PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

"66O "8 '

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

Faculty Of Information and Communication Technology

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU ASERTIF DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DALAM KALANGAN STAF SOKONGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) HAWA OMAR

Transcription:

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR SESI PENGAJIAN: 2011/2013 Saya RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat tetap: 23, Jalan Putra 2/9, Bandar Putra,85000 Segamat, Johor. Tarikh: (TANDATANGAN PENYELIA). PROF. MADYA DR. YUSOF B. BOON Tarikh: CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada Pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

i PENGESAHAN PENYELIA Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran Tandatangan :... Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. YUSOF B. BOON Tarikh :

ii PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia SEPTEMBER 2013

iii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama Penulis : Raja Rozita Binti Raja Ariff Shah Tarikh : September 2013

iv DEDIKASI Ditujukan Kepada Insan - Insan Yang Paling Istimewa Dalam Hidupku, Suami tercinta, Ibubapa tersayang, Anak-anak yang dikasihi, Terima kasih di atas segalanya.. Pengorbanan dan sokongan kalian Dari sudut moral dan emosi, meniupkan semangat juang di jiwaku Sesungguhnya jasa kalian amat besar Tiada bahasa yang dapat mengungkapkan Tiada ternilai untuk dibandingkan dengan apa jua di dunia ini Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya Kepada semua pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan, Terima kasih di atas segala bantuan, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan

v PENGHARGAAN Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Saya mengungkapkan Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. Akhirnya saya tiba jua ke penghujung perjuangan ini. Selama dua tahun bertungkus lumus mengulangkaji, menyiapkan tugasan bersama rakan-rakan seperjuangan, menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, suka duka yang dihadapi, penat lelah yang dirasai, akhirnya saya sampai ke garisan penamat pengajian Sarjana ini. Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Yusof b. Boon, selaku penyelia Projek Sarjana ini, yang telah banyak bersabar dengan karenah saya, di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan bantuan yang telah beliau berikan sepanjang tempoh penyelidikan ini. Segala ilmu dan kebaikan hati tuan amat saya hargai dan akan sentiasa dikenang. Penghargaan ini juga diberikan semua pensyarah yang telah mengajar dan banyak mencurahkan ilmu pengetahuan kepada saya sepanjang pengajian ini. Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada pihak pentadbiran dan rakan-rakan guru yang terlibat dalam penyelidikan ini di atas kerjasama yang kalian berikan. Tidak lupa penghargaan diberikan kepada Tuan Pengarah Kolej Vokasional Segamat, pihak pentadbiran dan rakan-rakan guru di atas segala sokongan moral dan bantuan yang diberikan sepanjang tempoh menjalankan kajian ini. Penghargaan juga diucapkan kepada sesiapa yang telah memberi sumbangan kepada penyelidikan ini secara langsung atau pun tidak langsung dalam menghasilkan kajian ilmiah ini. Sekian, Terima kasih.

vi ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan guru dan tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat. Selain itu, kajian ini turut mengkaji tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat. Kajian turut dibuat untuk menentukan sama ada terdapat perbezaaan antara tahap pengetahuan guru dan tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Hubungan antara pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) terhadap tahap kepuasan guru di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat turut dikaji. Sebanyak 207 set soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar di enam buah sekolah menengah yang terpilih di zon bandar, daerah Segamat Johor. Kajian rintis telah dijalankan dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai alpha yang diperolehi ialah 0.972. Melalui dapatan kajian secara keseluruhannya, kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru dan tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat berada pada tahap sederhana. Selain itu, tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga berada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) berdasarkan faktor jantina dan tempoh berkhidmat tetapi terdapat perbezaan berdasarkan kaum. Manakala tidak terdapat perbezaan antara tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Kajian hubungan pula membuktikan terdapat hubungan yang lemah antara pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) terhadap tahap kepuasan guru di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat.

vii ABSTRACT This study was conducted to determine the knowledge of teachers and teacher satisfaction on the management of the School Resource Centre (SRC) at the high school urban zone in Segamat. In addition, this study examined the level of management of the School Resource Centre (SRC) by Teachers Library and Media (GPM) secondary urban zone in Segamat. The study was made to determine whether there is a difference between the level of teacher knowledge and the management of teacher satisfaction School Resource Center (SRC). The relationship between the management of School Resource Center (SRC) of the level of satisfaction of secondary school teachers in urban zones Segamat studied. A total of 207 questionnaires were distributed to teachers who teach in six selected secondary schools in urban zones, Segamat, Johor. A pilot study was conducted using Cronbach Alpha method for determining the reliability of the instrument. Alpha value is 0.972. The results of the study as a whole, the study showed that the level of knowledge among teachers and teacher satisfaction on the management of the School Resource Centre (SRC) at the high school urban zone in Segamat is moderate. In addition, the management of the School Resource Centre (SRC) by Teachers Library and Media (GPM) secondary schools in Segamat urban zones are also moderate. The study also showed no significant difference between the level of knowledge about the management of the School Resource Centre (SRC) based on gender and length of service but there is a difference based on race. While there was no difference between the level of teacher satisfaction for the management of School Resource Center (SRC). Relationship study also proves that the relation between the management of the School Resource Centre (SRC) by Teachers Library and Media (GPM) on the level of satisfaction of secondary school teachers in urban zones Segamat district.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii viii x xi xii xiii BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Hipotesis Kajian 7 1.7 Kerangka Kajian 8

viii 1.8 Kepentingan Kajian 8 1.9 Batasan Kajian 9 1.10 Definisi Istilah dan Operasional 9 1.10.1 Pusat Sumber Sekolah 9 1.10.2 Pengurusan 11 1.10.3 Pengetahuan 12 1.10.4 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) 12 1.11 Kesimpulan 13 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 14 2.2 Sejarah dan Hala Tuju Pusat Sumber Sekolah 14 2.3 Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 17 2.4 Visi Pusat Sumber Sekolah 18 2.5 Misi Pusat Sumber Sekolah 18 2.6 Objektif Pusat Sumber Sekolah 18 2.7 Fungsi Pusat Sumber Sekolah 19 2.8 Piawaian Pusat Sumber Sekolah 19 2.9 Halatuju Pusat Sumber Sekolah di Malaysia 22 2.10 Arah Aliran Pusat Sumber Sekolah Sedunia 22 2.11 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) 23 2.11.1 Peranan GPM 23 2.11.2 Senarai Tugas GPM 24 2.12 Kesimpulan 25 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 26 3.2 Reka Bentuk Kajian 27

ix 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 28 3.4 Instrumen Kajian 30 3.5 Kajian Rintis 32 3.6 Prosedur Kajian 33 3.7 Analisis Data 34 3.8 Kesimpulan 37 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 38 4.2 Taburan Pengagihan Soal Selidik 39 4.3 Latar Belakang Responden 40 4.3.1 Umur 40 4.3.2 Jantina 41 4.3.3 Kaum 41 4.3.4 Tempoh Berkhidmat 42 4.4 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 42 4.4.1 Analisis Persoalan Kajian I : Apakah tahap 43 pengetahuan guru di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)? 4.4.2 Analisis Persoalan Kajian II: Apakah tahap 50 kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat? 4.4.2.1 Tahap Kepuasan Guru Terhadap 50 Kemudahan Yang Ditawarkan 4.4.2.2 Tahap Kepuasan Guru Terhadap 53 Perkhidmatan Kaunter Sirkulasi Di Perpustakaan

x

xi 4.4.2.3 Tahap Kepuasan Guru Terhadap 55 Pengurusan Di Dalam Perpustakaan 4.4.2.4 Tahap Kepuasan Guru Terhadap 58 Kemudahan Bilik Sumber 4.4.2.5 Tahap Kepuasan Guru Terhadap 59 Layanan Guru / AJK Pusat Sumber 4.4.3 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pengurusan Pusat 61 Sumber Sekolah 4.4.4 Analisis Persoalan Kajian III: Apakah tahap 62 pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat? 4.4.4.1 Aspek Merancang Dalam Pengurusan 62 Pusat Sumber Sekolah 4.4.4.2 Aspek Mengelola Dalam Pengurusan 64 Pusat Sumber Sekolah 4.4.4.3 Aspek Memimpin Dalam Pengurusan 67 Pusat Sumber Sekolah 4.4.4.4 Aspek Mengawal Dalam Pengurusan 68 Pusat Sumber Sekolah 4.4.5 Tahap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Oleh 70 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) 4.5 Analisis Persoalan Kajian IV : Adakah terdapat perbezaan 71 antara tahap pengetahuan guru di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) berdasarkan faktor demografi? 4.5.1 Tidak terdapat perbezaan antara pengetahuan guru di 72 sekolah menengah zon bandar daerah Segamat terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) berdasarkan faktor demografi 4.6 Analisis Persoalan KajianV : Adakah terdapat perbezaan 74 antara tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM di sekolah

xii menengah zon Bandar daerah Segamat berdasarkan faktor demografi? 4.6.1 Tidak terdapat perbezaan antara tahap pengurusan 74 Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat berdasarkan faktor demografi 4.7 Analisis Persoalan Kajian VI : Adakah terdapat hubungan 76 yang signifikan antara pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dengan tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat? 4.7.1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara 77 pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dengan tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat 4.8 Kesimpulan 77 BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 79 5.2 Rumusan Kajian 79 5.3 Perbincangan Hasil Kajian 80 5.3.1 Tahap pengetahuan guru terhadap pengurusan 80 Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat 5.3.2 Tahap kepuasan guru terhadap pengurusan 86 Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat

xiii 5.3.3 Tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah 93 (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat 5.4 Cadangan Penambahbaikan 95 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 96 RUJUKAN 97 Lampiran A-B 100-133

viii SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Jadual Krejeic dan Morgan (1970) 28 3.2 Senarai Sekolah-Sekolah Yang Terpilih Dalam Tujuan Kajian 30 3.3 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian 31 3.4 Indikator Skala Likert 32 3.5 Analisis Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Mengikut Item Soal 33 Selidik Bagi Kajian Rintis (Alpha If Item Deleted) Mengikut Konstruk 3.6 Tahap Pemeringkatan Min 35 3.7 Garis Panduan Guilford 36 3.8 Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 36 4.1 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 40 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 40 4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 41 4.4 Taburan Responden Mengikut Kaum 41 4.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh Berkhidmat 42 4.6 Tahap Pengetahuan Guru Di Sekolah Menengah Zon Bandar Daerah 48 Segamat Terhadap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) 4.7 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Kemudahan Yang Ditawarkan 52 4.8 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Perkhidmatan Kaunter Sirkulasi 55 Di Perpustakaan 4.9 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pengurusan Di Dalam Perpustakaan 57 4.10 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Kemudahan Bilik Sumber 59 4.11 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Layanan Guru / AJK Pusat Sumber 60 4.12 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 61

ix 4.13 Aspek Merancang Dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 64 4.14 Aspek Mengelola Dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 66 4.15 Aspek Memimpin Dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 68 4.16 Aspek Mengawal Dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 70 4.17 Tahap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Oleh Guru 71 Perpustakaan dan Media (GPM) 4.18 Ujian-t Tahap Pengetahuan Guru Di Sekolah Menengah Zon 72 Bandar Daerah Segamat Terhadap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Mengikut Jantina 4.19 Ujian ANOVA Tahap Pengetahuan Guru Di Sekolah Menengah Zon 73 Bandar Daerah Segamat Terhadap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Mengikut Kaum 4.20 Ujian ANOVA Tahap Pengetahuan Guru Di Sekolah Menengah Zon 73 Bandar Daerah Segamat Terhadap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Mengikut Tempoh Berkhidmat 4.21 Ujian-t Tahap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Oleh Guru 75 Perpustakaan dan Media (GPM) Di Sekolah Menengah Zon Bandar Daerah Segamat Mengikut Jantina 4.22 Ujian ANOVA Tahap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Oleh 75 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Di Sekolah Menengah Zon Bandar Daerah Segamat Mengikut Kaum 4.23 Ujian ANOVA Tahap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Oleh Guru 76 Perpustakaan dan Media (GPM) Di Sekolah Menengah Zon Bandar Daerah Segamat Mengikut Tempoh Berkhidmat 4.24 Ujian Korelasi Pearson Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Oleh Guru 77 Perpustakaan dan Media (GPM) Dengan Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Di Sekolah Menengah Zon Bandar Daerah Segamat

x SENARAI RAJAH RAJAH PERKARA MUKA SURAT 1.1 Kerangka Kajian 7

xi SENARAI SINGKATAN AJK - Ahli Jawatankuasa ANOVA - Analysis of Variance APD - Alat Pandang Dengar Bil - Bilangan BBM - Bahan Bantu Mengajar BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan FPN - Falsafah Pendidikan Negara GPM - Guru Perpustakaan dan Media JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia PSS - Pusat Sumber Sekolah PPD - Pejabat Pelajaran Daerah STS - Sangat Tidak Setuju TS - Tidak Setuju TP - Tidak Pasti S - Setuju SS - Sangat Setuju SP - Sisihan Piawai SPSS - Statistical Package for Social Sciences

xii SENARAI SIMBOL % - Peratus - Alpha > - Lebih besar daripada < - Lebih kecil daripada

xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 100 B Nilai Analisis Data 109

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sekolah merupakan suatu institusi pendidikan bagi pelajar menimba ilmu pengetahuan seawal usia 4 tahun sehinggalah berusia 17 tahun. Selain itu, sekolah juga menjadi tempat bagi pelajar untuk mempelajari dan memupuk nilai-nilai kehidupan dalam diri. Dengan demikian, keberkesanan dan kejayaan sesebuah sekolah dari semua bidang seperti kurikulum dan kokurikulum banyak bergantung kepada pengurusan dan pentadbiran pihak sekolah berkenaan. Ini bermaksud pengurusan sekolah yang baik akan mempengaruhi pencapaian akademik, pencapaian kokurikulum dan juga imej sesebuah sekolah itu. Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, institusi pendidikan seperti sekolah turut mengalami impak hebat daripada era globalisasi dan perkembangan kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Malah sistem pendidikan di Malaysia turut pesat berkembang seiring dengan kemajuan negara dan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu. Tugas seorang guru tidak lagi sekadar mengajar dan menjadi sumber utama pengetahuan tetapi telah diperluaskan sebagai agen perubahan, pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010).

2 Pendidikan yang berkualiti dapat menghasilkan sumber manusia yang berilmu pengetahuan dan memenuhi keperluan tenaga kerja agar dapat bersama-sama membangunkan negara. Oleh itu, perkembangan dan kemajuan negara bergantung kepada kecemerlangan dan kualiti pendidikan yang dihasilkan. Justeru itu, hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek haruslah dirialisasikan. Kemajuan teknologi dan maklumat yang berkembang pesat dalam abad ini ternyata mempengaruhi sistem pendidikan di negara kita. Saban tahun, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan sentiasa melakukan penambahbaikan dalam sistem pendidikan yang menuntut ke arah perubahan yang lebih baik. Dalam hal ini, Pusat Sumber Sekolah (PSS) juga tidak terkecuali. Malah perkembangan ini turut mempengaruhi pengurusan dan fungsi Pusat Sumber. Oleh yang demikian, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) menjadi satu organisasi penting dalam KPM yang bertanggungjawab untuk memperkasakan keupayaan kepimpinanan sekolah melalui pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak BTP dalam membantu untuk memantapkan dan memajukan sistem pendidikan. Antaranya mewujudkan perjawatan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) secara sepenuh masa untuk mengurus Pusat Sumber Sekolah. BTP juga turut menghasilkan modul sebagai panduan sumber rujukan kepada GPM untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan dan mengendalikan PSS dengan berkesan. 1.2 Latar Belakang Masalah Pengurusan dan fungsi Pusat Sumber Sekolah (PSS) pada masa kini telah banyak mengalami perubahan sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bahan bantu mengajar kini berbentuk kepada elektronik dan keperluan untuk mengakses bahan-bahan tidak hanya terhad kepada guru malah terbuka kepada pelajar dan para ibu bapa. Oleh yang demikian, pembelajaran pelajar

3 pada masa kini tidak hanya terhad dalam kemahiran di kelas malah pelajar pelajar perlu dibekalkan dengan kemahiran mencari, menganalisis, mentafsir dan menggunakan maklumat-maklumat yang diperoleh dengan berkesan. Kewujudan Pusat Sumber Sekolah bukan lagi terhad kepada sebuah perpustakaan sekolah yang dipenuhi dengan buku-buku ilmiah dan majalah sahaja. Perpustakaan yang merupakan sebahagian daripada Pusat Sumber tidak hanya sebagai tempat untuk pelajar berkumpul sambil mentelaah pelajaran. Ilmu tidak lagi sekadar diperoleh melalui pembacaan buku semata-mata malah penggunaan teknologi seperti CD ROM dan pelayar internet turut membantu dalam mempelbagaikan maklumat dan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, guru-guru juga perlu mendorong diri untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif serta melengkapkan kemahiran secukupnya mengenai Pusat Sumber Sekolah (PSS). Antara objektif PSS ialah berperanan untuk menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan juga membantu pelajar dan guru untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Pusat Sumber Sekolah sebagai satu institusi pembelajaran perlu difokuskan dan diberikan keutamaan oleh pihak pengurusan sekolah. Inovasi dalam pengurusan Pusat Sumber perlu diperkembangkan bagi tujuan pembestarian pendidikan. Peranan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) masa kini sememangnya sangat mencabar dalam tanggungjawabnya untuk menguruskan Pusat Sumber Sekolah. GPM pada tahun 2013 ini seharusnya amat jelas peranannya dan menjadi lebih proaktif berbanding pada awal kewujudan jawatan GPM pada tahun 2005. Ternyata perkembangan pesat dunia pendidikan telah memberikan impak positif kepada perkembangan Pusat Sumber di sekolah. PSS sebagai pusat ilmu dan pusat pengajaran dan pembelajaran di sekolah wajar menjadi agen perubahan untuk memartabatkan Pusat Sumber Sekolah sebagai nadi utama pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah perlu dilaksanakan secara

4 sistematik dan efisien untuk mencapai kualiti dan kecemerlangan pendidikan yang lebih berkesan. 1.3 Penyataan Masalah Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan satu kemudahan frasarana yang ditubuhkan di sekolah untuk menyediakan kemudahan dan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diuruskan secara sistematik. Malah PSS juga menjadi satu pusat yang menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pusat Sumber Sekolah juga sebagai penjana pembentukan masyarakat yang berilmu pengetahuan, gemar membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini. Kelemahan pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah mendapat perbincangan yang meluas di kalangan pengkaji pada awal tahun 1990 an. Terdapat pelbagai kelemahan pengurusan yang telah dikesan antaranya kekurangan latihan dan kepakaran, kekurangan masa oleh penyelaras pusat sumber untuk menguruskan PSS pada masa persekolahan kerana jumlah waktu mengajar yang banyak, tidak ada kakitangan perkeranian untuk membantu dalam proses rutin harian di Pusat Sumber dan kekurangan minat, kemahiran dan keyakinan guru-guru untuk menggunakan media pendidikan di sekolah. Namun demikian, dalam usaha untuk memantapkan dan memajukan sistem pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah pun memperuntukkan perlantikan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) bermula pada tahun 2005. Perlantikan GPM merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memantapkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan berharap GPM dapat menguruskan PSS dengan baik dan berkesan.

5 Namun, kelemahan pengurusan Pusat Sumber telah menjadi penghalang kepada penggunaan kemudahan pembelajaran dan media pendidikan di kalangan guru. Karenah birokrasi, prosedur yang ketat dan kesukaran mendapatkan bahan dan alatan Pusat Sumber kadang kala melemahkan keinginan berkobar-kobar para guru. Masalah-masalah yang dihadapi seperti ini kadangkala mengundang rasa ketidakpuasan hati para guru dan melihat perkhidmatan Pusat Sumber sebagai satu bebanan tambahan. Guru-guru tidak melihat kewajaran PSS sebagai satu komponen yang digabungjalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, amat wajar satu kajian yang menyeluruh terhadap keperluan pengetahuan dan tahap kepuasan guru tentang pengurusan PSS perlu dijalankan untuk memartabatkan kembali peranan Pusat Sumber sekolah sebagai nadi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 1.4 Objektif Kajian Beberapa objektif kajian yang ingin dicapai daripada kajian ini adalah : i. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). ii. Mengenal pasti tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat. iii. Mengenal pasti tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat. iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan guru di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat tentang Pusat Sumber Sekolah (PSS) berdasarkan faktor demografi. v. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat berdasarkan faktor demografi.

6 vi. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan Pusat Sumber Sekolah oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dengan tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat. 1.5 Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan iaitu : i. Apakah tahap pengetahuan guru di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)? ii. Apakah tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat? iii. Apakah tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat? iv. Adakah terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan guru di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) berdasarkan faktor demografi? v. Adakah terdapat perbezaan antara tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat berdasarkan faktor demografi? vi. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan Pusat Sumber Sekolah oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dengan tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat?

7 1.6 Hipotesis Kajian Terdapat tiga hipotesis kajian yang telah dibina dan perlu diuji dalam kajian ini. Hipotesis tersebut adalah seperti berikut : Ho1 : Tidak terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan guru di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) berdasarkan faktor demografi. Ho2 : Tidak terdapat perbezaan antara tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat berdasarkan faktor demografi. Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan Pusat Sumber Sekolah oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dengan tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat. 1.7 Kerangka Kajian Pengetahuan guru Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Demografi Kepuasan guru Rajah 1.1 : Kerangka Kajian

8 Kerangka kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 di bawah yang mengandungi tiga komponen iaitu aspek tahap pengetahuan guru, tahap kepuasan guru dan tahap pengurusan pusat sumber sekolah. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan para guru terhadap pengurusan pusat sumber dan tahap kepuasan guru terhadap pengurusan pusat sumber sekolah. Komponen tahap pengetahuan guru dan tahap kepuasan guru terhadap pengurusan pusat sumber sekolah dihubungkan berdasarkan faktor demografi. 1.8 Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan dalam kalangan guru-guru sekolah yang mengajar di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat, Johor. Kajian ini bertujuan untuk menambahkan ilmu dan pengalaman pengkaji di dalam bidang penyelidikan berkaitan pentadbiran dan pengurusan sekolah. Justeru itu, pengkaji ingin menjalankan kajian berkaitan pengurusan pusat sumber sekolah. Ia bertujuan untuk melihat sama ada amalan pengurusan pusat sumber sedia ada dapat diuruskan dengan cekap dan berkesan mengikut dasar pengurusan yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan. Jika tidak, pengkaji ingin mencadangkan amalan pengurusan pusat sumber yang bersesuaian dengan perubahan generasi masa kini. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk melihat sama ada guru-guru mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan pusat sumber dan menggunakan pusat sumber sebagai tempat rujukan utama terutama untuk meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Malah, pengkaji juga berminat untuk mengetahui sama ada para guru berpuashati dengan pengurusan pusat sumber di sekolah masing-masing. Jika tidak, pengkaji ingin mencadangkan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah supaya dapat menguruskan pusat sumber dengan lebih berkesan.

9 1.9 Batasan Kajian Kajian ini mengkaji skop tahap pengetahuan dan tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah di sekolah menengah zon bandar di daerah Segamat, Johor. Dalam kajian ini, hanya sebilangan sekolah sahaja di daerah Segamat yang terlibat dalam kajian ini. Justeru itu, guru - guru dari enam buah sekolah zon bandar telah dikenalpasti sebagai responden penyelidikan. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini hanya mewakili sampel kecil daripada keseluruhan populasi guru sekolah menengah di seluruh negeri Johor. 1.10 Definisi Istilah dan Operasional Dalam kajian ini, definisi-definisi berikut digunakan untuk menjelaskan maksud pusat sumber sekolah, pengurusan, pengetahuan, guru perpustakaan dan media. 1.10.1 Pusat Sumber Sekolah Menurut Abd. Rahim Selamat (1982), pusat sumber adalah integrasi antara perpustakaan, buku dengan perkhidmatan pandang dengar, menjadi satu alat yang bersepadu. Bagi Wehmeyar (1984) merujuk pusat sumber sebagai satu persekitaran pendidikan dan bukan gantian kepada bilik darjah, juga bukan sebuah pusat untuk mendapatkan maklumat semata-mata, tetapi seharusnya menyediakan pengalamanpengalaman yang estetik dan kreatif serta menyediakan keadaan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid mengembangkan tanggungjawab mereka sebagai individu dan ahli masyarakat. Edsall (1984) pula menyatakan bahawa PSS adalah sebuah organisasi yang menyusun dan menyebarkan semua bahan pembelajaran dan pengajaran yang telah

10 dikelaskan dan diindekskan untuk kegunaan pelajar. Di sini terdapat sumber-sumber hidup dan bukan hidup,bercetak dan bukan bercetak yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.ia juga meliputi pelbagai jenis kemudahan yang boleh meningkatkan mutu pendidikan. Pusat sumber ialah sebuah tempat yang di dalamnya terdapat berbagai bentuk dan jenis sumber yang membantu dan memperkukuhkan lagi segala gerak kerja pengajaran dan pembelajaran (Abd, Rahim M.Saad, 1992). Sementara Zaimi bin Zakaria (2001) menyatakan pusat sumber sekolah ialah tempat pengumpulan dan penyebaran pelbagai maklumat. Ia dianggap sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran yang diuruskan secara sistematik dan terancang oleh kakitangan media yang terlatih untuk mempelbagai perkhidmatan bagi mempertingkat mutu pendidikan. Menurut Isnazhana et.al (2006) pula, pusat sumber sekolah merupakan pusat penyimpanan dan memberi perkhidmatan mengenai pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Di dalamnya mengandungi bahan jenis buku, bahan cetak,bahan bukan buku, bahan grafik, bahan dengar dan alat-alat serta objek. Ia juga tempat menyimpan rekod bahan lain yang terdapat di sekolah, memberi perkhidmatan maklumat, dan mempunyai ruang dan alat untuk kakitangan sekolah dan muridmurid membuat bahan pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks kajian ini, pusat sumber merujuk kepada satu tempat pengumpulan pelbagai alat dan bahan media pendidikan yang dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur bagi memudahkan pengguna dan tempat untuk warga sekolah berkumpul, memilih dan menggunakan alat pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. PSS menjadi pusat kelolaan dan tumpuan bagi GPM untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan dalam bidangnya.

11 1.10.2 Pengurusan Pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu organisasi berhubung dengan segala kaedahkaedah, peraturan-peraturan juga tanggungjawab serta tugas-tugas kakitangan (Mohd Zamzuri, 2002). Pengurusan dalam aspek pendidikan adalah bertujuan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat dijalankan dengan teratur dan sempurna tanpa sebarang gangguan. Robiah (1989), menegaskan bahawa pengurusan sebagai satu proses membahagikan tugas-tugas dikalangan anggotaanggota organisasi itu, mengatur sumber-sumber seperti alat-alat dan wang serta mengurus semuanya supaya berkaitan antara satu sama lain. Mereka itu menjadi satu kesatuan yang teguh. Menurut Yahya (1989) pula, pengurusan adalah apa jua bentuk aktiviti yang boleh memberi kepuasan kepada pengguna terhadap barangan atau servis yang mereka nikmati dan ini dilakukan dengan cara yang ekonomi dan berkesan. Aktivitiaktiviti yang terkandung dalam bidang pengurusan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti merancang, menyusun, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Di samping itu, pengurusan juga merupakan satu proses mengagihkan semua input organisasi termasuk sumber ekonomi dan sumber kakitangan dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bertujuan untuk mengeluarkan output (segala barang-barang dan perkhidmatan) yang diperlukan oleh pengguna supaya objektif organisasi tercapai (Jaafar, 1988). Dalam kajian ini, pengurusan dikaitkan dengan cara-cara menguruskan pusat sumber sekolah melalui aspek merancang, mengelola, memimpin dan mengawal. Pengurusan merupakan proses penting dalam meningkatkan kualiti. Pengurusan PSS yang baik dapat memastikan segala sumber yang ada dalam sesebuah sekolah diuruskan dengan efektif dan efisyen.

12 1.10.3 Pengetahuan Pengetahuan boleh ditakrifkan sebagai sesuatu ilmu yang diperolehi oleh seseorang individu. Dalam kajian ini, pengetahuan merujuk kepada ilmu-ilmu yang telah diperoleh oleh seseorang guru melalui proses tertentu seperti kursus, latihan dan pembacaan. Pengetahuan yang ada pada seseorang guru dapat membantu untuk memahami bidang tugas dan tanggungjawab pengurusan bagi Guru Perpustakaan dan Media. Selain itu, guru - guru perlu mempunyai pengetahuan untuk menggunakan PSS dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 1.10.4 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Guru terlatih yang dipilih berdasarkan pengetahuan, kebolehan, kemahiran dan kelayaka yang ada padanya berhubung dengan media, teknologi pendidikan atau pusat sumber. Beliau juga harus berkebolehan dalam pengurusan dan pentadbiran serta bertanggungjawab untuk memperkembang, mentadbir dan seterusnya melaksanakan sepenuhnya rancangan PSS bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Beliau harus dilantik oleh pengetua untuk menjalankan tugas ini selain daripada tugas hakikinya (Ab. Rahim, 1990; Zohra,1995) Yusup Hashim (1992) mendefinisikan penyelaras pusat sumber adalah guru perpustakaan dan media dan merupakan seorang pemimpin dan pakar dalam organisasi sumber atau media yang merancang program sumber pendidikan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Padlon (2004), guru perpustakaan dan media dan memegang jawatan sebagai penyelaras pusat sumber dan merupakan jawatan yang paling penting dalam organisasi pusat sumber sekolah. Dalam konteks kajian ini, GPM merupakan seorang guru biasa yang mengajar mata pelajaran tertentu dan turut terlibat dalam ko-kurikulum sekolah.

13 Beliau mempunyai ijazah yang berkaitan dan telah dilantik oleh pengetua untuk mengendalikan dan menguruskan PSS. 1.11 Kesimpulan Bab ini memberikan latar belakang kajian mengenai pengetahuan dan kepuasan guru terhadap pengurusan PSS dan juga menyingkap mengenai pengurusan PSS oleh Guru Perpustakaan dan Media. Pengurusan PSS yang baik dapat menjadi nadi penggerak untuk menjadikan sesebuah sekolah lebih cemerlang dan sesuai dengan keperluan pembelajaran masa kini. Pengetahuan guru terhadap pengurusan PSS sebenarnya dapat membantu untuk guru itu sendiri akan kepentingan PSS dalam meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang berpuas hati dengan pengurusan PSS akan mewajarkan penggunaan PSS dengan baik berbanding dengan guru yang sebaliknya. Oleh itu, pengurusan PSS oleh GPM perlu dipertingkatkan menerusi perlaksanaan program yang lebih berkesan. Seharusnya menjelang abad ini, PSS tidak boleh lagi menoleh ke belakang, menunggu dan ketinggalan sebaliknya harus menyusun atur dan mengemas kini semua perancangan agar matlamat dan objektif PSS dapat dicapai sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Justeru diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat yang berguna kepada guru serta bakal-bakal guru tentang peranan mereka terhadap pengurusan PSS. Setiap warga sekolah harus memainkan peranan masing-masing dan guru sebagai agen perubahan perlu memastikan PSS memainkan peranannya dengan baik dan berkesan.