BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

"66O "8 '

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

Il\rm\rm~ \ \~r1\

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

Faculty Of Information and Communication Technology

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di Tanah Melayu

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Transcription:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PSZ 19:16 (Pind. 1/97) JUDUL : TAHAP PENGGUNAAN MATEMATIK DALAM KURSUS TEKNIKAL YANG DIJALANKAN DI KOLEJ KOMUNITI SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya : NOOR HAZWAN BIN ZOLKAFLI ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmilikmya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5. * Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 6. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap: NO 24, JALAN MESRA 4/5 TAMAN MESRA, KANCHONG DARAT, 42700 BANTING, SELANGOR PROF. DR. MUHAMMAD RASHID BIN HJ RAJUDDIN Nama Penyelia Tarikh : 25 April 2006 Tarikh : 24 April 2006 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD

ii TAHAP PENGGUNAAN MATEMATIK DALAM KURSUS TEKNIKAL YANG DIJALANKAN DI KOLEJ KOMUNITI NOOR HAZWAN BIN ZOLKAFLI Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia April 2006

iii Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik). Tandatangan : Nama Penyelia : Prof. Dr. Muhammad Rashid Bin Hj. Rajuddin Tarikh : April 2006

iv Saya akui karya ini yang bertajuk Tahap Penggunaan Matematik Dalam Kursus Teknikal Yang Dijalankan Di Kolej Komuniti adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : Nama Penulis : Noor Hazwan bin Zolkafli Tarikh : April 2006

v DEDIKASI PENULIS Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang S etinggi-tinggi kalungan penghargaan dan tanda terima kasih yang tidak terhingga buat mereka yang menyumbang apa jua bentuk sokongan dan bantuan sepanjang penghasilan projek ini. Hanya Tuhan yang benarbenar layak membalas budi dan jasa hambanya. Semoga Tuhan terus memberi kekuatan dan semangat perjuangan kepada diri ini dalam mengejar cita-cita dan melalui kehidupan penuh bermakna. Penyelia Projek, Dr Rashid Tunjuk ajar yang diperolehi tiada gantinya Keluarga Tercinta, Abah, Mama, Hanis, Haziq Semoga kita terus bahagia bersama selamanya dengan lindungannya Yang Teristimewa, Dikau banyak mengajar erti kehidupan yang bukan sedikit Rakan Seperjuangan, Aku mahu dunia ini berhenti di kala kita bersama Tulus dan ikhlas Noor Hazwan Zolkafli

vi PENGHARGAAN Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnianya membenarkan penulis melengkapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini dengan baik. Segala puji bagi Allah s.w.t, pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Dr Muhammad Rashid bin Hj Rajuddin selaku pensyarah pembimbing. Sememangnya beliau banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan, nasihat, dorongan dengan sabar dalam usaha menyiapkan penulisan ini. Berada di bawah penyeliaan beliau begitu banyak membuka pandangan saya mengenai dunia pendidikan dan masa hadapan. Penghargaan ini juga kepada pihak yang memberikan kerjasama terbaik melibatkan staff pengurusan dan akademik di Kolej Komuniti Kuala Langat dan Kolej Komuniti Selayang, Selangor Darul Ehsan. Usaha mendidik yang anda lakukan menyumbang impak besar dalam pembangunan negara ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak dalam menjayakan penyelidikan yang begitu bermakna pada diri ini. Sekian, Wassalam.

vii ABSTRAK Matematik merupakan subjek yang memainkan peranan penting dalam bidang sains dan teknologi. Kajian dijalankan untuk menentukan tahap penggunaan matematik dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti Kuala Langat dan Selayang, Selangor Darul Ehsan. Konteks kajian hanya menilai tahap penggunaan matematik dalam tiga aspek iaitu dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbentuk teori dan amali serta dalam proses penyelesaian masalah. Empat puluh orang pensyarah kolej dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dengan nilai kebolehpercayaan, alpha crombach α = 0.7691. Kajian adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan statistik secara frekuensi dalam proses penganalisisan data. Secara keseluruhannya, penggunaan matematik dalam kursus teknikal berada pada tahap rendah dengan nilai penggunaan sebanyak 21.8% sahaja.

viii ABSTRACT Mathematics is a subject that plays an important role in science and technology. The aim of the study is to determine the level of mathematics application in technical courses at Kolej Komuniti Kuala Langat and Selayang, Selangor Darul Ehsan. The context of the study is to evaluate mathematics application levels in three aspects; theoretically, practically and problem solving process during class. The total number of respondent selected randomly is 40; all of them are college lecturers. The instrument of the study is self - constructed questionnaire with alpha crombach α = 0.7691, value of reliability. It is descriptive research and the data analyzed using frequency statistic. The result shows that the level of mathematics application in technical course is classified as low; with value of 21.8%.

ix KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN TAJUK PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN PENULIS DEDIKASI PENULIS PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN ii iii iv v vi vii viii ix xiv xv xvi xvii I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Masalah 6 1.2 Pernyataan Masalah 11 1.3 Persoalan Kajian 1.4 Objektif Kajian 12 1.5 Kepentingan Kajian 13

x 1.5.1 Pensyarah Kolej 1.5.2 Pengurusan Kolej Komuniti 1.5.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 14 1.5.4 Pelajar Kolej Komuniti 1.6 Skop Kajian 1.7 Definisi Istilah 15 1.7.1 Tahap 1.7.2 Penggunaan 1.7.3 Matematik 16 1.7.4 Penyelesaian Masalah 1.7.5 Pengajaran 1.7.6 Pembelajaran 17 1.7.7 Teori 1.7.8 Amali 1.7.9 Kolej Komuniti 18 II KAJIAN LITERATUR 2.0 Pengenalan 19 2.1 Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia 2.2 Perkembangan Pengajaran dan Penggunaan Matematik 21 2.3 Matematik Gunaan dan Penggunaan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran 22 2.4 Matematik dan Penggunaan dalam Proses Penyelesaian Masalah 23 2.5 Topik-Topik dalam Matematik Gunaan 25 2.6 Kursus Teknikal di Kolej Komuniti 28

xi III METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 29 3.1 Reka Bentuk Kajian 3.2 Kerangka Operasi 31 3.3 Responden Kajian 33 3.4 Instrumen Kajian 3.5 Kajian Rintis 35 3.6 Analisis Data 36 3.7 Andaian Kajian 38 3.8 Batasan Kajian 39 IV ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan 40 4.1 Analisis Maklumat Soal Selidik Bahagian A 4.2 Analisis Maklumat Soal Selidik Bahagian B 43 4.2.1 Tahap Penggunaan Matematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran berbentuk Teori 44 4.2.2 Tahap Penggunaan Matematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran berbentuk Amali 46 4.2.3 Tahap Penggunaan Matematik dalam Proses Penyelesaian Masalah 48 4.2.4 Tahap Penggunaan Mateamtik dalam Kursus Teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti Mengikut Jenis Kursus 50 4.3 Rumusan Data 51

xii IV PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 52 5.1 Rumusan Kajian 53 5.1.1 Rumusan Latar Belakang Responden 54 5.1.2 Rumusan Persoalan Kajian 57 5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 58 5.2.1 Tahap Penggunaan Matematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran berbentuk Teori 5.2.2 Tahap Penggunaan Matematik dalam Pengajaran Dan Pembelajaran berbentuk Amali 59 5.2.3 Tahap Penggunaan Matematik dalam Proses Penyelesaian Masalah 60 5.2.4 Tahap Penggunaan Matematik mengikut Jenis Kursus Teknikal 62 5.2.5 Tahap Penggunaan Teknikal dalam Kursus Teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti 63 5.3 Cadangan 5.3.1 Cadangan untuk Pensyarah Kolej 5.3.1.1 Motivasi Pelajar terhadap Kepentingan Matematik 67 5.3.1.2 Penjelasan Perkaitan Matematik dengan Kursus Teknikal 68 5.3.2 Cadangan untuk Pihak Pengurusan Kolej 5.3.2.1 Pemantauan Matematik sebagai asas Kursus Teknikal 5.3.2.2 Pendedahan Matematik melalui Langkah Alternatif 69 5.3.3 Cadangan untuk Kementerian Pendidikan 5.3.3.1 Penggubalan Semula Kurikulum Khusus Mateamtik untuk Peringkat Kolej Komuniti 5.3.3.2 Semakan Pengisian Kursus Teknikal di Kolej Komuniti 70 5.3.4 Cadangan untuk Relajar Kolej Komuniti

xiii 5.3.4.1 Peningkatan Kesedaran terhadap Kepentingan Matematik 5.3.5 Cadangan untuk Kajian Lanjutan 5.3.5.1 Pengukuran Tahap Penggunaan Subjek Lain 71 5.3.5.2 Perluasan Skop Kajian 5.3.5.3 Kajian Institut Latihan Awam Lain 5.3.5.4 Kepelbagaian Instrumen Kajian 72 5.3.5.5 Pengolahan Semula Soal Selidik 5.3.5.6 Penukaran Responden Kajian 5.3.5.7 Penilaian Tahap Penggunaan Matematik dalam Bidang Lain 73 5.4 Penutup 71 RUJUKAN 74-80 LAMPIRAN Lampiran A C 81-91

xiv SENARAI JADUAL No. Jadual Tajuk Halaman 1.1 Senarai Kolej Komuniti (Perintis) dan Lokasi 5 1.2 Maklumat Pasaran Buruh Bulan Februari 2004 8 1.3 Statistik Pekerja Mendaftar, Kekosongan Pekerjaan Dan Penempatan Semasa dalam Mei 2003 9 3.1 Taburan Responden Kajian 33 3.2 Skala Pilihan Jawapan Soal Selidik Bahagian B 34 3.3 Nilai alpha crombach untuk Soal Selidik 36 3.4 Nilai Peratusan dan Klasifikasi Tahap Penggunaan 38 4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Kursus Diajar 41 4.2 Taburan Umur Responden 41 4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 42 4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 42 4.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Pendidikan 42 4.6 Nilai Peratusan dan Klasifikasi Tahap Penggunaan 43 4.7 Analisis Tahap Penggunaan Matematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran berbentuk Teori 44 4.8 Analisis Tahap Penggunaan Matematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran berbentuk Amali 46 4.9 Analisis Tahap Penggunaan Matematik dalam Proses Penyelesaian Masalah 48

xv 4.10 Analisis Tahap Penggunaan Matematik mengikut Jenis Kursus 50 4.11 Rumusan Data Kajian 51 5.1 Analisis Tahap Penggunaan Matematik Mengikut Topik 65

xvi SENARAI RAJAH No. Rajah Tajuk Halaman 2.1 Edaran Perkembangan Pengajaran dan Penggunaan Matematik 21 3.1 Kerangka Operasi Kajian 32

xvii SENARAI SINGKATAN KBSM JP Tek KPM PMR SPM SPMV ICT Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Jabatan Pendidikan Teknik Kementerian Pendidikan Malaysia Penilaian Menengah rendah Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional Information Communication Technology

xviii SENARAI LAMPIRAN Lampiran Tajuk Halaman A Borang Soal Selidik 81 B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 87 C Risalah Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 89

BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Dunia telah menyaksikan perkembangan sains dan teknologi yang pesat ketika ini. Arus globalisasi telah membawa kepada perkongsian maklumat yang begitu pesat melampaui batasan geografi dan masa. Malaysia tidak terlepas daripada arus perubahan ini sebagai sebuah negara yang sedang membangun daripada sebuah negara pertanian kepada sebuah negara yang berasaskan sektor perindustrian. Malaysia di bawah kepimpinan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad telah memberi fokus matlamat negara, untuk mencapai taraf sebuah negara maju menjelang tahun 2020, iaitu dengan mengalihkan tumpuan ekonomi negara daripada berasaskan bidang pertanian kepada bidang perindustrian. Dalam merealisasikan wawasan 2020 secara umumnya, para majikan bersetuju bahawa pendidikan teknik dan vokasional dapat membantu menyediakan pekerja mahir dan separa mahir (Ramlee Mustapha, 2000). Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian yang baru di bidang ini, jelas memerlukan pelbagai jenis dan peringkat kemahiran tenaga manusia untuk memperkembangkan ekonomi negara (Berita Harian 1990). Pendidikan teknikal dan vokasional seharusnya berupaya membangunkan minda yang kreatif, kritis dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan negara

2 dalam persaingan global. Ia juga merupakan agen utama untuk mencorakkan sosioekonomi yang lebih saksama. Bertepatan dengan apa yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyasarkan objektif utama pelajaran vokasional dan teknik ialah pelajar-pelajar hendaklah dibekalkan dengan kemahiran serta pengetahuan teknikal agar apa yang dirancang oleh negara menjadi kenyataan (Buku Panduan Latihan Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia, 1991). Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia telah diperkenalkan semenjak tahun 1930 melalui Technical Trade School. Berasaskan daripada Technical Trade School inilah Sekolah Menengah Vokasional (kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik) mula ditubuhkan selepas Sistem Pendidikan Aneka Jurusan diperkenalkan pada tahun 1965 (Mok Soon Sang, 2000). Perubahan kurikulum yang berlaku dari semasa ke semasa telah memperkenalkan Sistem Baru Pendidikan Teknik dan Vokasional pada tahun 1989 melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi membolehkan masyarakat menyumbang tenaga untuk keperluan negara. Kewujudan sekolah vokasional dapat menyediakan latihan kemahiran yang khusus untuk mengeluarkan tenaga pekerja yang mahir dan separuh mahir yang beretika dan dapat menepati aspirasi dan ekspektasi rakyat, masyarakat dan negara ke arah mewujudkan generasi yang produktif dan bersatu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990). Kurikulum yang ditawarkan di sekolah menengah teknik dan vokasional perlu mengikut permintaan pasaran industri kerana pelajar perlu mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dengan keperluan pekerjaan. Di Britain, pihak industri berpendapat sekolah perlu memasukkan unsur vokasional di dalam kurikulumnya tetapi tidaklah di tahap sehingga pelajar-pelajarnya boleh bekerja dengan kemahiran yang diperolehi tanpa sebarang latihan. Ini memandangkan, pihak industri lebih suka memberi latihan di tempat kerja dan pihak institusi vokasional memberikan latihan asas. Kurikulumnya meliputi pengetahuan asas, kemahiran komunikasi, kemahiran teknikal serta etika kerja. (Soo Wee Leng dan Juma ayah Salleh 1997, 103) Perkembangan pendidikan teknik dan vokasional seterusnya adalah di peringkat selepas tamat sistem pendidikan sekolah menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah cuba membangunkan sebuah institusi pengajian yang

3 bercorakkan pendidikan tentiari iaitu melalui program Kolej Komuniti, Politeknik serta pendidikan tinggi yang menyediakan produk yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu melahirkan generasi yang berkemahiran. (Pembangunan Pendidikan 2001 2010, Perancangan Bersepadu Pelajaran, 2001). Kolej Komuniti merupakan sebuah institusi pendidikan yang baru ditubuhkan. Ianya di kendalikan oleh satu bahagian khas yang di tubuhkan di bawah Jabatan Pendidikan Teknik (JP.Tek), Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif penubuhan Kolej Komuniti ini terdapat kelainan jika dibandingkan dengan pusat kemahiran sedia ada kerana sasaran yang hendak di capai agak luas iaitu melibatkan masyarakat setempat. Objektif penubuhan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut: a. Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan kemahiran dalam bidang bidang teknikal dan vokasional. b. Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. c. Membolehkan syarikat syarikat swasta menggunakan khidmat Kolej Komuniti untuk memberi latihan kepada pekerja mereka. d. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara ahli masyarakat, kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi memajukan kawasan setempat. e. Menyepadukan dan menyelaras latihan dan kemahiran yang disediakan oleh pelbagai Kementerian supaya dapat memenuhi keperluan pasaran dan penduduk setempat. f. Memberikan peluang kepada masyarakat setempat untuk menggunakan kemudahan kemudahan yang disediakan di Kolej Komuniti. g. Memberi khidmat nasihat / kaunseling kepada masyarakat setempat bagi mempertingkat tahap pengetahuan dan perkembangan kerjaya mereka. (Memorandum Kementerian Pendidikan, Penubuhan Kolej Komuniti)

4 Di peringkat awal penubuhan kolej ini, seramai 1088 orang pelajar telah diterima mendaftar dalam pelbagai bidang kursus yang di tawarkan di 11 buah kolej perintis. Ianya beroperasi secara menumpang di Politeknik atau di Sekolah- Sekolah Teknik seluruh Malaysia (Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia). Pelajar- pelajar yang telah menamatkan pengajian selama 2 atau 3 tahun (termasuk 6 bulan latihan industri) dan akan di anugerahkan Sijil atau Diploma Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhan Kolej Komuniti ini berlainan dari segi konsep dan objektifnya jika dibandingkan dengan kolej-kolej kemahiran lain yang terdapat di Malaysia. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan pendekatan dan kaedah pengajarannya juga adalah berlainan. Proses pengajaran pembelajaran di kolej ini adalah berdasarkan modul yang tersendiri yang mana dengan cara ini membolehkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dapat di realisasikan kepada semua peringkat masyarakat. Selain itu, pihak kolej juga menawarkan kursus-kursus pendek berasaskan permintaan awam dan industri merangkumi kursus- kursus bukan formal yang mempunyai jangka masa singkat dan bermusim (Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia). Sebanyak 11 buah Kolej Komuniti telah menjadi perintis program Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.1 mengenai Kolej Komuniti (Perintis) dan lokasi.

5 Jadual 1.1 Senarai Kolej Komuniti (Perintis) dan Lokasi Nama Kolej Komuniti (Perintis) Kementerian Pendidikan Malaysia 1. Kolej Komuniti Arau, Perlis 2. Kolej Komuniti Bandar Baru Aman, Kedah 3. Kolej Komuniti Kepala Batas, P Pinang 4. Kolej Komuniti Jempol, N. Sembilan 5. Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor 6. Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka 7. Kolej Komuniti Segamat, Johor 8. Kolej Komuniti Kuantan, Pahang 9. Kolej Komuniti Kuala Terengganu 10. Kolej Komuniti Kuching, Sarawak 11. Kolej Komuniti Tawau, Sabah Lokasi Politeknik atau SM Teknik yang digunakan SM Teknik Arau, Perlis Politeknik Sultan Abd Halim, Jitra Politeknik Kepala Batas, P. Pinang SM Teknik Juasseh, N Sembilan SM Teknik Kuala Selangor Politeknik Bukit Beruang, Melaka SM Teknik Segamat, Johor SM Teknik Kuantan, Pahang Politeknik Kota, Kuala Terengganu SM Teknik Sejingkat, Kuching SM Teknik Tawau, Sabah Penubuhan Kolej Komuniti ini adalah berdasarkan kepada kelulusan Jemaah Menteri pada 5hb Julai 2000 yang mempertimbangkan memorandum daripada Menteri Pendidikan No.398/2225/00 tentang konsep penubuhan dan perlaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan Parlimen. (Butir-Butir Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000). Pendidikan teknik dan vokasional ini dilihat secara langsung dapat membantu negara merealisasikan Wawasan 2020 melalui penerapan pendidikan tersebut di peringkat sekolah dan institusi peringkat tinggi. Memandangkan negara sedang menjurus kepada pembangunan ekonomi yang berteraskan teknologi dan perindustrian, maka sudah tentunya harapan yang tinggi dipertanggungjawabkan kepada bidang pendidikan teknik dan vokasional. Ini selari dengan pendapat Siti Maspah Hassan dan Nor Azizah Mohd. Salleh (1995), yang menyatakan pendidikan vokasional semakin penting dalam era pembangunan ekonomi dan sosial negara. Negara yang sedang pesat membangun amat memerlukan tenaga profesional dan separa profesional bagi menentukan kesinambungan pembangunan negara. Mereka merupakan aset terpenting yang merencanakan teras pembangunan sesebuah negara.

6 Pengisian pendidikan teknikal dan vokasional ini pastinya melibatkan gabungan subjek-subjek teknikal yang memenuhi keperluan tenaga mahir dalam pembangunan negara. Kursus-kurus bercorak teknikal yang dianjurkan jelas melibatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi selaras dengan dunia perkembangan sains dan teknologi ketika ini. Situasi ini dapat dilihat dalam kandungan kursus teknikal yang dijalankan melibatkan subjek seperti asas perakaunan dan keusahawanan, reka bentuk struktur, teori dan amali teknologi kuasa, lukisan teknikal dan grafik, teknologi dan keterampilan komunikasi dan matematik kejuruteraan (Buku Panduan Kemasukan Pelajar ke Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia). Walau bagaimanapun, matematik dilihat menjadi asas kendungan kursus-kursus teknikal yang ditawarkan berdasarkan keutamaan pemilihan peserta kursus yang merupakan calon-calon setempat serta mendapat pencapaian terbaik dalam Matematik dan Sains Peringkat SPM atau setaraf (Risalah Kolej Komuniti). Hal ini menunjukkan betapa pengetahuan matematik menjadi asas kepada pendidikan teknik dan vokasional. Dalam dunia sains dan teknologi ini, penguasaan dan penggunaan ilmu matematik amat penting dalam kehidupan manusia secara langsung ataupun tidak. Berdasarkan hakikat inilah, subjek matematik diberi penekanan sama ada dalam peringkat sekolah rendah, menengah mahupun institusi pengajian yang lain seperti kolej dan universiti. Pembelajaran matematik merupakan proses penggunaan kognitif ke arah penanggapan, pembinaan konsep, penilaian serta penyelesaian masalah. Menurut Abdul Latif (1983), bahawa kebolehan penaakulan secara operasi formal seseorang individu biasanya dapat dikaitkan dengan kebolehan dalam menyelesaikan masalah matematik dan sains yang seterusnya mempengaruhi pencapaian individu dalam mata pelajaran tersebut. 1.1 Latar Belakang Masalah Penggunaan matematik dalam bidang-bidang tertentu sememangnya diperlukan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam proses penyelesaian masalah. Penekanan subjek matematik dalam proses pendidikan menjadi satu perkara utama

7 dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti. Situasi dalam institusi latihan awam turut memperlihatkan perkara yang sama di mana matematik menjadi teras dalam kursus-kursus yang dijalankan. Namun persoalannya, sejauh manakah pengetahuan matematik ini akan digunakan nanti dan adakah ia berkaitan secara langsung terhadap peluang kerjaya yang ditawarkan dengan pengetahuan matematik yang dipelajari. Mengikut Kerajaan Malaysia (1999), kemasukan ke institusi latihan awam telah meningkat daripada 28, 900 orang pada tahun 1996 kepada 47, 300 pada tahun 2000. Sehubungan itu, dari statistik tersebut Kementerian Pendidikan (1998) pula menganggarkan jika dalam tempoh 30 tahun akan datang, 40 peratus daripada lepasan pelajar sekolah menengah yang memasuki pendidikan teknik dan vokasional, maka kerajaan memerlukan RM 11, 831, 436 juta untuk menyediakan tenaga pengajar serta kemudahan peralatan yang sesuai dan mencukupi. Selain daripada itu dalam satu kajian Kementerian Sumber Manusia (2001) didapati bahawa kadar pekerja yang mempunyai kemahiran vokasional yang memasuki ke pasaran pekerjaan adalah rendah iaitu sekitar 3 peratus hingga 12 peratus. Kebanyakan pelajar-pelajar daripada pelbagai pusat latihan kemahiran gagal menempatkan diri di industri berkaitan kerana kemahiran yang diperolehi tidak selari dengan keperluan industri terbabit. Dalam pada itu, Jabatan Tenaga Kerja menurut statistik maklumat pasaran buruh pada Bulan Februari (2004) telah memperlihatkan bahawa penempatan pekerja tidak dapat dilakukan meskipun jumlah pendaftaran yang aktif melebihi daripada kekosongan sesuatu kumpulan pekerjaan. Ini dapat dilihat dalam Jadual 1.2 di sebelah.

8 Jadual 1.2 Maklumat Pasaran Buruh Bulan Februari 2004 Jumlah Jumlah Kerja Jumlah Kekosongan Kumpulan Pendaftar Kosong Penempatan Yang Belum Pekerjaan Aktif Keseluruhan Keseluruhan Diisi Penggubal Undang- Undang, Pegawai Kanan dan 1664 32 0 32 Pengurus Profesional 9539 456 8 448 Juruteknik 5956 443 5 438 Pekerja Perkeranian 9936 1333 23 1310 Pekerja Mahir Pertanian dan 95 157 0 157 Perikanan Pekerja Pertukangan 400 3 0 3 Operator Loji dan Mesin 525 137 1 136 Pekerjaan Asas 1070 212 7 205 Jumlah 29185 2773 44 2729 Jabatan Tenaga Kerja (2003) dalam statistiknya, menunjukkan sejumlah 36,104 orang yang mendaftar dalam pelbagai bidang pekerjaan dan daripada jumlah itu, 12,663 orang yang mempunyai latihan seperti latihan ikhtisas, latihan perkeranian, penjualan dan latihan perindustrian (Rujuk Jadual 1.3). Daripada jumlah itu pula, hanya 1,198 orang sahaja yang dapat ditempatkan dalam sektor pekerjaan berkaitan meskipun pada Bulan Mei 2003, terdapat 6,374 kekosongan dalam pelbagai bidang pekerjaan.

9 Jadual 1.3 Statistik Pekerja Mendaftar, Kekosongan Pekerjaan dan Penempatan Semasa dalam Mei 2003. Status Bilangan Pekerja Daftar 36,104 Kekosongan Semasa 6,374 Penempatan Semasa 1,198 Tengku Mahaleel Tengku Ariff (2002) dalam statistik calon yang melepasi tahap kedua untuk bekerja sebagai jurutera di industri Proton memaparkan bahawa sebilangan besar lepasan pengajian tinggi tempatan gagal mendapat tempat bekerja dengan industri Proton berbanding dengan lepasan pengajian tinggi luar negara. Statistik mendapati hanya 30 peratus daripada calon universiti tempatan yang berjaya mendapat tahap kedua temu duga di dalam pemilihan yang dibuat oleh Syarikat Proton. Keadaan ini dibandingkan seterusnya dengan lepasan pelajar daripada universiti luar negara iaitu daripada calon yang dipilih untuk temu duga, berjaya dipilih sebagai jurutera di Kilang Proton Tanjung Malim. Menurut beliau lagi, antara punca graduan tempatan gagal dalam temu duga di dalam kebanyakan syarikat adalah kerana mereka gagal meyakinkan penemu duga mengenai kelebihan yang ada pada diri masing-masing dan tidak mampu untuk mengeluarkan pemikiran yang bernas walaupun antara mereka mempunyai keputusan akademik yang cemerlang. Data dan statistik yang dinyatakan di atas telah menerangkan betapa berlaku ke tidak serasian antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa pengajian kursus dengan keperluan untuk kerjaya. Masalah ini mungkin memerlukan penstrukturan semula isi kandungan kursus-kursus yang dijalankan terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran teori dan amali. Sebagai perbandingan, Negara Jepun membuat rombakan besar-besaran terhadap kurikulumnya setiap lebih kurang sepuluh tahun. Cadangan-cadangan untuk kajian semula dilakukan oleh pelbagai ahli jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar kurikulum, profesor universiti, guru, pegawai pendidikan dan lain-lain. Meskipun begitu, selang masa sepuluh tahun adalah terlalu lama jika dibandingkan dengan perkembangan teknologi dan tempat bekerja. Ia adalah satu cabaran kepada pendidikan teknikal dan vokasional kerana

10 kandungan pendidikan teknikal dan vokasional adalah berkait rapat dengan perkembangan teknologi dan tempat serta suasana bekerja (Shoji Murata & Sam Stern, 1993). Memandangkan subjek matematik menyumbang kepentingan yang tinggi dalam pembangunan sains dan teknologi ketika ini, subjek ini perlu diberi perhatian sewajarnya berhubung dengan masalah ini. Topik-topik yang terkandung dalam Matematik Gunaan memainkan peranan penting sebagai asas kepada pengetahuan lain selain menjadi aplikasi utama dalam menyelesaikan masalah dalam bidang kejuruteraan pembinaan dan pembangunan khususnya. Matematik Gunaan melibatkan banyak topik seperti Aritmetik, Sistem Persamaan Linear, Matriks, Program Linear, Set, Kebarangkalian, Statistik, Kalkulus Pembezaan dan Pengamiran, Taburan, Logarithma dan Eksponen, Graf dan Fungsi, Pengukuran, Geometri, Nisbah dan Perkadaran, Sistem Logik, Matematik Kewangan dan sebagainya. Johnson dan Mowry (2004) menjelaskan pendedahan topik-topik matematik kepada para pelajar amat penting kerana pengetahuan dan kemahiran amat relevan dan dapat diaplikasikan dalam setiap persekitaran. Matematik merupakan satu bidang yang luas penggunaannya. Namun, menurut Noor Azlan (1995), kebanyakan individu seperti ahli sosiologi, psikologi, para pentadbir sekolah termasuk kadangkala guru matematik serta orang awam melihat matematik sebagai disiplin yang statik dan terhad kepada proses mengira sahaja. Kebanyakan orang melihat matematik sebagai satu bidang ilmu yang tetap dan telah lama wujud dalam bentuk yang ada sekarang. Bidang pengajiannya yang terdiri daripada manipulasi nombor-nombor dan pembuktian deduksi geometri. Ia adalah satu bidang yang kaku dan tidak memberi ruang untuk pertimbangan atau kreativiti (Barbeau, 1989; 2). Menurut Johnson dan Rising (1976), memahami pelbagai pandangan mengenai matematik adalah mustahak kerana penekanan yang dibawa oleh para pendidik matematik yang berbeza mempengaruhi penggubalan dan perlaksanaan kurikulum matematik. Justeru, menurut Noor Azlan (1995), melihat perspektif yang berbeza ini boleh membantu ahli pendidik dalam mencapai pemahaman yang lebih

11 mendalam mengenai matematik dan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Perbincangan telah menjelaskan masalah bidang pendidikan dan vokasional yang gagal untuk mengeluarkan produk untuk memenuhi keperluan tenaga mahir negara. Senario juga memperlihatkan kepentingan Matematik Gunaan dalam pembangunan negara selain sumbangan penyelidikan penggunaan matematik yang membantu keberkesanan ilmu pengetahuan dan kemahiran pendidikan untuk digunakan secara luas dalam pendidikan teknikal dan vokasional khasnya institut latihan awam. 1.2 Pernyataan Masalah Perbincangan menerangkan berlakunya masalah antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa pengajian kursus teknikal dan keperluan untuk kerjaya. Masalah ini mungkin memerlukan pengkajian semula kandungan kursuskursus yang dijalankan melibatkan pengajaran dan pembelajaran berbentuk teori dan amali. Tambahan lagi, memandangkan subjek matematik menyumbang kepentingan yang tinggi dalam kandungan kursus selain berperanan penting dalam bidang pembangunan sains dan teknologi, subjek ini perlu diberi perhatian sewajarnya berhubung masalah ini. Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin memberi fokus masalah ini terhadap para pelajar di salah satu institusi latihan awam iaitu Kolej Komuniti dengan mengkaji sejauh manakah tahap penggunaan matematik dalam pengajaran kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti? 1.3 Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan bagi menentukan sejauh manakah tahap penggunaan matematik dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti. Justeru, kajian ini akan dijalankan berdasarkan persoalan kajian seperti yang dinyatakan berikut:

12 i - Apakah tahap penggunaan matematik dalam pengajaran dan pembelajaran berbentuk teori dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti? ii - Apakah tahap penggunaan matematik dalam pengajaran dan pembelajaran berbentuk amali dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti? iii- Apakah tahap penggunaan matematik dalam proses penyelesaian masalah dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti? iv- Apakah tahap penggunaan matematik dalam pengajaran kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti mengikut jenis kursus? 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan secara amnya untuk menentukan tahap penggunaan matematik dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk: i - Menentukan tahap penggunaan matematik dalam pengajaran dan pembelajaran berbentuk teori dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti. ii - Menentukan tahap penggunaan matematik dalam pengajaran dan pembelajaran berbentuk amali dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti. iii- Menentukan tahap penggunaan matematik dalam proses penyelesaian masalah dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti. iv- Menentukan tahap penggunaan matematik dalam kursus teknikal yang dijalankan di Kolej Komuniti mengikut jenis kursus.