PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

"66O "8 '

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

Transcription:

i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains & Komputer Serta Pendidikan ( Matematik ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2008

iv DEDIKASI Untuk Tuhan Yesus, Ibu bapa saya, Chan Hooi Leng, Kung Li Ching Adik beradik saya, Hannah Chan, Joel Chan, Jane Chan Teman teristimewa, Sim Lee Lee serta rakan-rakan saya yang dikasihi. Terima kasih atas segala-galanya.

v PENGHARGAAN Terlebih dahulu, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Encik Abdul Razak bin Idris, selaku penyelia penulis atas dorongan dan bimbingan yang diberi oleh beliau sepanjang penulisan projek sarjana muda ini. Tanpa beliau, projek ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada para responden yang rela meluangkan masa untuk mengisi borang soal selidik. Mereka telah memberi maklumat yang banyak dan berguna kepada penulis. Selain itu, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga atas sokongan yang diberikan sepanjang proses penulisan projek sarjana muda ini. Tidak dilupai, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan kerana sudi memberi sokongan dan maklumat.

vi ABSTRAK Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau penggunaan komputer di kalangan guru-guru dalam pengajaran mata pelajaran matematik. Sampel kajian terdiri daripada 183 orang guru yang mengajar mata pelajaran matematik di sekolah menengah sekitar daerah Kota Star, Kedah yang dipilih secara rawak. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis secara deskriptif. Nilai alpha yang diperolehi melalui kajian rintis ialah 0.84. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru yang mengajar Matematik tentang persepsi, pengetahuan dan sikap mereka terhadap pengajaran Matematik berbantukan komputer. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa guru mempunyai persepsi yang baik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran Matematik. Para guru juga berpengetahuan serta berminat untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Di bahagian akhir, pengkaji telah menyarankan beberapa cadangan untuk penggunaan komputer dalam pengajaran Matematik berdasarkan dapatan kajian.

vii ABSTRACT Due to the rapid development of the field of ICT, its influence is felt strongly in almost all discipline, including education. This study of using computer in teaching Mathematics was done on 183 Mathematics teachers from the district of Kota Star, Kedah. The study was conducted with the use of surveys via questionnaires. To obtain the data, questionnaires were distributed among the samples and were analyzed descriptively. Reliability value of the instrument was α = 0.84. The initial findings indicate a good level of perception and attitude among the teachers surveyed. Overall, the findings indicate an encouraging environment for the implementation of computer in the teaching Mathematics at the schools surveyed.

viii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT Pengesahan Status Tesis Halaman Judul Halaman Pengesahan Penyelia Halaman Pengakuan Halaman Dedikasi Halaman Penghargaan Abstrak Abstract Jadual Kandungan Senarai Jadual Senarai Singkatan i ii iii iv v vi vii viii xii xiv BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 7

ix 1.6 Kepentingan kajian 8 1.7 Kekangan 9 1.8 Definisi Istilah 10 1.9 Penutup 12 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 13 2.2 Pengenalan 13 2.3 Penggunaan Komputer dalam P&P 16 2.4 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 17 2.5 Peranan Guru dalam Penggunaan Komputer 18 2.5.1 Penggubal Pembelajaran 19 2.5.2 Fasilitator 19 2.5.3 Pengurus Pembelajaran 20 2.6 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berkomputer 21 2.6.1 Perbincangan 21 2.6.2 Tunjuk Cara 22 2.6.3 Permainan 22 2.6.4 Penyelesaian Masalah 23 2.6.5 Latih Tubi 23 2.7 Kebaikan Penggunakan Komputer dalam P&P Matematik 24 2.8 Masalah Penggunaan Komputer dalam P&P Matematik 25 2.8.1 Faktor Sekolah 26 2.8.1.1 Peranan dan Sikap Pengetua 26 2.8.2 Faktor Guru 27 2.8.2.1 Persepsi Guru Terhadap Kepentingan

x Komputer 27 2.8.2.2 Kerisauan untuk Menghadapi Perubahan 27 2.8.2.3 Masa dan Beban Tugas Guru 28 2.8.2.4 Kemahiran komputer dan Pengetahuan penggunaan komputer dalam P&P 29 2.9 Penutup 30 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 31 3.2 Reka Bentuk Kajian 31 3.3 Sampel kajian 32 3.4 Instrumen Kajian 33 3.5 Prosedur Pengumpulan Data 34 3.6 Kajian Rintis 35 3.7 Analisis Data 37 3.8 Penutup 38 BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN 4.1 Pengenalan 39 4.2 Analisis Data 39 4.3 Analisis Bahagian A 40 4.3.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Jantina 40

xi 4.3.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Umur 40 4.3.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Keturunan 41 4.3.4 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi 42 4.3.5 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Pengkhususan 42 4.3.6 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Aras Tingkatan 43 4.3.7 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden yang Memiliki Komputer 43 4.3.8 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Kursus Komputer dalam Perkhidmatan 44 4.3.9 Taburan Frekuensi dan Peratus Persepsi Responden Terhadap Kepentingan Kursus Komputer dalam Perkhidmatan 44 4.4 Analisis Bahagian B 45 4.4.1 Apakah Persepsi Guru Terhadap Peranan Komputer dalam Pengajaran Mata Pelajaran Matematik? 45 4.4.2 Adakah Guru Mempunyai Pengetahuan Menggunakan Komputer dalam Aktiviti Pengajaran Matematik di Sekolah? 48 4.4.3 Adakah Guru Berminat untuk Menggunakan Komputer dalam Pengajaran Mata Pelajaran Matematik? 51 4.5 Kesimpulan 53

xii BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 54 5.2 Perbincangan 54 5.2.1 Latar belakang responden 55 5.2.2 Apakah persepsi guru terhadap peranan komputer dalam pengajaran mata pelajaran Matematik? 56 5.2.3 Adakah guru mempunyai pengetahuan menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran Matematik di sekolah? 57 5.2.4 Adakah guru berminat untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mata pelajaran Matematik? 58 5.3 Cadangan 59 5.3.1 Meningkatkan Kemahiran 59 5.3.2 Perubahan Sikap 60 5.3.3 Kelengkapan Prasarana dan Bahan Sokongan 61 5.4 Cadangan Lanjutan 62 5.5 Kesimpulan 63 RUJUKAN 65 LAMPIRAN 71

xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MULA SURAT 4.1 Jantina 40 4.2 Umur 41 4.3 Keturunan 41 4.4 Kelulusan Akademik Tertinggi 42 4.5 Pengkhususan 42 4.6 Tingkatan Mengajar Metematik 43 4.7 Memiliki Komputer 43 4.8 Pernah Mengikuti Kursus Komputer 44 4.9 Kepentingan Kursus Komputer 44 4.10 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Persepsi Guru Terhadap Peranan Komputer dalam Pengajaran Mata Pelajaran Matematik 47 4.11 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Pengetahuan Guru Menggunakan Komputer dalam Aktiviti Pengajaran Matematik di Sekolah 50 4.12 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Guru Terhadap Minat untuk Menggunakan Komputer dalam Pengajaran Mata Pelajaran Matematik 52

xiv SENARAI SINGKATAN KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia PBK - Pengajaran Berbantukan Komputer PLATO - Programmed Logic Automatic Teaching Operation MSC - Multimedia Super Corridor ICT - Information Technology and Communication NCTM - National Council of Teachers' of Mathematics UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia P&P - Pengajaran dan Pembelajaran PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru PKPG - Program Khas Pengsiswazahan Guru SPSS - Statistical Package for the Social Science PBBK - Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer PKG - Pusat Kegiatan Guru

BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Dunia kini semakin hari semakin maju dengan pelbagai teknologi yang terkini. Tidak ketinggalan juga dengan negara kita. Ekoran perkembangan pesat teknologi canggih ini, Malaysia juga turut mengorak langkah untuk sama-sama menikmati arus peredaran zaman ini. Kini komputer bukan sahaja sebagai alat pengiraan terpantas, malah penggunaannya telah meluas dalam pelbagai bidang termasuklah penyedian dokumen, penghasilan muzik, kartun animasi melalui tiga dimensi serta membuat simulasi yang lain. Ekoran daripada perkembangan pesat teknologi canggih ini, ia telah menyebabkan teknologi dan penggunaan komputer menjadi penting dalam kehidupan seharian. Maka dengan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia sedar bahawa komputer merupakan elemen yang sesuai untuk dijadikan perantaraan yang berkesan dalam mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Lantas budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif, dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ).

2 Pada masa kini telah wujud satu pakej perisian komputer yang dikenali sebagai Pengajaran Berpandukan Komputer (PBK). PBK merupakan satu integrasi antara komputer dan pengajaran. Komputer digunakan sebagai pelaksana dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membantu guru mengajar pelbagai kemahiran seperti menulis, membaca, dan mengira. Mengikut Rusdiana Abdul Rahim ( 1993 ), kemunculan komputer sebagai alat bantu mengajar bukan merupakan satu fenomena baru, terutama di negara-negara barat. Kaedah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer telah lama wujud sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan komputer IBM. Satu projek PPBK yang dinamakan PLATO (Programmed Logic Automatic Teaching Operation) telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Illinois untuk membangunkan bahan perisian kursus untuk di gunakan di sekolah-sekolah. Di Malaysia beberapa program lain yang berkaitan dengan penggunaan komputer juga dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pada mulanya, KPM telah melancarkan program komputer di sekolah-sekolah dalam 3 peringkat. Peringkat pertama pembinaan makmal komputer bermula pada Mac 2000 melibatkan 18 buah sekolah di 6 buah negeri. Makmal tersebut dapat digunakan sepenuhnya oleh sekolah-sekolah tersebut pada November 2000. Peringkat kedua bermula November 2000 di mana 2400 sekolah terpilih. Makmal komputer telah beroperasi keseluruhannya pada November 2001. Peringkat ketiga bermula November 2001 dan siap pada suku ketiga 2002. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan budaya celik komputer di kalangan pelajar dan pengajar di samping mengurangkan jurang digital di antara pelajar di sekolah bandar dan luar bandar. Program ini juga bertujuan untuk membuat persiapan bagi sekolah-sekolah tersebut mencapai status Sekolah Bestari.

3 Kerajaan Malaysia bertekad untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah Bestari selewat-lewatnya pada 2010. Maka dengan adanya sekolah Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah yang dikendalikan oleh pihak KPM ini secara tidak langsung akan dapat menyediakan tenaga kerja mahir di masa hadapan yang mampu menghadapi cabaran dan saingan di abad ke- 21. Dengan adanya program sebegini kaedah pengajaran menggunakan komputer juga akan semakin berkembang disebabkan wujudnya sekolah Bestari yang mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian PPBK yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa. Ambigapathy dan Suthagar (2003) menyatakan bahawa cabaran baru dalam dunia pendidikan dalam era teknologi maklumat memerlukan penglibatan guru-guru dan aktiviti-aktiviti pembelajaran sepenuhnya yang menjurus ke arah pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. Esah Sulaiman (2003) menyatakan bahawa dengan perkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi maklumat dalam pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran. Guru mempunyai tanggungjawab menyediakan tenaga kerja berteknologi tinggi dan berupaya menjadikan negara ini pusat kecemerlangan di rantau Asia Tenggara. Justeru penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai tempat terpenting yang perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut.

4 1.2 Latar Belakang Masalah Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu inovasi dalam pendidikan di mana inovasi ini merupakan satu perkara baru kepada pendidik. Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman) didapati pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain. Akan tetapi kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang sedikit, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer yang rendah dan tidak kurang juga kebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik ( PPK, 1993 ). Walau bagaimanapun keadaan tersebut telah berubah, di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kementerian untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer.

5 Dalam dapatan kajian Robiah & Juhana (2002) menunjukkan penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang minima iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Dapatan juga menunjukkan guru-guru kerap menggunakan hanya tiga jenis program iaitu pemprosesan perkataan, mengintegrasikan pemprosesan perkataan dalam pengajaran dan pengurusan fail. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran. Seperti yang kita ketahui, guru merupakan agen perubahan yang mampu mempengaruhi pelajar-pelajarnya dari segi mental dan sikap. Sekiranya seseorang guru itu masih terikat dengan kaedah pengajaran yang telah biasa dilakukan oleh kebanyakan guru dan ia dianggap konvensional, maka tidak akan berlaku perubahan yang positif dalam era pendidikan. Perubahan sosiobudaya dan ekonomi negara ini memerlukan paar guru merubah minda mereka dan bersaing dengan keadaan semasa yang serba mencabar ini. Perubahan-perubahan ini penting bagi melahirkan generasi yang baru yang akan membentuk sebuah masyarakat yang progesif dan makmur dengan ekonomi yang lebih kukuh. Selain itu, masyarakat juga adpat memanfaatkan teknologi moden ini dan turut sama menyumbang kepada pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. Reformasi pendidikan yang dilaung-laungkan oleh Kementerian Pendidikan perlu diambil perhatian yang serius oleh para guru supaya dapat menyesuaikan kandungan pendidikan yang ada dengan perubahan sosial dan ekonomi, kemajuan sains dan terknologi, perkembangan maklumat dan sebagainya. Menurut Johnston ( 1987 ) sikap guru-guru adalah faktor utama sebagai penentu keberkesanan pelaksanaan sesuatu program. Menurut Mc. Carthy ( 1990 ), guru merupakan kunci utama bagi sesuatu revolusi komputer. Oleh itu kita perlu mengetahui apa kehendak guru dan memutuskan sama ada komputer dapat memberikan penyelesaian ataupun sebaliknya dalam sesuatu

6 perkara atau masalah yang khususnya berkaitan dengan pengajaran guru di sekolahsekolah. Sebagaimana yang sedia maklum bahawa para pendidik memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Wiseman, D. L., Cooner, D. D., Knight, S. L 1999; Tickle, L. 2000), justeru sokongan yang padu perlu diberikan kepada tenaga pengajar terhadap perkembangan ini. Tenaga pengajar perlu menanamkan kepercayaan dan keyakinan diri yang tinggi dalam menghadapi cabaran ini. Maka dengan itu para pengajar perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan komputer supaya mereka boleh menggunakan kebolehan ini dalam Pengajaran Berpandukan Komputer. 1.3 Pernyataan Masalah Semua pihak sedia maklum, bahawa hampir semua sekolah di Semenanjung Malaysia telah dilengkapi dengan kemudahan komputer sebagai satu usaha untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Tetapi pada masa kini kebanyakan para guru di sekolah hanya menggunakan komputer dalam pemprosesan perkataan, mengintegrasikan pemprosesan perkataan dalam pengajaran dan pengurusan fail. Kenyataan ini di sokong oleh Robiah & Juhana (2002) dalam kajian mereka. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer di kalangan guru-guru Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada masa kini. Oleh yang demikian satu kajian dijalankan untuk mengetahui persepsi guru matematik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

7 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan dengan tujuan:- i. Mengenal pasti persepsi guru terhadap peranan komputer dalam pengajaran mata pelajaran Matematik. ii. Mengenal pasti pengetahuan guru dalam penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran Matematik di sekolah. iii. Mengenal pasti minat guru dalam penggunaan komputer dalam pengajaran mata pelajaran Matematik. 1.5 Persoalan Kajian i. Apakah persepsi guru terhadap peranan komputer dalam pengajaran mata pelajaran Matematik? ii. Adakah guru mempunyai pengetahuan menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran Matematik di sekolah? iii. Adakah guru berminat untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mata pelajaran Matematik?