STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

"66O "8 '

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU ASERTIF DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DALAM KALANGAN STAF SOKONGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) HAWA OMAR

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faculty Of Information and Communication Technology

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Hakcipta tesis ini adalah milik pengarang dan/atau pemilik hakcipta lain. Salinan boleh dimuat turun untuk kegunaan penyelidikan bukan komersil

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

NOORHASNI BINTI HASAN

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Transcription:

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK. VIRGINY ANAK JOHN BURUNG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i PENGESAHAN PEMBIMBING Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( KEMAHIRAN HIDUP ). Tandatangan :... Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011

ii STRES DIKALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK VIRGINY ANAK JOHN BURUNG Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Mei, 2011

iii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :. Nama Penulis : VIRGINY ANAK JOHN BURUNG. Tarikh : 12 MEI 2011

iv DEDIKASI Teristimewa buat, Ayah Encik John Burung dan ibu Puan Doret Simpoh yang dicintai Terima kasih atas segala doa, nasihat, jasa dan pergorbananmu Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison John Terima kasih diatas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan semoga Tuhan akan membalasnya dengan sebaik-baik Terima Kasih

v PENGHARGAAN Salam sejahtera penyelidik ucapkan sebagai pembuka laluan bagi coretan penghargaan ini. Syukur kepada Tuhan kerana dengan berkatnya, maka kajian ini dapat disiapkan dalam masa yang dirancang. Pada kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penyelia projek sarjana muda iaitu PM Dr Yahya Bin Buntat di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyempurnakan kajian ini. Komitmen yang telah diberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Sekalung ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pejabat Gabungan, Jabatan Pendidikan, Bahagian Samarahan atas kesudian mereka memberi kebenaran kepada penyelidik untuk menjalankan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua pengetua, penolong kanan dan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu yang terlibat dalam kajian ini atas kerjasama yang telah diberikan. Kemaafan juga saya pinta sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan dalam projek penyelidikan ini. Akhir kata, penyelidik berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sekian

vi ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca, kesan dan cara menangani stres di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah kebangsaan di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Seramai 67 orang guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu daripada lapan buah sekolah menengah di Daerah Kota Samarahan, Sarawak sebagai sampel dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik. Kajian rintis telah dijalankan dikalangan 10 orang guru Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Kebangsaan Serian. Darjah kebolehpercayaan bagi intsrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.9. Data dihuraikan secara deskriptif iaitu menggunakan frekuensi, peratusan dan min. Secara keseluruhan didapati stres guruguru Kemahiran Hidup di sekolah menengah di daerah Kota Samarahan ini adalah pada tahap sederhana. Daripada dapatan kajian, menunjukkan faktor beban tugas menjadi punca domain stres di kalangan guru-guru ini. Manakala kesan stres terhadap fizikal seperti sering mengalami perubahan selera makan, sering mengalami sakit kepala dan sukar tidur menjadi kesan domain yang berlaku kepada guru-guru ini. Hasil kajian menunjukkan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu kebanyakkannya menangani masalah stres mereka dengan beriadah dan bersenam daripada aspek gaya hidup, manakala daripada aspek tingkah laku, kebanyakkannya akan bergaul bersama rakan sekerja untuk menangani masalah stres mereka.

vii ABSTRACT This study investigates the perception regarding the causes and effects of stress and how to overcome the stress problem among the Living Skills teachers who are currently teaching in secondary schools in Kota Samarahan, Sarawak. A total of 67 teachers which comes from eight secondary schools in Kota Samarahan, Sarawak have been selected as the respondents of this study. The instrument used in this study is questionnaire.a pilot survey was piloted among 10 technical s teacher in SMK Serian, Sarawak. Cronbach s alpha recorded for this instrument is 0.9. The overall data is analysed in terms of frequency, percentage and mean. This study found that the overall stress of Living Skills teachers in secondary schools in Kota Samarahan is at moderate level. According to this study, the workload is the main source which influenced the teachers. The symptoms of stress among the Living Skills teachers influenced their physical characteristics such as appetite changes, frequent headache and sleeping discorder. The results obtained showed that the Living Skills teacher mostly uses factors of lifestyle when dealing with stress problems. The findings also show that the majority of teachers tried to release stress by involving theirselves in sport and exercise. In behaviour aspect, majority of the teachers will interact with their colleagues to release stress.

viii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL i ii iii iv v vi vii xii BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 3 1.3 Pernyataan Masalah 5

ix 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Skop Kajian 9 1.8 Definisi Istilah 10 1.9 Kesimpulan 12 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Konsep Stres 14 2.3 Konsep Stres Kerja 16 2.4 Punca-punca Stres 18 2.5 Cara Menangani Stres 20 2.6 Kemahiran Hidup Bersepadu 22 2.7 Model-model Stres/Tekanan 23 2.8 Teori-teori Stres/Tekanan 34 2.9 Kajian-Kajian Lepas 36 2.10 Kesimpulan 42

x BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 43 3.2 Rekabentuk Kajian 44 3.3 Populasi Kajian 44 3.4 Instrumen Kajian 47 3.5 Kajian Rintis 50 3.6 Prosedur Kajian 51 3.7 Analisis Data 51 3.8 Jangkamasa Kajian 52 3.9 Kesimpulan 53 BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 54 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 55 4.3 Analisis Data Item-item Persoalan Kajian 57 4.3.1 Persoalan Kajian 1 58 4.3.2 Persoalan Kajian 2 64 4.3.3 Persoalan Kajian 3 68 4.4 Kesimpulan 71

xi BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 72 5.2 Rumusan 73 5.3 Perbincangan 75 5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 76 5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 80 5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 83 5.4 Cadangan 86 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88 5.6 Penutup 89 LAMPIRAN A Rujukan 90 LAMPIRAN B LAMPIRAN C LAMPIRAN D Surat Pengesahan Item-item Soal Selidik Borang Soal Selidik Surat kebenaran menjalankan kaji selidik di setiap sekolah

xii SENARAI JADUAL NO. TAJUK MUKA SURAT 2.1 Model Punca Tekanan Kerja 28 3.1 Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Kota Samarahan, Sarawak 45 3.2 Taburan Jumlah Responden Mengikut Sekolah 46 3.3 Skor Skala Likert 48 3.4 Jadual Skala Likert untuk Bahagian B, C dan D 48 3.4 Taburan Item Mengikut Aspek Persoalan Kajian 49 3.5 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 49 4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Jantina 55 4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Status perkahwinan 55 4.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Umur 56 4.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman Tahun Mengajar 57

xiii 4.5 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min bagi Punca Stres dari Aspek Faktor Beban Kerja guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu 58 4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min bagi Punca Stres dari Aspek Faktor Persekitaran guru-guru KHB 60 4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min bagi Punca Stres dari Aspek Faktor Kewangan guru-guru KHB 62 4.8 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min bagi Kesan Stres terhadap Fizikal guru-guru KHB 64 4.9 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min bagi Kesan Stres terhadap Emosi guru-guru KHB 66 4.10 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min bagi Cara Mengatasi Stres melalui Kaedah Tingkah Laku Guru-guru KHB 68 4.11 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min bagi Cara Mengatasi Stres melalui Kaedah Gaya Hidup Guru-guru KHB 70

xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Gallup Poll terhadap Distressors dan Distress 19 2.2 General Adaptation Syndrome (GAS) model 23 2.3 Model Stress Atkinson (1988) 26 2.4 Model Tekanan Guru 27

xv SENARAI LAMPIRAN TAJUK HALAMAN LAMPIRAN A Rujukan 99 LAMPIRAN B Surat Pengesahan Borang Soal Selidik 1 101 Surat Pengesahan Borang Soal Selidik 1 102 LAMPIRAN C Borang Soal Selidik 103 LAMPIRAN D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 1 112 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 2 113 Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 1 114 Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat 115

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pada zaman era globalisasi yang serba moden masa kini, kehidupan manusia akan dipenuhi dengan situasi yang penuh dengan cabaran, permintaan, kekecewaan dan manusia saling berlumba-lumba untuk mencapai target mereka. Situasi sebegini bukan sahaja memerlukan usaha tetapi memerlukan mentaliti yang kuat. Jika cara pengurusan kehidupan tidak diuruskan dengan baik maka seseorang itu akan mengalami stres. Stres didefinisikan sebagai reaksi mental, fizikal dan emosi terhadap tuntutan dalam kehidupan manusia dalam kehidupannya (Scafer, 1998) Stres boleh berlaku di tempat kerja mahupun di rumah lebih-lebih lagi hidup pada masa kini penuh dengan cabaran, pelbagai masalah, kekecewaan dan pelbagai permintaan yang harus dipenuhi. Dalam erti kata lain stres yang dialami adalah disebabkan perlakuan dan permintaan dalaman yang berlebihan dalam melakukan daya usaha dan pelarasan (Fisher, 1994).

2 Untuk kebanyakkan orang, stres merupakan satu kebiasaan dalam kehidupan manusia. Dalam erti kata lain, stres bukanlah sesuatu perkara yang tidak baik namun ia membawa dua kesan iaitu kesan baik (positif) dan juga kesan tidak baik (negatif). Jika seseorang mengalami stres yang sedikit, dia akan lebih bermotivasi memperbaiki diri untuk melakukan yang terbaik. Walaupun stres kadangkala dilihat boleh membawa kebaikan tetapi stres berlebihan menyebabkan sesorang menjadi kurang upaya dalam menghadapi cabaran terutamanya di tempat kerja. Charlesworth and Nathan (1984) telah menyenaraikan pelbagai faktor stres. Antaranya adalah faktor persekitaran, faktor komunikasi, faktor fizikal, faktor perubahan, faktor keluarga, faktor penyakit, keputusan yang dibuat, sosial dan termasuklah faktor kerja. Seaward (2006) telah melaporkan kajian terbaru secara keseluruhannya menunjukkan bahawa 70% hingga 80% penyakit yang dialami manusia kini kesan daripada stres. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan hasil data yang ditunjukkan oleh National Center For Health Statistic dalam Mazlan, Faizah, Syed (2002) yang melaporkan pada 2000 masalah penyakit manusia ada hubungan rapat dengan stres (contohnya kanser, penyakit jantung dan stroke). Stres kerja dikenali di mata dunia sebagai cabaran utama terhadap kesihatan pekerja dan memberi kesan mendalam kepada sesebuah organisasi. Pekerja yang mengalami stres biasanya menjadi tidak sihat, kurang bermotivasi, kurang produktif dan tidak mengamalkan keselamatan ketika bekerja. Majikan tidak dapat melindungi pekerja-pekerjanya daripada stres di luar tempat kerja tetapi boleh membantu mengurangkan stres di tempat kerja. Stres di tempat kerja boleh membawa kesan yang buruk kepada sesebuah organisasi. Pengurusan kerja yang baik adalah satu cara yang paling berkesan untuk mengelakkan berlakunya stres di tempat kerja.

3 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan merupakan faktor penting dalam pembangunan sesebuah negara. Melalui pendidikan juga ia mampu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (Nor Hasimah, 2003). Oleh itu segala ilmu di seluruh dunia mahupun ilmu ilmiah atau ilmu kerohanian ini akan disalurkan oleh insan yang digelar guru. Oleh kerana sistem pengajaran di sekolah banyak, para guru banyak menghadapi masalah dan beban tugas yang banyak. Para guru terpaksa berjuang untuk mendidik anak muridnya dan terpaksa juga melakukan pelbagai tugas dalam masa yang sama. Menurut Ismail Nihat (2009) guru-guru kini terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Bebanan ini terus berlaku dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid, projek banyak tetapi guru sedikit. Masalah yang dihadapi oleh golongan guru menjurus kepada stres mental dan emosi berbanding fizikal. Ini menjejaskan keupayaan dan kepercayaan mereka terhadap diri sendiri untuk mencapai matlamat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti. Fenomena stres telah menular dalam profesion keguruan seluruh dunia. Menurut Borg dan Mark (1990) pekerjaan guru dikategorikan mempunyai stres yang tinggi. Ia disokong oleh Travers dan Cooper (1993) dalam Jepson dan Forrest (2006) mendapati apabila dibuat perbandingan dengan pekerjaan lain, kerjaya perguruan didapati mempunyai tahap stres yang tinggi. Kenyataan ini disokong oleh laporan kajian oleh Health and Safety Executive yang menyokong pengajaran adalah salah satu daripada pekerjaan yang sangat stres. Didapati 41% guru dilaporkan mempunyai tahap stres yang tinggi. Kajian ini membandingkan kerjaya guru dengan kerjaya

4 sebagai jururawat yang mempunyai tahap stres sebanyak 31%, kerja pengurusan 29% dan dalam bidang professional serta sokongan sebanyak 27%. Daripada situasi yang sering kita lihat pada hari ini, jelaslah bahawa profesion perguruan di negara kita mengalami suatu keadaan yang kritikal dan memerlukan perhatian daripada pelbagai pihak. Keadaan ini menggambarkan situasi di kalangan guru-guru tidak boleh dipandang remeh lagi terutamanya guru-guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah menengah. Ramai guru berpendapat bahawa pekerjaan guru termasuk guru Kemahiran Hidup tidak lagi menarik lagi disebabkan oleh beban tugas yang sudah meningkat pada masa kini. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar dan mendidik pelajar semakin bertambah dengan tugas yang di luar bidangnya seperti tugas pengkeranian. Tugas pengkeranian yang dimaksudkan adalah seperti membuat laporan aktiviti, mengisi borang atau kad-kad, membuat penyata kewangan kelab atau persatuan dan sebagainya. Bagi guru-guru Kemahiran Hidup juga mereka dibebankan dengan kerja-kerja yang diluar waktu sekolah seperti membuat plan landskap untuk keceriaan sekolah atau bengkel Kemahiran Hidup, membuat tempahan untuk barangan dan peralatan di bengkel-bengkel, dan sebagainya menuntut peruntukan masa yang panjang di samping guru-guru perlu memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru Kemahiran Hidup juga menjadi guru pentaksir menambah lagi tugas mereka selain mengajar sahaja. Buku-buku dan ujian serta kertas Penilaian Pentaksiran Sekolah untuk subjek Kemahiran Hidup juga perlu disemak oleh guru tanpa mengenal penat lelah. Kenyataan ini disokong oleh Siti Rodziah (1982) yang menyatakan faktor yang membawa stres guru-guru ialah beban tugas dan kesuntukan masa. Individu tidak dapat berfungsi dengan berkesan jika di dalam keadaan tertekan (Smith 1993 : Girdano & Everly, 1993). Perasaan tertekan menjadikan

5 seseorang itu bersikap tidak rasional, cemas, tegang tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira serta tidak puas hati terhadap kerja. Hal-hal seperti ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya apatah lagi rasa kasih sayang. Terdapat kajian-kajian membuktikan sesetengah guru mengalami stres perasaan, sikap berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara sebelum masa yang sepatutnya kerana mereka dikatakan tertekan Daripada pemerhatian yang dilakukan, daerah Kota Samarahan adalah salah satu daerah terletaknya banyak pusat latihan dan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Mara, Samarahan, Universiti Malaysia Sarawak, Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan, Kolej Kejururawatan dan terdapat juga kolej-kolej swasta yang terletak di daerah Samarahan. Oleh hal yang demikian, persaingan tentang prestasi sekolah-sekolah di kawasan tersebut juga semakin meningkat kerana dipengaruhi oleh persekitaran di kawasan tersebut. Guru-guru di daerah tersebut juga semakin dibebani tugasan yang banyak dan disamping dapat meningkatkan prestasi sekolah masing-masing. 1.3 Pernyataan Masalah Matapelajaran Kemahiran Hidup yang diajar di Sekolah Menengah adalah bertujuan melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Dalam merealisasikan visi Kementerian Pelajaran Malaysia ini, para guru bekerja keras untuk melahirkan produktiviti yang berkualiti untuk negara pada masa hadapan.

6 Berdasarkan latar belakang masalah di atas, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti punca, kesan dan cara menangani stres yang dialami oleh guruguru sekolah menengah di daerah Kota Samarahan 1.4 Objektif Kajian Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji punca, kesan dan cara menangani stres di kalangan guru-guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolahsekolah Daerah Samarahan, Sarawak. Objektif utama kajian ini pula adalah untuk: 1.4.1 Mengenalpasti punca stres dikalangan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. 1.4.2 Mengenalpasti kesan stres terhadap fizikal dan emosi dikalangan guruguru Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. 1.4.3 Mengenalpasti cara guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan Sarawak menangani stres.

7 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian, berikut adalah persoalan kajian: 1.5.1 Apakah punca stres di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan, Sarawak? 1.5.2 Apakah kesan stres terhadap guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan, Sarawak? 1.5.3 Bagaimanakah cara-cara guru Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan, Sarawak menangani masalah stres mereka?