimah (2005), perisian GSP telah dilesenkan kepada KPM untuk penggunaannya di sekolah-sekolah atau institusi-institusi pendidikan di Malaysia. Perisian ini ialah sebuah sistem perisian untuk membina, meneroka dan menganalisis secara luas dalam bidang matematik. 1.1 Latarbelakang Masalah Sistem pendidikan pada hari ini lebih berorientasikan kepada peperiksaan (Abdul Halim dan Mohini, 2007). Sistem ini telah menimbulkan banyak kelemahan dalam pembelajaran matematik yang merupakan satu fenomena meluas dan sering kali menimbulkan pelbagai masalah. Dengan itu, terdapat pelbagai usaha untuk mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran matematik dengan lebih berkesan disarankan (Salwa dan Zaleha, 2002). Untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar, guru-guru matematik perlu mengubah pendekatan pengajaran dengan mengambil risiko untuk menggunakan pelbagai kaedah teknik mengajar yang menarik (Marzita, 2003). Pengajaran yang berpusatkan guru amat popular sehingga sekarang (Effandi, Norazah dan Sabri, 2007). Menurut Abdul Halim dan Mohini (2007) pedekatan tradisional ini adalah kurang sesuai pada zaman perkembangan teknologi ini. Untuk menyelaraskan dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah

4 memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. Sehingga tahun 2005, sebanyak 5,037 sekolah telah disediakan makmal komputer dan dibekalkan 133,000 komputer dan 4,700 pelayan dan seramai 200,000 guru telah dilatih dalam bidang teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, guru-guru matematik tidak berminat untuk menggunakan segala kemudahan teknologi pendidikan yang disediakan (Abdul Halim dan Mohini, 2007). Penggunaan komputer dan pelbagai perisian dapat meningkatkan kaedah teknik mengajar seseorang guru. Kelebihan komputer membolehkan animasi dan visualisasi dilakukan yang mana buku dan panduan tidak dapat melakukannya (Marzita dan Rohaidah, 2007). Pada padangan Tang Howe Eng (2005) teknologi komputer merupakan alat tambahan dalam kelas yang membantu guru mengajar dan membantu pelajar mempelajari matematik. Dalam sukatan pelajaran matematik KBSM, terdapat tiga bidang utama, iaitu Nombor, Bentuk dan Ruang serta Perkaitan. Tajuk geometri merupakan salah satu tajuk dari Bentuk dan Ruang yang merupakan cabang matematik yang mempelajari tentang sudut, segitiga, lilitan, luas dan isipadu. Geometri berkait rapat dengan keupayaan visualisasi spatial. Menurut Ramlah Jantan (2002), keupayaan visualisasi spatial merupakan satu kecerdasan membolehkan seseorang mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Seseorang yang peka dengan warna, garis, bentuk dan ruang turut berkebolehan menvisual secara spatial dalam matriks ruang. Keupayaan visualisasi spatial membantu seseorang pelajar dalam menguasai konsepkonsep geometri. Keupayaan spatial visualisasi dapat membantu pelajar menguasai konsep geometri. Lowrie dan Logan (2006) mendapati pelajar sekolah menengah lebih suka menggunakan kemahiran spatial apabila mereka melibatkan diri dalam aktiviti menyelesaikan tugasan matematik. Silverman (2000) pula menyenaraikan cara pengajaran yang berkesan seperti memberi peluang kepada pelajar untuk membina, melukis atau cara lain yang dapat membina persembahan visual daripada konsep. Manakala Lowrie dan Diezmann (2007) mencadangkan pendidik harus memberi

5 perhatian kepada grafik dan gambarajah yang specifik bagi masalah matematik yang mengandungi gambar, diagram dan graf. Terdapat kesukaran bagi pelajar sekolah menengah memahami konsep geometri dengan menggunakan pengajaran tradisional seperti Chalk and talk, mempamerkan slide pembelajaran dan sebagainya. Pendekatan yang digunakan ini tidak digalakkan oleh KPM. Guru digalakkan menggunakan dan membantu pelajar menggunakan teknologi dan alat-alat saintifik bagi meningkatkan daya meneroka idea-idea matematik dan menghubung kaitkannya dengan matematik (Noraini, 2005). Kementerian Pelajaran Malaysia telah mensarankan guru-guru matematik mengintegrasikan komputer dalam proses pangajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian geometri dinamik dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah dinyatakan secara eksplisit dalam huraian sukatan pelajaran matematik (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002). Aktiviti membina dan menyiasat amat diperlukan dalam tajuk geometri. Pembinaan spatutnya tidak hanya dilakukan dengan penggunaan set pembinaan geometri sahaja. Cara yang paling baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran geometri adalah menggunakan perisian geometri dinamik (Vanema, 2006). Satu perisian dalam golongan perisian geomteri dinamik adalah perisian GSP. Perisian GSP adalah perisian yang bersifat dinamik, interaktif serta mesra pengguna. Perisian ini direkabentuk oleh Jackiw, N pada tahun 1991. Perisian ini merupakan suatu alat yang membolehkan pelajar melukis dan melihat pergerakan, perubahan kedudukan dan bentuk objek yang dijelmakan pada paparan yang sama melalui penerokaan (Nurul Hidayah Lucy dan Aziz, 2005). Perisian GSP khususnya digunakan untuk membina rajah-rajah geometri, melukis garisan, mengukur panjang, sudut dan mengira perimeter, luas dan lain-lain (Nor Hayati, 2003). Menurut Bennet (2002) pula, perisian GSP ini dapat menginterasikan tajuk geometri yang tidak mampu dilakukan oleh buku teks. Menurut Halimah (2005), penggunaan perisian GSP dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan perisian ini, guru-guru matematik dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan

6 pelajar dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan penyiasatan, penerokaan, dan membina konsep sendiri. Tajuk pembinaan geometri adalah salah satu tajuk dalam Kurikulum matematik tingkatan dua (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002). Penggunaan perisian GSP dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap pencapaian dalam tajuk pembinaan geometri. Dengan adanya perisian ini, pelajar boleh membina sesuatu objek dan seterusnya bebas untuk melihat sifat matematik yang terhasil apabila bentuknya diubah (Marzita dan Rohaidah, 2007). Selain itu, perisian GSP juga membolehkan bentuk geometri dihasilkan dengan cepat dan efisien (Halimah, 2005) serta pelajar dapat mengawal dan manipulasi pembinaan geometri semasa proses pembelajaran (Reed, 1996; Key Curriculum Press, 2008). Norashikin dan Zuhaidi (2005) menyatakan terdapat kajian yang mendapati jika seseorang pelajar mempunyai tahap keupayaan visualisasi spatial tinggi, maka pencapaian dalam matematik juga cemerlang. Perisian GSP amat sesuai dalam membantu pelajar meningkatkan keupayaan visualisasi spatial. Menurut Krongthong (2004) perisian GSP ini membolehkan pelajar menvisual dan mengalakkan mereka membuat tekaan sebelum menjalankan aktiviti membukti. Perisian GSP ialah satu alat yang sangat sesuai untuk membolehkan pelajar berfikir secara geometri yang melibatkan penggunaan visualisasi spatial. Perisian GSP boleh dikatakan perisian yang baru di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendapatkan lesen perisian GSP versi 4.05M pada tahun 2004 (Teoh Boon Tat dan Fong Soon Fook, 2005). Pendedahan perisian GSP kepada guru matematik di Malaysia masih berkurangan walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendapatkan lesen perisan ini. Oleh yang demikian, mungkin terdapat masalah yang dihadapi oleh guru-guru matematik yang ingin menggunakan perisan GSP ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Keberkesaan bagi perisian GSP bagi tajuk-tajuk matematik adalah perlu diuji dan dikesan dalam tujuan untuk mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar dalam matematik. Keupayaan visualisasi adalah berkait rapat dengan bidang geometri. Kajian mengenai Perisian

7 GSP dengan keupayaan visualisasi juga penting bagi pendidik supaya mereka dapat melihat hubungan antara perisian GSP dengan keupayaan visualisasi spatial. Sehingga kini, guru-guru di Malaysia telah mula menjalankan pengajaran dan pembelajaran perisian GSP ini dengan pelbagai cara tetapi penggunaannya masih tidak secara maksimum (Halimah 2005). 1.2 Pernyataan Masalah Geometri merupakan bidang yang penting dalam matematik (Abdul Halim dan Mohini, 2007). Sejak tahun 2004, perisian GSP diperkenalkan kepada guru-guru matematik sekolah menengah untuk membantu guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran geometri. Perisian GSP dapat membantu visualisasi dan ianya dapat dilihat sebagai alat bantu mengajar dalam meningkatan pencapaian pelajar dalam matematik, terutamanya dalam bidang geometri. Walau bagaimanapun, penggunaan perisian GSP di sekolah masih kurang berleluasan serta kajian yang mengenai keberkesanan perisian ini dalam pertingkatan tahap pencapaian pelajar dan tahap keupayaan visualisasi spatial di Malaysia adalah berkurangan jika dibandingkan dengan negara barat. Untuk mencungkil keistimewaan dan kebaikan perisian GSP dalam bidang geometri, satu kajian akan dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan perisian GSP dalam mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar. Selain itu, Keberkesanan perisian GSP dalam membantu pelajar yang mempunyai tahap keupayaan visualisasi spatial tinggi dan rendah dalam tajuk pembinaan geometri juga akan diuji sebelum dan selepas kajian dijalankan. Kajian ini juga akan mencungkil masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian GSP dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik kepada pihak kerajaan dan pihak sekolah.

8 1.3 Objektif Terdapat lima objektif telah ditetapkan di dalam pelaksanaan kajian ini. Pelaksanaan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan perisian GSP dalam meningkatkan tahap keupayaan visualisasi pelajar dan tahap pencapaian pelajar dalam pembinaan geometri. Selain itu, Kajian ini juga dijalankan untuk melihat keberkesanan perisian GSP dalam membantu pelajar dari tahap pencapaian matematik dan keupayaan visualisasi yang berbeza dalam pembinaan geometri. Objektif yang terakhir bagi kajian ini ialah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian GSP dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.4 Persoalan Kajian Persoalan kajian untuk kajian ini adalah seperti berikut: 1. Adakah perisian GSP berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam tajuk pembinaan geometri? 2. Adakah perisian GSP berkesan dalam membantu pelajar dari tahap pencapaian matematik yang berbeza dalam tajuk pembinaan geometeri? 3. Adakah perisian GSP berkesan dalam membantu pelajar dari tahap keupayaan visualisasi yang berbeza dalam pembinaan geometri? 4. Adakah perisian GSP berkesan dalam meningkatkan tahap keupayaan visualisasi pelajar? 5. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian GSP dalam pengajaran dan pembelajaran matematik? 1.5 Hipotesis Nul Hipotesis nul (H 0 ) yang hendak diuji ialah :