KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

Similar documents
A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

"66O "8 '

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGHARGAAN. Walijah Bt Ahmad Jamburi Lot 1309, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang Selangor DARUL EHSAN

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

AMALAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4, DI TIGA BUAH SEKOLAH KAWALAN, DAERAH PASIR GUDANG, JOHOR.

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

MEJAR AHMAD SAMSUL ARIFIN BIN JALAL

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Faculty Of Information and Communication Technology

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Il\rm\rm~ \ \~r1\

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Transcription:

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) FATHIAH BINTI.MUSTAFFA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PZS 19 : 16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya : FATHIAH BINTI MUSTAFFA (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ALAMAT TETAP: 198, KG. ALOR MELINTANG, SAYED MAHUSSAIN B. SAYED AHMAD MK. GUNONG, Nama Penyelia 05150, ALOR STAR, KEDAH. Tarikh: 28 APRIL 2009 Tarikh: 28 APRIL 2009 CACATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Tandatangan : Nama Penyelia : Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad Tarikh :.

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) FATHIAH BINTI.MUSTAFFA Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 2009

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan :... Nama Penulis : Fathiah Binti Mustaffa Tarikh : 28 APRIL 2009

iii DEDIKASI Khas buat Ayahanda Allahyarham Mustaffa Bin Ahmad dan Bonda Fauziah Binti Ismail yang amat disayangi dan disanjungi. Terima kasih yang tidak terhingga dari anakandamu ini. Segala jasa dan pengorbanan tidak akan anakanda lupakan hingga ke akhir hayat. Segala kenangan yang terukir menjadi kekuatan dan semangatku untuk selamanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ayahanda. Adinda-adindaku, Muhammad Nasuha dan Muhammad Farhan Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini. Tuntutlah ilmu demi masa depanmu. Semoga kita menjadi kebanggaan Ayahanda dan Bonda tercinta dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah sepertimana yang diimpikan mereka.. Tidak lupa buat Pensyarah sekalian yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu. Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu yang pernah kupelajari. Sahabat-sahabat Seperjuangan. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian. Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku buat selama-lamanya. Kalian tetap di hatiku selamanya. Salam penuh kasih sayang...selamat berjuang sahabat-sahabatku... Ukhuwah Fillah Abadan Abada...

iv PENGHARGAAN بسم االله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad selaku penyelia dan pembimbing penyelidik kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan kepada penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmatnya di atas segala jasa baik yang dihulurkan. Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada ibu tercinta serta keluarga yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang penyelidik lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah Zanariah, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM, Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)dan lain-lain kerana menyediakan bahan-bahan ilmiah yang berguna kepada penyelidik. Tidak ketinggalan juga kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T. Akhir kalam, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T. Amin. Sekian, Wassalam.

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran-kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar. Di samping itu, kajian ini juga adalah bagi mengenalpasti halangan-halangan dalam berkomunikasi secara berkesan serta bagi mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara berkesan. Seramai 102 orang responden dari kalangan pelajar kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Universiti Teknologi Malaysia, bagi sesi 2008/2009 telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi 40 item soalan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α = 0.891. Purata min dari objektif pertama iaitu mengenalpasti kemahiran-kemahiran berkomunikasi secara berkesan ialah 4.05. Manakala objektif kedua ialah mengenalpasti halangan-halangan dalam berkomunikasi secara berkesan, menunjukkan purata min soalan sebanyak 4.24. Purata min bagi objektif ketiga iaitu mengenalpasti langkah-langkah mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara berkesan pula ialah 4.21. Data yang diperolehi dihuraikan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) berada pada tahap yang tinggi dengan purata min keseluruhan ialah 4.17. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada pihakpihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk kajian pada masa akan datang.

vi ABSTRACT This study aims to examine effective communication skills among students from Faculty of Education. It was also to identify the problems that affect the effective communications and find ways to solve the problems occurred. There were 102 respondents involved in this study and all of them are taking Bachelor of Science with Education (Islamic Studies), Universiti Teknologi Malaysia for the 2008/2009 session This study used quantitative method by which a set of questionnaire was distributed to all of the respondents. The questionnaire consisted 40 questions. The data of this study were analyzed by using Statistical Package For Social Science (SPSS) version 14.0 to obtain mode, mean and percentage. The findings, the reliability of the questionnaire was α= 0.891. The results showed that the mean for objective number 1 were 4.05, objective number 2 were 4.24 and objective number 3 were 4.21. The data of the findings was put in a table. Overall the findings showed that the mean of effective communication skills among students of Islamic Studies was high which 4.17 were respectively. At the end of this study some recommendations were put forward for the future researchers.

vii SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiv xv BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Penyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.7 Batasan/ Skop Kajian 9 1.8 Definisi Istilah 10 1.8.1 Kemahiran 10 1.8.2 Berkomunikasi 10 1.8.3 Berkesan 10

viii 1.8.4 Pelajar 11 1.9 Kesimpulan 11 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 12 2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi 21 2.5 Jenis-jenis Komunikasi 22 2.5.1 Komunikasi Lisan 22 2.5.2 Komunikasi Bukan Lisan 24 2.5.2.1 Prinsip Komunikasi Bukan Lisan 25 2.5.2.2 Fungsi Komunikasi Bukan Lisan 27 2.6 Kemahiran-kemahiran Komunikasi 28 2.6.1 Komunikasi Intrapersonal 28 2.6.2 Komunikasi antara individu 30 2.6.3 Komunikasi Awam 32 2.6.4 Komunikasi Massa 33 2.7 Halangan-halangan dalam berkomunikasi 35 2.8 Langkah-langkah mengatasi halangan komunikasi 41 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi 48 2.10.1 Model Lasswell 48 2.10.2 Model Shannon dan Weaver 49 2.11 Kajian Lepas 50 2.12 Kesimpulan 52

ix BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 53 3.2 Reka Bentuk Kajian 53 3.3 Tempat Kajian 54 3.4 Populasi Kajian 55 3.5 Sampel Kajian 55 3.6 Instrumen Kajian 56 3.6.1 Pengumpulan Data Primer 56 3.6.2 Pengumpulan Data Sekunder 59 3.7 Tatacara Kajian 60 3.7.1 Kajian Rintis 60 3.7.2 Kajian Sebenar 60 3.8 Analisis Data 62 3.9 Jangka Masa Kajian 62 3.10 Kesimpulan 63 BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pendahuluan 64 4.2 Analisis Data (Bahagian A) 65 4.2.1 Jantina 65 4.2.2 Umur 66 4.2.3 Tahun Pengajian 66 4.2.4 Aliran Pendidikan 67 4.2.5 Kelayakan Pendidikan 68 4.3 Analisis Data (Bahagian B) 68 4.3.1 Maklumat mengenai kemahiran-kemahiran berkomunikasi secara berkesan.

x 4.4 Analisis Data (Bahagian C) 79 4.4.1 Maklumat mengenai halangan-halangan berkomunikasi secara berkesan. 4.5 Analisis Data (Bahagian D) 85 4.5.1 Maklumat mengenai langkah-langkah mengatasi masalah berkomunikasi secara berkesan. 4.6 Analisis Keseluruhan 90 4.7 Kesimpulan 94 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 95 5.2 Perbincangan 96 5.2.1 Perbincangan Maklumat dan Latar Belakang Responden 96 5.2.2 Perbincangan Analisis Deskriptif Soal Selidik 98 5.2.2.1 Analisis Deskriptif terhadap kemahirankemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan 98 5.2.2.2 Analisis Deskriptif terhadap halanganhalangan untuk berkomunikasi secara berkesan 100 5.2.2.3 Analisis Deskriptif terhadap langkahlangkah untuk mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara berkesan 102 5.3 Rumusan 5.3.1 Kemahiran-kemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan 104 5.3.2 Halangan-halangan untuk berkomunikasi secara berkesan 104 5.3.3 Langkah-langkah untuk mengatasi

xi masalah dalam berkomunikasi secara berkesan 105 5.4 Cadangan 5.4.1 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 105 5.4.2 Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) 106 5.4.3 Pelajar 107 5.5 Kajian Lanjutan 108 5.6 Kesimpulan 109 BIBLIOGRAFI 110 LAMPIRAN

xii SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Pengkelasan skala Likert 58 3.2 Nilai skor min 58 3.3 Klasifikasi Item 59 3.4 Tatacara kajian 61 4.1 Taburan responden mengikut jantina 65 4.2 Taburan responden mengikut umur 66 4.3 Taburan responden mengikut tahun pengajian 66 4.4 Taburan responden mengikut aliran pendidikan 67 4.5 Taburan responden mengikut kelayakan pendidikan 68 4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 69 4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 69 4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 70 4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 70 4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 71 4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 71 4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 72 4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 72 4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 73 4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 73 4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 74 4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 74 4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 75 4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 75 4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 76 4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 76 4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 77 4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 77 4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 78 4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 78

xiii 4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 79 4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 80 4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 80 4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 81 4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 81 4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 82 4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 82 4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 83 4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 84 4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 84 4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 85 4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 85 4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 86 4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34 86 4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35 87 4.41 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 36 87 4.42 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 37 88 4.43 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 38 88 4.44 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 39 89 4.45 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 40 89 4.46 Rumusan dapatan kajian bagi mengenalpasti kemahiran kemahiran berkomunikasi secara berkesan. 90 4.47 Rumusan dapatan kajian bagi mengenalpasti halanganhalangan dalam berkomunikasi secara berkesan. 92 4.48 Rumusan dapatan kajian bagi mengenalpasti langkahlangkah mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara berkesan. 93

xiv SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN % - Peratus N - Jumlah Responden α Alpha BSc. - Bachelor of Science (Sarjana Muda Sains) Keb. - Kebangsaan KS - Kurang Setuju Men. - Menengah PPIPS - Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah RTM - Radio Televisyen Malaysia S - Setuju s.a.w - Sallallahu alaihi wasallam Sek. - Sekolah SMA - Sekolah Menengah Agama SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SPSS - Statistical Packages for the Social Science SS - Sangat Setuju STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STS - Sangat Tidak Setuju S.W.T - Subhanahu Wa Taala TP - Tidak Pasti TS - Tidak Setuju UM - Universiti Malaya UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan Untuk Menjalankan Kajian

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam menjalani kehidupan seharian, kehidupan manusia sentiasa diwarnai dengan pelbagai ragam manusia di sekeliling. Setiap anggota masyarakat saling berhubung antara satu sama lain untuk melaksanakan kehendak dan tanggungjawab sebagai seorang insan dan khalifah yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Dengan itu, menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk mentadbir dan memakmurkan bumi ciptaan Allah ini, di samping untuk beribadat kepada Nya. Firman Allah S.W.T: Èβρß ç7 èu Ï9 ωî) } ΡM}$#uρ Ågø:$# àmø)n=yz $tβuρ Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku. (Surah al-dzariyaat : Ayat 56) Oleh itu, apabila setiap manusia saling berhubung antara satu sama lain, akan wujudlah aktiviti yang dikenali sebagai berkomunikasi. Komunikasi adalah satu

2 perkara yang sangat penting dan menjadi nadi kepada perkembangan sosial. Komunikasi sememangnya tidak akan wujud tanpa manusia. Walau bagaimanapun, keberkesanan proses komunikasi juga bergantung sepenuhnya kepada individu yang mempraktikkan aktiviti berkomunikasi. Individu yang gagal berkomunikasi dengan baik dianggap sebagai satu kerugian kepada dirinya dan juga masyarakat. Firman Allah S.W.T: $[sî= ¹ Ÿ Ïϑtãuρ «!$# n<î)!%tæyš ϑïiβ Zωöθs% ß ômr& ô tβuρ Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada(mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang saleh. (Surah Fussilat : Ayat 33) Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa proses komunikasi adalah suatu proses yang berkaitan dengan tindakan manusia dengan dirinya sendiri, dengan orang lain dan juga dengan persekitarannya. Begitu juga dengan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang guru dalam mengajar dan mendidik pelajar. Jelaslah di sini bahawa tugas seseorang guru tidak dapat dipisahkan daripada proses berkomunikasi dengan pelajar untuk menyampaikan ilmu kerana ia adalah amanah Allah S.W.T. Oleh sebab itu, mereka perlu berhati-hati untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini. Proses komunikasi amat penting dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada individu lain. Apatah lagi dalam dunia pendidikan. Tidak dapat dinafikan lagi peranan komunikasi dalam bidang pendidikan memberikan impak yang besar kepada guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru yang memiliki kemahiran berkomunikasi akan dipandang sebagai seorang yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Mereka dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bahkan kemahiran

3 berkomunikasi merupakan satu bonus kepada seorang guru untuk menarik perhatian pelajar dan mendampingi pelajar sekaligus dapat merapatkan jurang di antara mereka. 1.2 Latar Belakang Masalah Jika diperhatikan, terdapat banyak masalah yang membelenggu kehidupan masyarakat pada hari ini. Hampir setiap hari, masyarakat negara ini sering dikejutkan dengan berita-berita tentang masalah yang melanda negara terutamanya yang melibatkan guru dan pelajar. Media massa juga sama ada media cetak mahupun media elektronik seringkali memaparkan berita-berita yang berkaitan masalah tersebut. Masalah ini timbul disebabkan kelemahan dalam proses berkomunikasi di kalangan guru dan pelajar. Lantaran itu, timbul pelbagai masalah yang mencalarkan imej guru sebagai pendidik. Dalam Islam, komunikasi amat penting dalam kehidupan manusia kerana dengan wujudnya komunikasi maka akan wujudlah proses berkenalan antara satu sama lain sekaligus dapat mencetuskan kemesraan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Al-Syahid Imam Hasan al-banna pernah berpesan dalam sepuluh wasiatnya iaitu Berkenal-kenalanlah dengan setiap saudara ikhwanul Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan. Oleh itu, jelaslah bahawa ulama Islam terdahulu juga amat mementingkan komunikasi untuk saling mengenali antara satu sama lain bagi menyampaikan dakwah.

4 Jika dilihat dalam masyarakat pada hari ini, masalah komunikasi sering dianggap sebagai sesuatu yang remeh dan dipandang mudah. Bagi masyarakat, kemahiran berkomunikasi memang wujud dalam diri setiap individu yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Dari aspek keberkesanannya pula, masyarakat tidak mempedulikannya. Terdapat juga di kalangan masyarakat yang beranggapan bahawa perkara yang penting adalah komunikasi dan bukan keberkesanannya. Oleh itu, disebabkan sikap segelintir masyarakat yang sedemikian, masalah ini menjadi semakin parah dalam kehidupan seharian terutamanya di kalangan insan yang bergelar guru atau pendidik. Masalah ini secara tidak langsung mencalarkan imej guru pada pandangan masyarakat. Selama ini, guru dianggap sebagai insan yang banyak berjasa dan sanggup berkorban apa sahaja untuk anak bangsa. Tetapi, apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Guru yang dianggap sebagai role model di kalangan masyarakat tidak lagi memainkan peranannya sebagai contoh terbaik untuk para pelajar. Dalam beberapa kes sebelum ini, terdapat segelintir guru yang sanggup menggunakan kata-kata kesat, kotor dan berunsur lucah dengan sengaja terhadap para pelajar. Tidak dinafikan juga, walaupun terdapat segelintir pelajar yang bermasalah di sekolah, seseorang guru tidak boleh bertindak melampaui batas dalam menghukum pelajar untuk memberi kesedaran kepada mereka. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat masalah komunikasi yang berlaku di kalangan guru kerana kurang keberkesanannya dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada pelajar. Oleh itu, kemahiran berkomunikasi di kalangan bakal guru perlu dipertingkatkan dan dimantapkan lagi untuk mengembalikan kegemilangan dalam bidang pendidikan. Secara tidak langsung, ia dapat mengembalikan imej guru yang semakin terjejas disebabkan sikap segelintir guru yang tidak menggunakan kemahiran berkomunikasi dengan cara yang betul dan berkesan. Firman Allah S.W.T:

( 5 ÏπuΖ ptø:$# ÏπsàÏãöθyϑø9$#uρ Ïπyϑõ3Ïtø:$Î/ y7în/u È Î6y 4 n<î) äí Š$# Maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik. (Surah al- Nahl : Ayat 125) Dalam Islam, seseorang guru juga dikenali sebagai da ie, murabbi dan mursyid iaitu masing-masing membawa maksud pendidik. Guru berperanan sebagai pemimpin, pembimbing dan pengajar masyarakat. Mereka diharapkan dapat memimpin generasi muda ke arah kehidupan yang selamat dan sejahtera. Oleh itu, di samping mengajar, mereka juga diharap dapat membentuk nilai dan akhlak yang murni di kalangan generasi muda. Menurut Zawawi Hj. Ahmad dalam Ahmad Mohd. Salleh (2003), guru juga perlu mengamalkan konsep kepimpinan melalui teladan. Guru adalah insan yang diamanahkan oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan ilmu di samping menyeru kepada kebenaran dan mencegah kemungkaran. Firman Allah S.W.T: tβöθyγ Ζtƒuρ Å ρã èprùq$î/ tβρã ãβù'tƒuρ Î ö sƒø:$# n<î) tβθããô tƒ π Βé& öνä3ψïiβ ä3tfø9uρ šχθßsî=ø ßϑø9$# ãνèδ 7Í s9'ρé&uρ Ì s3ψßϑø9$# Ç tã Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah al- Imran : Ayat 104) Begitu juga dengan masalah komunikasi yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Mereka merupakan bakal guru yang akan

6 berkecimpung dalam dunia pendidikan pada masa akan datang. Apabila menyebut istilah bakal guru, sudah pastilah ia tidak dapat dipisahkan daripada proses interaksi dan komunikasi antara guru dan pelajar. Mereka perlu didedahkan dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang aktif untuk mempersiapkan dan membiasakan diri mereka dengan dunia pendidikan yang sebenarnya. Sebenarnya, masalah komunikasi yang dihadapi oleh mereka bukanlah begitu ketara dan membimbangkan. Penyelidik mendapati ada di kalangan mereka yang mampu berkomunikasi dengan baik. Cuma, terdapat segelintir sahaja pelajar yang menghadapi masalah dalam berkomunikasi. Masalah ini berkemungkinan timbul disebabkan oleh kurang keyakinan diri, kurang terdedah dengan interaksi sosial bersama masyarakat sekeliling dan sebagainya. Komunikasi yang berkesan perlu diterapkan di kalangan bakal guru kerana mereka akan berdepan dengan kehidupan bermasyarakat. Menurut Abdul Halim El-Muhammadi dalam Ahmad Mohd. Salleh (2003), menegaskan bahawa guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Walau sebaik manapun sesuatu sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya ejen yang menyampaikan tidak efektif. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk dan membimbing pelajar ke arah kebaikan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Dengan itu, setiap pendidik perlu memiliki kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk memudahkan dan melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). 1.3 Penyataaan Masalah Berdasarkan latar belakang masalah yang dikemukakan adalah sesuai membuat kajian dengan lebih terperinci kerana komunikasi yang baik dan berkesan

7 di kalangan guru amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa terdapat masalah berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Universiti Teknologi Malaysia. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan sewajarnya, dibimbangi ia akan mendatangkan kesan kepada mereka apabila berada di dalam dunia pendidikan kelak. Melalui kajian ini, mereka dapat mengenalpasti kemahiran-kemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan dan seterusnya mengambil langkah yang bijak sekiranya terdapat sebarang permasalahan dalam mengaplikasikan kemahiran tersebut. Jadi, masalah ini telah mendorong penyelidik untuk membuat kajian tentang kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM bagi sesi 2008/2009. 1.4 Objektif Kajian Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk : 1.4.1 Mengenalpasti kemahiran-kemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam). 1.4.2 Mengenalpasti halangan-halangan untuk berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam). 1.4.3 Mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam).

8 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan kepada objektif, persoalan kajian yang akan dikaji ialah: 1.5.1 Apakah kemahiran-kemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan? 1.5.2 Apakah halangan-halangan untuk berkomunikasi secara berkesan? 1.5.3 Apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara berkesan? 1.6 Kepentingan Kajian Penyelidik melakukan penyelidikan ini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Ini adalah kerana pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) merupakan bakal pendidik yang akan menempuh alam pekerjaan sebagai seorang guru. Justeru itu, kemahiran tersebut perlu diberikan penekanan agar mereka dapat melengkapkan diri dengan kemahiran berkomunikasi untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini diharap dapat menjadi panduan kepada penyelidik, bakal pendidik dan juga pendidik serta kepada pihak-pihak tertentu yang dibahagikan kepada dua sasaran utama.

9 1.6.1 Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) Pihak Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai juga boleh menjadikan kajian ini sebagai rujukan untuk penambahbaikkan di dalam kurikulum ataupun silibus pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar UTM. 1.6.2 Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Berdasarkan kajian yang dijalankan diharap dapat dimanfaatkan terutamanya kepada Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) bagi melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran apabila menceburkan diri dalam dunia perguruan kelak. Segala dapatan boleh dijadikan panduan untuk memantapkan lagi keberkesanan komunikasi khususnya dalam bidang pendidikan. 1.7 Batasan Kajian Fokus kajian adalah untuk mengenalpasti kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Kajian tertumpu kepada pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) bagi sesi 2008/2009 dengan melibatkan pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat. Rasional pemilihan responden adalah kerana responden merupakan pelajar yang bakal bergelar guru serta pendidik anak bangsa kelak. Jumlah responden adalah seramai 102 orang pelajar.

10 1.8 Definisi Istilah Istilah-istilah yang digunakan di dalam kajian ini membawa maksud tersendiri. Definisi yang dibuat adalah untuk memudahkan penyelidik menjalankan penyelidikan supaya tidak terkeliru dengan istilah umum. 1.8.1 Kemahiran Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002) istilah kemahiran berasal daripada perkataan mahir yang bermaksud terlatih untuk mengerjakan sesuatu, cekap, lancar dan pandai. Manakala istilah kemahiran pula bermaksud kecekapan dan kepandaian. (Kamus Dewan, 2002: 841). 1.8.2 Berkomunikasi Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002) istilah berkomunikasi bermaksud berhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan sebagainya), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukartukar pendapat dan sebagainya). (Kamus Dewan, 2002: 698). 1.8.3 Berkesan Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002) istilah berkesan membawa maksud meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda) dan berbekas. Selain itu juga, berkesan juga bermaksud menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan, membawa kepada sesuatu perubahan (perkembangan dan sebagainya), efektif, mendatangkan sesuatu pengaruh kepada

11 pemikiran (sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu golongan dan sebagainya (seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan dan sebagainya). (Kamus Dewan, 2002: 663). 1.8.4 Pelajar Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002) istilah pelajar merujuk kepada orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu). Pelajar yang dimaksudkan di sini ialah pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) bagi sesi 2008/2009 dengan melibatkan pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat. (Kamus Dewan, 2002: 18). 1.9 Kesimpulan Dalam bab 1 ini, penyelidik telah menerangkan tentang pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi istilah. Selain itu, bab 1 ini juga merupakan asas penyelidikan bagi penyelidik untuk kajian selanjutnya.